PROSES KEJADIAN HUJAN MENURUT ISLAM

Faculty of
Chemical
Engineering
(FChE)

SCIENCE TECHNOLOGY AND MANKIND

PROSES KEJADIAAN HUJAN MENURUT ISLAM

LECTURER
SECTION 26
GROUP 2
NO.

TEAM MEMBERS

MATRIC NUM.

1.1 Pandangan Hujan

Setiap kali tiba musim hujan, masyarakat sering mempunyai pandangan berbeza-beza

mengenainya. Ada sebahagiannya yang menunjukkan rasa tidak suka dan setengahnya
melihatnya sebagai sebuah rahmat. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan
tentang hujan, sehingga kita patut merenungkannya kembali. Beberapa surah yang

menjelaskan tentang hujan aitu surah Al-A’raaf, Al-Baqrah, Al-An’am dan surah Ibrahim.
Dalam surah Al-A’raaf ayat 57 dijelaskan hujan dipandang sebagai rahmat Allah SWT yang
diberikan kepada kita. Alqur’an menjelaskan,
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan
rahmat-Nya (hujan). Hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau
ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan
dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan
orang-orang

yang

telah

mati,

mudah-mudahan


kamu

mengambil

pelajaran.”

Dalam Surah Al Baqarah ayat 22 dijelaskan hujan merupakan sebab datangnya rezeki kepada
kita. “Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan
Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala
buah-buahan sebagai rezki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu
bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Manakala dalam Surah Al An'aam ayat 99, Allah
berfirman tentang proses hujan yang dapat menumbuhkan berbagai macam tumbuhtumbuhan di sekitar kita.
“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu
segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman
yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan
dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan
(Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah
buahnya di waktu pohonnya berbuah, serta kematangannya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

Terakhir, dalam surah Ibrahim ayat 32 ditegaskan kembali hujan dapat menjadi rezeki buat
kita. “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari
langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi
rezeki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di
lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan bagimu sungai-sungai.''
Masih banyak ayat-ayat lain yang menjelaskan tentang hujan yang patut kita renungkan
kembali, sehingga tidak selalu menganggap hujan sebagai penyebab terjadinya bencana.

Allah Swt menurunkan hujan pasti mempunyai tujuan tertentu, bahkan boleh menjadi sebuah
peringatan buat kita.

1.2 Pandangan Islam mengenai hujan

Dalam keadaan tertentu kalajuan purata hujan adalah mencapai 30km per jam,secara
amnya, air hujan jatuh ke bumi pada kelajuan yang rendah. Hal ini demikian kerana, titisan
hujan memilki bentuk khusus yang membentuk geseran antara permukaan titisan itu dan
atmosfer yang membantu hujan jatuh ke bumi pada kelajuan yang lebih rendah, Fakta
menakjubkan selanjutnya mengenai hujan bahwa setiap titisan hujan memiliki diameter yang
pelbaga dani diameter tersebut adalah sekitar 0,02 - 0,31 inchi. Pada setiap saat, kira-kira
16juta tan air yang tersejat daripada permukaan bumi sebagai sumber pembentukan hujan dan

jumlah ini akan turun kembali ke bumi sebagai hujan.
Dan fakta terakhir ternyata ada wilayah di bumi ini yang menerima taburan hujan
hampir sepanjang tahun dan wilayah tersebut adalah Hawai yang menerima hujan selama 350
hari setahun. Namun sayangnya, seiring dengan datangnya musim hujan kita seringkali
disalurkan dengan informasi bahawa hujan menyebabkan bencana banjir, mendatangkan
berbagai penyakit danbencana alam yang lebih dahsyat sehingga secara tidak langsung kita
mengeluh dengan nikmat Allah.
Sebagai umat islam kita percaya bahawa setiap yang ada di semesta ini, merupakan
rahmat dari Allah SWT. Tidak ada satupun yang terjadi di dunia ini tanpa kehendak dari
Allah SWT. Oleh sebab itu, menyalahkan turunnya hujan adalah sama seperti menyalahkan
apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada manusia dan alam semesta. Tidak sepatutnya
kita marah hanya kerana pakaian basah akibat siraman air hujan dan sebagainya.Rasulullah
saw bahkan selalu menghormati turunnya hujan, kala melihat hujan baginda berdoa
“Allahhuma syaiban nafi’an” yang bermaksud “Ya Allah jadikan hujan ini sebagai hujan
yang membawa manfaat juga kebaikan.” (HR. Bukhari)
Bahkan Rasulullah saw menyampaikan bahawa di antara turunnya hujan ada letak dan
tanda-tanda dikabulkannya sebuah doa atau mustajab. Rasululullah saw bersabda yang
bermaksud “carilah pengabulan doa pada saat bertemunya dua pasukan pada saat iqamah
sholat dan saat turunnya hujan.” (HR. Al-Hakim)


Allah SWT. Juga menjanjikan kebaikan penurunan hujan seperti dalam firmannya
yang bermaksud “Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma
yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun- susun, untuk menjadi rezki bagi
hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). seperti
Itulah terjadinya kebangkitan.”(QS. Qaff : 9-11)

1.3 Proses kejadian hujan menurut islam

1) Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya:

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap
air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak
menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya
bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi
pengewapan air ini di mana ia akan berhenti sampai di tahapnya dan tidak melebihinya
sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali
kepadanya. Allah Taala telah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat yang ke 18:

َ‫ب بِ ِه لَقَا ِدرُون‬

ٍ ‫ض ۖ َوإِنَا َعلَ ٰى َذهَا‬
ٍ ‫َوأَ ْن َز ْلنَا ِمنَ ال َس َما ِء َما ًء بِقَد‬
ِ ْ‫َر فَأ َ ْس َكنَاهُ فِي ْالَر‬
Maksudnya :
“Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya
ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”
Allah taala telah mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang
bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan
tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita
dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan, Al-Quran
telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala dalam surah Al-Waqiah:

‫لَوْ نَ َشا ُء َج َع ْلنَاهُ أُ َجاجًا‬. (69) َ‫( َءأ ْنتُ ْم أَ ْن َز ْلتُ ُموهُ ِمنَ ْال ُم ْز ِن أَ ْم نَحْ نُ ْال ُم ْن ِزلُون‬68) . َ‫أَفَ َرأَ ْيتُ ُم ْال َما َء الَ ِذي تَ ْش َربُون‬
(70) َ‫فَلَوْ َل تَ ْش ُكرُون‬.
Maksudnya :
“Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang
menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan
jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.
ً ‫ جاجا‬bermaksud masin.
2) Proses Pengumpulan Wap Air:

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat
melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang
membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang
membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya,
berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi
ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah
besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.
Allah Taala berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 48 :

َ
‫ق يَ ْخ ُر ُج ِم ْن‬
َ ‫اُ الَ ِذي يُرْ ِس ُل ال ِريَا َح فَتُثِي ُىر َس َحابًا فَيَ ْب ُسطُهُ فِي ال َس َما ِء َك ْيفَ يَ َشا ُء َويَجْ َعلُهُ ِك َسفًا فَتَ َرىى ْال َو ْد‬
(48) َ‫اب بِ ِه َم ْن يَ َشا ُء ِم ْن ِعبَا ِد ِه إِ َذا هُ ْم يَ ْستَب ِْشرُون‬
َ ‫ص‬
َ َ‫ِخ َللِ ِه ۖ فَإِ َذا أ‬
Maksudnya :
“Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di
langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat
hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang
dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.


3. Proses Pergerakan Awan:

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke
tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa
meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan
perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman dalam surah Al-A’raf ayat ke 57:

ْ َ‫َوهُ َو الَ ِذي يُرْ ِس ُل ال ِريَا َح بُ ْشرًا بَ ْينَ يَ َديْ َرحْ َمتِ ِه ۖ َحتَ ٰى إِ َذا أَقَل‬
‫ت فَأ َ ْن َز ْلنَاى بِ ِه ْال َما َء‬
ٍ ِ‫ت َس َحابًا ثِقَ ًال ُس ْقنَاهُ لِبَلَ ٍد َمي‬
(57) َ‫ك نُ ْخ ِر ُج ْال َموْ ت َٰى لَ َعلَ ُك ْم تَ َذ َكرُون‬
َ ِ‫ت ۚ َك ٰ َذل‬
ِ ‫فَأ َ ْخ َرجْ نَا بِ ِه ِم ْن ُك ِل الثَ َم َرا‬
Maksudnya :
“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya
sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati
(tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan
dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami
hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya
ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t. Telah terbukti bahawa di sana terdapat
kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana
Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu
dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang
menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman:

َ‫ت ۚ َك ٰ َذلِكَ نُ ْخ ِر ُج ْال َموْ ت َٰى لَ َعلَ ُك ْم تَ َذ َكرُون‬
ِ ‫فَأ َ ْخ َرجْ نَا بِ ِه ِم ْن ُك ِل الثَ َم َرا‬
Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah
di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati
dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan
kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin
kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu
sejam. Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di
muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk
mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin

yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan
angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin.

Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas
permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem
ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat
nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan
sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati
kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan
Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang
menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika
berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam
bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa
awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan
bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat
dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia
menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Allah Taala berfirman dalam Al-A’raf ayat ke 57 :

ْ َ‫َوهُ َو الَ ِذي يُرْ ِس ُل ال ِريَا َح بُ ْشرًا بَ ْينَ يَ َديْ َرحْ َمتِ ِه ۖ َحتَ ٰى إِ َذا أَقَل‬

‫ت فَأ َ ْن َز ْلنَاى بِ ِه ْال َما َء‬
ٍ ِ‫ت َس َحابًا ثِقَ ًال ُس ْقنَاهُ لِبَلَ ٍد َمي‬
(57) َ‫ك نُ ْخ ِر ُج ْال َموْ ت َٰى لَ َعلَ ُك ْم تَ َذ َكرُون‬
َ ِ‫ت ۚ َك ٰ َذل‬
ِ ‫فَأ َ ْخ َرجْ نَا بِ ِه ِم ْن ُك ِل الثَ َم َرا‬
Maksudnya :
“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya
sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati
(tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan

dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami
hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.
Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan
proses penguraian pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan
kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi:
Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air
hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat
dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas
muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam
badan manusia, Allah Taala berfirman dalam surah ar-rad :

ْ َ‫أَ ْن َز َل ِمنَ ال َس َما ِء َما ًء فَ َسال‬
(17).......‫َرهَا‬
ِ ‫ت أَوْ ِديَةٌ بِقَد‬
Maksudnya :
“…. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut
kadarnya”.
Dan firmanNya lagi dalam surah Ibrahim ayat 32:

ۚ‫…… َو َس َخ َر لَى ُك ُم ۡالَ ۡن ٰه َر‬
Maksudnya:
“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.

Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluan yang tertentu di celah
batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air,

maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga
kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan.
6. Proses Muka Bumi Meresap Air:
Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan
banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh
berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah
Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan
meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan
dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari
kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di
atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 18 :

(18).. ‫ض‬
ِ ْ‫فَأ َ ْس َكنَاهُ فِي ْالَر‬

....

Maksudnya :
“…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi:
Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti
air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu
memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang
hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batubatan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya
dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala
berfirman dalam surah Al-Mulk :

(30) ‫ين‬
ٍ ‫قُلْ أَ َرأَ ْيتُ ْم إِ ْن أَصْ بَ َح َما ُؤ ُك ْم َغوْ رًا فَ َم ْن يَأْتِي ُك ْم بِ َما ٍء َم ِع‬
Maksudnya :

“Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka
siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.

1.4 Jenis-jenis hujan
Para ahli membagi hujan menjadi tiga jenis berdasarkan proses terjadinya. Tiga jenis
hujan tersebut adalah hujan orografis (hujan relief), hujan konveksi (hujan zenith), dan hujan
konvergen (hujan frontal).

I.

Hujan Orografis (Hujan Relief)
Lalu ada juga yang disebut dengan hujan pegunungan atau yang disebut dengan hujan

''orografis''dan hujan Pegunungan hujan ini terjadi karena udara yang mengandung wap air
naik ke puncak pegunungan atau gunung,lalu udara yang naik akan mengalami penurunan
temperatur,makin tinggi udara naik ke puncak pegunungan atau gunung, akan makin rendah
tempraturnya, lalu akan terjadi kondensasi dan turun sebagai hujan pada lereng pegunungan
tersebut. Maka hujan itu disebut hujan pegunungan atau hujan orografis. Ada juga
yang menyebutnya dengan hujan relief, namun sebutan ini kurang umum digunakan selain
itu pula ada yang disebut dengan hujan muson,yang seperti kami sebutkan diatas tadi,yang
teradi hanya dua kali dalam setahun,atau e bulan dengan masa perputaran antara Oktober ke
bulan April.

Hujan Orografis (Hujan Pegunungan)

II.

Hujan Konveksi

Hujan konveksi atau disebut juga hujan zenith biasanya terjadi di kawasan yang berada
pada 23,5O LU atau LS. Hujan konveksi terjadi kerana adanya pemanasan udara di atas
daratan akibat proses konduksi. Kerana pemanasan tersebut, udara akan mengembang
sehingga mengapung naik ke atas. Udara panas yang naik ke atas bersuhu lebih tinggi dari
udara lain yang ada di sekitarnya. Pada ketinggian tertentu, suhu udara akan berkurang
sehingga terjadi pengembunan. Pengembunan tersebut menghasilkan titik air dan ais yang
kemudian jatuh sebagai hujan. Hujan konveksi biasanya hanya berlaku seketika. Kadangkadang cahaya matahari masih dapat terlihat pada waktu terjadinya hujan. Hujan konveksi
disertai gemuruh.

Hujan Konveksi

III.

Hujan Konvergen
Hujan konvergen atau disebut juga hujan frontal biasanya terjadi di kawasan yang

beriklim tropika. Hujan menumpu terjadi kerana adanya pertemuan udara panas dengan udara
sejuk. Udara panas yang mempunyai masa yang lebih ringan akan naik ke atas udara
sejuk .Kerana udara panas biasanya mengandungi wap air, pergesekkannya dengan udara
sejuk menyebabkan adanya pengembunan. Pada ketinggian tertentu, embun - embun yang
terbentuk akan jatuh sebagai hujan. Hujan konvergen biasanya sangat lebat dan disertai
banyak guruh dan angin kencang

Hujan Konvergen
IV.

Hujan Asid

Hujan asid berlaku tidak disebabkan kerana faktor - faktor alam. Hujan asid adalah hujan
yang airnya mengandung zat - zat pencemar, sehingga air hujannya kotor. Selain kotor, air
hujan asid bersifat asid dan bila membasahi besi boleh menyebabkan hakisan .Keasidan yang
terkandung dalam air asam disebabkan terutamanya oleh kandungan ion hidrogen (H +)
bebas pada air hujan. Tingginya kandungan ion hidrogen bebas tersebut disebabkan oleh hasil
pembakaran yang menggunakan bahan bakar minyak dan arang batu yang digunakan oleh
kereta, kilang, dan sebagainya.

Hujan Asid

1.5 Pengukuran Hujan

Sampel hujan yang dikutip adalah dalam bentuk hujan titik, setiap ukuran yang
dijalankan dibuat pada suatu masa di suatu tempat dalam ruang yang telah ditetapkan.
Contohnya, di dalam satu legeh hujan yang turun secara berterusan, maka tolok hujan yang
digunakan khas kepada legeh itu sahaja. Sampel taburan yang diperolehi menghasilkan
“space series”.

I.

Tolok Hujan

Tolok hujan terbahagi kepada dua iaitu tolok hujan automatik dan tolok hujan bukan
automatik. Tolok hujan bukan automatik tidak mampu untuk membuat bacaannya sendiri.
Kelemahannya pula, ia perlu diperiksa setiap hari untuk mengetahui kuantiti hujan bagi setiap
hari. Tolok hujan automatik pula lazimnya mempunyai perakam waktu mekanikal yang akan
merakam waktu hujan turun, drum serta gelendong kertas graf, pen untuk mencatat carta
hujan. Pen ini akan merakamkan jumlah berat bekas termasuk air yang dikumpul atau
membuat rakaman siri kelipan yang dibuat setiap kali bekas kecil yang diketahui muatannya
melimpah. Tolok ini sesuai untuk kawasan pendalaman yang jarang dikunjungi, namun
begitu dari segi ekonomi ia agak mahal dan kurang jitu kerana terdedah kepada ralat. Ciri
penting yang ditonjolkan oleh tolok ini ialah keamatan hujan yang dipamerkan.
Tolok piawai pula diperbuat daripada selinder tembaga bergaris pusat 5 inci, pinggir
atasnya diserongkan, bertujuan untuk mengumpulkan hujan dan membolehkan air mengalir
menerusi serombong ke dalam bekas besi atau kaca yang boleh diangkat. Setiap hari hujan
akan dicurahkan ke dalam selinder penyukat. Sesetengah stesen mempunyai kedua-dua tolok
perakam dan tolok piawai.
Berdasarkan kepada laporan yang di keluarkan oleh “Task Commitee”, satu rangkaian
tolok hujan yang baru telah direkabentuk. Tolok hujan ini mampu menyukat hujan harian
yang terdiri daripada tadahan bulat yang berukuran 150 cm2. Tolok hujan ini dipasang pada
ukur tinggi rim 300 mm di atas aras bumi. Tolok ini dilengkapi dengan talian dan nombor
telefon yang mana boleh didail seperti lazimnya. Kuantiti hujan yang terkumpul sejak diset
sifar, dihantar dengan penambahan 1mm oleh tiga kumpulan bunyi boleh-dengar dalam
sukatan bilangan ratus, puluh dan sa. Pemisitan boleh dibuat seberapa kerap dan keamatan
pula boleh didapatkan secara penolakan mudah dalam kadar lengah yang minimum.

Tolok hujan manual

Tolok hujan automatic
II.

Radio Automatik
Di kawasan pendalaman pula lebih sesuai menggunakan penyukat hujan radio

automatik yang juga dikenali sebagai “radio reporting rain gauge”. Kelebihannya kerana ia
sesuai untuk kawasan pergunungan yang sukar dimasuki untuk mengambil data. Terdapat
satu mekanisme penghantar isyarat dalam bentuk gelombang radio bagi menyampaikan
bacaan yang terdapat dalam tolok hujan. Sebagai contoh, jika “tipping bucket” digunakan,
bacaan yang diperolehi akan memberikan isyarat denyut elektrik yang setara dengan
milimeter hujan yang dikumpul. Isyarat yang terhasil akan dikodkan dalam bentuk mesej dan
akan dihantar melalui penghantar (transmitter). Di seksyen penerima, kod isyarat tersebut
akan diterima oleh penerima (receiver) UHF.

III.

Radar Satelit
Dengan berpandukan kepada konfuigurasi antena dan saiz, radar menghantar denyut

tenaga elktromegnetik sebagai soroton. Gelombang ini bergerak mengikut halaju cahaya.
Gelombang itu akan dipantulkan oleh awan atau partikel hujan dan kembali ke radar dan
diterima oleh antena yang sama. Signal sasaran (target signal) merupakan tenaga yang
dikembalikan semula ke radar. Jumlah tenaga ini akan dipaparkan pada layar radar yang
dikenali sebagai “echo”. Keamatan ini menunjukkan magnitud daya yang dikembalikan yang
mana merupakan ukuran bagi refleksi radar daripada hidrometer. Reflektiviti daripada suatu
kumpulan hidrometer bergantung kepada:
a.

Agihan saiz jatuhan

b.

Jumlah partikel pada setiap satu isipadu

c.

Keadaan fizikal iaitu padat atau cair

d.

Bentuk elemen individu

e.

Jika tidak simetri, aspek tersebut bergantung pada radar kerana semakin lebat hujan
semakin besar reflektivitinya

1.6 Kesan dan hikmah hujan kepada manusia sejagat

Hujan merupakan anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada semua
mahluk di alam semesta. Setiap titisan air yang turun dari langit menjadi sumber kehidupan
bagi semua mahluk hidup. Berkat kekuasaan Sang Pencipta, pada setiap saat jutaan liter air
berpindah dari lautan menuju atmosfera lalu kembali lagi menuju daratan, Malahan, seluruh
kehidupan bergantung pada air ini di seluruh dunia tanpa mengira hidupan bernyawa
mahupun yang tidak bernyawa.

Dalam "The Signs in the Heavens and the Earth for Men of Understanding" karangan
Harun Yahya yang telah diterjemahkan Pustaka Sains Populer Islami: Manusia dan Alam
Semesta terbitan Dzikra menjelaskan mengenai kekeuasaan ALLAH SWT dalam
menciptakan hujan. Harun yahya juga membuktikan kebenaran dan kesesuaian ayat-ayat AlQur'an yang menjelaskan fenomena hujan dengan sains moden. "Sekiranya manusia mencuba

mengatur kitaran di alam semesta, maka mereka tidak akan pernah berjaya, walaupun dengan
menggunakan seluruh teknologi yang ada di muka bumi" dipetik dari hasil karangannya di
mana beliau menerangkan pendapatnya. Dalam pendapatnya juga, tanpa bayaran dan
teknologi, berbilion-bilion mahluk telah hidup di bumi dan mereka semuanya boleh
menikmati air melalui proses penguapan. Menurut Harun Yahya, 45 juta liter kubik air
menguap dari lautan setiap tahun. Air yang menguap tersebut dibawa oleh angin yang
melintasi daratan dalam bentuk awan. Setiap tahun, 3-4 juta liter air di bawa dari lautan
menuju daratan untuk dapat dinikmati dan dimanfaatkan manusia. Al-Qur'an mengajak
manusia untuk mensyukuri hujan sebagai kurnia yang di berikan ALLAH kepada mahlukNya sekalian.

Hikmah hujan

Musim kemarau dan hujan datang silih berganti dalam setiap masa. Adapun musim
hujan sekarang sudah datang dan bersama kita. Hampir setiap hari, kadang pagi, siang,
petang dan kadangkala malam hujan atau gerimis turun ke permukaan bumi. Sudahkah kita
mensyukuri rezeki air yang turun dari langit tersebut? Atau sebaliknya kufur kepada nikmat
yang diberikan Allah SWT. Ketika seseorang bersyukur kepada Allah, ketika datang hujan
akan mengucapkan syukur Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah. Menerima dengan
senang hati akan datangnya hujan, memanfaatkan airnya untuk hal-hal yang positif, seperti
mencuci atau membersih lantai yang kotor. Ketika keluar rumah mereka akan
mempersiapkan payung ataupun pakaian hujan. Yang ada dalam hati adalah rasa syukur dan
gembira kerana terdapat air yang turun ke bumi dengan perantaraan hujan.

Dalam pada itu, menghadapi hujan bagi segolongan orang yang kufur adalah
sebaliknya.Mereka menyesali keadaan yang ada. Yang ada dalam hatinya adalah mengeluh,
ketika datang hujan ada saja sesuatu yang menjadi bahan keluhan. Misalnya pakaian tidak
kering, jalan yang berlecak, kendaraan mudah kotor, atap rumah bocor, menyebabkan aktiviti
terbatas, banjir, dan sejenisnya. Yang ada adalah keluhan, baik dalam hatinya mahupun
perkataan yang diucapkannya.

Untuk menjadi orang yang bersyukur, memerlukan latihan iatu latihan zahir dan batin
secara berterusan. Hal ini kerana bersyukur merupakan satu pekerjaan yang tidak mudah
maka Allah menggolongkan, orang yang bersyukur adalah golongan minoriti (golongan Yang
sedikit). Allah menjelaskan, “Dan sedikit sekali dari hamba hamba-Ku yang bersyukur”
(Surah Saba 34: 13).

Dengan adanya hujan, sebenarnya terdapat banyak hikmah dan manfaat yang boleh
kita ambil, contohnya dalam aspek pertanian, berbagai-bagai macam tanaman yang kita
perlukan menjadi mudah untuk tumbuh segar. Dalam aspek ekonomi, kadar dan penjualan
payung serta baju hujan meningkat, manakala haiwan ternakan mempunyai makanan dan
minuman yang mencukupi.

Hujan merupakan dalil dan bukti yang menunjukkan kebenaran dan kebesaran Allah,
yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa Dialah
yang menurunkan hujan yang ditumbuhi oleh tanam-tanaman dan tumbuh-tumbuhan.
Dijelaskan dalam Al-Quran, “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian
malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi
manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkannya
bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan
perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh,
merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti” (Surah AlBaqarah, 2: 164).

Semua makhluk yang hidup, segolongan dari mereka mungkin tidak merasakan
manfaat dari hujan tersebut. Berbagai-bagai tanaman menjadi tumbuh dengan subur.
Makanan untuk ternakan mereka juga menjadi tidak menjadi masalah dan mencukupi. Segala
puji bagi Allah S.W.T., atas kekuasaannya, segala makanan pokok-pokok dan haiwan-haiwan
untuk manusia telah disediakan oleh Allah SWT. Semua adalah nikmat Allah yang tidak
layak untuk kita dustakan.
Selain daripada itu, Allah juga menjelaskan dalam firman-Nya, “Tidakkah engkau
melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu kami hasilkan buah-

buahan yang beraneka ragam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu, ada garis-garis
putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat. Dan
demikian pula di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa, dan haiwan-haiwan
ternakan dan yang bermacam-macam warnanya. Dalam kalangan hamba Allah yang takut
kepada-Nya,

hanyalah

para

ulama.

Sungguh

Allah

Maha

perkasa

lagi

Maha

Pengampun.”(Surah Faathir, 35:27-28)

Sebagai hamba yang beriman, selayaknya selalu berprasangka baik atas setiap
pemberian Allah, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Semua ada hikmah
dan manfaatnya. Selalu bersyukur, sehingga rahmat dan nikmat Allah selalu bertambah.
Dalam pada itu, hamba yang mengkufuri nikmat, azab Allah sangatlah pedih. Kita berdoa,
semoga musibah dan bencana yang datang seperti banjir, gunung meletus, kelaparan,
kemiskinan, gempa bumi bukanlah azab dan bencana.

Akan tetapi, segala azab dan bencana adalah ujian dan dugaan bagi orang yang
beriman. Bagi segolongan manusia yang sedang tertimpa musibah, hendaklah tertanam pada
dirinya sifat sabar, berprasangka baik, tidak ego, tidak saling menyalahkan Antara satu sama
lain, qona’ah (menerima apa yang ada), serta sentiasa berdoa kepada Allah agar sanggup dan
sabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Sesungguhnya kesabaran adalah sesuatu yang mahal dan sukar dilakukan, tapi jangan
risau, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Kita hendaklah selalu bersifat
optimistik dan selalu bertawakkal, tidak berputus asa dari berdoa untuk memohon rahmat
Allah. Kepada umat yang tidak terkena musibah, sepatutnya mereka mendoakan kepada
saudara kita yang terkena musibah, membantu semampu kita, sebaliknya bukan
memanfaatkan untuk kepentingan peribadi.

Dokumen yang terkait

ANALISIS HUBUNGAN STATUS EKONOMI DENGAN KEJADIAN GANGGUAN SALURAN PERNAFASAN PADA PEKERJA TAMBANG BELERANG DI KAWAH IJEN, BANYUWANGI

9 160 23

ANALISIS SISTEM PENGENDALIAN INTERN DALAM PROSES PEMBERIAN KREDIT USAHA RAKYAT (KUR) (StudiKasusPada PT. Bank Rakyat Indonesia Unit Oro-Oro Dowo Malang)

160 705 25

PROSES KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM SITUASI PERTEMUAN ANTAR BUDAYA STUDI DI RUANG TUNGGU TERMINAL PENUMPANG KAPAL LAUT PELABUHAN TANJUNG PERAK SURABAYA

97 602 2

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

EVALUASI IN VITRO ANTIOKSIDAN SENYAWA FENOL BIJI MELINJO (Gnetum gnemon L.) SELAMA PROSES PENGOLAHAN EMPING MELINJO BERDASARKAN SNI 01-3712-1995

4 111 16

FAKTOR-FAKTOR PERILAKU YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEJADIAN DEMAM BERDARAH DENGUE (DBD) DI DESA BALUNG LOR KECAMATAN BALUNG KABUPATEN JEMBER

11 93 15

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN COMPUTER VISION SYNDROME PADA KARYAWAN PT. TELKOM INDONESIA, Tbk KANDATEL JEMBER

3 102 19

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN KURANG ENERGI PROTEIN (KEP) PADA BALITA NON KELUARGA MISKIN (NON GAKIN) DI KECAMATAN SUKORAMBI KABUPATEN JEMBER

4 92 1

STUDI PERBANDINGAN HASIL BELAJAR DAN KETERAMPILAN PROSES SAINS DITINJAU DARI PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

6 77 70

UPAYA PENINGKATAN PROSES DAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI PENGGUNAAN ALAT PERAGA PADA MATA PELAJARAN IPA DI KELAS IV (EMPAT) SDN 3 TEGALSARI KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2011/2012

23 110 52