4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI

4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI PELAJAR

4.1 SIKAP YANG POSITIF.

Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat
terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan
berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan
resipi ke arah kegagalan.

4.2 DISIPLIN MASA

Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik
dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa
sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini.


adakan jadual waktu harian dan mingguan


ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja
akademik


menggunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang
teratur dan terancang seperti penggunaan diari

4.3 MERANCANG PENGGUNAAN MASA

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas.
Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar
perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang
diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara
yang efisien.

4.4 MENDAHULUKAN YANG UTAMA

Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar
mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang
pelajar rasakan dia lemah serta memberikan masa yang lebih kepada pelajaran
yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanya
kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Tidak
wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja.


4.5 TABIAT DALAM BILIK DARJAH

Pejar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak
memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Mereka ini dikira sebagai 'ponteng
psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan
dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran.


sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran


tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah
subjek yang tidak disukai


berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru


sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya

atau mengemukakan pandangan/pendapat


memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah



melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan

4.6 BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN

Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang
bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan
dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga
membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah:


membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya




menulis nota dalam bilik darjah



melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa



siapkan kerja rumah dengan segera

4.7 MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER

Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku
atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah stor
buku tetapi adalah tempat menyimpan buku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini
sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalahmajalah yang berkaitan dengan pelajaran.Perpustakaan juga mempunyai:


keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna




majalah lama dari dalam dan luar negeri



alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi...

4.8 MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental
terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu pelajar.


sentiasa bersikap tenang



memakan makanan yang berkhasiat




mengadakan senaman yang berterusan



sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan



riangkan hati anda dengan senyuman di bibir

3.0 STRATEGI MENGUATKAN INGATAN

3.1 Strategi yang boleh diikuti bagi menguatkan daya ingatan pelajar dan dapat
dijadikan sebagai panduan. Bahan ini diambil dari Buku How To Teach So Students
RememberMarilee Sprenger.
3.1.1 Reach
Iaitu berusaha untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam proses

pembelajaran.Pelajar mempunyai peribadi yang pasif, namun mereka perlu terlibat
dalam proses pertumbuhan diri. Beberapa contoh metode pembelajaran yang
melibatkan murid adalah Discovery learning, problem-based learning, project-based
learning, dan inquiry learning dll. Penting juga bagi guru untuk mempertimbangkan
perhatian, motivasi, gaya belajar dan emosi.
3.1.2 Reflect
Pemerhatian memberi kesempatan kepada pelajar untuk menghubungkan
sesuatu yang baru diberikan oleh guru dengan pemahaman yang sedia ada dalam
diri pelajar.
3.1.3 Recode
Cara untuk mengolah pengetahuan yang baru dalam pemahaman murid secara
keseluruhan, dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengadaptasikannya
dengan cara yang baru iaitu secara visual, pemahaman abstrak, idea-idea dan lainlain. Dengan cara ini,pelajar dapat mengetahui dan memperoleh pengalaman yang
baru.
3.1.4 Reinforce
Pengukuhan melalui maklum balas. Sebagai saringan untuk membetulkan apa
yang salah dan menguatkan yang telah dikuasai, sehingga apa yang masuk pada
ingatan jangka panjang merupakan pengetahuan yang telah terseleksi.
3.1.5 Rehearse
Pengulangan yang berfungsi untuk menaruh pengetahuan dalam ingatan jangka

panjang.

3.1.6 Review

Pemprosesan pengetahuan yang telah ada dalam ingatan jangka panjang untuk
melihat apakah pelajar telah menguasai bahan dengan baik dan benar.
3.1.7 Retrieve
Memilih penanda dan penolong ingatan agar boleh menggunakan kembali
pengetahuan yang telah ada di ingatan jangka panjang. Kadang-kadang ada hal-hal
yang boleh menghalang usaha murid untuk mengingat kembali. Gunanya penanda
dan penolong ingatan adalah untuk mengatasi hal ini.

3.2. Pelajar sering mempunyai masalah untuk mengingati apa yang telah mereka
pelajari.Menurut Barry Gordon , MD. , Ph.D.,dalam bukunya intelegent Memory: A
Prescription for Improving Your Memory , keadaan ini normal dan bukan kerana ada
masalah. Penyebabnya adalah kehidupan yang penat dan sibuk, dan terlalu banyak
yang perlu diingat.Penyelidikan menunjukkan gaya hidup boleh mempengaruhi
fungsi otak, termasuk risiko mengembangkan Alzheimer. Mengendalikan faktor faktor berikut ini dapat secara bermakna memperbaiki ingatan. Terdiri dari:
3.2.1 Pemeriksaan Kesihatan
Hipertensi , kolesterol tinggi , merokok , kelebihan berat badan, buruk untuk

pembuluh- pembuluh darah yang memberi makan pada otak. Dalam sebuah study
terkini, orang -orang yang menjalani prosedur memperlebar arteri utama di otak
mereka mengalami peningkatan aliran darah yang memperbaiki ingatan dan
pemikiran.Kelenjar thyroid di bawah aktif juga boleh mengganggu ingatan dengan
menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid yang membantu mengatur fungsi otak.
Kemurungan yang disebabkan ketidak seimbangan bahan kimia otak membuat sel sel saraf yang berkaitan dengan ingatan sukar untuk berkomunikasi. Beberapa ubat
gastrointestinal , kardiovaskular , dan ubat antianxiety juga boleh melemahkan
ingatan.

3.2.2 Redakan Tekanan

Para penyelidik Yale Medical School mencari , stres mengaktifkan enzim yang
disebut protein kinace C , yang mengganggu bahagian otak yang bertanggung
jawab untuk pemikiran tahap tinggi. Tapi stres juga boleh mencabar keupayaan
anda untuk membentuk ingatan -ingatan baru kerana pemikiran yang terganggu
lebih sukar menyatukan maklumat baru. Salah satu cara untuk meredakan stres
adalah menulis jurnal yang cenderung menenangkan dan membantu anda
memproses dan mengingat pengalaman- pengalaman anda.
3.2.3 Sukan
Sebuah kajian terhadap lebih daripada 18,000 wanita mendapati , yang jalan

kaki secara teratur lebih muda 3 tahun secara mental berbanding yang tidak jalan
kaki . Dalam penyelidikan lain , orang- orang setengah baya yang latihan aerobik 20
hingga 30 minit setiap hari berisiko lebih rendah 60% mengembangkan penyakit
Alzheimere .
Ujian pada haiwan menunjukkan , aktif secara fizikal membuat sel -sel saraf
lebih cepat menggandakan diri , menguatkan hubungan mereka dan melindungi
mereka daripada kerosakan.
3.2.4 Stimulir Otak
Orang- orang yang secara aktif memberi cabaran kepada otak dengan
permainan kata- kata , mengisi sudoku, teka teki silang, cenderung boleh
mempertahankan ingatan secara lebih baik dibanding yang melakukan aktiviti yang
kurang mencabar otak seperti nonton TV.
Sebuah kajian terkini terhadap 22 kajian yang diterbitkan dalam Psychological
Medicine mencari , aktiviti mental pada setiap tahap kehidupan menurunkan risiko
dementia sampai separuhnya . Menurut kajian Sweden , rangsangan terbaik berasal
dari menggabungkan cabaran mental dengan aktiviti fizikal dalam suasana informal
seperti tarian , main alat muzik di band.

3.2.5 Makanan untuk otak


Diet buruk boleh mengganggu ingatan. Pastikan untuk mengambil makanan
berikut:
• Padi -padian yang diperkaya
Mendapatkan terlalu sedikit folic acid, seperti vitamin B yang ditemui dalam roti dan
bijirin , dikaitkan dengan pengurangan sel -sel saraf dibahagian otak di mana
kehilangan ingatan akibat usia menua terjadi untuk pertama kalinya.
• Blueberry
Kajian haiwan mencari , beri ini dapat meningkatkan ingatan dan fungsi mental yang
lain. Khasiat ini diduga berasal dari kandungan antioksidan tinggi yang boleh
melindungi sel -sel otak dari kerosakan .
• Sayuran daun hijau
Dalam sebuah kajian Harvard , perempuan yang makan lebih banyak sayur-sayuran
kaya akan antioksidan seperti bayam, chycori , mengerjakan ujian mental secara
lebih baik dibanding yang makan sedikit.
• Buah- buah sitrus
Mengambil vitamin C ( dalam makanan seperti oren ) dapat mencegah dementia .
Pertimbangkan juga untuk mendapatkan dos suplemental : 500 mg.
• Kacang- kacangan ( nut )
Vitamin E, sejenis antioksidan yang dijumpai di dalam badam dan walnut , juga
dapat menurunkan risiko mengembangkan dementia . Dalam sebuah kajian,
tambahan 400 IU dijumpai berkhasiat.
• Ikan
Orang- orang yang makan ikan dengan asam lemak omega-3 , paling sedikit sekali
seminggu berisiko lebih rendah 60% mengembangkan penyakit Alzhei

2.0 MEMBANGUNKAN PERBENDAHARAAN KATA

2.1.1 MEMBACA

Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi
kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak
adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui,
meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan kanak-kanak ini untuk mempelajari
dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat
mencuba dengan cepat dan berkesan. Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang
sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu bapa yang gagal
menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anakanak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai
mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian
tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah
sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga. Sekiranya ibu
bapa sering membimbing, mengajar dan mendidik anak-anak belajar membaca
sudah tentu anak-anak kita akan dapat membina struktur ayat yang gramatis dan
bertatasusila dalam konteks ayat yang betul.
Kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi amat penting
kerana keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan
bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda
kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar
kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25
peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika
berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat
yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun
dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan
kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling
optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

2
Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa.
Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap

hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5
tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada
keupayaan dalam memilih perkataan tertentu dan menyusunnya supaya menjadi
struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca
dengan betul sebelum berumur lima tahun dengan bimbingan darpada ibu bapa.
Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat
mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.
Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting dan perlu dipelajari
walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh
membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan
perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali
sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan
menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasai
kemahiran membaca. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca
ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan
yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang
tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal
lemah ketika berada di sekolah rendah.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran
membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah
kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam
situasi seharian. Contohnya perkataan "ummi" dan "abah". Kedua-dua perkataan ini
boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan
penggunaannya dalam kehidupan seharian. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3
hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa
yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan
menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi,
sosial dan bahasa. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun juga dapat membentuk dan
menyebut beberapa kumpulan perkataan dengan sebutan yang jelas dan fasih.

Walaupun masih di peringkat awal, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini
mampu bertutur denga baik sekiranya ibu bapa membantu anak-anak untuk belajar
menguasai kemahiran membaca.
2.1.2 MEMBACA LANTANG

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai
landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara
lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk
bahan kesusasteraan.
Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman
bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi
kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.Bacaan lantang merupakan bacaan
daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.Kanak-kanak
boleh menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru.
Aktiviti membaca secara lantang ini sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang
belum boleh membaca.Guru perlu merancang dahulu bahan yang akan diceritakan
kepada kanak-kanak.Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan
faham.Guru perlu memainkan peranan dengan berinteraksi dengan kanak-kanak.

2.1.3 PUISI

Puisi amat berguna untuk membina perbendaharaan kata.Ia juga memberi
makna perkataaan melalui konteks yang disampaikan oleh puisi-puisi tersebut dan
juga menerangkan maksud dan maknanya.Menyusun kegiatan amat penting.Setiap
kegiatan harus merangkum beberapa kemahiran umpamanya kemahiran
mendengar,bercakap dan juga melihat perkataan.Ia juga harus memberi ruang
kepada kanak-kanak untuk terlibat sama.

2.2 PERBENDAHARAAN KATA
Perbendaharaan kata daripada segi individu ialah set perkataan yang
diketahuinya dalam sesebuah bahasa. Biasanya, perbendaharaan kata bertumbuh
dan berkembang melalui usia, serta merupakan satu alat komunikasi dan perolehan
pengetahuan yang asas dan berguna.

2.2.1 MENGETAHUI DAN MENGGUNAKAN PERKATAAN
Perbendaharaan kata ditakrifkan sebagai "semua perkataan yang dikenali dan
digunakan oleh seseorang yang tertentu". ]Bagaimanapun, perkataan-perkataan yang
dikenali dan digunakannya tidak merangkumi kesemua perkataan yang pernah
terdedahnya. Mengikut takrif, "perbendaharaan kata" hanya merangkumi kedua-dua
kategori yang tersenarai di bawah:
1. Tidak pernah menemui perkataan itu;
2. Pernah mendengar perkataan itu, tetapi tidak dapat mentakrifkannya;
3. Mengenal perkataan itu, berdasarkan konteks atau nada suara;

4. Berupaya menggunakan perkataan itu tetapi tidak dapat menerangkannya
dengan jelas;
5. Fasih dengan perkataan itu daripada segi penggunaan dan takrifnya

2.2.2 JENIS-JENIS PERBENDAHARAAN KATA
a)Perbendaharaan kata bacaan
Perbendaharaan kata bacaan seseorang ialah kesemua perkataan yang
dikenalnya semasa membaca. Jenis perbendaharaan kata ini merupakan
jenis perbendaharaan kata yang terbesar kerana ia merangkumi tiga jenis
perbendaharaan kata yang lain.
b)Perbendaharaan kata dengar
Perbendaharaan kata dengar seseorang ialah kesemua perkataan yang
dikenalnya semasa mendengar pertuturan. Saiznya perbendaharaan kata ini
diperluas oleh konteks dan nada suara.

c)Perbendaharaan kata bertulis
Perbendaharaan kata bertulis seseorang ialah kesemua perkataan yang
digunakannya semasa menulis. Berbeza dengan kedua-dua jenis
perbendaharaan kata yang tersebut di atas, perbendaharaan kata bertulis
dicetuskan oleh pengguna.
d)Perbendaharaan kata pertuturan
Perbendaharaan kata pertuturan seseorang ialah kesemua perkataan yang
digunakannya semasa bertutur. Disebabkan oleh sifat spontan
perbendaharaan pertuturan, perkataan seringnya salah digunakan.
Bagaimanapun, salah guna perkataan, jika ringan dan tidak sengaja, dapat
diimbangi dengan ekspresi muka, nada suara, atau gerak isyarat tangan

2.2.3.PERBENDAHARAAN KATA TUMPUAN
"Perbendaharaan kata tumpuan" ialah sekumpulan istilah dan perbezaan yang
khusus dan sangat penting kepada kumpulan yang menumpukan pengalaman atau
kegiatan yang tertentu.Leksikon atau perbendaharaan kata ialah kamus bahasa,
iaitu ia merangkumi satu set nama untuk benda,peristiwa dan gagasan.
Sesetengah ahli bahasa percaya bahawa leksikon
mempengaruhi tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara (hipotesis SapirWhorf),misalnya orang Nuer di Sudan memiliki perbendaharaan kata yang besar
untuk memerikan lembu. Mereka mempunyai berpuluh-puluh nama untuk lembu,
berdasarkan sejarah,ekonomi dan persekitaran lembu itu. Jenis perbandingan ini
telah menimbulkan sesetengah kontroversi linguistik, seperti dengan kes bilangan
"perkataan Eskimo untuk salji". Para penutur bahasa Inggeris kekadang juga
meluaskan perbendaharaan kata salji dan lembu, apabila diperlukan

2.2.4 PERKEMBANGAN PERBENDAHARAAN KATA
Pada awalnya, dalam fasa masa bayi, perkembangan perbendaharaan kata
berlaku tanpa memerlukan sebarang usaha. Bayi mendengar perkataan dan
menirunya, lalu beransur-ansur mengaitkan perkataan yang dibelajar dengan benda
atau perbuatan yang sepadan.Ini merupakan perbendaharaan kata dengar yang
disusuli pula dengan perbendaharaan bacaan apabila seseorang kanakkanak semakin bergantung kepada keupayaannya untuk menyatakan pendapat

tanpa membatas diri kepada gerak isyarat dan bunyi sahaja. Sebaik sahaja
perbendaharaan kata bacaan dan perbendaharaan kata bertulis diperoleh —
menerusi soalan dan pendidikan — kejanggalan dan ketaknalaran bahasa dapat
ditemui.
Sewaktu menyertai darjah satu, seseorang murid yang kenal huruf akan
memahami sekitar dua kali lebih banyak perkataan daripada yang tidak kenal huruf.
Umumnya, jurang perbezaan ini tidak disempitkan. Ini mengakibatkan perbezaan
saiz perbendaharaan kata yang amat besar menjelang umur lima atau enam tahun,
dengan kanak-kanak berbahasa Inggeris mengetahui sekitar 2,500–5,000 patah
perkataan. Setiap murid yang sederhana akan mempelajari sekitar 3,000 perkataan
setahun, atau lebih kurang lapan perkataan setiap hari.
Selepas tamat sekolah, pengembangan perbendaharaan kata mencapai tahap
mendatar. Namun demikian, setiap orang masih dapat memperluas perbendaharaan
kata mereka dengan membaca, bermain permainan kata, menyertai program
perbendaharaan kata, dan sebagainya

2.2.5 PENTINGNYA PERBENDAHARAAN KATA


Perbendaharaan kata yang luas membantu pengungkapan dan komunikasi;



Saiz perbendaharaan kata telah dikaitkan secara langsung dengan
kefahaman membaca;



Perbendaharaan kata linguistik ialah sinonim kepada pembendaharaan kata
pemikiran;



Seseorang mungkin akan dinilai oleh orang yang lain, berdasarkan
perbendaharaan katanya

2.2.6 PERBENDAHARAAN BAHASA IBUNDA DAN BAHASA ASING
Perbendaharaan kata bahasa ibunda
Perbendaharaan kata penutur asli amat berbeza dalam setiap bahasa dan
bergantung terutamanya kepada tahap pendidikan penutur. Satu kajian 1995

menganggarkan saiz perbendaharaan kata pelajar kolej pada sekitar 17,000 famili
kata, dan pelajar sekolah tinggi pada sekitar 12,000 famili kata.
Perbendaharaan kata bahasa asing
Kesan saiz kosa kata pada pemahaman bahasa

Francis dan Kucera mengkaji teks sejumlah sejuta perkataan dan mendapati
bahawa jika seseorang mengetahui perkataan yang paling kerap ditemui, dia akan
memahami kebanyakan perkataan dalam sesebuah teks dengan segeranya:
Saiz perbendaharaan
kata

Liputan Teks Bertulis

0 perkataan

0%

1000

72.0

2000

79.7

3000

84.0

4000

86.8

5000

88.7

6000

89.9

15,851

97.8

Dengan memahami 2,000 perkataan yang paling umum digunakan, seseorang akan
dapat memahami 80% daripada perkataan di dalam sesebuah teks. Peratusan itu
akan meningkat sehingga 96% jika kita merangkumi perkataan yang pernah kita
temui dalam kontek pertuturan tak formal.Gambaran tersebut harus menggalakkan
para pelajar bahasa yang baharu, khususnya kerana angka di dalam jadual di atas
adalah untuk lema perkataan dan mengetahui banyak keluarga kata akan
memberikan liputan yang lebih tinggi. Tetapi sebelum anda mula berfikir bahawa

anda dapat belajar sesuatu bahasa dengan cepat, fikirlah adakah anda dapat
memahami sebuah buku dalam bahasa anda sendiri jika setiap perkataan kelimanya
dihitamkan. Kita biasanya tidak dapat meneka makna daripada konteksnya apabila
perkataaan sebanyak itu hilang.Justera, kita perlu memahami sekitar 95% daripada
semua perkataan di dalam sesuatu teks supaya dapat memahami hampir seluruh
teks itu. Namun demikian, kita kelihatan perlu memahami melebihi 10,000 untuk
mencapai matlamat tersebut.
Perolehan Kosa Kata Bahasa Kedua

Belajar perbendaharaan kata ialah salah satu langkah pertama untuk
mempelajari sesuatu bahasa kedua. Walaupun demikian, peringkat terakhir
pemerolehan perbendaharaan kata, baik dalam bahasa ibunda sendiri mahupun
dalam bahasa kedua, jarang dicapai kerana pemerolehan perbendaharaan kata
merupakan satu proses yang berterusan. Bagaimanapun, terdapat banyak kaedah
yang dapat membantu seseorang memperoleh perbendaharaan kata yang baharu.
Penghafalan

Meskipun penghafalan boleh dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang
menjemukan, mengaitkan satu perkataan dalam bahasa ibunda dengan perkataan
padanannya dalam bahasa kedua sehingga perkataan itu dapat dihafaz masih
merupakan salah satu kaedah pemerolehan perbendaharaan kata yang terbaik.
Menjelang waktu seseorang pelajar mencapai kedewasaan, dia umumnya telah
mengumpulkan sebilangan kaedah penghafalan peribadi. Walaupun banyak orang
berpendapat bahawa penghafalan biasanya tidak memerlukan pemprosesan
kognitif yang rumit yang dapat meningkatkan simpanan ingatan, [15] hal ini biasanya
memerlukan sejumlah besar pengulangan. Sebaliknya, kaedah yang lain biasanya
memerlukan lebih banyak masa dan lebih lama untuk mengingat.
Sesetengah perkataan tidak dapat dikaitkan dengan mudah melalui perkaitan
kata atau kaedah yang lain. Apabila sepatah perkataan dalam bahasa kedua adalah
mirip dengan perkataan dalam bahasa ibunda daripada segi fonologi atau tampak,
pelajarnya sering menganggap kedua-dua perkataan itu sebagai mempunyai makna
yang sama. Walaupun ini biasanya tidak salah, ia tidak sentiasa benar. Apabila
menghadapi kognat palsu, penghafalan dan pengulangan ialah kunci penguasaan.
Jika seorang pelajar bahasa kedua hanya bergantung kepada perkaitan kata untuk
mempelajari perbendaharaan kata yang baharu, orang itu akan mengalami banyak

masalah untuk menguasai kognat palsu. Penghafalan ialah kaedah yang terbaik
untuk:


memperoleh banyak perbendaharaan kata dalam tempoh yang singkat;



mengingat maklumat dengan pantas;



mempelajari perkataan yang melambangkan konsep yang abstrak atau yang
terlalu susah untuk mencipta imej mentalnya; dan



membezakan kognat-kognat palsu.

Kaedah Kata Kunci

Salah satu kaedah yang berguna untuk membina perbendaharaan kata dalam
bahasa kedua ialah kaedah kata kunci. Apabila ada masa yang lebih atau jika
seseorang hendak menegaskan sebilangan kata kunci, dia boleh mencipta
alat mnemonik atau perkaitan kata. Walaupun strategi ini cenderung memerlukan
lebih banyak masa serta lebih banyak masa untuk mengingat kembali, ia dapat
mencipta hubungan yang baharu atau hubungan yang luar biasa yang dapat
meningkatkan simpanan.Kaedah ini adalah sepadan dengan teori
pengekodan duaan Paivio (1986) kerana ia menggunakan kedua-dua sistem ingatan
lisan dan sistem ingatan imej. Bagaimanapun, kaedah ini harus digunakan hanya
untuk perkataan yang melambangkan benda yang fizikal atau benda yang dapat
digambarkan. Konsep dan perkataan yang abstrak yang tidak dapat menghasilkan
imej yang jelas dalam fikiran sangat susah untuk dikaitkan. Tambahan lagi, kajian
menunjukkan bahawa pembelajaran perbendaharaan kata perkaitan adalah lebih
berkesan bagi pelajar yang lebih mudah.Apabila pelajar maju dan semakin berusia,
mereka cenderung tidak begitu bergantung kepada perkaitan kata untuk mengingat
perbendaharaan kata.

Kosa kata Bahasa Inggeris Asas
Sebilangan senarai kata telah dibangunkan untuk membekalkan
perbendaharaan kata yang terbatas, baik untuk mencapai kemahiran bahasa
dengan pantas mahupun untuk memberikan cara komunikasi yang berkesan.
Pada 1930, Charles Kay Ogden mencipta Bahasa Inggeris Asas (Basic English)
yang terdiri daripada 850 perkataan. Senarai kata yang lain termasuk:


Bahasa Inggeris Ringkas (Simplified English), dengan 1,000 perkataan;



Bahasa Inggeris Khas (Special English), dengan 1,500 perkataan;



Senarai Perkhidmatan Am (General Service List), dengan 2,000 perkataan.

5.0 BIBLIOGRAFI


http://puisiberirama.fies..wrdpress.cwm/2008/11/penggunaan-ppuisi-p
dan-ppantun-pdi-pdaiam-ppembeiajaran-pbahasa-pmeiayu-puntuk-pkanak.pdf



http://cikguhijau.biwgspwt.cwm/2013/08/aktiviti-pmembaca-piantang-p
dapat.htmi

 http://mahirbahasameiayu.biwgspwt.cwm/2011/12/kebaikan-pmembaca-p
pada-pperingkat-pa.ai.htmi
 http://hikmatpembaharuan..wrdpress.cwm/2010/03/14/strategi-p
pembeiajaran-p7-piangkah-pmemperkuat-pdaya-pingat-pmurid/
 http://mufradbiwg..wrdpress.cwm/2012/10/21/strategi-pmenguatkan-p
ingatan/
 http://....wwcities.wrg/athens/sparta/9780/pengurusan.htm
 http://....scribd.cwm/dwc/48366837/Unit-p5-pPengurusan-pJati-pDiri

1.0 PENGENALAN

6.0 KESIMPULAN

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0 PERBENDAHARAAN KATA

1

2-4