Buku panduan praktik klinis ppki

Pengurusan PPKI

Pengurusan pentadbiran dalam Pendidikan Khas
Home
Main
About Our School
Facility
Top News

1.

Pentadbiran Pendidikan Khas

1.1

Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :

Team Work
Admissions

Administration

Penasihat

:

Pengetua / Guru Besar

Pengerusi

:

Penolong Kanan / Guru Kanan
Pendidikan Khas

Article
Academics
Special Info
Activities
Candid photo

Main planning 2012

N. Pengerusi
1

Penolong Kanan / Guru Kanan
Pentadbiran

School Days
PPKI planning
Directions

N. Pengerusi
2

:

Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal
Murid


N. Pengerusi
3

:

Penolong Kanan / Guru Kanan
Kokurikulum

Penyelaras

:

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Pen.
Penyelaras

:

Guru pendidikan khas


Setiausaha

:

Guru pendidikan khas

Bendahari

:

Guru pendidikan khas

AJK-AJK

:

Guru pendidikan khas

Links

Contact Us
Charity

Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru
kokurikulum, guru disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas
mingguan.
1.2

Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan
menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.

1.3

Penasihat

:

Pengetua / Guru Besar


Pengerusi

:

Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum

Penyelaras

:

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Pen. Penyelaras

:

Guru pendidikan khas

Setiausaha


:

Guru pendidikan khas

Bendahari

:

Guru pendidikan khas

AJK-AJK

:

Guru-guru sukan

Jawatankuasa Program Inklusif

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan

menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.

Penasihat

:

Pengetua / Guru Besar

Pengerusi

:

Penolong Kanan

Penyelaras

:

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas


Pen. Penyelaras

:

Guru pendidikan khas

1.4

Setiausaha

:

Guru pendidikan khas

Bendahari

:

Guru pendidikan khas


AJK-AJK

:

Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat

:

Guru mata pelajaran yang terlibat

Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan
menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah.

1.3

Penasihat

:


Pengetua / Guru Besar

Pengerusi

:

Penolong Kanan

Penyelaras

:

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

Pen. Penyelaras

:

Guru pendidikan khas

Setiausaha

:

Guru pendidikan khas

Bendahari

:

Guru pendidikan khas

AJK-AJK

:

Guru-guru disiplin

Perjawatan Guru Pendidikan Khas

Jawatan guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh
digunakan sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini
memiliki surat perakuan doktor, memerlukan penjagaan rapi & hendaklah dibawah
guru yang diberikan kuasa serta tanggungjawab khas).
Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti

berikut:
1.4

Jumlah Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5

Bilangan Kelas Pendidikan Khas

Pada masa ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5
( Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan
Khas, KPM )
1.5 Mesyuarat
1.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat
dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk
memastikan pihak pentadbir dan semua guru pendidikan khas mengambil
bahagian yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelas pendidikan khas
dan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh
Penolong Kanan Kurikulum/Guru Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai
penasihat.
1.5.2

Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa

Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurangkurangnya dua kali dalam setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan
menjalinkan hubungan baik.
1.6 Perlantikan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan
khas oleh pihak pentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :









Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan
khas
Daya kepimpinan
Perwatakan
Komitmen atau kesungguhan
Kekananan (seniority)
Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Cadangan nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras
Pendidikan Khas hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan

Pelajaran Negeri Selangor supaya surat perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantik boleh dilucutkan jawatannya
di bawah syarat-syarat berikut:





tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan
tanggungjawabnya dengan baik,
tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti
yang dinyatakan di atas,
mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan
guru-guru pendidikan khas), pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga
pihak luar dan apabila disiasat serta didapati aduan itu berasas.

Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk
mengambilalih tempat tersebut.
1.7 Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan
dalaman sekolah dan tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.
Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria
seperti dalam pemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.
Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas.
1.8 Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan Khas
Pentadbir Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan
semua guru pendidikan khas di bawah seliaannya mendapat elaun mengajar
kanak-kanak khas.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :







Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan
Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau
Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau
Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau
Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.

Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar
di kelas Pendidikan Khas. (Semua salinan dokumen berkaitan hendaklah disahkan
oelh Pentadbir)
2.

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas

2.1

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

2.11

Pentadbiran Umum

1.

Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,

2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan
peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru
pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu
perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang
pengurusan kelas pendidikan khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan
Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Selangor kepada pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini :
6.1.

Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,

6.2.

Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,

6.3.

Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,

6.4.

Fail Mata Pelajaran,

6.5.

Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,

6.6.

Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,

6.7.

Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

6.8.

Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

6.9.

Fail Program Inklusif,

6.10.

Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

6.11.

Fail Stok (Alatan dan Perabot),

6.12.

Buku Stok

6.13.

Laporan Mingguan Guru Bertugas.

7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan
khas,
8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid
khas,
9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan
khas,
10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan
pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid
pendidikan khas),
13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan
nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan
menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Selangor pada
bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,
15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab
memastikan borang permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah
Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Selangor mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,
2.1.2 Pengurusan Hal Ehwal Guru
2.1.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.1.4 Pengurusan Data
2.1.5 Pengurusan Stok
2.1.6 Pengurusan Kewangan
1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada
awal setiap tahun,
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat
apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat
pekelilingan kewangan semasa),

3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa
dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,
5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas
yang disediakan oleh bendahari kelas.
2.1.7 Pengurusan Kelas
1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan
persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa
atau penjaga,
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan
pembelajaran,
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan
khas mencukupi,
2.1.8 Pengurusan Jadual Waktu
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk
menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
2.1.9 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di
kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu
(RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum
diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan
murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan
awam,
2.1.10 Pengurusan Diri
1. Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru
pendidikan khas,

2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua
guru pendidikan khas.
2.2

Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

1.
Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas sekiranya beliau tidak berada di sekolah,
2.3 Setiausaha Kelas Pendidikan Khas
1.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan
tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga,
2.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama
dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat,
3.
Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan
dalam fail-fail berkenaan,
4.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
5.

Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,

6.
Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas
pada akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Selangor.
2.4

Bendahari Kelas Pendidikan Khas

1.

Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,

2.
Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan
pengeluaran wang dari tabung kelas pendidikan khas,
3.
Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung
bulan,
4.
Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam
setiap mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas.
2.5 Guru Kelas Pendidikan Khas
Pengurusan Dokumen
1.

Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

2.

Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini

maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan
murid di dalam kelas pendidikan khas,
3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini,
4.

Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,

5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat
rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.

Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,

2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum
dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin
murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
3.

Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

4. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid
pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,
6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya
yang akan menduduki peperiksaan awam,
7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika
berlaku sebarang kesulitan,
8.

Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,

Pengurusan Data
1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas
pada setiap bulan adalah tepat.
Pengurusan Kewangan
1.

Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas

1.

Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

2.

Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan
mempamerkan carta tersebut,
4.

Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

5.

Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya
dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,
2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan
dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,
2.6 Guru Mata Pelajaran
1.

Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,

2.
Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku
Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
digunapakai,
3.

Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,

4.

Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,

5.

Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,

6.
Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap
ujian dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas,
7.

Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

8.
Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas,
9.
Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran
yang diajar,
10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan
membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas
supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.

2.7

Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

1.
Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti
sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,
2.
Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas
dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan
Kokurikulum sekolah),
3.
Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti
pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di
dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
4.
Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang,
5.
Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan
untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,
6.
Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah
dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu
salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.
2.8

Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas

1.

Mengendalikan kes-kes disiplin murid,

2.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan
perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan
menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas,
3.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir
sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan
khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan,
4.
Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke
dalam Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
2.9

Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas

1.

Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,

2.

Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,

3.

Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,

4.
Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat
sekolah, daerah dan negeri,

5.
2.10

Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.
Guru Stok Kelas Pendidikan Khas

1.
Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai
bukti pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat yang menguruskan
akaun kelas pendidikan khas,
2.
Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan
maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
barangan tersebut,
3.
Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli
atau diterima pada Kad Stok,
4.
Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima
seperti contoh di bawah:
5.
Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Perak, lengkapkan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap
barangan tersebut dan menyerahkannya kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
untuk dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas,
6.
Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan
hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),
7.

Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),

8.
Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan
dan akhir tahun,
9.
Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada
pejabat.
2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas
1.
Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan
Kelas Pendidikan Khas,
2.

Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,

3.

Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),

4.
Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas
dalam keadaan terurus sepanjang minggu bertugas,
5.
Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa
perhimpunan pagi.

3.

Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

3.1

Fail Am Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya
mewujudkan satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan
untuk menyimpan segala surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas
di sekolah.
Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk
memudahkan rujukan.
3.2

Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail
Jawatankuasa Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

o Minit mesyuarat,
o Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,
o Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan
Khas,

o Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas
Pendidikan Khas,

o Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
o Jadual Pencerapan,
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa
Pendidikan Khas ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan
khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru
pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada bila-bila masa.
3.3

Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat
Kelas Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

o







Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,
Borang Biodata Guru,
Borang Biodata Murid,
Statistik Murid Pendidikan Khas,
Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual
Waktu Peribadi Guru,




Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM
Lain-lain dokumen semasa yang
berkaitan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail
Maklumat Kelas Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan
khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru
pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada bila-bila masa.
3.4

Fail Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata
Pelajaran masing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

o








3.4

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran,
Maklumat semasa mengenai mata
pelajaran,
Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang digunapakai,
Jadual peperiksaan / penilaian,
Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,
Rumusan pencapaian setiap murid
selepas setiap peperiksaan / penilaian,
Lain-lain dokumen semasa yang
berkaitan.

Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas

Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program
Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap
bulan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskinikan Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.
3.5

Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan
Fail Peribadi Murid bagi setiap anak muridnya.
3.6

Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata

pelajaran yang diajarnya.

3.7

Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas
Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas. Kandungan Fail Kokurikulum adalah
berikut :









3.8

Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,
Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,
Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum
yang dijalankan pada setiap sesi,
Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan
dilaksanakan,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan
setiap kokurikulum kelas pendidikan khas,
Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah
dilaksanakan,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Fail Program Inklusif

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam
Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan
mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumendokumen seperti :










3.9

Jawatankuasa Program Inklusif,
Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program
Inklusif,
Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
Biodata murid yang diinklusifkan,
Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan
Program Inklusif,
Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
Rekod prestasi murid,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas

Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin
Kelas Pendidikan Khas. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan
khas yang serius dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk
membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :









3.10

Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti
menghadapi masalah tingkahlaku,
Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia
berlaku,
Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk
membantu murid tersebut,
Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung
dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke
atas anak mereka,
Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid
tersebut,
Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya
ditangani.
Fail Stok (Alatan dan Perabot)

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan
Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan
Perabot). Fail ini bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau
diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah :
 Daftar senarai item,
 Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu
tarikh penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima,
syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lainlain,
 Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu
invois pembelian, dokumen penghantaran oleh
syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
3.11 Buku Stok
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok
daripada pejabat sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan
mengemaskinikan semua alatan pejabat atau jenis-jenis alatan gunapakai yang
dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas pendidikan khas ke dalam Buku Stok.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyemak dan
mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok sebelum diserah kepada
pejabat sekolah pada hujung tahun.

3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu
menetapkan satu format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk
kegunaan di sekolah masing-masing. Laporan mingguan ini boleh direkodkan
dalam buku atau helaian borang laporan ini difailkan.
Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan
khas pada setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu
dicatat di dalam laporan harian adalah berikut :









guru yang tidak hadir pada hari berkenaan,
murid yang tidak hadir pada hari berkenaan,
murid-murid yang balik awal,
guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari
berkenaan,
murid yang ponteng selepas rehat,
lawatan atau kunjungan dari pihak luar,
lain-lain peristiwa.

4.

Pengurusan Data Pendidikan Khas

4.1

Laporan Status Program Pendidikan Khas

4.2

Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

5.

Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas

5.1

Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas

Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid
pendidikan khas pada 30 September tahun sebelumnya.
Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun
dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.
Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan
enrolmen murid pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.
Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pelajaran N.Selangor pada setiap tahun.
5.2

Buku Tunai PCG

Bagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap
program hendaklah mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan

bagi setiap program dapat diselia secara berasingan.
5.3

Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah

6.

Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas

Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar
yuran persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

7.

Pengurusan Kelas Pendidikan Khas

7.1

Peraturan Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan
kelas pendidikan khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa
atau penjaga untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan
tersebut.
7.2

Suasana Kelas Pendidikan Khas

Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang
berikut :










Jadual Waktu Kelas,
Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,
Carta Organisasi Kelas,
Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,
Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,
Carta-carta maklumat kelas,
Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,
Carta-carta lain yang berkaitan.

Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi
kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.

8.

Pengurusan Jadual Waktu

8.1

Jadual Waktu

Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.
Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan

makluman.
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah
- 7.30 pagi hingga 1.00
petang
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.
Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid
pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa
rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid
lain.
Agihan waktu yang dicadangkan :

Subjek

Sekolah
Menengah

Sekolah
Rendah

Bahasa Melayu

5 waktu

6 waktu

Bahasa Inggeris

5 waktu

5 waktu

Matematik

6 waktu

6 waktu

Pendidikan Seni

2 waktu

2 waktu

Agama / Moral

5 waktu

5 waktu

Pendidikan
Jasmani

4 waktu

4 waktu

Sosial Alam
Sekitar

6 waktu

4 waktu

Kemahiran
Hidup

11 waktu

8 waktu

Muzik

2 waktu

2 waktu

Perhimpunan

2 waktu

2 waktu

Jumlah

48 waktu

44 waktu

Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan
pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan.

9.

Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru

9.1

Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas

Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani
pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital
kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN
DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18
TAHUN).
Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan,
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah
dihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negri atau melalui
Pejabat Pelajaran Daerah.
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Selangor kemudiannya akan
memproses borang permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan
laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas yang sesuai.

9.2

Tempoh Percubaan

Murid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama
sebulan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan
juga suasana sekolah.
Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama
dengan semua guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas
murid berkenaan dengan melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit

Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri.
Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan
persekolahannya manakala murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan
dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga (3) bulan bergantung kepada
keadaan.
Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan
tempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu
tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke
sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab murid berkenaan
belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap sepanjang
tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan
baik.
Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar
Kemasukan Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa
mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.

10.

Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas

10.1

Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri

Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah
mengisi Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan
menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri atau
melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan
dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Bagi pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN
DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18
TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu disertakan kerana murid berkenaan telah
pun dinilai di sekolah lama dan telah lulus tempoh percubaannya.
Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan
lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.2

Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri

Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah
mengisi Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan
menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Selangor atau
melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan
dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan
lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.

10.3

Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas

Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah
pembelajaran dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya
dimasukkan ke kelas pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat
pengesahan dari pegawai perubatan.
Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN
DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18
TAHUN) yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Selangor atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas
permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke kelas pendidikan
khas akan dikeluarkan.
Murid yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk
menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas.
Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid
yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh
percubaannya sehingga tiga bulan atau ditangguhkan tempoh persekolahannya
selama satu tempoh tidak melebihi 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan
diri ke sekolah.
11.

Pengajaran dan Pembelajaran

11.1

Kurikulum

Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas
hendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI).
Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah
memperbanyakkan mata pelajaran berbentuk akademik.
Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah
memperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau
vokasional.
11.2

Kokurikulum

Waktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang
diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.
Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu
bekerja.
Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk
kelas pendidikan khas.
Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail

Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.
Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam
aktiviti kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.
11.2

Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas

Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh
pentadbir sekolah mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah
dan Jabatan Pelajaran Negeri pada bila-bila masa.
12.

Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran

12.1

Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas

Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk
Guru Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan
Buku Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.
Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah
sentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Butiran harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar
adalah seperti berikut :










12.2

Tarikh dan Masa
Kelas
Tajuk
Kemahiran
Isi Pelajaran
Objektif
Langkah Pengajaran / Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar
Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi
pengajaran dan pembelajaran )
Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang
merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu
kemahiran atau tajuk yang diajar.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan
murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran
seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan
Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

13.

Persekolahan Murid Pendidikan Khas

Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid
pendidikan khas adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah
dan lima tahun di sekolah menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk
melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun menjadikan tempoh belajar mereka
selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh diambil sama ada di
peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu
satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk
Pekeliling KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.
13.1

Sekolah Rendah

Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun
hingga 12 tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika
murid masih belum menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran
belajarnya masih di tahap rendah.
Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program
percantuman pendidikan khas sekolah menengah.
13.2

Sekolah Menengah

Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13
tahun hingga 17 tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan
tempoh persekolahannya sama ada di rendah atau menengah).
Murid yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan
untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang permohonan yang telah
dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Selangor tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah
Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Rujuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.
14.

Peperiksaan Awam

Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan
UPSR dan PMR. Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa
kelonggaran syarat semasa menduduki Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi
Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk maklumat selanjutnya.

14.1

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar
hendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan
adalah sehingga 14 tahun sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri dan salinan kepada Pejabat
Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.
14.2

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Murid-murid pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar
hendaklah diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan
berkenaan adalah sehingga 19 tahun sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri dan salinan kepada Pejabat
Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.
Calon pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti
peperiksaan di bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan
diri dengan suasana peperiksaan.
Calon hanya boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon
yang telah mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran
perdana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah
diterima memasuki kelas pendidikan khas.

15.

Penilaian dan Rekod Prestasi Murid

Penilaian secara `formal’ dan ‘informal’ hendaklah dilaksanakan bagi menilai
pencapaian murid pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian
adalah tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing.
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun.
Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan
disahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau
penjaga untuk ditandatangani.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu
menetapkan satu format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk
kegunaan di sekolah masing-masing. Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk

dijadikan satu buku.
16.

Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru

Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa
mereka ke sekolah untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak
program integrasi pendidikan khas perlu dibuka untuk memberikan pendidikan
kepada anak-anak ini.
Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri akan memastikan segala kemudahan
tempat dan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi.
Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat
persiapan awal bagi menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.
Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.