Pentaksiran bahasa melayu sekolah Sekolah

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN SEKOLAH
KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3

2.0

Definisi

3

3.0


Fungsi

5

4.0

Rujukan Standard dan Rujukan Norma

7

5.0

Integrasi Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran

9

6.0

Bentuk, Kaedah dan Instrumen Pentaksiran


10

7.0

Wajaran

13

8.0

Rekod dan Pelaporan

14

9.0

Semakan Kualiti

14


10.0 Saranan

15

11.0 Hubungi Kami

16

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

PENTAKSIRAN SEKOLAH
1.0

DEFINISI
Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik
dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif
adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning)
manakala PS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid
telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning).
Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut:

 Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable)
tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan


pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi
(performance standard);



penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;

 Mengelola,

merekod,

menterjemah,

melapor

dan


membuat

pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang
(formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran
berlangsung;
 Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan
 Membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis
tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set
pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran. PS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan
konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah
seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang
melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PS dikumpulkan dalam portfolio.
Pentaksiran Sekolah

3


Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru
membuat keputusan tentang:
 Sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu;
 Strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya;
Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas
tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu
dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif
dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan
mengambilkira aspek berikut:
-

kejelasan konstruk yang ditaksir

-

bentuk

-

kegunaan


-

aras kesukaran

-

bagaimana cara mentaksir

-

kekerapan

-

masa dan

-

maklumbalas.


Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid:
 Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan
difahami lebih awal;
 Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu
diperbaiki;
 Mensíntesis

dan

mengaplikasi

pembelajaran

selain

daripada

mengingati fakta;
 Mempamirkan


kekuatan

dan

menunjukkan

penguasaan

kepakaran;
 Belajar dengan kaedah tersendiri;
4

Pentaksiran Sekolah

dan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

 Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan

sebaya;
 Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
 Bertanggungjawab terhadap pembelajaran;
 Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan
 Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.
2.0

FUNGSI
Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu


Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran
untuk melihat prestasi murid)



Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran
untuk meningkatkan pembelajaran)

2.1


Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif):
Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan
tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi
penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden
bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam
portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan
untuk proses semakan dan pengesahan.
Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan
secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan
deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam
bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

2.2

Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)

Pentaksiran Sekolah

5

Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan
tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai
perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat
yang

diperoleh

berupaya

memantau

dan

membantu

proses

pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu
sama lain.
Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah
seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis,
sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri
dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk
menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.
Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat
berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas
disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak
sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid
tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu
mengandungi tiga elemen berikut:


Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard
prestasi yang ditetapkan;



Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan



Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada
dan tahap pembelajaran yang diharapkan.

Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis,
perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan sematamata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat
secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara
bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh manamana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
6

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

3.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH SEBAGAI PENTAKSIRAN RUJUKAN
STANDARD
Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan
dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya
kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan
terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan
standard.
Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan
berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa
membandingkan

seseorang

murid

dengan

murid

yang

lain

tetapi

membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan
itu. Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang
memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai
pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu
dalam pembelajarannya.
Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian
murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid
dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga
Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap.
Pentaksiran rujukan standard bertujuan untuk mencapai perkara berikut:


Membuat keputusan tentang murid dengan menilai

kerja murid

berdasarkan standard yang ditetapkan;


Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing;



Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan
berdasarkan standard prestasi;



Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif
mengikut standard prestasi;

Pentaksiran Sekolah

7

Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan
bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa
kita perlu mentaksir murid.
Dengan menggabungkan pentaksiran rujukan standard dan rujukan kriteria,
pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut:


Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos;



Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks;



Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa
dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard;



Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran;



Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan
penilaian program.

Pentaksiran

yang

adil

tidak

perlu

dibimbangi

kesahan

dan

kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan
yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan
pemahaman kriteria tersebut.

Sesuatu instrumen yang secara umumnya

digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria
penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan
tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas.
Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid:


Keterangan yang jelas tentang pengetahuan dan/atau kemahiran yang
ditaksir;



Wajaran bagi setiap pentaksiran;



Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan;



Peluang prestasi mereka ditaksir secara kualitatif;



Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam
pentaksiran;



8

Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod;

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah



Memberi

makluman

awal

tentang

mana-mana

pentaksiran

yang

memerlukan persediaan;


Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran; dan



Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan
gred pencapaian.

4.0

INTEGRASI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran

adalah

sebahagian

daripada

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara
berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran BUKAN hanya untuk
membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang
positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan
pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan,
menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambilkira:


Pentaksiran tentang pembelajaran



Pentaksiran untuk pembelajaran



Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan



Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman
di samping nilai dan sikap.

Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum
dan garis panduan pentaksiran.
5.0

BENTUK, KAEDAH DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu
bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai
dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik

Pentaksiran Sekolah

9

yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri
daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan.
5.1

Kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah
a.

Pencerapan
Pentaksiran

melalui

cerapan

biasanya

kurang

berstruktur

(terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid
antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil
penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan
dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan
yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod,
seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang
hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.
b.

Ujian
Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar.

Ia

membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua
murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini
mengemukakan

eviden

tentang

pembelajaran

berpandukan

kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan
peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting
kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah
dipelajari.
Ujian dalam PS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertaspensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara
online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak
sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran
Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah
oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

10

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

c.

Tugasan atau Pentaksiran Prestasi
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding
dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi
dan

konteks

yang

sebenar.

Pentaksiran

prestasi

meliputi

komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan
bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia
merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai
gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek,
pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer
dan persembahan.
d.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan
Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru
kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari
bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi
dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas
khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga
mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana
untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi
ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat
penting dalam pembelajaran.
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau
rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang
mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa
kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga
rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam
satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis.
Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek
kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan

Pentaksiran Sekolah

11

setiap

individu

melalui

satu

produk.

Pentaksiran

kerja

berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau
hasil

kerja.

Ia

melibatkan

pentaksiran

kemahiran

sosial,

pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada
hasil kerja kumpulan.
Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi keduadua

pentaksiran

untuk

pembelajaran

dan

juga

pentaksiran

tentang

pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang
ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia
mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses
pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.
6.0

WAJARAN
Keseimbangan

pentaksiran

sekolah

dalam

transformasi

pentaskiran

dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah.






TAHAP

PAJSK

PS

PP

Prasekolah

20%

80%

-

Tahun 1 – Tahun 3

30%

70%

-

Tahun 4 – Tahun 6

20%

50%

30%

Tahun 7 - Tahun 9

20%

30%

50%

Tahun 10 – Tahun 12

10%

10%

10%

Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

7.0

GRED PURATA MURID

8.0

REKOD DAN PELAPORAN

12

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa
pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam
bentuk yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian
memberi gambaran tentang apa yang murid telah capai. Ia juga menunjukkan
kedudukan murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang
diperlukan, sebagai contoh maklumat ini (merujuk kepada prestasi)

boleh

digunakan untuk merancang program intervensi dan memaklumkan strategi
intervensi.

9.0

SEMAKAN KUALITI
9.1

PROSES SEMAKAN
Prinsip semakan adalah untuk menjamin kualiti pentaksiran yang
dilakukan diperingkat sekolah.

Ia adalah satu prosedur untuk

meletakkan PS mana-mana sekolah pada skala kebangsaan. Skala
kebangsaan ini ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dari segi
kesahan dan kebolehpercayaan. Satu instrumen yang dibina oleh LP
akan ditadbir kepada semua murid. Skor yang diperoleh akan
menentukan tahap PS bagi setiap sekolah.
Skor yang diperoleh akan dianalisis untuk mengeluarkan pelaporan
tentang prestasi pendidikan kebangsaan.
9.2

EVIDEN SEMAKAN: PORTFOLIO
Dua jenis portfolio diperlukan:
1. Portfolio guru mengandungi semua arahan dan kriteria pentaksiran
serta rubrik berkaitan tugasan yang diberikan kepada murid.
2. Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang digunakan untuk
mendapatkan skor.
Portfolio boleh:

Pentaksiran Sekolah

13



Mengandungi beberapa bentuk pentaksiran termasuk tidak lebih
daripada dua ujian rasmi



Memberi eviden untuk semakan



Menunjukkan kemajuan pembelajaran murid sebagai eviden tentang
pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun tersebut.

10.0 SARANAN
Sekolah mesti memastikan bahawa murid tidak dibebankan dengan terlalu
banyak pentaksiran. Guru mesti memaklumkan kepada murid mengenai
sumber bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan, projek dan
sebagainya. Guru mesti membantu murid untuk merancang tugasan, projek
dan lain-lain dengan:


membekalkan murid dengan tarikh beserta rubrik pada permulaan proses
pembelajaran



membenarkan murid menyiapkan kerja di premis sekolah atau di bilik
darjah, jika perlu

11.0 HUBUNGI KAMI
Guru

yang

memerlukan

bantuan

dalam

melaksanakan

PS

boleh

menghubungi:
Unit Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (UKPBS)
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 11 Blok E11
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Telefon:
14

03 8884 3125/3134
Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Faks:

03 8889 5131

Bagaimana Menyediakan Rancangan Mengajar untuk Mengajar dan Mentaksir
Berasaskan Standard
Bahan Pengajaran yang diperlukan
 Salinan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi
 Buku teks, alat Bantu mengajar yang relevan lain
 Bahan pentaksiran
Sikap Yang Perlu ada
 Sikap terbuka bahawa semua murid perlu diberikan perhatian
 Persediaan mengajar perlu dilaksanakan sebelum masuk setiap kelas
 Panggil nama murid dalam kelas seramai yang boleh setiap kali mengajar. Di kelas
akan dating pastikan semua nama murid telah disebut dan berinteraksi dengan
mereka.
Persediaan Sebelum masuk ke setiap kelas
 Pastikan semua alat bantu mengajar telah disediakan dan ada
 Ketahui dan hafal nama semua murid dalam kelas
Langkah menyediakan Rancangan Mengajar
1.
Baca secara teliti dan fahamkan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi. – untuk
siapakah ianya dimaksudkan
2.

Tentukan kemahiran apakah yang hendak diajarkan – contoh ; kemahiran menulis
mengikut abjad, kemahiran mengira dua angka satu digit,

3.

Rancangkan tugasan dan pentaksiran yang relevan, mencabar dan dapat menguji
pencapaian murid dalam apa yang mereka telah pelajari. Perancangan perlu dibuat
sekarang supaya aktiviti pembelajaran dapat dirancang berdasarkan kemahiran
yang meraka perlu murid kuasai.

4.

Tukiskan objektif pengajaran menggunakan perkataan kata tugas yang boleh diukur
yang berkaitan kemahiran yang hendak diajar – Contoh; Murid boleh mengira jumlah
dua angka dua digit dengan tepat.

5.

Rancangkan set induksi yang sesuai untuk mengajar angka dua digit. Gunakan
pengetahuan sedia ada murid. Lakukan provokasi yang merangsang minda murid
yang boleh menimbulkan keseronokan untuk mengetahui lebih lanjut tentang nombor.

Pentaksiran Sekolah

15

6.

Tuliskan langkah-langkah pengajaran yang dapat melatih murid dan pada masa yang
sama laksanakan penyoalah yang dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai
setiap murid.

7.

Berbincang dengan setiap murid tentang pencapaian mereka berbanding standard
prestasi dan Band yang mereka telah kuasai dan cadangkan langkah selanjutnya
untuk penambahbaikan penguasaan yang lain atau pengukuhan kemahiran yang
sama.

16

Pentaksiran Sekolah