JAMALUDDIN BIN KHALIB guru PPG

KURSUS :

SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH

PROGRAM :

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA PELAJAR :

NO KP :

JAMALUDDIN BIN KHALIB

700416-08-5237

TAJUK :

KOD
:


KRL 3034

NO MATRIK :

PPG/20525/1

1
MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID
MENCATAT ISI- ISI PENTING UNTUK

MENGHASILKAN KARANGAN MENGGUNAKAN
PETA MINDA
NAMA PENSYARAH
:

DR. SITI HAWA ABDULLAH

TARIKH HANTAR :


MARKAH :

KRL 3034 : LATIHAH ILMIAH

BAB 1
PENGENALAN
1.1

PENDAHULUAN

Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia sekolah bertujuan untuk melaksanakan Dasar
Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini ternyata pada matlamat
dalam beberapa sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Pada umumnya, matlamat
pendidikan bahasa di sekolah dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia 1978:1983,
1987, dan 2003 ialah untuk membolehkan pelajar menghargai dan membanggakan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta alat
perpaduan, memahami dan menggunakan sistem bahasa mengikut nilai dan makna serta
fungsinya dalam kehidupan seharian, dan menggunakan bahasa dengan berkesan dalam

bidang ilmu pengetahuan dan perhubungan harian. Jadi peranan guru Bahasa Malaysia

ialah untuk memastikan matlamat ini tercapai dalam pengajarannya.
Guru Bahasa Malaysia juga memainkan peranan penting dalam orientasi
pengajaran dan pembelajaran yang mantap bagi membolehkan mereka merancang
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi pelaksanaan dasar dan
penghayatan Falsafah Pendidikan Negara di dalam bilik darjah. Karangan adalah satu
pelajaran yang dimasukkan ke dalam pelajaran Bahasa Malaysia sama ada di peringkat
sekolah rendah atau menengah.

Bagi mengatasi masalah ini guru haruslah memikul tanggungjawab untuk mencari cara
atau “kaedah” yang sesuai asalkan pengajarannya memuaskan dan tercapai objektif
pengajaran karangan di sekolah rendah iaitu murid dapat melahirkan pendapat,
perasaan, fakta dan lain-lain melalui kemahiran tulisan.
Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan
berkesan serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Suasana
pembelajaran yang tidak terhad di dalam kelas serta peranan guru dalam menjadikan
pengajaran menarik dan dapat memberi kesan yang positif kepada murid (Robiah Sidin
2003).

1.2


LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini adalah untuk

menentukan keberkesanan strategi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan Peta Minda untuk meningkatkan prestasi
murid dalam penulisan karangan. Menurut Bullock (1975) pernah menyatakan bahawa
masalah yang paling besar dalam pengajaran dan pembelajaran karangan atau esei ialah
wujudnya satu keadaan yang benar-benar mencabar ketekunan, kesabaran dan dedikasi
guru-guru yang terlibat dalam pengajaran tersebut. Keadaan ini jika dapat diperhatikan
dangan teliti tidak lain daripada masalah kesalahan ejaan, tanda bacaan, penyusunan
perenggan, pemilihan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan rangkai kata, klausa dan
ayat, penggunaan peribahasa dan sebagainya.
Menurut Atan Long (1978) berpendapat bahawa kemahiran menulis adalah berbeza
dengan kemahiran bertutur terutama dari segi alat penglahiran yang digunakan. Beliau
menegaskan iaitu proses melahirkan bahasa tulisan banyak gangguan, misalnya
gangguan otot-otot tangan sewaktu menulis dan gangguan pindahan daripada bahasa
lisan kepada bahasa tulisan. Ini adalah kerana bahasa lisan lebih bersifat bersahaja tetapi
bahasa tulisan adalah formal sifatnya. Dalam hal ini menurut Colder (1967) berpendapat

bahawa ciri-ciri kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh murid menurut peringkat
umurnya adalah sesuai dijadikan panduan untuk mengadakan strategi perancangan bagi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam pelajaran menulis karangan.
Sebenarnya kedua-dua pendapat di atas tadi masih lagi belum menunjukkan
kaedah mengajar karangan secara konkrit yang boleh diikuti oleh guru-guru bahasa.
Ketiadaan satu cara mengajar yang betul-betul jelas telah menyebabkan guru-guru

menyampaikan pelajaran itu dengan cara tersendiri dan kadang-kadang langsung tidak
mempunyai sebarang kaedah pun.

1.3

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Penulisan karangan sering dianggap sebagai kemahiran yang sukar dipelajari
terutamanya dalam kalangan murid tahun lima. Kemahiran mencetuskan idea adalah
amat sukar dilakukan oleh murid dan ini sudah tentu sukar bagi murid itu untuk
melakukan aktiviti penulisan karangan kerana tidak mempunyai idea untuk
disampaikan. Kemahiran tersebut hanya bermakna sekiranya murid mempunyai bahan
yang hendak disampaikan kerana ia menjamin kelancaran, kejelasan, keteraturan dan

aliran pengucapan idea yang sistematis.
Menurut (Barton,2006), kesan daripada situasi ini menyebabkan tumpuan murid
terjejas. Ini menimbulkan gejala-gejala, seperti murid tidak berminat untuk menulis
karangan, murid sukar mendapat markah yang tinggi dan murid mempelajari mata
pelajaran karangan adalah semata-mata untuk lulus peperiksaan dan bukan cenderung
ke arah menguasai kemahiran penulisan itu sendiri.
Justeru, kajian ini cuba meninjau pencapaian murid yang menggunakan teknik
peta minda dan konvensional dalam penulisan karangan. Kesan penggunaan kedua-dua
teknik dari aspek pencapaian kemudian dibandingkan dan diukur mengikut markah
secara perbandingan peratus untuk menunjukkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknik peta minda dan konvensional.

Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran yang tidak sesuai turut
mengekang keseluruhan pencapaian murid. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007) pula,
teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku
latihan topikal dan nota guru di papan kapur masih menjadi amalan. Ini juga
menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan murid tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan. Selain itu timbul kebosanan
dalam diri murid yang tidak dapat menyuarakan idea mereka sendiri.
Justeru, kajian ini cuba meninjau pencapaian murid yang menggunakan teknik

peta minda dan konvensional dalam penulisan karangan. Kesan penggunaan kedua-dua
teknik dari aspek pencapaian kemudiannya dibandingkan berdasarkan pencapaian
markah yang diperolehi mereka. Ujian pra dan pos akan diberikan untuk menentukan
markah mereka.
Disebabkan amalan proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional
inilah mengakibatkan pelajar hilang minat terhadap sesuatu pelajaran. Apabila pelajar
kurang berminat terhadap pelajaran, ini akan menyebabkan mereka mula menganggap
bahawa mata pelajaran bahasa Melayu membosankan. Situasi ini sebenarnya adalah
satu situasi yang boleh membunuh minat mereka selama-lamanya.
Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai daya ingatan yang
lemah serta tidak dapat menerima gaya pembelajaran yang menekankan seperti
syarahan, kaedah salin dan soal jawab. Golongan seperti ini selalunya lebih berminat
terhadap gaya pembelajaran yang lebih santai.

Sebagai guru, kita sebenarnya boleh membangunkan
mereka dari

serta membangkitkan

igauan yang ngeri terhadap mata pelajaran bahasa Melayu dengan


memperkenalkan kaedah yang dapat membantu

mereka lari dari kepompong

tradisional, iaitu dengan membina peta minda. Kaedah ini tidak hanya terhad kepada
pelajar menulis dan melukis sahaja, tetapi skop proses pembelajarannya amat luas
seperti

pelajar boleh melakar idea secara ilustrasi yang berkaitan dengan tajuk

pelajaran mereka melalui suratkhabar, majalah, internet selain daripada menyalin dan
menulis sahaja. Selain itu, mereka juga boleh membina peta minda yang sesuai dengan
menggunakan bentuk yang pelbagai serta berwarna-warni. Proses ini adalah diharapkan
dapat membantu pelajar mengingat serta faham tentang sesuatu tajuk yang dipelajari
dengan lebih jelas.
1.4

SOALAN KAJIAN


Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada
soalan-soalan kajian berikut.
1.4.1. Adakah strategi berasaskan peta minda dapat menarik minat murid terhadap mata
pelajaran penulisan karangan?
1.4.2. Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian murid yang menjalani
pendekatan peta minda berbanding murid yang mengikuti pengajaran konvensional?
1.4.3. Adakah terdapat perbezaan dari segi kefahaman tentang isi dan perkembangan
fakta antara murid yang menjalani pendekatan peta minda berbanding murid yang
mengikuti pengajaran konvensional?

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan teknik peta
minda dengan penggunaan teknik konvensional dalam penulisan karangan. Objektif
khusus kajian adalah untuk:1.5.1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik peta minda ke atas minat

murid terhadap pembelajaran penulisan karangan berbanding pengajaran
konvensional.

1.5.2. Mengenal pasti keberkesanan pengajaran berasaskan peta minda ke atas
pencapaian murid berbanding murid

yang mengikuti pengajaran

konvensional.

1.6

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya bertumpu kepada murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kota
Setia, Teluk Intan, Perak. Kajian ini difokuskan untuk satu kelas sahaja. Murid akan
dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
Kumpulan A seramai 16 orang menerima pembelajaran secara Peta Minda. Manakala
kumpulan

B juga seramai 16 orang menerima pembelajaran secara tradisional.

Bilangan keseluruhan murid yang terlibat adalah seramai 32 orang. Mereka hanya

sampel bagi kajian ini sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan murid tahun 5 di
sekolah tersebut.
Dua kumpulan yang dibentuk ini adalah terdiri daripada pelajar kelas yang
sama, di mana tahap pengelasan mereka mungkin berbeza mengikut tahap pencapaian

akademik mereka. Maka hasilan yang diperoleh tidak dapat memberikan gambaran
sebenar serta tidak dapat mencapai objektif kajian kerana pelajar tersebut terdiri
daripada latar belakang pendidikan yang berbeza.
Persekitaran murid juga mempengaruhi hasil keputusan ujian. Terdapat
perbezaan ketara antara murid yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Maka,
tahap kebolehan dan kemahiran murid dalam mengaplikasikan penggunaan Peta Minda
dalam situasi pembelajaran adalah tidak setara. Murid tahun lima juga merupakan
murid yang baru mengalami perubahan tahap dan peningkatan kemahiran dalam subjek
bahasa Melayu. Pada tahun lima, mereka diperkenalkan dengan bentuk dan jenis
karangan sama ada berformat atau tidak berformat. Mereka juga harus mengarang
dengan jumlah perkataan yang lebih banyak berbanding pada tahun tiga.

1.7

DEFINISI PEMBOLEH UBAH
1.7.1. Keberkesanan

Merupakan sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang menyebabkan sesuatu perubahan
berlaku. Keberkesanan juga merujuk kepada keupayaan untuk mewujudkan sesuatu
hasil atau perubahan yang diingini.
1.7.2. Strategi
Ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk untuk
mencapai maksud/ objektif. Strategi juga satu

perancangan yang teratur untuk

mencapai matlamat atau kejayaan. Selain itu, strategi

merupakan rancangan atau

pendekatan utama yang dilaksanakan secara bersepadu.
1.7.3. Pengajaran
Pengajaran merupakan satu proses penyampaian maklumat, memindahkan maklumat,
mendorong pembelajaran dan membina manusia supaya menjadi lebih baik. Ia lebih
menumpu kepada guru sebagai subjek.
1.7.4. Pembelajaran
Pembelajaran pula merupakan satu proses yang dilalui oleh seseorang individu
berkaitan memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat daripada sesuatu sumber.
1.7.5. Peta Minda
Merupakan satu cara untuk menggambarkan hubungan antara satu idea dengan yang
lain. Ianya dipersembahkan dalam bentuk lakaran bagi menggambarkan hubungan
tersebut bermula daripada konsep umum kepada konsep yang lebih spesifik. Maklumat
penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian
dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang
memproses maklumat.
1.7.6. Penulisan karangan
Perihal atau kegiatan menulis menggunakan alat tulis bagi mencatat sesuatu daripada
pemikiran

atau

percakapan.

Penulisan

karangan

ialah

mengembangkan idea bagi sesuatu tajuk karangan yang diberi.

1.8

KEPENTINGAN KAJIAN

menyampaikan

dan

Penggunaan

Peta Minda di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dapat

membantu mengenal pasti kefahaman murid tentang sesuatu konsep. Guru boleh
menggunakan Peta Minda untuk melihat konsepsi murid pada awal, pertengahan atau
pada akhir pengajaran sesuatu pengajaran penulisan karangan.
Maklum balas daripada sesuatu peta minda boleh membantu guru memberi
tumpuan terhadap item yang sukar difahami oleh murid dan membetulkannya supaya
murid dapat menguasai penulisan isi, huraian isi, aspek tatabahasa, penggunaan rangkai
kata, klausa, ayat dan sebagainya.
Selain itu peta minda yang dilakarkan dapat menggambarkan struktur kerangka
pengetahuan dan dipunyai oleh murid dan adakah murid dapat menghubungkaitkan
konsep yang dipelajari secara bermakna. Kemantapan kerangka pengetahuan murid
memberikan kelebihan kerana ia lebih kekal lama dan mudah dipanggil semula bila
diperlukan semasa proses penulisan karangan.

1.8.1 Kepentingan Kepada Peningkatan Pencapaian Murid.
Bagi murid, Peta Minda boleh bertindak sebagai alat metakognitif yang boleh
membantu mereka menyusun atur maklumat yang diperolehi ke dalam satu kerangka
pengetahuan yang lebih efektif bagi proses pemanggilan semula maklumat. Aktiviti
memetakan maklumat dapat menzahirkan kefahaman murid dan juga meningkatkan
kemahiran penggunaan strategi pembelajaran yang lebih efektif. Proses pembelajaran
sebegini membuatkan murid berasa bahawa kefahaman yang terbentuk adalah hasil

usaha mereka sendiri dan bukan disogok oleh guru. Perkara ini akan menimbulkan
perasaan tanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan keinginan untuk mencari
maklumat yang lebih bernas dan menarik.
Peta Minda juga merupakan sesuatu titik mula untuk murid membuat
perbincangan. Pemahaman yang murid perolehi sebelum ini yang dipegang oleh
seseorang murid boleh dicabar apabila murid mempunyai peluang untuk bercakap
tentang maklumat yang diketahui dalam

keadaan

yang ditunjukkan kemudian

membuat perbandingan dangan murid lain dengan memberi justifikasi pemilihan
mereka. Ini dapat memberi maklum balas kepada guru hasil pembelajaran pada hari
keberkesanan. Jika murid diberi peluang membina Peta Minda sebelum pengajaran,
kemudian bina satu lagi Peta Minda selepas sesi pengajaran, pengkaji boleh
membandingkan untuk melihat sama ada pembelajaran telah berlaku atau tidak.
Pembinaan Peta Minda membolehkan murid mengaitkan idea dan pengetahuan dalam
satu aktiviti dengan situasi pembelajaran yang lain.
Kekuatan pemetaan

minda terletak kepada keupayaannya memperjelaskan

pertalian di antara konsep yang dipelajari dan dengan itu meningkatkan kefahaman
murid tentang konsep tersebut. Selain itu pemetaan minda menyumbang ke arah
pembinaan satu kerangka alternatif kognitif yang teguh lagi bermakna. Hal ini
memungkinkan pemanggilan semula maklumat berlaku dengan lebih berkesan di dalam
situasi murid berhadapan

dengan

permasalahan

baru. Dengan ini penyelidikan

percaya pendekatan Peta Minda mampu meningkatkan prestasi murid dalam penulisan
karangan.

Hasil kajian ini turut memudahkan murid untuk penilaian terhadap tahap
penguasaan mereka dalam penulisan mereka dalam penulisan karangan yang melibatkan
pengetahuan terhadap penstrukturan ayat. Justeru, murid juga didorong untuk terus
berusaha dalam meningkatkan tahap penguasaan yang berkaitan. Usaha ini turut
memberikan panduan kepada murid untuk memperolehi kelulusan yang terbaik dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu, selain membantu pencapaian keseluruhan dalam
peperiksaan.

1.8.2 kepentingan Kepada Minat Murid Terhadap Penulisan.
Dapatan yang posistif daripada kajian ini mendorong murid supaya lebih berminat
mengikuti pembelajaran penulisan karangan berasaskan Peta Minda. Murid juga dapat
menguasai kemahiran penulisan karangan berlandaskan konsep-konsep yang mudah
dan lengkap. Melalui teknik pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif murid akan
berasakan idea mereka diterima dan dihargai. Selain daripada interaksi yang positif
antara guru dan rakan sebaya murid. Perdebatan serta perbincangan yang aktif juga
akan mewujudkan satu fenomena yang tidak kebergantungan kepada guru semata-mata.
Ini menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan lebih menarik serta diminati
mereka.
Dengan adanya kajian ini juga, diharapkan supaya sedikit sebanyak
kewujudannya membantu perancang dan penggubal dasar dalam kalangan guru di
sekolah rendah dalam menentukan penggunaan teknik pengajaran berasaskan peta
minda yang sesuai dan sistematik. Ia juga boleh memberikan input kepada pihak

pentadbir sekolah tentang penjadualan masa, keperluan ruang dan sokongan yang boleh
diberi bagi memperbaiki corak pengajaran penulisan karangan yang lebih berkesan.
Selain itu, pihak pentadbir sekolah perlu memikirkan susun atur ruang yang lebih
sesuai untuk perbincangan di dalam kumpulan sewaktu menjalankan aktiviti. Hasrat
yang ingin dicapai tidak lain tidak bukan adalah untuk mencapai aspirasi dalam
membestarikan bidang pengajaran dan pembelajaran.

1.9

RUMUSAN
Rumusannya, bab ini telah menerangkan tentang latar belakang kajian,

pernyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian,
definisi/istilah dan kepentingan kajian.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkaitan dengan kaedah
peta minda pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membincangkan bagaimana kaedah
peta minda dapat meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap mata pelajaran
penulisan karangan bahasa Melayu. Pengkaji akan membincangkan faktor-faktor
pembolehubah berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibuat sama ada di dalam
atau di luar negara.

2.2

LITERATUR YANG BERKAITAN

Peta minda dapat didefinasikan dengan berbagai-bagai rumusan. Menurut Carrol
(1997:2) dalam Jurnal, peta minda merupakan suatu abstrak dari serangkaian
pengalaman yang didefinasikan sebagai suatu kelompok objek atau kejadian. Abstraks
bererti suatu proses pemusatan perhatian

seseorang pada situasi tertentu dan

mengambil elemen-elemen tertentu dan mengabaikan elemen yang lain.
Peta Minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai
kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta Minda semakin penting sebagai satu
kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara
teratur.
Peta Minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua
maklumat daripada ingatan

untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak
manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama
membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganalisa dan sebagainya. Peta Minda adalah kebiasaan dibina atas sehelai kertas.
Idea penting atau idea utama diletakkkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain
yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil,
garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta
Minda

juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.

Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar
segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Asma binti Ishak (2005) yang
membuat kajian untuk meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting dengan
menggunakan kaedah Peta Minda di Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau, Perlis. Hasil
daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan markah
pada ujian pra dan pos yang telah dijalankan. Daripada data keputusan ujian yang
dijalankan peningkatan daripada 7% (semasa ujian pra) kepada 40% (selepas ujian
pos) murid mencapai markah tertinggi. Malah menurut pandangan responden mereka
juga bersetuju bahawa dengan menggunakan kaedah Peta Minda mereka lebih cepat
mencatat isi-isi penting berbandingkan dengan pengajaran secara konvensional.
Kajian yang telah dijalankan oleh Altabig (2006) tentang penggunaan Peta
Minda dalam mengingati konsep Sains ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4. Hasil
dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah
meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau
merumuskan bahawa

penggunaan Peta Minda dapat membantu

pelajar-pelajar

sederhana mengingat konsep Sains bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan
struktur kertas 2. Perkara ini juga telah membuktikan bahawa teknik Peta Minda juga
telah dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam pelajaran mereka.
Selanjutnya, kajian yang telah dijalankan oleh Wan Rasyidah bt Wan Abd.
Rahman (2007) mendapati bahawa keberkesanan daripada teknik Peta Minda yang
dijalankan ke atas pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Wakaf Baharu mendapati

bahawa peningkatan peratus A selepas ujian pos meningkat kepada 7% berbanding
dengan hanya 3% sahaja pada ujian para. Manakala peratus gagal selepas ujian para
ialah sebanyak 7% kepada 0% iaitu tiada yang gagal. Berdasarkan keputusan ini
menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan daripada penggunaan teknik Peta Minda
yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar tersebut.
Dahar (1948:149) menyatakan Ausubel belum menyediakan suatu alat atau cara
yang sesuai yang digunakan guru untuk mengetahui apa yang telah diketahui oleh para
pelajar. Berkenaan dengan itu Novak dan Gowin(1985) dalam Dahar (1988:149)
mengemukakan bahawa cara untuk mengetahui konsep-konsep yang telah dimiliki
pelajar supaya pembelajaran bermakna berlangsung dapat dilakukan dengan
pertolongan peta minda.
Menurut Arends (1977:251) peta minda dapat

menunjukkan secara visual

pelbagai jalan yang dapat ditempuh dalam menghubungkan pengertian konsep di dalam
permasalahannya. Peta minda yang dibuat murid dapat membantu guru untuk
mengetahui miskonsepsi yang dimiliki murid dan untuk memperkuatkan pemahaman
konsepsual guru sendiri dan disiplin ilmunya. Selain itu peta minda merupakan suatu
cara yang baik bagi murid memahami dan mengingati sejumlah informasi baru.
Ismail Zin (2006) menyatakan bahawa masalah

pengajaran yang kurang

memberikan penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam sesuatu teknik telah
menyebabkan murid tidak bersedia untuk belajar. Oleh itu, teknik peta yang sesuai,
berdasarkan strategi pengajaran bahasa yang lebih berkesan perlu diperkenalkan.

Peta minda merupakan salah satu daripada strategi organisasi. Strategi organisasi
bertujuan membantu pelajar meningkatkan pembelajaran. Salah satu penyataan dalam
teori Ausubel adalah bahawa faktor paling penting mempengaruhi pembelajaran adalah
apa yang telah diketahui pelajar (pengetahuan awal). Agar pembelajaran jadi
bermakna,maka konsep baru harus dikaitkan dengan konsep-kosnep yang ada dalam
struktur kognitif

pelajar (Suryadi menambahkan iaitu yang disebut Teknik

Konstruktivisme ).
Menurut Khairiah Ahmad (dipetik daripada kajian yang dijalankan oleh Wan
Rashidah 2007) satu perkara dalam pengajaran karangan masa ini ialah guru-guru
biasanya terlalu terpengaruh dengan keperluan menyediakan murid-murid untuk
menghadapi peperiksaan. Kesan daripada keadaaan ini ialah format pengajaran guru dan
kalangan murid-murid menjadi terhad sekali, tidak begitu mudah ubah. Misalnya
pelajaran karangan biasanya bermula dengan guru memberi tajuk, kemudian guru dan
murid membincangkan serba sedikit isinya dan seterusnya murid-murid diminta
menulis karangan mereka dalam 500 patah perkataan dalam masa yang tinggal (lebih
kurang 40 minit). Beginilah kaedahnya tiap-tiap kali diadakan pelajaran karangan.
Pendekatan ini menyebabkan murid lemah dari segi mengemukakan isi yang tepat dan
bernas, huraian yang kemas serta penggunaan wacana yang betul.
Pengajaran tradisional terlalu menekankan kepentingan guru sebagai pemberi
maklumat dan pelajar hanya merupakan agen yang pasif sahaja. Keadaan ini boleh
diperbaiki jika guru mengambil inisiatif untuk melibatkan pelajar secara lebih aktif di
dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan pendekatan
konstruktivis seperti kitar pembelajaran. Kesukaran murid menangani longgokan
maklumat pula boleh dibantu dengan penggunaan pengelola awal (graphic organizer)
seperti peta minda untuk membantu menyusun atur maklumat di dalam minda secara
lebih berkesan.

2.3

RUMUSAN

Daripada hasil tinjauan literatur, dapat disimpukan bahawa terdapat banyak kajian kes
telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang telah berusaha mengenalpasti
kelemahan murid dalam penulisan karangan dan mengatasinya menggunakan strategi
pemetaan. Kekuatan peta minda terletak kepada keupayaannya menyusun strategi agar
segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.
Dalam hal ini, penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah
memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat membuat analisis untuk
menghasilkan sesuatu yang bermakna.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1

PENDAHULUAN

Kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan berasaskan Peta Minda untuk meningkatkan prestasi murid dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota
Setia, Teluk Intan, Perak. Berdasarkan tujuan di atas, bab ini akan membincangkan
mengenai reka bentuk kajian, responden kajian, sampel kajian, tatacara pegumpulan
data dan tatacara penganalisan data.

3.2

REKABENTUK PENYELIDIKAN

Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kuantitatif secara eksperimen. Reka
bentuk biasanya dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Bentuk kajian ini dipilih
kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih
perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Murid dibekalkan dengan kertas kajang untuk
menjawab soalan karangan.

Bilangan murid di dalam kelas 5A ialah seramai 32 orang. Murid dipilih bukan
berdasarkan keputusan ujian-ujian di sekolah. Ini adalah kerana murid dipilih secara
rawak dan hanya melibatkan satu kelas sahaja. Murid-murid dipilih daripada kalangan
lelaki dan perempuan. Mereka menjalani sesi pembelajaran kaedah Peta Minda
sebagaimana yang terkandung dalam kajian ini. Pengkaji menjalankan ujian pra kepada
semua pelajar dan pemerhatian dibuat dalam tempoh 6 minggu. Pada akhir minggu
keenam pengkaji telah memberikan ujian pos. Manakala borang soal-selidik hanya
diberikan pula kepada murid kumpulan kajian Keputusan murid-murid daripada keduadua kumpulan kajian dan kawalan direkod dan dibandingkan.
Dalam melaksanakan proses kajian ini, guru telah menetapkan satu rangka
kerja yang teratur bagi mengesahkan kajian tersebut. Satu carta aliran dirangka bagi
melaksanakan kerja yang digunakan dalam proses kajian ini. Kerangka kerja konsep

ini boleh dijadikan pembolehubah bagi menggambarkan perjalanan proses kajian yang
dijalankan. Bermula daripada proses membahagikan kumpulan antara Kumpulan Kajian
(eksperimen) yang juga dipanggil kumpulan A. Manakala satu kumpulan lagi ialah
Kumpulan Kawalan yang juga dipanggil Kumpulan B. Proses kajian selanjutnya
dipaparkan seperti carta aliran pada Rajah 3.1 di bawah.

Rajah 3.1 Carta Aliran : Kajian Yang Akan Dijalankan.

Guru

Murid

Ujian Pra

Ujian Pos

keputusan

3.3

PERSAMPELAN

Sampel kajian ini terdiri daripada murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kota Setia,
Teluk Intan, Perak. Kesemua murid yang dipilih merupakan murid yang pernah diajar
oleh guru sebagai guru biasa di sekolah ini. Murid akan terdiri daripada murid lelaki
dan murid perempuan untuk menjadi sampel kajian eksperimen. Seramai 32 orang
pelajar yang dipilih untuk dijalankan kajian.
Sampel dikategorikan sebagai murid sederhana dan agak lemah berdasarkan
keputusan ujian pada awal tahun untuk mendapatkan TOV (Take Of Value). Murid
tahun lima dipilih kerana pada tahun inilah mereka diperkenalkan dengan karangan
yang berformat dan tidak berformat. Karangan yang dihasilkan mestilah mengikut
format yang betul (bergantung kepada tajuk) dan memerlukan pemeringkatan perenggan

dan bilangan perkataan yang agak panjang berbanding dengan semasa mereka berada di
tahun 4.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos. Ujian pra
dijalankan untuk menilai prestasi murid sebelum rawatan manakala ujian pos diadakan
selepas kumpulan tersebut dilaksanakan mengikut kajian Peta Minda dan Kaedah
Konvensional.
3.4.1

Ujian Pra

Soalan ujian pra terdiri daripada soalan bahagian B iaitu menulis karangan berdasarkan
tajuk yang diberi. Ujian pra diberi untuk mendapatkan gambaran awal tentang prestasi
murid terhadap gaya dan penulisan karangan mereka.
3.4.2

Ujian Pos

Set ujian yang terdiri daripada soalan bahagian B sahaja. Ujian pos akan digunakan
untuk menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan peta
minda berbandingkan dengan teknik pengajaran penulisan menggunakan kaedah
tradisional atau konvensional.
3.4.3

Borang soal selidik

Mengkaji kesan terhadap penggunaan pendekatan pengajaran berasaskan peta minda ke
atas minat murid terhadap pembelajaran penulisan karangan berbanding pengajaran
konvensional. Borang ini juga mengesan minat dalam penulisan karangan serta
meningkatkan pengetahuan bahasa murid.

3.5 KAJIAN RINTIS – KEBOLEHPERCAYAAN / KEESAHAN
Kajian yang telah dijalankan adalah ke atas murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan
Kota Setia, Teluk Intan. Seramai 32 orang murid dipilih untuk menjalankan kajian ini.
Walaupun saiz sampel lebih kecil daripada saiz sampel sebenar namun responden yang
dipilih ini setara dengan responden kajian sebenar. Ini adalah kerana umur responden
secara keseluruhannya ialah 11 tahun. Seramai 17 orang murid perempuan secara
keseluruhannya terlibat dan 15 orang murid lelaki. Jumlah keseluruhan murid tersebut
ialah sebanyak 32 orang.
Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan ujian yang dijalankan pada awal tahun untuk
menentukan Take Of Value (TOV). Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan
kelemahan murid-murid ini dalam penulisan khususnya karangan.

Oleh itu, guru

merasakan

perlu diadakan kajian terhadap teknik, kaedah atau cara untuk

meningkatkan subjek tersebut.
Satu kaedah ataupun teknik yang dirasakan bersesuaian dengan untuk meningkatkan
prestasi murid-murid tersebut adalah teknik Peta Minda. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji keberkesanan teknik Peta Minda terhadap pencapaian murid ini. Selain itu
juga, pengkaji juga telah mengukur minat murid terhadap teknik ini. Seterusnya,
pengkaji juga dapat melihat perbezaan dari segi kefahaman tentang isi dan
perkembangan fakta antara murid yang menjalani kaedah peta minda berbanding
dengan murid yang mengikuti pengajaran secara konvensional.
Murid telah diberikan borang maklumat data peribadi untuk mendapatkan
maklumat tentang profil responden. Di dalam borang tersebut akan dinyatakan
pekerjaan bapa dan ibu serta pendapatan mereka. Ini adalah untuk mengetahui
hubungan latar belakang keluarga dengan pencapaian mereka. Borang maklumat murid
atau profil responden diberikan kepada murid-murid ini.
Berkemungkinan berlaku juga markah yang tidak setara semasa kajian dijalankan.
Murid yang berada dalam kumpulan kawalan akan mendapat markah yang tinggi
berbanding dengan murid kajian. Ujian pos telah menentukan keberkesanan teknik Peta
Minda setelah enam minggu kajian yang dijalankan.
3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data telah dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas tahun lima. Semua
pelajar telah mengambil ujian pra dan seterusnya mereka telah diajar seperti biasa
selama dua minggu. Separuh (kumpulan A) seramai 16 orang yang terpilih dalam

intervensi dikumpulkan dalam satu kelas di luar waktu mengajar. Pengkaji mengambil
masa empat jam seminggu untuk kaedah yang disediakan dalam kajian ini.

Semasa sesi intervensi, pengkaji memberikan

satu

penerangan ringkas mengenai

tujuan sesi dan cara pengendalian. Pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
Pelajar diberikan

masa selama 40 minit untuk membuat ulangkaji menggunakan

kaedah peta minda. Setelah dua minggu pelajar diberikan ujian pos. Pelajar tidak
dibenarkan meniru kerana perbuatan mereka menjejaskan kajian penyelidik. Pengkaji
telah memberi borang soal selidik untuk pelajar kumpulan A sahaja dan mencatatkan
data yang dikehendaki.

3.7

CARA PENGANALISAN DATA

Proses dimulakan dengan pengumpulan semua data termasuk ujian pra dan ujian pos.
Data telah dianalisis untuk menentukan ukuran kepada skor komposit beberapa item,
iaitu item gaya pembelajaran, skor min dan perbezaan antara dua item (perbezaan skor
ujian pra dan ujian pos). Perbezaan ini telah dipaparkan dalam bentuk rajah iaitu graf
selain daripada data-data dalam bentuk angka. Melalui graf kita telah dapat melihat
perbandingan markah mereka secara visual.
Terdapat tiga cara yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data iaitu
melalui cara ujian, soal-selidik dan pemerhatian. Ketiga-tiga cara ini dilakukan

bertujuan untuk mendapatkan kesahan dalam kajian yang dijalankan. Keterangan
mengenai cara yang dijalankan adalah seperti di bawah.

3.7.1 Ujian
Kaedah ujian juga turut digunakan dalam kajian ini untuk mengukur tahap kefahaman
murid dalam penulisan. Dua ujian telah dijalankan iaitu ujian pra dan pos. Ujian pra
ialah untuk menguji tahap kefahaman murid sebelum kaedah dalam ini diaplikasikan
kepada murid. Ujian pos pula telah dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan
teknik Peta Minda berbandingkan kaedah konvensional. Ujian-ujian tersebut adalah
untuk membuktikan teknik Peta Minda yang dijalankan melalui kajian ini berkesan
ataupun sebaliknya.
3.7.2

Soal-selidik

Dalam menjalankan kajian ini, kaedah soal-selidik telah diberikan kepada murid untuk
mengetahui reaksi mereka terhadap kajian yang dijalankan.Kaedah ini dijalankan
dengan mengedarkan kertas yang mengandungi 7 item soalan. Soalan-soalan yang
disediakan adalah soalan menjurus kepada minat terhadap pembelajaran menggunakan
teknik Peta Minda dalam meningkatkan pencapaian penulisan murid-murid.

3.7.3

Pemerhatian

Semasa menjalankan kajian ini, kaedah

pengumpulan data secara kualitatif dan

kuantitatif telah dijalankan. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan sedikit gambaran

mengenai cara murid belajar dan reaksi mereka semasa di dalam kelas. Kaedah ini
dijalankan dengan melihat reaksi mereka semasa sesi perbincangan dan melakukan
aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Satu
senarai semak telah disediakan supaya pemerhatian yang dijalankan lebih spesifik dan
berfokus. Segala keputusan pemerhatian telah direkodkan ke dalam sebuah jadual.
3.8

RUMUSAN

Kajian ini telah

menggunakan reka bentuk kajian untuk mengkaji sejauh mana

intervensi dalam bentuk kitar pembelajaran dan peta minda mempunyai kesan yang
positif terhadap pencapaian murid tentang perkembangan idea dalam penulisan yang
mereka pelajari. Kelas tambah nilai juga diambil kira sebagai kajian. Dapatan daripada
ujian pos juga diharap menunjukkan bahawa intervensi ini berupaya menghuraikan
kefahaman murid tentang perluasan isi dan bagaimana perkembangan idea berlaku dan
akhirnya struktur penulisan yang baik mampu dihasilkan.