Sumbangan Pemikir Islam terhadap pendidi

Skrip
Diajukan Kepada Al-Zuhri
Singapura

Disusun oleh :
Nursyazana Bte Abdul Aziz
Nur Hasanah Bte Abdul Aziz
Noor Azilah Bte Noor Mohamed

Modul:
Sejarah Pendidikan Islam
27 February 2016

© SMPI 2016

SUMBANGAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM
Abstrak: Secara am, terdapat pelbagai pemikir Islam yang terkenal telah banyak menyumbang terhadap Pendidikan Islam mahupun Pendidikan Barat. Makalah ini akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana teori-teori yang diukirkan oleh Professor Syed
Muhammad Naquib Al Attas , Imam Al Ghazali dan Ibn Khaldun boleh diterapkan dalam
konteks pendidikan Islam dan pendidikan umum di Singapura.
Pendahuluan
Sumbangan Syed Muhammad Naquib Al Attas

Nama sebenar adalah Syed Muhammad Naquib ibn Abdullah ibn Muhsin Al-Attas. Beliau
dilahirkan pada 5 September 1931. Beliau dikenali sebagai seorang pemikir Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti teologi, filsafat, metafisika, sejarah dan sastera.
Menurutnya terdapat pelbagai istilah mengenai pendidikan Islam di dalam Al Quran dan Hadith. Di antara istilahnya ialah tarbiyah, ta’lim dan ta’dib. Akan tetapi, istilah ta’dib adalah
lebih tepat untuk menafsirkan mengenai pendidikan Islam. Ia kerana sasaran ta’dib adalah
untuk mendidik manusia dari segi unsur pengetahuan, pengajaran dan pengasuhan yang baik.
Beliau berpendapat bahawa “Pengenalan dan pengakuan yang secara beransur-ansur ditanamkan di dalam diri manusia, mengenai tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu ke
dalam tatanan penciptaan, sedemikan rupa sehingga membimbing ke arah pengenalan dan
pengakuan akan kedudukan Tuhan yang tepat dalam tatanan wujud dan keperibadian.” (Walisongo, 2004)
Selain itu, menurutnya, adab merangkumi segala kosa kata utama dalam konsep kunci untuk
membangun pendidikan yaitu: “ makna (ma’na), ilmu (‘ilm), keadilan (‘adl), kebijaksanaan
(hikmah), tindakan (‘amal), kebenaran atau ketepatan sesuai dengan fakta (haqq), nalar
(nathiq), jiwa (nafs), hati (qalb), fikiran (‘aql), tatanan hierarki dalam penciptaan (maratib
dan derajat), kata-kata, tanda-tanda dan simbol-simbol (ayat) dan interpretasi (tafsir dan
ta’wil).” (Walisongo, 2004)
Adab terdiri daripada aql, jasad dan roh yang membentuk diri individu dari segi pendidikan.
Orang beradab dikatakan boleh membezakan antara perkara baik, buruk, melawan ilmu yang

!2

mengelirukan dan sebaliknya. Asal bentuk mashdar dari addaba ialah memberi adab atau

pendidikan.
Pada tahun 1980, para ulama telah mengadakan Kongress Pendidikan Islam Sedunia di Islamabad merumuskan tujuan Pendidikan Islam ialah untuk mengembangkan potensi dan
keperibadian manusia secara holistik. Di samping itu, menurut Al-Attas, tujuan utama pendidikan Islam ialah untuk memupuk nilai kebaikan di dalam diri individu supaya dapat
menghasilkan insan yang adabi (dari segi ruhani, jasmani dan aqal). Jika individunya beradab, maka akan terbentuk masyarakat yang beradab. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan Islam ialah untuk membentuk insan kamil.
Sumbangan Imam Al Ghazali
Nama sebenar adalah Abu Hamid Mohammad bin Mohammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau
digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal
bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan nama beliau diambil sempena kampung
kelahirannya, Ghazalah. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijriah bersamaan dengan 1058
Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Imam Al Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli filsafat Islam,
pemidato dan ahli akademik terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. (Sheikh)
Terdapat puluhan buku yang telah ditulisnya meliputi berbagai lapangan ilmu. Antara lain,
teologi Islam, hukum Islam (fiqh), tasawwuf, tafsir, pendidikan akhlak dan adat kesopanan,
filsafat dan lain-lain. Menurut Dr. Badawi Thobanah di dalam muqadimah Ihya’ Ulum alDdin menuliskan karya-karyanya Imam Al Ghazali berjumlah sebanyak empat puluh tujuh
buah. (Nasokah)
Namun kebanyakan hasil karya-karya beliau adalah yang berbentuk falsafah. Oleh yang
demikian pengkaji-pengkaji barat telah menggangap Imam Al Ghazali sebagai seorang ahli
falsafah. Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah Ihya’ Ulumiddin, Mizanulamal, Hidayah Al-Salikin, Minhaj Al-Abidin, Ayyuha Al-Walad, Al-Munqiz Min Ad-Dalal,
Tahafut Al-Falasifah, Jawahir Al Quran, Asma Allah Al-Husna dan Kimia As-Sa’adah. (Uye,
2001)


© SMPI 2016

Sumbangan Ibnu Khaldun
Nama sebenar adalah Abdul Rahman Bin Muhammad bin Muhammad bin Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan namun lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di
Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijriah bersamaan 27 Mei 1332 Masihi. Pemikirannya yang
cemerlang telah memberikan pengaruh besar kepada cendikiawan-cendikiawan Barat dan
Timur tidak kira Muslim atau sebaliknya. Dalam perjalanan hidupnya Ibnu Khladun dipenuhi
dengan sejumlah tugas besar serta jabatan, politik, ilmiah dan peradilan yang mempunyai
berbagai peristiwa, pengembaraan dan perubahan. (Syafutra)
Pemikiran-pemikirannya tentang ekonomi yang logik dan hakikat telah jauh dikemukannya
sebelum Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823) mengemukakan teoriteori ekonominya. Oleh kerana itu, beliau lebih dikenali sebagai Bapa Ekonomi Islam. (Syafutra)
Karya Ibnu Khaldun terdiri dari sebuah kitab mengenai autobiographi, catatan dari kitab sejarahnya, pendahuluan atas kitabu al-‘ibar yang bercorak sosiologis-historis dan filosofis.
Terdapat juga sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi yang merupakan ringkasan dari kitab Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin waal-Muta’akh-khiriin karya
Imam Fakruddin ar-Razi. (Syafutra)

!4

Teori – Teori Syed Naquib Al Attas Di Dalam Bidang Pendidikan

Adab
Pendidikan Islam menurut Al-Attas adalah pengenalan dan pengalaman yang secara beransuransur ditanamkan dalam diri manusia, tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu
di dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa sehingga membimbing ke arah pengenalan dan
pengakuan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan kepribadian.
Sedangkan Konsep Pendidikan Islam yaitu suatu ide atau gagasan untuk menciptakan manusia yang baik dan bertaqwa yang menyembah Allah dalam erti yang sebenarnya, yang membangun struktur pribadinya sesuai dengan syariat Islam serta melaksanakan segenap aktiviti
kesehariannya sebagai wujud ketundukannya pada Tuhan dengan cara menanamkan nilai-nilai fundamental Islam kepada setiap muslim terlepas dari disiplin ilmu apapun yang akan
dikaji. (Fatih Syuhud dalam Sidogiri.com)
Teori – Teori Imam Al Ghazali Di Dalam Bidang Pendidikan
Penerapan nilai
Kaedah pendidikan yang berasaskan nilai Islam yang disarankan oleh Imam Al Ghazali
adalah kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai agama sejak mereka masih kecil kerana pada ketika ini, kanak-kanak amat mendengarkan kata. Di dalam konsep hubungan guru
dan pelajar pula, guru harus menjadi contoh utama kerana ia akan mempengaruhi generasi
muda yang dilahirkan agar berkelakuan selaras dengan syariat Islam. (Sheikh)
Pembentukan akhlak yang baik seperti pendidikan bertujuan untuk mengenali Allah dengan
lebih mendalam dan mengagumi ciptaaanNya dan bukan hanya untuk mengejar duniawi sahaja. (Sheikh) Teori yang menuju kepada keagamaan adalah lebih penting dan utama
berbanding teori pendidikan barat yang mementingkan duniawi semata-mata.
Menurut Imam Al Ghazali, dari segi teori, akal dan syarak tidak akan bertentangan secara
hakiki kerana keduanya adalah cahaya petunjuk dari Allah swt. Dari segi praktikal, hakikat
agama tidak akan bertentangan dengan hakikat ilmiah, bahkan ia saling mendukung antara
satu sama lain. (Darma)


© SMPI 2016

Teori – Teori Ibnu Khaldun Di Dalam Bidang Pendidikan
Pandangan Tentang Manusia
Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan bukan suatu aktivitas yang bersifat permikiran dan perenungan yang jauh dari aspek-aspek pragmatis di dalam sebuah kehidupan, tetapi ilmu dan
pendidikan adalah merupakan gejala muktamad yang lahir dari terbentuknya masyarakat dan
perkembangannya dalam tahapan kebudayaan. (Brow, 2014)
Manusia merupakan makhluk sosial yang tidak mampu hidup sendirian. Kewujudannya tidak
akan terlaksana kecuali dengan hidup bersama kerana mereka saling memerlukan antara satu
sama lain. Manusia tidak akan mampu untuk mengatur kehidupannya dengan sempurna sekiranya ia dilakukan dengan sendiri. Ia sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa setiap manusia dunia akan saling memerlukan bantuan antara satu sama lain. (Brow, 2014)
Pandangan Tentang Ilmu
Dalam Muqaddimah, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ilmu dan pendidikan sudah merupakan tabiat yang lahir dari dalam diri manusia secara lahiriah. Ia merupakan salah satu industri yang lahir di kalangan masyarakat kerana ia adalah sesuatu yang penting bagi kehidupan individu yang merupakan salah satu jalan untuk mendapat rezeki. (Brow, 2014)
Ibnu Khaldun mengatakan di dalam kitab Muqaddimahnya dan memberikan gambaran secara
umum tentang pendidikan: “Barangsiapa tidak terdidik oleh orang tuanya, maka akan terdidik
oleh zaman, maksudnya barangsiapa tidak memperoleh tata karma yang diinginkan sehubungan pergaulan bersama melalui orang tua mereka yang mencakup guru-guru dan para sesepuh
, dan tidak mempelajari hal itu dari mereka, maka ia akan mempelajarinya dengan bantuan
alam, dari peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang zaman, zaman akan
mengajarkannya.” (Juwariyah, 2008)
Ilmu dan pendidikan seseorang harus dimulakan dari rumahnya iaitu ibu bapanya, di mana

segala asas ilmu dan pendidikan diberikan, lalu dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu untuk memperluaskan lagi tingkat kemahiran dan ilmunya dari gurunya. Jika tidak, mereka
akan terdidik oleh zamannya.

!6

Teori – Teori Yang Boleh Diterapkan Di Dalam Pendidikan Islam Di Singapura
Menurut Professor Syed Naquib Al Attas, adab ialah meletakkan sesuatu perkara pada tempat
yang tepat. Maka, jika seseorang itu beradab, maka akan terlahirlah masyarakat yang berinsan adabi. Untuk merealisasikan teori peradaban atau membentuk insan adabi, pihak ibu
bapa dan madrasah boleh bekerjasama dalam menerapkan nilai-nilai peradaban dari
peringakat awal lagi.
Selain itu, Imam Al Ghazali juga menekan mengenai konsep adab dalam menuntut ilmu di-

antara pelajar dan guru serta perhubungan baik antara kedua-duanya yang berlandasakan
akhlak. Konsep ini mendukung konsep Professor Syed Naquib mengenai adab, dimana seorang individu itu harus meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang tepat. Nilai akhlak yang
ingin dituju oleh Imam Al Ghazali ialah menanam akhlak yang baik daripada umur yang kecil seperti bak pepatah peribahasa melayu iaitu melentur buluh biar dari rebungnya. Ia supaya
memastikan umat Islam tidak akan mudah terpengaruh dengan ideologi sekularisme yang
bercanggah dengan tauhid umat Islam.
Begitu juga bagi pemikir seterusnya ialah Ibnu Khaldun. Beliau berpendapat bahawasanya

pendidikan Islam terbahagi kepada dua tujuan iaitu tujuan keagamaan dan tujuan iman. Tujuan keagamaan adalah beramal untuk hari akhirat sehingga ia menemui Tuhannya dalam

keadaan ia telah menunaikan hak Allah yang diwajibkan ke atasnya. Tujuan iman atau keduniaan adalah apa yang diungkapkan dalam pendidikan modern dengan tujuan kemanfaat
atau persiapan untuk hidup. (Al Abrasyi, 1969: 244) (Musa, 2001) Konsepnya telah mendukung kepentingan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Ia juga bertepatan dengan konsep
Professor Naquib Al-Attas mengenai adab. Di mana seseorang individu muslim harus
mengikut adab apabila ingin mempelajari ilmu. Diharusi mempelajari ilmu fardhu ain terdahulu sebelum mendalami ilmu fardhu kifayah. Ia kerana ilmu merupakan jalan utama untuk
mendekatkan dirinya dengan Allah. Melalui ilmu pengetahuan, seseorang boleh beramal dengan baik. Ilmu adalah pangkal kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sehingga merupakan
amal yang terbaik. Di sinilah terletak keutamaan ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi
oleh seseorang individu.
Untuk mengelakkan kekeliruan ilmu yang dipelajari oleh anak murid di sekolah sekular yang
menghadiri kelas mingguan di organisasi Islam, asatizah seharusnya mengait rapat kandun-

© SMPI 2016

gan ilmu dipelajari oleh mereka dengan ilmu keislaman (islamisasi ilmu ). Sebagai contoh,
pada hari ‘Total Defence Day’, murid-murid telah mempelajari bahawasanya mereka harus
menyumbang kepada negara dari segi 5 Rukun Pertahanan Mutlak. Iaitu, Pertahanan Tentera,
Pertahanan Awam , Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahan Psikologi. Pada
dasarnya, murid-murid ini tidak boleh mengaitkan kandungan ini kepada ilmu fardhu ain
mereka telah pelajari di madrasah.
Sebagai contoh, asatizah boleh menerangkan dengan lebih lajut mengenai 5 Rukun Pertahanan Mutlak ini dengan lebih terperinci. Pertama, sebagai muslim yang menetap di negara
sekular, kita dianjurkan untuk mempertahankan negara kita walaupun kita diperintah dilaungan orang bukan Islam. dari Abdullah Ibn 'Amr Ibn al-'Ash ra. berkata: Rasulullah saw.

bersabda: Barangsiapa yang terbunuh karena membela hartanya, maka ia adalah
syahid.” ( H.R Riyadh al-Shalihin ) Dengan penerangan lebih mendalam, murid-murid ini
boleh lebih memahami ilmu yang dipelajari oleh mereka di sekolah sekular bukan sekadar
ilmu duniawi bahkan boleh dikaitkan dengan ilmu islam juga. Di sini, asatizah boleh mengaplikasikan teori yang dianjurikan oleh Ibn Khaldun iaitu mengutamakan ilmu fardhu ain
terdahulu supaya murid itu tidak akan terkeliru apabila mempelajari ilmu fardhu kifayah di
sekolah sekular. Selain itu, dengan cara tidak langsung, asatizah telah mengajar mereka cara
adab meletakkan ilmu (fardhu ain atau kifayah) mana yang terdahulu dan cara bagaimana
mengislamisasikan ilmu fardhu kifayah.
Selain mengislamisasikan ilmu dan mengetahui kedudukan ilmu yang harus dipelajari ( adab
dalam memilih mengutamakan ilmu farhu ain atau kifayah), seseorang pelajar harus mempunyai adab terhadap gurunya. Hubungan yang terjalin antara guru dan pelajar akan memberi
pengaruh yang positif seperti sikap dan keperibadian murid yang terluhur dalam kehidupan
kesehariannya. Sebagai contoh, pada hari pertama pembelajaran, seorang asatizah harus
membuat peraturan adab didalam kelas, adab ketika makan dan sebagai supaya anak murid
dapat memahami mengenai pelbagai adab dengan lebih jelas mengenainya. Kesan mengamalkan peradaban yang baik didalam peribadi seseorang murid ini akan terselah jika asatizah
dapat mempamerkan adab yang baik yang ingin murid dicapai. Ia kerana peranan asatizah
sebagai tauladan adalah amat penting. Sebagai tambahan, asatizah boleh mempamerkan
poster sebagai visual untuk menarik perhatian anak murid dan sering mengingati mereka

!8


mengenai adab yang ingin diterapi didalam mereka sepanjang masa mereka menjadi murid di
madrasah itu.
Teori-Teori Yang Boleh Diterapkan Di Dalam Pendidikan Sekular Di Singapura
Pendidikan sekular di Singapura menitikberatkan nilai adab di dalam sistem pendidikan. Terdapat pelbagai pengubahsuaian yang telah dijalankan bagi mengikuti peredaran masa. Di antaranya adalah subjek yang digantikan adalah mata pelajaran pengajian ilmu agama kepada
Sivik dan Pendidikan Moral (CME) pada 23 Februari 1991. (NLB, 2004)
Mata pelajaran pengajaran ilmu agama wajib diambil di sekolah pada Januari 1984 bagi
memupuk nilai-nilai moral dalam diri murid. Akan tetapi pada tahun 1990, pihak Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan untuk mengubarkan mata pelajaran ilmu agama kerana ia berpendapat bahawanya ibu bapa yang lebih bertanggungjawab menyampaikan nilainilai agama daripada sekolah sekular.
Tujuan matapelajaran Sivik dan Pendidikan Moral (CME) bertujuan untuk memupuk individu yang mementingkan masyarakat, hidup secara harmoni bersama berbilang kaum
menyumbang secara berkesan kepada masyarakat pelbagai budaya Singapura. Di samping itu
juga, sukatan pelajaran yang dilindungi adalah lima prinsip ideology kebangasaan Singapura,
yang dikenali sebagai Nilai Bitara: mementingkan masyarakat daripada diri sendiri; menegakkan keluarga sebagai satu bahan asas dalam masyarakat; menghormati hak-hak individu
dan sokongan masyarakat persembahan; menyelesaikan isu-isu melalui consensus, bukan
konflik; dan keharhomian kaum dan agama. Pelajar diberi ruang untuk memahami teori-teori
tersebut melalui latihan kertas, aktiviti, kerja kumpulan, video dan slaid.
Bagi definasi adab dikaca mata menteri pendidikan adalah individu harus mempunyai nilai
moral yang tinggi terhadap masyarakat terdahulu daripada mementingkan diri sendiri. Ia kerana tujuannya hanya untuk mengekalkan keharmonian terhadap berbilang kaum demi menjaga kepentingan negara. Walau bagaimanapun, kurikulum sekular boleh mengadaptasikan
teori Professor Syed Naquib Al-Attas iaitu individu yang baik secara semula jadi adalah
hamba yang baik kepada Tuhannya dan Pencipta dan memikul tanggungjawab sebagai pelbagai peranan seperti bapa, anak, suami, jiran dan sebagainya sekali dengan baik. Ia akan membawa kepada seorang warganegara yang baik terhadap keluarga dengan secara tidak sengaja.

© SMPI 2016


Akan tetapi kurikulum sekular akan sentiasa berubah mengikut masa. Pada tahun 2014, mata
pelajaran Sivik dan Moral telah ditukarkan kepada Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan. Matlamat utama adalah supaya “murid-murid belajar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, dan memahami peranan mereka dalam membentuk
masa depan negara.” Selain itu juga, tujuannya “untuk memupuk nilai dan meningkatkan
kemahiran murid-murid untuk menjadi insan yang baik dan rakyat yang berguna.” (MOE,
2012)
Pendidikan yang berorientasikan globalisasi adalah suatu keniscayaan. Nilai-nilai agama
hendaklah berfungsi sebagai penapis dalam proses terpilih dalam bentuk berbagai informasi
dan ilmu pengetahuan yang berasal dari barat. (Darma) Singapura adalah negara sekularisme
di mana tidak ada nilai agama yang diterapkan di dalam pendidikan sekolah national. Sekiranya seseorang itu ada asas-asas nilai agama, di sini penapisan informasi yang mereka dapati
dari pendidikan nasional boleh diterapkan.
Asas pembentukan sesuatu masyarakat yang maju perlu bergantung pada nisbah anggota
masyarakat (modal insan) yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti boleh disamaratakan
dengan seseorang yang mempunyai tujuan iman dalam pendidikan modern di mana tujuan
kemanfaatan dan persiapan hidup di dalam keadaan yang sekular boleh dipraktikkan. Dengan
adanya iman di dalam diri seseorang, mereka akan menilai setiap ilmu sekular dengan
matakaca iman dan menilainya serta jika boleh digunapakai dan ia tidak menyalahi Al Quran
dan Sunnah, ia boleh digunakan.
Selain dari CME, pembelajaran sekular juga menitikberatkan tentang prinsip dwibahasa yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran Bahasa ibunda yang wajib

dalam kurikulum sekolah di negara ini. Pembelajaran Bahasa melayu adalah salah satu cara
untuk meningkatkan kemahiran membaca, bertutur dan mendengar. Mereka diberi pelajaran
seperti di dalam bentuk pantun, sajak, syair dan novel untuk membantu pembentukan pemikiran mereka dan mengajar mereka untuk berfikir cara penyampaian sesuatu dengan cara yang
tersendiri. (MOE, 2008)

!10

Tujuan pengajaran bahasa dapat mendedahkan pelajar kepada pelbagai konteks seperti domain peribadi, masyarakat dan negara dan serantau. Sepertimana, di katakan oleh Ibn Khaldun bahawa manusia adalah makhluk yang bersifat sosial, di sini boleh diterapkan bahawa
dengan pembelajaran tentang sesuatu budaya atau bahasa, ia dapat mendedahkan diri mereka
kepada masyarakat. (MOE, 2008)
Penyerapan tentang nilai murni dan budaya di dalam pendidikan bahasa melayu untuk
melahirkan seorang insan yang berhemah tinggi. Imam Al Ghazali menyatakan bahawa
hakikat agama tidak akan bertentangan dengan hakikat ilmiah seperti akhlak yang baik. Pendidikan bahasa melayu juga menerapkan tentang nilai yang murni seperti bersikap amanah
atau jujur, baik hati, berdikari, berbudi bahasa, hormat menghormati antara satu sama lain,
keadilan, kesabaran dan sebagainya. (MOE, 2008)
Sekolah sekular akan selalunya mengadakan pembelajaran di luar darjah atau kelas di mana
mereka membentangkan papan besar di sesuatu kawasan. Mereka akan meletakkan informasi-informasi seperti menjauhi dadah, kepelbagaian budaya yang ada di Singapura, NKF,
minggu kitar semula dan sebagainya. Murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru di
luar kelas selain memupuk mereka menjadi insan yang perihatin terhadap yang seseorang
yang memerlukan bantuan.
Di dalam pendidikan sekolah sekular, pelajar juga diajar untuk menghormati guru mereka,
tidak kira mereka seorang muslim ataupun tidak. Adab terhadap guru mereka di sekolah
sekular termasuk menurut perintah dan melaksanakan arahan guru mereka serta meniggalkan
perkara-perkara yang melanggar displin sekolah. Setiap pelajar harus mematuhi segala aturan
displin yang diaturkan oleh sekolahnya. Pelajar harus mengucapkan salam atau selamat pagi
atau petang kepada setiap guru yang mereka lalui dengan ini, mereka diajar untuk menghormati setiap guru. Pertolongan harus diberikan kepada guru yang memerlukan sekirannya
pelajar tersebut nampak bahawa guru tersebut memerlukan pertolongan seperti menolong gurunya membawa buku-buku ke kelas.
Adab terhadap guru di sekolah sekular adalah mendengar nasihatnya, menurut perintahnya
dan melaksanakan tugasan yang diberikan gurunya, memberikan tumpuan sepenuhnya bila
guru mengajar, bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru,

© SMPI 2016

menghadiri kelas mereka dengan niat untuk belajar dan menuntut ilmu serta ingin mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
Adab terhadap rakan sekelas yang bukan muslim, adalah menghormati mereka, bercakap
dengan sopan santun kepada mereka, jika mereka menginginkan bantuan, hulurkan bantuan
kepada mereka tanpa mengambil kira bangsa dan agama mereka. Berbuat baik terhadap
mereka dan menghindari dari berkata buruk terhadap mereka atau agama mereka. Sekiranya
mereka dalam kesulitan, bantu mereka dengan hati yang ikhlas.
Kesimpulan
Sejarah Pendidikan Islam menunjukkan bahawa sumbangan yang diberikan oleh Prof al-Attas dalam memartabatkan keilmuan kepada individu dan masyarakat adalah amat besar. Begitu ulama-ulama yang lain seperti Imam Al-Ghazali dan Ibn Khaldun.
Penetapan konsep yang tepat untuk digunakan dalam pendidikan Islam sebagaimana didefinisikan, dalam hal ini adalah Ta’dib, bukannya Tarbiyah atau Ta’lim. Teori-teori mereka dalam
pendidikan amat luas dan mantap. Ia digunakan sehingga sekarang walaupun sekecil iaitu
tentang Adab. Tanpa adab manusia akan menjadi orang yang tidak beradab.

Tujuan yang ingin dicapai dalam pendidikan yang dimaksudkan Prof al-Attas adalah insan
kamil atau manusia universal. Hal ini merujuk pada peribadi Nabi Muhammad saw, yang
merupakan perwujudan manusia sempurna, sedangkan pendidikan diarahkan pada terwujudnya potensi dan bawaan manusia sehingga boleh sedekat mungkin menyerupai Nabi saw.
Pendidikan Singapura yang dapat kita tinjau akan setiap perkara dan tahun dikemaskini supaya setiap selalu terkini dan terhebat di seluruh dunia. Cabaran-cabaran yang ditempuh untuk membuat sesuatu institusi pendidikan itu kukuh. Dari itu, hendaklah kita tahu akan kepentingan Sejarah Pendidikan itu sendiri supaya dapat kita amalkan lebih baik.

!12

References

Brow, A. (2014). Retrieved February 2016, from http://www.rangkumanmakalah.com/pemikiranibnu-khaldun-tentang-pendidikan/
Darma, A. M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/9858207/MANUSIA_DALAM_PERSPEKTIF_AL-GHAZALI_Implikasi_dan_Relevansinya_Terhadap_Sistem_Pendidikan_Islam_Oleh_Asmuri
Holili Hasib, M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/6512250/Konsep_al-Attas_tentang_Adab
Juwariyah. (2008). Retrieved February 2016, from http://digilib.uin-suka.ac.id/8591/1/JUWARIYAH
%20IBNU%20KHALDUN%20DAN%20PEMIKIRANNYA%20TENTANG%20FILSAFAT%20PENDIDIKAN.pdf
MOE. (2008). Retrieved February 2016, from https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/syllabuses/mother-tongue-languages/files/malay-primary-2008.pdf
MOE. (2012). Retrieved February 2016, from https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/syllabuses/character-citizenship-education/files/2014-character-citizenship-education-ml.pdf
Musa, H. H. (2001). Retrieved February 2016, from http://studentsrepo.um.edu.my/1319/5/
BAB_2.pdf
Nasokah. (n.d.). Retrieved February 2016, from http://abcd.unsiq.ac.id/source/LP3MPB/Jurnal/
Manarul%20Quran/13.%20Konsep%20Pemikiran%20Al%20Ghazali%20-%20Nasokah.pdf
NLB. (2004). Retrieved February 2016, from http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/7a63e9a1c949-41d0-9b6f-d3853d832bb1
Priyoyudanto, F. (2013). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/11495985/
Model_of_Islamization_of_Knowledge_Syed_Muhammad_Naquib_Al-Attas_Ismael_Raji_AlFaruqi_And_Fazlur_Rahman
Sheikh, S. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/5705279/Tokoh_Akhlak
Syafutra, M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/11796240/konsep_pendidikan_islam_menurut_ibnu_khaldun
Ulfa, M. (2010). Retrieved February 2016, from http://eprints.ums.ac.id/8860/1/G000060030.pdf
Uye. (2001, March). Retrieved February 2016, from http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/
imam%20alghazali.pdf
Walisongo. (n.d.). Retrieved February 2016, from http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/
disk1/31/jtptiain-gdl-s1-2004-bambangset-1524-bab3_319-6.pdf
Yanis, A. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/9725819/KONSEP_TADIB_DALAM_PENDIDIKAN_ISLAM_Studi_atas_Pemikiran_Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas

© SMPI 2016

Buku: Wahai Anak Kesayanganku dan Asas – Asas Aqidah dalam Islam Oleh Al-Hujjatul Islam
Al-Imam Mohamad Bin Mohamad Bin Mohamad Al-Ghazali Diterjemahkan oleh; Syaaban Isaahak
Piperdy

!14