Hubungan penggunaan strategi pembelajara. pdf

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

H u bu n gan Pe n ggu n aan Strate gi Pe m be lajaran Bah as a d e n gan
Tah ap Pe n gu as aan Bah as a Arab
KAMARUL SHUKRI MAT TEH
NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF
MOHAMED AMIN EMBI
ZAMRI MAHAMOD
ABSTRAK
Beberapa kajian m enunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
penggunaan Strategi Pem belajaran Bahasa (SPB) dengan tahap kem ahiran dan
penguasaan bahasa (O’Malley et al. 1985a; Manghubai 1991; Wharton 200 0). Terdapat
juga kajian yang cuba m enerokai sam a ada pelajar bahasa yang berprestasi cem erlang
menggunakan SPB dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak (Green & Oxford 1995).
Oleh itu, kertas ini m em erihalkan satu kajian yang direka bentuk untuk m elihat
hubungan penggunaan SPB dengan tahap penguasaan bahasa Arab. Data kajian dikumpul
dengan menggunakan soal selidik kendiri yang diubahsuai daripada Strategy Inventory
for Language Learning (Oxford 1990) versi 7.0 dengan tam bahan satu konstruk baru.
Subjek kajian terdiri daripada 460 orang pelajar tingkatan em pat daripada sepuluh
buah sekolah m enengah agam a Terengganu (SMAT) dan tiga buah sekolah m enengah
Imtiaz di Terengganu. Ujian statistik inferensi MANOVA (aras signifikan p < 0 .05) dan

ANOVA (aras signifikan p < 0 .01) dijalankan ke atas data soal selidik bagi m enentukan
h ubu ngan ant ar a pen gu asaan bah asa den ga n penggu n aan SP B. Dapat an kajian
m enunjukkan bahawa pelajar cemerlang bahasa m enggunakan lebih banyak strategi
secara kerap berbanding pelajar sederhana dan lemah dalam ketujuh-tujuh konstruk.
Pelajar sederhana pula m enggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar lem ah
dalam ketujuh-tujuh konstruk m elainkan dalam strategi afektif.
Kata kunci: strategi pem belajaran bahasa, bahasa Arab, sekolah m enegah agam a.
ABSTRACT
Studies have indicated significant linkages betw een Language Learning Strategies
(LLS) use and language perform ance level (O’Malley et al. 1985a; Manghubai 1991;
W harton 20 0 0 ). There are studies that explore w hether good language learners
use LLS frequently and in large quantity (Green & Oxford 1995). Therefore, this paper
describes a study designed to explicate the relationship betw een LLS use and Arabic
lan gu ag e pr oficien cy lev el. Data for the st ud y w ere collected using self-r eport
questionnaires, including the adaptation Strategy Inventory for Language Learning
(Oxford 1990 ) version 7.0 w ith additional of one new construct. The sam ple w as
com prised of 460 Form 4 students from thirteen religious secondary schools in Terengganu,
Malaysia. The MANOVA (significance level p < 0 .0 5) and ANOVA (significance level
p < 0.01) statistical tests were applied on the questionnaire data to exam ine the relationship
betw een language perform ance and LLS use. The results indicate that students in higher

proficiency level used a significantly greater num ber of strategies m ore frequently than
did their counterparts in low er proficiency levels in all seven strategy constructs. The
m edium proficiency level students used a greater num ber of strategies than those in
the low proficiency level in all seven strategy constructs except in the affective strategy.
Key w ords: language learning strategy , Arabic language, Religious Secondary School.

42

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

PEN D AH U LU AN
Sem enjak awal tahun 1970-an, strategi pembelajaran dan perbezaan individu pelajar
mula m enjadi fokus utama dalam bidang penyelidikan pem belajaran bahasa kedua atau
asing (Rubin 1987). Kajian yang pada awalnya lebih tertumpu kepada produk atau hasil
pembelajaran mula beralih fokus kepada cara atau proses pembelajaran. Kalau dahulu
perhatian diberikan kepada guru dan pengajaran, tetapi kini pelajar dan pem belajaran
m en dapat lebih tu m puan. Hasiln ya, salah satu bidang pen yelidikan pem belajar an
bahasa yang sangat subur dan aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah strategi
pem belajaran bahasa (SPB).
Beberapa penyelidikan telah berjaya mengenal pasti ciri pelajar cem erlang bahasa (PCB)

(Rubin 1975; Stern 1975). Mereka sentiasa m em praktikkan SPB tertentu atau dalam
bentuk kom binasi secara konsisten. Strategi pem belajaran yang sesuai sering kali
didapati m em punyai hubungan yang signifikan dengan kecem erlangan prestasi bahasa
(Green & Oxford 1995; Griffiths 20 03). Malah, salah satu faktor yang m em bezakan
kecemerlangan antara dua pelajar yang sam a pandai dan diajari oleh guru yang sama
ialah penggunaan strategi belajar yang betul, sesuai dan berkesan. Dengan kata lain,
mereka yang melaksanakan SPB secara kerap dan pelbagai lebih berjaya untuk menguasai
bahasa sasaran.
LATAR BELAKAN G KAJIAN
Satu perkara biasa dalam pem belajaran bahasa adalah terdapat sebilangan pelajar yang
sentiasa berjaya berbanding para pelajar lain (Song 20 0 4). Kejayaan ini boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk. Contohnya, kem ajuan mereka adalah cepat, m udah m enguasai
perkataan atau ayat baru, atau sering mencapai keputusan yang baik dalam ujian bahasa.
Di sam pin g keb oleh an sem u la jadi, di san a t er dapat beber ap a fakt or yan g boleh
m en jelaskan fenom en a ini. Salah sat u fakt or t er sebu t ia lah penggu n aa n st r at egi
pem belajaran bahasa (Cham ot 1993; Dreyer & Oxford 1996).
Para pelajar di sem ua peringkat dan tahap pendidikan m enggunakan strategi ketika
mempelajari bahasa kedua. Namun begitu, perbezaan mereka adalah terletak pada cara
pen ggun aan SPB, seperti pem ilihan jen is strategi dan kekerapan pen ggun aann ya.
Beberapa kajian menunjukkan pelajar efektif m enggunakan pelbagai jenis strategi yang

sesuai secara kerap dengan penuh tekad dan azam (Oxford & Nyikos 1989). Lantaran
itu, m emaham i peranan strategi khususnya daripada pelajar cemerlang bahasa adalah
tersangat penting bagi m engenal pasti punca kejayaan pembelajaran. Nam un begitu,
realiti m enunjukkan m ajoriti pelajar tidak dapat berkongsi pengalam an dengan pelajar
cem erlang dalam penggunaan strategi (Oxford et al. 1989). Ini disebabkan pelajar
cemerlang kurang m enceritakan tentang strategi pembelajaran mereka dan sebahagian
strategi mereka tidak dapat diperhatikan. Selain itu, para guru kebiasaannya tidak tahu
bagaim ana para pelajar m ereka m em pelajari bahasa (Bialystok 1985; O’Malley et al.
1985a; O’Malley et al. 1985b; Oxford & Crookall 1989; Park 1997). Akibatnya, tanpa
disedari gu ru akan m enggu nakan gaya dan st rategi pengajar an yang barangkali
berlawanan dengan gaya dan strategi pem belajaran pelajar. Oleh itu, kajian tentang
SPB dilihat amat penting bagi menyelesaikan m asalah ini dan sekaligus m elicinkan
proses pem belajaran.
Beberapa kajian m engenai hubungan SPB dengan penguasaan bahasa m enunjukkan
strategi pembelajaran memberi kesan positif terhadap prestasi bahasa. Pelajar cemerlang

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

43


m enggu nakan pelbagai st rategi (Oxford & Bu rr y-Stock 19 95; Oxfor d 20 0 1) dan
m engkoordinasi penggunaan strategi secara lebih efektif berbanding pelajar lem ah
bahasa (Vann & Abraham 1990). Ia berpotensi untuk m enjadi alat pem belajaran yang
sangat berkuasa (O’Malley et al. 1985a). J usteru, guru, pelajar dan pengkaji bahasa harus
memberi perhatian terhadap SPB demi kejayaan pembelajaran bahasa. Memperbanyakkan
kajian seumpama ini akan membolehkan usaha-usaha memperbaiki prestasi penguasaan
bahasa Arab yang dikatakan semakin menurun itu (Nik Mohd Rahimi 1999; Wan Abrisam
200 2; Saupi 20 0 3; Kam arulzaman et al. 20 0 5; Nasimah 20 06) bertambah berkesan,
sekaligus m enjadikan pem belajaran bahasa Arab di Malaysia lebih efektif, dinam ik,
m enarik dan sem asa.
Seperti yang dinyatakan dahulu, kajian awal tentang pelajar cemerlang bahasa (Rubin
1975; Stern 1975; Naim an et al. 1978) cuba m engenal pasti strategi-strategi yang
digunakan oleh pelajar berjaya dengan idea ia boleh diajar kepada pelajar yang lemah.
Kajian tersebut m enunjukkan terdapat hubungan antara penguasaan bahasa dengan
penggunaan SPB. Kemudiannya, pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji
secara mendalam tentang hubungan tersebut. Sebahagian kajian cuba m enerokai sama
ada pelajar bahasa yang berprestasi cem erlang m enggunakan SPB dengan kerap dan
dalam jum lah yang banyak (Green & Oxford 1995). Sebahagian yang lain m engkaji
sam a ada jum lah dan kekerapan penggunaan SPB m enyum bang ke arah kem ajuan
kemahiran bahasa (Park 1997). Manakala yang lain pula tertumpu kepada hubungan

sebab dan akibat yang menunjukkan penggunaan strategi dan tahap penguasaan bahasa
adalah saling bertim bal balas antara satu sam a lain (Brem ner 1999). Kajian-kajian
tersebut melaporkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan SPB dengan
tahap kem ahiran dan penguasaan bahasa (O’Malley et al. 1985a; Manghubai 1991; Green
& Oxford 1995; Wharton 200 0). Penyelidikan tersebut boleh dibahagikan kep ada tiga
jenis m enurut pendekatan yang digunakan dalam m enilai penguasaan bahasa, iaitu
(i) ujian kem ahiran dan pen gu asaan (Green & Oxford 1995; Brem ner 1999; Phakiti
20 0 3), (ii) u jian kem asukan dan pen em p at an (Ku 1995; Sh eor ey 1999), dan (iii)
pem er ingkat an kendiri terhadap penguasaan (Oxford & Nyikos 1989; Wharton 2000).
Walau pu n dem ikian , dat a yan g m en er an gkan sen ar io yan g d ih asilkan m elalu i
penyelidikan SPB dalam konteks pem belajaran bahasa Arab adalah kurang. Kesukaran
untuk m em perihalkan corak hubungan penguasaan bahasa dengan penggunaan SPB
semasa mempelajari bahasa Arab adalah ketara. Oleh itu, kajian seumpama ini hendaklah
diteruskan, terutam anya pada latar bahasa, budaya, dan populasi yang berbeza (Green
& Oxford 1995; Park 1997; Moham ed Amin 2000 ; Wharton 200 0). Tam bahan pula,
faktor perbezaan individu yang terdapat dalam kalangan m ereka yang m em pelajari
bahasa Arab di Malaysia adalah dilingkungi oleh latar bahasa dan persekitaran yang
unik. Aspek keagamaan, budaya setem pat dan kedudukan bahasa Arab pada kaca mata
pelajar turut m encorakkan penggunaan strategi pem belajaran. Selain itu, perbezaan
jenis bahasa dari segi linguistik dan ortografi turut mem pengaruhi penggunaan strategi

dalam pem belajaran bahasa sasaran (Grabe 1986). Keadaan ini dapat dilihat dalam
pem belajaran bahasa Arab di Malaysia. Perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa
Arab dari segi linguistik dan ortografi m enjadikan kajian SPB dalam pem belajaran
bahasa Arab di Malaysia perlu dilakukan.
Berdasarkan senario ini, bidang SPB haruslah diberi laluan untuk m enyum bangkan
sesuatu yang berm akna dalam pem belajaran bahasa Arab. Sudah sekian lam a bidang
pendidikan bahasa Arab m em beri tum puan terhadap kurikulum, m etodologi pengajaran
dan guru. Kini telah sampai m asanya, walaupun barangkali agak sedikit terlewat kajian-

44

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

kajian yang cuba m enerobos diri pelajar untuk mendapat m aklum at tentang cara dan
strategi pembelajaran mereka diberi keutamaan.
TU JU AN KAJIAN
Berdasarkan per nyataan m asalah yan g dibincangkan , kajian ini m em punyai dua
tu juan utam a, iaitu seperti berikut:
1. Mengkonsepsikan pola penggunaan SPB oleh pelajar sekolah m enengah agam a
berdasarkan tahap penguasaan bahasa Arab.

2. Mengenal pasti sam a ada terdapat perbezaan signifikan dalam penggunaan SPB
dalam kalangan pelajar sekolah m enengah agam a berdasarkan tahap penguasaan
bahasa Arab.
METOD OLOGI
1. Re ka Be n tu k Kajian
Kajian kuantitatif ini dijalankan di sekolah-sekolah m enengah agam a di Terengganu.
Kajian m elibatkan pelajar tin gkat an em pat di 10 bu ah sekolah m enengah agam a
Terengganu (SMAT) yang ditadbir oleh Bahagian Pendidikan, J abatan Hal Ehwal Agama
Terengganu, dan tiga buah sekolah m enengah Im tiaz (IMTIAZ) yang di tadbir oleh
Yayasan Terengganu. Berdasarkan J adual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan
(1970 ), bilangan sam pel yang diperlukan dalam kajian ini (yang m em punyai jum lah
p op u lasi 1691 or an g) ad alah ser am ai 313 or an g. Bagi m en in gkat kan ket ep at an
penyelidikan, maka seram ai 460 orang sampel telah dipilih. Tahap penguasaan bahasa
Arab mereka telah ditentukan berdasarkan gred Bahasa Arab Kom unikasi (BAK) PMR.
Setiap gred penguasaan BAK diwakili oleh 92 orang pelajar yang terdiri daripada 46
orang pelajar lelaki dan 46 orang pelajar perem puan.
2 . In s tru m e n Kajian
Instrum en soal selidik digunakan bagi m engum pul m aklum at tentang penggunaan
strategi pem belajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah m enengah agam a.
Soal selidik tersebut dibina berdasarkan gagasan yang terdapat dalam Strategy

Inventory of Language Learning (SILL) versi 7.0 (Oxford 1990 ). Sebanyak 60 item
telah digunakan bagi m engum pul m aklum at yang dikehendaki. 50 item daripadanya
adalah diam bil daripada item -item SILL versi 7.0 dan 10 item yang lain adalah dibina
oleh pengkaji.
Selain enam konstruk yang terdapat dalam SILL (seperti m em ori, kognitif, tam pungan,
metakognitif, sosial dan afektif), pengkaji juga telah m enam bahkan satu konstruk yang
dinam akan sebagai Metafizik. Konstruk ini dibina hasil daripada penelitian keumuman
tabii pembelajaran bahasa Arab dan keunikan tingkah laku pembelajaran bahasa tersebut
di Malaysia (Kam arul Shukri 20 0 6). Bahasa adalah sebahagian daripada budaya dan
budaya adalah sebahagian daripada bahasa. Kedua-duanya saling berkait dan tidak boleh
dipisahkan tanpa menjejaskan kesignifikan salah satu daripadanya (Brown 1994). Ikatan
hubungan ini semakin kuat apabila ia dikaitkan dengan agam a. Senario ini cukup jelas
dalam bahasa Ar ab apabila perh ubu ngan an tar a agam a, bahasa Arab dan bu daya
m erupakan hubungan tim bal balas yang tidak boleh diceraikan. Masing-masing saling

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

45

m em ber i dan m en erim a antara satu sam a lain . Keadaan ini m em pen gar uh i proses

pembelajaran pelajar beragama Islam yang mempelajari bahasa Arab dalam persekitaran
budaya dan am alan keagam aan di-praktikkan.
3 . An alis is D ata
Bagi m engkonsepsikan pola penggunaan SPB pelajar, gred Bahasa Arab Kom unikasi
(BAK) mereka dikodkan semula m engikut tahap penguasaan. Pelajar cem erlang bahasa
(PCB) ialah m ereka yang mem peroleh gred A dalam m ata pelajaran BAK PMR. Pelajar
sederhana bahasa (PSB) pula adalah m ereka yang m endapat gred B dan C dalam
BAK PMR. Pelajar lem ah bahasa (PLB) ialah m ereka yang m endapat gred D dan E
dalam BAK PMR.
Untuk m enentukan tahap penggunaan SPB, data telah dianalisis menggunakan statistik
deskriptif. Seterusnya, nilai min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara interpretasi
yan g dicadangkan oleh Oxford (1990 ). Beliau m eletakkan kr iter ia pen ilaian tahap
penggunaan SPB seperti dalam J adual 1.
J adual 1: Interpretasi Skor Min Tahap Penggunaan SPB

D APATAN KAJIAN
Berdasarkan J adual 2, secara keseluruhan PCB merupakan kumpulan yang paling kerap
menggunakan SPB. Nam un begitu, penggunaan SPB bagi PCB berada pada tahap
penggunaan yang sederhana (M = 2.75, SP = 0 .49). Ini diikuti oleh PSB (M = 2.26,
SP = 0 .50 ) dan PLB (M = 1.96, SP = 0 .44) di m ana pengunaan SPB oleh kedua-dua

kum pulan tersebut berada pada tahap yang rendah.
J adual 2: Min dan Sisihan Piawai Penggunaan SPB
berdasarkan Tahap Penguasaan Bahasa

Dari segi kategori strategi utama SPB, strategi tam pungan, m etafizik, dan afektif adalah
merupakan tiga kategori utam a yang paling kerap digunakan oleh ketiga-tiga kum pulan

46

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

tahap penguasaan bahasa. PCB kerap m enggunakan strategi tam pungan (M = 3.59, SP
= 0 .70 ) pada tahap penggunaan yang tinggi. Ini dikuti oleh strategi m etafizik (M =
3.12, SP 0 .61), dan afektif (M = 2.65, SP = 0 .61) pada tahap penggunaan yang
sederhana. PSB turut didapati kerap menggunakan strategi tampungan (M = 2.74, SP =
0 .80 ) dan m etafizik (M = 2.72, SP 0 .71) pada tahap penggunaan sederhana.
Kem udian diikuti oleh strategi afektif (M = 2.39, SP = 0 .66) pada tahap penggunaan
yang rendah. Manakala PLB pula m enggunakan ketiga-tiga strategi tersebut secara
kerap dengan susunan frekuensi yang berbeza, iaitu strategi m etafizik (M = 2.41, SP
0 .67), tam pungan (M = 2.25, SP = 0 .73), dan afektif (M = 2.25, SP = 0 .68). Nam un
begitu, ketiga-tiga strategi utam a tersebut digunakan oleh PLB pada tahap yang
rendah. Satu dapatan diluar jangkaan ialah strategi m em ori m erupakan kategori
SPB yang paling kurang digunakan oleh ketiga-tiga kum pulan penguasaan bahasa.
J adual 3: Strategi yang Digunakan pada Tahap Kekerapan Tinggi oleh PCB

Dari segi item pula, PCB didapati m enggunakan lapan strategi pada tahap kekerapan
yang tinggi dengan m in di antara 4.26 hingga 3.55 seperti mana yang ditunjukkan oleh
J adual 3. Tidak ada satu pun daripada strategi tersebut atau selainnya telah digunakan
oleh PSB atau PLB dengan tahap kekerapan penggunaan yang tinggi. Di sam ping itu,
PCB turut m enggunakan 31 strategi lain pada tahap penggunaan sederhana. PSB pula
m enggunakan 21 strategi pada tahap penggunaan sederhana di m ana item tersebut
turut m em bentuk strategi yang p aling kerap d igunakan oleh keseluruhan sam pel (N
= 460) dengan m in penggunaannya juga berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya,
PLB pula hanya menggunakan tujuh strategi secara kerap pada tahap penggunaan
sederhana. Ketujuh-tujuh strategi tersebut juga termasuk ke dalam kum pulan strategi
yang paling kerap digunakan oleh keseluruhan sam pel. Manakala 53 strategi yang
lain pu la digunakan oleh PLB pada tahap kekerapan yang rendah.
Bagi m elihat adakah terdapat perbezaan dalam penggunaan SPB oleh pelajar sekolah
m enengah agam a berdasarkan tahap penguasaan bahasa Arab, m aka ujian MANOVA
dilaksanakan. Ujian MANOVA dijalankan bagi menguji hipotesis nol yang menyatakan:
Tidak ada perbezaan signifikan dalam penggunaan SPB berdasarkan tahap penguasaan
bahasa Arab.

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

47

J adu al 4 m en u n ju kkan t er d ap at n ya p er bezaan var ian kovar ian yan g sign ifikan
antara pem boleh ubah bersandar dengan pem boleh ubah bebas (F = 1.73, p = 0 .00 1)
(p < 0.05). Ini berm akna varian kovarian pem boleh ubah bersandar tidak homogenus
m erentasi pemboleh ubah bebas. Walau bagaimanapun, ujian MANOVA m asih boleh
dijalankan kerana kajian ini m elibatkan jum lah sam pel yang besar (n = 460 orang)
dan lebih kurang sam a yang m em ungkinkan kebarangkalian berlakunya ralat jenis 1
adalah sangat kecil (Hair et al., 1998; Tabachnick & Fidell, 20 01; Pallant, 2001; Coakes,
20 0 5).
J adual 4: Ujian Box’s M

Seterusnya, ujian Levene dijalankan untuk melihat kesam aan varian bagi setiap kategori
pem boleh ubah bersandar yang dikaji. J adual 5 m enunjukkan bahawa nilai yang
diperoleh daripada analisis yang dijalankan adalah F = 1.80 3, Sig. = 0 .166 > 0 .0 5
(m em ori); F = 2.219, Sig. = 0 .110 > 0 .0 5 (kognitif); F = 0 .782 Sig. = 0 . 458 > 0 .0 5
(tam pungan); F = 5.0 8 1, Sig. = 0 .0 0 7 < 0 .0 5 (m etakognitif); F = 1.138, Sig. = 0 .321
> 0 .0 5 (afektif); F = 4.798, Sig. = 0 .0 0 9 < 0 .0 5 (sosial); dan F = 1.0 87, Sig. = 0 .338
> 0 .05 (metafizik). Nilai signifikan pada lima pem boleh ubah bersandar, iaitu m em ori,
kognitif, tampungan, afektif, dan m etafizik adalah lebih besar daripada 0 .0 5, di m ana
ia m enu njukkan bahawa pem boleh ubah ter sebu t m em punyai var ian yang sam a.
Man akala n ilai sign ifikan pada du a pem boleh ubah bersan dar yan g lain, iaitu
m etakognitif dan sosial pula adalah lebih kecil daripada 0 .05 di m ana ia m enunjukkan
bahawa ter dapatnya perbezaan var ian pada ked ua-du a pem boleh ubah ter sebu t
(Tabachnick & Fidell, 20 0 1; Pallant, 20 0 1; Coakes, 20 0 5).
Menurut Tabachnick dan Fidell (2001) serta J ulie Pallant (2001), apabila sesebuah kajian
melibatkan jumlah sampel yang besar, maka perbezaan varian (Sig. < 0.05) tidak menjadi
halangan bagi penyelidik untuk menjalankan ujian MANOVA. Nam un begitu, mereka
mencadangkan agar dapatan MANOVA bagi pem boleh ubah yang m emiliki perbezaan
varian tersebut diuji sem ula dengan m enggunakan ujian Univariat / ANOVA (F-test)
d en ga n ca r a m en u r u n ka n n ila i a lfa 0 .0 5 kep a d a 0 .0 2 5 a t a u p u n 0 .0 1 u n t u k
m engukuhkan lagi dapatan MANOVA yang dijalankan.
J adual 5: Levene's Test of Equality of Error Variances

Ujian MANOVA dijalankan bagi mengenal pasti sam a ada terdapat perbezaan signifikan
dalam penggunaan SPB berdasarkan tahap penguasaan bahasa. Berdasarkan J adual
6, nilai yang diperoleh daripada ujian Multivariat ialah Wilks’ Lam da = 0 .629, F (14,

48

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

896) = 16.707, dan Sig. = 0.000 (p < 0.05). Nilai tersebut menunjukkan bahawa hipotesis
nol adalah ber jaya ditolak. Ini m enu njukkan bah awa terdapatnya per bezaan tahap
penggunaan SPB berdasarkan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah
m enengah agam a. Den gan perkataan lain, hasil ujian Mu ltivar iat m em aklu m kan
bahawa terdapat perbezaan signifikan pada pemboleh-pemboleh ubah bersandar (strategi
utama memori, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif, sosial, dan metafizik) merentasi
tah ap penguasaan bahasa (PCB, PSB dan PLB) sem asa m enggu nakan SPB dalam
pembelajaran bahasa Arab.
J adual 6: Analisis MANOVA Perbezaan Penggunaan SPB
berdasarkan Tahap Penguasaan Bahasa

Setelah m em per oleh kepu tusan signifikan m elalu i ujian Multivar iat, pem eriksaan
lanjutan terhadap setiap pemboleh ubah bersandar perlu dilakukan (Pallant, 2001; Coakes,
200 5). Ini bertujuan untuk m engetahui sama ada perbezaan penggunaan SPB antara
PCB, PSB dan PLB berlaku ke atas kesemua kategori utama SPB atau hanya pada kategori
yang tertentu sahaja. J adual 7 m enunjukkan hasil keputusan ujian Univariat bagi setiap
pemboleh ubah bersandar. Ia m enunjukkan perbezaan penggunaan strategi m emori,
kognitif, tampungan, m etakognitif, afektif, sosial dan m etafizik berdasarkan perbezaan
tahap penguasaan bahasa Arab (PCB, PSB dan PLB). Ujian yang dijalankan m emaparkan
nilai yang diperoleh adalah F (2, 454) = 49.45, Sig. = 0 .000 < 0 .05 (m em ori), F (2, 454)
= 67.60, Sig. = 0.000 < 0.05 (kognitif), F (2, 454) = 99.15, Sig. = 0.000 < 0.05 (tampungan),
F (2, 454) = 51.23, Sig. = 0.000 < 0.05 (metakognitif), F (2, 454) = 10.98, Sig. = 0.000 < 0.05
(afektif), F (2, 454) = 42.65, Sig. = 0.000 < 0.05 (sosial) dan F (2, 454) = 34.24, Sig. = 0.000
< 0.05 (metafizik). Nilai-nilai tersebut m enunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan
dalam penggunaan SPB pada setiap kategori strategi utama (memori, kognitif tampungan,
metakognitif, afektif, sosial, dan metafizik) oleh para pelajar sekolah m enengah agam a
berdasarkan tahap penguasaan bahasa Arab.
J adual 7: Kesan Tahap Penguasaan Bahasa Arab ke Atas
Penggunaan Kategori Utam a SPB

Mem andangkan perbezaan signifikan tersebut m elibatkan lebih daripada dua tah ap
dalam pemboleh ubah bebas (iaitu, tiga tahap penguasaan), m aka ujian Post-hoc perlu
dijalankan. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan (PCB, PSB dan PLB) m anakah
yang sebenarnya berbeza bagi setiap pem boleh ubah bersandar tersebut. J adual 8

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

49

memaparkan hasil ujian Post-hoc Bonferroni di mana perbezaan skor min antara ketigatiga tahap penguasaan bahasa adalah signifikan pada aras p < 0.05 dalam setiap kategori
strategi utam a m elainkan dalam strategi afektif. Keputusan Bonferroni m enunjukkan
tiada perbezaan signifikan antara PSB dan PLB (Sig. = 0.15 > 0.05) dalam strategi afektif.
Meskipun PCB, PSB dan PLB didapati berbeza dari segi penggunaan ketujuh-tujuh
kat egor i u t am a SPB (kecu ali dalam st r at egi afekt if d i m an a PSB d an PLB t idak
m enunjukkan perbezaan signifikan), namun kita tidak dapat m em astikan kumpulan
tahap m anakah yang m empunyai skor tertinggi. Lantaran itu, kita hendaklah m erujuk
kepada jadual Estim ated Marginal Means. J adual 9 m enunjukkan bahawa pelajar
cemerlang menggunakan lebih banyak strategi secara kerap berbanding pelajar sederhana
dan lem ah dalam ketujuh-tujuh kategori. Pelajar sederhana pula m enggunakan lebih
banyak strategi m em ori, kognitif, tam pungan , m etakogn itif, sosial, dan m etafizik
berbanding pelajar lem ah. Walaupun J adual 9 m enunjukkan terdapat perbezaan m in
antara PSB (min = 2.39) dan PLB (min = 2.25) dalam strategi afektif, nam un keputusan
Bonferroni menunjukkan bahawa ia bukanlah perbezaan yang signifikan. Malah perbezaan
min yang kecil (0.13) antara kedua-dua tahap tersebut seperti yang dipaparkan oleh
keputusan Bonferroni (rujuk Jadual 8) turut menolak andaian bahawa wujudnya perbezaan
antara PSB dan PLB dalam penggunaan strategi afektif.
J adual 8: Post-Hoc Bonferroni: Penggunaan SPB berdasarkan
Tahap Penguasaan Bahasa

Seperti yang ditunjukkan oleh hasil ujian Levene (rujuk J adual 5), terdapat dua pemboleh
ubah bersandar yang m em punyai perbezaan varian, iaitu m etakogn itif (Sig. = 0 .0 0 7
< 0.05) dan sosial (Sig. = 0 .009 < 0 .05). Meskipun kewujudan perbezaan varian tidak
menjadi penghalang bagi m eneruskan ujian MANOVA atas dasar kajian ini m elibatkan

50

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

jumlah sampel yang besar, namun begitu perbezaan tersebut perlu diuji semula dengan
m enggunakan ujian ANOVA. Ia perlu dijalankan dengan cara m enurunkan nilai alfa
0 .0 5 kepada 0 .0 25 ataupun 0 .0 1. Ujian ini adalah untuk m engukuhkan dapatan
MANOVA terhadap kedua-dua pem boleh ubah berkenaan (Tabachnick & Fidell 200 1;
Pallant, 20 0 1).
J adual 9: Perbandingan Kategori Utam a SPB berdasarkan
Tahap Penguasaan Bahasa

Berdasarkan J adual 10 yang menunjukkan hasil ujian Levene pada tahap signifikan 0.01,
maka dapat dinyatakan bahawa terdapat perbezaan varian pada pemboleh ubah bersandar
metakognitif (F = 5.081, Sig. = 0.007 < 0 .01) dan sosial (F = 4.798, Sig. = 0 .009 < 0 .01).
Hasil ujian Levene pada tahap signifikan 0 .01 adalah sama dengan hasil ujian tersebut
pada tahap signifikan 0 .05. Nam un begitu, ia m asih dianggap hom ogen kerana jumlah
sam pelnya yang besar (N = 460 ).
J adual 10 : Levene's Test of Equality of Error Variances

J adual 11 m enunjukkan hasil ujian ANOVA satu hala di m ana aras signifikannya ialah
0.01. Daripada analisis yang dijalankan, nilai yang diperoleh ialah F (2, 454) = 51.23,

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

51

Sig. = 0 .000 < 0 .01 (metakognitif) dan F (2, 454) = 42.658, Sig. = 0 .000 < 0.01 (sosial).
Nilai ini m enunjukkan bahawa wujudnya perbezaan penggunaan strategi m etakognitif
dan sosial dalam kalangan pelajar sekolah m enengah agam a berdasarkan perbezaan
tahap penguasaan bahasa. Walaupun ANOVA menggunakan aras keyakinan yang lebih
tinggi (99%), namun hasil ujiannya adalah tetap sam a dengan dapatan ujian MANOVA.
Dalam keadaan sedemikian, dapatan ujian ANOVA boleh dipercayai dan digunakan
untuk m enyokong keputusan ujian MANOVA.
J adual 11: ANOVA (Ujian Lanjutan MANOVA): Penggunaan SPB
(Metakognitif dan Sosial) berdasarkan Tahap Penguasaan Bahasa

J adual 12 menunjukkan hasil ujian Post-hoc Bonferroni yang dijalankan untuk melihat
ku m pulan pelajar di tahap penguasaan m anakah yang sebenarn ya ber beza at au
m endapat skor m in yang paling tinggi dalam penggunaan strategi m etakognitif dan
sosial. Keputusan ujian Bonferroni ini m enunjukkan keputusan yang sama dengan hasil
ujian Bonferr oni yan g dijalan kan selepas ujian MANOVA, iaitu perbezaan skor min
antara ketiga-tiga tahap penguasaan bahasa adalah signifikan dalam kedua-dua strategi
m etakognitif dan sosial.
J adual 12: Post-Hoc Bonferroni (Ujian Lanjutan MANOVA):
Penggunaan SPB Berdasarkan Tahap Penguasaan Bahasa

PERBIN CAN GAN
Dapatan kajian ini adalah konsisten dengan kebanyakan kajian lain (Green & Oxford
1995; Park 1997; Wharton 20 0 0 ; Moham ed Am in et al. 20 0 1; Holt 20 0 5) yang
menunjukkan bahawa pelajar yang tahap penguasaan bahasanya lebih baik menggunakan
SPB leb ih banyak dan ker ap berb an din g pelajar yang kur ang baik. Kajian ini

52

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

mendapati PCB lebih banyak m enggunakan SPB secara keseluruhan dan berdasarkan
tujuh kategori strategi utam a berbanding PSB dan PLB. PSB pula m enggunakan SPB
lebih kerap secara keseluruhan dan m engikut kategori strategi utam a - kecuali dalam
strategi afektif berbanding PLB. Oleh itu, kajian ini m enunjukkan bahawa terdapatnya
hubungan linear antara tahap penguasaan bahasa dengan penggunaan SPB.
Tahap penggunaan SPB oleh PCB dalam kajian ini adalah sederhana dan dianggap
rendah berbanding beberapa kajian lain (Goh & Kwah 1997; Brem ner 1999; Wharton
20 0 0 ). Nam un begitu, beberapa kajian lain di Malaysia (Moham ed Am in et al.
2001; Rosyati 2003) dan di luar negara (al-Otaibi 2004; Lai 2005) turut m enunjukkan
bahawa pelajar cem erlang yang menggunakan SPB lebih kerap berbanding kumpulan
lain berada pada tahap sederhana. Terdapat beberapa kem ungkinan yang dapat
m enjelaskan senario tersebut. Antaranya ialah kaedah pengajaran guru dan bentuk
kurikulum boleh m em pengaruhi cara pem belajaran pelajar dan penggunaan strategi.
Kesedaran pelajar tentang proses pem belajaran boleh m em pengaruhi respons pelajar
ketika menjawab soal selidik kajian. Faktor budaya dan latar pembelajaran bahasa juga
m am pu m em pengaruhi pelajar dalam pem ilihan strategi.
Dari segi kategori strategi utam a, strategi tam pungan m erupakan strategi utam a
yang paling kerap digunakan oleh PCB dan PSB. Ia m erupakan strategi yang kedua
paling kerap digunakan oleh PLB. Manakala strategi afektif pula m erupakan
strategi yang ketiga paling kerap digunakan oleh ketiga-tiga kum pulan penguasaan
bahasa tersebut. Mem andangkan responden kajian m erupakan pelajar aliran
Agam a, m aka pendekatan pem belajaran m ereka adalah m enyerupai pelajar aliran
Sastera. Dapatan kajian ini telah m enyokong dapatan kajian Maradziah (1999)
terhadap 135 pelajar aliran Sains dan Sastera di sebuah sekolah m enengah di Shah
Alam . Kajian itu m endapati pelajar aliran Sastera lebih cenderung m enggunakan
strategi tam pungan dan afektif, m anakala pelajar aliran Sains lebih m enggem ari
strategi kognitif. Strategi m etafizik m erupakan strategi yang paling kerap digunakan
oleh PLB dan kedua paling kerap digunakan oleh PCB dan PSB. Dapatan ini m em ang
dalam jangkaan kerana para pelajar sekolah agam a sering dididik untuk menggunakan
pendekatan keagam aan dalam pem belajaran m ereka. Dapatan ini perkukuhkan oleh
kajian Abu Talib (1998) dan Zam ri (2004) dalam pem belajaran bahasa Melayu. Melalui
kajian kuan titatif, Abu Talib (1998 ) m endap at i PCB m enggu nakan jenis strategi
tersebut pada tahap yang agak tinggi dan PLB menggunakannya pada tahap sederhana.
Beliau telah menam akan strategi tersebut sebagai Strategi Rohani yang terdiri daripada
dua item : berdoa pada Tuhan, dan berusaha m elalui cara keagam aan untuk berjaya
d alam bah asa Melayu . Kajian ku alit at if Zam r i (20 0 4) pu la m en u n ju kkan PCB
menggunakan aspek penghayatan keagam aan sebagai satu strategi pendorong kejayaan
pembelajaran bahasa Melayu. Mereka menggunakannya ketika belajar bahasa Melayu
sam a ada di dalam kelas, luar kelas, ataupun ketika m enghadapi peperiksaan. Bagi
PLB, asp ek t er sebu t ku r an g d iber i p en ekan an d an d iam bil ber at . An t ar a asp ek
penghayatan keagam aan yang ditemui ialah m embaca ayat suci, doa sebelum belajar
dan sebelum peperiksaan, sentiasa solat dan sebagainya.
Kajian ini juga dapat m em buktikan bahawa perbezaan antara PCB dengan rakanrakannya daripada kum pulan penguasaan yang lain adalah terletak pada kekerapan dan
jenis strategi yang digunakan oleh m ereka. Ini bersesuaian dengan dapatan beberapa
kajian lain (Rubin 1975; Stern 1975; Green & Oxford 1995; Griffiths 20 0 3). PCB
m enggunakan lapan strategi dengan tahap kekerapan yang tinggi sedangkan PSB
dan PLB pula tidak m enggunakan sebarang strategi pada tahap kekerapan yang sama.

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

53

Di sam ping itu, PCB turu t m enggunakan 31 strategi lain pada tahap penggunaan
sederhana. Ini m enunjukkan PCB m enggunakan banyak strategi dan secara kerap
sem asa m em pelajari BAK.

KESIMPU LAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, lim a im plikasi pedagogi boleh dikem ukakan seperti
ber iku t:
1. Pelajar perlu dibimbing supaya menyedari tentang proses pembelajaran dan strategi
pem belajaran yang digunakan oleh m ereka.
2. Pelajar perlu diajar tentang penggunaan SPB yang m em bawa kepada kejayaan
pem belajaran bahasa.
3. Penggunaan strategi m etafizik perlu diterokai dan diajarkan kerana strategi ini
merupakan pelakuan yang mempunyai hubungan kuat dengan am alan keagamaan
dan kebudayaan, khususnya di Malaysia yang sudah tentu turut mencorakkan proses
pem belajaran para pelajar.
4. Guru perlu m engajarkan strategi yang sering digunakan oleh PCB dan m em bantu
pelajar m enerokai strategi yang kurang digunakan, tetapi terbukti sangat berguna
lagi berkesan.
5. Suasana pem belajaran bahasa hendaklah diperkayakan dengan lebih banyak sum ber
dan peluang bagi pelajar untuk belajar, berlatih, dan m enggunakan bahasa Arab.
Perkara ini perlu diam bil perhatian kerana latar pem belajaran bahasa Arab di
Malaysia tidak m em beri peluang yang m encukupi bagi pelajar m em pelajarinya
di luar kelas.
RU JU KAN
Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan strategi pem elajaran bahasa Melayu di kalangan
pelajar tingkatan 4 daerah Johor Bahru. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Al-Otaibi, Ghazi N. (2004). Language learning strategy use am ong Saudi EFL students
and its relationship to language proficiency level, gender and m otivation.
Disertasi PhD. Indiana University of Pennsylvania.
Bialystok, E. (1985). The com patibility of teaching and learning strategies. Applied
Linguistics, 6: 255-262.
Bremner, S. (1999). Language learning strategies and language proficiency: investigating
the relationship in Hong Kong. The Canadian Modern Language Review , 55 (4):
490 -514.
Brown, H. D. (1994). Principles of language learning and teaching. Englewood
Cliffs, NJ : Prentice Hall.
Chamot, A. U. (1993). Student responses to learning strategy instruction in the foreign
language classroom . Foreign Language Annals, 26: 30 8-321.
Chamot, A. U. & Kupper, L. (1989). Learning strategies in foreign language instruction.
Foreign Language Annals, 22: 13-24.
Coakes, S.J . (2005). SPSS version 12.0 for w indow s analysis w ithout anguish. Austratlia:
National Library of Australia.
Dreyer, C. & Oxford, R. L. (1996). Learning strategies and other predictors of ESL
proficiency among Afrikaans in South Africa. Dlm. Oxford R. L. (Pnyt.) Language
learning strategies around the w orld: Cross-cultural perspectives, 61-74.
Honolulu: University of Hawaii, Second language Teaching & Curriculum Center.

54

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

Field, A. (20 0 6). Discovering statistics using SPSS (and sex, drug, and rock n roll).
London: Sage Publications.
Goh, C., & Kwah, P. F. (1997). Chinese ESL students’ learning strategies: A look at frequency,
proficiency and gender. Hong Kong Journal of Applied Linguistics, 2: 39-53.
Grabe, W. (1986). The transition from theory to practice in teaching reading. Dlm. Dubim
F., Eskey D. E, & Grabe W. (Pnyt.) Teaching second language reading for academ ic
purpose, 25-48. Reading, MA: Addison-Wesley.
Green, J . M. & Oxford, R. L. (1995). A closer look at learning strategies, L2 proficiency,
and gender. TESOL Quarterly , 29 (2): 261-297.
Griffiths, C. (20 0 3). Language learning strategy use and proficiency: The relationship
between patterns of reported language learning strategy (LLS) use by speakers
of other languages (SOL) and proficiency with im plications for the teaching/
learning situation.Tesis Ph.D. University of Auckland.
Hair, J .F., Anderson, R.E., Tatham , R.L. & Black, W.C. (1998). Multivariate data
analy sis. 5ft Edition. New J ersey: Prentice Hall.
Hism anoglu, M. (20 0 0 ). Language learning strategies in foreign language learning
and teaching (atas talian). Internet TESL Journal. http:/ / www.aitech.ac.jp./ ~iteslj?
Articles/ Hism anoglu-Strategies.htm l. (6 J ulai 20 0 3).
Holt, K. (20 0 5). English proficiency of Chinese students and strategies of language
learning. Disertasi PhD. University of Kansas.
Kam arul Shukri Mat Teh. (20 0 6). Pengajaran bahasa Arab di Malaysia: m enelusuri
arus perubahan. Kertas kerja Bengkel Pengajaran Bahasa Arab. Universiti
Darul Im an Malaysia, Kuala Terengganu. 26 Ogos.
Kam arulzaman Abdul Ghani & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2005). Menilai keboleh
bacaan buku teks bahasa Arab Tinggi: Ke arah meningkatkan kemahiran membaca
pelajar. Prosiding W acana Pendidikan Islam Siri 4, 345-354.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psy chological Measurem ent, 30 : 60 8.
Ku, P. (1995). Strategies associated with proficiency and predictors of strategy
choice: A study on language learning strategies of EFL students at three educational
levels in Taiwan. Disertasi PhD. Indiana University.
Lai, Y-C. (20 05). Language learning strategy use and language proficiency for English
as a foreign language (EFL) learners in Taiwan. Disertasi PhD. University of
Southern California.
MacIntyre, P. D. (1994). Toward a social psychological m odel of strategy use. Foreign
Language Annals, 27 (2): 185-195.
Mangubhai, F. (1991). The processing behaviors of adult second language learners and
heir relationship to second language proficiency. Applied Linguistics, 12: 268298.
Maradziah Abdul J alil. (1999). Language learning strategies used by a secondary school
students in Shah Alam . Tesis MA. Universiti Islam Antarabangsa.
Moham ed Am in Embi, J uriah Long & Mohd Isa Hamzah. (200 1). Language learning
strategies employed by secondary school students in Malaysian. Jurnal Pendidikan,
26: 3-20 .
Moham ed Am in Em bi. (20 0 0). Language learning strategies: A Malay sian context.
Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Naim an, N., Frohlich, M., Stern, H. & Todesco, A. (1978). The good language learner.
Research in Education Series No 7. Toronto: The Ontario Institute for Studies in
Education.
Nasimah Hj Abdullah. (2006). Permasalahan dalam pembelajaran bagi pelajar diploma pengajian
Islam (bahasa arab) di KUIS dan cara mengatasinya. Prosiding W acana Pendidikan
Islam Siri 5, 199-20 8.

Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab

55

Nik Mohd Rahim i Nik Yusoff. (1999). Bahasa Arab untuk kem ahiran kom unikasi:
satu kajian tentang perlaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pem belajaran
di abad ke 21. Prosiding Sem inar Isu-isu Pendidikan Negara, Kali Ketiga, 226236.
O’Malley, J. M., Chamot, A. U., Stewner-Manzanares, G., Kupper, L. & Russo, R. P. (1985a).
Learning strategies used by beginning and interm ediate ESL students. Language
Learning, 35 (1): 21-46.
O’Malley, J . M., Chamot, A. U., Stewner-Manzanares, G., Russo, R. P & Kupper, L. (1985b).
Learning strategies applications with students of English as a second language.
TESOL Quarterly , 19: 557-584.
Oxford, R. L. & Burry-Stock, J . A. (1995). Assessing the use of language learning
strategies worldwide with the ESL/ EFL version of the strategy inventory for
language learning (SILL). Sy stem , 23 (1): 1-23.
Oxford, R. L. & Crookall, D. (1989). Language learning strategies: Methods, findings,
and instructional implications. The Modern Language Journal, 73 (4): 404-419.
Oxford, R. L. & Nyikos, M. (1989). Variables affecting choice of language learning strategies
by university students. Modern Language Journal, 73 (3): 291-30 0 .
Oxford, R. L. (1990 ). Language learning strategies: W hat every teacher should
know . New York: Newbury House.
Oxford, R. L. (20 0 1). Language learning styles and strategies. Dlm . Celce-Murcia,
M. (Pnyt.) Teaching english as a second language, 359-366. Boston: Heim le
& Heinle.
Oxford, R. L., Lavine, R. Z. & Crookall, D. (1989). Language learning strategies, the
comm unicative approach, and their classroom im plications. Foreign Language
Annals, 22: 29-39.
Pallant, J . (20 0 1). SPSS survival Manual. NSW: Allen & Unwin.
Park, G. P. (1997). Language learning strategies and English proficiency in Korean
university students. Foreign Language Annals, 30 (2): 211-221.
Phakiti, A. (20 0 3). A closer look at the relationship of cognitive and m etacognitive
strategy use to EFL resding achievem ent test perform ance. Language Testing,
20 (1): 26-56.
Rosyati Abdul Rashid. (2003). The em ploym ent of language learning strategies among
university students. Kertas kerja Second International Sem inar on Learning
and Motivation. Universiti Utara Malaysia, 13-15 Oktober.
Rubin, J . (1975). What the good language learner can teach us. TESOL Quarterly , 9
(1): 41-51.
Rubin, J . (1987). Learners strategies: theoretical assum ptions, research history and
typology. Dlm . A. Wenden & J . Rubin (Pnyt.). Learner strategies in language
learning, 15-29. Englewood Cliffs, NJ : Prentice Hall.
Saupi Man. (20 0 3). Tuntutan-tuntutan asas pengajaran bah asa Arab Kom unikasi di
luar Negara Arab. Prosiding W acana Pendidikan Islam Siri 3, 263-275.
Sheorey, R. (1999). An exam ination of language learning strategy use in the setting
of an indigenized variety of English. Sy stem , 27 (1): 173-190
Song, X. (200 4). Language learning strategy use and language perform ance for Chinese
learners of English. Tesis M Ed. Queen’s University.
Stern, H. H. (1975). What can we learn from the good language learners?. Canadian
Modern Language Review , 31(3): 30 4-318.
Tabachnick, B.G. & Fidell, L.S. (2001). Using m ultivariate statistics. 4th Edition. Boston:
Allyn & Bacon.
Vann, R. J. & Abraham, R. G. (1990). Strategies of unsuccessful language learners. TESOL
Quarterly , 24 (2): 177-198.

56

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 41-56

Wan Abrisam Wan Ahm ad. (20 0 2). Tinjauan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab
Komunikasi di sekolah-sekolah daerah Machang, Kelantan. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Wharton, G. (2000). Language learning strategy use of bilingual foreign language learners
in Singapore. Language Learning, 50 : 20 3-243.
Zamri Mahamod. (200 4). Strategi pem belajaran bahasa Melay u di kalangan pelajar
sekolah m enengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Bio d ata:
Kamarul Shukri Mat Teh pensyarah di Universiti Darul Iman Malaysia, Kuala Terengganu.
e-Mel: kam arul@udm .edu.m y .
Dr. Nik Mohd Rahim i Nik Yusoff. Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Prof. Dr. Moham ed Am in Em bi. Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Prof. Madya Dr. Zam ri Maham od. Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.