Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan

Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa:
Analisis dari Perspektif Hukum Islam
Mohammad Aizat Jamaludin+ 1, Mohd Anuar Ramli2, Dzulkifly Mat Hashim3 dan
Suhaimi Ab. Rahman4
1

Pegawai Penyelidik, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk
Halal, Universiti Putra Malaysia
2
Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
3
Ketua, Makmal Analisis Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
4
Ketua, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti
Putra Malaysia

Abstrak
Industri berasaskan penghasilan produk gunaan halal berkembang pesat kesan
permintaan yang tinggi dalam pasaran. Produk gunaan ini merangkumi makanan dan
bukan makanan. Alkohol merupakan di antara bahan aditif dan penstabil yang banyak
digunakan dalam penghasilan produk gunaan sama ada produk yang digunapakai secara

dalaman (orally) atau luaran (non consumable). Akhir-akhir ini, timbul pelbagai isu
berhubung dengan penggunaan alkohol dalam produk gunaan. Antaranya minuman
ringan seperti malta dan barbican yang beralkohol, kek yang dicampur dan disapu
dengan khamr atau arak, daging steak dan makanan laut (seafood) yang dicampur
alkohol, barangan kosmetik dan dandanan diri yang mengandungi alkohol dan
seumpamanya. Isu ini timbul ekoran daripada salah faham terhadap pemahaman alkohol
dan arak (khamr ). Ramai dalam kalangan pengguna yang menyamakan antara alkohol
dan arak, yang mana implikasinya, timbul kekeliruan terhadap beberapa produk gunaan
dan masyarakat merasa ragu-ragu dalam memilih produk berkenaan di pasaran. Justeru,
kertas kerja ini akan membincangkan konsep alkohol dan perbezaannya dengan arak
(khamr ) serta perbincangan beberapa isu yang berkaitan menurut perspektif hukum
Islam. Selain itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan terhadap kadar alkohol
yang dibenarkan dalam barangan gunaan sama ada makanan dan bukan makanan.

Kata kunci: Alkohol, khamr , halal dan haram, arak, hukum Islam

+

Corresponding author. Tel.: + 60389417344; Fax: + 60389439745
E-mail address: mohdaizat@halal.upm.edu.my


1

Pengenalan
Dewasa kini, masyarakat mula sedar dan sensitif dengan isu berkaitan industri
penghasilan produk gunaan terutama berkiatan makanan dan bukan makanan. Ini kerana
produk gunaan ini melibatkan persoalan status sama ada halal atau haram yang
menyumbang kepada pertumbuhan fizikal dan emosi manusia, khususnya pengguna
Muslim. Saban tahun, isu berkaitan produk gunaan tidak pernah sunyi dibincangkan dan
masyarakat masih kurang jelas tentang persoalan tersebut. Salah satu isu yang menjadi
topik polemik adalah penggunaan alkohol atau arak (khamr ) dalam produk gunaan
semasa.
Secara umumnya, alkohol banyak digunakan dalam barang gunaan. Penggunaannya
tidak terhad untuk produk yang diguna pakai secara dalaman (orally) seperti makanan
dan minuman sahaja, ia juga digunakan dalam penghasilan produk luaran seperti
farmaseutikal, kosmetik dan dandanan diri.
Sekitar tahun 2005, timbul isu penggunaan arak seperti rum dan wisky dalam
masakan laut (seafood) sebagai penambah rasa tambahan supaya lebih enak dan lazat
untuk dimakan. Pada tahun berikutnya, arak juga dikatakan digunakan dalam
pembuatan kek dan pastri sebagai agen penaik dan pengilat.2 Manakala di awal tahun

2010, akhbar pernah melaporkan alkohol dikenalpasti dalam produk minuman ringan
seperti air bikarbonat, malta, barbican, hoffagman, air nira serta produk berasaskan
pemeraman lain seperti kicap, dan tapai.
Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang alkohol dalam produk gunaan
semasa menurut perspektif hukum Islam. Kupasannya melibatkan konsep, hubungkait

2

Kandungan alkohol dalam arak atau wain berbeza mengikut jenis. Julatnya di antara 6 hingga 21%.
Yayan Sopyan (2007), “Khamar Sebagai Bahan Campuran Dalam Makanan”, dalam Ahkam : Jurnal
Ilmu-ilmu Syariah dan Hukum, vol. 9, Jakarta: Fakulti Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri
(UIN) Syarif Hidayatulah, h. 81.

2

serta perbezaan di antara alkohol dan arak. Selain itu, perbincangan juga berkaitan kadar
penentuan yang dibenarkan berasaskan fatwa semasa.

Alkohol Dan Hubungannya Dengan Arak (Khamr) Menurut Perspektif Islam
Secara asasnya, tidak semua alkohol itu adalah arak tetapi semua arak itu beralkohol.

Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang
mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Ia memliki daya pengaruh yang kuat terhadap
tubuh badan disebabkan zatnya yang mengandungi gula dan boleh menimbulkan rasa
bertenaga apabila diminum. Selain itu, alkohol juga berfungsi memberi ransangan
tertentu kepada saluran saraf sehingga menyebabkan tidak sedarkan diri atau
memabukkan.3
Terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol di dalam
minuman iaitu etanol dan metanol. Sumber kepada alkohol ialah kayu yang dikenali
sebagai metil alkohol (metanol CH-OH) atau biji-bijian yang juga dikenali sebagai etil
alkohol (etanol C2H5OH).4 Kebiasaannya, metanol tidak digunakan dalam minuman
sebaliknya etanol digunakan sebagai campuran yang terdapat dalam minuman keras
seperti bir (6%), wiski (35%) dan wain (10-20%).5 Hal ini kerana metanol jika diambil
dalam kadar kuantiti yang sedikit, sudah boleh menyebabkan kemabukan apatah lagi
dalam kadar yang tinggi sehingga membawa kematian.
Sebagai contoh, sebatian wain berkemungkinan mengandungi percampuran antara
etanol dan metanol. Hal ini disebabkan metanol dapat terjana semasa proses
fermentation (pemeraman) tersebut apabila bahan-bahan sebatian itu mengandungi
3
4


5

Ibid., h. 84.
Maynard A. Joslyn (1970), “Alcoholometry”, Methods in Food Analysis: Physical, Chemical, and
Instrumentals Methods of Analysis, London: Academic Press, h. 451.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2001), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan
Islam Dan Sains, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors, hh. 42-43.

3

peptin (sejenis polisakarida) di dalam cell wall (dinding) kulit buah dan seumpamanya.
Namun begitu, lazimnya sebatian metanol tersebut adalah sangat sedikit iaitu sekitar
0.01%.
Dalam Islam, tidak semua jenis alkohol adalah diharamkan. Ia berbeza dengan arak
(khamr ) apabila ia merupakan di antara bahan yang jelas diharamkan bersumberkan alQuran dan al-Sunnah. Di dalam al-Quran, khamr disebut sebanyak 6 kali di dalam
beberapa tempat seperti surah al-Baqarah, ayat 219 serta surah al-Maidah, ayat 90 dan
91 yang menerangkan sifat dan hukum meminum khamr . Firman Allah SWT:6

         
         

          


     

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak,
berjudi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah
termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar
kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud
hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran
(meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati
Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan
pekerjaan itu).”

6

Surah al-Ma’idah (5) : 90-91.

4


Seterusnya di dalam surah Muhammad, ayat 15 menyatakan khamr adalah minuman
yang disediakan untuk ahli syurga. Selain itu, ayat 36 dan 47 surah Yusuf menceritakan
tentang dialog dua pemuda yang berada di dalam penjara menyatakan tentang mimpi
mereka dan kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf A.S.
Asasnya, perkataan khamr daripada kata (

) yang bererti (

‫ستره‬

) iaitu menutup dan menyembunyikannya.7 Menurut pengarang kitab Rawai‘i al-

Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, khamr adalah (

) iaitu apa yang dapat

menutup akal.8 Dalam lisan al-‘Arab, khamr bermaksud mendekati dan bercampur.9
Manakal al-Razi dalam tafsirnya menakrifkan khamr kepada dua pengertian iaitu
pertama, sesuatu yang menutup akal dan berlaku perubahan manakala keduanya,

terdapat perubahan daripada bau anggur tersebut.10
Terdapat dua golongan pandangan fuqaha yang memberikan maksud berbeza untuk
khamr . Pendapat pertama, Imam Abu hanifah mendefinisikan khamr sebagai nama

(sebutan) bagi minuman yang dibuat daripada perahan anggur selepas dimasak sehingga
mendidih serta mengeluarkan buih. Kemudiannya ia berubah menjadi suci semula.
Manakala, pendapat kedua dari kalangan mazhab Hanafiyyah dan jumhur ulama.
Mereka berpandangan setiap minuman yang mengandungi unsur memabukkan
sekalipun bukan daripada perahan anggur adalah khamr.11

7

8
9

10
11

Louis Ma‘luf (1956), Kamus al-Munjid fi al-Adabi wa al-‘Ulum, Beirut: al-Kasulikiyyah, cet. 5, h.
195.

Muhammad ‘Ali al-Sobuni (t.t.), Rawai‘ al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Beirut: Dar al-Fikr, h. 267.
Ibn Fadl Jalaluddin Muhammad bin Muharram al-Ifriqi (t.t.), Lisan al- ‘Arab, Beirut: Dar Shadar,
Jilid IV, h. 256.
Muhammad Fakhruddin al-Razi (1981), TafsirFakh al-Razi, Beirut: Dar al-Fikr, jilid XII, hh. 84-85.
al-Sobuni (t.t.), Op. cit., hlm 277.

5

Oleh yang demikian, semua jenis minuman memabukkan yang dihasilkan daripada
apa-apa juga bahan seperti perahan anggur,12 nira, barli, beras, ubi kentang, jagung,
gandum dan buah-buahan13 atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahanbahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.14
Selain al-Quran, Nabi saw juga mengharamkan minuman arak di dalam beberapa
sabda baginda yang berbeza. Berdasarkan riwayat al-Nasa’i daripada Abu Hurairah,
Nabi SAW bersabda:15

Maksudnya:
“Khamr itu dihasilkan daripada dua jenis tumbuhan iaitu kurma dan anggur.”

Selain itu, Nabi SAW juga bersabda:16


Maksudnya:
“Setiap yang memabukkan adalah arak (khamr ) dan setiap memabukkan
adalah haram. Barangsiapa yang meminum arak di dunia dan
kemudiannya amati, dia tidak akan meminumnya di akhirat.”

Begitu juga, Nabi SAW telah melaknati semua perkara yang berkait dengan arak
dalam sabdanya yang lain:17

12

13
14

15
16

Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (2004), al-Mu‘jam al-Wasit, cet. 4, Mesir: Maktabah al-Syuruq alDauliyyah, h. 255; Sa‘di Abu Jayyib (1988), al-Qamus al-Fiqhi: Lughatan wa-Istilahan , cet. 2,
Damsyik: Dar al-Fikr, h. 123.
Muhammad Rawwas Qal‘ahji (1996), Mu‘jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut: Dar al-Nafa‘is, h. 179.
Abu Bakr Muhammad bin ‘Abd Allah Ibn al-‘Arabi (t.t.), Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, h. 209.

Riwayat al-Nasa’i, no. hadis: 5589.
Jami‘ al-Tirmidhi dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah (2000), cet. 3, Riyad: Dar
al-Salam, no. hadis : 1861, h. 1840.

6

Maksudnya:
“Rasulullah SAW melaknat tentang arak sepuluh golongan iaitu
memerahnya, yang diperah untuknya, yang meminumnya,
membawanya, yang dibawa kepadanya, yang menuangkannya,
menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan
dibelikan untuknya.”

yang
yang
yang
yang

Status Penggunaan Alkohol dalam Industri Produk Gunaan
Terdapat dua jenis penggunaan alkohol sama ada melibatkan dalaman (internal) atau
luaran (external). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian tersebut
apabila bahan ini diproses dalam industri tersebut. Penggunaan dalaman atau unnatured
alcohol (tidak dinyah-aslikan)18 termasuklah sebagai bahan minuman seperti minuman

bikarbonat atau bahan campuran dalam makanan. Manakala penggunaan luaran atau
dinature alcohol (dinyah-aslikan)19 pula melibatkan sapuan seperti minyak wangi serta

deodoran, semburan dan seumpamanya.
Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol digunakan sebagai bahan pelarut
yang penting selain air. Ia berfungsi sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti
kek, masakan makanan laut dan seumpamanya.20 Dalam penghasilan perasa makanan,
bahan yang dipanggil sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan

17
18

19

20

Ibid., no. hadis : 1295, h. 1781.
Unnatured alcohol atau food drink alcohol merupakan sebatian alkohol yang diproses dalam industri
makanan tanpa melibatkan bahan tambahan lain yang bertujuan sebagai bahan pelarut dalam
ingredient makanan.
Dinature alcohol merupakan sebatian alkohol yang dinyah-aslikan dengan cara ditambah bahan-bahan
lain supaya ia tidak sesuai untuk diminum atau orally alcohol consumption . Ia hanya digunakan untuk
aktiviti perindustrian penghasilan makanan sahaja. Lihat Arnold E. Bender (1965), Dictionary of
Nutrition and Food Technology, London: Butterworth & Co. Ltd., h. 6.
Maynard A. Joslyn (1963), “Alcoholometry”, Op. cit., hh. 448-449.

7

supaya tahan lebih lama serta mampu mengekalkan bauannya.21Selain itu, dalam
penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur untuk
menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol
juga digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.22
Para ulama telah berijma‘ tentang pengharaman meminum arak.23 Al-Syirazi juga
berpandangan pengambilan arak adalah haram jika tidak melibatkan keadaan
dharurah.24Kedudukannya adalah najis sama seperti darah. Begitu juga pendapat ulama
yang lain seperti Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali.25 Justeru, dari aspek penggunaan
dalaman atau sebagai minuman, ulama bersepakat mengharamkannya.
Namun begitu, untuk penggunaan luaran para ulama berselisih pendapat kepada dua
pandangan utama. Sebilangan mereka mengharuskan penggunaan luaran. Pandangan ini
selaras dengan hujah mereka bahawa alkohol atau arak adalah suci. Ini kerana asal
sesuatu bahan adalah suci sehingga terdapat dalil yang membuktikan ianya adalah
najis.26 Selain itu, pandangan ini disokong juga oleh Rabi‘ah, al-Layth bin Sa‘d, alMuzani salah seorang ulama mazhab Syafi‘i yang berpandangan arak adalah suci
melainkan jika untuk diminum.27

21
22

23
24

25

26

27

Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Op. cit., h. 175.
Ia diberi minum sake, diperdengarkan muzik dan dinamakan sebagai Wagyu. Lihat Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak (2006), “Daging Kobe Gred Dunia Keluaran Malaysia”,
www.jphpk.gov.my.
Yusuf al-Qaradawi (2006), (terj.) Fikih Thaharah, Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, h. 38.
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali ibn Yusuf al-Fayruz Abadi al-Syirazi (1995), al-Muhadhdhab fi Fiqh alImam al-Syafi‘i, juz. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 54.
Nazih Hammad (2004), “al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna alNazariyyah wa al-Tatbiq”, (terj.) Basri Ibrahim, Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis di
dalam Makanan dan Ubat-Ubatan, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, h. 58.
Ibn Taymiyyah (2005), Majmu‘ah al-Fatawa Ibn al-Taymiyyah, cet. 3, Mansurah: Dar al-Wafa’, h.
158.
Ibid.; Nazih Hammad (2004), Op. cit., hh. 61-62 dan 65-66.

8

Pendapat ini turut disokong dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh
Perubatan:28
“Bahan alkohol tidak bersifat najis dari segi Syarak…Oleh itu tidak
menjadi kesalahan untuk menggunakan alkohol dari sudut perubatan
sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh
kuman. Begitu juga dengan penggunaan minyak wangi.”

Pandangan kedua pula berpendapat penggunaan luaran turut haram disebabkan
sifat arak yang najis. Menurut Imam al-Nawawi, arak adalah tidak suci atau haram
penggunaannya walaupun bersifat luaran.29 Pendapat ini selari dengan pandangan Imam
al-Ghazali dengan menyatakan pengharaman alkohol atau arak adalah secara mutlak
sama ada dalaman atau luaran.30

Panduan isu-isu alkohol berasaskan fatwa semasa berkaitannya
Selain pandangan ulama yang bervariasi tersebut, beberapa fatwa telah diputuskan
sebagai panduan dalam mendepani isu-isu berasaskan alkohol. Majlis Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan telah menggariskan beberapa panduan berhubung dengan
penggunaan alkohol, iaitu:
i.

Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu
daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan
najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya

28

29
30

Dinukilkan daripada Nazih Hammad. Lihat Ibid., h. 77.
Nadwah Fiqh Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang
berlangsung di Kuwait dari 22-24hb Mei 1995.
Al-Qaradawi (2006), Op. cit., h. 41.
Al-Ghazali (2000), Halal dan Haram dalam Islam, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, cet. 3, h.160.

9

tidak najis tetapi haram dimakan. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan mousy
dan malt extract adalah haram.
ii.

Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan buat arak sama ada
mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram
diminum.

iii.

Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang
memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

iv.

Tapai halal dimakan.

v.

Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh dimakan.

vi.

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan
dimaafkan.31

vii.

Kordial yang mengandungi bahan perasa (flavour ) yang dimasukkan alkohol
untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman
sekiranya:
a) Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
b) Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa itu adalah sedikit iaitu tidak
memabukkan.32
Di samping itu, fatwa ini telah disemak semula pada tahun 2011. Berdasarkan

taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada
Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia serta dengan
mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah

31

32

Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah diadakan di Ipoh pada 11-14 April
1984. Lihat www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/24 Oktober 2011.
Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 22 pada 24 November 1988. Lihat
www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/24 Oktober 2011.

10

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman,
pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan
seperti berikut:33

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan
semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak,
hukumnya haram dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya
tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia
adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk
menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus
(boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti
proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau
alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buahbuahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu
terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah
tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

33

Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah diadakan pada 14-16 Julai 2011. Lihat
www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/2 November 2011.

11

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan
sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti
alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak
melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah
tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses
pembuatan arak.

Kesimpulan
Alkohol banyak digunapakai dalam industri pemprosesan barangan gunaan masa kini
sama ada ia melibatkan produk berasaskan makanan dan minuman serta bukan
makanan. Namun, produk berasaskan minuman lebih mendominasi isu yang mendasari
polemik alkohol terhadap pemilihan produk halal dalam kalangan pengguna. Dalam
mendepani isu ini, para fuqaha telah menggariskan panduan yang jelas bersumberkan
al-Quran dan al-Sunnah. Di samping diperkukuhkan lagi dengan beberapa fatwa semasa
terutama penetapan kadar untuk penggunaannya sama ada digunakan untuk tujuaan
dalaman atau luaran. Justeru, isu-isu berasaskan produk gunaan terutama dalam
penentuan halal haram dapat ditangani dengan lebih tepat lagi berkesan dengan
memperbanyakkan kajian semasa dengan bantuan disiplin sains dan teknologi.

12