Konsep Pengawasan Syariah Dalam Perbanka

Islamic Economics and Finance Research Group,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: 603-89215789
http://www.ukm.my/ekonis
E-mail: [email protected]

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0811

Konsep Pengawasan Syariah Dalam Perbankan Islam : Suatu Strategi
Pengukuhan

Mohd Nasran Mohamad1,
Amir Husin2,
Ahmad Dahlan Salleh3,
Salmy Edawati Yaakub4
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor, D.E.
Malaysia


This Draft May 2008
1

Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan Perhubungan Antarabangsa merangkap Pensyarah di Jabatan Syariah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2
Ketua Jabatan Syariah merangkap pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
3
Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
4
Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2

PENDAHULUAN
Dewasa ini, penyelidikan mengenai ekonomi Islam telah memberikan petunjuk
bahawa lebih kurang tiga ratus institusi-institusi kewangan telah dapat menerapkan
seluruh proses kewangannya mengikut syariat Islam dengan purata kekayaan
mencecah dua ratus billian dollar Amerika Syarikat yang tersebar lebih kurang 50

negara di dunia. Perkembangan seperti inilah yang menjadi tanda terpenting dalam
sistem kewangan global yang mengambil masa lebih kurang tiga kurun, sehingga
memaksa sebahagian institusi perbankan di barat untuk membuka kaunter-kaunter
bank Islam di bawah bank konvensional yang mereka miliki.
Badan-badan pengawasan syariah dikategorikan sebagai salah satu tiang asas bagi
proses kewangan Islam. Ianya juga merupakan peranan yang sangat penting dalam
menetapkan proses kewangan Islam mengikut perundangan Islam.
Oleh kerana wujudnya pelbagai halangan atau rintangan yang dihadapi oleh institusiinstitusi perbankan dan badan-badan pemantau undang-undang secara khusus, dan
keinginan-keinginan yang besar untuk merealisasikan ketentuan-ketentuan syariat dan
manfaatnya terhadap proses pengukuhan dan pemantapan, maka kami kemukan kertas
kerja ini agar dapat memberi sedikit tinjauan dan pandangan terhadap perkara-perkara
yang dibincangkan.
Kertas kerja ini mempunyai matlamat memberikan penilaian terhadap seluruh operasi
badan-badan pemantau perundangan dalam perbankkan Islam terutama bagi pihakpihak tertentu, kakitangan, pemerhati bagi perbankan dan institusi-institusi kewangan
Islam sehingga dapat memberikan lebih kepercayaan terhadap institusi-institusi
berkenaan.
DEFINISI JAWATANKUASA SYARIAH DAN PENGAWASAN SYARIAH
Terdapat beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis-penulis kontemporari
mengenai jawatankuasa syariah dan pengawasan syariah dalam perbankan Islam,
antaranya:

Definisi oleh Prof. Dr. Husien Shehatah: “Pengawasan yang berterusan, penyelidikan
dan penganalisaan semua kerja, perilaku dan etika yang dilakukan oleh setiap
individu, kumpulan, institusi, unit-unit dan lain-lainnya untuk mengenalpasti bahawa
semua kerja dan operasi dalam lembaga-lembaga itu telah menerapkan hukum-hukum
dan kaedah-kaedah syariat Islam. Proses ini dilakukan dengan cara menggunakan
prasana, metode dan cara yang bersesuaian dengan syariat Islam. Termasuk juga
menjelaskan tentang penyelewengan, kesalahan-kesalahan dan membuat pembetulan
dengan segera serta menghantar laporan kepada pihak-pihak yang berkaitan ang
mengandungi catatan-catatan, nasihat-nasihat, tunjuk ajar dan cara perkembangan ke
arah yang lebih baik”1.

1

Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 16 dan 17, hlm. 921.

3
Prof. Dr. Jamaluddin ‘Atiyyah menjelaskan: “Pengertian pengawasan syariah mesti
meliputi: semangat untuk merealisasikan bagi seorang ahli kewangan yang berupa
kempen mengenai idea-idea kewangan, pencetus bagi realiti kerjaya di hadapan para
penyokong dan pendiri. Ini kerana golongan ini memiliki kesan yang besar untuk

menentukan perjalanan dan pemantauan, dengan semangat yang tinggi serta
kemampuan untuk menyingkap penyelewengan-penyelewengan kemudian
memberikan tindakbalas yang baik dengan pertolongan daripada para pakar dalam
bidangnya”1
Faris Abu Mu’ammar memberikan takrifan mengenainya dengan pengertian berikut:
“Semua unsur-unsur dan aktifiti pemantauan yang telah digunakan untuk
mengenalpasti pengamalan sistem kewangan di perbankan Islam berlandaskan konsep
syariat Islam”2.
Dengan berpandukan kepada beberapa definisi di atas, dapat kita membuat
kesimpulan bahawa maksud daripada jawatankuasa syariah dalam perbankkan Islam
itu ialah: “Badan bebas yang terdiri daripada ahli-ahli pakar fikh perundangan Islam,
para pakar ekonomi yang dituntut bagi mereka agar dapat melaksanakan aktiviti
perbankkan Islam, memantau dan memberikan penyeliaan dalam rangka
mengenalpasti penerapan hukum-hukum dan kaedah-kaedah syariat Islam serta fatwa
dan keputusan-keputusannya diterapkan dalam institusi kewangan tersebut”.
Terdapat pelbagai nama bagi badan fatwa dan pengawasan syariah antaranya: Badan
Pengawasan Syariah, Penasihat Syariah, Jawatankuasa Pengawasan Syariah,
Pemantau Syariah, Jawatankuasa Agama, Majlis Perundangan Islam, Lembaga
Perundangan Islam, Jawatankuasa Fatwa, Lembaga Fatwa dan Insitusi Fatwa.
SUMBER RUJUKAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

Idea penubuhan badan pengawasan syariah adalah selari dengan penubuhan instistusi
kewangan Islam kerana keadaan yang memaksa untuk mengenalpasti kadar penerapan
perundangan Islam dalam operasi perbankan atau untuk mengenalpasti supaya tiada
pertembungan antara operasi yang dilakukan oleh perbankan terhadap pelanggannya
dan institusi-institusi berkenaan dengan kaedah-kaedah syariat Islam. Termasuk juga
usaha untuk penyelarasan garis panduan dengan amalan supaya semua aktiviti
institusi kewangan bersama realitinya benar-benar sesuai dengan apa yang digariskan.
Sebenar pengawasan syariah pada awal pemerintahan Islam merupakan tugas dan
tanggungjawab yang paling utama bagi seorang hakim atau pemerintah. Ia dilakukan
dengan badan-badan yang pelbagai seperti badan hisbah (badan pengawasan harga
dan timbangan dalam perniagaan) yang berlandaskan kepada tanggungjawab seorang
muslim untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara mungkar dan melakukan
perkara yang makruf. Wali hisbah juga boleh mencampuri urusan berkaitan akidah
dan ibadah serta yang berhubungkait dengan cara, aktiviti pekerjaan, industri-industri
dan urusan mua’malat. Contoh amalan seorang muhtasib dalam urusan muamalat
ialah: akad haram, judi, penipuan dalam jualan barangan, penipuan dalam harga
barangan dan penjualan minuman keras yang dilarang oleh syariat Islam walaupun
antara kedua-dua pihak sama-sama reda dalam transaksi berkenaan.

1

2

Jamaluddin Atiyyah, al-Bunuk al-Islamiah, hlm. 76.
Majalah al-Jamiah al-Islamiah, jil. 3, bil. 1, hlm. 13-14.

4
Jika larangan tersebut adalah perkara yang disepakati oleh para fuqaha’ maka wajib
kepada wali hisbah menegah dan melarang daripada berlakunya urusan tersebut. Wali
hisbah juga boleh menghalang aktiviti pengibirian haiwan ternakan yang dapat
menghasil susu (al-Tasriyah) kerana termasuk juga dalam unsur-unsur penipuan.
Mereka juga wajib menegah berlakunya pengurangan atau lebihan dalam timbangan
serta mengambil hak piutang daripada orang-orang yang menangguh untuk
menjelaskan pembayaran sedangkan mereka mampu untuk membayarnya1.
Dalil yang menunjukkan kepada semua perkara di atas ialah firman Allah(s.w.t.) yang
maksudnya :
    










 
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan
keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”. (alImran: 104).
Para ulama fikh samaada ulama terdahulu atau sekarang telah bersepakat bahawa
wajib melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar kerana mengharap pahala dan
reda Allah (s.w.t.) dan kerja badan fatwa dan pengawasan syariah adalah termasuk
dalam kategori ini.
Mengikut lojik akal pula, jika terdapat sebuah lembaga atau badan yang
mengambilberat tentang semua aktiviti dan urusan manusia dan mengadakan
pemantauan terhadap semua tempat-tempat perkhidmatan awam dalam sesuatu
negara, seperti operasi perbankan dan institusi-institusi kewangan dan urusannya
dalam menerapkan hukum-hukum syariat, maka ianya akan membawa seribu rahmat.
Akan tetapi jika hukum-hukum syariat itu tidak dilaksanakan dalam urusan badanbadan tersebut, maka ia akan membawa kepada kerosakan dan kehancuran kehidupan

masyarakat. Allah(s.w.t.) berfirman:




   
   






   
    

Maksudnya: Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang
beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan
orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang
mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah

ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 257).
1

Al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyah, hlm. 240; Majmu’ fatawa Ibn Taimiah, jil. 28, hlm. 105.

5

Identiti sesebuah institusi kewangan Islam itu tidak dapat dikenalpasti jika tidak
wujud peraturan dan undang-undang atau garis panduan pematuhan syariah tanpa
badan pengawasan berterusan yang boleh menghalang daripada berlakunya perkaraperkara syubhah dan dilarang. Oleh yang demikian, perkara ini adalah wajib untuk
dilaksanakan. Kaedah menyatakan: Perantara bagi sesuatu yang wajib adalah wajib
hukumnya untuk dilaksanakan1.
MATLAMAT DAN PERANAN BADAN PENGAWASAN SYARIAH DALAM
INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
Berikut adalah matlamat dan peranan terpenting bagi badan pengawasan syariah
dalam institusi-institusi kewangan Islam2:
I. Membimbing dan memantau semua aktiviti institusi-institusi kewangan Islam bagi
mengenalpasti kadar penerapan hukum-hukum syariat Islam di dalam institusiinstitusi kewangan tersebut dalam semua urusannya serta mengetahui sejauhmana
ianya sah menurut perundangan.
II. Mendedahkan pelbagai penyelewengan, kesalahan, idea atau pendapat, menilai

dan membuat teguran kepada institusi tersebut agar menjauhi perkara-perkara
yang telah dilarang.
III. Mendedahkan sistem mu’amalah yang halal yang dilaksanakan oleh institusi
kewangan Islam.
IV. Mengemukakan alternatif yang bersifat Islam dan halal bagi semua bentuk
mu’amalah institusi-institusi kewangan Islam dan membaharui sistem pelaburan
yang baik.
V. Menyokong
institusi-institusi kewangan Islam, kakitangan dan para
pelanggannya untuk beriltizam dalam semua urusan dengan undang-undang
syariat Islam dan memberikan pengetahuan kepada mereka mengenai prinsipprinsip perundangan asas untuk mengembangkan kesedaran dalam menerapkan
sistem kewangan Islam dan transaksi-transaksi yang diamalkan.
VI. Memberikan keselesaan bagi peraturan-peraturan asas, panduan-panduan, akadakad dan persepaduan yang telah disahkan oleh institusi kewangan demi
mengelakkan berlakunya penyelewengan terhadap hukum-hukum syariat Islam.
VII. Mengadakan pengawasan yang berterusan, mengaudit dan mencari penyelesaian
yang menjamin perlaksanaan urusan yang sesuai dengan kaedah-kaedah dan
hukum-hukum syariat Islam, mendedahkan pelbagai masalah, kesukaran serta
mencari jalan penyelesaian yang wajar.

1


Al-Zarkasyi, al-Manthur fi Qawaid al-Fiqh, jil. 1, hlm. 235.
Lihat: Hasan Yusuf Daud, al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, hlm. 21-24; Jamaluddin Atiyyah, alBunuk al-Islamiah, hlm. 71-78; Auf Mahmud al-Kufrawiyy, al-Nuqaud wa al-Masorif fi al-Nizom al-Islamiyy, hlm. 211212.
2

6
VIII. Menghantar apa-apa ketetapan atau rang undang-undang yang sesuai, memberikan
pendapat, catatan-catatan yang lazim kepada majlis pentadbiran kewangan tentang
apa sahaja perkara yang berhubungkait dengan transaksi-transaksi institusi
kewangan tersebut.
IX. Bekerjasama dalam mempersiapkan penyelidikan yang global mengenai
permasalahan dan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kepentingan khusus, yang
memerlukan kepada penyelidikan lanjut daripada perundangan yang sedia ada
serta mengambil rujukan-rujukan perkara berkenaan daripada kitab-kitab fikh.
X. Memastikan tentang format peraturan-peraturan, rajah-rajah, sijil-sijil, kad-kad
dan lain-lain produk dan khidmat pelanggan adalah mengikut lunas-lunas yang
telah ditetapkan oleh syariat Islam.
XI. Menjawab pelbagai soalan pelanggan terutama mengenai keabsahan beberapa
prosedur dan transaksi, di mana mereka kadang-kadang menyangka bahawa
proses yang diterapkan tidak sah menurut syariat Islam. Memberikan penjelasan
mengenai pandangan badan perundangan jika sememangnya ia memiliki
pandangan dalam masalah berkenaan. Jika tidak, maka seorang pemantau boleh
mengemukakan perkara-perkara berkenaan kepada badan perundangan untuk
mendapatkan jawapan.
XII. Memberikan fatwa terhadap semua masalah sistem kewangan dan segala perkaraperkara yang lahir didalamnya, terutama transaksi yang belum mempunyai
panduan fatwa yang difatwakan sebelumnya untuk mendedahkan hukumnya
secara syariat sebelum dipraktikkan oleh pihak bank.
XIII. Pelaksanaan institusi kewangan dalam aspek-aspek perundangan, seperti
mengadakan seminar, nadwah atau kerjasama mengadakan bengkel kerja
kewangan Islam dan membentuk penyelesaian mengenai tajuk-tajuk yang
dibahaskan dan yang mempunyai masalah.
XIV. Mengenalpasti pelaksanan jawatankuasa pelaksanaan dalam institusi kewangan
untuk mendedahkan semua bentuk transaksinya kepada badan pemantau melalui
seorang pemantau perundangan yang bertauliah.
XV. Mempersiapkan laporan tahunan bagi majlis jawatankuasa atau suruhanjaya
semasa mesyuarat badan perundangan, mendedahkan laporan berkenaan sebagai
ringkasan daripada apa-apa yang telah ditemui, terutama mengenai pelbagai
pendapat tentang transaksi-transaksi institusi kewangan yang dilaksanakan
mengikut piawai perancangan dan makluman-makluman yang telah dilaksanakan.
Laporan ini mesti dibaca bersama dengan laporan pemantau pegawai kewangan
syarikat dalam mesyuarat-mesyuarat suruhanjaya yang bersifat bebas dan telus.
STRUKTUR AGENSI FATWA DAN PENGAWASAN SYARIAH DALAM
INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
Meletakkan badan pengawasan syariah dalam struktur dan bentuk yang
teratur.

7
Amalan sistem organisasi dalam badan pengawasan syariah di institusi kewangan
Islam adalah berbeza antara satu sama lain terutama mengenai perkara-perkara
berikut: Mengikut majlis jawatankuasa, Mengikut suruhanjaya umum, Mengikut
pengerusi atau pengarah secara umum.
Ahli jawatankuasa pengawasan syariah hendaklah memiliki kebebasan yang
komprehensif dan mesti mengikut suruhanjaya umum yang di iktiraf oleh badan
berkenaan dan mereka mempunyai hak mutlak untuk mengatur dan memecat anggota
badan berkenaan1.
Pembentukan badan pengawasan syariah, pemilihan ahli jawatankuasa dan
manfaat perkhidmatan badan berkenaan.
Ahli jawatankuasa badan ini mesti terdiri dari tiga orang, dan boleh meminta
pertolongan golongan pakar dalam mengatur semua urusan, ekonomi, peraturanperaturan dan lain-lain untuk menyelsaikan segala permasalahan yang diajukan
kepada mereka dan mereka tidaklah semestinya ahli jawatankuasa ini terdiri daripada
pengerusi-pengerusi bank atau penanam-penanam modal yang mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap badan tersebut.
Ahli jawatankuasa badan ini boleh juga terdiri daripada ulama’-ulama’ yang bukan
bidang fikh, namun mereka mempunyai kepakaran dalam pensukturan institusiinstitusi kewangan Islam, dan mereka mempunyai pengetahuan mengenai fikh
mu’amalah dan permasalahan-permasalahan ekonomi semasa. Perkhidmatan ahli
jawatankuasa ini mesti mendapat perakuan daripada majlis pentadbiran dan disahkan
oleh penyumbang modal dalam mesyuarat suruhanjaya umum.
Struktur badan pengawasan syariah
Badan ini terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:
A.
Bahagian amanah pengawasan syariah(Amanah Rahsia): Yang dimaksudkan
dengan bahagian ini ialah sistem pentadbiran yang menyediakan dan menguruskan
semua urusan bagi badan pemantau dan biasanya terdiri daripada pengarah badan
yang meliputi tugas mesyuarat-mesyuarat yang wajib dihadiri, menyediakan
pembentang, membuat makluman kepada pihak-pihak yang berkenaan agar dapat
menghadiri dan memberikan kerjasama.
B.
Jawatankuasa pengawasan syariah: Biasanya terdiri daripada seorang penyelia
atau lebih yang bertugas menghadiri setiap mesyuarat badan pengawasan syariah.
Tugasnya yang paling penting ialah mengadakan semakan bagi keabsahan semua
urusan yang telah dilaksanakan dengan cara mengaudit semua langkah-langkah
operasi, meneliti semua dokumen-dokumen mengikut pandangan perundangan Islam
mengikut tempoh yang berterusan yang ditetapkan oleh badan tersebut serta
memberikan pengetahuan kepada kakitangan dalam institusi kewangan yang ada
mengenai prinsip-prinsip perundangan asas untuk mengembangkan kesedaran
menyelian sistem kewangan Islam dengan berpandukan kepada hukum-hukum
mu’amalah syariat.
1

Jamaluddin Atiyyah, al-Bunuk al-Islamiah, hlm. 72.

8

C.
Jabatan Fatwa: Biasanya terdiri daripada pengarah badan pengawasan syariah
dengan beranggotakan tiga orang atau lebih. Tugasnya ialah meneliti tentang
keabsahan semua mu’amalah dan akad-akad dalam mana-mana institusi kewangan
dan menjawab segala permasalahan yang diutarakan oleh para kakitangan,pelabur dan
pelanggan.
D.
Pusat penyelidikan dan kembangan yang bertugas mengembangkan
maklumat-maklumat dan komunikasi yang lazim bagi perlaksanaan tugas-tugas badan
pemantauan.
E.
Bahagian penyelerasan dan maklumat: Tugasnya iaitu menyelaraskan dan
mengadakan pemantauan yang berterusan dalam rangka menyediakan maklumat.
Bahagian ini mesti melaksanakan tugas secara berterusan dan memantau dengan cara
menyempurnakan segala perkara yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang
ditentukan iaitu memberikan curahan tenaga bagi pencapaian strategi institusi
kewangan Islam, memberikan rancangan-rancangan, konsep-konsep agar institusi
beriltizam untuk menerapkan hukum-hukum syariat Islam dalam semua urusannya.
Jumlah ahli jawatankuasa badan pengawasan syariah dan cara pemilihannya.
Mempunyai ramai ahli jawatankuasa adalah lebih baik kerana seorang ahli sahaja
walaupun pengetahuannya tinggi tidak mungkin berkemampuan untuk melakukan
semua kerjaya badan ini. Ini kerana terdapat pelbagai bentuk dan cara mu’amalah
kewangan Islam. Sesuatu urusan juga menuntut seorang pakar fikh untuk sentiasa
tekun rajin dan baik dalam tugasannya. Oleh yang demikian, ada peraturan-peraturan
yang khusus yang menetapkan tanda aras bagi pemilihan dan pelantikan ahli
jawatankuasa badan pemantau syariat islam ini.
Syarat-syarat yang mesti dipenuhi dalam pelantikan anggota badan pengawasan
syariah.
Bagi memberi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang elektif bagi institusiinstitusi kewangan yang perpanduan kepada syariat dan agama, maka bagi ahli
jawatankuasa mesti memiliki sifat-sifat yang telah disyaratkan oleh para ulama
samaada bersifat am atau khusus, iaitu1:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)

1

Beragama Islam.
Baligh.
Berakal.
Memahami hukum-hukum syariat.
Bersifat adil dan saksama.
Mempunyai kemampuan jiwaraga dalam menjalankan tugas.
Memahami maqasid-maqasid atau gagasan perundangan Islam.
Memahami strategi dan politik perundangan semasa.
Memahami fikh semasa.

Hasan Yusuf Daud, al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, hlm. 49.

9
j) Rendah diri dan beraklak mulia1.
Sebagai tambahan, sifat-sifat diri yang berupa anugerah Allah s.w.t. seperti: bijak,
cergas dan rajin yang menyokong kepada kejayaan kerjayanya, yang terpenting ialah
mesti memiliki kepakaran yang bersesuaian, mempunyai pengalaman dalam bidang
kewangan dan cara-cara perlaksanaannya mengikut acuan dan peraturan-peraturan
yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak rasmi yang bertanggungjawab terhadap
institusi kewangan Islam.
STRATEGI PENGUKUHAN BADAN PENGAWASAN SYARIAH
Badan atau agensi pengawasan syariah dalam instistusi-intsitusi kewangan Islam
mendapat perhatian khusus daripada golongan pakar samaada dalam bidang undangundang dan syariat Islam serta orang ramai.
Tidak dinafikan bahawa badan ini telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan
kewajibannya terutama mengenai pemberian fatwa, bimbingan dan pemantauan
perundangan Islam bagi institusi-institusi kewangan Islam. Kita tidak boleh
mengetepikan apa yang dinyatakan oleh sebahagian masyarakat mengenai agensi ini.
Terdapat juga sebahagiannya mengajukan kritikan dan kesan syubhat yang lahir
daripada satu pandangan mengikut pandangan orang yang mengajukannya sehingga
memerlukan penelitian dan perhatian yang serius. Namun adanya catatan-catatan dan
penilaian yang dilakukan oleh badan ini turut memberikan kecemerlangan untuk
mengembangkan semua urusan dan dapat mencapai dengan hasil yang gemilang.
Berikut ini dinyatakan catatan-catatan dan kritikan-kritikan penting yang diajukan
oleh para pemerhati institusi-institusi kewanagn Islam secara umum dan kepada badan
atau agensi pengawasan syariah secara khusus, iaitu:
Kadar pematuhan
pengawasan syariah.

keputusan-keputusan

institusi-institusi

fatwa

dan

Terdapat yang mengatakan bahawa institusi-institusi ini bukanlah satu lembaga
penasihat. Walaupun begitu, keputusannya mempunyai suatu pematuhan wajib kerana
keputusan-keputusan badan ini merupakan penerapan yang sebenar bagi operasi bankbank Islam. Dengan kata lain, pelaburan itu boleh dilaksanakan sebagai salah satu
syarat mu’amalah dalam institusi-institusi kewangan dan untuk mengenalpasti
pematuhan semua keputusan dan ketentuan badan pengawasan syariah dengan adanya
ketetapan pelbagai peraturan yang telah digariskan. Salah satunya adalah undangundang yang diwartakan di Yaman2 yang menyatakan bahawa pendapat badan
pemantau perundangan itu dianggap sebagai pendapat yang mesti diterima untuk
menentukan keabsahan cara yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi-institusi
kewangan.
Apa yang telah menjadi peraturan asas dalam Bank Islam Dubai3 yang menyatakan
bahawa: Badan fatwa dan pengawasan syariah itu dapat menjadi penyelia bagi
1

Lihat: al-Jassas, Ahkam al-Quran, jil. 2, hlm. 317; al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hlm. 282; Hawasyi al-Syarwani, jil. 6,
hlm. 29; Raudah al-Tolibin, jil. 10, hlm. 220; Kassaf al-Qina’, jil. 3, hlm. 35; Majmu’ Fatwa Syeikh Islam Ibn Taimiah,
jil. 28, hlm. 137; al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 240.
2
Sesyen 3, Kanun 17 daripada undang-undang Yaman.
3
Kanun 78 Sistem Bank Islam Dubai, http://www.alislami.co.ac/shareaboard/rule_ar.html

10
sesebuak bank dan ia mempunyai hak untuk mengenalpasti keselarasan semua
transaksi dengan hukum-hukum syariat Islam serta mereka mempunyai hak untuk
mempertikaikan semua proses yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
keputusan ahli majlis penasihat syariah wajib untuk memberikan sokongan samaada
daripada pendapat ramai atau majoriti.
Inilah apa yang menjadi kewajipan badan pengawasan syariah yang memiliki bidang
kuasa yang berkenaan dengan ijtihad dan pandangan-pandangan dan tidak boleh
badan ini hanya menjadi badan penasihat sahaja, dan badan tersebut tidak akan
berfungsi jika hanya terhad kepada tugas berkenaan, padahal sebenar badan itu
merupakan institusi tinggi yang memiliki bidang kuasa tertentu.
Apabila agensi ini hanya berfungsi sebagai pemberi pendapat bagi soalan yang
diutarakan samaada dengan cara bertulis atau dalam pertemuan dengan golongan
bertanggungjawab seperti yang sentiasa dilakukan oleh institusi-institusi kewangan
Islam perlu diubah dengan memberikan peranan yang sempurna dan menyeluruh
kepada mereka dengan mengadakan pemantauan terhadap semua proses dan urusan
institusi kewangan Islam dan perlaksanaan hukum syariat Islam di dalamnya1.
Wajib mengukuhkan ketetapan-ketetapan perundangan tertentu dalam badan
fatwa dan pengawasan syariah.
Mengukuhkan ketetapan-ketetapan bersepadu yang dikeluarkan oleh Majlis
Antarbangsa adalah sememangnya betul dan mesti dilaksanakan oleh badan
pengawasan syariah sebagai sandaran dan panduan. Ini kerana kewujudan badan ini
dalam institusi kewangan atau dalam sebuah negara tertentu tidak terdapat had oleh
kewujudan badan berkenaan, dan ia tidak mencakupi sesebuah institusi kewangan
atau negara. Pertukaran pandangan antara beberapa penasihat syariah mengenai
semua proses kewangan yang disepakati bersama tidak akan mempunyai manfaat
besar kerana institusi kewangan itu akan bersandar kepada pandangan yang diamalkan
oleh institusi kewangan lain atau ia mempunyai pandangan lain dan tiada langkah
yang boleh menyatukan perbezaan kedua-dua pandangan ini bagi teori bahan
penasihat yang berbeza.
Mengadakan sumber rujukan yang disepakati oleh semua pihak berlandaskan syariah
adalah perlu bagi sesebuah institusi kewangan supaya tidak berlaku pertembungan
dan perbezaan pendapat.
Penentuan ketetapan-ketetapan perundangan yang disahkan oleh majlis perundangan
antrabangsa bagi mendedahkan hukum-hukum perundangan yang berkenaan dengan
urusan kewangan samaada berbentuk saham, pelaburan dan perkhidmatan serta
perkara-perkara yang berkenaan dengan masalah yang mempunyai banyak pandangan
dalam perbahasan fikah. Ini bertujuan untuk memastikan perkara yang paling sesuai
diamalkan oleh sesebuah institusi kewangan dengan jayanya.
Neraca ketetapan syarak yang dikeluarkan oleh Majlis Perundangan Antarbangsa
meliputi topik-topik yang telah dikaji dengan teliti, antaranya:

1

Al-Riqabah al-Syariyyah ala al-Masorif al-Islamiah, al-Bank al-islami li al-Tanmiyah, Jeddah, hlm. 48.

11
I. Ketetapan-ketetapan mengenai sistem pelaburan dan subsidi, seperti sistem almurabahah(pengambilan keuntungan) atau sistem musyarakah(bersyarikat).
II. Ketetapan-ketetapan mengenai transaksi-transaksi baru seperti transaksi alsiyanah(pemeliharaan) dan transaksi al-imtiyaz(permit perniagaan).
III. Ketetapan-ketetapan mengenai sebahagian perkhidmatan kewangan, seperti
kad kredit.
IV. Ketetapan-ketetapan mengenai penyelesaian beberapa masalah dalam proses
kewangan, seperti masalah pembiayaan hutang.
Kita mesti yakin dengan wujudnya ketetapan-ketetapan yang dikeluarkan oleh majlis
perundangan ini, sebab ia telah dikaji dengan teliti dan disahkan dan ia dianggap
sebagai proses penetapan ketetapan-ketetapan akaun bagi setiap tahap yang mesti
dilaksanakan.
Sikap tidak terbuka dalam sesetengah badan pengawasan syariah.
Dari aspek lain, sistem pengurusan sebahagian badan-badan penasihat syariah dalam
institusi-insitusi kewangan Islam tidak jelas dan tidak diketahui dalam banyak situasi.
Ini menyebabkan hilangnya peranan yang diharapkan yang semestinya dilakukan oleh
badan berkenaan. Adakah peranan badan itu hanya tertumpu kepada pemberian
pendapat dan perlaksanaan mesyuarat sahaja atau ia hanya berfungsi sebagai penyelia
kepada semua urusan sesebuah institusi kewangan menurut pandangan syarak atau ia
hanya pemberi fatwa sebagi sebuah bahan bukti yang mesti diamalkan oleh institusiinsitusi kewangan?. Kita dapat menentukan cara dan bidang tugasan penasihat syariah
dengan mewujudkan seorang ahli lembaga yang khusus dalam institusi-insitusi
kewangan yang bertugas untuk mengadakan pemantauan secara langsung dengan
merapatkan hubungan dengan seluruh kakitangan dan mereka dapat merujuk
kepadanya jika diperlukan. Tidak semestinya ahli penasihat syariah disandarkan para
ulama yang tidak mempunyai kepakaran, atau mereka sibuk dengan pelbagai urusan
sehingga sukar baginya untuk berjumpa dengan kakitangan di sesebuah dan
peranannya tidak berfungsi seperti yang diharapkan1.
Apabila peranan badan penasihat dalam beberapa institusi kewangan berfungsi
sebagai pengeluar fatwa untuk memberikan kelesesan bagi semua proses yang
dijalankannya atau yang dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam, maka ia akan
sempurna kerana mengikut semua pandangan-pandangan yang telah dikeluarkan oleh
badan penasihat tersebut. Perlu dijelaskan juga, tugas ahli jawatankuasa penasihat
syariah hanya pengeluar atau pemberi hukum sahaja bahawa sesuatu produk itu lulus
dan patuh syariah atau ditetapkan untuk mengenalpasti perlaksanakan hukum-hukum
berkenaan? Apabila tugasnya merupakan perkara yang kedua, maka soalan yang ingin
ditimbulkan ialah adakah badan-badan ini dapat menjalankannya, tanpa ada di
dalamnya orang-orang yang pakar dalam bidangnya? Jika tidak sedemikian, siapakah
yang akan melaksanakannya? Adakah bank pusat atau institusi-insitusi kewangan
khusus yang akan melaksanakannya atau juru audit yang disahkan, disamping tugastugas mereka sebagai pemantau atau penyelidik bagi semua transaksi-transaksi bank?
Oleh itu, mesti diberi perhatian bahawa ahli penasihat syariah perlu mengaudit semua
proses yang dilaksanakan oleh institusi-insitusi kewangan Islam dalam bentuk data1

Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 118-119.

12
data kewangan yang dihasilkan sehingga boleh ditetapkan hukum baginya. Sistem
pemantauan seperti inilah yang jarang dilaksanakan dan inilah cara yang terbaik untuk
mereka menyelesaikan semua permasaalahan dalam medan yang betul.
Cara Pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Syariah.
Dalam banyak perkara, biasanya pemilihan ahli jawatankuasa penasihat syariah
ditentukan oleh majlis jawatankuasa tertinggi, dan biasanya kedudukan ahli penasihat
syariah berada di bawah majlis pentadbiran yang berfungsi sebagai salah satu unit
yang bergerak sesuai dengan pandangan majlis. Dengan demikian, mereka kehilangan
hak kebebasan dan kurangnya pemerhatian jawatankuasa bank terhadap ketetapan dan
fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ahli penasihat syariah tersebut.
Kami sarankan agar pemilihan ahli jawatankuasa badan penasihat ini dilakukan oleh
suruhanjaya umum sepertimana yang telah dijelaskan tadi sehingga ia benar-benar
berfungsi dan seterusnya dapat mengambil hak dan kebebasan dari suruhanjaya umum
yang telah melaktik mereka. Kerajaan boleh juga menentukan peraturan yang
membincangkan pemilihan ahli jawatankuasa pengawasan syariah bagi institusiinsitusi kewangan Islam seperti yang telah dilakukan di negara Emeriat Arab Bersatu
yang mewartakan: “Berdasarkan kepada keputusan kabinet jemaah menteri maka
dibentuk badan pengawasan tertinggi yang mengandungi unsuri-unsur perundangan,
peraturan berkanun serta penyeliaan institusi-insitusi kewangan yang berfungsi untuk
memantau urusan perbankan dan institusi-insitusi kewangan, serta syarikat-syarikat
pelaburan Islam dalam rangka mengetahui keabsahan semua urusannya mengikut
hukum-hukum syariat Islam”1.

Seorang Penasihat Syariah dalam Institusi Kewangan Islam
Sesetengah institusi mempunyai seorang sahaja ahli penasihat syariah walaupun
walaupun kemampuan ilmu penasihat ini tidak mampu untuk menjalankan seluruh
tanggungjawab dan tugas-tugas yang telah dibicarakan di atas. Sebahagian institusiinsitusi kewangan Islam telah merujuk kepada penasihat-penasihat luar yang
berfungsi sebagai perunding bagi mengatasi kekurangan di atas. Dapat dikata dengan
realiti ini, jawatankuasa bank itulah yang menentukan bagi keperluan terhadap
penasihat-penasihat tersebut ahli jawatankuasa itu juga yang menentukan untuk
mengikut pandangan-pandangan yang diajukan oleh mereka, dan mungkin sahaja
dapat diminta daripada mereka penulisan laporan tahunan bagi suruhanjaya umum
atau untuk keperluan promosi bagi bank berkenaan atau untuk kepentingankepentingan lain. Akan tetapi cara ini akan memberi kesan kepada peranan penting
ahli majlis penasihat syariah tersebut.
Oleh itu, kami dapat menyatakan bahawa sekurang-kurangnya badan penasihat mesti
terdiri daripada tiga orang ahli jawatankuasa, dan keanggotaan itu diutamakan bagi
seseorang yang memiliki kepakaran dalam perundangan dan yang lain memiliki
kepakaran dalam ekonomi, ditambah lagi dengan ulama-ulama syariah. Sudah cukup
1

Kanun 5, Emeriat Arab Bersatu, bil. 6, tahun 1985M.

13
bagi seorang mufti untuk menangani permasalahan individu, tetapi bagi urusan dalam
sebuah institusi-insitusi kewangan besar yang memberikan perkhidmatan kepada
orang ramai, maka fatwa itu mesti dikeluarkan oleh lebih kurang tiga orang dalam
suatu ahli majlis untuk memberikan hukum bagi setiap perkara sebab Allah(s.w.t.)
pasti bersama dengan jemaah dan itulah cara pemberian fatwa yang paling efektif1.
Kebanyakan ulama-ulama yang sama dalam pelbagai institusi syariah.
ulama yang mempunyai peranan yang besar akan sentiasa dikenal dan tidak asing bagi
mengistinbat hukum dalam urusan yang berhubungkait dengan ekonomi dan
kewangan seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan suatu pernyataan:
Saya adalah penasihat syariah kepada enam bank Islam bersama beberapa ulama.
Oleh kerana kepercayaan orang ramai yang menyebabkan mereka sentiasa dijadikan
rujukan bagi permasalahan ekonomi di dalam beberapa bank dan tempat bahkan di
tempat yang jauh sekalipun2.
Oleh yang demikian, kita melihat bahawa seorang ulama boleh menjadi penasihat di
beberapa institusi kewangan Islam. Ada golongan yang bertanya dan menyatakan
bahawa jarang sekali mereka menemui ulama-ulama yang mempunyai kepakaran
seperti ulama yang telah disebutkan di atas, maka jawapannya ialah pihak berwajib
perlu melatih dan memberi sokongan sepenuhnya kepada golongan muda dan
berpengalaman agar mereka menjadi rujukan ketika diperlukan dan memanfaatkan
peranan mereka dalam institusi-institusi kewangan Islam.
Antara tugas badan pengawasan syariah ialah mesti mempunyai hubungan yang baik
dengan ahli jawatankuas perbankan supaya penerapan pematuhan syariah dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Tiada Hubungan yang jelas antara Badan Penasihat Syariah dalam institusiinstitusi kewangan Islam dengan kakitangan yang ada di dalamnya.
Ketiadaan hubungan yang jelas ini atau walaupun sedianya ada tetapi ia tidak tidak
dimaklumkan. Oleh yang demikian, maka yang nampak adalah faktor negatif yang
ada dalam setiap ahli penasihat syraiah dan seterusnya badan ini tidak berfungsi
dengan baik bahkan tidak dapat berinteraksi dengan para kakitangan dengan baik.
Akhirnya badan ini diketepikan dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik,
sedangkan mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat dan pelbagai.
Kami dapat mengungkapkan idea dalam menjaga hubungan kedua-dua lembaga ini
iaitu: Mengadakan bengkel kerja (work shop) atau pertemuan berkala antara ahli
badan pemantau syariah dengan para kakitangan dan para pegawai pentadbiran
dengan tujuan untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan dan untuk melatih
para pekerja di dalam institusi-institusi kewangan Islam serta membekalkan kepada
mereka maklumat syariah sehingga dapat menjalankan tugasnya berdasarkan ilmu
dan pengetahuannya3.

1

Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 18.
Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 19.
3
Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 17.
2

14
Meletakkan posisi Badan Pengawasan syariah ini dalam dokumen rasmi
institusi-institusi kewangan Islam.
Kebanyakan badan pengawasan syariah ini tidak mahu mencampuri hal peraturan
institusi dan peraturan asas yang terdapat dalam institusi-institusi kewangan Islam1.
Puncanya ialah kerana instistusi kewangan itu merasa syak terhadap transaksi
kewangan yang dilakukan kepada badan pengawasan ini atau kerana institusi
kewangan ini tidak mahu memberikan kekuatan dan tempat bagi mereka untuk
menjalankan tugas disebabkan institusi tersebut menginginkan agar mereka tidak
mempunyai bidang kuasa yang boleh mengurangkan kedudukan dan kuasa majlis
jawatankuasa atau penasihat kewangan yang terdapat dalam institusi-institusi
kewangan itu.
Kami dapat menyatakan bahawa jika hanya berupa suatu ketentuan bagi penerapan
hukum-hukum syariat Islam dalam institusi-institusi kewangan Islam, maka ketentuan
ini tidak akan efektif dan dititikberatkan. Akan tetapi jika badan fatwa dan
pengawasan syariah telah wujud dengan jayanya, ia pasti akan dapat menjalankan
tugas dan kewajibannya dengan baik.
Kelemahan peranan badan fatwa dan pengawasan syariah dalam menyelidik
permasalahan yang ada.
Kelemahan ini sentiasa ada dalam institusi-institusi kewangan Islam kerana majlis
jawatankuasanya berkeyakinan bahawa semua perkara ini adalah dibawah
tanggungjawabnya dan bagi badan pengawasan syariah mereka tiada urusan di
dalamnya hanya berperanan sebagi penyelidik bagi akad-akad yang telah dijalankan
untuk disahkan menurut tuntutan syariat. Inilah punca yang menyebabkan peranan
mereka tidak berfungsi dengan baik.
Kami mencadangkan agar turut serta dalam penyelidikan, pemikiran dan projekprojek baru, serta menggesa mereka melakukan penyelidikan dan percubaanpercubaan dalam bidang ini supaya peranan mereka lebih berkesan dalam semua
aktiviti institusi-institusi kewangan yang pelbagai ragam. Wajib bagi mereka yang
bertanggungjawab untuk keluar mengadakan pemantauan syariah dalam institusiinstitusi kewangan Islam dan menyesuaikannya dengan pandangan agama,
mendapatkan pandangan daripada perbahasan fikah yang sediaada atau strategi
perundangan bagi semua proses kewangan yang selama ini dilaksanakan oleh bankbank konvensional (yang mengandungi riba). Mereka dituntut untuk berusaha dan
mendapatkan jawapan bagi permasaalahan di atas dengan cara meletakkan syarat syarat yang membolehkannya untuk kembali kepada sistem kewangan Islam. Usaha
seperti ini sangatlah penting terutama dalam tahap tertentu dan tidak membiarkan
berlakunya secara berterusan, akan tetapi kita mesti masuk dalam dunia ekonomi
Islam dengan matlamat sistem dan mekanisme yang baik, dan kesemuanya itu
memerlukan usaha dan kerja yang berganda2.
Peranan badan-badan kemasyarakatan kurang mengambil berat dan bidang
yang terbatas.

1

Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 122.
Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 17.

2

15
Peranan masyarakat kurang memberi keyakinan kepada kemajuan sistem kewangan
Islam dan masyarakat juga kurang minat ingin tahu secara mendalam mengenai halhal sedemikian. Kadang-kadang mereka masih berpegang kepada pemikiran
traditional dan ianya amat menyusahkan dan membebankan.
Pihak berwajib perlu menjelaskan kepada semua masyarakat awam tentang bidang
tugas badan-badan pengawaan syariah dan memberi kefahaman kepada mereka
produk-produk kewangan Islam serta menyeru mereka untuk bergabung tenaga
memajukan sistem ekonomi Islam1.
Maka bagi badan ini mesti mempunyai peranan dalam membimbing dan mengarahkan
institusi-institusi kewangan Islam terutama di dalam memenuhi keperluan kaum
muslimin itu sendiri dengan mendirikan lembaga-lembaga kebajikan untuk orangorang fakir dan miskin dan menolong para pelajar cemerlang dan gemilang2.
Tidak mengiklankan peranan badan pengawasan syariah.
Tidak dinafikan, bahawa institusi-institusi ekonomi dan kewangan Islam telah
dilabelkan badan yang mempunyai banyak kekurangan dan urusan transaksi yang
terbatas. Padahal realiti sebenar yang mesti kita ketahui ialah bahawa badan ini diam
dan tidak menolak tohmahan dan celaan yang telah ditujukan kepada institusi-institusi
kewangan Islam. Puncanya ialah kerana badan ini tidak banyak berperanan dalam
aspek perikalanan dan organisasi sebuah institusi-institusi kewangan tidak merasa
puas hati dengan peranan mereka dalam bidang periklanan kerana menurut mereka
bidang ini hanya berhubungkait dengan jawatankuasa pelaksana sahaja dan orang lain
tidak boleh menanganinya3.
Percanggahan antara badan-badan fatwa dengan majlis pengawasan syariah
dalam beberapa perkara dan permasalahan, tanpa ada penyelesaian.
Banyak pihak-pihak sama ada daripada individu atau institusi-institusi rasmi yang
memandang pelik dan hairan bahkan mengkritik wujudnya perselisihan antara hasilhasil ijtihad syariah tentang satu perbahasan dalam institusi-institusi kewangan Islam.
Contohnya jawatankuasa pengawasan syariah Bank Faisal telah menyatakan hukum
halal bagi perkara yang diharamkan oleh jawatankuasa pengawasan syariah dalam
Syarikat al-Rajhi jawatankuasa fatwa Bank Islam Dubai telah mengharamkan perkara
yang dihalalkan oleh Bait al-Tamwil Kuwait. Maka masyarakat kehilangan
kepercayaan kepada badan ini, bahkan ada orang yang memanfaatkan situasi yang
keliru ini dengan tujuan mendapatkan sesuatu daripada institusi-institusi kewangan
Islam.
Dalam keadaan seperti ini penulis melihat bahawa agar dibuat lembaga tertinggi fatwa
yang dapat memberikan jawapan bagi pelbagai masalah kewangan dan ekonomi dan
menggesa semua pihak untuk melaksanakan apa yang telah diputuskan. Tugas
jawatankuasa dan badan-badan yang berada di bawah institusi-institusi kewangan
ialah mengadakan pemantauan bagi perlaksanaan keputusan yang dikeluarkan oleh

1

Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 124.
Majalah al-Iqtisad al-Islamiyy, bil. 238, hlm. 18.
3
Taqwim Amal Haihat al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiah, Lajnah Asatizah al-Khubara’, hlm. 140.
2

16
lembaga tertinggi tersebut. Perkara-perkara kecil hendaklah disembunyikan dan
diselesaikan dengan bijak oleh institusi-insitusi kewangan berkenaan1.
Undang-undang pengawasan tidak jelas.
Setelah diperhati sebahagian institusi-institusi kewangan Islam tidak mempunyai
undang-undang khusus dan berkanun untuk memantau segala urusan kewangan Islam.
Oleh itu penulis menegaskan bahawa mesti dikaji dan diteliti kembali peraturan yang
berkenaan dengan pemantauan perundangan dalam institusi-institusi kewangan Islam
dengan tujuan untuk membaikpulihkan taraf dan mengukuhkan perlaksanaan proses
kewangan yang mengamalkan semua keputusan syariat Islam yang berhubungkait
dengan ketentuan yang telah dikeluarkan oelh badan fatwa dan penasihat syariah2.
Wujudnya Fatwa-fatwa yang dikeluarkan
Badan-badan syariat ini telah banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang berhubungkait
dengan transaksi kewangan komtemporari. Hal ini menunjukkan kepada keluasan
perbahasan fikah untuk menjawab semua perkara yang berkenaan dan kepentingan
masyarakat menunjukkan kepada kepelbagaian fatwa dan amalan fatwa yang telah
dikeluarkan dalam realiti seharian. Namun kadang-kadang fatwa-fatwa ini hilang dan
pudar begitu sahaja dan hanya wujud dalam bentuk jurnal dan tersimpan di
perpustakaan, ia tidak diketahui kecuali oleh para penyelidik dan pembaca yang aktif
dalam bidang berkenaan dan ia sangat jauh dari pengetahuan khalayak.
Oleh yang demikian, fatwa-fatwa ini mesti dapat dikumpul dan disebar kepada
khalayak sehingga mereka dapat membahasnya dan agar pengetahuan itu dapat
menjadi hujah dan bukti bagi orang-orang yang masih dalam keraguan terhadap
institusi-institusi kewangan Islam. ini perlu dimainkan peranan oleh badan-badan
penasihat syariah di semua institusi kewangan Islam3.

Kurangnya rujukan dan karya-karya berkaitan.
Sebenar, salah satu tugas agensi ini adalah memperbanyakkan rujukan dan karyakarya terutama fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Oleh kerana ahli agensi ini
melihatnya sebagai perkara remeh temeh untuk menulis dan mengarang buku serta
mengumpulkan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan, maka inilah yang menjadi punca
daripada kurangnya rujukan dan karya-karya tersebut. Bahkan tiada usaha untuk
menyebarkan semua kajian dan laporan-laporan yang telah dilakukan juga
menjadikan perkara ini sukar untuk diambil manfaatnya terutama mengenai ijtihad
dan hukum-hukum perundangan yang telah dilakukan oleh badan tertentu dalam
institusi-institusi kewangan Islam.
Oleh itu, kami memberi cadangan agar semua laporan bagi keputusan-keputusan
mesti dilengkapi dengan dalil-dalil syariat, pendapat-pendapat yang bercanggah
1
Al-Masorif al-Islamiah, Dirasat syariyyah, hlm. 19; Al-Riqabah al-Syariyyah ala al-Masorif al-Islamiah, al-Bank alislami li al-Tanmiyah, Jeddah, hlm. 72.
2
Jamaluddin Atiyyah, al-Bunuk al-Islamiah, hlm. 73.
3
Al-Masorif al-Islamiah, Dirasat syariyyah, hlm. 9.

17
dengan fatwa berkenaan dan menyebutkan penyelewengan yang dilakukan oleh
institusi-institusi kewangan Islam serta kadar kerjasama institusi ini untuk
mengadakan pembetulan1. Penyebaran laporan-laporan ini akan banyak memberikan
manfaat bagi Badan-badan Perundangan cawangan yang berada di bawah institusiinstitusi kewangan Islam, sepertimana juga akan bermanfaat bagi khalayak, pemerhati
kerjaya institusi-institusi kewangan Islam, para pelajar, para penyelidik dan para
ekonomi.

Aktifiti Budaya Ilmu dan Pembelajaran.
Sehingga kini, aktiviti budaya ilmu dan pengajaran kurang dititikberatkan dan jarangjanrang diadakan terutama kepada masyarakat umum. Oleh itu, kami mempunyai
cadangan agar jawatankuasa institusi-institusi kewangan Islam dapat memikirkannya
dan mengadakan kerjasama dengan badan pengawasan syariah sepertimana berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mendirikan institusi-institusi pembelajaran dan menerbitkan jurnal-jurnal.
Mengadakan seminar Ilmiah dan menyertainya.
Membantu para penyelidik dalam bidang ekonomi Islam.
Mengadakan latihan dan bengkel kerja bagi kakitangan dalam institusiinstitusi kewangan Islam dan di tempat-tempat lain.
Mendirikan sekolah-sekolah yang berada di bawah institusi-institusi kewangan
Islam.

KESIMPULAN
Di akhir tulisan ini, penulis ingin mengemukakan beberapa saranan dan cadangan
penting mengenai tajuk ini, iaitu:
Keperluan yang sangat mendesak adalah menentukan badan tertinggi yang menyelia
badan fatwa dan pengawasan syariah dalam institusi-institusi kewangan Islam,
berperanan menyelia, menyatukan pandangan-pandangan, menghindarkan
perselisihan dalam permasalahan syarak, bahkan juga boleh ikut campur dalam
perlantikan ahli jawatankuasa badan pengawasan syariah jika berkelayakan dan
mempunyai keparakaran, terutama dalam aspek agama dan taqwa.
Badan tertinggi ini terdiri daripada pengerusi-pengerusi badan pengawasan syariah
dalam institusi-institusi kewangan Islam dan beberapa ulama lain. Ia juga boleh
menjalankan tugas latihan dan tunjuk ajar dalam hal pemantauan institusi-institusi
kewangan Islam serta prosedur penyelidikan mengenai urusan kewangan. Perlu juga
menubuhkan institusi pengawasan syariah bagi membuat penilaian teknik, proses dan
lain-lain agar dipercayai oleh semua pihak.
Perlu melahirkan seorang fakih yang pakar ekonomi iaitu seseorang yang boleh
mengumpulkan antara fikah perundangan Islam dan kepakaran ekonomi kerana
banyak manfaat dan faedah pulangan kepada badan-badan berkenaan dan institusiinstitusi kewangan Islam.
1

Al-Riqabah al-Syariyyah ala al-Masorif al-Islamiah, al-Bank al-islami li al-Tanmiyah, Jeddah, hlm. 70.

18

Menerbitkan Ensiklopedia ekonomi Islam iaitu yang mengandungi hukum-hukum
syariat Islam yang diperlukan oleh perbankan Islam dan institusi-institusi kewangan
Islam untuk menjadinya sebagai rujukan kepada agensi fatwa dan pengawasan
syariah. Menerbitkan juga pada setiap tahun sebuah jurnal yang mengandungi
hukum-hukum yang berhubungkait dengan bentuk-bentuk transaksi terutama hal-hal
semasa dan pencetakannya perlu berkesinambungan (seperti dicetak setiap sepuluh
tahun sekali) dan tetap mengandungi isu-isu baru dan semasa.
Memastikan penggunaan istilah pengawasan syariah yang merangkumi aspek-aspek
berikut:
I. Usaha untuk mendirikan sebuah institusi kewangan Islam.
II. Peletakan peraturan asas dan umum melalui akta yang mewajibkan penerapan
hukum-hukum syariat Islam secara khusus.
III. Pemilihan kakitangan bagi setiap institusi kewangan Islam.
IV. Pendedahan metod yang sebenar yang mesti dilaksanakan dengan pelbagai
cara seperti, penyediaan cacatan, papan kenyataan, rajah, borang-borang dan
rancangan-rancangan urusan kewangan Islam.
V. Pemantauan dan pengawasan berterusan bagi proses perlaksanaan mengikut
panduan yang telah digariskan.
VI. Format akad-akad dan bentuk transaksi yang baru mengikut ketetapan syariat.
VII. Membersihkan akad-akad yang dilarang oleh syariat Islam dan diganti dengan
alternatif lain.
VIII. Pemantauan terhadap semua urusan kewangan dan penelitian dari aspek
perundangan.
IX. Menanamkan kesedaran kepada kakitangan dan menggesa mereka untuk
berbudaya mengikut perundangan Islam.
Akhirnya, kami memohon kepada Allah (s.w.t.) agar sentiasa memberikan taufiq dan
kejayaan bagi seluruh jawatankuasa dan golongan yang bertungkus lumus dalam
menjayakan agenda ini, selawat dan salam hanya bagi baginda Rasulullah (s.a.w.),
keluarganya dan para sahabatnya.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Al-Gharnati, Muhamad bin Juzi(m. 741H), al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Dar al-Ilm li alMalayin, 1979M.
Al-Jassas, Ahmad bin Ali(m. 370H), Ahkam al-Quran, dar ihya’ al-Turath, beirut,
1418H.
al-Mawardi, al-Qadhi Ali bin Muhamad(m. 450H), al-Ahkam al-Sultaniyyah,
Dar Ibn Qutaibah, Kaherah, 1409H.
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf(m. 676H), Raudhah al-Tolibin, al-Maktab al-Islamiyy,
Beirut,
1376H.

19
Al-Qusyairi, Muslim bin al-Hajjaj(m. 256H), sahih Muslim, Dar Ihya’ al-Turath alArabi, Beirut.
Al-Syirwaniyy, Abdul Hamid, hawasyi al-Syirwani, Dar al-Fikr, Beirut.
Al-Zarkhasyi, Muhamad bin Bahadir(m. 794H), al-Manthur fi Qawaid al-Fiqh,
Wizarah al-Awqaf, Kuwait.
Auf Mahmud al-Kufrawiyy, al-Nuqaud wa al-Masarif fi al-Nizam al-Islamiyy, Dar alJamiah al-Misriyyah, Iskandariah, Mesir.
Hasan Yusuf Daud, al-Riqabah al-Syariyyah fi al-Masorif al-Islamiyyah, Maahad alAlami li al-Fikr al-Islamiyy, Cetakan 1, 1417H.
http://www.alislami.co.ae/
http://www.