DSK Teknologi Vokasional Sains Guru

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- SAINS
TINGKATAN 2
2014

i

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

SAINS

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1
1

1
1

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2
2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
6.1 Matlamat Modul
6.2 Objektif Modul
6.3 Fokus Modul
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Organisasi Standard Kurikulum
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4
4

4
4
5
6-9

v

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu

kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii

PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan
bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada.
Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam
bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran
generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam
kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan
inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta
menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula
kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan
bagi setiap Standard Pembelajaran.

1

PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu
setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Sains paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan
prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya
pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya

kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin
ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik
darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan
dapat diaplikasikan.

2

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- SAINS

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Matlamat Modul
Kurikulum Sains Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis,
kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai
murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.

Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
.
1. menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains
2. menghubungkaitkan peraturan-peraturan dalam makmal dengan langkah-langkah keselamatan
3. Mengenal pasti simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal
4. mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
5. mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal
6. menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas yang sesuai
7. menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas
8. menyatakan kaedah pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu
9. menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal
10. menyedari kepentingan menggunakan unit SI
11. mengenal pasti sel haiwan dan sel tumbuhan
12. mengenal pasti jenis-jenis sel manusia
13. menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia
14. mengenal pasti contoh mikroorganisma
15. mengenal pasti mikroorganisma unisel dan multisel
16. mengenal pasti kesan mikroorganisma dalam kehidupan harian
17. mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga

18. mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga
19. mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama
20. mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian
21. Mengenal pasti tiga keadaan jirim
22. menerangkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui

4

Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sains memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan
kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan
aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
 Pendekatan modular berasaskan kompetensi
 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
 Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
 Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
 Pembelajaran masteri
 Integrasi TMK merentas kurikulum
 Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
 Lawatan industri
 Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2
hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang
pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard
Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki
dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai
dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara
aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana
dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan
elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya
menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
5

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS HAYAT
1.0 Memahami pembiakan
manusia

1.1

menerangkan
kepentingan pembiakan

1.1.1
1.1.2

menyatakan maksud pembiakan.
mewajarkan kepentingan pembiakan.

1.2

mengenal pasti struktur
dan fungsi organ
pembiakan manusia

1.2.1

melabelkan struktur dan memadakankan fungsi setiap
struktur dalam organ pembiakan lelaki iaitu testis, skrotum,
duktus sperma, zakar, uretra, kelenjar prostat dan vesikel
semen.
melabelkan struktur dan memadankan fungsi setiap struktur
dalam organ pembiakan perempuan iaitu ovari, tiub fallopio,
uterus, serviks dan faraj.

1.2.2

6

STANDARD
KANDUNGAN
2.0 Memahami
persenyawaan,
kehamilan dan
pertumbuhan manusia

STANDARD
PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.1 menyatakan proses
persenyawaan
(

2.1.1 melukis sel pembiakan iaitu sperma dan ovum.
2.1.2 menyatakan maksud persenyawaan.
2.1.3 memerihalkan peringkat-peringkat perkembangan zigot
sepanjang tempoh kehamilan

2.1 memerihalkan tumbesaran

2.1.1
2.1.2

menyusun rajah tumbesaran bayi hingga ke dewasa
berdasarkan ciri-ciri perubahan fizikal yang berlaku.
menyatakan perubahan ciri-ciri fizikal semasa akil baligh
bagi remaja lelaki dan perempuan.

2.2 memerihalkan penjagaan
diri semasa dan selepas
kehamilan

2.2.1

2.3 memerihalkan kitar haid

2.3.1 menerangkan kejadian haid.
2.3.2 mengenal pasti fasa-fasa dalam kitar haid.
2.3.3 mewajarkan kepentingan mengurus kebersihan diri semasa
haid.
2.4.1 menjelaskan dengan contoh penyakit jangkitan seksual.
2.4.2 menghubungkaitkan perlakuan seks seperti sumbang
mahram, hubungan seks bebas atau luar nikah dan
hubungan homoseksual dengan penularan penyakit
jangkitan seksual.
2.4.3
2.5.1 menyatakan keperluan mencegah kehamilan
2.5.2 mengenal pasti kaedah-kaedah pencegahan kehamilan

2.4 menilai penyakit-penyakit
jangkitan seksual (STD)

2.5 menerangkan keperluan
pencegahan kehamilan

2.2.2
2.2.3

menyatakan kepentingan mengamalkan cara hidup sihat
sepanjang tempoh kehamilan
mengenal pasti amalan yang memudaratkan kehamilan
membincangkan kepentingan penyusuan susu ibu

7

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS FIZIKAL
3

Memahami litar elektrik

3.1 membina litar elektrik
lengkap

3.1.1
3.1.2

menyenaraikan komponen satu litar elektrik lengkap dengan
mengaitkan penggunaan bahan penebat dan pengalir
elektrik.
membina satu litar lengkap menggunakan wayar, sel, suis
dan mentol.

3.2 membina litar bersiri

3.2.1
3.2.2

membina litar bersiri.
menyatakan kelebihan dan keburukan litar bersiri.

3.3 membina litar selari

3.3.1 membina litar selari.
3.3.2 menyatakan kelebihan dan keburukan litar selari.
3.3.3 membanding dan membezakan litar selari dan litar bersiri.
3.3.4 menghubungkaitkan penggunaaan litar bersiri dan litar selari
dalam kehidupan harian.

8

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS BAHAN
4

Memahami
pencemaran air

4.1 menyatakan sumber air
semulajadi

4.1.1
4.1.2

4.2 memerihalkan pencemaran
air

4.2.1
4.2.2
4.2.3

menyatakan ciri-ciri air yang selamat diminum.
mengenal pasti bahan pencemar air dan sumbernya.
melakonkan watak-watak untuk memerihalkan isu
Pemeliharaan dan Pemuliharaan sumber air semulajadi.

4.3 memerihalkan
pembersihan air

4.3.1
4.3.2

meramal keadaan hidupan sekiranya tiada air yang bersih.
menyedari peranan manusia memelihara dan memulihara
sumber air semulajadi.
membina satu model penapis air yang berfungsi
menggunakan kaedah penurasan air

4.3.3

5

Memahami komposisi
udara

mengumpul gambar-gambar sumber air semulajadi melalui
aktiviti berkumpulan dengan pelbagai bentuk persembahan
multimedia.
mengenal pasti bendasing yang larut dan tidak larut dalam
sumber air semulajadi.

5.1 mengenal pasti komposisi
udara

5.1.1
5.1.2

mentafsir maklumat carta pai mengenai komposisi udara.
membuktikan bahawa udara mengandungi wap air,
mikroorganisma dan debu dengan menjalankan aktiviti.

9

6

STANDARD
KANDUNGAN
Memahami syarat
untuk pembakaran

STANDARD
PEMBELAJARAN
6.1 mengenal pasti syaratsyarat pembakaran

KRITERIA PENCAPAIAN
6.1.1
6.1.2
6.1.3

membuktikan oksigen diperlukan untuk pembakaran selain
daripada haba dan bahan api dengan menjalankan aktiviti.
melengkapkan laporan mengenai aktiviti pembakaran
menceritakan kesan pembakaran terbuka terhadap alam
sekitar melalui main peranan.

BIDANG: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
7

Memahami kestabilan

7.1 menghubungkaitkan pusat 7.1.1
graviti dan luas tapak
dengan kestabilan
7.1.2
7.1.3

menentukan pusat graviti objek sekata dan objek tak sekata
melalui aktiviti.
mengaitkan luas tapak objek dengan kestabilan.
menghubungkaitkan reka bentuk objek dalam kehidupan
seharian dengan kestabilan

BIDANG: SAINS BUMI DAN ANGKASA
8

Memahami struktur
Bumi

8.1 mengenalpasti struktur
Bumi terdiri daripada
litosfera, hidrosfera dan
atmosfera

8.1.1
8.1.2
8.1.3
8.1.4

melabel struktur Bumi terdiri daripada litosfera, hidrosfera
dan atmosfera.
melabel lapisan litosfera Bumi terdiri daripada kerak, mantel
dan teras.
memerihal peranan lapisan ozon dalam atmosfera kepada
manusia dan kehidupan lain menggunakan sumber
multimedia
mensyukuri keadaan fizikal yang sesuai di Bumi kerana ia
dapat menampung kehidupan.

10

Terbitan:

20