Perlaksanaan Jihad Ekonomi Tinjauan dari

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

“ Perlaksanaan Jihad Ekonomi: Tinjauan dari Sudut Sikap Menurut Perspektif
Islam”
Oleh :
Khairul Hamimah Mohammad Jodi (hamimahm@unitar.edu.my)
Fuadah Johari (adah@excite.com)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Abstrak
Jihad ekonomi perlu menjadi misi nasional menyatukan seluruh bangsa Melayu dalam
satu muafakat menuju satu impian dan aspirasi ke arah menjadi bangsa maju dan
berdikari. ‘Orang Melayu perlu melakukan hijrah minda bagi memperbaiki kedudukan
mereka sekarang kepada kedudukan lebih tinggi da n baik’, (Petikan kata-kata Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi pada ucaptama Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9) dan
pelancaran penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu(Gabem) )

Jihad ekonomi mula dititik beratkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada pertengahan
tahun 2006 untuk menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia kesembilan1. Untuk mencapai
matlamat tersebut, kertas kerja ini hanya mengupas ‘hijrah minda’ atau sikap yang akan

menentukan hala tuju konsep jihad tersebut. Diharapkan dengan ilmu yang dikongsi bersama
ini dapat membantu semua usahawan yang akan melaksanakan misi IKS nanti.

Konsep jihad dalam al-Quran merupakan satu perkara penting yang perlu difahami oleh
seluruh umat Islam secara mendalam. Pemahaman tentang jihad bakal mencorak serta
menentukan status dan kredibiliti agama Islam dan penganut-penganutnya. Pemahaman ini juga
bertujuan untuk menghapuskan segala keraguan golongan tertentu yang cuba memaparkan
unsur negatif berhubung dengan persoalan ini.

Mustafa Kamal Basri dan Fauzi Jaafar, ‘Jihad ekonomi Melayu Perlu dijadikan misi nasional ke arah
memajukan bangsa – PM’, Utusan Malaysia , 7/6/2006, hal 1

1

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Pengertian Jihad secara umum

Perkataan jihad berasal daripada perkataan Arab Jihadun. Kata dasarnya ialah jahada

yang bererti berusaha keras atau bersungguh-sungguh. Daripada perkataan jihad ini, timbul
beberapa perkataan lain dalam bahasa Arab, iaitu ajhada, bererti membebani lebih daripada
kekuatannya dan ijtihad bermaksud bekerja dengan bersungguh-sungguh2.

Berhubung dengan definisi ini, Ibn Durayd berpendapat bahawa perkataan jihad
membawa maksud bersungguh-sungguh, sementara Ibn Faris menegaskan maksudnya berusaha
dengan tekun dan gigih. Al-Fairuzabadi berpendapat perkataan jihad sekiranya dibaca dengan
juhd, bermaksud pengerahan. Dengan kata lain, jihad dilihat terarah kepada pengerahan tenaga

oleh seseorang dengan segala daya usaha dan kekuatan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan. Jika dibaca dengan al-jahd maksudnya kesusahan, kepenatan dan kejerihan dalam
erti kata kesanggupan seseorang menghadapi kesukaran dan kesusahan untuk mencapai suatu
tujuan. Ibn Manzur pula berpendapat kata dasar jihad membawa erti al-thaqah atau kekuatan
yang bermaksud penggembelingan tenaga untuk menempuh kesukaran. Al-Alusi mentakrifkan
jihad dengan maksud bersungguh-sungguh dan berusaha keras melawan perkara yang
bertentangan dengan kehendak Allah3.

Oleh yang demikian, secara ringkas perkataan jihad bermaksud mengerah seluruh
tenaga dan kekuatan untuk mencapai satu matlamat yang diharapkan sama ada baik atau buruk.
Walau bagaimanapun, dalam konteks mengabdikan diri kepada Allah sesuatu yang baik dan

positif perlu dilaksanakan oleh umat Islam adalah antara ciri jihad yang sebenar.

Sebelum dihuraikan lebih lanjut sikap yang perlu ada pada setiap usahawan, mereka
sepatutnya perlu memahami konsep ekonomi Islam terlebih dahulu dan diaplikasikan dalam
kegiatan ekonomi (perniagaan/pekerjaan) mereka. Penulis akan menghuraikan secara ringkas
definisi, tujuan dan falsafah ekonomi Islam.

2
3

Mustaffa Abdullah (2005), Jihad dalam al-Quran, KL: Universiti Malaya, hal 1
Ibid, hal 2

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Definisi Ekonomi Islam

Ekonomi Islam ialah suatu ilmu yang berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan
dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Ekonomi Islam juga bertindak memenuhi

keperluan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat
keseluruhannnya. Manakala matlamat akhir segala aktivti manusia adalah untuk kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat4.

Tujuan Ekonomi Islam

1. Kegiatan ekonomi sebagai ibadah (pengabdian kepada Allah)
2. Membentuk sikap kesederhanaan pemikiran dan perbuatan dalam mencari dan
menggunakan harta kekayaan
3. Memenuhi keperluan individu dan masyarakat dengan aman damai, penuh keadilan
dalam kehidupan di muka bumi ini.

Falsafah Ekonomi Islam

Falsafah menggariskan prinsip kawalan bagi sesuatu sistem. Falsafah juga akan
membentuk kerangka dasar pandangan hidup dan membina corak pendekatan sesuatu
organisasi. Ini akan mempengaruhi pembentukan nilai dan seterusnya melahirkan budaya
masyarakat beretika yang menyokong semangat falsafah ke arah mencapai matlamat sesuatu
perkara. Di dalam falsafah ini juga terdapatnya konsep tauhid, konsep rububiyyah, konsep
tazkiyyah dan manusia sebagai khalifah sebagai teras kepada pembentukan akhlak manusia5.


Konsep Tauhid

4
5

Amini Amir Abdullah (1997), Tamadun Islam, Serdang: UPM, hal 64
Ibid

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Konsep Ekonomi Islam secara keseluruhannya berteraskan kepada falsafah tauhid
(ketaqwaan dan keimanan) yang merangkumi hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya
dan hubungan manusia dengan manusia. Tidak mempunyai perasaan takut kepada manusia lain
sebab manusia adalah makhluk ciptaan Allah, sebaliknya manusia yang baik tidak menganiaya
manusia lain kerana Allah merupakan pemelihara segala makhluk, termasuk manusia. Jelas di
sini sesiapa yang mahu menjalankan perniagaan tidak akan menganiya orang lain seperti
irihati, meletakkan harga yang terlalu tinggi, tidak berpuas hati dengan rakan niaga dan lainlain.


Konsep Rububiyyah

Keyakinan yang mutlak kepada keesaan Allah sebagai Tuhan mencipta, menguasai dan
pemilik alam ini. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah
langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’. (Surah al-Imran (30):189).

Keyakinan terhadap perkara tersebut akan terbukti melalui amalan, segala tindakan seharian
kita kepada sesiapa dan di mana jua kita berada. Penglibatan seseorang dalam aktiviti ekonomi
yang bersandarkan kepada konsep ini bermaksud :


matlamat berekonomi adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bukannya menyaingi



orang lain untuk kepentingan diri.



bersepadu iaitu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat


Keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang

Penentu sebenar rezeki ialah Allah walaupun manusia supaya berusaha keras. Ini akan
melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya dan tidak berputus asa apabila gagal
sehingga ingin membunuh diri atau dengki dan dendam kepada orang lain. Firman
Allah yang bermaksud: ‘Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada
kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah



keras’ (Surah Ibrahim (14):7)
Segala tatacara berekonomi mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya
(tidak mengamalkan rasuah, menipu dalam timbangan dan sebagainya)

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Konsep Tazkiyyah


Konsep tazkiyyah ialah membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui
pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Manakala pembersihan jiwa
terbentuk dengan mengikis sifat bakhil, tamak, kedekut dan sebagainya. Selain dari itu
kejiwaan yang suci juga akan dizahirkan dengan memakan makanan yang baik. Firman Allah
yang bermaksud: ‘Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal
lagi baik’ (al-Baqarah (2):168). Sebagai ganti, akan lahir sifat berpada dengan yang ada yang

telah dikurniakan oleh Allah, tidak terlalu boros dan pemurah. Keluhuran tazkiyyah adalah
natijah daripada pelaksanaan konsep rububiyyah.

Manusia Sebagai Khalifah

Sebagai khalifah yang sekaligus merupakan hamba Allah, manusia adalah pemegang
amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kehidupan di dunia adalah
ujian Allah untuk melihat siapakah yang terbaik amalannya dan semua pemberian Allah adalah
dalam bentuk amanah. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan Dialah yang menjadikan kamu
khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,
kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani’ (al-An’am (6):165). Harta dan kekayaan yang diberi

sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kembali di hari akhirat kelak.
Justeru segalanya adalah milik Allah, maka kita perlu menguruskannya mengikut apa yang
ditetapkan oleh-Nya.

Justeru, untuk merealisasikan jhad ekonomi ini, setiap usahawan perlulah menerapkan
falsafah ekonomi Islam di dalam hati mereka sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Ciri-ciri jihad ekonomi

1. Ruang lingkup dan persekitaran yang baik

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Memastikan keadaan kilang yang bersih dan tertatur, menggunakan barang-barang yang
halal untuk produk pengeluaran, mempunyai pekerja yang cekap, amanah dan jujur. Kilang
juga harus mempunyai sijil pengiktirafan daripada badan dan mereka yang bertauliah.
Usahawan juga sebaik-baiknya menjadi pembekal @ supplies kepada industri kecil lain untuk

meyokong mereka yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.
2. Qudwah Hasanah

Menjadi model kepada usahawan yang lain. Selain menjadi rujukan, usahawan yang
berjaya juga wajar memberi sokongan dengan nasihat, panduan, galakan, menjauhkan unsur
dengki khianat, berkongsi segala ilmu yang ada dengan menerbitkan buku-buku panduan dan
memberi idea di seminar-seminar atau majlis-majlis yang dihadirinya.

3. Tekanan sosial masyarakat Islam

Usahawan perlu peka pada keadaan persekitaran. Contohnya dengan mengutamakan
pekerja dari kawasan yang berdekatan dengan kilang atau tempat kerja terlebih dahulu.
Memastikan Suasana kilang dalam keadaan yang baik, terhindar dari perkara-perkara negatif
dengan mengambil tahu suasana yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan menjadikan
segala halangan sebagai cabaran untuk memperbaiki lagi keadaan. Sekiranya berlaku pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan sehingga membawa kepada fitnah, disarankan diadakan
pakej perkahwinan dan menggalakkan perkahwinan antara mereka. Ini bertujuan untuk
menjadikan mereka lebih produktif dan proaktif.
4. Mujahadah6 dan Riyadah7


Jihad ekonomi perlukan sikap ini iaitu bersungguh-sungguh, tidak mudah putus asa,
kreatif8, berinovasi, tidak takut mencuba sesuatu yang baru, tidak berputus asa sekiranya gagal

6

Mujahadah membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan bersunguh-sungguh bagaikan satu jihad
Riyadah membawa maksud berlatih
8
‘Kreatif’ adalah modal utama yang boleh menjana kemajuan diri, bangsa, masyarakat dan negara. Manusia yang
berminda kreatif lazimnya dilihat sebagai seorang yang suka memberi pandangan, cadangan dan idea yang unik,

7

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

dalam percubaan pertama dan kedua, sentiasa melakukan R&D dan sentiasa berfikiran positif.
Sekiranya perniagaan yang pertama itu tidak berjaya, tanamkan pemikiran bahawa ‘saya belum
sampai masa untuk berjaya lagi’, bukannya berfikir negatif ‘saya telah gagal’ Ini secara tidak
langsung golongan usahawan ini perlu memaksa diri dan berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan kerja-kerja yang mereka lakukan. Cara ini disokong oleh al-Ghazali dalam ihya’:
‘Adapun orang yang mahu dirinya menjadi seorang berakhlak pemurah, maka
caranya ialah membawa dia memaksakan dirinya melakukan perbuatan pemurah,
iaitu perbuatan membelanjakan harta. Dia sentiasa perlu terus menggesa dirinya
dan
bersungguh-sungguh bertekum melakukannya secara paksaan dengan
bermujahadah dengan dirinya dalam melakukan perkara-perkara tersebut (iaitu
perbuatan membelanjakan harta), sehingga perkara tersebut menjadi tabiat dirinya
serta mudah untuk dilakukan olehnya. Maka dengan itu, jadilah dia sebagai
seorang yang pemurah. Demikian juga seorang yang mahu menjadikan dirinya
seorang yang bertawaduk, sedangkan dia sentiasa dikuasai oleh sifat takbur. Maka
caranya ialah bertekun melakukan perbuatan golongan orang yang bertawaduk
dalam satu tempoh yang agak panjang. Dalam tempoh tersebut ia mestilah
memaksa dan bermujahadah dengan dirinya, sehingga sifat tawaduk itu menjadi
tabiat dan akhlak kepadanya, lalu menjadi mudah untuk dilakukannya. Semua
akhlak yang terpuji dari segi syarak boleh dicapai menerusi cara ini, di mana
matlamatnya adalah untuk menjadikan perbuatan yang muncul daripada seseorang
itu merupakan satu perkara yang dirasakan lazat baginya. Maka itu, seorang yang
pemurah ialah seorang yang merasa enggan perbelanjaan harta yang
dilakukannya, bukan dia membelanjakan hartanya dalam keadaan dia berasa benci
melakukan perbuatan tersebut’9.

Selain itu, mereka juga digalakkan menjadikan zakat sebagai satu motivasi. Motivasi di
sini ialah memupuk semangat berusaha untuk membantu orang lain untuk mendapatkan pahala.
Jadikan zakat satu kepuasan sekiranya kita dapat membantu orang-orang yang memerlukan,
bukannya sebagai bebanan. Kekuatan sebuah negara bangsa bergantung kepada kesucian
agama, kekuatan ekonomi dan kesejahteraan sosial bagi semua golongan terjamin.
Zakat menjadi salah satu inti kekuatan perekonomian dan merapatkan jurang sosial dan
mengelakkan timbulnya iri hati di kalangan rakyat. Jauh sekali merampas harta golongan kaya

bernas dan berbeza daripada orang lain. Idea kreatif yang dicetuskan lazimnya menjana pelbagai faedah termasuk
menyegerakan penyelesaian sesuatu masalah, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan mengelak
pembaziran
9
al-Imam A’bi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1967), I’hya Ulum al-Din, Juzuk 3, Kaherah:
Muassasah al-Halabi wa Syarakahu li al-Nasyri wa al-Tauzi‘, hal 75. Lihat juga Zakaria Stapa (1999), Akidah &
Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, hal 34

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

semata-mata untuk memberi kesejahteraan kepada miskin. Tetapi pada masa yang sama, umat
Islam diwajibkan berusaha dan bertebaran ke seluruh muka bumi untuk mencari rezeki halal
dan mereka wajib membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik. Dalam surah An Nahl
(16) ayat 71, Allah berfirman: ‘Allah melebihkan setengah kaum daripada yang lain tentang
rezeki. Maka orang yang dilebihkan itu memberikan rezekinya kepada hamba sahayanya, maka
mereka itu bersama-sama pada rezekinya’.

5. Bersikap ihsan dalam perniagaan

Salah satu prinsip terpenting yang mendasari aktiviti bermuamalah dalam Islam ialah sikap
ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, ihsan dalam budaya
perniagaan membawa pengertian sikap peniaga yang tidak terlalu haloba dalam mencari keuntungan
berlebihan dengan meletakkan harga yang tinggi dan tidak wajar hingga membebankan pembeli10. Ini
jelas dinukilkan dalam sebuah hadis sebagaimana disebut oleh Ma'qal ibn Yassar: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda lebih dua kali, Allah s.w.t telah bersumpah untuk mencampakkan manusia ke
dalam api neraka pada hari kiamat kelak bagi sesiapa yang berniaga dengan menaikkan harga secara
melampau hingga membebankan orang Islam. (Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Al-Hakim)

Sebab itulah usaha penjernihan harus dilakukan terhadap budaya perniagaan masa kini.
Perniagaan harus disemangati oleh nilai-nilai kasih sayang kemanusiaan berteraskan ihsan agar iklim
dunia perniagaan yang diwarnai nilai-nilai materialistik dan individualistik mampu dijernihkan kembali.
Apatah lagi dalam suasana masyarakat sedang berpolemik mengenai harga pelbagai jenis barangan
keperluan harian kini yang kian melambung tinggi. Ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan
sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam. Malah, menurut Imam Al-Ghazali, ihsan merupakan satu
prinsip yang menempati status yang lebih tinggi berbanding prinsip-prinsip lain seperti adil dan jujur
yang turut menjadi sebahagian kewajipan bagi setiap peniaga. Dalam konteks ini ada baiknya kita
menyusuri keperibadian salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya di zaman baginda. Beliau yang
dimaksudkan ialah Abdul Rahman Ibn Auf.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, ‘Bersikap Ihsan Dalam Berniaga’, laman web Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&p
g=ba_01.htm diakses pada 1/10/06
10

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Pada satu hari pernah seseorang bertanya kepada Abdul Rahman Ibn 'Auf: “Apakah
sebabnya maka tuan menjadi kaya?” Jawab beliau: “Kerana tiga perkara: Pertama, aku
tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit. Kedua, aku tidak pernah melambatkan
penjualan barangan keperluan daripada orang yang memintanya daripadaku. Dan ketiga,
aku tidak menjual secara tangguhan pembayaran.” Dalam satu riwayat dikatakan bahawa
Abdul Rahman ibn 'Auf menjual seribu ekor unta dalam satu hari. Dari perniagaannya itu,
beliau hanya mengambil keuntungan dari tali pengikatnya sahaja. Lalu dijualnya setiap
tali itu dengan harga satu dirham, maka beliau pun memperoleh keuntungan satu dirham
bagi seekor unta atau seribu dirham untuk seluruh hasil jualan untanya dalam tempoh
sehari11.

Begitulah nilai seorang peniaga yang harus dicontohi. Sikap ihsan dalam berniaga yang
dimanifestasikan melalui nilai kesederhanaan dalam penentuan harga barangan jualan sememangnya
masih mampu mendatangkan keuntungan kepada peniaga. Malah keuntungan perniagaan yang
berasaskan nilai ihsan adalah lebih berkat dan mampu menjelmakan kesenangan dan kebahagian yang
sejati

Penghijrahan Sikap
Menurut Muhammad Ali Hashim12, penghijrahan sikap, minda dan persepsi dalam
kalangan ahli bisnes, usahawan dan kepimpinan perlu dilakukan di beberapa peringkat. Antara
lainnya, hijrah ini perlu digerakkan dalam lima dimensi:
1. Menyingkap minda pemikiran Melayu-Muslim
2. Hijrah sikap dan pandangan individu
3. Mencorak semula alam Melayu-Muslim dan suasana kerja
4. Hijrah dari budaya selesa kepada budaya mementingkan prestasi dan menuntut penghasilan
usaha
5. Memperbaharui persepsi kerajaan terhadap usahawan dan bisnes Melayu-Muslim serta
menyesuaikan corak organisasi kerajaan

1. Menyingkap minda pemikiran Melayu-Muslim
Terdapat segelintir usahawan berfikiran ‘rezeki di tangan Tuhan’ yang akan
mencetuskan pemahaman bahawa kemiskinan adalah fitrah alam tanpa boleh diubah.
11
12

Ibid
Muhammad Ali Haji Hashim (2003), Bisnes satu Cabang Jihad, Utusan Publications, hal 124-129

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Pemikiran ini sepatutnya diubah kepada ‘rezeki itu pemberian Tuhan’ dengan berusaha
mencarinya dan kemiskinan itu sebenarnya boleh dibasmi dan ditangani. Firman Allah yang
bermaksud "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan
benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya" (al-Imran (3):27). Jelas di

sini menunjukkan bahawa Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya
lebih-lebih lagi apabila melaksanakan konsep jihad dalam pekerjaannya.

Fahaman lain yang melemahkan ialah bisnes ini urusan keduniaan dan kebendaan, tiada
kena mengena dengan amalan kebajikan dan hari akhirat. Fahaman ini sewajarnya diubah
kepada perniagaan itu berpotensi dijadikan cabang amal soleh untuk hidup di dunia dengan
bersedekah dan berzakat yang turut memangkinkan ahlinya mendapat kedudukan yang tinggi di
akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud ‘(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang
kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut
serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat …’ (al-Nur (24) :37).

Dengan jelas ayat tersebut memberitahu bahawa sesiapa yang berniaga dengan cara yang betul,
pasti tidak lalai dengan urusan bisnesnya malah akan menjana amal salihnya melalui zakat dan
sedekah. Bukankah melalui zakat akan memperkasakan ummah?

Selain itu sesetengah minda yang memandang serong terhadap usaha mencari kekayaan
dan tiada kemahuan untuk bekerja keras menambah nilai harta13 antara punca Melayu-Muslim
terkesamping dari arus utama pembangunan. Sikap itu wajar ditukar kepada ‘takutkan
kepapaan’ kerana kepapaan akan membawa kepada maksiat dan kejahatan. Oleh sebab
kepapaan akan merendahkan akhlak dan akal, musuh Islam mudah menjajah dan menindas
mereka. Rasulullah s.a.w berdoa memohon perlindungan daripada keburukan fitnah dan
kemiskinan yang bermaksudnya: ‘dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kekayaan
dan keburukan fitnah kemiskinan’ (Riwayat Bukhari). Ini dikuatkan lagi dengan riwayat Abu
Naim yang bermaksud: ‘Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’
13

Bukan sahaja bekerja keras dari segi menambah nilai harta tetapi juga bekerja keras dari segi usaha

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

dan qadar”14. Kemiskinan boleh memerangkap manusia dalam keburukan dan kemaksiatan
yang tidak disukainya. Seperti cerita seorang gadis yang terpaksa menyerahkan kegadisannya
kepada sepupunya sendiri akibat daripada kemiskinan dan kelaparan15. Al-Quran turut
mengisahkan bagaimana sebahagian orang tua membunuh anak-anak mereka kerana takut
terhadap kemiskinan yang akan menimpa atau yang sedang melanda. Allah berfirman yang
bermaksud ‘janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan’ (al-An’am
(6):151) Jelas di sini bahawa kemiskinan merupakan salah satu punca jenayah.

Allah menuntut manusia mencari pekerjaan , menjelajah seluruh penjuru bumi dan
mengambil rezeki kurniaan Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ‘Dialah yang
menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk
rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah’ (al-Mulk (67) :15)

Apa yang dimaksudkan dengan kerja itu ialah daya usaha yang dilakukan oleh manusia
dalam keadaan sedar, sama ada bersendirian atau bersama orang lain untuk mengeluarkan
sesuatu barangan atau perkhidmatan.

2. Hijrah sikap dan pandangan individu

Sikap suka menyalahkan orang lain atas kelemahan, kegagalan dan lambat mendapat
pulangan yang dicapai ditukar kepada muhasabah diri dan mengenal pasti kelemahan diri yang
berkemungkinan berpunca daripada kecelaruan pemikiran, kejahilan ilmu, kekurangan usaha,
tiada kreatif dan terleka. Firman Allah bermaksud ‘Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak
membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka
sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri’ (al-Zumar (39):34) ‘….dan apa jua bencana
yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri..’ (al-Nisa (4):79). Lambat

atau cepat mendapat pulangan telah dijelaskan melalui hadis ini: Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: ‘Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu
tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah
14

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=208. Laman Web JAKIM pada 30/10/2006
Yusuf al-Qaradhawiy (Dr.)(1998), Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam, Cet. Pertama, ABIM, hal
130

15

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi
pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana
sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan ’.

(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)

Sikap yang suka ‘tangkap muat’ dan membuat kerja ‘seperti melepaskan batuk
ditangga’ tanpa berfikir mengenai manfaat yang berpanjangan ditukar kepada melakukan
tindakan dengan teratur, penuh tanggungjawab dan menyusun strategi dengan memandang jauh
kehadapan yang memberi kesan jangka masa panjang. Penghijrahan ini bukan sahaja untuk
kebaikan pengguna, malah untuk diri sendiri yang akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.
Peniaga amat digalakkan menghasilkan suatu produk yang memuaskan hati pengguna. Ini akan
mengekalkan kepercayaan pengguna kepada barangan yang hendak dibelinya dan mereka juga
secara tidak langsung akan menjadi ‘promoter’ produk peniaga tersebut. Sebagaimana
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ‘Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi
manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati
orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya

di dunia atau memberi makan orang yang lapar’ (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Sikap yang mengutamakan kepentingan indivu dan keluarga seharusnya diubah kepada
memperjuangkan kepentingan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Usahawan semestinya
sedar dengan perniagaan yang diusahakannya secara tidak langsung akan memperjuangkan
agamanya dengan membantu mereka yang memerlukan seterusnya menaikkan martabat bangsa
dan negara kerana perniagaannya dapat memacu ekonomi negara keperingkat global. Firman
Allah bermaksud ‘Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak
timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari
akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak
yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orangorang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi, dan mengerjanya
seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian …’ (al-Baqarah (2):177)

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

3. Mencorak semula alam Melayu-Muslim dan suasana kerja
Usahawan mesti ‘berhijrah’ suasana kerja yang mempunyai ruang lingkup kecil atau
hanya memasarkan produk di kawasan yang terhad kepada pasaran keperingkat global
(antarabangsa). Pasaran bukan sahaja hanya di dalam negara tetapi juga di luar Negara. Mereka
sepatutnya menanamkan minda daripada bermula dengan ‘jaguh kampung’ yang akhirnya
berjaya menjadi ‘jaguh global’. Allah sangat menggalakkan manusia sentiasa berhijrah untuk
membawa kebaikan kepada agama melalui firman-Nya bermaksud: ‘Dan sesiapa yang
berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di
muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur ’ (al-Nisak (4):100)

Memandang serong terhadap pesaing dan tidak menyenanginya sepatutnya ditukar
kepada ‘fastabiqul khairat’(membawa kebaikan). Allah berfirman yang bermaksud ‘Dan bagi
tiap-tiapnya itu satu tujuan yang dia hadapi. Sebab itu berlumba-lumbalah kamu pada serba

kebaikan’ (al-Baqarah (2):148). Setiap usahawan perlu sedar bahawa bersaing dan berlumba di
dalam perniagaan merupakan satu fitrah sebagaimana manusia sering berlumba mencari
kebaikan di dunia dan akhirat. Mengapa tidak diubah persepsi itu untuk kebaikan kepada diri
sendiri? Kerana melalui persainganlah kita akan berusaha membuat yang terbaik untuk
menambat hati pembeli yang mana akhirnya akan membezakan usahawan yang berjaya dengan
usahawan yang tidak berjaya. Perkara asas persaingan urusniaga ialah keupayaan menambat
hati pembeli supaya mereka terus membeli dan menggunakan produk/khidmat yang
disampaikan tanpa bertukar arah kepada pesaing lain. Minat pembeli ini pula berdasarkan
kepada kualiti produk dan khidmat yang diberikan. Dengan demikian, asas kejayaan dalam
persaingan ialah kelebihan kebaikan dan manfaat yang disampaikan oleh usahawan.

Usahawan juga perlu berhijrah dari bisnes kecil-kecilan kepada bisnes yang akan
mendatangkan manfaat berpanjangan dan berkekalan yang membawa kebaikan kepada
masyarakat muslim khususnya dan masyarakat awam amnya. Apabila mempunyai niat dan
kesungguhan untuk mengekalkan bisnes, ia akan berusaha dengan penuh kesungguhan beserta
keazaman yang tinggi akan memperluas dan memperbesar empayar bisnes yang sedia ada.

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

4. Bertukar dari budaya selesa kepada budaya yang mementingkan prestasi dan berusaha

Usahawan mesti membuang tanggapan sentiasa mengharapkan bantuan, sokongan,
bermewah, pangkat dan kedudukan kepada budaya mengutamakan penghasilan kerja dan
usaha sebagai teras kejayaan dalam kehidupan. Selagi bisnes belum lagi menampakkan banyak
hasil, tidak perlu ‘menunjuk’ dan terlalu menjaga ‘martabat’ dengan terlalu banyak
pembaziran. Malah berniaga di atas landasan yang sihat, adil, saksama, bekerja kuat dan gigih
sehingga membentuk jati diri perlu di dahulukan berbanding perkara-perkara lain. Firman-Nya
bermaksud ‘Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala
kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak
diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan’ (Yunus (10):26) Melalui ayat ini, Allah bukan

sahaja memberi kemulian kepada individu itu, malah wajahnya sentiasa tenang sekiranya
menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam perniagaan.

Selain itu, usahawan juga disarankan agar sentiasa berlumba dan bersaing dalam usaha,
bukan dalam harta semata-mata sebagaimana Rasulullah bersabda yang bermaksud
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk rupa kamu dan harta kamu akan tetapi Dia melihat
hati dan amal kamu’ (riwayat Muslim). Amal yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata
duduk beribadah di dalam masjid/surau semata-mata tetapi memberi tafsiran yang cukup luas
iaitu amalan yang membawa manfaat kebaikan kepada semua orang. Pastinya melalui
perniagaan, perkhidmatan dan sumbangan usahawan kepada penggunanya.

5. Memperbaharui persepsi kerajaan terhadap usahawan dan bisnes Melayu-Muslim serta
menyesuaikan corak organisasi kerajaan
Untuk berubah, bukan sahaja individu memainkan peranan, malah pemimpin juga
memainkan peranan yang sama. Kedua-dua unsur ini wajib bekerjasama, bantu membantu
untuk memacu ekonomi negara. Kerenah birokrasi, tidak mesra pelanggan, terlalu ‘berkira’,
R&D kurang dikomersialkan dan pelbagai kerenah lain dihijrahkan kepada konsep organisasi
yang fleksibel, menurunkan kuasa, memperkasa pekerja dan mesra pembaharuan agar lebih
bersifat kotemporari.

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Cabaran Dalam Merealisasikan Jihad Ekonomi

1. Persekitaran.

Urusan perniagaan melibatkan hubungan antara pelbagai bangsa, agama, citarasa,
budaya, taraf sosioekonomi, permintaan dan penawaran. Cabaran jihad yang dihadapi dari
aspek persekitaran meliputi jihad menghindari amalan rasuah, penipuan, penindasan, cetak
rompak dan amalan khurafat. Dalam Islam persekitaran perniagaan hendaklah berasaskan
bersih, suci dan halal dalam semua urusniaga. Persekitaran ini juga perlu diwujudkan oleh
semua individu tidak kira samada sebagai peniaga mahupun pembeli. Jika budaya mewujudkan
persekitaran yang sihat bersih dan halal dapat diwujudkan oleh setiap individu, maka akan
terbentuklah masyarakat dan negara yang makmur dan produktif.

2. Mudah Selesa dan Berpuas Hati.

Cabaran yang paling berat untuk ditangani oleh sikap peniaga itu sendiri adalah sikap
mudah selesa dan cepat berpuas hati. Islam menekankan satu garis panduan dengan meletakan
sasaran zakat itu sebagai satu tahap minimum yang perlu dicapai oleh para peniaga.
Penguasaan keuntungan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya lebih daripada penetapan
nisab zakat perniagaan yang ditetapkan dalam Islam dan keuntungan perlulah boleh mencapai
sekurang-kurangnya 2.5% setahun. Garis panduan zakat ini perlulah di ambil sebagai suatu
motivasi untuk meningkatkan tahap pencapaian syarikat. Jika cabaran ini dapat dicapai, jihad
yang di lakukan mempunyai nilai keuntungan yang tinggi dan sumbangan yang dilakukan tidak
hanya terhenti di dunia malah menyumbang kepada saham akhirat.

3. Kurang Daya Kreativiti Dan Inovasi.

Malas berusaha bukanlah satu istilah yang perlu ditekankan, walaupun realitinya ramai
yang beranggapan sedemikian. Cabaran utama adalah kurangnya daya kreativiti dan inovasi
para peniaga dalam menghidangkan jualan/perkhidmatan mereka. Para peniaga takut mencuba
sesuatu yang baru dalam mempersembahkan barangan mereka menyebabkan kurang daya

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

tarikan terhadap barangan yang dijual. Jihad mempelbagaikan barangan dalam satu sumber
perlu di lakukan bersungguh-sungguh agar pembeli disajikan dengan pelbagai pilihan.

4. Tidak faham maksud jihad.

Jihad sering disalah ertikan sebagai suatu usaha mempertahankan agama melalui
peperangan. Jihad sebagaimana yang dikupas meliputi usaha yang bersungguh-sungguh tanpa
jemu. Sejarah telah membuktikan bahawa para usahawan Islam yang terkenal hebat pada masa
dahulu seperti Abd. Rahman bin Auf, Abu Bakar al-Sidiq, Uthman bin al-Affan telah dapat
memberi sumbangan yang besar kepada tamadun Islam atas sumbangan jihad ekonomi mereka.
Malahan sumbangan jihad ekonomi mereka telah dapat membawa misi dakwah dan
menyebarkan keunikan dan keindahan dunia perniagaan itu sendiri yang bebas daripada unsurunsur penipuan. Malahan mereka disegani dengan kehebatan dan kekayaan mereka dan dalam
masa yang sama mereka adalah hamba Allah yang sangat komited memperjuangkan agama
Islam. Usaha mereka selaras dengan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud 9/10 punca
rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.

5. Takut Bersaing dan Rendah Diri.

Peniaga juga takut untuk keluar daripada kepompong sikap rendah diri dan takut untuk
bersaing. Sikap yang mengharapkan semata-mata kepada nasib dan menyalahkan takdir adalah
cabaran yang perlu ditangani dengan serius. Konsep qada’ dan qadar dalam Islam perlu
difahami dengan sedalam dalamnya kerana Allah sentiasa mengingatkan hambanya dalam
firmannya yang bermaksud: ‘Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri’ ( al-Ra’ad (13):11)

6. Sikap Prejudis Terhadap Peniaga Muslim

Kurangnya sokongan masyarakat terhadap peniaga dan perniagaan muslim adalah satu
cabaran yang paling besar. Sikap prejudis dan pra sangka tentang keupayaan peniaga muslim
menguruskan perniagaan dilihat sebagai satu alasan yang kuat untuk tidak membeli barangan

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

daripada kalangan peniaga muslim. Untuk merapatkan jurang prejudis ini peniaga muslim itu
sendiri hendaklah berusaha meyakinkan masyarakat sekeliling bahawa prejudis dan salah
sangka masyarakat terhadap mereka itu tidak benar sama sekali. Jihad yang perlu dilakukan
adalah para peniaga perlu memberi perkhidmatan dan barangan yang bersifat kompetatif dan
setanding dengan barangan antarabangsa. Jihad ini melingkungi dalam segala aspek termasuk
mutu barangan, penghantaran dan segala yang melibatkan hubungan antara peniaga dan
pembeli perlu dijaga dengan baik dan tepat. Jika cabaran ini dapat ditangani dengan berkesan
nilai permintaan dan penawaran akan bertambah baik dan mewujudkan suasana ekonomi yang
lebih murni dan lebih diredhai.

7. Kekurangan Ilmu dan Maklumat Terkini.
Jihad ekonomi dan jihad ilmu merupakan dua isu yang begitu signifikan kepada orang
Melayu-Muslim di Malaysia. Kedua-dua isu ini amat penting bagi meningkatkan keadaan
ekonomi mereka. Jihad ekonomi bermatlamatkan supaya generasi pada hari ini sanggup
berkorban dari segi kewangan, masa dan tenaga untuk generasi akan datang. Masalahnya pada
hari ini generasi sekarang tidak ramai yang mempunyai modal untuk memulakan perniagaan
dan kebanyakan orang Melayu-Muslim adalah golongan makan gaji terutamanya di sektor
awam mahupun sektor swasta.
Jihad ilmu pula bermaksud kita perlu menanamkan minat suka menimba ilmu
pengetahuan sama ada melalui pembelajaran formal atau tidak formal. Realitinya, ada di antara
orang Melayu-Muslim tidak menjadikan membaca dan mencari maklumat terkini sebagai suatu
hobi dan acara harian untuk menambahbaikan pengetahuan sedia ada. Dilema hari ini ialah ada
generasi kedua yang ada ilmu tetapi tidak mempunyai modal dan menyebabkan mereka suka
bergantung kepada orang lain. Ada juga generasi kedua yang mempunyai modal tetapi tidak
cukup ilmu menyebabkan mereka gagal dalam perniagaan atau harta keluarga mereka
dihabiskan begitu sahaja. Jarang dapat kita lihat dalam masyarakat Melayu generasi kedua yang
memiliki modal dan ilmu. Apabila kedua-dua perkara ini tidak seiring dan selari maka
berlakulah kecelaruan pengurusan, pemahaman dan pelbagai lagi yang akhirnya merosakkan
diri sendiri.

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

Kesimpulan

Jihad ekonomi perlukan semangat, usaha, berani menghadapi risiko dan apa juga bentuk
cabaran. Apa yang penting di sini ialah minda atau sikap memainkan peranan penting untuk
mengubah corak perniagaan/perkhidmatan usahawan. Adalah diharapkan dengan perbincangan
di atas dapat membantu serba sedikit usahawan yang akan mempraktikkan jihad ekonomi
dalam perniagaan mereka.

Bibliografi
Buku
Ahmad Fauzi Hj Morad (Hj), Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra
Malaysia
al-Imam A’bi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1967), I’hya Ulum al-Din, Juzuk 3,
Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Syarakahu li al-Nasyri wa al-Tauzi‘
Ann Wan Seng (2006), Rahsia Bisnes Orang Cina, PTS Professional
Muhammad Ali Haji Hashim (2003), Bisnes satu Cabang Jihad, Utusan Publications
Mustaffa Abdullah (2005), Jihad dalam al-Quran, KL: Universiti Malaya
Surtahman Kastin Hasan (1995), Ekonomi Islam Dasar Dan Amalan, KL: Dewan Bahasa dan Putaka
Yusuf al-Qaradhawiy (Dr.)(1998), Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam, Cet. Pertama,
ABIM
Yusuf el-Qardhawi (Dr.) (1988), Ismail bin Mohd Hassan (Terj.), Wabak Kemiskinan dan Cara-Cara
Islam Merawatnya, Yayasan Islam Terengganu
Zakaria Stapa (1999), Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Utusan Publication & Distribution
Sdn Bhd
Akhbar
Mustafa Kamal Basri dan Fauzi Jaafar, ‘Jihad ekonomi Melayu Perlu dijadikan misi nasional ke arah
memajukan bangsa – PM’, Utusan Malaysia , 7/6/2006
Laman Web
Laman web JAKIM

Kertas kerja ini telah dibentangkan di National Conference On Small And Medium Enterprise, Universiti Utara Malaysia,
2006 bertempat di PWTC

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=173, 30/10/06
Laman web Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_
Hadapan&pg=mh_01.htm 7/6/2006
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_
Agama&pg=ba_01.htm, 1/10/06
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencan
a&pg=re_08.htm, 10/10/2006
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencan
a&pg=re_01.htm 13/10/06