Masyarakat Sivil di Malaysia Isu dan

219

Masyarakat Sivil di Malaysia: Isu dan Strategi

Abstrak
Masyarakat sivil wujud hasil dari sistem bernegara yang demokratik iaitu adanya jaminan
untuk bebas bergerak, berkumpul dan menyuarakan aspirasi. Ini bertepatan dengan perspektif
pluralisme yang mengiktiraf kewujudan entiti selain dari kerajaan yang mempunyai pengaruh
dan keupayaan untuk membantu masyarakat mencapai kehidupan harmoni. Menyokong
kepada paradigma ini, masyarakat sivil di Malaysia wujud dalam pakej yang pelbagai dari
segi matlamat dan kepentingan. Gerakan sivil di Malaysia yang bertunjangkan identiti kaum
memperlihatkan sentimen primordial yang masih tebal walaupun masyarakat telah melalui
fasa perubahan yang sarat. Walaubagaimanapun, pengaruh globalisasi dan evolusi gerakan
sivil menyebabkan semakin banyak organisasi bukan kerajaan yang berjuang dan
menjalankan aktiviti merentasi identiti kaum. Isu yang lebih global dan universal seperti hak
asasi, keselamatan alam sekitar dan kesejahteraan insan telah menambah variasi lanskap
gerakan sivil di Malaysia. Selain itu mekanisme gerakan sivil dalam mengendalikan aktiviti
organisasi bagi mencapai matlamat yang diimpikan telah menggunakan pelbagai pendekatan
seperti melobi, petisyen, berdialog, bengkel kerjasama, dan memperkukuhkan jaringan
tempatan dan antarabangsa menjadikan wacana gerakan sivil semakin matang dan berkesan.
Katakunci: masyarakat sivil, primordial, komunal, globalisasi, mekanisme, etnisiti


The existence of civil society is encouraging in a democratic system because the guarantee to
freedom of movement, assembly, and speech. This is consistent with the perspective of
pluralism that recognizes the existence of entities other than governments that influence the
conduct of society and provide the ability to help communities live in harmony. In tandem
with this paradigm, the civil society in Malaysia exists in a variety of packages in terms of
goals and interests. Civil society movements in Malaysia are recognized by their racial
identity. The thick primordial sentiments are prominent in this communal society. However,
the influence of globalization lead to more universal approaches than racial approaches that
champion issues across-racial identity. Such issues are human rights, environmental safety
and welfare benefits for elderly and people with disability, health care provisions and many
more. In addition, the mechanisms apply by civil society movements share some similarities
such as lobbying, petitioning, participation in active dialogues, organizing joint workshops
between NGOs and governmental agencies that help strengthening local and international
networks to make the discourse invaluable and the implementation effective.

Keyword: civil society, primordial, communal, globalization, mechanism, ethnicity

220


Pengenalan

Zaini (2008), Lipset & Lakin (2004), Crick (2003), Gill (2000), dan Huntington
(1991) melihat perkembangan masyarakat sivil adalah elemen yang dinilai dalam mengukur
kesuburan demokrasi sesebuah negara. Tambahan pula masyarakat sivil merupakan entiti
selain dari kerajaan yang memainkan peranan penting dalam usaha mencapai keharmonian
hidup bernegara. Perspektif pluralisme yang melihat kuasa bersifat terpencar dalam
masyarakat sivil juga membolehkan setiap unit organisasi atau kumpulan dalam masyarakat
sivil mempunyai peluang yang setara untuk melobi dan mendekati kerajaan. Keadaan ini
menyebabkan negara dilihat sebagai entiti yang membuat dasar hasil daripada tindakbalas
dan interaksi pelbagai kumpulan yang menekan kerajaan (Roskin et al. 2006). Dalam kata
lain, political engagement dalam gelombang masyarakat sivil adalah suatu yang tidak dapat
dielakkan dalam sebuah negara demokratik.
Umumnya, masyarakat sivil merupakan agen perubahan yang tidak menjadikan
kepentingan politik sebagai objektif penubuhannya. Masyarakat sivil boleh berfungsi sebagai
pemerhati yang berusaha membawa perubahan yang baik untuk kesejahteraan masyarakat.
Kaldor (2003) membezakan aktor masyarakat sivil yang terbahagi kepada pergerakan sosial,
organisasi bukan kerajaan (NGOs), organisasi sosial, dan nasionalis atau kumpulan
fundamentalis berdasarkan beberapa ciri seperti misi, aktiviti, komposisi sosial dan bentuk
organisasi. Kesemua ciri ini adalah berbeza bagi setiap aktor masyarakat sivil walaupun

terdapat pertindanan yang merentasi keempat-empat aktor masyarakat sivil ini. Sebagai
contoh, misi bagi pergerakan sosial ialah empansipasi dan misi NGOs ialah bantuan
pembangunan dan kemanusiaan. Sementara organisasi sosial meletakkan misi melindungi

221

ahli berkepentingan, sebaliknya nasionalis atau kumpulan fundamentalis bergerak atas misi
untuk mendepani kesedaran nasionalisme dan keutuhan kepercayaan agama.

Aktiviti pergerakan sosial lebih cenderung kepada protes dan demonstrasi; organisasi
bukan kerajaan (NGOs) menggunakan pendekatan advokasi dan penyediaan perkhidmatan;
organisasi sosial melakukan aktiviti melobi; dan nasionalis atau kumpulan agama
memobilisasi aktiviti melalui media dan institusi sosial seperti surau, sekolah, dan madrasah.
Penyertaan ahli melalui komposisi sosial memperlihatkan bahawa pergerakan sosial terdiri
daripada aktivis, individu, mahasiswa dan kelompok persatuan sementara komposisi ahli
NGOs kebiasaannya terdiri daripada golongan professional. Organisasi sosial pula lebih
berjaya menarik minat ahli dari golongan pekerja, petani, pengusaha dan masyarakat
tempatan. Sementara komposisi ahli bagi pertubuhan nasionalis atau agama ialah golongan
petani, pengikut agama yang berada di bandar dan luar bandar.


Bentuk organisasi bagi pertubuhan pergerakan sosial selalunya bersifat rangkaian dan
longgar sementara pertubuhan NGOs mempunyai birokrasi, saiz organisasi yang kecil dan
tidak formal. Pertubuhan seperti organisasi sosial pula mempunyai bentuk agensi yang
berhierarki dan rangkaian tidak formal. Persamaan boleh dilihat dalam pertubuhan nasionalis
atau kumpulan agama yang mempunyai bentuk organisasi berhierarki, menegak, dan
kepimpinan yang berkarismatik untuk menarik orang ramai menyertai kumpulan ini.

Perbincangan Kaldor (2003) relatifnya lebih terperinci dalam membezakan aktor
masyarakat sivil. Sementara Roskin et. al (2006) membezakan interest groups (IGs) dalam
konteks masyarakat sivil dengan parti politik melalui beberapa faktor seperti: tanggungjawab,
motif, keahlian dan mekanisme. Pertama, tanggungjawab IGs adalah kepada clients dan

222

stakeholders sementara parti politik idealnya kepada rakyat dan negara; Kedua, motif IGs
didasari oleh kepentingan tertentu sebaliknya parti politik meletakkan fokus kepada
memenangi pilihan raya dan kuasa; Ketiga, keahlian IGs adalah terhad sementara parti politik
tidak meletakkan had ahli; Keempat, mekanisme IGs adalah melobi parlimen, sebaliknya
mekanisme parti politik ialah menjadi calon dan bertanding atas tiket parti.


Berdasarkan kepada pandangan Roskin et al. (2006) dan Kaldor (2003) dapat
diistilahkan bahawa IGs, NGOs, organisasi sosial, pergerakan sosial, kumpulan agama atau
nasionalis adalah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai motif, aktiviti dan strategi
tersendiri bagi memastikan organisasi tersebut mencapai objektif yang telah digalurkan sama
ada untuk kepentingan ahli, kumpulan sasaran, atau masyarakat. Cara hidup bernegara yang
demokratik membantu organisasi bukan kerajaan untuk memobilisasikan sumber manusia,
dana, dan kemahiran dengan bebas dalam jaminan hak asasi yang didokong oleh
perlembagaan.
Tuntutan demokrasi yang menggalakkan kewujudan masyarakat sivil menyebabkan
Malaysia tidak terlepas dari keperluan untuk menilai semula tahap partisipasi badan bukan
kerajaan ini. Evolusi masyarakat sivil di Malaysia sering dirujuk sebagai perkauman selari
dengan struktur masyarakatnya yang majmuk sebelum merdeka hingga kini (Zaini, 2008;
Hall, 1995). Perkembangan organisasi bukan kerajaan seperti HINDRAF, GMP, PERKASA,
GAPENA, Dong Jiao Zong, dan lain-lain juga tidak dapat lari daripada membawa identiti
kaum. Sistem demokrasi yang diamalkan membolehkan organisasi bukan kerajaan wujud
dengan membawa misi, aktiviti, dan komposisi ahli mengikut cita rasa dan kepentingan yang
pelbagai.

Perkembangan masyarakat sivil di Malaysia: Isu dan identiti kaum


223

Pertubuhan dan kesatuan yang wujud pada era sebelum merdeka didokong oleh para
ilmuan yang mendapat pendidikan Arab. Fahaman dan gelombang merdeka di Timur Tengah
dan Utara Afrika telah merebak ke Tanah Melayu ketika itu. Gerakan Kaum Muda yang
dipimpin oleh Syed Sheik Al Hadi sekitar tahun 1900s yang berjuang untuk memajukan
pendidikan dan ekonomi dikalangan orang Melayu dengan menjadikan ajaran Islam sebagai
cara hidup merupakan titik tolak kepada kewujudan masyarakat sivil (Syed Ahmad Hussin,
2007).
Perkembangan gerakan sivil seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),
Angkatan Pemuda Insaf (API), Malay Chinese Association (MCA), Malayan Indian Congress
(MIC); kesemua pertubuhan ini bergerak atas kepentingan yang berbeza tetapi mempunyai
matlamat yang hampir sama iaitu, berusaha untuk merdeka dari British. Dari contoh
pertubuhan yang dinyatakan ini, UMNO, MCA, MIC menjadi parti politik yang kini
meluweskan motif kewujudan untuk matlamat dan misi politik. Sasaran parti politik ini
bukan saja terhad untuk ahli pertubuhan tetapi rakyat secara amnya apabila memenangi
sesuatu pilihan raya dan menguasai parliamen. Walau bagaimanapun, sentimen primordial
yang tebal dalam setiap ahli pertubuhan bukan parti politik yang ada ini menyebabkan identiti
berdasarkan kaum menjadi lambang pertubuhan ini. Corak masyarakat sivil yang bergerak

untuk menjaga kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum masing-masing walaupun
dalam bentuk kerjasama atau permuafakatan, menyebabkan label kaum tidak pernah lekang.
Abad millenia memperlihatkan perjuangan gerakan sivil atas tiket kaum masih lagi
menebal. Sebahagian daripada pertubuhan atau persatuan berdasarkan kaum ini boleh dilihat
seperti yang disenaraikan dalam jadual berikut.
Jadual 1: Pertubuhan Berdaftar Mengikut Kaum.

224

Persatuan Kaum Melayu
Persatuan Kaum Cina
Persatuan Kaum India
PERKASA
Dong Jiao Zong (DJZ)
Malaysia Hindu Sangam
GMP
Gabungan Persatuan Guru- HINDRAF
PKPIM
Guru Sekolah Cina Malaysia Movement for Sustaining
ABIM

(Jioa Zong)
SPM 12 Subjects
JIM
Gabungan Alumni Universiti Yayasan Tamil Malaysia
ISMA
Taiwan-Malaysia
Yayasan Penyelidikan dan
Persatuan Alumni Sekolah Pembangunan
PEKIDA
Pendidikan
Kumpulan Prihatin
Cina Malaysia
Tamil Malaysia
Malaysia Seven Major Clans Persatuan Perniagaan India
NADWAH
YAYASAN AMAL
Association
Malaysia
Dewan Perniagaan Cina Hua Malaysia Hindu Dharma
HALUAN

Zong
Mamandram
GPMS
ACCIM
Persatuan Hindu Malaysia
KERIS
Dewan Perhimpunan Cina
Sri Murugan Center
PPPM
Majlis Belia Hindu
MUBARAK
GABEM
Sumber: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri.
http://www.ros.gov.my/semakan_pertubuhan.php (atas talian 18 Ogos 2010)

Rata-rata, gerakan sivil ini lebih menumpukan kepada isu yang dilihat menggugat
kepentingan kaum masing-masing. Isu yang dibawa oleh persatuan kaum Melayu banyak
berkisar kepada isu Bahasa Melayu dalam Perkara 152, isu agama Islam dalam Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan, dan kemiskinan. Kaum Melayu sangat peka dan sensitif bila
berdepan dengan isu-isu ini. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek

matematik dan sains yang diperkenalkan pada tahun 2003 telah mendapat bantahan besarbesaran. Isu ini telah membawa perpaduan beberapa pertubuhan seperti PERKASA,
GAPENA, KGMMB, Kumpulan Prihatin dan GMP turun dijalanan berjuang untuk
mendaulatkan semula Bahasa Melayu. Demonstrasi bantahan ini disertai hampir 8,000 orang
yang berarak dari Masjid Negara untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang
Dipertuan Agong bagi mendesak baginda campurtangan memansuhkan dasar ini (Jimadie
Shah Othman, 2009[a]).

225

Sementara itu, isu agama Islam juga menjadi sebab kepada gerakan sivil yang
meletakkan asas perjuangan pertubuhan berdasarkan Islam. Menurut Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan, definisi perlembagaan yang mentakrifkan orang Melayu adalah
mereka yang beragama Islam menjadikan isu berkaitan agama Islam adalah isu Melayu juga
(Abdul Aziz, 2006:176). Perjuangan dalam agama Islam adalah sinonim dengan perjuangan
orang Melayu. Pertubuhan seperti JIM, ABIM, Al-Arqam, PEKIDA, ISMA, NADWAH
adalah antara gerakan sivil yang lantang menyatakan pendirian mereka tentang keperluan
negara Malaysia mempertahankan Islam dan Melayu melalui isu murtad, isu orang Melayu
minum arak, dan penggunaan kalimah Allah dalam risalah Herald yang mencipta kontroversi
(Debra Chong, 2010).
Selain dari dua isu yang mencabar kaum Melayu, masalah yang melibatkan

kemisikinan dan kepentingan ekonomi turut mendapat perhatian daripada gerakan sivil ini.
Antaranya isu peneroka Felda yang majoritinya adalah Melayu, dan ekuiti Bumiputera dalam
perkongsian syarikat dan pemilikan. GABEM, PERKASA, Persatuan Perniagaaan Melayu
merupakan antara gerakan sivil yang peka akan ekonomi kaum Melayu. Pertubuhan ini
memperjuangkan usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi modal dan
kemahiran secara relatif dengan bangsa Cina dan India. Percaturan perjuangan turut
mendesak kerajaan menjamin hak orang Melayu sebagai rakyat pribumi dalam mana-mana
dasar ekonomi baru atau perancangan model ekonomi yang mahu diperkenalkan oleh
kerajaan.
Tidak banyak beza dengan kaum cina yang bergerak atas identiti kaum juga, gerakan
sivil kaum Cina lebih tertumpu kepada isu pendidikan dan ekonomi. Bangsa Cina telah
berjaya membangunkan pendidikan Cina di Malaysia dan gerakan sivil mereka sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pendidikan kaum Cina. Misalnya Lembaga Pengurus Sekolah
Cina Malaysia atau Dong Jiao Zong (DJZ) yang aktif dan lantang menyuarakan suara hati

226

bangsa Cina yang mahu melindungi pendidikan Cina untuk generasi muda Cina. Keupayaan
bangsa Cina untuk mengumpul dana dan menerajui projek pembinaan sekolah Cina secara
persendirian memperlihatkan keseriusan DJZ ini mempertahankan pendidikan Cina (Aninah
Janang & Mohd Shukri, 2009). DJZ yang bertindak sebagai jantung dan nadi kepada Sekolah
Jenis Kebangsaan aliran Cina turut berusaha memastikan sekolah-sekolah yang dibina
mempunyai kemudahan pendidikan yang lengkap dan moden. Pemantauan ini menyebabkan
sekolah Cina tetap teguh dan mempunyai sistem pengurusan yang jauh lebih baik berbanding
dengan sekolah bantuan kerajaan.
Kelantangan DJZ mempertahankan pendidikan Cina dilihat berani apabila ia turut
menentang usaha kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi
matapelajaran matematik dan sains. DJZ turut menolak cadangan kerajaan untuk menjadikan
mata pelajaran Malaysia Negaraku Tahap 1 di semua aliran sekolah rendah dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal. Bantahan juga dinyatakan
oleh DJZ ke atas saranan kerajaan yang mahu masa tambahan diberi bagi matapelajaran
Bahasa Melayu Tahap 1 di semua sekolah jenis kebangsaan. Cadangan ini dilihat
bertentangan dengan aspirasi sekolah jenis kebangsaan yang telah menjadikan bahasa ibunda
mereka sebagai medium pengantar di sekolah mereka.
Memorandum bantahan yang ditandatangani oleh DJZ beserta NGOs yang lain seperti
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Malaysia Seven Major Clans Association, Gabungan
Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia dan
Nanyang University Alumni Association of Malaya telah dihantar ke Perdana Menteri
Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia untuk melihat semula cadangan yang dibuat kerana
ianya melanggar peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. 1

1

Kesemua

Dokumen persatuan DJZ yang menggariskan memorandum bantahan yang dihantar kepada kerajaan.

227

persatuan Cina yang memperjuangkan pendidikan Cina telah dengan tegas menolak saranan
kerajaan bagi memastikan kelangsungan identiti masyarakat Cina akan kekal bergenerasi.
Isu ekonomi juga adalah mandatori kepada bangsa Cina. Dewan-dewan perniagaan
Cina ditubuhkan bertujuan untuk melindungi usahawan bangsa Cina serta mempertingkatkan
ekonomi kaum Cina. Sebagai contoh, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina
Malaysia (ACCIM) merupakan gerakan sivil yang berfungsi sebagai perantara yang lantang
memperjuangkan isu ekonomi orang Cina. Kehendak kepada berpersatuan ini dilihat rasional
kerana dasar DEB yang memberi peruntukan 30% ekuiti pemilikan kepada kaum Bumiputera
menjadi asas kepada bangsa Cina untuk bergerak lebih aktif dalam persaingan ekonomi
kerana mereka tidak berkongsi subsidinya. Persoalan kesetaraan atau keperluan kepada
equality dalam pembangunan masih menjadi perbualan kaum bukan Melayu. Tony Pua dalam
Sidang DUN Selangor dalam Dialogue Budget 2011 kerajaan Selangor telah mencadangkan
supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk membeli hartanah mewah
(Salahan, 2010). Walaupun alasan equality dilihat sebagai teras persaingan yang adil, tetapi
bangsa Cina lebih maju dalam perniagaan berbanding dengan bangsa Melayu dan India.
Memandangkan prinsip equality sendiri boleh dipersoalkan, maka tindakan kerajaan
menyediakan ruang persaingan yang sesuai melalui bantuan dan diskaun adalah mekanisme
yang diperlukan. Persaingan antara kaum tidak akan adil, jika komposisi bangsa yang ada
tidak berdiri sama tinggi atau duduk sama rendah dari segi sumber kewangan, kemahiran dan
kepakaran.
Beralih kepada isu dalam gerakan sivil bangsa India, gerakan sivil ini lebih tertumpu
kepada usaha memperbaiki sosio-ekonomi masyarakat India termasuklah masalah yang
berkaitan dengan agama, bahasa dan pendidikan. Pertubuhan seperti HINDRAF adalah
gabungan dari 30 buah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib orang India
termasuklah isu pembinaan dan pencerobohan kuil. Perhimpunan besar-besaran HINDRAF

228

berlaku di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 (Jimadie Shah Othman, 2008). Pertubuhan
orang India melihat kaum India masih lagi ketinggalan memandangkan sebahagian besar
kaum India masih lagi menghuni dikawasan ladang dan pedalaman. Lebih membimbangkan
apabila proses urbanisasi menyebabkan kuil penganut Hindu di kawasan ladang dan
pedalaman terpaksa dirobohkan seperti mana yang terjadi keatas Kuil Mariaman di Padang
Jawa, Selangor pada 15 November 2007. Perkara ini telah digunakan oleh HINDRAF untuk
mengutuk kerajaan Malaysia yang dikatakan mengabaikan sosioekonomi kaum India dan
tuduhan cuba menghapuskan penganut agama Hindu (Malaysiakini, 2008).
HINDRAF telah bertindak menghantar memorandum yang mengandungi 18 tuntutan
kaum India yang menggalurkan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu pemusnahan kuil
dan masalah kemiskinan kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Datuk Abdullah
Ahmad Badawi. Memorandum ini turut dihantar kepada kerajaan British sebagai cara untuk
mempengaruhi United Kingdom mengenakan tekanan ke atas kerajaan Malaysia diperingkat
antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Joe Fernandez, 2010).
Selain dari isu yang dibawa oleh HINDRAF, gerakan sivil kaum India seperti
Yayasan Tamil Malaysia memperjuangkan penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa
perantaraan di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kontroversi penggunaan Bahasa Inggeris
untuk matapelajaran Sains dan Matematik turut ditentang oleh kaum India bersandarkan
kepada hujah bahawa sebilangan besar kaum India bersekolah di sekolah jenis kebangsaan
dan rata-rata mereka tinggal di luar dan pinggir kota.
Faktor keterikatan gerakan sivil dan identiti kaum
Dapat diperhatikan bahawa kebanyakan isu yang diperjuangkan oleh gerakan sivil di
Malaysia cenderung kepada identiti kaum. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor
seperti sentimen primordial, peruntukan perlembagaan, dasar ekonomi, dan sistem

229

pendidikan. Pertama, sentimen primordial yang mendokong kepercayaan dan amalan tradisi
kaum yang mempunyai pelbagai ciri berbeza seperti agama, bahasa pertuturan, dan tradisi.
Akibat daripada sentimen primordial yang berbeza ini, kaum yang pelbagai akan mendokong
dan menyokong nilai, budaya, dan kepercayaan kaum masing-masing (Geertz, 1963). Maka
adalah rasional untuk melihat kaum yang pelbagai menubuhkan kumpulan atau persatuan
berasaskan identiti kaum. Tambahan pula sifat manusia yang selesa bersama kumpulan yang
berkongsi identiti, bahasa dan kepercayaan yang sama merupakan naluri semulajadi yang
menyebabkan gerakan sivil wujud dalam pola etnik.
Kedua, peruntukan perlembagaan Malaysia dilihat dalam interpretasi identiti kaum
yang memberi keutamaan seolah-olah keistimewaan kepada kaum Melayu berbanding
dengan kaum yang lain. Faktor sejarah yang kompleks yang melibatkan Raja-raja Melayu,
perjuangan kemerdekaan telah menjadikan peruntukan perlembagaan yang memberi
keutamaan kepada orang Melayu selaku penduduk asal Tanah Melayu. Menurut Aziz (2006)
Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah kesinambungan daripada peranan
Yang Dipertuan Agong (YDA) yang menetapkan bidang kuasa dan tanggungjawab YDA
untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan ini dipelihara dan
dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (pindaan 1971). Kesinambungan ini turut melibatkan
Perkara 152 yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan
rasmi dengan pihak berkuasa awam. Ada kemungkinan peruntukan perlembagaan ini
menggalakkan gerakan sivil bukan Melayu turut menubuhkan pertubuhan bagi melindungi
hak identiti, bangsa dan bahasa mereka. Keadaan ini tidak memunculkan konflik kerana
perlembagaan Malaysia juga menjamin hak kebebasan beragama dan beramal kaum bukan
Melayu.
Ketiga, dasar DEB dan DPN yang juga menggalurkan pendekatan untuk memberi
kelebihan kepada kaum Melayu walaupun relatifnya kurang mendapat sokongan dari kaum

230

bukan Melayu. Matlamat meletakkan 30% ekuiti kepada orang Melayu yang diperkenalkan
pada era 1970an adalah sebab dari kelemahan kaum Melayu dalam sektor ekonomi.
Pengisian dasar yang memberi kelebihan kepada kaum Melayu dan Bumiputera mendorong
kaum bukan Melayu untuk tampil dengan gerakan sivil yang dapat membantu komuniti
mereka turut sama maju dalam persaingan ekonomi. Ekonomi bangsa Cina telah lama kukuh
sejak zaman kolonial British lagi, kerana imigran Cina telah diberi peluang perniagaan dari
awal kemasukan mereka berbanding dengan kaum Melayu yang telah diatur oleh British
untuk kekal di kawasan kampung sambil menjalankan aktiviti sara hidup mereka.
Selain dari dasar ekonomi, sistem pendidikan yang membenarkan wujud sekolah jenis
kebangsaan menyebabkan sukar bagi gerakan sivil di Malaysia keluar dari identiti kaum.
Walaupun semangat cintakan bahasa dan budaya adalah baik untuk menyusur galur dan
mengekalkan identiti diri, tetapi secara tidak langsung ia juga mencipta kekangan kepada
pelbagai bangsa untuk berintegrasi. Masing-masing kaum lebih selesa untuk berkumpul dan
menjalankan aktiviti sesama bangsa. Walaupun pembelajaran Bahasa Melayu diajar di semua
sekolah jenis kebangsaan, penghayatan adalah lebih kepada orientasi untuk lulus dalam
pelajaran berbanding dengan penghayatan yang boleh menguasai jiwa, fikiran dan perbuatan.
Perubahan Gerakan Sivil dan Globalisasi
Walaupun terdapat gerakan sivil yang wujud bersandarkan identiti kaum hingga kini,
pengiktirafan pluralisme membolehkan organisasi bukan kerajaan merentasi kaum turut
wujud dan aktif. Organisasi bukan kerajaan seperti National Council for Women
Organization (NCWO), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Aliran Kesedaran Negara
(ALIRAN), Consumer Association of Penang (CAP), World Wild Fund for Nature Malaysia
(WWF Malaysia) menggerakkan aktiviti mereka dalam ruang lingkup yang lebih luas dengan
membawa isu universal seperti gender, alam sekitar, hak asasi, keadilan, isu pengguna, dan

231

sebagainya. Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi, isu yang terlalu terikat dengan
kaum tidak lagi menarik perhatian generasi belia, malahan tindakan yang berunsur kaum
dilihat rasis, kurang relevan, dan membawa unsur subversif (Nidzam, 2001)
Sebaliknya pendekatan yang lebih global dan universal dilihat dapat menarik lebih
ramai orang dari pelbagai kaum dan profesion untuk menyertainya. Pengaruh globalisasi
membolehkan gerakan sivil menjalinkan jaringan kerjasama melepasi sempadan negara yang
mahukan motif gerakan sivil lebih bebas tanpa keterikatan identiti kaum. Keperluan kepada
dana untuk menjana aktiviti pertubuhan yang lebih mampan dan lestari membolehkan
jaringan gerakan sivil dari luar menjadi sumber alternatif yang baik kepada gerakan sivil
tempatan. Bagi memenuhi tuntutan kerjasama antara gerakan sivil transnasional dan
tempatan, agenda yang berteraskan common interest menjadi pilihan. Tambahan pula nilai
universal dalam era globalisasi menitikberatkan aspek kemahiran dan ketelusan dalam
konteks good governance yang menjadikan matlamat gerakan sivil mengutamakan
kesejahteraan untuk semua. Perubahan ini membolehkan gerakan sivil tempatan
menempatkan pertubuhan mereka dipersada antarabangsa disamping menjamin bantuan dana,
nasihat, dan teknikal yang berterusan dari institusi global.
Mekanisme Gerakan Sivil
Gerakan masyarakat sivil di Malaysia berjaya menggunakan ruang sivil yang sedia
ada dengan baik dan berkesan. Melihat kepada perkembangan ini, gerakan sivil di Malaysia
menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan kelangsungan organisasi untuk jangka
masa yang lama. Gerakan sivil menggunakan pendekatan seperti melobi, melakukan
petisyen, berdialog, mengadakan bengkel kerjasama, dan memperkukuhkan jaringan dengan
pertubuhan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa.

232

Kaedah seperti melobi boleh diperhatikan dalam tindakan Pribumi Perkasa Negara
(PERKASA) yang menggunakan teknik desakan bagi mendesak kerajaan dalam hal yang
berkaitan dengan kepentingan Melayu. Mekanisme melobi turut memastikan suara bantahan
dari PERKASA disalurkan melalui media kepada kerajaan dan rakyat apabila kepentingan
Melayu dicabar atau dipinggirkan oleh kerajaan. Selain itu, ugutan seperti undi orang Melayu
akan hilang jika parti politik yang memerintah kerajaan tidak mengambil perhatian terhadap
rungutan yang disuarakan oleh PERKASA dan pertubuhan sealirannya, sedikit sebanyak
telah memaksa kerajaan untuk membuka ruang perundingan dan kerjasama.
Memungut petisyen dari ahli dan rakyat terhadap isu berbangkit adalah juga
pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan gerakan sivil. Pertubuhan berasaskan identiti
kaum seperti Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Jiao Zong (DJZ),
PERKASA, GAPENA, KGMMB, Kumpulan Prihatin, GMP, dan Yayasan Tamil Malaysia
telah sepakat dalam menyatakan bantahan terhadap isu pengajaran Bahasa Inggeris bagi
matapelajaran Sains dan Matematik. Pengumpulan tandatangan ahli dan rakyat yang
membantah isu ini dimajukan kepada kerajaan dengan melampirkan faktor sebab musabab
penolakan dasar ini (Jimadie Shah Othman, 2009 [b]). Walaupun tindakan petisyen ini tidak
dilakukan secara bersama dan serentak, tetapi hasrat penolakan menggunakan kaedah yang
serupa telah memaksa kerajaan menyemak semula dasar yang diperkenalkan. Siri desakan
yang berterusan menyebabkan kerajaan akhirnya mengalah dan menerima hakikat kelemahan
dasar ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia memaparkan laporan Trends
in Mathematics and Science Study 2007 yang menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam
Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 dan bagi mata pelajaran
Matematik pula, kedudukan pelajar Malaysia telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun
2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007 (Malaysiakini, 2009). Tambahan pula kajian yang

233

dilakukan oleh universiti-universiti tempatan mendapati tahap peningkatan penguasaan
bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan
PPSMI (Malaysiakini, 2009). Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid
terutamanya di luar bandar masih rendah menyukarkan pelajar luar bandar memahami
pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Pembatalan dasar PPSMI yang
berkuatkuasa mulai 2012 merupakan kejayaan kepada gerakan sivil yang sejak dari awal lagi
telah menolak pengenalan dasar ini.
Mengadakan forum dialog terbuka merupakan pendekatan yang seringkali digunakan
oleh gerakan sivil bagi menggalakkan penglibatan ahli, masyarakat dengan pembuat dasar.
Pendekatan forum dialog terbuka ini pernah digunakan oleh NGOs seperti Women Centre for
Change (WCC) dan Bar Council Malaysia dalam membincangkan isu pertukaran agama
dalam konteks permasalahan undang-undang sivil dan syariah (Fauwaz, 2008). Pendekatan
ini dilihat rasional memandangkan isu sensitif ini seharusnya dikongsi bersama masyarakat
bagi memberi kesedaran undang-undang dan perbincangan dapat membuahkan cara
merungkaikan permasalahan yang dihadapi.
Kerjasama NGOs dengan kerajaan melalui kaedah bengkel kerjasama dapat
membantu meningkatkan kefahaman antara satu sama lain. Bengkel seminar yang diadakan
bagi bertujuan membincangkan samada tentang dasar yang akan diperkenalkan atau menilai
semula dasar sedia ada, pendekatan ini dapat membantu kerajaan memacu pembangunan
yang lebih mampan. Gerakan sivil seperti NCWO adalah antara contoh gerakan sivil yang
menggunakan pendekatan bengkel dan kerjasama antara badan bukan kerajaan dan kerajaan
dalam membincangkan isu gender dalam dasar pembangunan negara. NCWO telah banyak
membantu memastikan dasar pembangunan negara peka kepada isu wanita (Kartini, 2009;
Syamala Nagaraj, 1995; Nik Safiah, 1994). Usaha untuk memastikan partisipasi wanita dalam
politik sekurang-kurangnya 30% adalah matlamat yang penting kerana partisipasi wanita

234

yang tinggi dalam portfolio penting kerajaan akan memudahkan usaha mengintegrasikan
wanita dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial berjaya dicapai (Siti Rohani, 2009;
Rashila & Saliha, 2009). Tahap 30% perwakilan wanita dalam politik membolehkan wanita
mempunyai suara dan undi yang mampu untuk mempengaruhi pembuatan atau perancangan
dasar negara agar peka dengan isu wanita.
Kaedah seterusnya ialah hubungan dengan jaringan antrabangsa yang juga mampu
untuk mengenakan tekanan kepada kerajaan. Taktik Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam
mengumpulkan sokongan jaringan transnasional antarabangsa bagi membantah pembinaan
empangan Bakun di Sarawak adalah bukti yang menarik untuk diketengahkan. Kekangan
politik dan masalah kewangan telah mendesak SAM untuk mencari sokongan pertubuhan
bukan kerajaan yang memperjuangkan isu alam sekitar diperingkat antarabangsa. SAM telah
mempelawa International Rivers Network (IRN) untuk bersama SAM mendedahkan
implikasi pembinaan empangan besar seperti kemusnahan berperingkat kawasan tadahan air,
pencemaran air, risiko penyakit bawaan air, kemusnahan habitat haiwan yang semakin pupus,
dan penempatan semula orang asli yang menggugat struktur sosial dan warisan orang asli
(Kartini, 2007).
SAM, IRN, Brazillian Movement (MAB), Narmada Movement (NBA), Berne
Declaration, dan Association for International Water and Forest Studies (FIVAS) yang
merupakan ahli kepada World Commission on Dam (WCD) telah secara kolektif menyatakan
bantahan kepada organisasi multilateral seperti International Monetary Fund (IMF) dan
program structural adjustment yang disediakan oleh World Bank bertujuan memberi
pinjaman dana kewangan kepada projek membina empangan besar di seluruh dunia.
Demonstrasi bantahan yang dilakukan secara aman turut dikenali sebagai satyagraha telah
dilakukan di India dengan dipimpin oleh Medha Paker dari pertubuhan Narmada Movement

235

dan lebih menarik lagi demonstrasi protes ini telah merebak ke bandar-bandar utama dunia
seperti di Seattle, Washington DC, Melbourne dan Prague (Eaton, 2000).
Jaringan global dan hubungannya dengan masyarakat sivil dibincangkan oleh Keck &
Sikkink (1998) melalui taktik boomerang yang menyatakan permintaan dan keperluan
masyarakat sivil era globalisasi membolehkan jaringan organisasi tempatan dan antarabangsa
bekerjasama dan saling memerlukan. Jaringan dan kerjasama ini memberi impak yang kuat
terhadap keputusan negara dan organisasi multilateral yang berpengaruh seperti IMF dan
World Bank. Keck & Sikkink (1998:12) memperlihatkan bahawa taktik boomerang berlaku
apabila organisasi tempatan adalah lemah untuk melobi kerajaan bagi mendapatkan
perubahan terhadap isu yang diperjuangkan. Keadaan ini telah merangsang gerakan sivil
tempatan untuk memohon bantuan dana dan sokongan dari organisasai luar bagi mencapai
matlamat mereka. Organisasi bukan kerajaan yang lokasinya adalah seluruh dunia akan
mengatur strategi mengumpulkan sokongan dan impak kerjasama secara kolektif ini akan
mewujudkan tekanan kepada kerajaan atau negara yang dikenalpasti menjadi punca masalah.
Dalam kata lain, gerakan sivil tempatan meminta bantuan dari jaringan antarabangsa
diibaratkan sebagai melempar boomerang keluar dan akhirnya bila bantuan tiba, boomerang
akan bertindak ke atas sasaran. Selepas sasaran balingan kena, boomerang akan kembali
kepangkuan pembaling iaitu gerakan sivil tempatan untuk bersama-sama dengan jaringan
organisasi antarabangsa berkongsi kemenangan.
Namun begitu tidak semua taktik boomerang yang digunakan beroleh kemenangan.
Melihat kepada SAM, IRN dan pertubuhan alam sekitar dunia yang menjadi ahli WCD,
projek Bakun tidak berjaya dihentikan sepenuhnya walaupun siri bantahan keras secara
kolektif telah dilakukan. Walau bagaimanapun, kelebihan melobi dan tekanan dari gerakan
sivil melalui pendekatan boomerang ini telah memaksa kerajaan Malaysia dan Syarikat Asea
Brown Boveri yang bertanggungjawab atas projek Bakun melakukan penilaian semula keatas

236

projek ini dan bersedia untuk mematuhi piawaian keselamatan alam sekitar bagi memastikan
risiko kemusnahan alam sekitar diminimakan (Kartini, 2007).
Secara keseluruhan, mekanisme yang digunakan seperti melobi, melakukan petisyen,
berdialog, mengadakan bengkel kerjasama, dan memperkukuhkan jaringan dengan
pertubuhan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa telah menunjukkan kematangan
gerakan sivil tempatan yang prihatin dan dedikasi terhadap isu semasa yang melibatkan isu
kesejahteraan masyarakat dan keselamatan alam sekitar. Strategi dan taktik yang digunakan
oleh gerakan sivil tidak lagi terikat kepada demonstrasi semata-mata tetapi organisasi bukan
kerajaan ini telah berjaya meyakinkan kerajaan bahawa mereka mampu untuk bergerak lebih
jauh dan bersedia membantu kerajaan dalam bengkel kerjasama yang boleh dimanfaatkan
bagi menjamin pembangunan negara, manusia dan alam sekitar yang lebih mampan.
Tindakan yang lebih aman dalam bentuk kerjasama antara badan bukan kerajaan dan
agensi kerajaan adalah juga didorong oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Halangan undang-undang melalui Akta Rahsia Rasmi, 1972 pindaaan 1982 dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 secara tidak langsung menggalakkan badan bukan kerajaan
bertindak membawa pendekatan dialog dan kerjasama sebagai langkah aman memastikan
kewujudan dan kelestarian aktiviti organisasi ini terjamin. Walaupun pendekatan aman
menjadi pilihan kepada kebanyakan gerakan sivil, tetapi halangan dari akta ini boleh
membantutkan hak kebebasan bersuara. Kekangan ini masih lagi menjadi agenda bagi
gerakan sivil untuk terus bersatu dalam usaha mengubah senario politik yang mahukan
kebebasan bersuara diiktiraf sepenuhnya.
Undang-undang & Kerajaan: Respon Terhadap Masyarakat Sivil?

Akta Pertubuhan 1966 dengan pindaan 1987 membuat ketetapan bahawa semua
pertubuhan atau organisasi di Malaysia perlu mematuhi perkara yang diperuntukkan dalam

237

akta ini. Seksyen 2A dalam Akta Pertubuhani ini menjelaskan bahawa semua pertubuhan
berdaftar yang didefinisikan dalam Seksyen 2 menjalankan aktiviti pertubuhan yang
mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. 2 Sebarang tindakan atau aktiviti yang
melanggar mana-mana perkara berikut yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Negeri seperti (a) sistem kerajaan demokratik melalui kedaulatan undangundang yang dipimpin oleh kerajaan yang sah atau YDA; atau (b) mempersoalkan agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan agama lain yang dipraktiskan secara aman dan
harmoni; atau (c) penggunaan bahasa kebangsaan untuk tujuan rasmi; atau (d) kedudukan
orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak; atau (e) kepentingan masyarakat yang
sah; maka Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mempunyai kuasa untuk membatalkan
pendaftaran pertubuhan selepas memberi pertubuhan tersebut peluang untuk membela diri.

Berdasarkan undang-undang pertubuhan ini, usaha kerajaan adalah sejajar dalam
membuka ruang kepada masyarakat dan organisasi untuk berpartisipasi dalam kumpulan
yang lebih tersusun dan teratur. Terma peraturan dalam Akta Pertubuhan 1966 pindaan 1987
secara tidak langsung bertujuan untuk memberi ingatan bahawa ruang berpersatuan mestilah
bebas dari dipengaruhi oleh sentimen yang mempersoalkan kedudukan kaum, bahasa, amalan
kepercayaan dan kedaualatan undang-undang. Kelebihan ini membolehkan pendaftaran
masyarakat sivil atau organisasi bukan kerajaan dilakukan dan pertumbuhan organisasi
berdaftar ini mengikut negeri dan jenis pertubuhan dipaparkan seperti Graf 1 dan Jadual 2 di
bawah.

Graf 1: Statistik Pertubuhan Berdaftar [INDUK] Berdasarkan Negeri

2

Laws of Malaysia, ACT335, Societies Act 1966 Revised 1987.

238

Sumber: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri
http://www.ros.gov.my/graph/stat_jppm/negeri_bar.php?type=INDUK&yr=2009&mth=01&
grph=BAR (atas talian 25 Ogos 2010)
Jadual 2: Maklumat Statistik JPPM [INDUK] Bagi Tahun 2009 Bulan Januari

Maklumat Statistik JPPM - [Induk]
Tahun : 2009
Bil

Kategori
Pertubuhan

Bulan : Januari
01

02

03

04

05

06

07

08

485

506

174

479

574

266

779 1082

1572

313

58

291

335

09

10

11

12

13

14

Jumlah

51 1830

76

146

270

980

7698

213 1084 1114

37 1115

40

196

377

719

7464

158

19

88

3147

1

AM

2

Agama

3

Belia

450

217

177

99

228

442

107

563

23

420 156

4

Faedah Bersama

272

348

20

141

187

179

105

416

35

169

81

48

47

75

2123

5

Kebajikan
Masyarakat

834

375

225

252

255

380

717

571

54

666 160

406

731

916

6542

6

Kebudayaan

234

103

80

108

84

111

145

181

16

172

36

144

319

282

2015

7

Lain-Lain

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

8

Pekerjaan

41

9

88

13

37

49

52

31

7

377

41

34

135

380

1294

239

9

Pendidikan

5

11

30

9

5

29

19

33

2

151

10

18

32

62

416

10

Perdagangan

504

166

88

108

108

153

273

351

25

455

70

313

393

573

3580

11

Politik

0

0

2

0

1

0

0

0

0

7

0

7

13

11

41

12

Sosial Dan
Rekreasi

746

125

157

202

141

469

393

741

68 1303 201

425

670 1022

6663

13

Sukan

328

184

91

211

77

86

89

407

14

791

53

235

341

263

3170

14

Wanita

23

26

22

16

19

14

12

30

5

74

12

50

36

87

426

Jumlah

5494 2383 1212 1929 2051 2391 3775 5520 337 7530 936 2180 3383 5458

44579

Peratusan

12%

Kod Negeri
Johor – 01
Kedah – 02
Kelantan – 03
Melaka – 04
Negeri Sembilan – 05
Pahang – 06

5%

3%

4%

Pulau Pinang – 07
Perak – 08
Perlis – 09
Selangor – 10
Terengganu – 11
Sabah – 12

5%

5%

8% 12% 1% 17% 2%

5%

8% 12%

Sarawak – 13
Kuala Lumpur – 14

Sumber: Diubahsuai dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri
http://www.ros.gov.my/graph/stat_jppm/negeri_bar.php?type=INDUK&yr=2009&mth=01&
grph=BAR (atas talian 23 Ogos 2010)

Walaupun terdapat Akta Pertubuhan yang memberi pengiktirafan dari segi undangundang bagi organisasi bukan kerajaan wujud dan menjalankan aktiviti persatuan, kekangan
undang-undang juga dilihat menggugat gerakan sivil untuk bergerak lebih fleksibel dalam
menyuarakan pandangan dan aktiviti mereka. Undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi
1972 yang dipinda pada 1982 merupakan usaha kerajaan melalui saluran perundangan untuk
mewujudkan undang-undang yang bertujuan untuk melindungi dokumen sulit dari diedarkan
kepada masyarakat awam atas nama keselamatan

negara (Jomo,1999). Tindakan ini

membolehkan kerajaan menggunakan saluran perundangan yang sah untuk menghalang
informasi kerajaan termasuklah projek mega, tender jual beli dan perancangan pembangunan
yang dianggap sulit tidak disalahgunakan. Secara tidak langsung OSA dijadikan platfom
untuk mengkritik kerajaan yang menyebabkan projek mega sebagai contoh empangan Bakun
tidak diwawarkan. Gerakan sivil melihat respon merahsiakan projek mega yang mempunyai

240

kesan secara langsung kepada keselamatan alam sekitar dan insan adalah tindakan yang tidak
adil. Sementara di pihak kerajaan, tindakan merahsiakan dokumen kerajaan dari pengetahuan
awam dilihat perlu bagi memastikan kestabilan negara dan mengelak public panic.

Sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act 1960 yang
telah digunakan bagi pelbagai tujuan bermaksud untuk mencegah ketidakstabilan atau
rusuhan dari berlaku. Akta ini walaupun pada awalnya bertujuan untuk mencegah pengaruh
komunis, tetapi telah digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap dan menahan individu
selama 60 hari tanpa bicara atau apa-apa tuduhan jenayah. Dari 1960 hingga 2005, seramai
10,662 orang telah ditahan dibawah akta ini termasuklah ahli badan bukan kerajaan, ahli
politik, pelajar, penoreh getah, juruteknik dan sebagainya (Clara Chooi, 2010).

Kedua-dua akta ini dilihat mengancam kebebasan bersuara dan hak berpartisipasi
rakyat dalam gerakan sivil. Kebimbangan kepada salah guna kuasa kerajaan juga mempunyai
asas berdasarkan keluasan kuasa budi bicara kerajaan yang wewenang untuk mengguna akta
ini bagi tujuan keselamatan negara. Akta ini dijadikan kayu ukur oleh gerakan sivil di
Malaysia sebagai kelemahan kepada sebuah negara yang mahu mengamalkan sistem
demokrasi yang menyokong kepada kebebasan bersuara. Penahanan pemimpin Hindraf,
aktivis reformasi, ahli politik, juruteknik, penoreh getah, mahasiswa, dan pertubuhan agama
seperti Al-Maunah, Jemaah Islam Malaysia, Darul Islam Sabah dan sebagainya melalui akta
ini tanpa diberi “due process” atau hak mendengar dan didengar menyebabkan gerakan sivil
telah mendesak kerajaan untuk memansuhkan akta ini (Clara Chooi, 2010).

Kesimpulan
Evolusi masyarakat sivil di Malaysia telah memperlihatkan kematangan sesuai
dengan pengaruh globalisasi yang mendesak perubahan agar tidak lagi terikat dengan isu

241

identiti dan kaum. Walaupun sentimen primordial tidak mudah untuk dilupuskan dari label
gerakan sivil, tetapi kecenderungan untuk membawa isu yang lebih universal memberikan
jawaban yang baik bagi kelangsungan existency gerakan sivil ini. Bertepatan dengan
pengiktirafan pendekatan pluralisme yang melihat fenomena politik melibatkan interaksi dari
pelbagai kumpulan, masyarakat sivil tumbuh subur dalam negara demokratik. Politik dapat
berfungsi dengan baik dan telus apabila masyarakat sivil mempunyai ruang yang sesuai untuk
berpartisipasi. Penglibatan masyarakat sivil melalui mekanisme melobi yang dipilih
membolehkan permintaan atau bantahan dari rakyat disuarakan dengan lebih sistematik dan
tersusun.

Pendekatan yang sistematik dan tersusun ini boleh dilakukan oleh gerakan sivil
kerana kewujudan organisasi bukan kerajaan adalah didorong oleh berkembangnya populasi
masyarakat kelas pertengahan yang berpendidikan dan mempunyai kedudukan ekonomi yang
baik. Kebanyakan ahli organisasi mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai
bidang ilmu dan ini membolehkan gerakan sivil maju dalam memobilisasikan sumber yang
ada sama ada bertujuan untuk memprotes atau menyatakan permintaan kepada kerajaan.
Kelebihan ini juga membolehkan gerakan sivil meluaskan jaringan ke peringkat antarabangsa
untuk mendapatkan sokongan moral, kewangan, dan nasihat. Cuma agenda tempatan
haruslah dikembangkan kepada isu universal yang boleh menjana sokongan yang berlipat
ganda dari pertubuhan antarabangsa.

Tambahan pula globalisasi dan pengaruh jaringan antarabangsa secara tidak langusng
telah mengubah sikap kerajaan dari pesimis kepada optimis. Sikap kerajaan yang terbuka
terhadap gerakan sivil melalui pendekatan bengkel kerjasama dan forum dialog
menampakkan usaha yang demokratik untuk memacu pembangunan yang berdaya saing.

242

Namun begitu amalan ini adalah pendekatan yang digunakan bagi organisasi bukan kerajaan
yang terpilih sahaja kerana yang dipilih sahaja mampu berbicara dalam laras kefahaman yang
sama serta mampu membawa misi perubahan yang dicitakan oleh pemerintah. Oleh itu,
undang-undang menjadi platfom yang berlegitimasi untuk menyalurkan tekanan supaya
hanya organisasi bukan kerajaan yang mampu menyokong misi dan visi pemerintah akan
mendapat peluang cerah untuk meneruskan aktiviti sosial mereka.

Rujukan

Aninah Janang & Mohd Shukri Mohd Arif. 2009. Formula Kejayaan Sekolah Cina [sunt.]
Dlm. Dewan Masyarakat, edisi Jun: 20-32
Crick, Bernard. 2003. Democracy: A very short introduction. New York: Oxford
Unviersity Press.
Clara Chooi. 2010. ISA turns 50 amid calls for repeal. 1 Ogos 2010.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/isa-turns-50-amid-calls-forrepeal/ (atas talian 23 Ogos 2010)
Debra Chong. 2010. Christian wants Syed Hamid in court over ‘Allah’ row. 9 Ogos 2010.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/christian-wants-syed-hamid-incourt-over-allah-row/
Eaton, Janet M. 1999. World Commission on Dams: Landmark Report. Washington D.C.
Fauwaz Abdul Aziz. 2008. Conversion forum goes ahead. 8 August
http://www.malaysiakini.com/news/87467 (atas talian 20 Ogos 2010).

2008.

Geertz, Clifford. 1963. Primordial Sentiments and Civil Politics in The New States. In
Geertz, C. Old Societies and New States. Collier-MacMillan Ltd: London (105-157).
Gill, Graeme. 2000. The Dynamics of Democratization: Elites, Civil Society and the
Transition Process. New York: Palgrave.
Huntington, Samuel P. 1991. The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth
Century. Oklahoma: Oklahoma University Press.
Hall, John. 1995. Civil society: theory, history and comparison. Cambridge: Polity Press.
Jimadie Shah Othman. 2008. Kerajaan Cuba Lumpuhkan Lobi Hindraf. 16 Mei 2008.
http://www.malaysiakini.com/news/83023 (atas talian 20 Ogos 2010).

243

Jimadie Shah Othman. 2009 (a). Bantah PPSMI: Penganjur Ikut Arahan Polis. 6 Mac 2009.
http://www.malaysiakini.com/news/99762 (atas talian 20 Ogos 2010).
Jimadie Shah Othman. 2009 (b). GMP tolak tanggapan sokong pembangkang di KT. 19
Januari 2009. http://www.malaysiakini.com/news/96735. (atas talian 23 Ogos 2010).
Jomo, K.S. 1999. Malaysia's Political Economy: Politics, Patronage and Profits. UK:
Cambridge University Press.
Joe Fernandez. 2010. Hindraf to Disband if Three Conditions Met. 16 April 2010.
http://www.malaysiakini.com/news/129383 (atas talian 21 Ogos 2010)
Keck, Margaret E and Kathryn Sikkink. 1998. Activists Beyond Borders. Cornell University
Press: USA.
Kartini Aboo Talib Khalid. 2007. Global Networks: Issues and Tactics in the Bakun Dam
Project. JEBAT Vol.34: 1-16
Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2009. Regimes for Development: Are Asian Women Still
Dependent. International Journal of Interdisciplinary Social Sciences. Vol. 4 (4):
193-208.
Kaldor, M. 2003. Civil society and accountability. Journal of Human Development. 4(1)
Carfax Publishing: Taylor & Francis Group.
Lipset, Seymour Martin and Jason M. Larkin. 2004. The Democratic Century. Norman,
OK: University of Oklahoma Press.
Malaysiakini. 2009. Kerajaan akui PPSMI banyak kelemahan. 8 Julai 2009. http://www
.malaysiakini.com/news/108091. (atas talian 20 Ogos 2010)
Malaysiakini. 2008. Waytha Moorthy disaran
http://www.malaysiakini.com/news/83010

balik

M'sia.

16

Mei

2008.

Nidzam Sulaiman. Strategy for the Development of NGOs in East Asia: The Malaysian Case.
Paper presented at the International Conference on the UN, East Asia and World
Peace in the Age of Global Governance. UN-ESCAP and World Association of
NGOs 21-24th November 2001. Bangkok, Thailand.
Nik Safiah Karim. 1994. Women in Voluntary Association in Malaysia. Dlm. Jamilah Ariffin
(pnyt). Reading on Women and Development in Malaysia: A Sequel Trading
Four Decades of Change. 125-138. Kuala Lumpur: Population Studies Unit
University Malaya.
Rashila Ramili & Saliha Hassan. 2009. Women and Political Development in Malaysia: New
Millennium. Dlm. Jamilah Ariffin (pnyt.). 2009. Readings on Women and
Development in Malaysia: A Sequel Trading Four Decades of Change. Selangor:
MPH Group Publishing Sdn Bhd.

244

Roskin, Michael G., Robert L. Cord., James A. Medeiros., and Walter S. Jones. 2006.
Political Science: An Introduction (Ninth Edition). New Jersey: Pearson-Prentice
Hall.
Syed Ahmad Hussein. 2007. Politik muslim dan demokrasi di Malaysia: anjakan, pertemuan
dan landasan baharu dalam persaingan politik. Dlm. Mohd Izani Mohd Zain (pnyt).
Demokrasi dan dunia Islam: perspektif teori dan praktik, hlm 121-160. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti.
Siti Rohani Yahya. 2009. The Development Process and Women’s Labour Force
Participation: A Macro level analysis of patterns and trends from the 1980s. Dlm.
Jamilah Ariffin (pnyt.) Reading on Women and Development in Malaysia: A
Sequel Trading Four Decades of Change. Selangor: MPH Group Publishing Sdn
Bhd.
Salahan K Ahmad. MP PJ Utara Terima Ancaman Beserta Peluru M16. 12 Ogos 2010.
http://www.malaysiakini.com/news139839 (atas talian 13 Ogos 2010)
Syamala Nagaraj. 1995. Malaysian Women Today. Women’s Affair Division. Kuala
Lumpur: Ministry of National Unity and Social Development
Zaini Othman. 2008. Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian. Dlm. Gahzali Mayudin (pnyt.),
Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM.

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24