Dari Masyarakat Majmuk Ke Masyarakat Ber

1

Dari Masyarakat Majmuk Ke
Masyarakat Berbilang Kaum Dalam
Sastera Melayu Tentang Hubungan
kaum
Ding Choo Ming
Pada mula-mulanya ‘Tanah Melayu’ adalah tanah air
orang Melayu. Disebabkan kedudukan geografinya yang
terletak melintangi pelayaran laut dari China ke India dan
sebaliknya, ia telah menarik bernaneka ragam orang yang
terdiri daripada pelancung, peniaga, mubaligh dan lain-lain dari
China, India, Arab, Eropah dan sebagainya sejak dahulu. Ramai
daripada orang yang datang itu telah membuat keputusan
untuk menetap, sementara yang lain hanya bersinggah buat
sementara waktu. Yang menarik ialah Tanah Melayu yang
dikenali kemudian sebagai British Malaya, Malaya dan kini
Malaysia, sudah mempunyai pelbagai kumpulan etnik,
kebudayaan, kepercayaan, agama, bahasa dan lain-lain.
Demografi di Tanah Melayu telah berubah dengan
drastiknya pada pinggir abad ke-19 setelah orang dari Cina dan

India datang semacam gelombang, satu alun lepas satu alun
yang lain. Mereka itu ada yang datang kerana dibawa masuk
oleh penjajah British sebagai buruh sementara di sektor
perlombongan dan perladangan, manakala yang lain telah
datang ke sini setelah melarikan diri daripada kebuluran,
penindasan, kezaliman, pergolakan dan peperangan di negara
asal mereka. Kesemua mereka yang sampai di sini ingin
mencari peluang ekonomi yang lebih baik agar dapat hidup
dengan lebih baik daripada di negara asal.
Sebahagian kisah mereka seperti Maniam dan Kim Lock,
datuk Cing Huat sudah diceritakan dalam novel Interlok (1971)
karya Abdullah Hussain. Dengan berbuat demikian, mereka
telah mengubah British Malaya menjadi masyarakat majmuk
dengan pelbagai masalah sosial, ekonomi, politik, malahan
perkauman baru yang kerajaan penjajah British cuba selesaikan
dengan melaksanakan dasar yang dikenali sebagai Pecah dan

2

Perintah. Tindakan politik itu telah mewujudkan jurang

perbezaan sosio-ekonomi antara orang Melayu dengan orang
bukan Melayu yang memang sudah ada, tetapi bukanlah dalam
jumlah yang besar seperti yang berlaku mulai abad ke 19.
Bila dikaji manuskrip Melayu, satu-satunya sumber
dokumen bertulis yang diwarisi sehingga masa kini, kita dapati
raja dan orang Melayu tidak ada masalah imigresen orang
asing yang datang sejak kesultanan Melaka, misalnya. Ini boleh
diertikan sebagai raja dan orang Melayu pada masa lalu sudah
biasa sama ada dengan pergerakan orang Melayu dari satu
tempat (pulau) ke satu tempat (pulau) yang lain di kepulauan
Melayu yang luas terbentang itu, atau pergi baliknya orang
bukan Melayu, termasuk pedagang dari China dan India, kerana
urusan perdagangan. Lama kelamaan sudah berlaku
perkahwinan campur antara orang Melayu dengan orang bukan
Melayu. Perkembangan sosial itu boleh juga diertikan sebagai
raja dan orang Melayu masa dahulu sudah menerima dan
menampung orang asing, termasuk orang Cina dan India,
dengan minda dan tangan mereka yang terbuka. Kalau
demikian, tidaklah salah untuk dikatakan bahawa orang Cina
dan India sudah tidak asing lagi kepada raja dan orang Melayu

sejak dahulu lagi. Kesemua itu juga bermakna bahawa orang
Melayu dan orang bukan Melayu telah hidup bersama-sama
dalam keadaan yang aman dan damai sebelum datangnya
penjajah Eropah, termasuk Inggeris selepas kurun ke 16.
Kesemua faktor ini telah memberi impak yang besar kepada
pengkayaan landskap etnik dan kebudayaan di negara ini
seperti yang dirakamkan dalam manuskrip Melayu, termasuk
Hikayat Maha Merongwangsa, Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah, selain pantun dan peribahasa Melayu, dua lagi
sumber maklumat peribumi Melayu. Dengan kata lain, tidak
ada perasaan marah, benci dan syak wasangka antara orang
Melayu dengan orang Cina dan India pada masa itu.
Kita tahu orang Cina adalah dari China, seperti orang
India yang datang dari India, sementara itu ada sebahagian
mereka yang dikenali sebagai orang Melayu adalah dari banyak
daerah yang berlainan di Kepulauan Melayu yang terbentang
luas, bermula dari Filipina ke Madagascar. Ini bermakna ada
sebahagian mereka asalnya adalah orang Jawa, orang
Minangkabau, orang Bugis, orang Banjar, orang Aceh dan lainlain. Setelah menetap di negara ini, ramai daripada mereka
telah menerima cara hidup orang Melayu setempat. Tidak ada


3

masalah untuk mereka untuk berbuat demikian kerana mereka
sendiri adalah Muslim. Sementara mereka yang bukan Muslim
pada asalnya pula telah memeluk ugama Islam dan ‘masuk
Melayu’. Dengan cara inilah mereka tidak dianggap
'pendatang',
walaupun
tidak
memutuskan
hubungan
kebudayaan mereka dengan tempat asal ibu bapa atau datuk
nenek mereka di Indonesia dan tempat lain di Alam Melayu.
Selain itu, watak-watak seperti Yew Seng dalam Interlok
(1971) karya Abdullah Hussain dan Swee Lan dalam Biru Warna
(1966) gubahan Awang Had Salleh, yang lahir di negara ini juga
bukanlah 'pendatang' seperti ibu bapa dan datuk mereka yang
datang dari China, maka dipanggil satu masa dahulu sebagai
hua chiao. Sama ada orang ‘Melayu yang lain’ dari Indonesia,

atau orang Cina dari China atau orang India dari India, mereka
telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada
pembangunan negara ini. Oleh sebab-sebab itu, Malaysia kini
adalah negara yang berbilang kaum dan bukan lagi 'wadah'
untuk orang Melayu yang lain dari Indonesia atau orang Cina
dan orang India dari tempat lain bercampur dengan orang
Melayu setempat.
Sudah disebut tadi bahawa sebahagian daripada kisahkisah pendatang Cina dan India yang ‘ditampungi’ orang
Melayu sekitar seratus tahun dahulu itu telah diceritakan
dalam novel Interlok (2003: 184) karya Abdullah Hussain.
Ketibaan dan perjuangan Cing Huat dan pembangunan negara
ini lebih kurang seperti yang dipetik ini dari Interlok: Tidak tahu
bahasa Melayu pada mula-mulanya, dia belajar bahasa Melayu
pasar dengan cepat. Dengan itu, dia difahami dan diterima
orang Melayu di kampung yang dipanggil Simpang Empat
dengan menggunakan isyarat tangan dengan diiringi beberapa
perkataan Melayu lisan di sana sini. Lama kelamaan, sedkiit
demi sedikit, dia diterima menjadi sebahagian daripada orang
kampung yang bergantung pada ‘barter trade’ terutamanya
dengan tukar-menukar ayam dan itik telur dengan barangbarang keperluan mereka di kedai runcitnya, selain membeli

ikan pada sebelah petang.1
Walaupun dia belum tahu berbahasa Huan na dengan baik tetapi
dengan cepat dia belajar bahasa pasar dan dengan isyarat tangan dan
tegur sapanya yang ramah, maka dia telah dikenali oleh setiap
penduduk kampung itu dan lama-lama dia dianggap sebagai
sebahagian daripada hidup mereka sehari-hari. Mereka menolak telur
ayam dan telur itik kepadanya, mereka tukar dengan barang keperluan
yang dibawanya. Kadang-kadang waktu petang mereka datang
1

4

Dalam Interlok (2003: 157) Cing Huat yang mulamulanya mendarat di Singapura telah digambarkan sebagai
orang yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Dia berikan 1
ringgit kepada ayahnya untuk membayar hutang menyewa
tempat dia menumpang dan makan minum kepada bapa
saudaranya, Kok Leng, daripada pendapatannya sebanyak 2
ringgit sebulan. Selepas langsai semua hutangnya, ayahnya
bercadang untuk membawa emaknya ke Singapura. Tetapi
disebabkan tambang kapal sebanyak 50 ringgit itu terlalu

mahal, dalam erti kata mereka perlu bekerja setahun lagi
untuk dapat membayar hutang baru itu, maka akhirnya ibunya
tak jadi datang. Namun, Cing Huat terus bekerja kerana mahu
mempunyai kedainya sendiri seperti tauke Gim Thong satu hari
nanti, malahan berharap akan menjadi kaya seperti tauke itu.
Kejayaan itu pasti akan membuat kawan-kawannya merasa iri
hati terhadapnya selain sudah dapat makan dengan baik. 2
Saya dapati pergelutan yang dilalui Cing Huat dalam
hidupnya pada masa mula-mula datang ke Tanah Melayu itu
hampir-hampir sama dengan cerita yang ayah saya sampaikan
tentang
pengalaman pahit datuk saya dalam mengatasi
kesusahan hidupnya bila dia mula-mula datang ke Tanah
Melayu. Selepas mendarat di pengkalan di muara Sungai
Sitiawan, dia bersama-sama saudara maranya terpaksa
berjalan kaki meredahi hutan yang tebal yang penuh dengan
ranjau di sepanjang ‘denai’ untuk sampai ke tempat yang
sudah didirikan beberapa buah bangsal yang berdindingan
papan dan berbumbungkan rumput. Itulah rumah mereka:
tempat perlindungan mereka. Lama kelamaan, mereka

membuka hutan di sekitar tempat itu untuk menanam pokok
membeli ikan di kedainya.
Abdullah Hussain 2003: 168 Cing Huat pun sudah boleh sedikit-sedikit
bercakap dengan Huan na, dia sudah tahu orang-orang itu orang
Melayu, tetapi dia lebih senang memanggil mereka Huan na atau Malai
kuai sahaja, seperti yang biasa dipanggil oleh bangsanya. …. (Ibid 172)
Harimau itu harimau baik," sampuk pula Cing Huat… Huan na bilang itu
harimau jadi-jadian, dulu mula-mula kami sampai di sini dia belum
kenal pada kami, sebab itu dia makan satu orang." … Kalian tak pernah
sembahyang barangkali!" ujar orang yang tinggi kurus, yang mereka lihat
ada membawa kecapi tadi. … Kami sembahyang, jawab kawan Kim
Lock….Tu di depan itu kami buat tempat Na Tokong. Sepasang dewa dan
dewi bumi kami letak di sana. Tetapi dulu harimau itu belum kenal kami."
2

5

getah bagi mendapatkan wang tunai, selain menanam sayur
mayur, menernak ayam, babi, menanam pokok buah-buahan
dan lain-lain untuk menyara hidup mereka atas kaki mereka

sendiri. Beberapa tahun kemudian, muncullah sebuah kampung
kecil dengan beberapa buah kedai runcit, sebuah sekolah
‘pondok’ dengan kemudahan awam asas yang lain seperti di
Simpang Empat dalam novel Interlok (2003: 207) karya
Abdullah Hussain3.
Walaupun kampung itu diduduki orang Cina yang
semuanya mempunyai pertalian darah dan persaudaraan,
orang Cina ketika itu memanggil orang Melayu hua na, seperti
Cing Huat dan Kok Leng lakukan. Perkara itu juga ditunjukkan
dalam Interlok (2003: 218).4
Dalam pandangan Cing Huat dalam Interlok, orang Melayu
malas. Oleh sebab itu, dia tidak mahu anaknya, Yew Seng,
bergaul dan menjadi terlalu rapat dengan Lazim untuk
mengelaknya daripada terpengaruh. Sebaliknya, orang Melayu
menganggap orang Cina pada umumnya adalah tekun. Ini
bukan tidak ada sebabnya. Pertama, orang Cina hanya sehelai
sepinggang ketika baru sampai di Tanah Melayu. Untuk hidup,
mereka perlu tekun dan tidak boleh memilih kerja, lebih-lebih
lagi pantang berhenti mencari kerja seperti Cing Huat. Kalau
berhenti kerja atau tidak ada kerja, mereka mesti berlapar

seperti yang dialami Maniam sebelum dia datang ke Tanah
Melayu. Kedua, sebagai buruh kasar, orang Cina hanya layak
menduduki tangga sosial yang paling rendah dalam sistem
pentadbiran kerajaan penjajah British. Oleh sebab-sebab itu,
mereka perlu lasak bekerja di bawah segala macam keadaan
asalkan dapat makan. Pendek kata, keadaan orang Cina masa
itu lain sekali berbanding dengan orang Melayu, yang lahir di
Tanah Melayu, tanah air orang Melayu, yang murah rezekinya.
Pendekkan cerita yang pajang, dalam Interlok, Cing Huat rajin,
Pekan Simpang Empat sudah semakin besar. …Penduduk-penduduk
Cina yang ada kira-kira 15 keluarga itu berasa sudah sampai masanya
3

mereka mendirikan sebuah sekolah untuk mengajar anak-anak
Itulah lu, suka manjakan anak-anak.… Gua tak suka mereka ikut macam
Huan na itu. Lu tengok apa ada pada mereka. Kalau kita tak datang ke
sini, gua tak tahu bagaimana mereka boleh hidup." Sambil berkatakata itu Tauke Cing Huat teringat pada anaknya Poh Kheng, dia sudah
mahu menyatakan syak wasangkanya itu, kalau sekiranya anakanaknya tidak ada.
4


6

orangnya tinggi dan besar, maka tidaklah hairan bahawa orang
Melayu dan Cina di Simpang Empat memanggilnya Cina
Panjang. Dia bekerja keras dan cekal seperti ayanya dan juga
datuknya. (Abdullah Hussain 2003: 192)
Pada umumnya, perkara pertama yang terlintas dalam
kepala orang Cina yang baru sahaja tiba di Tanah Melayu masa
dahulu ialah keselamatan diri yang terikat kuat kepada kuasa
wang. Oleh sebab kedua-dua perkara itu saling bergantungan,
maka kedua-duanya sangatlah penting untuk kelangsungan
hidup mereka. Sebab-sebab sehubungan itu telah juga diberi
Kim Lock dalam Interlok (2003: 186) sehinggakan telah
membuat orang Cina ketika itu begitu perhatin terhadap wang
dan mahu berdikari. Oleh sebab-sebab itu, setelah bosan
menunggu tanpa berbuat apa-apa, Kim Lock mula menyedari
hanya wang boleh menolongnya di Nanyang, dan bukannya
perasaan dan fikiran lain yang dipunyai nenek moyangnya. 5
Sebahagian daripada sifat tipikal orang Cina masa itu
telah juga ditunjukkan dalam cerpen Ali Majod Kehendak
Zaman (1972) yang menceritakan Halim, pegawai muda
Melayu, yang lahir di Kuala Lumpur dan juga
graduan
universiti, yang telah diposkan untuk bekerja di kawasan luar
bandar. Di sana, dia bertemu dengan Mei Ling, yang bekerja
sebagai setiausaha di pejabatnya dan telah menjadi kawannya
yang baik. Dalam perbualan mereka, Mei Ling memberitahu
Halim bahawa keutamaan dalam hidupnya adalah mengumpul
sebanyak wang yang mungkin seperti orang Cina yang lain.
Baginya, cinta akan datang dengan sendirinya kemudian.
Perbezaan pandangan dan nilai serta gaya hidup antara orang
Melayu dan orang Cina itu telah juga diltunjukkan dalam
banyak karya sastera Melayu yang lain. Antaranya Seorang Ahli
Perkebunan Dengan Anak-anaknya (1927) karya Zabha, yang
menceritakan seorang petani yang mempunyai dua anak lelaki
dan tiga anak perempuan. Dia mencadangkan kepada isterinya
untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana untuk
anak lelaki mereka selepas mereka telah tamat pengajian dan
mendapat kerja. Tetapi, isterinya mahu kenduri perkahwinan
yang besar. Untuk mendapat 1,000 ringgit untuk kenduri itu,
mereka terpaksa menggadaikan sebidang tanah seluas 20 ekar
selama 5 tahun kepada seorang Cina. Dengan itu, mereka
Dia sudah bosan sekarang dengan menunggu, dia sudah mulai sedar
bahawa di Rantau Selatan ini, bukan semangat nenek moyang yang
dapat menolong, melainkan wang ringgit.
5

7

dapat memenuhi obsesi isterinya yang mahu pujian dari orang
kampung tanpa memikirkan akibatnya, iaitu hidup mereka di
masa depan mereka selepas kenduri itu.
Selain itu, ada banyak lagi cerpen yang lain yang
mengisahkan orang Melayu suka menghabiskan wang untuk
mengadakan
kenduri perkahwinan yang besar, kononnya
untuk menjaga tradisi orang Melayu di satu pihak, dan
meninggalkan nama baik di kalangan orang kampung di satu
pihak yang lain. Untuk mendapatkan wang yang diperlukan itu,
mereka bersedia untuk meminjam wang, atau menggadaikan
tanah dan lain-lain seperti yang ditunjukkan dalam cerpencerpen Ishak Dan Rokiah (1930) karya Mizan Johor, Cermin
Yang Kabus atau Korban Adat Yang Membahayakan (1930)
daripada Z. Ahmadin, Tauladan Dari Peladang (1937) dan Jimat
Dan Cermat (1938) gubahan Husain Abdul Hadi.
Watak-watak Melayu itu juga berbeza dengan Maniam
dalam novel Interlok (2003: 234-241), karya Abdullah Hussain,
yang menceritakan latar belakang yang membuat Maniam,
yang tidak memiliki tanah di kampungnya di India, telah
membuat keputusannya untuk datang ke Tanah Melayu,
selepas mendengar cerita bahawa sangatlah mudah untuk
mencari wang di Tanah Melayu, selain orang di Tanah Melayu
juga makan nasi dan kari. Kisah-kisah itu menarik perhatiannya
yang mendapati susah sekali untuk hidup lagi di kampungnya
di India. Dengan bilangan penduduk di kampungnya semakin
meningkat, semakin susahlah baginya mencari kerja, walaupun
sekadar kerja sambilan untuk sementara waktu. Selain itu,
upah yang dia dapat cuma dapat mengalas perutnya beberapa
bulan. Oleh sebab itu, bukanlah perkara baru dia terpaksa
berlapar jika tidak ada kerja. Walaupun mempunyai seekor
lembu jantan, tetapi haiwan itu sudah terlalu tua, maka uzur
untuk membajak. Selain itu, lembu itu perlu diberi makan.
Selepas datang ke Malaya, dia dapati tidak ada sistem kasta
seperti di kampungnya di India. Selain itu, Pitt Street di Pulau
Pinang masa itu penuh dengan orang India, selain kebanyakan
kedai di sepanjang jalan itu dimiliki orang India. Di situ juga
ada sebuah kuil India yang besar 6 .
Sampai di sini eluk
Abdullah Hussain (2003: 234) Maniam berangkat atas kemahuan sendiri.
Dia mendengar cerita tentang kemudahan mencari wang di Malaya
daripada seorang kampungnya waktu dia menyaksikan pawai gajah
yang dihiasi dalam perayaan Onam di pekan Tricur. …(ibid: 236) Mereka
makan nasi dan kari seperti kita juga, kata orang kampungnya itu. Mereka
pakai kain macam kita, pakai kopiah seperti orang-orang Muslim, mereka
6

8

diimbas kembali latar belakang penulisan novel Interlok. Karya
itu didapati telah menggunakan latar belakang sejarah, sosial,
ekonomi dan politik di Tanah Melayu di zaman penjajahan
Inggeris daripada sekitar awal abad ke 20 hingga hari
kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 195 7. Abdullah Hussain
menceritakan asal usul sejarah tiga kaum utama Tanah Melayu,
iaitu orang Melayu, Cina dan India. Kalau orang Melayu adalah
penduduk asal di negara ini, maka orang India dan Cina pula
adalah pekerja asing dari India dan China. Berdasarkan tempoh
masa itu, Abdullah Hussain telah juga menyatakan faktor
penolak yang mendorong penghijrahan orang Cina dan India ke
Tanah Melayu ke tahap bilangan orang Melayu dan orang bukan
Melayu hampir-hampir sama. Kita diberitahu bahawa Cing Huat
dan Maniam terpaksa meninggalkan negara asal mereka
kerana keadaan hidup yang susah. Cing Huat mengalami
kegagalan setelah tanamannya diserang belalang, manakala
Maniam mendapati susah untuk mencari kerja kerana sudah
terlalu ramainya orang di negaranya.
Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu dengan pasti bila
dan bagaimana orang Cina dan India yang pertama tiba di
Tanah Melayu. Yang kita tahu ialah kedatangan mereka diterima
dengan baik dan dilayan oleh raja dan orang Melayu masa
dahulu sama ada sebagai teman, rakan kongsi atau yang lain.
Berkat telah berusaha keras, selain mendapat pertolongan
daripada orang Melayu yang mesra, maka ramai orang Cina
dan India telah berjaya, lebih-lebih lagi
bilangan mereka
meningkat dari masa ke masa.
Sehubungan itu, kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu
telah dipandang daripada kaca mata Kim Lock bersama-sama
anaknya, Cing Huat, sementara orang India melalui kaca mata
Maniam dalam Interlok. Kim Lock dan Cing Huat mendarat di
Singapura seperti orang Cina yang lain dari China. Kisah itu
bermula selepas Cing Huat terpesona dengan cerita yang
menarik daripada bapa saudaranya, Kok Leng, bahawa amatlah
mudah untuk mencari wang di merata-rata tempat di Tanah
Melayu. Yang diperlukan hanyalah tenaga dan berusaha. Kok
Leng juga menceritakan bagaimana dia telah menolong bapa
saudaranya menjalankan perniagaan di kedai runcit sebelum
dia dapat membuka kedainya sendiri. Dia mendapat wang
beragama Islam… (ibid: 237-238) Keadaan penghidupan di desanya itu
arnat sukar.

9

daripada banyak sumber, termasuk mencari bijih timah,
sebelum dapat mengumpul wang yang cukup untuk dapat beli
sebuah lombong yang besar dan juga ladang getah yang luas. 7
Kisah selanjutnya tentang Cing Huat dan orang Cina yang
lain ialah mereka telah meneruskan perjalanan meredahi Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan akhirnya sampai di Simpang
Empat, Pulau Pinang. Semua orang yang mereka temui di
sepanjang perjalanan itu dianggap sebagai saudara yang
senasib. Dia teringat perjalanan itu telah membawa mereka ke
Muar pada suatu petang. Selepas itu, mereka sampai di Melaka
tanpa disedari kerana leka bersembang.8
Setelah bertekad untuk bekerja keras, dia telah membuat
bermacam-macam banyak kerja yang berlainan, termasuk
memunggah barang-barang di pelabuhan, menarik beca,
membantu di kedai, melombong bijih timah dan akhirnya
menjadi tauke. Namun, dia juga tidak terlepas daripada
mengalami kesusahan dan kekejaman di tangan askar Jepun
sepanjang tempoh pendudukan Jepun di Malaya yang didapati
telah menyemarakkan semangat nasionalisma Melayu untuk
berjuang demi kebebasan dan kemerdekaan negara daripada
penjajahan British. (Mohd Hanafi Ibrahim (2001: 272)
Pada mula-mulanya, Cing Huat dan Kim Lock sangat
miskin. Berkat bekerja kuat dan
berjimat cermat dalam
perbelanjaaan, lebih-lebih lagi pandai merebut peluang yang
ada, maka dia telah mengambil bahagian yang penting dalam
pembangunan Malaya yang sudah berkembang dengan pesat,
Abdullah Hussain 2003: 116 Cing Huat … mendengar semua cerita
tentang keseronokan di rantau orang. Pamannya Kok Leng
menceritakan kepada penduduk desa itu bagaimana mudah mencari
duit di rantau orang. Di mana-mana sahaja ada duit asal sahaja kita
rajin, asal sahaja tulang kita ringan. Dia menceritakan bagaimana
dahulunya dia bekerja membantu bapa saudaranya membuka kedai
kelontong. Kemudian dia sendiri menjaja kelontong ke kampungkampung. Apa sahaja yang dibawa olehnya menjadi duit belaka.
Waktu orang ramai-ramai mencari tanah bijih, dia pun ikut serta dan
sekarang dia punya lombong bijih yang besar, kebun getah yang luas.
7

Abdullah Hussain 2003: 164-166: Di sini, di negeri asing, mereka
semua bersaudara. Mereka semua senasib. Mereka bermusuh dalam
hati, tetapi di luar mereka tunjuk baik, muka manis. … Pada suatu
petang mereka memasuki Bandar Maharani dan para penumpang di dalam
tongkang itu sibuk mengatakan mereka sudah sampai di bandar
Melaka.
8

10

dan akhirnya telah dapat hidup dengan jauh lebih baik
berbanding dengan hua chiao yang lain yang datang terlebih
dahulu.
Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah negara ini adalah
tempat yang murah rezeki dengan banyak hasil mahsulnya dan
peluang pekerjaannya. Oleh sebab-sebab itu, asalkan bersedia
untuk bekerja keras dan tidak memilih kerja, orang itu pasti
boleh hidup dengan senang, malah boleh menjadi kaya. Selain
itu dan yang lebih penting lagi ialah tidak ada diskriminasi
perkauman pada mula-mulanya kerana orang Melayu dan
orang bukan Melayu tinggal di lokasi yang berasingan dan
membuat kerja yang berlainan. Namun, konflik, pergaduhan
dan permusuhan sesama kaum adalah perkara biasa. Ini boleh
dilihat pada hubungan yang tidak harmoni antara Maniam,
Supiah dan Perumal kerana pertentangan dan iri hati antara
saudara mara dan kaum keluarga di kalangan mereka.
Yang penting di sini ialah kesemua perkembangan itu
telah
memberi
sedikit
sebanyak
gambaran
tentang
pembentukan masyarakat majmuk di British Malaya masa itu.
Rujukan
Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971 & 2003
All Majod. Kehendak Zaman. Dewan Sastera, Jul 1972.
Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha
Penerbitan Menara, 1966.
Husain Abdul Hadi. Jimat Dan Cermat. Warta Ahad. Bil. 142,
16.1. Jan. 1938.
Mizan Johor. Ishak Dan Rokiah. Bulan Melayu, jil. 1.4, 28 Ogos
1930, Jil. 1.5, 24 Sept. 1930, Jil. 1.6, 23 Okt 1930.
Mohd Hanafi Ibrahim. The Historical Order of Malaysian
Socioculture in Interlok: 267-281. IN Malay Literature:
Interlok Special Issue. 24: 2 (2011).
Z. Ahmadin. Cermin Yang Kabus (Korban Adat Yang
Membahayakan). Semangat Islam, Jil. 1.8, 1 Jun 1930, Jil.
1.9,1 Jul, Jil. 1.10,1 Ogo, Jil. 1.11, 1 Sep,Jil. 2.131, 1 Nov, Jil.
2.14, 1 Dis, 1930Z.
Zabha. Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-anaknya. Masa,
I: Ji1. 4.1, Jun, Jil. 4.3, Ogo, Jil. 4.4, Sep, Jil. 4.5, Okt, Jil. 4.6,
Nov. 1927.

11