PENDEKATAN IMPROVISASI Bersedia dalam menghada

PENDEKATAN IMPROVISASI
Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan yang

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan
sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika
keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid.
Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan
atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau
keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan
sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk
menjana idea murid dalam improvisasi.
Tidak perlu penonton


Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini
demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi
dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan
perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan.
Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan
aksi spontan rakan mereka.

Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan
natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih
luas.
Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa
mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

PERANAN IMPROVISASI


Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau
mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga
dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis.
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih
berfikir

Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran
berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum
berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara

pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan

situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak
formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam
kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan
berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya,
melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.
Pembelajaran kolaboratif

Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli
dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara

bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu,
mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.
Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid
diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan.
Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi

yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.

Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masingmasing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi
dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan
khalayak penonton.
AKTIVITI IMPROVISASI
Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan.

Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas
anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana
anda semua melayaninya?

Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid
menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam
kumpulan atau secara individu.
Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid
dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan
adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

Improvisasi berdasarkan objek
Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan
melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak
patung, surat khabar dan kostum.
Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti
Hang Tuah.
Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan
lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.
JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanakkanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: