Pengenalan Dalam sistem pendidikan p1

Pengenalan

Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian sangat penting kerana ia dapat menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Edward L. Thorndike mengatakan ‘Apa sahaja yang wujud, dapat diukur’. Sebagai guru adalah penting untuk mereka menguasai cara membina dan menganalisis items soalan dengan baik. Tambahan pula, dalam perkembangan sistem pendidikan yang melibatkan peperiksaan awam secara berpusat. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran guru.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi murid atau menilai prestasi dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran boleh diistilahkan sebagai satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang proses pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.

Dalam Kurikulum Bersepadu di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan kurikulum. Manakala pentaksiran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah disifatkan lebih holistik yang turut merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran bukan sahaja dalam bidang akademik tapi turut mentaksir bidang bukan akademik. Antara komponen pentaksiran dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikomentrik.

Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dijalankan selepas satu jangka masa tertentu, misalnya selepas sesuatu unit pelajaran habis dipelajari. Tujuan pentaksiran adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh oleh pelajar.

Definisi Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Mengikut Raminah Haji Sabran (1991), ‘Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan’. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan.

Pengujian menjelaskan keadaan prestasi murid yang diuji. Secara ringkas, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan dan pentadbiran ujian dan berakhir denga pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada muridnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Definisi Pengukuran

Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperoleh huraian secara perangkaan tentang sesuatu ciri yang di miliki seseorang individu. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian. Biasanya pengukuran diwakilkan dalam bentuk angka kepada prestasi individu untutk menggambarkan keupayaan individu tersebut.

Definisi Penilaian

Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dan keputusan profesional dalam mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian adalah untuk memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum diikuti proes memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Penilaian juga dapat menentukan jurang percezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan daripada sesuatu program pendidikan.

Penilaian digunakan untuk mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran berdasarkan markah pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Penilaian juga boleh dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentag sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Prosedur penilaian boleh dibahagikan kepada 5 perkara; persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran dan interprestasi dan tindakan susulan.

Perkara

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Takrif

Alat pengukuran perubahan sesuatu tingkah laku

Proses menentukan peringkat pencapaian kedudukan pelajar

Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif

Fungsi

Mengesan pencapaian/hasil sesuatu pembelajaran

Membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum

Cara

Pemerhatian

Pelbagai cara mengumpul data kuantitatif

Berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif

Masa

Selepas pelajaran

Selepas pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas pelajaran

Kepentingan pengujian, pengukuran dan penilaian

Secara khususnya, dalam konteks pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar, mengenal pasti kesulitan belajar, membuat penambahbaikan semasa proses belajar dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh maklumat yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilannya.

1. Sebagai penggerak dan motivasi

Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya ujian murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diuji. Begitu juga keadaan murid-murid di bilik darjah yang bakal menempuh peperiksaan mula belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai objektif itu. Bagi murid, hasil ujian boleh dijadikan satu perangsang untuk meningkatkan prestasi diri. Ibu bapa juga dapat mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka.

2. Mencari punca masalah pembelajaran murid

Pengujian dapat mengesan kelemahan dalam pembelajaran sama ada kepada guru dan juga murid. Bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dapat membuat penambahbaikan seperti membina bahan bantu belajar yang bersesuaian dan mengubah suai aktiviti pembelajaran supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain itu satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran murid dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan semasa murid.

3. Mendapatkan maklum balas

Pengujian membolehkan guru meninjau setakat mana objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan target yang perlu dicapai oleh murid. Guru juga dapat mengesan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak dengan mengambil tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran pada hari seterusnya. Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah dapat mengenal pasti tahap kemajuan murid sama ada cemerlang, sederhana atau lemah. Aktiviti pemulihan dan pengayaan diadakan mengikut keperluan murid.

4. Menilai prestasi murid

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat memberi maklumat terkini penguasaan murid. Guru boleh mengadakan penilaian secara formatif dan sumatif untuk menguji tahap penguasaan murid. Pada peringkat sekolah, ujian penggal dan ujian akhir tahun diadakan bagi memperlihatkan tahap pencapaian murid secara keseluruhan. Guru dapat membuat perbandingan pencapaian seseorang murid dengan murid lain untuk menilai pencapaiannya.

5. Mengesan potensi dan bakat

Potensi atau bakat murid terhadap pembelajaran dapat dikesan. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah yang perlu diberi fokus oleh individu untuk kemajuan diri sendiri. Guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar kepada jurusan-jurusan tertentu seperti sains, teknikal dan kesusasteraan. Penilaian dlakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan pembelajarannya. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga dilakukan untuk membuat keputusan sekiranyan murid mengalami masalah pembelajaran.

Penilaian peringkat sekolah

1. Penilaian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pembelajaran. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu topik yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai pembelajaran. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh.

2. Penilaian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa topik yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua topik yang suah dipelajari. Misalnya ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi penghujung persekolahan sekolah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran yang diuji adalah banyak dan menyeluruh.

Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif

Perbezaan

Ujian sumatif

  1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.


Fungsi

1. Pensijilan atau penggredan

2. Sepanjang pengajaran

Masa

2. Pada akhir unit/kursus


3. Kognitif, psikomotor dan afektif

Penekanan

3. Kognitif


4. Terhad kepada tugasan

Sifat

4. Beraneka jenis


5. Berubah-ubah

Kesukaran

5. Senang – sukar


6. Dibentuk khas

Alat

6. Peperiksaan akhir tahun


7. Rujukan kriteria

Jenis ujian

7.Rujukan norma


8. Gagal / lulus

Pelaporan

8. Jumlah skor


9. Ujian bulanan / lembaran kerja

Contoh

9. UPSR, PT3, SPM


10. Satu-satu segmen

Fokus

10. Objektif khusus

Jadual Spesifikasi Ujian

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian ini sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah-langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk tersebut.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Langkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Langkah yang ketiga dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik.. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. Kepentingan lain JSU adalah seperti berikut;

  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.

  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

  • Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

  • Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Membina Item Ujian

Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti;

Penyediakan JSU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.

Menulis Item Ujian

Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;

  • Arahan menjawab bagi setiap soalan hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar.

  • Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.

  • Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.

  • Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar.

  • Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.

Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

  • Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid.

  • Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

  • Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.

  • Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

Menilai Item Ujian

Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut;

  • Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid.

  • Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.

  • Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

  • Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;

  • Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.

  • Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

  • Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan

  • pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.

  • Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.

Mentadbir Ujian

Setelah item siap dibina, beberapa perkara harus diambil kira sebelum, semasa dan selepas ujian di jalankan. Antaranya ialah;

1. Sebelum Ujian

  • Setelah item siap dibina, kertas ujian telah diserahkan kepada ketua panitia Sains untuk disemak dan disahkan.

  • Kelas 6 Ibnu Sina dipilih untuk menjawab soalan ujian tersebut.

  • Kertas ujian diperbanyakkan mengikut bilangan di dalam kelas 6 Ibnu Sina iaitu seramai 22 orang.

  • Tarikh dan masa telah ditentukan untuk murid-murid menjawab soalan ujian tersebut iaitu pada hari Selasa 8 September 2014 pada pukul 9.10 pagi hingga 9.40 pagi selama 30 minit.

  • Kerusi dan meja murid juga telah disusun berasingan seperti di dalam peperiksaan sebenar supaya tiada peluang untuk meniru dan berbincang.

  • Memastikan kelas 6 Ibnu Sina berada di dalam keadaan yang selesa, kipas dan lampu berfungsi seperti biasa.

2. Semasa Ujian

  • Apabila murid-murid telah mengambil tempat masing-masing, guru akan menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di antaranya ialah tidak boleh meniru dan berbincang.

  • Seterusnya guru menerangkan bahawa ujian ini mengandungi 20 soalan aneka pilihan dan 10 soalan berstruktur perlu dijawab selama 30 minit.

  • Guru mengingatkan murid supaya menulis nama dan tahun di ruangan disediakan dan menghitamkan kertas jawapan yang disediakan.

  • Murid menyemak bilangan soalan dan muka surat ujian sains tersebut.

  • Murid-murid menjawab soalan ujian.

3. Selepas Ujian

  • Selepas 30 minit masa berlalu, kertas ujian dikutip.

  • Guru mengira kertas ujian untuk memastikan bilangan yang dikutip betul.

  • Guru menanda kertas ujian tersebut.

Menganalisis Soalan

Setelah selesai menanda dan menyemak kertas ujian, guru dikehendaki membuat anlisis item. Analisis item perlu dibuat bagi menentukan item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Antara kegunaan analisis item ialah:

  1. Menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Item tesebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran sesuai, boleh membezakan antara pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif pembelajaran.

  2. Memberikan maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka bagi setiap item yang telah dijawab. Dengan mengetahui jawapan yang betul aras kesukaran dan aras diskriminasi murid berkenaan akan menunjukkan prestasinya bagi satu item. Mereka boleh mengetahui sama ada item tersebut senang atau sukar.

  3. Kegunaan item juga adalah sebagai maklumbalas kepada guru tentang kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.

  4. Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali di dapati sukaroleh murid atau satu bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur murid.

  5. Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item.Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula pada ujian yang akan datang.

Aras Taksonomi Bloom

Benjamin Bloom (1956) telah memperkenalkan satu hierarki kognitiif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi seperti keterangan di bawah;

  • Pengetahuan adalah aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.

  • Pemahaman adalah aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini murid menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

  • Aplikasi adalah aras yang menggunakan pengetahuan dan maklumat seperti konsep, teori, prinsip, hukum atau prosedur yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat, dan kemudian diaplikasikan dalam situasi baru.

  • Analisis merupakan aras kognitif yang ditunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponen yang berasingan dan dapat menunjukkan mereka memahami hubungan di antaranya. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.

  • Sintesis merupakan aras kognitif yang menghendaki murid menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan yang baru.

  • Penilaian adalah aras kognitif yang meminta murid menilai, membuat diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian

Mata Pelajaran: Sains

Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan

TEMA

TAHUN

TOPIK

PEMBERATAN

NO. SOALAN

ARAS TAKSONOMI BLOOM

JUMLAH

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

SINTESIS

PENILAIAN



Menyiasat Benda Hidup

Tahun 4

Unit 1: Keperluan Asas

1


X





1

Unit 2: Proses Hidup

2

X






1

Tahun 5

Unit 1: Mikroorganisma

3



X




1

Unit 2: Rantai makanan dan Siratan Makanan

- Siratan Makanan


- Pemakanan Haiwan



4


6




X






X



2

Tahun 6

Unit 1: Interaksi antara hidupan

- Persaingan antara tumbuhan

- Interaksi antara haiwan



5


7





X



X



2

Menyiasat Alam Fizikal

Tahun 4

Unit 3: Mengukur

9




X



1

Unit 4: Sifat Bahan

- Keapungan objek


- Kadar Penembusan Cahaya


14


16






X





X

2

Tahun 5

Unit 6: Cahaya

- Pembentukan bayang-bayang

- Pantulan Cahaya


11


12




X





X




2

Tahun 6

Unit 2: Daya (Geseran)

8



X




1

Menyiasat Alam Bahan

Tahun 5

Unit 7: Haba

10




X



1

Unit 8: Keadaan Jirim

- Ciri-ciri Jirim


- Kitaran Air



13


15



X


X





2

Menyiasat Alam Semesta

Tahun 5

Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari

- Fasa-fasa Bulan



17









X





1

Menyiasat Alam Teknologi

Tahun 5

Unit 12: Kekuatan dan Kestabilan

- Kekuatan


- Kestabilan



18


19






X


X






2

Tahun 6


Unit 7: Mesin

- Mesin ringkas





20



X








1

JUMLAH KESELURUHAN SETIAP ARAS

4

4

2

8

1

1

20

Bahagian B: Soalan Struktur

Menyiasat Benda Hidup

Tahun 6

Unit 1: Interaksi antara hidupan

- Persaingan antara tumbuhan


1(a)


1(b)


1(c)


1(d)


1(e)









X




X



X




X

X






5

Menyiasat Alam Bahan

Tahun 5

Unit 8: Keadaan Jirim

- Proses Penyejatan


2(a)


2(b)


2(c)


2(d)





X


X




X





X








4

JUMLAH KESELURUHAN SETIAP ARAS




5

3

1

9

Aras soalan mengikut Taksonomi Bloom dan skema pemarkahan

Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan

BIL

SOALAN

UNIT/ TAJUK

ARAS SOALAN

1

Rajah 1 menunjukkan dua orang budak lelaki sedang makan nasi lemak di sebuah gerai.






Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada rajah di atas?

A. Budak lelaki suka makan nasi lemak.

B. Kita patut makan di gerai yang bersih sahaja

C. Makanan adalah keperluan asas bagi manusia

D. Budak lelaki perlu makan lebih banyak makanan daripada budak perempuan

Tahun 4

Unit 1: Keperluan Asas


Tajuk: Keperluan Asas Manusia


Kefahaman

2

Yang manakah menunjukkan tumbuhan dipadankan dengan betul dengan cara ia menyesuaikan diri dengan musim kering?

I Pokok getah – menggugurkan daun

II Pokok kelapa – menggugurkan daun

III Pokok jagung – Menggulungkan daun

IV Pokok keembong – Menggulungkan daun


A. I dan II B. I dan III

C. II dan IV D. I dan IV


Tahun 4

Unit 2:

Proses Hidup Benda Hidup


Tajuk:

Proses Hidup tumbuhan

Pengetahuan

3

Atikah tidak dapat pergi ke sekolah kerana mengalami penyakit cacar air. Antara yang berikut, yang manakah langkah yang paling berkesan untuk mengelak penyakit itu dari merebak di kalangan keluarganya?

A. Membersihkan badan dengan sabun dan air suam

B. Sentiasa membasuh tangan selepas ke tandas

C. Memastikan ahli keluarga sentiasa minum air masak

D. Mengelak dari berkongsi peralatan peribadi dengan keluarganya

Tahun 5

Unit 1: Mikroorganisma


Tajuk:

Mencegah penyakit berjangkit

Mengaplikasi

4

Rajah 2 menunjukkan siratan makanan di sebuah habitat.









Berapakah haiwan herbivor di dalam siratan makanan dalam rajah 2?

A. 1

B. 2

C. 3

D. 4


Tahun 5

Unit 3:

Rantai Makanan dan Siratan Makanan


Tajuk:

Siratan Makanan

Kefahaman

5

Rajah 3 menunjukkan banyak lalang tumbuh di antara pokok kelapa sawit.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan daripada keadaan di atas ini?

A. Pokok kelapa sawit akan mati

B. Pokok kelapa sawit tidak akan bertumbuh

C. Pokok kelapa sawit tidak akan mengeluarkan sebarang buah

D. Hasil pokok kelapa sawit berkurang

Tahun 6

Unit 1:

Interaksi Antara Hidupan


Tajuk:

Persaingan antara tumbuhan

Menganalisis

6

Rajah 4 menunjukkan dua kumpulan haiwan di suatu habitat.

Persaingan untuk mendapatkan makanan tidak berlaku antara haiwan dalam kumpulan P dan kumpulan Q kerana ...

A. haiwan dalam setiap kumpulan makan makanan yang berbeza

B. haiwan dalam setiap kumpulan mempunyai keperluan asas yang berbeza

C. terdapat amat banyak tumbuhan di habitat itu

D. semua haiwan itu hidup menyendiri.

Tahun 5

Unit 3:

Rantai Makanan dan Siratan Makanan


Tajuk:

Siratan Makanan

(Corak pemakanan haiwan)

Menganalisis

7

Rajah 5 menunjukkan suatu bentuk interaksi antara haiwan.

Apakah bentuk interaksi yang ditunjukkan di atas?

A. Kerjasama B. Persaingan

C. Pembiakan D. Perlindungan

Tahun 6

Unit 1:

Interaksi Antara Hidupan


Tajuk:

Interaksi antara haiwan

Pengetahuan

8

Senarai berikut menunjukkan empat jenis kertas.

J - Kertas Manila

K - Kaca

L - Kertas pasir

M - Kertas surat khabar lama

Susun kertas-kertas itu mengikut urutan, bermula daripada permukaan yang paling licin.

A KMLJ

B JKML

C LMKL

D KJML

Tahun 6

Unit 2:

Daya


Tajuk:

Geseran


Mengaplikasi

9

Maklumat berikut menunjukkan langkah mengukur panjang satu garis melengkung.

P – Ukur panjang benang yang ditanda dengan menggunakan pembaris

Q – Ikut garisan bengkok dengan benang dan tandakan benang di penghujung garisan

D – Lekatkan satu hujung benang ke bahagian permulaan garisan bengkok

Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.

A. R, Q, P B. Q, P, R

C. Q, R, P D. R, P, Q

Tahun 4

Unit 3:

Mengukur


Tajuk:

Ukuran panjang

Mengaplikasi

10

Rajah 6 menunjukkan satu penyiasatan yang telah dijalankan oleh sekumpulan murid.

Mengapa titisan air di dalam tiub kaca bergerak ke atas secara perlahan-lahan?

A. Udara di dalam kelalang kon mengembang

B. Udara di dalam kelalang kon mengecut

C. Titisan air berwarna itu menjadi ringan

D. Tiub kaca mengembang

Tahun 5:

Unit 7:

Haba


Tajuk:

Mengembang dan mengecut

Menganalisis

11

Rajah 7 menunjukkan pembentukan bayang-bayang bagi objek legap.

Apakah yang perlu dilakukan supaya bayang-bayang itu menjadi lebih besar?

A. Gerakkan objek legap ke arah skrin

B. Gerakkan sumber cahaya lebih jauh daripada objek legap

C. Gerakkan objek legap lebih jauh dari sumber cahaya

D. Gerakkan skrin lebih jauh dari objek legap

Tahun 5

Unit 6:

Cahaya


Tajuk:

Pembentukan bayang-bayang

Mensintesis

12

Berdasarkan rajah 8, bagaimanakah kita menerangkan konsep pantulan?

A. Pantulan cahaya daripada sesuatu permukaan

B. Pemesongan cahaya pada sesuatu permukaan

C. Kecerahan cahaya

D. Kelajuan cahaya


Tahun 5

Unit 6:

Cahaya


Tajuk:

Pantulan Cahaya

Kefahaman

13

Anuar mengisi bekas P, Q, R dan S dengan 200cm3 air.

Berdasarkan rajah 9, dia boleh membuat kesimpulan bahawa air...

A. mempunyai jisim

B. boleh dimampatkan

C. tidak mempunyai bentuk yang tetap

D. tidak mempunyai isi padu yang tetap


Tahun 5

Unit 8:

Keadaan Jirim


Tajuk:

Ciri-ciri Jirim

Kefahaman

14

Seorang murid membina model sebuah bot seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Antara bahan yang berikut, manakah yang sesuai digunakan untuk membina bahagian yang bertanda X?

A. Besi

B. Span

C. Kertas

D. Polistirena

Tahun 4

Unit 4:

Sifat Bahan


Tajuk:

Pengelasan objek

(Keapungan bahan)

Menganalisis

15

Rajah 11 menunjukkan satu fenomena semula jadi yang melibatkan dua proses perubahan keadaan air.

Apakah proses yang berlaku di X dan Y?

Tahun 5

Unit 8:

Keadaan Jirim


Tajuk:

Kitaran Air

Kefahaman

16

Carta palang manakah yang menunjukkan dengan betul tentang keupayaan penembusan cahaya melalui tiga bahan yang berbeza?


Tahun 4

Unit 4:

Sifat Bahan


Tajuk:

Kadar penembusan cahaya

Penilaian

17

Rajah 12 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menyiasat kejadian fasa bulan separa.

Manakah kedudukan bola yang membolehkan pemerhati P tersebut melihat fasa bulan separa?

A. I dan II B. I dan IV

C. II dan III D. III dan IV


Tahun 5

Unit 11:

Bumi, Bulan dan Matahari


Tajuk:

Fasa-fasa Bulan

Menganalisis

18

Rajah 13 menunjukkan terowong yang berbentuk melengkung.

Mengapakah terowong itu mempunyai bentuk melengkung?

A. Terowong itu kelihatan lebih cantik

B. Struktur terowong adalah lebih kuat

C. Sturktur terowong adalah lebih stabil

D. Lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam terowong

Tahun 5

Unit 12:

Kekuatan dan kestabilan


Tajuk:

Kekuatan

Menganalisis

19

Kestabilan dipengaruhi oleh ketinggian dan keluasan tapak sesuatu objek. Antara kenderaan-kenderaan di bawah, yang manakah paling stabil ketika menuruni lereng bukit?



Tahun 5

Unit 12:

Kekuatan dan kestabilan


Tajuk:

Kestabilan

Menganalisis

20

Rajah 14 menunjukkan peralatan yang selalu diperhatikan.

Peralatan di atas sesuai dikelaskan dalam kumpulan?

A. K

B. L

C. M

D. N

Tahun 6

Unit 7:

Mesin


Tajuk:

Mesin Ringkas

Pengetahuan

Bahagian B: Soalan Struktur

1

Rajah 1 menunjukkan satu penyisatan yang dijalankan oleh murid Tahun 6 Cemerlang.

Purata ketinggian anak benih selepas tiga minggu : 16 cm

Purata ketinggian anak benih selepas tiga minggu :4 cm




  1. Menggunakan keputusan penyiasatan ini, nyatakan satu inferens?

Kerana anak benih Y bersaing untuk mendapatkan ruang berbanding anak benih X.

  1. Tuliskan satu pemerhatian untuk menyokong jawapan anda di 1 (a).

Purata ketinggian anak benih Y kurang berbanding anak benih X.


  1. Nyatakan apakah yang tetapkan (pembolehubah malar)dalam penyiasatan?

Jenis anak benih/ jumlah tanah


  1. Nyatakan satu hipotesis yang dapat dibuat dalam penyiasatan ini.

Bertambah jarak antara biji benih,

Bertambah purata ketinggian anak benih.


  1. 1

    Nyatakan satu maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

Purata ketinggian anak benih


Tahun 6

Unit 1: Interaksi antara hidupan

- Persaingan antara tumbuhan












Penilaian



Sintesis




Analisis



Sintesis



Analisis

2

Empat helai tuala yang mempunyai jisim dan bahan yang sama digantung di bawah cahaya Matahari. Semua tuala tersebut mengandungi isi padu air yang sama. Jisim akhir setiap tuala tersebut direkodkan selepas 1 jam.




  1. Apakah tujuan penyiasatan ini?

Untuk menyiasat hubungan di antara saiz permukaan tuala dengan jisim akhir tuala.



  1. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

Saiz permukaan tuala

Jisim akhir tuala


  1. Saiz permukaan tuala yang terdedah mempengaruhi masa untuk tuala kering”

Berdasarkan pernyataan, nyatakan hubungan di antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.

Bertambah saiz permukaan tuala terdedah,

Berkurang masa untuk tuala kering.


  1. Apakah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini?

Jisim awal tuala


Tahun 5

Unit 8: Keadaan Jirim

- Proses Penyejatan
















Analisis




Analisis



Sintesis







Analisis

Analisis Skor Markah Secara Statistik

Skor markah dianalisis untuk memperoleh nilai indeks diskriminasi, indeks kesukaran dan seterusnya kebolehpercayaan bagi ujian yang ditadbir.

Kajian dilakukan ke atas murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, Benut. Berdasarkan data mentah yang diperolehi dan dianalisis, maklumat responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam jadual di bawah. Pengkaji memperoleh maklumat tersebut melalui set ujian yang diberikan kepada 22 orang responden yang terpilih.

Perkara

Bilangan Responden

(Murid)

Jantina

Lelaki

12

Perempuan

10

Jumlah

22

Pencapaian Kumpulan Murid

Bil

Murid

Kumpulan Murid

Jumlah Keseluruhan ( % )

Item Objektif ( /20)

Markah (%)

1.

20

100

2.

20

100

3.

20

100

4.

19

95

5.

18

90

6.

17

85

7.

17

85

8.

17

85

9.

17

85

10.

16

80

11.

15

75

12.

15

75

13.

14

70

14.

14

70

15.

14

70

16.

12

60

17.

12

60

18.

11

55

19.

11

55

20.

10

50

21.

9

45

22.

7

35

Indeks Kesukaran

Kesukaran item merupakan peratus murid yang mengambil ujian menjawab sesuatu item itu dengan tepat. Semakin tinggi peratus sesuatu item dijawab dengan betul oleh murid bermaksud semakin senang sesuatu item. Untuk mendapatkan kesukaran item, bahagikan bilangan murid yang menjawab betul untuk sesuatu item dengan jumlah murid yang menjawab item tersebut. Nisbah untuk kesukaran item biasanya dilabel sebagai p.

p = Bilangan murid menjawab betul

Bilangan murid menjawab item ujian

Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan itu dapat dibuat berdasarkan jadual di bawah;

Indeks Kesukaran(I.K)

Pentafsiran item

Keputusan

I.K < 0.3

Terlalu sukar

Ubahsuai soalan

0.3 < I.K < 0.8

Sederhana

Terima soalan

I.K > 0.8

Terlalu mudah

Ubahsuai soalan

Jadual 2: Pentafsiran Indeks Kesukaran

Jelas menunjukkan dari jadual di atas, dapat dilihat jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran maka ia bermakna lebih senang item tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah makan lebih sukar item itu.

Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan murid-murid daripada kumpulan cerdas dan kumpulan lambat (Mok 1995). Dyang engan perkataan lain, Indeks Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan itu membezakan pencapaian di antara murid-murid yang baik dengan yang lemah. Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibian itu terlampau susah sehingga murid yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau sebaliknya ia terlalu senang sehingga murid yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul.

Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi;

Indeks Diskriminasi = Bt – Br

½ J

Di mana; Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item dengan betul

Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item dengan betul

J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita menentukan sama ada item yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual berikut memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir item yang dikaji.

Indeks Diskriminasi (I.D)

Pentafsiran Item

Keputusan

I.D > 0.4

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

0.2 < I.D < 0.4

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

0 < I.D < 0.2

Diskriminasi positif yang rendah

Tulis semula item

I.D < 0

Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi

Item itu buruk dan harus dibuang

Jadual 3: Pentafsiran Indeks Diskriminasi

Jadual 4: Analisa dan pentafsiran I.D dan I.K untuk 20 Aneka Pilihan

Item

I.K

Pentafsiran

Cadangan

I.D

Pentafsiran

Cadangan

Analisa

1

0.95

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.14

Diskriminasi positif yang rendah

Tulis item semula

Mudah dan tidak dapat membezakan

2

0.45

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

3

0.91

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

4

0.50

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

5

0.82

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.14

Diskriminasi positif yang rendah

Tulis item semula

Mudah dan tidak dapat membezakan

6

0.82

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

7

0.82

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

8

0.64

Sederhana

Terima item

0.43

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

9

0.64

Sederhana

Terima item

0.57

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

10

0.82

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

11

0.68

Sederhana

Terima item

0.57

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

12

0.86

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

13

0.82

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.29

Diskriminasi positif yang sederhana

Ubahsuai item

Boleh diterima

14

1.00

Terlalu mudah

Ubahsuai item

0.00

Diskriminasi positif yang rendah

Tulis item semula

Soalan yang lemah

15

0.77

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

16

0.73

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

17

0.64

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

18

0.45

Sederhana

Terima item

0.43

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

19

0.73

Sederhana

Terima item

0.71

Diskriminasi positif yang tinggi

Item amat sesuai diterima

Baik

20

0.73

Sederhana

Terima item

0.14

Diskriminasi positif yang rendah

Tulis item semula

Mudah dan tidak dapat membezakan

Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi amat menggalakkan. Keputusan analisis menunjukkan 11 daripada 20 item objektif yang dibina mencapai tahap baik iaitu nilai indeks kesukaran di paras sederhana dan nilai indeks diskriminasi masing-masing mencapai nilai diskriminasi positif yang tinggi iaitu melebihi 0.4. Ini kerana ia berupaya mendiskriminasi murid, iaitu semakin tinggi nilai indeks diskriminasi melambangkan kemampuan soalan tersebut mendiskriminasi prestasi kumpulan murid. Soalan yang berkualiti tinggi seperti item bernombor 2, 4, 15, 16, 17 dan 19 kerana dapat membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan sejelasnya.

Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua murid atau soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua murid merupakan soalan yang lemah. Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan murid mendapat kosong ataupun markah penuh. Keadaan ini berlaku pada soalan 14 di mana hampir semua murid dari semua kumpulan dapat menjawabnya. Indek kesukaran bagi soalan ini mencapai 1.00. Soalan ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara murid, ini dibuktikan dengan nilai diskriminasinya yang mencapai 0.00. Dengan itu, soalan ini merupakan soalan lemah yang harus ditulis semula kerana ia langsung tidak dapat membezakan kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah. Soalan seperti ini tidak dapat memainkan fungsi sebagai alat ukur yang baik.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada soalan 1 di mana lebih 95% daripada 22 orang murid (I.K = 0.86) dapat menjawabnya dan nilai indeks diskriminasinya hanya mencapai 0.14. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Murid-murid telah dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka dan tidak diuji mengikut kemampuan pengetahuan mereka.

Walau bagaimanapun, dalam sesuatu ujian adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada murid yang lemah. Manakala soalan-soalan yang susah diberi untuk mencabar murid-murid yang berkebolehan tinggi. Contohnya soalan 5, 6 dan 7 yang amat mudah dengan indeks kesukaran 0.82 tetapi oleh sebab indeks diskriminasinya yang mencapai 0.29 bererti nilai diskriminasi positif yang sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun kelihatan mudah tetapi tidaklah lemah, jadi ia masih boleh diterima.

Bagi soalan 9 dan soalan 11, indeks diskriminasinya mencapai 0.57, ini bererti soalan ini agak sukar walaupun untuk kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh merumuskan bahawa soalan tersebut masih boleh dijawab dengan baik oleh murid yang berkebolehan tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga soalan yang mencatatkan indeks diskriminasi < 0.4. Soalan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13 dan 20 perlu diperbaiki dan ditambah baik supaya dapat mencabar kemampuan murid menjawab soalan.

Bagi 20 soalan objektif yang dikaji ini, tiada satu soalan pun yang mendiskriminasi secara negatif. Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negatif bermakna ia tidak bersetuju dengan ujian tersebut. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada soalan tersebut. Sekiranya sesautu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar murid-murid dari kumpulan atas, maka sudah tentu ramai lagi murid dari golongan rendah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.

Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua soalan yang dibina dalam item ujian ini berjaya mendiskriminasi secara positif. Antaranya, 10 soalan mempunyai diskriminasi positif yang tinggi, 6 soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 4 soalan mempunyai diskriminasi positif yang rendah.

Semasa ujian ditadbir, jika terdapat murid yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat sukar, maka guru haruslah membuat semakan dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu berasas atau tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk guru membaiki kualiti item ujian yang dibina pada masa akan datang.

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item ujian walaupun memakan masa, tetapi amat perlu kera dapatannya akan memberi manfaat kepada guru yang menyediakan soalan dan juga kepada murid. Perolehan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi keberkesanan tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian murid yang sebenar dapat diketahui.

Item

I.K

I.D

1

0.95

0.14

2

0.45

0.71

3

0.91

0.29

4

0.50

0.71

5

0.82

0.14

6

0.82

0.29

7

0.82

0.29

8

0.64

0.43

9

0.64

0.57

10

0.82

0.29

11

0.68

0.57

12

0.86

0.29

13

0.82

0.29

14

1.00

0.00

15

0.77

0.71

16

0.73

0.71

17

0.64

0.71

18

0.45

0.43

19

0.73

0.71

20

0.73

0.14

GRAF INDEKS DISKRIMINASI (I.D) VS INDEKS KESUKARAN (I.K)

Analisis Pengganggu

Pengganggu merupakan pilihan-pilihan yang lain yang salah dalam sesebuah item aneka pilihan. Pengganggu merupakan faktor yang kritikal dalam menentukan soalan aneka pilihan secara keseluruhan. Di dalam proses pembentukan jawapan-jawapan soalan aneka pilihan yang mana ia terdiri daripada dua bahagian; jawapan benar dan jawapan palsu. Jawapan palsu berfungsi sebagai penganggu untuk menarik murid yang kurang pandai untuk memilihnya manakala murid cerdas seharusnya tidak memilih jawapan ini. Konsep pengganggu ini ialah berteraskan dengan idea bahawa murid pandai dapat membezakan kunci dan pengganggu manakala murid lemah tidak dapat membezakan kunci dan pengganggu.

Jika soalan dan jawapannya sudah dipastikan tepat, pilihan pengganggu yang lemah boleh mengurangkan kuasa diskriminasi soalan tersebut dan berkemungkinan boleh dianggap agak sukar. Hal ini dapat menunjukkan nilai soalan sama ada berkorelasi tinggi, rendah atau negatif. Penggiraan indeks kesukaran pengganggu boleh diperluaskan kepada tindak balas murid terhadap pengganggu item. Cara pengiraan indeks kesukaran pengganggu adalah seperti di bawah;

Jadual 5: Tafsiran bagi Indeks Kesukaran Pengganggu

Jadual 6: Pengganggu soalan berdasarkan jawapan murid

No. Soalan

Pilihan Jawapan Murid

Indeks Kesukaran Pengganggu

Catatan

A

B

C

D

1

0

0

21

1

0.04

Pengganggu tidak berfungsi

2

5

10

2

5

0.54

Pengganggu yang baik

3

1

1

0

20

0.09

Pengganggu tidak berfungsi

4

2

11

7

2

0.31

Pengganggu yang baik

5

0

1

3

18

0.13

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

6

18

2

1

1

0.31

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

7

18

1

1

2

0.31

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

8

2

3

3

14

0.13

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

9

14

1

2

5

0.22

Pengganggu yang baik

10

18

1

3

0

0.13

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

11

0

6

1

15

0.27

Pengganggu yang baik

12

19

1

2

0

0.31

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

13

1

2

18

1

0.31

Pengganggu lemah, perlu diubahsuai

14

0

0

0

22

1

Pengganggu tidak berfungsi

15

4

1

17

0

0.18

Pengganggu yang baik

16

4

2

0

16

0.18

Pengganggu yang baik

17

0

6

14

2

0.27

Pengganggu yang baik

18

0

10

9

3

0.40

Pengganggu yang baik

19

16

1

4

1

0.18

Pengganggu yang baik

20

5

1

16

0

0.22

Pengganggu yang baik

Petunjuk : Jawapan betul

Dalam ujian ini, kita dapat memerhatikan ada jawapan soalan objektif yang tidak berupaya merangsang murid yang tidak mengetahui jawapan tepat tidak memilihnya langsung. Contohnya jawapan bagi soalan 14, di mana indeks diskriminasi mencatatkan 0 menunjukkan semua murid dapat menjawab soalan. Soalan 1 dan 3 juga menunjukkan pengganggu tidak berfungsi dengan baik di mana 95% murid dapat menjawab soalan dengan betul. Ini bermakna jawapan-jawapan ini tidak dapat memainkan peranan sebagai pengganggu yang berkesan. Guru perlu memperbaiki jawapan tersebut untuk mempertingkatkan kerasionalan soalan.

Soalan 2, 4 dan 20 menunjukkan peranan pengganggu yang baik. Contohnya soalan 2 di mana hanya 45% murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Soalan-soalan yang mempunyai pengganggu yang baik perlu dikekalkan manakala soalan yang pengganggu tidak berfungsi perlu ditambah baik sebelum dimasukkan ke dalam bank soalan.

Perbandingan kedua-dua nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi sesuatu items merupakan aspek penting untuk menentukan keputusan dalam mengekalkan, menggugurkan atau membaiki sesautu item soalan. Membuat perbandingan antara IK dan ID alam julat yang bersesuaian penting bagi mengumpulkan item yang berkualiti sahaja dalam bank soalan.

Skor X

Satu set markah bagi sekumpulan 22 orang murid yang menduduki ujian Sains yang terdiri daripada 20 item soalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah;

Skor X

Gundalan

Kekerapan (f)

100

III

3

95

I

1

90

I

1

85

IIII

4

80

I

1

75

II

2

70

III

3

60

II

2

55

II

2

50

I

1

45

I

1

35

I

1

Jadual 6: Kekerapan berdasarkan markah murid

Julat = Skor Tertinggi – Skor Terendah

= 100 – 35

Saiz selang kelas = Julat

Bilangan kelas yang dicadangkan

Jadual 7: Jadual frekuensi data terkumpul

Selang Kelas (x)

Titik Tengah

Frekuensi (f)

35-39

37.5

1

40-44

42.5

0

45-49

47.5

1

50-54

52.5

1

55-59

57.5

2

60-64

62.5

2

65-69

67.5

0

70-74

72.5

3

75-79

77.5

2

80-84

82.5

1

85-89

87.5

4

90-94

92.5

1

95-100

97.5

4

Graf skor x adalah pencong negatif, ini menunjukkan terdapat banyak skor tinggi dan kurang skor rendah. Boleh ditafsirkan bahawa kebanyakan murid Tahun 6 telah menguasai bahan yang diajar atau ujian yang ditadbir terlalu mudah dan tidak mendiskriminasi antara murid.

Skor Min

Min ialah purata bagi markah keseluruhan sesuatu ujian. Min merupakan kecenderungan memusat yang paling kerap digunakan. Min dicari dengan menjumlahkan semua skor dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan skor. Purata bagi 22 orang murid tahun 6 Ibnu Sina dapat dirumuskan melalui formula di bawah;

Nama Murid

Skor Mentah (X)

NURUL FIRZANAH

100

MUHAMMAD SAIFULLAH

100

NURHIDAYATURRAHMA SAPUTRI

100

MUHAMMAD ABU BAKAR

95

MUHAMMAD SAIFUDDIN

90

NUR MARYAM NABIHAH

85

ANDEK NURALIS SYAZLYANA

85

NURUL HAFIQAH

85

MUHAMMAD AZRYZAL

85

FAREHAH HAFEZAH

80

MUHAMMAD DANIEL FAREEZ

75

MUHAMMAD ZULFAHMI

75

MUHAMMAD HAZIM AIZAT

70

MUHAMMAD SYAHMI IQBAL

70

AINUL FARISAH

70

NUR KARMILA IZZATI

60

ODE ANDI SHUHADA

60

NUR RABIATULADAWIYAH

55

SURIANA

55

MUHAMMAD ALIF NAJMI

50

MUHAMMAD SHAHRUL

45

MUHAMMAD REDUAN

35

Jumlah skor

1625

Jumlah Keseluruhan Skor Murid = 1625

Bilangan Keseluruhan Murid = 22 orang

Skor min = Jumlah Keseluruhan Skor Murid

Bilangan Keseluruhan Murid

Sisihan Piawai (SD)

Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang popular. Di dalam penggunaan sebagai entiti yang berasingan atau sebagai sebahagian analisis lain seperti pengiraan selang keyakinan dan juga di dalam pengujian hipotesis. Sisihan piawai ialah untuk mengetahui taburan skor bagi sesuatu ujian. Sisihan piawai digunakan sebagai satu teknik untuk membandingkan skor ujian antara murid. Taburan skor boelh dipiawaikan kepada sebarang taburan dengan min dan sisihan piawai yang telah ditetapkan. Formula di bawah adalah untuk mengira sisihan piawai;

atau

Jadual 8: Jadual pengiraan sisihan piawai

Skor X

Gundalan

Kekerapan (f)

fx

X2

fx2

100

III

3

300

10000

30000

95

I

1

95

9025

9025

90

I

1

90

8100

8100

85

IIII

4

340

7225

28900

80

I

1

80

6400

6400

75

II

2

150

5625

11250

70

III

3

210

4900

14700

60

II

2

120

3600

7200

55

II

2

110

3025

6050

50

I

1

50

2500

2500

45

I

1

45

2025

2025

35

I

1

35

1225

1225



N = 22

fx = 1625


fx2 = 127375

Dengan menggunakan formula

= 1273751625 2

= 5789 – (74)2

= 5789 – 5479

= 310

Skor-Z

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi beberapa sisihan piawai. Skor-Z mewakili nombor nilai sisihan piawai di atas atau di bawah bagi set nombor apabila data adalah bertaburan normal. Jika skor-Z negatif, maka nilai kasar markah adalah di bawah min dan jika skor-Z positif maka nilai kasar markah adalah di atas min. Skor-Z dikira dengan menggunakan rumus berikut;

Skor-Z = Skor mentah(X) – Min(M)

Sisihan Piawai α

Min = 73.86

Sisihan Piawai = 17.61

Jadual 9: Jadual pengiraan Skor-Z

Nama Murid

Skor Mentah (X)

X – M

α

Skor-Z

NURUL FIRZANAH

100

100 – 73.86

17.61

1.48

MUHAMMAD SAIFULLAH

100

100 – 73.86

17.61

1.48

NURHIDAYATURRAHMA SAPUTRI

100

100 – 73.86

17.61

1.48

MUHAMMAD ABU BAKAR

95

95 – 73.86

17.61

1.2

MUHAMMAD SAIFUDDIN

90

90– 73.86

17.61

0.91

NUR MARYAM NABIHAH

85

85– 73.86

17.61

0.63

ANDEK NURALIS SYAZLYANA

85

85– 73.86

17.61

0.63

NURUL HAFIQAH

85

85– 73.86

17.61

0.63

MUHAMMAD AZRYZAL

85

85– 73.86

17.61

0.63

FAREHAH HAFEZAH

80

80– 73.86

17.61

0.35

MUHAMMAD DANIEL FAREEZ

75

75– 73.86

17.61

0.06

MUHAMMAD ZULFAHMI

75

75– 73.86

17.61

0.06

MUHAMMAD HAZIM AIZAT

70

70– 73.86

17.61

-0.22

MUHAMMAD SYAHMI IQBAL

70

70– 73.86

17.61

-0.22

AINUL FARISAH

70

70– 73.86

17.61

-0.22

NUR KARMILA IZZATI

60

60– 73.86

17.61

-0.79

ODE ANDI SHUHADA

60

60– 73.86

17.61

-0.79

NUR RABIATULADAWIYAH

55

55 – 73.86

17.61

-1.07

SURIANA

55

55 – 73.86

17.61

-1.07

MUHAMMAD ALIF NAJMI

50

50 – 73.86

17.61

-1.35

MUHAMMAD SHAHRUL

45

45 – 73.86

17.61

-1.63

MUHAMMAD REDUAN

35

35 – 73.86

17.61

-2.21

Terdapat 13 murid yang mendapat skor-z positif, ini menunjukkan nilai kasar markah adalah melebihi min 73.86. Manakala 9 orang murid pula didapati mendapat skor-z negatif. Ini bermakna nilai kasar markah mereka adalah kurang dari min 73.86.

Kesimpulan

Pengiraan statistik dalam pengukuran dan penilaian dapat membantu guru menganalisis serta merumus data yang menjadi panduan kepada guru untuk menilai pencapaian murid dalam suatu mata pelajaran. Sungguhpun angka atau nombor bukanlah pengukur sebenar pencapaian murid tetapi ia dapat memberi gambaran tentang nilai alat ukuran iaitu ujian yang diberi dari segi keobjektifan, ketekalan dan kebolehpercayaan, keseragaman sesuatu kumpulan murid, membuat pengelasan dan pemilihan murid berpandukan gred yang diperoleh untuk tujuan penempatan serta keberkesanan strategi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Dengan menggunakan rumusan data guru boleh mendapatkan maklum balas bagi mengesan tahap penguasaan murid untuk tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pemulihan, pengayaan, membantu memilih dan mengelaskan murid mengikut tahap pencapaian mereka serta memberi bimbingan kepada murid lemah dan memotivasikan murid cemerlang.

Refleksi

Tugasan SCE3113 telah memberi banyak pendedahan kepada saya bermula dengan membina Jadual Spesifikasi Ujian, mentadbir ujian dan seterusnya menyemak dan menganalis data mentah. Cabaran agak besar sepanjang melaksanakan tugasan ini. Walaupun saya telah bermula lebih awal namun masih berlaku masalah pembahagian masa kerana kesibukan menyiapkan fail-fail berkaitan dengan pemautauan nazir bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Saya banyak membuat bacaan dan rujukan tentang kaedah yang betul untuk menganalisis data mentah. Secara jujurnya, saya mengalami kesukaran semasa melaksanakan tugasan. Membina JSU agak mudah tetapi membuat analisis markah agak susah dan mencabar. Saya telah membina sendiri jadual analisis menggunakan perisian MSExcel untuk mengira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi. Jadual analisis yang dibina agak ringkas namun saya berpuas hati kerana dapat belajar menggunakan formula yang betul. Saya juga akan menggunakan jadual analisis ini apabila menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun nanti.

Di antara masalah utama yang saya hadapi ialah semasa mengira Sisihan Piawai. Memandangkan ada beberapa cara untuk mengira sisihan piawai menyebabkan ada banyak kekeliruan yang berlaku. Saya juga telah mencuba berulang kali menggunakan kaedah pengiraan yang berbeza, akhirnya saya memilih mengira menggunakan jadual kekerapan. Walaupun agak susah, akhirnya saya berjaya. Saya turut mendapatkan bantuan daripada kawan PPG di sekolah yang kini belajar di semester 7. Memandangkan beliau telah mempelajari subjek ini pada semester 6, banyak ilmu yang telah beliau kongsi bagi membantu saya menyiapkan analsis data ini.

Pada peringkat permulaan, saya bercadang melukis graf secara manual dengan menggunakan kertas graf sahaja. Tetapi ia kelihatan kurang menarik dan tidak sesuai. Maka telah belajar membina graf menggunakan perisian MSExcel, ia jauh lebih mudah dibina berbanding menggunakan perisian MSWord. Banyak ilmu baru yang saya dapat dalam mengendalikan kedua-dua perisian komputer ini.

Tugasan ini memberi kesedaran kepada saya supaya sentiasa menggunakan JSU dan menganalisis data peperiksaan yang ada. Ia memberi kesan yang besar kepada guru kerana melalui analisa yang dibuat dapat menunjukkan dengan jelas pencapaian setiap murid, mengenal pasti gred, mengesan masalah pembelajaran yang berlaku pada murid serta memikirkan kaedah terbaik untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan harapan akan berlaku peningkatan prestasi murid pada peperiksaan akan datang.

Analisa skor markah ini membolehkan guru mengesan kelompok murid yang cemerlang dengan kelompok murid yang serderhana dan yang lemah. Ini membantu guru membina items ujian yang sesuai dengan aras murid. Guru dapat membina soalan yang dapat mencabar murid cemerlang, memotivasi murid sederhana dan lemah menjawab soalan dengan taburan soalan yang mempunyai tiga aras iaitu aras tinggi, sederhana dan mudah. Melalui analisa ini juga, guru dapat mengesan soalan-soalan yang perlu disingkirkan dan soalan yang perlu ditambah baik dan yang boleh di simpan dalam bank soalan. Peranan pengganggu dalam item ujian juga sangat penting, sekiranya murid faham dan menguasai pelajaran dengan baik, item pengganggu tidak memberi kesan yang besar. Namun bagi murid sederhana dan lemah, kerap memilih item pengganggu sebagai jawapan.

Menganalisa markah adalah sebahagian daripada kerja hakiki guru yang perlu dilaksana dari semasa ke semasa. Sekiranya guru menganalisa skor markah secara rutin, masalah pembelajaran murid lemah dan sederhana dapat dikurangkan. Cara pengiraan untuk mencari min, mod, median, sisihan piawai, skor X, skor Z dan skor T perlu dikuasai oleh semua guru. Walaupun pada awalnya susah tapi guru faham cara pengiraan yang betul dan menguasainya dengan baik, ia akan menjadi lebih mudah.

Rujukan

Buku

Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, Tan Kim Lan (2014). Amalan Pentaksiran Dalam Matematik. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan

makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan

Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR sains.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Jurnal Online

Norlly Mohd Isa & Hamimah Abu Naim (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/4.pdf (dilayari pada 23 September 2014)

Prinsip Pembinaan Item, www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item (dilayari pada 23 September 2014)