PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MEN
PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MENANGANI MASALAH
EMOSI DI KALANGAN ANAK-ANAK YATIM. KAJIAN DI ASRAMA
PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI JOHOR**
ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D
Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
MASTURA MAHFAR
Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
HAMDAN KADIR
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau jenis-jenis masalah emosi di kalangan
anak-anak yatim di Pertubuhan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor,
iaitu di daerah Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi, Johor. Di samping itu,
penyelidikan ini turut bertujuan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok
bagi menangani permasalahan emosi dikalangan anak-anak yatim dan
mengenalpasti kesan yang dialami mereka selepas menerima rawatan
kaunseling kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 3
orang kaunselor profesional terlibat sepanjang sesi kaunseling kelompok dengan
30 kes studi yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dari 3 daerah yang dipilih
tersebut.
Pemilihan
kes
berfokus
kepada
mereka
yang
mempunyai
permasalahan emosi sahaja. Untuk menepati kriteria klien, Mooney Problem
Check List digunakan diperingkat pra kajian. Sumber lain yang digunakan dalam
*
Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Seminar Kebangsaan Ke-3
Psikologi dan Masyarakat Bertemakan Gejala Sosial Dalam Masyarakat pada 4 -5
Oktober 2004 di Pusat Latihan KWSP (ESSET), Bangi, Selangor. Anjuran Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Seminar Kebangsaan ke 3 Psikologi dan Masyarakat pada 4-5 Oktober 2004
kajian ini iaitu dokumentasi, rekod, temubual, dan pemerhatian. Rawatan
kaunseling kelompok dilakukan bagi merawat permasalahan emosi klien.
Keputusan
kajian
mendapati
bahawa
anak-anak
yatim
mempunyai
permasalahan emosi iaitu memerlukan kasih sayang daripada penjaga,
mengalami tekanan hidup dan sering berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, caracara untuk menangani permasalahan emosi adalah dengan cara mengubah
sikap, mewujudkan hubungan mesra dengan penguasa asrama, kakitangan
asrama, rakan-rakan sebaya dan meningkatkan disiplin diri. Selepas menerima
rawatan kaunseling, anak-anak yatim mempunyai fikiran terbuka, mempunyai
sikap saling bekerjasama, yakin diri dan hormat-menghormati antara satu sama
lain.
PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan aset dalam sesebuah negara kerana akan menjadi
sumber tenaga produktif bagi sesebuah negara. Dengan bertambahnya bilangan
penduduk di sesebuah negara bermakna sumber tenaga manusia ini sekaligus
dapat
membantu
dalam
pembangunan
negara.
Di
Malaysia,
dasar
kependudukan yang di lancarkan oleh Tan Sri Dr Mahathir Mohamed pada 1981
yang mensasarkan jumlah penduduk 21 juta penduduk menjelang 2010
merupakan suatu usaha yang positif kerana negara tidak lagi bergantung kepada
kemasukan buruh asing sama ada melibatkan tenaga buruh profesional mahu
pun bukan profesional. (Ranjit Singh, 1994) Dengan adanya 22 juta rakyat
Malaysia pada masa kini di mana satu pertiga daripadanya adalah golongan
kanak-kanak dan remaja, golongan inilah yang diharap dapat membantu dalam
usaha pembangunan negara pada masa akan datang.
Namun begitu tidak semua kanak yang dilahirkan ke dunia ini bernasib baik dan
sempurna. Anak-anak yatim merupakan golongan yang kurang bernasib baik jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang masih mempunyai ibu bapa. Anak-anak
yatim merupakan golongan yang telah kehilangan segala–galanya di mana
2

sesetengah di kalangan mereka kematian ibu atau bapa atau kehilangan keduaduanya sekali. Di negeri Johor, mereka akan ditempatkan di Pertubuhan
Kebajikan Anak-anak Yatim kerana masalah kemiskinan yang dihadapi oleh
keluarga mereka.
Menurut perangkaan dari Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan
negeri Johor sehingga 30 September 2002, terdapat seramai 3,402 0rang (23.30
%) anak-anak yatim yang dikategorikan sebagai golongan kedua tertinggi
kurang bernasib baik selepas golongan kurang upaya. Berdasarkan pecahan
mengikut daerah pula
bagi tahun 2000, menunjukkan daerah Batu Pahat
mencatatkan bilangan anak
yatim teramai (790), diikuti daerah Johor Bahru
(618), Kluang (488) dan Muar (484).
LATARBELAKANG MASALAH
Pada masa ini, pelbagai usaha dilakukan bagi membantu anak- anak yatim dari
segi pendidikan, pembelaan, kemudahan tempat tinggal serta pembelajaran
yang sempurna di samping bantuan kewangan. Pada tahun 2001, kerajaan
Johor telah memperuntukkan sejumlah RM 214,690.00 kepada anak- anak yatim
melalui Skim Bantuan Anak Yatim. Walaupun masa depan mereka banyak
bergantung perhatian daripada kerajaan dan masyarakat yang sentiasa peka
dengan nasib mereka, namun begitu usaha- usaha yang berkaitan dengan
psikologi masih belum mencapai tahap memuaskan.
Anak-anak yatim ini sudah tentu akan mengalami pelbagai perasaan. Ada di
antara mereka yang mungkin bimbangkan masa depan. Ada juga bimbang tidak
mendapat kasih sayang daripada keluarga. Ada yang rasa kesepian atau marah
terhadap ibu bapa yang menempatkan mereka di rumah anak-anak yatim.
Justeru itu, mereka tidak terlepas daripada
masalah berhubung
berhadapan dengan pelabagi
dengan emosi. Senario ini sudah pasti memberi kesan
terhadap perkembangan emosi anak-anak yatim, lebih-lebih lagi anak-anak yang
3

ditinggalkan ini tidak mendapat sepenuhnya belaian, kasih sayang dan perhatian
daripada ibu, bapa atau kedua-duanya bagi membantu perkembangan optima
mereka. Menurut Mc Call (1990), kebanyakan penjaga kanak-kanak profesional
percaya bahawa kanak-kanak yang ditempatkan di rumah anak-anak yatim gagal
dalam memperkembangkan diri dari segi sosial dan psikologikal, lebih-lebih lagi
jika ditinggalkan sejak bayi lagi.
Kajian Goldforb (1943,1947, 1949) secara klinikal terhadap sekumpulan remaja
yang di tempat di rumah anak-anak yatim di bandar New York menunjukkan
bahawa remaja-remaja berkenaan menghadapi masalah serius dari segi
perkembangan intelektual, personaliti dan sosial mereka. Kajian kes oleh Lowrey
(1940) pula terhadap kanak-kanak yatim berumur 3 tahun di 28 buah rumah
berasrama mendapati bahawa mereka lebih cenderung mempunyai personaliti
yang memencilkan diri, suka bermusuh, tidak sensitif serta mementingkan diri
sendiri. Kajian Rutter et all (1990) terhadap 120 orang anak-anak yatim
menunjukkan bahawa mereka turut menghadapi masalah personaliti
dan
tingkah laku berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh mereka. Freud dalam
Noran dan Habibah (2001) turut menyatakan bahawa ketiadaan kerapatan serta
perhubungan yang berterusan dengan ibu bapa boleh memberikan kesan buruk
terhadap kesejahteraan seseorang bayi.
Dari perspektif agama hal yang berkaitan anak yatim merupakan satu perkara
penting sehingga terdapat ayat–ayat dalam Al Quran yang menyebutnya secara
langsung atau tidak langsung.
“Barang siapa memuliakan anak yatim pada bulan Ramadhan, Allah akan
memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan – Nya.”
“Kasihanilah anak yatim, nescaya anak – anak yatimmu akan dikasihani
manusia”.
4

Mengikut data hasil kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pada
tahun 2002 terdapat seramai 2337 anak yatim di negeri Johor. Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sentiasa mengambil berat
dengan
menyediakan pelbagai bantuan sama ada dari sudut material, kasih sayang dan
sokongan untuk memastikan kehidupan anak yatim di negeri Johor sentiasa
terbela dan anak–anak yatim ini mampu berdikari apabila mencapai umur
dewasa.
PERNYATAAN MASALAH
Ikatan hubungan yang rapat antara ibu dan kanak-kanak adalah satu keperluan
utama terhadap peningkatan keyakinan diri serta saling mempercayai antara
satu sama lain. Persoalan yang timbul adakah kesan-kesan emosi yang dihadapi
oleh anak-anak yatim ini menjejaskan perkembangan kendiri dan masa depan
mereka. Secara khususnya, anak-anak yatim yang menghadapi masalah emosi
amat memerlukan pendekatan kaunseling yang tertentu. Mereka memerlukan
kaunselor yang memahami tekanan
emosi yang dialami serta strategi
penyelesaian terbaik dalam menghadapi permasalahan tersebut.
Justeru itu, persoalan yang timbul adalah bagaimanakah pegawai-pegawai yang
sedang bertugas di Pertubuhan Kebajiakan Rumah Anak Yatim di negeri Johor
dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perkhidmatan kaunseling
terhadap anak-anak yatim yang menghadapi masalah emosi ini. Diharapkan
hasil kajian ini nanti akan dapat mengenal pasti kesan-kesan emosi yang
dihadapi oleh anak-anak yatim yang ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan
Rumah Anak–anak Yatim negeri Johor serta mengenal pasti pendekatanpendekatan kaunseling yang sesuai dan berkesan yang boleh digunakan oleh
pegawai-pegawai di Pertubuhan Rumah anak Yatim dalam menangani masalah
emosi anak-anak yatim di negeri Johor.
5

OBJEKTIF KAJIAN
1.
Mengenalpasti jenis-jenis masalah emosi dikalangan anak-anak yatim
di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor.
2.
Mengenalpasti cara-cara menangani masalah emosi dikalangan anakanak yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok di Asrama
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor.
3.
Mengenalpasti kesan yang dialami anak-anak yatim melalui
pendekatan kaunseling kelompok.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah jenis-jenis masalah emosi dikalangan anak-anak yatim di
Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor?
2. Apakah cara-cara menangani masalah emosi dikalangan anak-anak
yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok di Pertubuhan
Kebajikan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor?
3. Apakah kesan yang dialami anak-anak yatim melalui pendekatan
kaunseling kelompok?
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif iaitu satu pendekatan yang
berusaha untuk memahami sesuatu situasi dalam keadaannya sendiri. Menurut
John (1999), matlamat asas penyelidikan kualitatif adalah untuk mendedahkan
dan memberi gambaran yang jelas mengenai kepentingan sesuatu benda
kepada manusia. Oleh demikian, kajian ini akan menumpukan kepada
pengamalan kaunseling kelompok di kalangan penghuni asrama anak-anak
yatimdi negeri Johor bagi menangani masalah emosi.
6

TEMPAT KAJIAN
Kajian ini di jalankan di tiga buah asrama anak-anak yatim Islam di tiga buah
daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Mersing, dan Kota Tinggi. Rasional
pemilihan asrama anak-anak yatim sebagai tempat kajian kerana anak yatim
yang memerlukan perhatian sering terdedah kepada masalah yang berkaitan
dengan emosi seperti keperluan kasih sayang, kebimbangan, kemurungan dan
keresahan.
SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian terdiri daripada penghuni lelaki dan perempuan asrama anakanak yatim Islam dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun di daerah Johor
Bahru, Kota Tinggi, dan Mersing. Bagi mendapatkan sampel kajian, pengkaji
telah menggunakan kaedah pemilihan sampel bertujuan. Melalui kaedah ini,
sampel dapat dikenal pasti dengan memberikan fokus kepada sampel yang
menghadapi masalah emosi sahaja.
ANALISA DATA
Maklumat-maklumat dan data-data mentah yang diperolehi hasil daripada
pemerhatian
dan
temubual
yang
dijalankan
akan
dianalisis.
Peringkat
menganalisis termasuklah memeriksa, mengkategori, menjadual atau kombinasi
beberapa kenyataan bagi menunjukkan keseluruhan dapatan penyelididkan yang
dijalankan. Proses menganalisis data adalah melalui beberapa tahap. John
(1999) menyatakan bahawa terdapat beberapa strategi yang boleh diguna pakai
untuk menganalisis data kualitatif.
Kesemua strategi ini bergantung kepada
penerapan sistematik 5 idea asas iaitu penerapan, pengkategorian, pengurangan
fenomenologi, penyisihan dan penafsiran. Segala maklumat yang diperolehi
daripada sesi kaunseling kelompok telah dihimpun dan dipecahkan kepada
7

beberapa komponen atau kategori menjurus kepada objektif kajian agar ia
menjadi lebih sistematik dan bermakna.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Jenis-Jenis Masalah Emosi Yang Dihadapi Oleh Anak-anak Yatim Di
Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor
Antara jenis masalah emosi yang dihadapi oleh anak yatim secara menyeluruh
dalam kajian ini ialah merasa tertekan dan kurang berpuas hati terhadap
pengasuh atau warden dalam melaksanakan peraturan di asrama. Selain itu,
anak-anak yatim di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam Negeri
Johor juga telah dikenalpasti menghadapi masalah kurang mendapat perhatian
dan kasih-sayang daripada pengasuh atau ahli keluarga terdekat. Kajian
Norasiah (1994) turut menyokong kajian ini apabila 80 peratus responden yang
terdiri daripada anak-anak yatim menyatakan bahawa mereka memerlukan kasih
sayang dalam kehidupan seharian mereka. Menurutnya lagi, faktor pengabaian
kasih sayang daripada penjaga atau kedua ibu bapa ini akhirnya mengakibatkan
golongan anak-anak yatim ini berasa terabai dan hidup dalam keadaan tertekan.
Kajian ini turut di sokong oleh Chiam dan Nik Aziz (1982) yang pernah
menjalankan kajian terhadap 977 orang pelajar sekolah tingkatan dua dan empat
di lima buah sekolah di Kuala Lumpur, Kelang dan Kajang. Hasil kajian mereka
mendapati bahawa remaja yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ibu
bapa akan berkecenderungan mempunyai sifat sensitif, mudah tersinggung dan
pendiam. Sifat sensitif dan mudah tersinggung ini akhirnya boleh memberi
tekanan kepada anak-anak yatim sekiranya permasalahan emosi yang dialami
oleh mereka tidak ditangani. Oleh yang demikian, kajian ini selaras dengan
dapatan kajian pengkaji yang mendapati bahawa anak-anak yatim memang
mempunyai masalah yang berkaitan dengan emosi seperti keperluan terhadap
kasih sayang, mereka memerlukan tempat untuk berkongsi masalah dalam hidup
dan tempat untuk mengadu jika ada sebarang masalah dalam hidup.
8

Hasil kajian ini adalah selaras dengan kajian Hurlock (1978) yang mendapati
bahawa
anak-anak
yatim
terpaksa
membuat
perubahan
radikal
serta
penyesuaian dengan individu yang menjaga mereka selepas kehilangan keduadua ibu bapa mereka. Selain itu, hasil kajian ini juga menyokong dapatan kajian
Fried Lander (1963) yang mendapati bahawa terdapat gangguan perkembangan
personaliti di kalangan anak-anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim dalam
berhadapan dengan peraturan-peraturan asrama yang telah ditetapkan oleh
pihak institusi. Perbezaan perubahan suasana tempat tinggal antara di rumah
dengan di institusi mungkin merupakan antara faktor yang menyumbang
ketidakselesaan dari segi emosi di kalangan anak-anak yatim dalam kajian ini,
lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan individu yang tidak
dikenali berbanding ahli keluarga mereka. Tambahan pula, Storm et al (1988)
menyatakan bahawa remaja merupakan zaman yang penuh dengan ‘krisis
identiti’ di mana mereka sentiasa tercari-cari siapakah diri mereka yang sebenar
sehingga mewujudkan konflik emosi. Dapatan pengkaji turut menyokong hasil
kajian Black (1984), Nor ‘Izam (1999) dan McGregor (2002) yang mendapati
bahawa anak-anak yatim yang mengalami kematian ibubapa mereka akan
mengalami gangguan emosi. Selain itu, dapatan pengkaji juga menyokong hasil
kajian Hurlock (1974) yang menunjukkan bahawa terdapatnya masalah emosi
seperti mudah putus-asa, kurang kawalan diri dan rendah diri dalam kehidupan
mereka. Kajian oleh Rice (1979) dalam Abdul Shukor Nordin (1995) juga selaras
dengan dapatan kajian ini dengan mengenalpasti bahawa anak-anak yatim di
asrama lebih cenderung menghadapi masalah gangguan emosi, perhubungan
dan penyesuaian diri. Walau bagaimanapun, kajian Black (1978) yang mendapati
bahawa anak-anak yatim lebih cenderung mendapat kecelaruan psikiatrik dalam
kedua-dua alam kehidupannya iaitu pada masa kanak-kanak dan dewasa
berbanding kanak-kanak yang masih mempunyai kedua ibubapa serta kajian
Barnes & Prosen (1985) pula menunjukkan bahawa anak-anak yatim yang
berumur 10 hingga 15 tahun mengalami perasaan kemurungan yang paling
tinggi adalah bertentangan dengan dapatan pengkaji. Ini kerana anak-anak yatim
yang menjadi sampel dalam kajian ini adalah masih mampu berfungsi secara
9

normal dengan berfikir serta melakukan perubahan diri secara positif melalui
pendekatan kaunseling kelompok.
Dalam kajian ini, pengkaji juga mendapati bahawa anak-anak yatim bukan
sahaja menghadapi masalah kurang mendapat perhatian dan kasih-sayang
daripada pengasuh atau pentadbiran asrama, bahkan juga daripada ahli
keluarga terdekat. Keadaan ini kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor
seperti kewangan, tempoh masa dan sebagainya yang menjadi kesukaran
kepada ahli keluarga terdekat untuk mengunjungi mereka di asrama. Selain itu,
komuniti yang agak besar di asrama mungkin menimbulkan kesukaran kepada
pihak pengasuh, warden atau pengurusan asrama untuk memberikan perhatian
dan kasih-sayang sepenuhnya kepada mereka. Dapatan pengkaji telah
menyokong kajian Raimah (2003) yang mendapati bahawa anak-anak yatim
tidak dapat diberikan kasih-sayang seperi keluarga di rumah sendiri serta kajian
Kuljinder (1998) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak di dalam institusi
menunjukkan kekurangan kasih-sayang daripada kedua ibubapa, terasa
diabaikan dan lebih cenderung mengalami gangguan emosi berbanding kanakkanak yang tidak ditempatkan di institusi.
Cara-cara Menangani Masalah Emosi Di Kalangan Anak Yatim Melalui
Pendekatan Kaunseling Kelompok Di Asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim
Islam Negeri Johor.
Perubahan sikap
Dapatan pengkaji menunjukkan bahawa antara cara-cara yang dilakukan oleh
anak-anak yatim bagi menangani masalah emosi dalam kaunseling kelompok
ialah melakukan perubahan sikap, melatih diri supaya menerima dan
menghormati rakan-rakan, bersikap jujur dan ikhlas. Hasil kajian ini turut
disokong oleh kajian Ariffin (1986) yang mendapati bahawa anak-anak yatim
mempunyai sikap yang positif dalam hidup. Ariffin (1986) telah membuat kajian
10

perbandingan penghargaan kendiri dan pencapaian akademik di kalangan anakanak yatim dengan pelajar-pelajar yang mempunyai ibu bapa. Kajian beliau
mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai sikap dan pemikiran yang
positif dalam hidup. Mereka juga mempunyai konsep kendiri yang positif,
mempunyai mekanisme bela diri yang positif dan mempunyai kecenderungan
untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Buktinya hasil kajian ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pencapaian
akademik dikalangan anak-anak yatim dan anak-anak yang mempunyai ibubapa.
Ini bermakna hasil kajian ini menunjukkan anak-anak yatim mempunyai tahap
pencapaian akademik yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar yang
mempunyai ibubapa.
Kajian ini turut mempunyai persamaan dengan hasil kajian Hetherington (1972)
yang menyatakan bahawa anak-anak yatim mempunyai potensi untuk
mengalami perubahan sikap dan tingkahlaku. Menurutnya, tingkahlaku anakanak yatim sebenarnya mengalami perubahan. Mereka boleh berubah sikap
daripada sikap negatif kepada positif atau sebaliknya. Menurutnya lagi,
tingkahlaku anak-anak yatim ini amat bergantung kepada faktor luaran seperti
pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Maka keadaan ini selaras dengan
kajian pengkaji yang menunjukkan bahawa anak-anak yatim sebenarnya boleh
berubah sikap daripada tingkahlaku negative kepada positif. Ini bermakna jika
anak-anak yatim sebelum ini mempunyai konsep kendiri yang negatif, tetapi
dengan pengaruh rakan sebaya, guru, kaunselor, dan sebagainya mereka boleh
berubah diri kepada tingkahlaku yang positif dan mempunyai konsep kendiri
yang positif.
11

Hubungan mesra

ialah menjalinkan hubungan baik dan mesra dengan pengasuh dan rakanrakan. Kajian ini turut disokong oleh Jamaluddin (1987) yang telah menjalankan
kajian pembentukan tingkahlaku asertif di kalangan kanak-kanak yatim di
Rumah Anak-anak Yatim Seri Cempaka melalui asertif. Hasil kajian ini
menunjukkan anak-anak yatim mempunyai hubungan yang mesra dengan
kakitangan pusat penjagaan, para pegawai, dan kaunselor. Mereka mempunyai
sikap asertif dalam hubungan komunikasi antara perseorangan. Maka jelas
bahawa anak-anak yatim mempunyai hubungan interpersonal yang positif
dengan kakitangan pusat penjagaan, tidak berasa rendah diri dan bersikap
asertif dalam komuikasi harian mereka.
Begitu juga dengan kajian Mohd Fadzil (1987) yang melihat anak-anak yatim dari
aspek asertif dalam perhubungan dengan rakan sebaya, pegawai dan
kakitangan di pusat penjagaan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa anak-anak
yatim mempunyai sikap asertif dalam perhubungan dengan rakan sebaya,
pegawai dan kakitangan pusat penjagaan. Ini bermakna hasil kajian pengkaji
mempunyai persamaan dengan kajian Jamaluddin (1987) dan Mohd Fadzil
(1987) yang menunjukkan dengan jelas bahawa anak-anak yatim tidak berasa
rendah
diri,
introvert
dan
mempunyai
komunikasi
yang
asertif
dalam
perhubungan dengan rakan sebaya, para pegawai dan kakitangan pusat
penjagaan tersebut.
Kajian pengkaji turut di sokong oleh Raimah (2003) yang mengkaji 80 orang
anak-anak yatim terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar
perempuan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa secara keseluruhan tahap
konsep kendiri di kalangan anak-anak yatim berada pada tahap sederhana.
Maka kajian ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak yatim mempunyai
perhubungan yang positif antara pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun
12

mereka tiada ibubapa tetapi dari segi perhubungan interpersonal dan komunikasi
mereka tiada masalah dari segi pergaulan social dan hidup bermasyarakat. Ini
kerana bagi mereka melalui perhubungan interpersonal dan komunikasi yang
baik akan membolehkan mereka untuk hidup saling bantu membantu, tempat
untuk meluahkan masalah dan perasaaan yang terpendam dan berkongsi setiap
permasalahan baik kepada rakan sebaya, kaunselor, para pegawai mahu pun
pengetua asrama kebajikan anak-anak yatim tersebut.
Meningkatkan disiplin diri
Di samping itu, anak-anak yatim juga telah berusaha mendisiplinkan diri dengan
mematuhi peraturan di asrama. Kesungguhan anak-anak yatim bagi menjalinkan
hubungan yang baik dan mesra dengan pengasuhnya adalah selaras dengan
dapatan kajian Forehand et al (1999) yang menunjukkan bahawa pengasuh
yang baru merupakan orang yang memberikan kestabilan suasana baru
terhadap kehidupan anak-anak yatim. Keadaan ini disebabkan oleh anak-anak
yatim yang tinggal berjauhan dengan ahli keluarga mereka menyebabkan kasihsayang dan perhatian amat diperlukan daripada pengasuh.
Kajian ini turut disokong oleh Mansor (1989) yang telah menjalankan kajian
untuk melihat konsep kendiri anak yatim mengikut jantina dan umur mereka.
Kajian ini berbentuk deskriptif di jalankan di asrama anak yatim negeri Johor.
Responden terdiri daripada 50 orang anak yatim yang terdiri daripada 25 orang
anak yatim lelaki dan 25 orang anak yatim perempuan berumur 12 sehingga 15
tahun. Hasil kajian ini mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai konsep
kendiri yang positif seperti mahukan layanan yang baik daripada penjaga,
inginkan kemudahan dan keperluan asas dalam hidup. Ini bermakna anak-anak
yatim juga mempunyai peribadi yang positif dalam hidup seperti kanak-kanak
yang mempunyai ibubapa, mempunyai disiplin diri yang tinggi dan inginkan
kejayaan dalam kehidupan seharian mereka.
13

konsep kendiri di kalangan anak-anak yatim berada pada tahap sederhana. Hasil
ujian t mendapati bahawa tiada terdapat perbezaan tahap konsep kendiri antara
jantina dan tempat asal mereka. Skor min dan Anova sehala juga menunjukkan
tidak wujud perbezaan signifikan tahap konsep kendiri anak yatim dari aspek
tahap pendidikan sama ada sekolah rendah, PMR dan SPM.Maka kajian ini jelas
menunjukkan bahawa anak-anak yatim mempunyai konsep kendiri yang positif
Kajian ini turut disokong oleh Norazani Md Zain (1993) yang melihat perbezaan
personaliti antara remaja yang tinggal di Institut Kebajikan dengan yang tinggal
bersama
ibubapa.
Keputusan
keseluruhan
menunjukkan
tidak
terdapat
perbezaan ciri-ciri personaliti bagi kedua kelompok remaja tersebut. Ini
bermakna anak-anak yatim juga mempunyai personaliti diri yang positif seperti
kanak-kanak yang mempunyai ibubapa. Justeru itu, sudah tentulah mereka
mempunyai disiplin diri, mempunyai motivasi dan inginkan kejayaan dalam
hidup. Sebagaimana yang telah dijelaskan, walaupun mereka tiada ibubapa
namun itu bukanlah bermakna mereka bersikap negatif dalam hidup, sebaliknya
mereka perlu mempunyai pembentukan diri yang positif dalam hidup.
Selain itu, pendekatan kaunseling kelompok yang digunakan dalam kajian ini
amat membantu anak-anak yatim menangani permasalahan emosinya. Dengan
membuat rancangan yang terperinci, kaunseling kelompok dapat ditawarkan
kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan emosi secara lebih berkesan
dan bertujuan (May dan Housley, 1996).
Peringkat pemilihan ahli kelompok,
tempat dan masa perjumpaan, keahlian, bilangan ahli dan kekerapan pertemuan
adalah merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan kelompok
dalam kajian ini. Daripada pemerhatian pengkaji juga, kemahiran dan teknik
kaunseling yang digunakan oleh kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling
kelompok turut mempengaruhi perubahan kesan positif terhadap anak-anak
14

yatim. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang telah digunakan adalah
berasaskan kejayaan dalam perhubungan kaunseling seperti mendapatkan
kerjasama ahli kelompok dalam membina perhubungan, menstruktur, memberi
maklumbalas, mendengar, menyatakan semula, berempati, melayan, memberi
perhatian, dorongan minima, konfrantasi, parafrasa, menyoal dan merumuskan
di samping mengadakan beberapa aktiviti bagi membantu proses perkembangan
kaunseling kelompok.
Kesan yang dialami anak-anak yatim melalui pendekatan kaunseling
kelompok
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat krisis atau konflik
pada peringkat awal kaunseling kelompok, namun terdapat kesan-kesan positif
yang diperolehi oleh anak-anak yatim melalui pendekatan ini setelah melalui
keempat-empat sesi dengan bimbingan kaunselor. Menurut Rogers (1979),
perluahan perasaan negatif adalah merupakan satu cara untuk menguji
kepercayaan atau kebebasan ahli kelompok. Antara kesan positif yang diperolehi
oleh mereka ialah anak-anak yatim lebih bersikap terbuka, saling bekerjasama
antara satu sama lain, belajar berdikari serta menunjukkan perubahan tingkah
laku yang positif. Di samping itu, anak-anak yatim juga semakin menunjukkan
peningkatan keyakinan diri walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga mereka.
Mereka juga mula menunjukkan hubungan mesra dengan pengasuh, warden
atau penghuni yang lebih tua daripada mereka.
Dapatan pengkaji adalah selaras dengan kajian Mansor (1989) yang mendapati
bahawa tidak kesemua anak-anak yatim mempunyai konsep kendiri yang negatif
asalkan mereka mendapat kemudahan, keperluan dan layanan yang sempurna
sebagaimana kanak-kanak yang masih mempunyai ibubapa. Maklumbalas positif
yang ditunjukkan oleh pengasuh, warden atau penghuni yang lebih tua daripada
mereka di asrama adalah selaras dengan dapatan kajian Foster dan Makufa
15

(1995) yang menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat telah menunjukkan
sikap menolong yang tinggi terhadap anak-anak yatim.
Kajian Norasiah (1994) jelas menunjukkan bahawa sebanyak 97.71% anak-anak
yatim bersetuju bahawa mereka seharusnya bersikap terbuka dalam hubungan
dan komunikasi dengan rakan sebaya dan kakitangan pusat penjagaan. Bersifat
terbuka bermakna mereka bersedia menerima kritikan positif atau negatif
daripada sesiapa dan juga masyarakat. Dengan bersifat terbuka maka anakanak yatim tiada mempunyai masalah hubungan dan komunikasi dengan rakan
sebaya dan kakitangan pusat penjagaan.
Di samping itu, Norasiah (1994) juga mendapati bahawa anak-anak yatim
menunjukkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Sikap saling
bekerjasama ini penting kerana dapat meringkan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Mereka sering bekerjasama dalam soal pelajaran, kewangan dan
menyelesaikan sesuatu masalah. Remaja yang senior misalnya akan membantu
remaja yang junior dalam perhubungan di asrama. Dengan adanya konsep
sebegini sudah tentulah anak-anak yatim yang dtinggal di pusat berkenaan dapat
hidup dalam keadaan rukun damai, harmoni dan bahagia.
Kajian Norasiah (1994) turut mendapati anak-anak yatim hidup dalam keadaan
hormat-menghormati antara rakan sebaya, kakitangan dan pegawai di pusat
penjagaan berkenaan. Dengan adanya perasaan hormat menghormati, maka
setiap masalah yang dihadapi oleh mereka dapat ditangani dengan mudah dan
muhibah. Walaupun di pusat berkenaan, anak-anak yatim terdiri ddaripada
kalangan berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, dan juga terdiri daripada
peringkat umur 1 bulan sehingga 21 tahun. Namun, warga pusat penjagaan
berkenaan hidup bagaikan satu keluarga. Setiap bangsa dapat berkongsi
masalah, kebendaan dan saling memahami antara satu sama lain. Apatah lagi,
konsep remaja senior membantu remaja junior menyebabkan hubungan mereka
seperti ‘adik beradik’. Keadaan ini mengakibatkan mereka saling sayang
16

menyayangi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, jelaslah sekiranya ada
di antara mereka yang akan diambil oleh keluarga angkat kelak, ada diantara
mereka akan berasa sedih dan tidak dapat menerima keadaan kerana akan
dipisahkan. Mereka yang tinggal lama di pusat penjagaan anak-anak yatim
berkenaan mempunyai perasaan bagaikan satu keluarga yang hidup sayang
menyayangi antara satu sama lain.
Dapatan pengkaji juga menyokong kajian Musa (1991) dan Abdul Munaim (1991)
yang menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif dari segi konsep kendiri
melalui pendekatan kaunseling kelompok. Pendekatan kaunseling kelompok
yang memberi peluang kepada ahli-ahli kelompok untuk bertukar-tukar
pandangan dan berbincang antara satu sama lain dengan bimbingan kaunselor
telah membantu perubahan positif di kalangan anak-anak yatim dalam kajian ini.
Tambahan pula, Corey dan Corey (1977) telah menyatakan bahawa faedah
menyertai kaunseling kelompok adalah dapat memberikan peluang kepada
setiap pelajar membuat penyesuaian diri sama ada dari segi sosial, emosi,
akademik dan persekitaran.
CADANGAN
Berdasarkan
dapatan
dan
rumusan
kajian
tersebut,
pengkaji
telah
menyenaraikan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh mereka
yang terlibat dengan anak-anak yatim seperti Jawatankuasa Pentadbir
Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam, penyelia, pengasuh, sekolah,
kaunselor, guru pembimbing dan lain-lain pihak yang mungkin terlibat sama ada
secara langsung dan tidak langsung terhadap anak-anak yatim seperti :
1.
Anak-anak yatim yang tinggal di asrama memerlukan perhatian dan kasihsayang serta penjagaan yang sempurna memandangkan latar belakang
mereka yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja.
Sebahagian besar mereka amat memerlukan sokongan dan moral yang
17

meliputi aspek fizikal, emosi, rohani dan jasmani dalam kehidupan
mereka. Oleh itu, adalah amat penting bagi mereka yang terlibat secara
langsung dengan penyeliaan dan pengasuhan anak-anak yatim ini
digalakkan mempunyai pengetahuan tentang psikologi perkembangan
kanak-kanak dan remaja serta memahami keperluan mereka. Dengan
adanya pengetahuan tersebut, bukan sahaja akan dapat meningkatkan
kualiti penyeliaan dan pengasuhan terhadap anak-anak yatim, bahkan
juga mewujudkan satu hubungan yang mesra dan erat dengan anak-anak
yatim yang sememangnya memerlukan bimbingan dan kasih-sayang.
2.
Kewujudan Unit Kaunseling yang terdiri daripada kaunselor dan guru
bimbingan terlatih di setiap Asrama Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim
Islam di negara kita perlu diadakan segera bagi membantu dan
membimbing anak-anak yatim yang menghadapi pelbagai masalah yang
sudah pastinya boleh menjejaskan emosi mereka sama ada melalui
pendekatan kaunseling kelompok, kaunseling individu ataupun programprogram perkembangan yang berkualiti. Adalah digalakkan sekiranya
kaunselor dan guru bimbingan tersebut hendaklah benar-benar terlatih
dengan pengetahuan dan kemahiran kaunseling bagi membantu mereka.
Di samping itu, kewujudan Unit Kaunseling juga dapat memudahkan
anak-anak yatim mendapatkan tempat rujukan untuk berkongsi masalah
kerana berada dalam lingkungan tempat yang sama.
3.
Keperluan pendekatan kaunseling kelompok dalam membantu menangani
masalah emosi di kalangan anak-anak yatim haruslah dijadikan sebagai
salah satu pendekatan penting bagi membantu membimbing anak-anak
yatim yang menghadapi berbagai jenis masalah emosi. Pendekatan
kaunseling kelompok amat membantu kerana ianya mewujudkan
perkongsian maklumat dan pandangan
sesama ahli di samping
mempercepatkan proses tindakan kerana menerima dorongan serta
galakan daripada ahli lain (Corey, 1998).
18

4.
Pihak keluarga terdekat, khususnya seperti ibu atau saudara-mara anakanak yatim seharusnya tidak mengabaikan mereka apabila telah
ditempatkan di asrama. Sebaliknya, mereka hendaklah memperkukuhkan
ikatan kasih-sayang yang berterusan dan konsistan di samping tidak
menyerahkan sepenuhnya tugas dan tangggungjawab mereka kepada
pihak asrama.
5.
Pihak-pihak yang terlibat dalam penyeliaan dan pengasuhan anak-anak
yatim
perlulah
bersifat
lebih
peka
dalam
mewujudkan
suasana
keharmonian dan penyayang kepada anak-anak yatim di asrama.
Pengukuhan positif hendaklah diberikan dari semasa ke semasa kepada
mereka agar anak-anak yatim ini tidak mengalami perasaan kesunyian
dan terpencil daripada masyarakat sekeliling.
6. Walaupun terdapat pelbagai program yang telah didedahkan kepada
anak-anak yatim seperti kursus bina insan, kemahiran belajar dan lain-lain
oleh pihak pengurusan, namun pengisian yang didedahkan kepada
pelajar-pelajar hendaklah mempunyai kualiti serta bersifat berterusan bagi
membantu membina emosi yang kental dan positif di kalangan anak-anak
yatim.
KESIMPULAN
Pendekatan kaunseling kelompok merupakan satu bentuk pendekatan yang
perlu dilaksanakan bagi membantu menangani masalah emosi yang dihadapi
oleh anak-anak yatim. Kaunselor atau guru bimbingan yang terlatih perlu
mempunyai kesedaran untuk menggunakan pendekatan kaunseling kelompok
kerana ianya boleh disifatkan sebagai satu usaha pertolongan dan bimbingan
yang bukan sahaja diperolehi oleh anak-anak yatim daripada kaunselor, bahkan
melalui sokongan dan bantuan daripada ahli-ahli kelompok yang lain. Walaupun
19

melibatkan diri serta membantu anak-anak yatim bukanlah satu perkara yang
agak
mudah,
namun
begitu
berdasarkan
pandangan
pengkaji,
jelas
menunjukkan bahawa anak-anak yatim telah menunjukkan satu perubahan
tingkahlaku
yang
positif
dengan
menggunakan
pendekatan
kaunseling
kelompok. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar hasil dapatan kajian ini telah
dapat menyumbangkan kepada pelbagai pihak dan juga pengkaji-pengkaji lain
untuk membantu anak-anak yatim dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran
agar mereka mampu menjadi insan yang tabah serta berjaya dalam kehidupan
mereka.
RUJUKAN
Black, D. 1978. The Bereaved Child. Journal of child psychology, psyhiatry and
allied diciplines. 19 (13) 287-292.
Black, D. 1984. Sundered families. The Effect of loss A Parent Adoption and
Fostering. Journal of Child Psychology, Psychiatry and Allied Diciplinies.
8(2), 38-43.
Bowiby, J. 1972. Child Care and The Growth of Love. (2nd Ed) London. Penguin
Books.
Che Zaharah Che Mat. 1992 Konsep Kendiri dan Perolehan Kerjaya Anak Yatim.
Kertas projek yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.Tesis
Sarjana Muda.
Corey, G. 1977. Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy.
California Cole Publishing Co.
Foster, G. and Makufa, C. 1997. Perceptions Of Children And Community
Members Concerning The Circumstances Of Orphans In Rural. AIDS Care.
9 (4). 391-416.
Fried Lander, K. 1963. The psychoanalitical approach to juvernile deliquency.
London. Routledge and Paul Kagen Ltd.
Goldforb. 1945. Effects of Psychological Deprivation in Infancy and Subsequent
Stimulation. American Journal of Psychiatry. 102, 18-33.
20

Heringhton, E.M. 1972. Effects Of Further Absence on Personality Development
in Adolesecent Daughters. Journal of Development Psychology. New
York. Plenum Press. 7 (3) 313-326.
Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. 2002 Bimbingan
dan Kaunseling Asas. Monograf. Edisi Pertama. Fakulti Pendidikan UTM,
Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. 2003.
Bimbingan dan Kaunseling Asas. Monograf. Edisi Kedua. Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Norasiah Ahmad. 1994. Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Asrama Anak-Anak Yatim di Muar, Johor. Sarjana Muda Bimbingan dan
Kaunseling. Serdang, Selangor: Universiti Pertanian Malaysia.
Yin, R.K. 1994. Case Study Research Design and Methods. Second Edition.
London. Sage Publications.
21