BAB 4 STRATEGI LOKASI - BAB4

BAB 4 STRATEGI LOKASI OBJEKTIF Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami objektif pemilihan lokasi untuk sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan.

  2. Menerangkan faktor-faktor pemilihan lokasi di peringkat negara, kawasan dan daerah.

  3. Mengaplikasikan teknik-teknik penilaian lokasi.

  PENDAHULAN

  Faktor lokasi merupakan sesuatu yang amat penting bagi semua jenis perniagaan sama ada bagi barangan atau perkhidmatan. Ia memberikan kesan jangkamasa panjang kepada operasi sesebuah syarikat. Lokasi atau kedudukan perniagaan yang strategik membolehkan syarikat mencapai keuntungan kerana ia memberi kesan kepada kos tetap dan kos berubah syarikat. Pemilihan lokasi yang tepat juga membantu syarikat beroperasi dengan lebih cekap. Contohnya, lokasi kilang yang dekat dengan pelabuhan membolehkan syarikat mengangkut bahan mentah dengan mudah ke kilang serta turut mempercepatkan proses mengeksport produk. Di samping itu, kos pengangkutan juga boleh diminimumkan.

OBJEKTIF PEMILIHAN LOKASI

  Objektif utama bagi lokasi industri atau pengilang adalah untuk meminimumkan kos-kos pengeluaran. Obejektif utama bagi sektor perkhidmatan pula adalah untuk memaksimumkan hasil atau pendapatan. Jadi, sektor perkhidmatan selalunya akan mementingkan perhubungan dengan pelanggan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN LOKASI

  Pemilihan lokasi terutamanya untuk mencari lokasi baru sama ada untuk membuka sebuah kilang, pejabat, kedai runcit dan bank di luar negara adalah kerana kepesatan ekonomi dunia, kemudahan komunikasi antarabangsa yang baik, kepantasan perjalanan dan penghantaran, kemudahan aliran modal dan juga perbezaan kos buruh. Kesimpulannya, faktor-faktor pemilihan lokasi boleh dikategorikan seperti berikut: 1.

   Faktor pemilihan negara

  • Perundangan dan undang-undang kerajaan
  • Kestabilan politik dan ekonomi
  • Budaya dan sikap orang-orang tempatan
  • Lokasi pasaran
  • Kesediaan buruh, produktiviti dan kos
  • Bekalan bahan mentah, komunikasi dan tenaga
  • Pertukaran mata wang

  • Daya tarikan sesebuah kawasan seperti cukai, cuaca dan budaya.
  • Kesediaan buruh, kos dan sikap kesatuan sekerja.
  • Akta persekitaran bagi sesebuah kawasan
  • Insentif kerajaan • Berhampiran dengan bahan mentah, pelanggan dan tenaga buruh.
  • Kos tanah dan pembinaan 3.

   Faktor pemilihan daerah

  • Keluasan saiz dan kos
  • Pengangkutan udara, air dan jalanraya
  • Zon larangan
  • Berhampiran dengan bekalan dan perkhidmatan seperti bank • Isu-isu alam sekitar dan keluarga.

TEKNIK-TEKNIK PENILAIAN LOKASI

  Penilaian lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Penilaian ini perlu dilakukan untuk membandingkan lokasi-lokasi alternatif dan untuk memilih lokasi yang terbaik. Secara umumnya terdapat empat teknik pemilihan lokasi iaitu:

1. Kaedah faktor pengadaran (factor rating) 2.

  Kaedah titik pulang modal 3. Kaedah graviti-pusat 4. Kaedah pengangkutan

  KAEDAH FAKTOR PENGADARAN (FACTOR RATING) Pendekatan menilai lokasi dengan menggunakan input kuantitatif dan kualitatif.

  • Langkah-langkah penyelesaian : 1.

  Tentukan faktor-faktor yang relevan.

  2. Tentukan pemberat bagi setiap faktor. Jumlah keseluruhan pemberat adalah sama dengan satu (1).

  3. Tentukan skala dan markah bagi setiap faktor pada lokasi. ( 0 – 100).

  4. Darabkan pemberat dengan markah yang diberi bagi setiap faktor.

  5. Pilih lokasi yang mempunyai markah berpemberat tertinggi..

  Contoh 1

  Faktor Pemberat (W) Markah dari 100 Lokasi A Lokasi B

  Kemudahan stor 0.1 100

  60 Volum trafik

  0.05

  80

  80 Kos Sewa

  0.4

  70

  90 Saiz 0.1

  86

  92 Susunatur 0.2

  40

  70 Kos operasi

  0.15

  80

  90 Jumlah 1.00 Penyelesaian: Faktor Markah Berpemberat Lokasi A Lokasi B

  Kemudahan stor (0.1)100 = 10.0 (0.1)60 = 6.0 Volum trafik (0.5)80 = 4.0 (0.5)80 = 4.0 Kos Sewa (0.4)70 = 28.0 (0.4)90 = 36 Saiz (0.1)86 = 8.6 (0.1)92 = 9.2 Susunatur (0.20)40 = 8.0 (0.2)70 = 14 Kos operasi (.15)80 = 12.0 (0.15)90 = 13.5

  70.6 82.7 Jadi, Lokasi B adalah lebih baik kerana mata berpemberat lebih tinggi. KAEDAH TITIK PULANG MODAL

  Ia merupakan satu analisis kos dan bilangan unit terhadap pelbagai lokasi alternatif dengan membuat perbandingan ekonomi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan graf atau matematik. Pendekatan bergraf dikatakan mempunyai kelebihan kerana menyediakan bilangan unit (volum) bagi setiap lokasi yang lebih digemari. Langkah-langkahnya ialah:

  1. Menentukan kos tetap dan kos berubah bagi setiap lokasi.

  2. Melakarkan graf jumlah kos untuk setiap lokasi (paksi x untuk bilangan unit dan paksi y adalah untuk jumlah kos).

  3. Memilih lokasi yang mempunyai jumlah kos minimum bagi jangkaan unit pengeluaran.

  Di mana semakin ke bawah graf kos bermaksud jumlah kosnya adalah lebih rendah.

  Contoh 2

  Sebuah syarikat pengeluar mesin rumput mengambil kira tiga lokasi iaitu Sungai Petani, Kulim dan Bayan Baru untuk membuat pilihan lokasi bagi membuka sebuah kilang baru. Kos tetap setahun bagi setiap lokasi yang dianggarkan ialah RM30,000, RM60,000 dan RM 110,000 masing-masing. Kos berubah pula adalah RM75 seunit, RM45 seunit dan RM25 seunit masing- masing. Jangkaan harga jualan bagi seunit mesin rumput yang dihasilkan ialah RM120. Syarikat ingin mencari satu lokasi yang paling ekonomi bagi menghasilkan 2000 unit mesin rumput setiap tahun. Penyelesaian Bagi Sungai Petani, Jumlah Kos = RM30,000 + RM75(2,000) = RM180,000 Bagi Kulim, Jumlah Kos = RM60,000 + RM45(2,000) = RM150,000 Bagi Bayan Lepas, Jumlah Kos = RM110,000 + RM25(2,000) = RM160,000 Kesimpulannya ialah Kulim menyediakan kos yang paling minimum untuk jangkaan pengeluaran 2,000 unit. Keuntungan jangkaan ialah: Keuntungan jangkaan = Jumlah Pendapatan – Jumlah kos

  • – = RM120(2,000) RM150,000
  • – = RM240,000 RM150,000 = RM 90,000 setahun

KAEDAH GRAVITI-PUSAT

  Kaedah graviti-pusat adalah satu kaedah yang menggunakan formula matematik bagi mencari satu pusat taburan atau titik tengah yang akan meminimumkan kos. Teknik ini mengambilkira kedudukan pasaran, bilangan unit yang dihantar dan kos pengangkutan bagi mendapatkan lokasi yang terbaik untuk satu pusat taburan. Objektif lokasi ialah untuk meminimumkan ukuran jarak antara lokasi-lokasi yang dianalisis. Berikut adalah langkah-langkah penyelesaian kaedah graviti- pusat:

  1. Meletakkan lokasi yang sebenar ke atas kekisi (grid). Saiz bagi grid bagi kekisi adalah ditentukan iaitu semakin kecil skala yang digunakan maka semakin tepat lokasi tersebut.

  2. Menentukan koordinat-koordinat ke atas kekisi bagi setiap tempat.

  d W ix i

  ∑

  Persamaan 1 C =

  x W i

  ∑ d W iy i

  ∑

  Persamaan 2 C =

  y W i

  ∑

  Di mana C = koordinat-x bagi pusat graviti

  x

  C = koordinat-y bagi pusat graviti

  y d = koordinat-x bagi lokasi i ix

  d = koordinat-y bagi lokasi i

  iy W = bilangan unit yang dihantar ke/dari lokasi i i

  Contoh 3

  Gedung membeli belah Jaya Jusco ingin menentukan satu lokasi bagi membuka sebuah gudang baru mereka sebagai satu pusat taburan. Lokasi gedung-gedung Jaya Jusco ialah Kuala Lumpur, Taiping, Penang dan Alor Setar. Buat masa sekarang semua bekalan dibekalkan daripada sebuah gudang lama yang berada di Penang. Jadual di bawah menunjukkan permintaan untuk gedung membeli- belah Jaya Jusco:

  Lokasi Gedung Bilangan kontena yang dihantar setiap bulan Kuala Lumpur 3,000 Taiping 1,500 Penang 2,000 Alor Setar 1,500

  • 47(3000) 28(1500) 1 8(2000) 21(1500)

  C

  =

  x

  3000 1500 2000 1500 + + + = 31.3

  68 (1500) 80(2000) + + + 32(3000) 94 (1500) C

  =

  y

  3000 1500 2000 1500 + + +

  62.4

   = Jadi, lokasi (31.3, 62.4) adalah titik tengah untuk kesemua gedung membeli-belah Jaya Jusco.

  Melihat kepada peta Malaysia, koordinat ini adalah tempat yang berhampiran dengan Ipoh, Perak. Maka Jaya Jusco perlu memilih Ipoh untuk membuka gudang baru.

KAEDAH PENGANGKUTAN

  Kaedah pengangkutan adalah satu pendekatan pengaturcaraan-linear yang berobjektif untuk meminimumkan kos penghantaran dari beberapa sumber ke beberapa lokasi. Kaedah ini akan menentukan corak penghantaran yang terbaik dari beberapa pembekal ke beberapa destinasi (permintaan) di mana ia akan meminimumkan kos pengeluaran dan pengangkutan. Teknik ini menggunakan Peraturan Sudut Barat Laut untuk menyelesaikan masalah.

  Peraturan sudut barat laut adalah cara bersistematik dan memerlukan aturan langkah

  yang bermula dari sel teratas di sebelah kiri. Bagi memperuntukkan unit-unit ke laluan penghantaran, langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Habiskan semua bakalan (kapasiti kilang) dari kilang di baris pertama sebelum berpindah ke baris berikutnya. Ini bermakna bilangan unit yang akan dihantar adalah mengikut keperluan gudang di lajur pertama. Jadi kesemua unit dari kilang di baris pertama perlu dihantar ke gudang lajur pertama.

  2. Penuhi keperluan gudang bagi setiap lajur sebelum berpindah ke lajur berikutnya.

  3. Pastikan bekalan dan permintaan adalah sama.

  4. Menggunakan kaedah batu loncatan untuk menilai laluan yang tidak digunakan untuk menyusun semula alokasi bekalan kepada permintaan.

  Contoh 4

  Tentukan penghantaran optimum bagi Syairkat Hazzem Logistik. Tunjukkan penyelesaian kaedah sudut barat laut dan batu loncatan kepada pengurus operasi bagi menyelesaikan masalah di Syarikat Hazzem Logistik.

  Ke Projek A Projek B Projek C Kapasiti Kilang Dari Kilang

  1 RM5 RM4 RM3

  50 Kilang

  2 RM8 RM4 RM3 150 Kilang

  3 RM9 RM7 RM5 150 Keperluan Gudang 150 100 100 350 Penyelesaian

  Ke Projek A Projek B Projek C Kapasiti Kilang Dari Kilang 1 50 +3 +4

  50 Kilang 2 100 50 +1 150 Kilang 3 -2* 50 100 150 Keperluan 150 100 100 350 Jumlah kos = 50 x RM5 + 100 x RM8 + 50 x RM4 + 50 x RM7 + 100 x RM5 = RM2100

  Sel Kosong Kilang 1 ke Projek B = 4 - 4 + 8 – 5 = +3 Kilang 1 ke Projek C = 3 -5 + 7 – 4 + 8 – 5 = +4 Kilang 2 ke Projek C = 3 – 5 + 7 – 4 = +1 Kilang 3 ke Projek A = 9 - 8 + 4 – 7

  = - 2* Ke Projek A Projek B Projek C Kapasiti Kilang

  Dari Kilang 1 50 +3 +2

  50 Kilang 2 50 100 -1* 150 Kilang 3 50 +2 100 150 Keperluan Gudang 150 100 100 350 Jumlah Kos = 50 x RM5 + 50 X RM8 + 50 x RM9 + 100 x RM4 + 100 x RM5 = RM2000 Sel Kosong Kilang 1 ke Projek B = 4 -4 + 8 - 5 = 3 Kilang 1 ke Projek C = 3 - 5 + 9 – 5 = 2 Kilang 2 ke Projek C = 3 -5 + 9 – 8 = -1 * Kilang 3 ke Projek B = 7 -9 + 8 – 4 = 2

  Ke Projek A Projek B Projek C Kapasiti Kilang Dari Kilang 1 50 +2 +2

  50 Kilang 2 +1 100 50 150 Kilang 3 100 +1 50 150 Keperluan Gudang 150 100 100 350 Sel kosong Kilang 1 ke Projek B = 4 - 4 + 3 – 5 + 9 -5 = 2 Kilang 1 ke Projek C = 3- 5 + 9 – 5 = 2 Kilang 2 ke Projek A = 8 -3 + 5 - 9 = 1 Kilang 3 ke Projek B = 7 - 4 + 3 – 5 = 1 Penghantaran Optimum:

  Destinasi Kos Kilang 1 ke Projek A 50 x RM 5 = 250 Kilang 2 ke Projek B 100 x RM4 = 400 Kilang 2 ke Projek C 50 x RM3 = 150 Kilang 3 ke Projek A 100 x RM9 = 900 Kilang 3 ke Projek C 50 x RM5 = 250

  Jumlah Kos RM 1950

  50 Cukai 0.10

  5

  10 G (2,6)

  15 F (3,2)

  5 E (7,9)

  15 D (9,5)

  10 C (4,9)

  5 B (6,8)

  Bandar Koordinat Peta (x,y) Muatan Kapal (tan) A (5,10)

  4. Jadual berikut menunjukkan koordinat peta dan muatan kapal bagi beberapa bandar yang akan dihubungkan dengan satu pusat pengedaran. Tentukan lokasi pusat pengedaran ini bagi meminimumkan kos.

  c) Jika Syarikat PGK ingin mengeluarkan 200 unit produk, lokasi manakah yang terbaik?

  b) Pada tahap output manakah setiap lokasi menjadi optimal?

  Lokasi Kos tetap ($) Kos Berubah ($) A 500 11 B 1,000 7 C 1,700 4

  50 3. Maklumat mengenai kos tetap dan kos berubah bagi lokasi-lokasi yang berpotensi untuk menubuhkan kilang baru Syarikat PGK adalah seperti berikut:

  90

  80

  LATIHAN BAB 4 1.

  40

  Apakah objektif pemilihan lokasi bagi sesebuah syarikat? Adakah terdapat perbezaan antara syarikat yang terlibat dengan sektor pembuatan dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan? 2. Sebuah syarikat insurans bercadang untuk membuka cawangan barunya di Bayan Baru atau di Georgetown. Markah yang diberi kepada kedua-dua lokasi berdasarkan faktor- faktor yang ditentukan oleh syarikat adalah seperti dalam jadual di bawah. Manakah lokasi yang terbaik?

  Faktor Pemberat Georgetown Bayan Baru Keselesaan Pengguna

  0.25

  70

  80 Kemudahan Bank

  0.20

  90 Sokongan Komputer

  0.10

  0.20

  85

  75 Kos Sewa

  0.15

  90

  55 Kos Buruh

a) Lukiskan graf fungsi kos bagi ketiga-tiga lokasi.

5. Dengan menggunakan kaedah Model Pengangkutan, selesaikan permasalahan di bawah untuk mencari kos yang paling minimum.

  Ke Dari Arau Alor Setar Bayan Baru Bekalan

  Kilang A RM3 RM3 RM2

  25 Kilang B RM4 RM2 RM3

  40 Kilang C RM3 RM2 RM3

  30 Permintaan 30 30 35 95

Dokumen yang terkait

Dokumen baru