FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELANCONG KE PA

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELANCONG KE PAMERAN URANG
SARAWAK DI MUZIUM SENI, SARAWAK
Muhammad KhairulAkmal bin Esa, Shaik Azahar Hussain

ABSTRACT
Faktor kehadiran pengunjung merupakan fokus utama kajian. Kajian ini bertumpu kepada para
pelancong yang berkunjung ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak. Sebanyak
350 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden di lokasi kajian. Penggunaan
kaedah penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif digunakan bagi mendapatkan hasil yang diiginkan
melalui sumber yang sahih. Selain itu, faktor dalaman serta luaran merupakan faktor utama
pengunjung hadir ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak. Oleh itu, pengkaji
mengharapkan kajian ini dapat membantu pengkaji akan datang untuk membuat kajian yang
lebih terperinci berkaitan Muzium Seni Sarawak dengan lebih terperinci.
Keaywords: Pelancongan, Pameran, Warisan

1.

Introduction

Seterusnya, menurut (UNWTO, 2010) mendefinisi pelancongan adalah merupakan sebarang
aktiviti yang dilakukan oleh seseorang yang dikenalpasti sebagai seorang pelancong ataupun

pelawat. Selain itu, World Tourism Organization (WTO) menyatakan bahawa definisi pelancongan
adalah merupakan salah satu aktiviti pengembaraan yang dilaksanakan oleh seseorang individu di
sesebuah tempat iaitu individu tersebut keluar daripada tempat asalnya bagi tujuan bersantai dalam
jangka masa tidak lebih daripada setahun.
Menurut (Mathieson dan wall, 1982), pelancongan didefinisikan sebagai sebuah pergerakan yang
sementara di luar kawasan yang berdekatan rumah kediaman dan tempat kerja, aktiviti yang
dilakukan sepanjang serta kemudahan tempat tinggal dibuat bagi memenuhi keperluan pelancong.

Namun, terdapat beberapa sektor yang tidak menggunakan frasa pelancongan seperti sektor
pekhidmatan iaitu panggung wayang gambar (pawagam) didalam bidang hiburan, sector
pengangkutan lebih dikenali sebagai teksi. Ianya juga tidak diklasifikasikan sebagai firma
pelancongan (Vanhove, 2008)
Pelancong pula, menurut Artikel 2(1) dalam Akta Industri Pelancongan 1992 yang asal memberi
dua takrifan tentang “definisi pelancong” serta “definisi industri-industri pelancongan”.
Berdasarkan akta tersebut menyatakan bahawa mana-mana individu yang melawat mana-mana
tempat di Malaysia atas dasar berikut sama ada individu tersebut warganegara Malaysia ataupun
tidak : keseronokan, rekreasi atau percutian, kebudayaan, agama, melawat kawan atau saudaramara, sukan, mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen, pengajian atau penyelidikan,
dan apa-apa maksud lain yang tidak berhubungan dengan suatu pekerjaan.
Pelancongan dan Warisan
Berdasarkan United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

dalam persidangan di Paris pada 17 Oktober 1972, warisan terbahagi

kepada dua iaitu warisan

kebudayaan dan warisan semulajadi.
Hall and Zeppel (1990) menyatakan bahawa pengalaman merupakan sebuah bentuk
pelancongan. Berdasarkan kenyataan tersebut terdapat pula menyatakan bahawa pelancongan
warisan merujuk kepada pelancongan berbentuk pengalaman. Ini kerana pelancongan warisan
berkaitan dengan tarikan secara visual, persembahan-persembahan kesenian, perayaan tradisi,
dan pelawat juga akan melawat tapak, bangunan dan monument-monumen bersejarah.
Warisan dan Muzium
Muzium merupakan sebuah institusi yang tidak asing lagi di dalam dunia hari ini dimana ianya
merupakan sebuah tempat bagi memelihara nilai identiti sesebuah masyarakat. Menurut Majlis
Antarabangsa Muzium mendifinisikan muzium sebagai satu institusi pendidikan, kebudayaan
dan hiburan yang tidak mengambil keuntungan. Menurut UK Association of Museums, muzium
didefinisikan sebagai “an institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets
material evidence and associated information for the public benefit” (Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan, 2000).

Permulaan kewujudan muzium di Malaysia adalah sekitar pada tahun abad ke-19 diamana ianya

bermula semasa zaman penjajahan British yang pertama di buka di Taiping, Perak dan diikuti
oleh muzium di Selangor (Hasan, 2005).
Seterusnya, Jabatan Muzium Malaysia telah ditubuhkan tidak lama sejurus selepas Tanah
Melayu memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957 (Jabatan Muzium dan Antik, Malaysia,
n.d.).
Pentadbiran Muzium di Malaysia dapat di kategorikan kepada beberapa bahagian iaitu
persekutuan negeri, jabatan muzium dan institusi, Jabatan Muzium Malaysia. Di setiap negeri
dapat dikenalpasti bahawa terdapat muzium masing-masing.
Namun, tujuan sebenar penubuhan Jabatan Muzium Malaysia adalah sebagai salah satu tujuan
pengajaran dan pendidikan. Perkara ini dapat dilihat dengan adanya muzium universiti, muzium
geologi, muzium perhutanan, muzium pasukan bersenjata, dan muzium getah (Jabatan Muzium
dan Antik, Malaysia, n.d.).
Muzium dan Pameran
Konvensyen secara besar-besaran mampu menarik bilangan pengunjung yang hadir. Konvensyen
merupakan sebuah perhimpunan rasmi yang dilaksnakan dalam skala yang besar dimana ianya
dilakukan bagu melaksanakan sebarang aktiviti pertemuan atau mesyuarat dalam satu-satu masa.
Manakala pameran adalah sebuah tempat disediakan bagi mana-mana syarikat dalam
membentangkan produk secara komersial (Kirchgeorg, 2005).
Penyataan Masalah
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dapat di perolehi iaitu

antaranya ialah kurangnya kajian tentang penilaian terhadap pengunjung yang hadir ke pameran
berkenaan. Dengan adanya kajian ini, diharap dapat membantu pengkaji di masa akan datang
dalam menjalankan kajian sebagai rujukan tentang faktor kehadiran pengunjung ke muzium ini.
Permasalahan yang di perolehi oleh pengkaji adalah terdapat tarikan lain dengan pameran dan
muzium yang lain khususnya Muzium Etnologi Sarawak yang sememangnya popular dengan

keunikannya. Perkara ini menyebabkan berlaku persaingan di dalam menarik pengunjung untuk
berkunjung ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.
Selain itu, promosi tentang Pameran Urang Sarawak dilihat tidak standing dengan kehebatan
pameran tersebut. Info-info yang disalurkan pengkaji mendapati bahawa terlalu sedikit.
Penguasaan medium media massa tidak di gunapakai secara meluas. Oleh itu, terdapat hanya
sebilangan pelancong yang mengetahui tentang pameran ini.
Objektif Kajian
1) Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelancong untuk berkunjung ke ke Pameran Urang
Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.
2) Menganalisis tahap kepuasan pelancong terhadap ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni,
Sarawak.
3) Untuk menilai pendapat pengunjung yang datang ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni,
Sarawak.


Sorotan Kesusasteraan
Pameran.
Pameran merupakan salah satu acara yang dipertontonkan kepada umum atau secara individu bagi
menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Hal ini dapat dilihat dimana pameran menjadi salah satu
komponen terpenting di dalam Meeting, Incentive, Convention and Exhibition (MICE).
Menurut (Browning & Adams, 2012) pameran terbahagi kepada tiga bahagian ;
Pameran perdagangan merupakan sebuah pameran terbuka hanya kepada pelanggan dan pembekal
yang di jemput untuk hadir serta media sebagai perantara didalam menyebarkan maklumat.
Manakala, pengguna pameran lebih bersifat terbuka kepada semua pihak bukan sahaja hanya focus
kepada sesetengah kumpulan individu. Ianya merupakan salah satu medium perantara didalam
menyediakan maklumat dan menjadi salah satu cabang didalam menjual produk terhadap
pengguna. Seterusnya, perdagangan dan pengguna pameran merupakan hybrid terhadap dua
kategori pameran yang telah diterangkan. Kategori yang terakhir ini menurut (Chansate, 2012)

menjelaskan bahawa pameran ini kebiasaanya hanya dibuka kepada orang awam pada hari minggu
manakala hari bekerja di buka kepada pengunjung yang menjalankan urusan jual beli.
Warisan
Strategi untuk pembangunan pelancongan warisan budaya di Kuching. Menurut Partners and
Tourism (2011) sebagai permulaan : Bagaimana untuk menjayakan Warisan, ianya terdapat
beberapa strategi di dalam membuatkan pelancongan warisan kebudayaan Berjaya iaitu

bekerjasama, mencari kesesuaian, memberi tumpuan kepada kualiti dan kesahihan, memelihara
dan melindungi.
Metodologi Kajian
Data Primer
Dalam mendapatkan data kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengkaji
perlu mendapatkan maklumat secara pengedaran boring soal selidik tentang Faktor Yang
Mempengaruhi Pelancong ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.
Kaedah Kuantitatif
The quantitative researcher might then display the survey data in the form of statistics on a chart
or graph. (Leavy, 2006). Selain kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif juga digunakan dalam kajian
ini kerana pengkaji juga ingin mendapatkan maklumat daripada pekerja biasa atau staf yang
bekerja di lokasi kajian. Pengkaji akan menyediakan soalan yang hampir sama dengan dengan
soalan temu bual yang dikemukakan kepada pengurus tetapi soalan ini berbentuk soalan soal
selidik.
Data Sekunder
Data sekunder merupakan maklumat yang diperoleh daripada buku, jurnal, artikel, surat khabar
dan internet. Dalam erti kata lain, data sekunder merupakan maklumat yang diperoleh daripada
pendekatan ilmiah. Pengumpulan data melalui kaedah ini adalah tepat dan sahih.

Dapatan Kajian


Kesimpulan
Dalam kajian yang dijalankan yang bertajuk Faktor Yang Mempengaruhi Pelancong ke Pameran
Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak ini diharap dapat membantu pihak Jabatan Muzium
serta pengkaji akan datang agar dapat memberikan lebih penerangan tentang faktor yang
mempengaruhi pelancong terhadap sesebuah pameran.

Rujukan
Andreansyah, R. B. (2015). Pengaruh Strategi Promosi Terhadap Keputusan Berkunjung
Wisatawan Mancanegara. Jurnal Ilmu & Riset Manajemen, 3(6).
Bieger. (2009). Social network analysis in destination . University St. Gallen, 2.
Browning & Adams, 1. (2012). Visitor attendance motivations at consumer travel exhibitions.
Tourism Management, 1236-1244.
Dann. (1981). Consumer behaviour and tourism demand. Dala, F. G. Cooper, Tourism Principles
& Practice (p. 22). United Kingdom: Longman Group Limited.
Department of Museums and Antiques, Malaysia. (n.d.). Directory of Museums in Malaysia.
Kuala Lumpur: Department of Museums and Antiques, Malaysia.
Fakeye, P. C., & Crompton, J. L. (1991). Image differences between prospective, first time, and
repeat visitors to the Lower Rio Grande
Guidelines, U. s. (2010, May 14). tourism society. Dipetik daripada Tourism Definitions:

http://www.tourismsociety.org/page/88/tourism-definitions.htm
Hassan, B. N. (2014). factors determining museum visitation decision among communities in
kedah (Doctoral dissertation, University Malaysia Sarawak, UNIMAS).
Hunziker. (2008). Definitions. Dalam S. Pike, destination marketing (p. 21). United Kingdom:
Butterworth-Heinemann.
International Council of Museum (ICOM), The ICOM Code of Profesional ethics, Maison de
l’UNESCO 1, rue Miollis 75732 Paris cedex 15-France 2019
Khan, S. (2008, september 15). Sheerazi Khan - Academia.edu. Retrieved december 12, 2016,
from 5'A Tourism Development Novo8:
http://www.academia.edu/9370582/5_As_of_Tourism_Development_Nov08
Kajian Muzium, Galeri dan Arkib (2000), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan (KKKP).

Kirchgeorg, M. (2005), “Characteristics and forms of trade shows”, in Kirchgeorg, M.,Giese, W.
and

Dornscheidt, W. (Eds), Trade Show Management: Planning,Implementing and
Controlling of Trade Shows, Conventions and Events, Gabler Verlag,Wiesbaden, pp. 3356.

Klenosky, D. B. (2002). The pull of tourism destinations: A means-endinvestigation. Journal of

Travel Research, 40(4), 385–395.
Leavy, S. N.-B. (2006). The Practice of Qualitative Research. London: Sage Publications.
Pearce. (1988). Understanding and Measuring Tourist. INTERNATIONAL JOURNAL OF
TOURISM RESEARCH, 162.
Malaysia. 1992. Akta Industri Pelancongan, 1992 (Undang-undang Malaysia
Akta 482). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Malaysia.
Uysal, M., & Jurowski, C. (1994). Testing the push and pull factors.Annals of Tourism Research,
21(4), 844–846.
Vanhove. (2008). destination marketing. United States of America: Butterworth-Heinemann.
Var, G. &. (2002). Tourism Planning. New York : Taylor & Francis: Universiti Utara Malaysia.
Zeppel. H & Hall, C (1992), Arts and Heritage Tourism, London: Belhowen.