KITAB SUCI AGAMA ISLAM kitab

KITAB SUCI AGAMA ISLAM
• Kitab suci Al-Quran
• Berasal daripada bahasa arab
• Mengandungi 30 juzuk terdiri daripada 114 surah yang menceritakan tentang aqidah,
ibadah, akhlak, hukum, sejarah dan dorongan untuk manusia berfikir.
• Merupakan kitab yang terakhir diturunkan Allah S.W.T
• Diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat – peringkat
• Tujuan diturunkan secara berperingkat adalah untuk menetapkan jiwa Nabi Muhammad
S.A.W dalam menyampaikan ajaran islam
• Mendidik masyarakat pada masa itu secara beransur-ansur dengan kesesuaian perkara
yang baru berlaku
• Menunjukkan bahawa Al-Quran ini adalah kalam Allah S.W.T bukannya ciptaan dari
mana-mana pihak

KITAB SUCI AGAMA BUDDHA
• Dinamakan Tripittaka ialah 3 keranjang bermaksud 3 himpunan pidato Buddha
• Mengandungi pidato-pidato dan ajaran Gautama Buddha
• Ditulis dalam bahasa pali
• Terbahagi kepada 3 kitab iaitu :
a)
b)

c)

Kitab Winayapittaka menerangkan tentang hukum dan peraturan
Kitab Sutrantapittaka menceritakan tentang pidato-pidato ajaran Buddha
Kitab Abbiddharmapittaka menjelaskan dan huraian tentang keagamaan

KITAB SUCI AGAMA HINDU
• Kitab Weda ditulis dalam bahasa Sanskrit
• Nama Weda berasal daripada perkataan Vid bermaksud mengetahui dan pengetahuan
• Kitab Weda ialah kitab suci yang asli dan dijadikan pegangan agama dan panduan hidup
oleh penganut agama Hindu.
• Kitab Weda terbahagi kepada 4 iaitu :
a) Kitab Rigweda ini mempunyai ajaran yang mengandungi syair- syair pujian
terhadap dewa
b) Kitab Samaweda yang mengandungi syair- syair dari Kitab Rigweda yang digubah
menjadi lagu-lagu pujaan dan dinyanyikan
c) Kitab Yajurweda mengandungi Du’a -du’a untuk dipersembahkan kepada dewa dewa dan ajaran mengenai pokok-pokok yajus
d) Kitab Atharwaweda mengandungi mantra atau jampi yang mengandungi ajaran
bersifat magis


KITAB SUCI AGAMA KRISTIAN
• Bible atau lebih dikenali sebagai Kitab Injil
• Diturunkan kepada Nabi Isa dalam bahasa yahudi kuno
• Terdapat dua kitab Bible iaitu Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru
• Kitab Perjanjian Lama iaitu Kitab Injil yang asli sambungan Kitab Taurat dan Zabur
• Terdapat 4 Kitab di dalam Kitab Perjanjian Baru yang dikarang oleh 4 tokoh yang terkenal
iaitu Kitab Injil markus, Kitab Injil matius, Kitab Injil lukas dan Kitab Injil yahya
• Kitab Perjanjian Lama mengandungi undang - undang Nabi Musa, kisah dan sejarah
terdahulu, puisi, kebijaksanaan dan ramalan perkara yang akan datang
• Kitab perjanjian baru mengisahkan tentang kehidupan Nabi Isa dan asal-usul kewujudan
agama Kristian