FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN M

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN
MASYARAKAT DALAM MENGIMARAHKAN MASJID
Nor Rosmawati Binti Abdul Karim
Pensyarah Fakulti Pengurusan & Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
[email protected]
Siti Syafiqah Binti Salleh
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor
ABSTRAK

Kewibawaan institusi masjid mempunyai peranan yang sangat besar kepada masyarakat Islam. Hal ini kerana
institusi masjid merupakan symbol syiar Islam yang berperanan menyatupadukan umat Islam dalam pelbagai
aspek. Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai pelbagai
fungsi dan tempat rujukan umat islam bagi setiap permasalahan.Antara fungsinya sebagai pusat rujukan
penting yang melibatkan soal pengurusan dan pentadbiran negara, pusat perkembangan kewangan dan
ekonomi, penyebaran dan perluasan bidang keagamaan, menegakkan keadilan dalam perundangan, pemupukan
institusi social dan sebagainya. Kajian ini membincangkan faktor kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah, Terdapat tiga faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor

pengurusan fasiliti, kepelbagaian aktiviti dakwah dan pengurusan dana masjid. Data diperolehi melalui soal
selidik dan seramai 210 responden yang telah menjawab borang soal-selidik tersebut. Data dianalisis
menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 20 SPSS. Statistik yang
digunakan ialah analisis diskriptif dan kolerasi. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nila i Cronbatch’s
Alpha adalah 0.905. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mencenderungkan masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah adalah ketiga-tiga faktor tersebut yakni faktor pengurusan fasiliti
(min= 4.130), kepelbagaian aktiviti dakwah (min= 4.429) dan pengurusan dana masjid (min= 4.330). Kajian
juga menjelaskan
terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan fasiliti masjid (r= 0.579),
kepelbagaian aktiviti (r= 0.564) dan dana masjid (r= 0.689) dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahkan masjid. Pada akhir kajian turut membincangkan mengenai sebarang cadangan dan rumusan
berkaitan kajian ini bagi rujukan masa akan datang seterusnya meningkatkan lagi pengimarahan masjid.

Kata kunci : Masjid, Pengurusan Islam, Pengimarahan Masjid, Pengurusan Fasiliti, Aktiviti Dakwah

1.
1.1

PENGENALAN
Pendahuluan


Masjid merupakan pusat kegiatan kaum muslimin, bukan sahaja ianya sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai
tempat berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan, pusat pembangunan dan khidmat terhadap komuniti
sekitarnya. Fenomena kini, dapat dilihat pertumbuhan masjid yang banyak disebabkan oleh pesatnya
pembukaan kawasan taman perumahan yang baru. Sekiranya taman peumahan yang baru dihuni oleh majoriti
komuniti Islam, maka akan wujud satu masjid di kawasan tersebut. Sejauh mana makmur atau sepi keadaan
masjid itu bergantung pada pengurusan masjid tersebut dalam merangka program untuk mengimarahkannya.
Mewujudkan masjid dan memakmurkan masjid adalah bergantung kepada komuniti dan ahli jawatankuasa yang
bertanggungjawab dalam pengurusan masjid. Peranan masjid dapat diperluaskan dengan mengadakan programprogram keagamaan seperti kelas mengaji, kelas Bahasa Arab, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Dengan
cara ini, akan berlaku proses pengimarahan masjid dan dapat juga mengoptimumkan fasiliti yang terdapat di
masjid.

524

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

Umat Islam juga dinasihatkan untuk mengimarahkan masjid dan mengekalkan peranan dan fungsi masjid
melalui maksud firman Allah S.W.T:.
“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid -masjid Allah itu ialah yang beriman kepada Allah

dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
Maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk”(Al-Taubah, 9 :18)
Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Masjid bukan hanya sekadar tempat
umat Islam melakukan amal ibadat khusus tertentu seperti mendirikan solat,membaca al-Quran, berzikir dan
seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh (AlAzawe & Abed Al-Sater, 1998)
Jelaslah, masjid bukan hanya tempat menghubungkan umat dengan Penciptanya, tetapi juga sebagai pusat untuk
menjalinkan hubungan sosial dan merapatkan ukhuwah sesama Islam disamping menjadi tempat rujukan dan
perkongsian ilmu.
1.2

Latar Belakang Kajian : Pernyataan Masalah

Pembinaan masjid di setiap daerah atau di setiap kawasan perumahan adalah untuk melengkapkan keperluan
ibadat untuk umat Islam dalam menunaikan solat berjemaah secara asasnya. Seringkali terdengar perbualan
antara komuniti dan jemaah masjid dan surau akan isu kecenderungan masyarakat setempat dalam
mengimarahkan masjid. Ada kalanya program masjid yang dianjurkan kurang mendapat sambutan masyarakat
setempat. Kesedaran untuk mengimarahkan masjid adalah penting dan pengurusan masjid perlu mengetahui
apakah faktor yang dapat menarik minat masyarakat dalam menghadiri dan memakmurkan program-program
yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Berdasarkan rujukan dari Mohd Yusnaidi Md Sabri, 2008, masalah pengimarahan masjid dapat disimpulkan

kepada beberapa perkara, antaranya, fasiliti bangunan masjid yang tidak mesra jemaah, tajuk program dan
ceramah yang dianjurkan tidak menarik, pengurusan masjid yang lemah dan kewangan masjid yang terhad dan
menyebabkan program pengimarahan tidak dapat dijalankan.
Melihatkan permasalahan tersebut,satu temubual telah dilakukan di Masjid Al-Hasanah Seksyen 9, Bandar Baru
Bangi, dan melalui temubual tersebut, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa permasalahan dalam
pengimarahan masjid iaitu masalah utama yang dihadapi oleh pihak masjid ialah tiada laporan mesyuarat agung
tahunan yang direkodkan sehingga tahun 2009. Mesyuarat agung tahunan kali ke-1 telah direkodkan, bermula
dari pertengahan tahun 2010 sehingga mesyuarat agung kali ke-6 iaitu pada pertengahan tahun 2015. Namun
begitu, penyimpanan rekod mesyuarat agung tahunan kali ke-5 dan ke-6 sahaja yang masih ada dalam simpanan
masjid.
Ini adalah kerana berlaku kejadian kecurian komputer riba pada 4 Ogos 2014 dan kehilangan dokumen semasa
pemindahan dokumen pengurusan masjid ke stor ketika proses pembinaan penambahan bangunan masjid.
Dokumen yang penting berselerak, tidak disusun secara sistematik dan juga berlaku ketidakpastian keberadaan
dokumen kerana tiada proses perlabelan. Perkara ini mengakibatkan ketidakpastian maklumat yang lengkap
tentang perihal pengurusan masjid. (Tuan hj. Kamarudin bin Yusof, Setiausaha Masjid Al-Hasanah, temubual
pada 10 Januari 2016).
Berdasarkan permasalahan yang dibincangkan ini, pengkaji merasakan satu pengkajian perlu dijalankan bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid.
Maka, faktor-faktor seperti pengurusan fasiliti, kepelbagaian aktiviti dakwah dan pengurusan dana masjid telah
dipilih sama ada mempunyai hubungan yang signifikan atau tidak terhadap kecenderungan masyarakat dalam

mengimarahkan masjid.

525

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

1.3

Objektif Kajian
i.

ii.
iii.

1.4

Mengkaji hubungan di antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Mengkaji hubungan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam

mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Mengkaji hubungan di antara pengurusan dana masjid dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Kepentingan Kajian

Hasil kajian dapat memberi gambaran kepada pihak pengurusan Masjid Al-Hasanah dalam mengenalpasti faktor
yang mempengaruhi kecenderunagn masyarakat dalam mengimarahkan masjid supaya pihak pengurusan dapat
menyusun strategi yang berkesan dalam memeriahkan lagi proses pengimarahan masjid.
Untuk pihak masjid dan surau yang lain secara amnya, kajian ini dapat memberi gambaran kepada faktor yang
mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Selain membantu dalam menepis
persepsi negative masyarakat terhadap institusi masjid yang bukan hanya sebagai tempat beribadah semata-mata
dan mengurangkan jurang antara hubungan masyarakat dengan istitusi masjid. Memupuk kesukaan kepada
masyarakat supaya lebih gemar melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan menangani
masalah gejala sosial di komuniti setempat.

2.
2.1

SOROTAN LITERATUR
Definasi


Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), kecenderungan bermaksud keinginan yang kuat untuk
melakukan sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada individu dan persekitaran sekeliling. Pengertian
imarah pula ialah menggerakkan atau menghidupkan suasana masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan yang
berfaedah dan kebiasaannya berbentuk aktiviti keagamaan.
Merujuk (al-Kamus al-Muhit, 1987, 366), Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid
berasal dari perkataan Arab sajada, yasjudu, sujudan . Sujud dalam pengertiannya bererti patuh dan menghina
diri kepada Allah S.W.T. (petikan dari Roslan Mohamed, 2008).
2.2

Pengimarahan Masjid

Menurut Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad (2007) asas dalam keperluan pengimarahan masjid didasari oleh agama
iaitu konsep memakmurkan masjid, konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh manusia melakukan
amal kebajikan dan melarang manusia kearah kejahatan. Konsep-konsep keilmuan, kebajikan dan penghayatan
yang menyeru kepada kebaikan perlu diterapkan dalam konsep mengimarahkan dan memakmurkan masjid dan
menjadi satu tanggungjawab yang besar khususnya buat pentadbiran masjid. (petikan dari Zulkefli Aini, Nurul
Dalilah Yahaya, 2015).
Tanggungjawab umat Islam yang mengimarahkan dan memakmurkan masjid ini juga memberi manfaat dan
kebaikan serta mengangkat darjat seseorang melalui maksud hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, t.th.:

219/1);
“Hendakkah kamu aku tunjukkan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para
Sahabat menjawab, Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab: Sempurnakan wuduk walaupun ketika
masyaqqah, banyak pergi ke masjid, dan menunggu untuk menunaikan sembahyang selepas menunaikannya.
Itulah yang dinamakan al-Ribat iaitu menahan diri untuk melakukan ketaatan kepada Allah.”

526

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

Pendekatan pengimarahan masjid yang dicadangkan adalah kembali kepada fungsi dan peranan masjid pada
zaman Rasulullah S.A.W. dan konsep itu disesuaikan dengan mengetahui keperluan jemaah dan komuniti
masyarakat setempat. Masjid perlu dijadikan tempat yang menarik dengan menjaga kebersihan dan keindahan
masjid, menaik taraf ciri keselamatan dan pengurusan sumber dana secara efisien. (Zulkefli Aini, Nurul Dalilah
Yahaya, 2015).
2.3

Pengurusan Fasiliti


Menurut sejarah tamadun Islam, sesebuah masjid perlu dilengkapi dengan kemudahan lain seperti penginapan
(funduq ), tandas (hammam), hospital (mushtashfa ), kubur (maqribah ), halaman (maydan ) dan termasuklah
taman halaman dalam memastikan sesebuah masjid dapat diimarahkan sepenuhnya. Perkara ini dibuktikan
ketika Nabi Muhammad S.A.W. membenarkan aktiviti berupa sosial, politik dan keagamaan dilakukan di masjid
kerana fungsi masjid yang merupakan tempat di mana umat Islam berkumpul selain daripada rumah ibadat
semata-mata. (Muhammad Tajudin, 2010).
Pendapat dari Zuhairi Abd. Hamid (2004), pengurusan fasiliti boleh dihuraikan sebagai pengurusan harta dan
menyediakan perkhidmatan bagi menyokong operasi sesebuah organisasi. Pengurusan fasiliti juga didefinisikan
sebagai proses menyediakan sokongan yang sistematik kepada operasi utama perniagaan serta menyumbangkan
kepada pencapaian objektif dan strategi organisasi bagi memastikan bangunan, peralatan, perkhidmatan, sistem
dan tenaga kerja yang efektif. (Hamilton & Norizan Ahmad, 2011).
Faktor pengurusan fasiliti memainkan peranan yang besar dalam menjemput masyarakat mengimarahkan
masjid. Terdapat sesetengah masjid dibina diluar kepadatan penduduk dan mewujudkan kejurangan antara
institusi masjid dengan masyarakat. Lokasi pembinaan masjid yang strategik amat penting bagi menjadikan
masjid sebagai pusat ekonomi setempat dalam memenuhi keperluan harian masyarakat (Salawati, 2008).
Dengan lokasi masjid yang strategik membolehkan masjid dijadikan sebagai one stop centre bagi masyarakat
setempat dan secara tidak langsung mampu mengimarahkan masjid yang telah dibina.
2.4

Kepelbagaian Aktiviti Dakwah


Menurut Syariah Islam, melaksanakan aktiviti keagamaan di masjid-masjid dengan secara bermasyarakat adalah
lebih disukai oleh Allah daripada melaksanakan secara individu. Masjid bagaimanapun bukan sahaja berfungsi
sebagai tempat untuk melaksanakan upacara keagamaan tetapi juga sebagai tempat untuk menerima pendidikan
agama. (Mohamad Rasdi, 1998).
Kepelbagaian aktiviti dakwah yang berteraskan nilai positif dalam kalangan masyarakat seharusnya diambil
perhatian dalam usaha mengimarahkan masjid. Menurut kajian yang dijalankan Roslan Mohamed (2003),beliau
berpendapat masjid perlu menggerakkan dengan sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti terbuka yang bercirikan
pemupukan nilai positif sosial di kalangan anggota masyarakat Islam dan termasuk juga masyarakat bukan
Islam.
Hairunnizam et al. (2009), pula menyatakan bahawa antara factor yang menyumbang kepada kekuatan masjid
dalam pembentukan modal sosial ialah keaktifannya menganjurkan program kemasyarakatan seperti ceramah,
kuliah, kursus, gotong-royong dan aktiviti sosial yang lain. Menurut kajian daripada Asmak Ali (2008), beliau
mengatakan bahawa segala aktiviti seharusnya bermula dari masjid dan berperanan seolah-olah sebagai one stop
centre (pelbagai aktiviti), dengan ini masjid senang dikunjungi dan mempunyai nilai mesra kepada pengunjung.
Perkara ini disokong melalui hasil dapatan kajian penghayatan solat dan pengimarahan masjid di kalangan
pelajar UUM mendapati terdapat peningkatan yang positif melibatkan ceramah agama yang diadakan di masjid
secara konsisten dan kerap dan ini menarik minat responden dalam menghadirkan diri ke aktiviti masjid secara
puratanya sekurang-kurangnya sekali. (Shukri Ahmad, et al. 2014).


527

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

2.5

Pengurusan Dana

Menurut Hasan (2008), kebiasaannya, jumlah kutipan derma dan sedekah adalah paling banyak pada hari
Jumaat iaitu ketika solat Jumaat. Kutipan yang diterima daripada derma, sedekah dan wakaf ini akan disalurkan
semula kepada masyarakat dalam bentuk aktiviti kerohanian seperti kuliah keagamaan, sambutan hari kebesaran
Islam, pengurusan jenazah dan perkuburan Islam.
Namun begitu, dapatan kajian oleh Jaafar et al. (2001), menunjukkan kebanyakan masjid-masjid di Malaysia
menyimpan beku dana yang disumbangkan oleh masyarakat awam. Sumbangan kewangan tersebut tidak
disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan pulangan atau hasil yang menguntungkan kepada
masjid dan ahli kariah setempat.
Menurut kajian Yahya et al. (2009) pula, dapatan kajian beliau menunjukkan hamper 75 peratus daripada
responden bersetuju agar dana kewangan masjid ini dikembangkan kepada aktiviti-aktiviti yang dapat
meningkatkan pendapatan masjid dan memberi pulangan yang positif kepada masyarakat.
3.

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kajian secara kuantitatif yang melibatkan pengkaji mengumpul data secara sistematik
untuk mendapatkan data-data yang boleh dirujuk mengenai faktor yang mempengaruhi kecenderungan
masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Pengkaji menganalisis data dengan teliti bagi
mendapatkan statistik faktor pendorong utama yang mempengaruhi kecenderungan jemaah ke masjid. Kajian ini
dijalankan di sekitar Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Skop kajian tertumpu
kepada jemaah masjid yang merupakan masyarakat setempat atau masyarakat luar bagi menunaikan ibadat
mahupun mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak masjid.
3.2

Kerangka Teori Kajian
Rajah 3.1 : Kerangka Kajian

Pembolehubah Tidak Bersandar

Pembolehubah Bersandar

Pengurusan Fasiliti
Kepelbagaian Aktiviti
Dakwah

Kecenderungan
Masyarakat Dalam
Mengimarahkan Masjid

Pengurusan Dana
Masjid
3.3

Kajian Hipotesis

Terdapat tiga hipotesis kajian yang akan diuji oleh pengkaji di dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesis yang terlibat
adalah seperti berikut:
i. Hipotesis Pertama

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahan masjid.
H1 : Terdapat hubungan signifikan antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahan masjid.

528

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

ii. Hipotesis Kedua

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan
masyarakat dalam mengimarahan masjid.
H1 : Terdapat hubungan signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat
dalam mengimarahan masjid.
iii. Hipotesis Ketiga

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan dana masjid dengan kecenderungan masyarakat
dalam mengimarahan masjid.
H1 : Terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan dana dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahan masjid.
3.4

Pengumpulan Data

Borang soal selidik digunakan dalam pengumpulan data, kemudian data yang diperolehi akan dibandingkan
dengan nilai statistik. Dua sumber data yang diperolehi ialah data primer dan sekunder.
3.5

Ujian Kebolehpercayaan
Jadual 3.1 : Nilai Cronbach alpha
Pembolehubah
Bersandar :
Kecenderungan Masyarakat
Tidak Bersandar :
Pengurusan Fasiliti
Kepelbagaian Aktiviti Dakwah
Pengurusan Dana Masjid
JUMLAH

Nilai Cronbach
(kajian sebenar)

alpha

0.692
0.698
0.866
0.845
0.905

Berdasarkan Jadual 3.1 menunjukkan ujian kebolehpercayaan bagi setiap pembolehubah dan jumlah nilai
Cronbach alpha secara keseluruhan adalah 0.905 iaitu sangat tinggi.
4.
4.1

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis Demografi
Jadual 4.1 : Maklumat Demografi Responden
No
1.

2.

3.

Butiran
Kekerapan
Jantina
Lelaki
84
Perempuan
126
Jumlah
210
Penglibatan Diri Dalam Aktiviti Masjid
Ya
210
Tidak
0
Jumlah
210
Kekerapan Ke Masjid
1 hari seminggu
32
2-3 hari seminggu
85

Peratus
40.0
60.0
100.0
100.0
0
100.0
15.2
40.5

529

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

4.

5.

6.

7.

8.

4-5 hari seminggu
6.7 hari seminggu
Jumlah
Umur
15-24 Tahun
25-34 Tahun
35-44 Tahun
45-55 Tahun
55-64 Tahun
65 Tahun dan ke atas
Jumlah
Tahap Pendidikan
SPM dan ke bawah
Diploma
Ijazah
Master
Phd
Jumlah
Status
Bujang
Berkahwin
Ibu/Bapa Tunggal
Jumlah
Pekerjaan
Bekerja Sendiri
Swasta
Kakitangan Kerajaan
Pesara
Tidak Bekerja
Jumlah
Pendapatan Bulanan
Tiada
RM1,000 ke bawah
RM1,001 – RM2,000
RM2,001 – RM3,000
RM3,001 – RM4,000
RM4,001 – RM5,000
Tidak Menentu
Jumlah

47
46
210

22.4
21.9
100.0

11
13
36
28
105
17
210

5.2
6.2
17.1
13.3
50.0
8.1
100.0

60
42
54
46
8
210

28.6
20.0
25.7
21.9
3.8
100.0

23
159
28
210

11.0
75.7
13.3
100.0

35
18
23
94
40
210

16.7
8.6
11.0
44.8
19.0
100.0

32
12
22
30
27
68
19
210

15.2
5.7
10.5
14.3
12.9
32.4
9.0
100.0

Bagi analisis demografi responden, nilai kekerapan dan peratusan digunakan untuk mengkaji data ini. Rajah 4.1
di atas menunjukkan untuk item pertama, dari segi jantina, menunjukkan jemaah Masjid Al-Hasanah
kebanyakkannya terdiri daripada wanita. Untuk item kedua, dari segi penglibatan diri dalam aktiviti masjid,
100% responden melibatkan diri dalam aktiviti di masjid, item ketiga pula menunjukkan majoriti jemaah
mengunjungi masjid sebanyak 2-3 hari dalam seminggu sebanyak 40.5% dan 21.9% pula mengunjungi masjid
sebanyak 6-7 hari seminggu. Dari segi umur, 50% jemaah yang hadir ke masjid berusia di lingkungan umur 5564 tahun. Manakala item kelima untuk taburan dari segi tahap pendidikan, tertinggi adalah SPM dan ke bawah
sebanyak 28.6%, dan terendah adalah phd sebanyak 3.8%. Untuk item keenam, dari segi status, peratusan
tertinggi adalah sebanyak 75.7% iaitu berkahwin. Bagi item ketujuh, jenis pekerjaan yang mendapat peratusan
tertinggi sebanyak 44.8% ialah pesara dan terendah sebanyak 8.6% iaitu pekerja swasta. Item kelapan iaitu
pendapatan bulanan, peratusan tertinggi adalah sebanyak 32.4% yang berpendapatan di antara RM4,001 –
RM5,000.

530

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

4.2

Analisis Kolerasi
Jadual 4.2 : Analisis Kolerasi
Faktor – faktor kecenderungan masyarakat
dalam mengimarahkan masjid
Pengurusan Fasiliti
Kepelbagaian Aktiviti Dakwah
Pengurusan Dana

4.3

Nilai
Kolerasi
.579**
.564**
.689**

Nilai Signifikan
.000
.000
.000

Ringkasan Keputusan Hipotensi
Jadual 4.2 : Ringkasan Keputusan Hipotensi
Hipotesis
Ho
1.

2.

Ho

3.

Ho

Butiran
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan fasiliti
dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid AlHasanah.
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepelbagaian
aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan dana
masjid dengan kecenderungan masyarakat

Keputusan
Ditolak

Ditolak

Ditolak

Objektif #1

Hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif pertama iaitu pembolehubah tidak bersandar (pengurusan fasiliti),
dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai kolerasi dalam kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu 0.579.
Manakala nilai signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif di
antara pengurusan fasilitu dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Hipotesis untuk kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan fasiliti dengan
kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
semakin baik pengurusan fasiliti semakin cenderung masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Objektif #2

Hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif kedua iaitu pembolehubah tidak bersandar (kepelbagaian aktiviti
dakwah), dapatan kajian menunjukkan nilai kolerasi pada tahap sederhana iaitu 0.564. Manakala nilai signifikan
berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif yang sederhana di antara
kepelbagaian aktiviti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Hipotesis untuk kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan di antara kepelbagaian aktiviti
dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa semakin banyak kepelbagaian aktiviti dakwah semakin cenderung masyarakat dalam
mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Objektif #3

Akhir sekali, hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif ketiga iaitu pembolehubah tidak bersandar (pengurusan
dana), dapatan kajian menunjukkan nilai kolerasi juga berada pada tahap sederhana iaitu 0.689. Manakala nilai
signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara
pengurusan dana dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Hipotesis untuk kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan dana masjid
dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Dapatan kajian ini menunjukkan

531

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

bahawa semakin baik pengurusan dana masjid semakin cenderung masyarakat dalam mengimarahkan Masjid
Al-Hasanah.
5.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengkaji mendapati ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu pengurusan fasiliti, kepelbagaian aktiviti
dakwah dan pengurusan dana masjid sememangnya mempengaruhi mempengaruhi kecenderungan masyarakat
dalam mengimarahkan masjid. Dari segi pengurusan fasiliti, ini dapat disokong dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Yahya et al. (2014), dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa masyarakat amat berpuas hati
dengan segala kemudahan yang disediakan di masjid sama ada untuk tujuan ibadah atau umum. Perkara ini
membuktikan pengurusan kemudahan fasiliti masjid membantu dalam mengimarahkan masjid.
Untuk kepelbagaian aktiviti dakwah pula, hal ini dapat disokong oleh Hairunnizam et al. (2009), beliau
mengatakan bahawa antara faktor yang menyumbang kepada kekuatan masjid dalam pembentukan modal sosial
ialah keaktifannya menganjurkan program kemasyarakatan seperti ceramah, kuliah, kursus, gotong-royong dan
aktiviti sosial lain. Ini menunjukkan kepelbagaian aktiviti dakwah di masjid membantu kecenderungan
masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.
Dari segi pengurusan dana masjid pula, dapat dikaitkan melalui kajian Yahya et al. (2009), dapatan kajian
menunjukkan hampir 75 peratus daripada responden bersetuju agar dana kewangan masjid ini dikembangkan
kepada aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan masjid dan memberi pulangan yang positif kepada
masyarakat. Selain itu, masyarakat juga berpuas hati dengan pengurusan kewangan dari segi pembelian
keperluan ibadah dan penyelenggaraan masjid.
Kesimpulannya, tanggungjawab dalam mengimarahkan masjid terletak kepada semua umat Islam dan pihak
pentadbir masjid hanyalah agen untuk menyambungkan hubungan di antara jemaah dan masjid. Untuk
mengimarahkan masjid, pihak pentadbiran masjid seharusnya peka akan keperluan jemaah dan komuniti
sekitarnya supaya matlamat untuk memakmurkan dan mengimarahkan masjid dapat dicapai. Masyarakat akan
tertarik bila pengurusan fasiliti dari segi kebersihan masjid dijaga dan dipelihara dengan baik, mempunyai
kepelbagaian aktiviti dakwah yang melibatkan semua peringkat umur dan memenuhi kehendak semasa
masyarakat dengan mempunyai pasukan pengurusan dana masjid yang berpengalaman dan berpengetahuan,
adalah kunci kejayaan dalam mengimarahkan masjid. Makmurnya masjid bukan hanya terletak pada Imam atau
bilal, tetapi apabila terdapat penglibatan masyarakat dan bila perpaduan di bentuk melalui komuniti Islam dan
bukan Islam.
RUJUKAN
Abdul Rahman , Azhar and Abdul Latif, Mohd Syahiran and Wan Yon, Wan Ariffin 2009, Aktiviti pemakmuran
masjid di Samarahan : kajian terhadap kemampuan pendakwah .
Abdullah Mat dan Muhyidin Aziz. 2003. Konsep dan Falsafah Masjid, Norrodzoh
Siren dan Yusmini Md Yusof. dalam (penyt.) Membangun Institusi Masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia and
Publication.

Al-Quranul Karim
Asmak Ali dan Zulekha Yusoff. 2004. Masjid dan Peranannya dalam Membendung Gejala Sosial. Dalam
Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325336), Sintok Abdullah dan : Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.
Asmak Ali Cik Hashim Mat Said. 2008. Fungsi dan peranan masjid dalam masyarakat hadhari : Peranan
Masjid Dalam Masyarakat Hadhari :UTM xix
Bahagian Pengurusan Masjid Jais. http://e-masjid.jais.gov.my/index.php/. [20 Januari 2016].

532

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016
Dr. Yusuf al-Qardawi. 1978. Thaqafah al-Da’iyah. Beirut. Hlm 5.
Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Syed Ismail Syed Mohamad dan Amal Hayati Ishak. 2007.
Potensi Pengembangan Industri Kecil Sederhana (IKS) Melalui Dana Masjid. Prosiding Persidangan
Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana 2007 .
Fidlizan Muhammad dan Mohd Yahya Mohd Hussin. 2009. Peranan Masjid Sebagai Institusi Sosio Ekonomi
bagi Membantu Masyarakat Menghadapi Krisis Ekonomi. Majalah Cahaya , Jan-Feb 2009 : JAKIM
Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. 2009. Masjid dan Pembentukan
Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al (penyt.), Prosiding Bengkel
Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, 1 –9.xx
Hamiltion, B. dan Norizan Ahmad. 2001. Facilities Management Development. Facilities Management Seminar.
Kuala Lumpur. 7 April 2001.
Hasan Bahrom. 2008. Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, Muhd .
Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan
Masjid. Johor: Penerbit UTM.
Hasni Othman dan Abdullah Abdul Ghani. 2004. Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Perak. Dalam
Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325336), Sintok: Pusat Islam, UUM.
Hjh. Noresah Baharom. 2007. Kamus Dewan dan Bahasa . Edisi Keempat. Cetakan kedua. Kuala Lumpur:Hal.
305.
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. 2010. Dana dan Harta Masjid di
Malaysia: Ke Arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in
Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Fakulti Ekonomi UKM dan UUM, h. 1-13.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educationaland
Psychology Measurement, 30, 608.
Lokman & Musa. 1996. Pengantar Sains Pengurusan Masjid . Melaka: Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej
Islam Melaka.
Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Zamri Ghazali. 2009. Institusi Masjid Sebagai Pemangkin Pembangunan
Ummah. Dalam Isu-isu Pengurusan Masjid. Kota Bharu : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam
Puri.
Mohd. Ismail bin Mustari dan Idris bin Ismail. 2004 . Peranan Masjid Dalam Membangunkan Ummah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004. 25-27 September. Kedah: Pusat Islam Universiti
Utara Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 71-230
Mustari, I., Jasmi, K. A., Bidin, M. A., Jasmi, K. A. 2008. Fungsi dan peranan masjid dalam masyarakat
hadhari. Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari : Penerbit UTM
Roslan Mohamed. 2003. Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum Masjid- Masjid Di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur . Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah &Pembangunan
Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya & Petaling Jaya:Intel Multimedia & Publication, h. 37.

533

Proceedings of International Conference on Islamic Education and Research 2016 (ICER2016), 5th – 6th Dec
2016

Roslan Mohamed. 2008. Pemerkasaan Masjid Melalui Pengurusan Profesional , Mohd. Ismail Mustari dan
Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor :
Penerbit UTM
Sahlina Sahkirin. 2006. Anugerah Masjid, Surau Cemerlang . Harian Metro, m.s. 7.
Salawati Haris. 2008. 6 Strategi Masjid Boleh Buat Duit. Millennia Muslim: YADIM.
Shaikh Ali Mohammad Mokhtar. 2003. Peranan Masjid Dalam Islam. Kuala Lumpur : YADIM.
Suhaila Abdullah, Mohd Nizam Sahad, Jasni Sulong & Mohd Farid Mohd Sharif. 2008. Peranan Masjid Negara
dalam Membangunkan Modal Insan Remaja Lestari. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat
Kebangsaan Siri ke-6, hlm 177-183.
Temubual penyelidik bersama Tuan Hj. Kamarudin bin Yusof, Setiausaha Masjid Al- Hasanah, pada 10 Januari
2016.xxiii
Temubual penyelidik bersama Tuan Muhammad Zaid bin Sabran, Setiausaha Kerja, Masjid Al-Hasanah pada 01
Feb 2016.
Uma Sekaran. 2006. Metodologi Penelitian Untuk Bisnis. Jakarta : Penerbit Salemba Empat
Yahya, M., Hussin, M., Muhammad, F., Razak, A. A., Ali, M., & Ahmad, R. 2014. Sains Humanika Persepsi
Masyarakat Terhadap Keupayaan Pengembangan Dana Masjid , 1, 13–21.
Yahya, Shukri, A., D., Wan Abd Rahman Khudri, W. A., Madiha, M. I., & Shahril Fazli, M. H. 2014.
Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid : Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia.
Proceeding Of The Social Sciences Research ICSSR 2014: 786 –797.

534