DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

  DRAF

  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

  DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN LIMA

  DRAF DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

  

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN LIMA Bahagian Pembangunan Kurikulum

  DRAF Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,

Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  DRAF RUKUN NEGARA

  BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut:

   KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA  KELUHURAN PERLEMBAGAAN  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  DRAF

  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  DRAF KANDUNGAN

MUKA SURAT PENDAHULUAN

  1 MATLAMAT

  1 OBJEKTIF

  1 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

  2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

  2 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

  3 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

  4 FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat Objektif

  5 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

  6 PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Rujukan Standard Tafsiran Umum Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

  7

  7

  8

  9

  11

  1 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

  Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

  ....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan iv bahan bantu mengajar ...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

  MATLAMAT

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

  OBJEKTIF

  KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

  Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

  Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

  vi. Keterampilan Diri KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  2

  Standard Kandungan

  Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

  Standard Pembelajaran

  berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. mencipta seperti di Jadual 1.

  Standard Prestasi KBAT Penerangan

  Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid

  Mengaplikasi

   Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

  KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Menganalisis

   Mencerakinkan maklumat kepada bahagian Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang kecil untuk memahami dengan lebih seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, mendalam serta hubung kait antara bahagian bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkenaan berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

  Menilai

   Membuat pertimbangan dan keputusan ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid menggunakan pengetahuan, pengalaman, untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

  Mencipta

   Menghasilkan idea atau produk atau kaedah akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, yang kreatif dan inovatif etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

  Jadual 1: Penerangan KBAT Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

  Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis pelajaran. (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

  3 KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen

  Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan

  kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru pembelajaran mereka sendiri. haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan ELEMEN MERENTAS KURIKULUM memupuk sikap dan personaliti yang positif.

  Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah Keusahawanan diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

   Mengamalkan sikap keusahawanan;  Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

  Kreativiti dan Inovasi

   Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara pengurusan perniagaan; umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,  Memformulasikan konsep, proses atau produk pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana keusahawanan; dan idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi keusahawanan. penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan

  Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya kebolehan murid sekolah rendah. menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

  4

  

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus

  Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional

  Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam inovasi. mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

  Objektif

  Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan Pendidikan Seni Visual membolehkan murid dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial iaitu: ii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.

   Belajar mengenai TMK iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya

   Belajar melalui TMK iv. menghasilkan karya seni yang kreatif

   Belajar dengan TMK v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa depan

  FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat

  Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

  5

  

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan

  yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak Rancangan Pendidikan Individu (RPI): sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

  …adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

  dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

  menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

  peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat murid berkeperluan pendidikan khas. sokongan lain.

   Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

  RPI memperincikan antara lain: i. Tahap prestasi sedia ada murid

  ...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

  ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

  perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

  iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

  berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

  iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

  proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh

  v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi menyatakan tahap pencapaian murid. mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

  Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

  vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

   Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

  vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

  2000

  perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi mereka. keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

  6

  7 PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

   Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;  Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;  Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

   Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

  PS boleh dilaksanakan secara:  Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

   Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

  Pentaksiran Rujukan Standard

  Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang Tafsiran Umum bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

TAHAP MAKSUD TAFSIRAN UMUM

  dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting PENGUASAAN dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

  Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi

  negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

  Tahu

  1 respons terhadap perkara yang asas.

  masing.

  Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau

  Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

  Tahu dan 2 menterjemah serta menjelaskan apa yang Faham yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. telah dipelajari.

  Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

  Murid menggunakan pengetahuan untuk Tahu, Faham

  TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

  melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu dan Boleh

  3 situasi.

  pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

  Buat

  Pendidikan Seni Visual

  Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dan Boleh dengan beradab, iaitu mengikut prosedur

  4 Buat dengan atau secara sistematik. Beradab Tahu, Faham Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dan Boleh pada situasi baharu, dengan mengikut Buat dengan

  5 prosedur atau secara sistematik, serta tekal, Beradab dan bersikap positif. Terpuji Tahu, Faham Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan Boleh dan kemahiran sedia ada untuk digunakan Buat dengan

  6 pada situasi baharu secara sistematik, Beradab bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta Mithali boleh dicontohi.

  Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

  8

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

  bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

  kemahiran bahasa seni visual, media ,proses dan teknik yang betul dalam penghasilan karya serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni negara.

  6 Menzahirkan idea kreatif berpandukan

  dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan media yang betul dalam penghasilan karya yang kreatif.

  5 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

  dan kemahiran bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

  4 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

  9 Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

  Jadual 3 : Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah

  2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik pada karya.

  1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media serta proses dan teknik pada karya.

  kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

  Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

  Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

  Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

  Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

  3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman

  Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

  lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

  Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

  penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

  Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

  tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

  Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

  individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

  Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

  10

  

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 1. MENGGAMBAR

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1.1 Melukis secara spontan

  1.1.1 Menghasilkan gambar

  1 Mengecam krayon dan arang untuk membuat untuk menghasilkan imej. dengan teknik gosokan. gosokan menggunakan media kering :

  2 Menyatakan bahan yang boleh menghasilkan corak dengan teknik gosokan. i. krayon ii. arang

  3 Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :  krayon  arang

  4 Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan menggunakan :  krayon  arang

  5 Menghasilkan gambar bertema dengan teknik gosokan menggunakan gabungan krayon dan arang.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan menggunakan pelbagai gabungan teknik dan media kering secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….) (Murid berupaya untuk.. TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) …)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1.1.2 Menghasilkan gambar

  1 Mengecam alatan dan bahan membuat menggunakan teknik gurisan. gurisan.

  Menyatakan dua bahan yang boleh 2 menghasilkan corak dengan teknik gurisan.

  3 Melakar secara bebas dengan teknik gurisan pada sebarang permukaan.

  4 Menghasilkan gambar bertema dengan teknik gurisan pada sebarang permukaan.

  5 Menghasilkan gambar secara spontan menggunakan gabungan dua alatan pada sebarang permukaan dengan teknik gurisan.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….) (Murid berupaya untuk.. TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) …)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Menghasilkan gambar atau corak dengan teknik gurisan dengan gabungan pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid dibimbing untuk….)

  (Murid berupaya untuk..…)

  (Murid boleh….)

  TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.2 Menghasilkan gambar.

  1.2.1 Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj menggunakan : i. Kertas warna ii. kertas surat khabar iii. kertas majalah iv. bijirin v. kekacang vi. rempah ratus

  1 Mengecam bahan untuk membuat kolaj.

  2 Menyatakan bahan untuk menghasilkan kolaj 3 Membuat lakaran imej secara bebas.

  4 Menghasilkan kolaj dengan pilihan menggunakan tiga bahan :

   kertas warna  kertas surat khabar  kertas majalah  bijirin  kekacang  rempah

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid dibimbing untuk….)

  (Murid berupaya untuk..…)

  (Murid boleh….)

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

  5 Menghasilkan kolaj gambar atau corak menggunakan gabungan pelbagai bahan :  kertas warna  kertas surat khabar  kertas majalah  bijirin  kekacang  rempah

  6 Menghasilkan gambar dan corak menggunakan teknik kolaj dan mozek dengan gabungan pelbagai bahan kitar semula.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1 .

  1.2.2 Menghasilkan gambar Mengecam bahan teknik stensilan. menggunakan teknik stensilan :

  2 Menekap dan mewarna hasil stensilan. i. Menekap dan mewarna

  3 Menekap, mewarna dan memotong hasil hasil stensilan stensilan. ii. Menekap dan memotong

  4 Menghasilkan gambar bertema dengan hasil stensilan teknik stensilan.

  5 Menghasilkan gambar menggunakan teknik stensilan dengan gabungan pelbagai corak secara kreatif.

  6 Menghasilkan gambar menggunakan alat stensilan ciptaan sendiri secara kreatif.

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

  2 Menyatakan rupa organik dan geometri.

  6 Mewarna gambar menggunakan gabungan warna secara kreatif.

  5 Mewarna gambar dengan menggunakan:  warna sekunder  warna tertier

  4 Mewarna bentuk organik atau geometri menggunakan warna tertier.

  3 Melakar rupa organik dan rupa geometri.

  (Murid dibimbing untuk….)

  (Murid berupaya untuk..…)

  1.3.5 Mewarna gambar dengan menggunakan warna tertier.

  1.3.4 Mewarna bentuk geometri menggunakan warna tertier.

  1.3.3 Mewarna bentuk organik dengan menggunakan warna tertier.

  1.3.2 Mengenal warna tertier.

  1.3.1 Mewarna gambar dengan menggunakan warna sekunder.

  TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1.3 Mewarna.

  (Murid boleh….)

  1 Mengecam warna sekunder dan tertier.

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

  (Murid dibimbing untuk….)

  (Murid berupaya untuk..…)

  (Murid boleh….)

  1.4 Meneroka unsur seni

  1.4.1 Melakar rupa organik : i. tumbuhan ii. haiwan

  1.4.2 Menghasilkan rupa organik menggunakan teknik : i. montaj ii. kolaj

  1 Mengecam rupa organik :  tumbuhan  haiwan

  2 Menyatakan rupa organik :  tumbuhan  haiwan 3 Melakar rupa tumbuhan dan rupa haiwan.

  4 Menghasilkan rupa organik menggunakan tenik :  montaj  kolaj

  5 Menghasilkan corak berulang rupa organik dengan teknik :  montaj  kolaj

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Menghasilkan pelbagai corak rupa organik dengan gabungan teknik montaj dan kolaj secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1.4.3 Mengenal bentuk dua Mengecam bentuk :

  1 dimensi dan tiga  Dua dimensi dimensi.

   Tiga dimensi

  1.4.4 Melakar rupa

  2 Menyambung titik-titik rupa geometri : geometri :  Dua dimensi  Tiga dimensi i. dua dimensi ii. tiga dimensi

  3 Menekap rupa geometri dua dimensi dan tiga dimensi.

  4 Melakar satu rupa geometri dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.

  5 Menghasilkan pelbagai rupa geometri dalam bentuk :  Dua dimensi  Tiga dimensi

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Menghasilkan lukisan dua dimensi dan tiga dimensi secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1 1.4.5 Menghasilkan gabungan Mengecam rupa geometri. corak rupa geometri menggunakan teknik

  2 Menyatakan kegunaan alatan dalam teknik guntingan dan tampalan. guntingan dan tampalan.

  3 Melakar rupa geometri.

  4 Menghasilkan corak rupa geometri menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

  5 Menghasilkan gabungan corak rupa geometri secara berulang menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

  6 Menghasilkan corak rupa geometri menggunakan pelbagai bahan dan teknik secara kreatif.

  

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 2. CORAK DAN REKAAN

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….) (Murid be TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) rupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  2.1 Mereka corak secara

  2.1.1 Menghasilkan corak

  1 Mengecam bahan bagi menghasilkan corak tidak terancang. menggunakan teknik titisan. titisan :

  2 Menyatakan kegunaan bahan bagi i. warna air menghasilkan teknik titisan. ii. lilin

  Menghasilkan titisan bebas menggunakan :

  3  warna air  lilin Menghasilkan corak dengan teknik titisan menggunakan :

  4  warna air  lilin

  5 Menghasilkan corak titisan dengan gabungan warna air dan lilin.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….) (Murid be TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) rupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Menghasilkan corak menggunakan pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

  TAFSIRAN PENGUASAAN .

  2.1.2 Menghasilkan corak

  1 Mengecam bahan bagi menghasilkan corak menggunakan teknik percikan dan renjisan. renjisan atau percikan :

  2 Menyatakan kegunaan bahan bagi i. berus menghasilkan corak percikan dan renjisan. ii. bahan kitar semula

  3 Menghasilkan percikan dan renjisan secara bebas di atas sebarang permukaan.

  Menghasilkan corak percikan dan renjisan 4 dengan menggunakan :  berus  bahan kitar semula Menghasilkan corak renjisan dan percikan 5 dengan menggunakan gabungan berus dan bahan kitar semula.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  6 Mereka cipta dari hasil kerja teknik percikan dan renjisan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  2.2 Mereka corak secara

  2.2.1 Menghasilkan corak rupa 1 Mengecam rupa positif dan rupa negatif. terancang. positif dan negatif secara

  2 berulang.

  Menghasilkan lakaran rupa.

  3 Mewarnakan rupa positif dengan warna yang cerah dan rupa negatif dengan warna gelap.

  Mereka corak ulangan menggunakan rupa

  4 positif dan negatif.

  Menghasilkan corak cerminan rupa positif

  5 dan negatif dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

  Menghasilkan corak rupa positif dan rupa 6 negatif dengan menggunakan pelbagai teknik dan media secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  2.2.2 Menghasilkan corak

  1 Mengecam alatan dan bahan untuk hiasan dinding dengan menghasilkan teknik mozek. teknik mozek.

  2 Menyusun bahan tanpa bertindih di atas sebarang permukaan.

  3 Menyusun dan menampal bahan mengikut teknik mozek.

  4 Menghasilkan corak dengan menggunakan teknik mozek.

  Menghasilkan hiasan dinding 5 menggunakan teknik mozek dengan gabungan pelbagai bahan.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  Mereka corak hiasan dinding dengan 6 teknik mozek menggunakan pelbagai bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

  TAFSIRAN PENGUASAAN .

  2.2.3 Menghasilkan corak

  1 Mengecam alatan dan bahan untuk dengan teknik resis : menghasilkan corak menggunakan teknik resis. i. motif flora

  2 ii. motif fauna Menyatakan motif flora dan fauna.

  Membuat lakaran bermotifkan :

  3  flora  fauna Menghasilkan corak sama ada bermotifkan

  4 flora dan fauna dengan menggunakan teknik resis.

  Menghasilkan corak gabungan motif flora

  5 dan fauna secara kreatif menggunakan teknik resis.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  Menghasilkan corak bermotif flora dan 6 fauna dengan teknik resis menggunakan pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

  TAFSIRAN PENGUASAAN 2.3 Membuat projek.

  2.3.1 Menghasilkan corak 1 Mengecam jenis-jenis kad ucapan. pada kad ucapan menggunakan teknik

  2 Menyatakan kegunaan kad ucapan. mozek.

  3 Menghasilkan corak dengan teknik mozek pada sebarang permukaan.

  4 Menghasilkan corak pada kad ucapan menggunakan teknik mozek.

  5 Menghasilkan pelbagai corak pada kad ucapan menggunakan teknik mozek secara kreatif.

  6 Mereka kad ucapan menggunakan pelbagai corak dengan gabungan teknik dan bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  2.3.2 Menghasilkan corak untuk 1 Mengecam pembalut hadiah. dijadikan pembalut hadiah menggunakan teknik

  2 Menyatakan kegunaan pembalut hadiah. resis.

  3 Menghasilkan corak dengan teknik resis pada sebarang permukaan.

  4 Menghasilkan corak untuk dijadikan pembalut hadiah menggunakan teknik resis.

  5 Menghasilkan pelbagai corak pembalut hadiah menggunakan teknik resis secara kreatif.

  6 Menghasilkan pembalut hadiah menggunakan pelbagai corak dengan gabungan teknik dan media secara kreatif.

  

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….)

  TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) (Murid berupaya untuk..…)

TAFSIRAN PENGUASAAN

  1 3.1 Membuat binaan mudah.

  3.1.1 Menghasilkan kotak Mengecam kotak kertas. kertas.

  2 Menyatakan alatan dan bahan untuk

  3.1.2 Menghias kotak dengan menghasilkan kotak kertas. menggunakan bahan

  3 kitar semula.

  Melipat kertas secara bebas.

  4 Menghasilkan kotak kertas mengikut teknik yang betul.

  5 Menghias kotak kertas dengan menggunakan bahan kitar semula.

  Menghias kotak kertas menggunakan pelbagai

  6 teknik dan bahan secara kreatif.

STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid boleh….) (M TAHAP

  (Murid dibimbing untuk….) urid berupaya untuk..…) TAFSIRAN PENGUASAAN 3.2 Membuat projek.

  3.2.1 Menghasilkan binaan 1 Mengecam binaan model. model :

  2 Menyatakan alatan dan bahan untuk  kenderaan menghasilkan binaan model.  bangunan

  3 Merangka binaan model menggunakan bahan  haiwan sedia ada.

   perabot  tumbuhan

  4 Menghasilkan tiga binaan model menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.

  5 Menghias kemasan pada binaan model.

  Membuat kemasan pada binaan model 6 menggunakan pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

  

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 4. KRAF TRADISIONAL

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PRESTASI

STANDARD PEMBELAJARAN

  (Murid dibimbing untuk….)

  (Murid berupaya untuk..…)

  (Murid boleh….)

  TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Projek Kraf.

  4.1.1 Mengenal tembikar.

  4.1.2 Mengenal teknik-teknik dalam menghasilkan tembikar. i. teknik picitan ii. teknik lingkaran

  4.1.3 Menghasilkan tembikar dengan doh dan tanah liat menggunakan: i. teknik picitan ii. teknik lingkaran

  1 Mengecam tembikar.

  2 Menyatakan bahan yang digunakan untuk membuat tembikar.

  3 Membentuk doh dan tanah liat dengan teknik:  memicit doh  menggelek doh

  4 Menghasilkan tembikar menggunakan:  teknik picitan  teknik lingkaran

  5 Menghasilkan corak pada tembikar.

  6 Membuat kemasan pada tembikar menggunakan pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

  

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

  

PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk