Dalam memperbaiki sistem pendidikan Mala

BIL

1.

TAJUK

HALAMAN

1

ISI KANDUNGAN

APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI
2.

3.

ASPIRASI PENDIIDKAN NEGARA
PERANAN

GURU


DALAM

PEMBINAAN

NEGARA BANGSA

2-4

4-6
6-9

4.

CABARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA

8.

RUJUKAN


10-11

9.

LAMPIRAN

12

ISI KANDUNGAN

1

Apakah yang anda faham mengenai aspirasi pendidikan Malaysia?
Dalam memperbaiki sistem pendidikan Malaysia dan membawanya ke aras yang
lebih tinggi, kerajaan telah melaksanakan suatu kajian dalam usaha menaiktaraf sistem
pendidikan berdasarkan taraf pendidikan antarabangsa. Penyediaan pelan baharu ini
mengambil kira peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan negara, Ini adalah untuk mempersiapkan generasi muda kita
mengharungi abad ke-21. Pelan baharu yang telah diwujudkan sejajar dengan visi dan
misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan para pelajar yang seimbang

dari segi akademik dan mental serta berfikiran kreatif, berpengetahuan luas dan
mempunyai perasaan cinta terhadap negara tersayang.
Selama 11 bulan kajian dijalankan, ia telah melalui pelbagai transformasi
bertujuan untuk memadatkan lagi keberkesanannya. 6 ciri utama yang perlu ada pada
seseorang pelajar bagi mencapai standard global adalah antaranya pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
dan identiti nasional. Pelbagai seminar diadakan dan pelbagai jenis pendapat
dipertimbangkan dan akhirnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada bulan Disember tahun 2012. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang merupakan dokumen rasmi setebal 300 muka surat itu amat signifikan untuk
pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah
terpuji serta berkeperibadian tinggi.
Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia telahpun digariskan di bawah Pelan
bangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Keberhasilan yang ditetapkan adalah selari
dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan.
Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu
dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tiada

inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu
disepadu dan digerakkan secara bersama.

2

Antara lima aspek yang digariskan adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Aspek akses menitikberatkan peranan sekolah peranan untuk memastikan
setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa
mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid
mencapai potensi masing-masing. Setiap lapisan murid perlulah mempunyai akses dan
enrolmen dalam pendidikan. Ini hanya mampu direalisasikan sekiranya prinsip
pendidikan untuk semua diperkenalkan. Proses ini harusah dimulakan daripada
peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah. Jadi, pihak sekolah haruslah
berkomitmen tinggi bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dan semua murid
memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran
teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan
Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5. Ciri ini bertujuan utama untuk
meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping
meningkatkan peratus graduan pada masa hadapan.
Aspirasi kedua iaitu kualiti, bertujuan untuk menjadikan sistem pendidikan negara

setanding dengan negara maju lain. Jadi sekolah sepatutnya menyediakan proses
pendidikan yang berstandard tinggi ke arah mencapai aspirasi ini. Langkah ini turut
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi selain daripada matapelajaran asas. KPM
mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi
dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For
International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun. Program i-THINK dan Frog
VLE perlulah dijalankan dengan serius kerana ia adalah kerangka asas dalam
pencapaian aspirasi ini.
Aspek ekuiti pula mementingkan pengurangan 50 peratus dalam jurang
pencapaian seperti antara luar bandar dan bandar, jantina dan sosioekonomi sebelum
tahun 2020. Sekolah perlu memastikan pendidikan diajar tanpa mengira etnik, tempat
atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu memberi peluang kepada setiap murid
supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan. Program Pendidikan
Khas, Kelas Rancangan Khas yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan
bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

3

Perpaduan dapat dicapai sekiranya perkongsian pengalaman dan nilai
berlangsung antara kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Sejak merdeka

lagi, aspirasi negara yang utama ialah untuk mewujudkan perpaduan . Sesebuah negara
yang menghargai kepelbagaian akan mempamerkan perpaduan yang teguh. Murid
menghabiskan sejumlah besar hari mereka di sekolah. Jadi, sekolah merupakan medan
yang subur untuk memupuk semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan
interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima
dan menghargai kepelbagaian. Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar
1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat
diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.
Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan telah
memperuntukan perbelanjaan besar menerusi bajet tahunan kepada sektor pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah
untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk
setiap ringgit yang dibelanjakan. Program pendidikan yang digunakan haruslah
menggunakan segala sumber yang ada dengan lebih efisien dan berkesan. Ini harus
membuahkan hasil yang baik dan memberangsangkan.

Peranan guru dalam menjayakan pembinaan negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa merujuk kepada budaya sivik sesuatu negara. Budaya
sivik pula dimaksudkan sebagai sesebuah negara dimana semua rakyatnya menerima
satu pandangan dunia dan politik yang sama. Negara bangsa boleh dikenalpasti apabila

pemikiran masyarakatnya tidak terjejas dengan kepelbagaian etnik, kebudayaan dan
kepercayaan. Suasana negara tersebut juga akan kekal aman damai. Pembinaan
negara pula bergantung kepada satu ideologi politik yang melibatkan strategi dan dasar
penyelesaian

konflik

hubungan

antara

kaum,

ketidakseimbangan

ekonomi,

pembangunan manusia melalui pendidikan dan latihan, penstrukturan ekonomi ,serta
reformasi ekonomi negara. Proses ini dapat dijayakan tanpa memberi kesan kepada
sesuatu etnik negara kita. Pendidikan merupakan asas kepada langkah merealisasikan

pembinaan negara bangsa dan para guru berperanan tinggi untuk menjayakannya.

4

Tanggungjawab seorang guru yang utama terbahagi kepada tiga perkara yang
menekankan kekuatan dalaman para pelajar. Untuk membina insan yang mulia, guru
haruslah bersedia sepenuhnya. Mereka harus memandang serius perkara ini kerana
masa hadapan negara terletak di tangan generasi muda sekarang. Seseorang guru
perlulah beretika. Perkataan etika bermaksud prinsip moral yang merangkumi dasar
akhlak, adat atau tingkah laku, atau kesusilaan. Seorang guru harus mematuhi etika
profesional dan mempraktikkan semua garis panduan untuk meningkatkan kualiti dalam
perkhidmatan.
Peranan guru yang utama ialah dengan bersikap adil terhadap para pelajar yang
diajar tanpa mengira kaum, keturunan dan bangsa. Kebajikan para pelajar haruslah
diutamakan dan guru tidak harus mengambil bayaran daripada pelajar. Bimbingan yang
tepat haruslah diberikan kepada pelajar di dalam bilik darjah. Guru haruslah berpakaian
sopan dan kemas. Pertuturan dan tingkah laku guru tidak seharusnya berunsur negatif
kerana perlakuan mereka akan diikuti oleh para pelajar. Mutu pendidikan yang
disampaikan haruslah ditingkatkan dengan menyertai penyelidikan, lawatan dan
seminar.

Selain daripada pelajar, guru juga berperanan untuk menghormati
tanggungjawab para ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Mereka haruslah sentiasa
berusaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan para ibu bapa. Ini dapat
mengeratkan institusi pendidikan dengan rumah tangga. Guru haruslah menyimpan
maklumat sulit yang dikongsikan oleh para ibu bapa dan tidak membocorkannya.
Sekiranya diperlukan, guru akan memberikan laporan mengenai pelajar kepada ibu
bapa pelajar berkenaan. Akhirnya, guru haruslah mengelak diri daripada dipengaruhi
oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar semasa membuat keputusan.
Seorang guru turut mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara. Mereka tidak patut menyebarkan ajaran negatif kepada pelajar dan harus
sentiasa memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar. Ini membina insan yang
bertanggungjawab, menghormati orang tua, perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama. Guru juga harus hormati masyarakat di tempat mereka berkhidmat dan
memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Mereka juga perlu menggalakkan

5

kerjasama di antara guru dan ibu bapa dan seterusnya menjaga adab sopan supaya
disenangi masyarakat sekeliling.


Seorang guru juga sepatutnya amanah terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. Mereka harus menghindarkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh
mencemarkan nama rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu bapa. Guru juga tidak
digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menjejaskan kecekapannya dalam
mengajar. Ada segelintir guru yang berniaga ataupun mengajar tuisyen. Guru haruslah
membantu guru baru yang dilantik dan membimbing mereka. Asalnya, peranan guru
dalam membina negara bangsa telahpun wujud semenjak sebelum negara kita
mencapai kemerdekaan.
Cabaran-cabaran yang harus dihadapi dalam pembinaan negara bangsa.
Jikalau dilihat, Abu Hassan (1997) mengatakan bahawa lima faktor-faktor
penghalang dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu, pemisahan ras dan
etnik, pemisahan wilayah, parti-parti politik berteraskan etnik, nilai parokialisma, sikap
prejudis, serta permasalahan sosial.
Pertamanya, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan melalui faktor pemisahan
ras dan etnik. Keadaan ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud
disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa,
pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan
perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesuatu kumpulan etnik atau
sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan. Malah,
identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya.

Faktor pemisahan wilayah pula boleh dilihat diantara wilayah yang maju dan kurang
maju. Ini dapat dikenalpasti melalui bandar yang didiami oleh kaum bukan bumiputera
yang lebih maju dan luar bandar yang didiami oleh bumiputera yang kurang maju masih
lagi wujud. Beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan
Sarawak masih menampakkan gejala kadar kemiskinan yang tinggi.

Parti-parti politik

yang berteraskan kaum masing-masing hanya berperanan menjaga kepentingan kaum
sendiri dan tidak bertanggungjawab atas kaum-kaum lain. Walaupun secara amnya

6

parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul konflik dikalangan parti-parti
komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan hubungan antara kaum.

Di samping itu, salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap
prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi
perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan
penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Parokialisme (parochialism) adalah
sebuah pandangan pribadi terhadap dunia hanya didasarkan pada perspektif dan nilainilai sendiri. Pandangan ini tidak mengakui atau menghormati perspektif atau cara hidup
lain.
Cabaran seterusnya ialah permasalahan sosial. Jika permasalahan sosial ini tidak
dibendung, ia akan membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada
pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan
sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan,
pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya. Jadi, kerajaan seharusnya mengambil
langkah yang sepatutnya untuk membanteras masalah-masalah sosial ini.

Tahap globalisme yang dihadapi turut merupakan cabaran ke arah mencapai
negara bangsa. Globalisme dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Sempadan negara
bangsa akan berakhir melalui globalisme ini. Ancaman diimbangi dengan memastikan
kekuatan nasionalisme dan patriotisme sebagai benteng terakhir yang kukuh demi
mempertahankan negara bangsa. Melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan
jati diri serta sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa pejuang
kemerdekaan terhindar terus daripada minda mereka. Globalisasi memaksa proses
perubahan demografi, teknologi, penghapusan sempadan, penembusan budaya,
perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ke atas umat manusia.
Teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang akan
menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan
agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah. Ini juga merupakan antara
cabaran dalam mencapai negara bangsa. Rakyat negara terbabit akan lebih suka
meneruskan warisan tinggalan penjajah. Mereka juga akan taksub dengan teori dan

7

bahan bacaan daripada barat. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas
kepada kemajuan negara dan bangsa.
Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai
dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

Seperti mana globalisme, ancaman ini harus ditangani dengan bijak di mana
kebimbangan terhadap ancaman perpecahan itu dapat diimbangi dengan menggunakan
kekuatan kepelbagaian budaya yang wujud sebagai suatu cara melahirkan bangsa yang
maju dan berjaya serta berdaya saing. Oleh yang demikian, keperluan kepada suatu
budaya kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kelompok atau kaum adalah suatu
kewajipan yang tidak dapat dielakkan serta perlu dipupuk dan dimajukan sehingga ia
diterima secara terbuka oleh semua kaum sebagai suatu identiti kebangsaan.
Langah mengatasi cabaran.

Kebijaksanaan menangani kewujudannya akan dapat membantu proses
pembinaan negara bangsa tanpa mengetepikan faktor ini. Pertahanan yang kukuh
diperlukan bagi menghadapinya iaitu dengan kewujudan perlembagaan dan undangundang yang sentiasa kebal dalam mempertahankan keadilan. Justeru itu, rakyat perlu
dipersiapkan dengan ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme
yang terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan
patriotisme demi kepentingan nasional.
Pembinaan negara bangsa memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang
erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada
negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan
beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu
difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan
negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada
peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang
lebih tinggi. Kepimpinan yang sedia ada harus berusaha untuk terus memperkukuh
perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.
Ia merupakan satu proses yang panjang tetapi satu keperluan Malaysia. Pembinaan

8

negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera
kerajaan.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga tidak boleh dipandang remeh.
Agensi ini memainkan peranan penting dalam usaha ke arah pembinaan negara bangsa
melalui aktiviti pemantapan dan perancangan bahasa, sastera kebangsaan dan
penerbitan. DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 hasil daripada persidangan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 di Johor Baharu dan Singapura
merupakan suatu badan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjaga kedaulatan
bahasa Melayu. Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak
mampu bersepakat menerima kebudayaan Kebangsaan sebagai kebudayaan setiap
kaum di negara ini. Budaya melambangkan satu identiti bagi sesebuah negara.
Penganjuran rumah terbuka bagi setiap perayaan di Malaysia. KPKK juga boleh
menjalinkan

kerjasama

dengan

Kementerian

Pengajian

Tinggi

(KPT)

dalam

melaksanakan beberapa program atau acara yang boleh mengeratkan hubungan
mahasiswa dan mahasiswi universiti yang berbilang kaum. Penubuhan Sekolah
Wawasan ini adalah selaras dengan cabaran pertama Wawasan 2020 iaitu untuk
mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu serta dapat hidup dengan aman dan
bahagia serta sentiasa taat setia kepada negara Malaysia. Guru haruslah memberi
pendidikan awal kepada generasi muda tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan
kepentingan meletakkan satu bahasa melambangkan satu bangsa.

9

RUJUKAN

10

BUKU
A. Aziz Deraman (2000), Tamadun Melayu Dan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia,
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Abd. Rahim Rashid, (2004), Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publication
& Distributor Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mohd. Fuad Razali (2008), 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP, Pendidik Bil 44/Jan
2008, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Selangor
Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah Pembangunan
Bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

INTERNET
http://forum-rencana-pmrsibu.blogspot.com/2008/09/merenung-sejarah-disebalik-penubuhan.
htmlhttp://aidc-editor.blogspot.com/2008/11/liberalisma-dan-pluralisma-agama.html
http://www.scribd.com/doc/9646199/Pembentukan-Negara-Dan-BangsaMalaysia

11

http://negara-bangsa.blogspot.com/
http://alfilsuf.wordpress.com/2011/08/08/cabaran-pembentukan-negarabangsa/

LAMPIRAN
12