CTU 151 BAB SATU KONSEP TAMADUN ISLAM

CTU 151
BAB SATU

KONSEP TAMADUN ISLAM
OLEH
Azhar bin Abdul Rahman
[email protected]
016 2020 345
BILIK E201 P3
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

1

BAB 1 : KONSEP TAMADUN ISLAM

Konsep Tamadun Islam
Terminologi Tamadun Islam
Asas dan Ciri Tamadun Islam
Sumber dan Matlamat Tamadun Islam

koleksi ilmiah AZHAR [email protected]


2

01. DEFINISI TAMADUN
Istilah lain yang diguna pakai
1. Madaniah, Hadharah, Umran, Tsaqafah
2. Civilization/Culture
3. Peradaban/Kebudayaan
Tamadun ialah satu keadaan masyarakat manusia
yang dicirikan atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran, sosial, budaya, politik dan yang tinggi
peradabannya. (DBP)
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

3

02. DEFINISI ISLAM
Secara bahasa / tersurat
1. Selamat

2. Sejahtera
3. Tunduk
4. Patuh
5. Serah
Perbincangan
1. Kenapa definisi penting ?
2. Apa yang tersirat di sebalik perkataan Islam ?
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

4

Secara istilah / tersirat
1. Patuh dan serah diri secara rela kepada Allah
2. Peraturan/sistem hidup (way of life) yang
merangkumi seluruh hidup manusia
3. Addin yang terangkum di dalamnya aqidah,
syariah dan akhlak
4. Dll.
Perbincangan
1. Kenapa perlu patuh dan tunduk kepada Allah ?

2. Bincangkan kepentingan pematuhan kepada
Allah melalui sistem ibadah dan sunnatullah
(law of nature)
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

5

ISLAM = tunduk / patuh / serah

ikut sistem yang diajar Nabi SAW dalam beribadah dan
patuh kepada sistem semula jadi (sunnatullah)

sejahtera

senang

dunia

selamat
akhirat


koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

6

PRINSIP ASAS ISLAM
PERCAYA ALLAH
INPUT

IKUT SURUHAN ALLAH
PROSES

GANJARAN ALLAH
OUTPUT

AQIDAH

SYARIAH

AKHLAK


Ajar manusia
kepada sesuatu
perkara yang tak
nampak @ ghaib

Ikut danTaat Kpd UTUSAN
ALLAH Nabi SAW

Menyakini
kewujudan Allah
dan yang
berkaitan rukun
iman

Rohani kita
automatik akan
membentuk segala
Laksana segala suruhan,
sifat-sifat yang

Tinggalkan segala larangan. baik (mahmudah)
Menyuruh yang baik,
dan membuang
Mencegah yang mungkar
sifat-sifat keji
(mazmumah)
Melaksanakan rukun Islam
dan segala perundangan
koleksiIslam
ilmiah AZHAR Beroleh SYURGA
7
[email protected]

Asas/Tunjang Islam
Teori / Iman / Aqidah /
Input /

Praktikal / Amal /
Syariah/Proses


Ihsan / akhlak / output /
Hasil /

Mengakui keagongan
dan mengesakan Allah

Mengikut peraturan2 Allah
Keselamatan dan
(syariah) yang diwahyukan Kesejahteraan Kepada
kepada Nabi Muhammad
Semua Manusia
Tidak menyamakan
Membuktikan apa yang
Tenang, selamat,
Allah dengan sesuatu
diikrar dihati dan diucap
terhindar maksiat, tak
sama ada melalui hati, dimulut dengan praktikal dgn buat jahat kepada orang
percakapan atau
Ikut apa yang diajar Nabi

lain, redha, sabar,
perbuatan. Memohon Muhammad – Solat, Puasa, berjaya dunia akhirat,
pertolongan dan
Sedekah, Baca Quran, buat
terpelihara agama,
keampunan terus
baik, rajin beribadah, fikir,
nyawa,harta, maruah,
kepadaNya dan tidak
tidur, ekonomi, sosial,
akal, syurga, harmoni,
melalui perantaraan
perkahwinan, dll
TAMADUN, dll
makhluk atau manusia.
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

8

asas dan tunjang islam

Teori / Iman / Aqidah /
Input /

Praktikal / Amal /
Syariah/Proses

Ihsan / akhlak / output /
Hasil /

LailahaillAllah

Muhammad RasulAllah

Islam/Sejahtera

Membenarkan
dalam hati dan
diucapkan dimulut

Membuktikan dgn

perbuatan apa yang
diikrar dihati, diucap
dimulut –

Tenang, selamat,
terhindar maksiat,
tak buat jahat
kepada orang lain,
redha, sabar,
berjaya dunia
akhirat, terpelihara
agama,
nyawa,harta,
maruah,akal DLL

– Keesaan dan
kepercayaan
kepada Allah
dengan
sesungguhnya

Muslim

Solat, Puasa, Sedekah,
Baca Quran, zakat,
tutup aurat, zikir, fikir,
undang2 Islam,
ekonomi Islam,
perkahwinan, faraid,dll
Mukmin

koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

Mukmin Taqwa
9

03. DEFINISI TAMADUN ISLAM
1. pembangunan dan kemajuan spiritual dan material
berdasarkan peraturan yang ditetapkan al Quran dan al
Hadis.
2. pembangunan diri manusia yang mencangkupi aspek
dalaman dan luaran, merentasi sempadan politik dan
budaya, dengan dibimbing oleh wahyu dan membawa
kebaikan kepada seluruh alam (alam manusia dan
bukan manusia)
3. DLL
Perbincangan
1. Apakah asas pembinaan kemajuan zahir dan batin bagi
umat Islam ?
2. Kenapa Tamadun Islam mementingkan kemajuan
koleksi ilmiah AZHAR spiritual dan material
?
10
[email protected]

Pembangunan Spiritual
1. Taat suruhan agama
2. Berkembang ilmu dari pelbagai cabang
3. Tiada masalah sosial dan maksiat
4. Kehalusan budi bahasa dan akhlak
Pembangunan Material
1. Bangunan dan bandar
2. Teknologi
3. Sosial, politik, ekonomi
4. Infrastruktur
5. Kilang
6. dll
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

11

04. ASAS TAMADUN ISLAM
asasnya ialah ajaran agama Islam itu sendiri yang
didalamnya mengandungi tiga asas utama iaitu :
Aqidah – sentiasa meletakkan Allah dan redhaNya
sebagai keutamaan dan asas dalam pembinaan
tamadun
Syariah – tamadun dibina dan dibimbing
berasaskan peraturan dan sistem yang diajar oleh
Nabi SAW.
Akhlak – Kesejahteraan dan keselamatan
manusia sentiasa diambil berat dan menjadi asas
perkiraan dalam pembinaan tamadun
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

12

Perbincangan
1. Adakah agama mesti mengikut pembinaan
tamadun atau pembinaan tamadun mesti
mengikut agama ? Kenapa ?
2. Apakah asas/ideologi Tamadun Barat ?
3. Dari manakah asas/ideologi Tamadun Barat
berasal ?

koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

13

05. CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Rabbani
Sempurna
Seimbang
Universal
Berterusan
Toleransi
Tetap dan anjal, Terbuka

koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

14

05. CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Rabbani dan sempurna/syumul
Wahyu membimbing akal dan hati dalam membina kesenangan dan
kemajuan (tamadun) manusia. Allah mencipta manusia dan alam, maka
Allah tahu apa peraturan terbaik untuk manusia. Oleh itu, tamadun Islam
berciri rabbani kerana dibina berasaskan tunjuk ajar Allah kepada manusia
menerusi Al Quran dan Al Hadis.
Sempurna/Syumul – Lengkap/Kamil
Oleh kerana Tamadun Islam berciri Rabbani, maka sudah tentulah
pembinaan menjadi sempurna mencangkupi semua aspek kehidupan. Dari
sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya, semuanya berdasarkan
peraturan Allah yang sempurna dan lengkap. Oleh itu, terdirilah sebuah
tamadun yang syumul dan kamil sebagaimana dikehendaki Allah
Berterusan
Kemajuan spiritual dan material ini tidak terhenti dimana ia bermula sahaja
(mekah) bahkan berkembang selagi Islam diamalkan dimana-mana jua.
Oleh itu, tamadun Islam akan berterusan seiring ajaran Islam. Ianya tidak
akan mati kerana Tamadun Islam berasaskan agama dan bukannya bangsa
koleksi ilmiah AZHAR atau negara.
15
[email protected]

Universal
Oleh kerana Tamadun ini berasaskan agama, perkembangannya
adalah tanpa sempadan dan had. Ia menjadi universal kerana
pembangunan ditawarkan kepada seluruh manusia tanpa mengira
sempadan geografi, politik, warna kulit dan bangsa. Sesiapa
sahaja boleh membangunkannya dimana-mana jua asalkan
menepati segala peraturan Islam.
Seimbang
Mementingkan keseimbangan pembangunan spiritual dan
material. Ini bersesuaian dengan penciptaan manusia yang terdiri
dari roh dan jasad. Kedua-duanya perlu dibangun dan dimajukan
bagi memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. Setiap perbuatan
didunia mempunyai kaitan dengan akhirat
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

16

Terbuka dan Toleransi
Kemajuan yang dibina tidak sampai menindas atau menzalimi manusia lain.
Tidak memusuhi agama lain. Bahkan Tamadun Islam menerima apa jua
unsur-unsur baik dari agama atau budaya lain. Agama lain bebas diamalkan.
Hak-hak manusia dan alam dijaga sepenuhnya.
Tetap dan anjal
Bagi membolehkan tamadun ini berterusan, universal dan dapat diterima oleh
semua bangsa manusia, maka tamadun Islam bersifat fleksibel. Selagi ada
ruang kompromi dan toleransi yang tidak menyalahi syariah, maka ianya
diguna pakai. Contohnya, arak ialah perkara yang kuat ditentang Islam
kerana banyak keburukan berbanding kebaikan. Walau bagaimanapun,
sekiranya melibatkan budaya bukan Islam, arak dibenarkan selagi ianya tidak
melampau dan mengganggu gugat orang lain.
Perbincangan
Bandingkan ciri-ciri perbezaan dan persamaan tamadun Islam dengan
tamadun-tamadun lain.
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

17

06. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
Al Quran
wahyu dari Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad secara mutawatir
(beransur-ansur selama 23 tahun). Mempunyai 30 juzuk merangkumi 114
surah. Diturunkan menggunakan bahasa Arab kerana nabi Muhammad
berbangsa Arab. Sehingga kini AlQuran masih kekal dalam bahasa Arab dan
kemudiaannya diterjemah ke pelbagai bahasa.
Dengan adanya versi asal bahasa Arab, manusia sehingga ke hari ini bebas
melihat, menterjemah, mentafsir dan mengkaji isi kandungannya. Yang diiktiraf
sebagai AlQuran ialah yang ditulis dalam bahasa Arab sahaja. Bagi versi yang
bercampur terjemahan dan tafsiran disebut sebagai terjemahan AlQuran atau
tafsir AlQuran. Penganut Islam wajib membaca AlQuran dalam bahasa Arab
dan digalakkan membaca terjemahan dan tafsirannya.
Dari dulu sampai sekarang, AlQuran dihafal dan dicetak untuk
mengelakkannya dari sebarang penyelewengan manusia. Al Quran tidak boleh
dicetak terjemahannya sahaja dan mestilah disertakan dengan teks Arab. Al
Quran terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengkaji dan mengambilnya
sebagai sumber rujukan.
Oleh itu, kesucian dan terpeliharanya Al Quran dari sebarang bentuk
koleksi
ilmiah AZHAR
penyelewengan menyebabkannya
menjadi
sumber
hukum, inspirasi, panduan,
[email protected]
tunjuk ajar yang utama kepada
manusia dalam membina ketamadunan 18

06. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
Al Sunnah / Al Hadis
Iaitu sesuatu yang diperolehi dari Nabi Muhammad selain al Quran, meliputi
perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad. Orang Islam sangat
taat dan perihatin terhadap apa yang dilakukan Nabi. Mereka mengamalkan
apa sahaja tunjuk ajar, suruhan dan larangan Nabi yang meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia. Ini bersesuaian dengan status Nabi sebagai utusan Allah
yang sentiasa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Allah melalui malaikat.
Oleh itu, Nabi SAW tidak akan melakukan apa jua perkara yang salah dan
maksiat dan bebas dari pengaruh nafsu dan syaitan.
Apabila Nabi SAW telah wafat (meninggal dunia), segala himpunan perbuatan,
perlakuan dan pengakuan nabi ini dikumpul dan dibukukan. Oleh kerana Nabi
dianggap manusia yang sempurna kerana adanya bimbingan wahyu maka,
segala perbuatan, perlakuan dan pengakuan Nabi ini mestilah diikuti oleh
semua orang Islam sebagai tanda keimanan mereka kepada Allah yang
melantik Nabi Muhammad sebagai utusanNya. Nabi telah mengajar dari
sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara berkaitan garis
panduan hidup manusia.
Oleh itu, Al Sunnah atau Al Hadis ini menjadi sumber rujukan kedua dalam
pembinaan Tamadun Islam
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

19

06. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
Ijmak/Qias/Ijtihad
Merupakan pendapat yang dikeluarkan ulama/mujtahid (orang yang
mempunyai pengetahui yang tinggi mengenai ilmu Islam)
berdasarkan rujukan Al Quran dan Al Hadis. Segala persoalan, isu,
masalah semasa akan dihuraikan ulama secara terperinci
berdasarkan realiti semasa.
Kesimpulannya, KETIGA-TIGA sumber ini menjadi rujukan
dalam soal aqidah, sosial, ekonomi, politik, sains dan teknologi,
sistem hidup, pembangunan dan lain-lain merangkumi seluruh
permasalahan manusia. Sebarang masalah dalam perkembangan
dan kemajuan tamadun akan dirujuk dari sumber-sumber ini.
Tamadun2 lain.
Selain dari ketiga sumber di atas, Tamadun Islam juga
menjadikan tamadun lain sebagai sumbernya terutama perkaraperkara berkaitan seni bina dan teknologi. Ia mengambil unsurunsur baik dalam tamadun lain yang tidak bertentangan dengan
koleksi
ilmiah AZHAR ketiga-tiga sumber-sumber
diatas.
20
[email protected]

07. MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Mencari keredhaan Allah dan seterusnya beroleh
kehidupan yang bahagia dan selamat selamalamanya diakhirat.
Membawa manfaat dan kebaikan kepada seluruh
alam (alam manusia dan bukan manusia)
Memudahkan segala urusan dan survival manusia
sama ada dari sudut sosial, ekonomi mahupun
politik.
Memelihara
lima
perkara
asas
(maqasid
assyar’iyyah) iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan
harta benda.
DLL yang bersifat positif
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

21

07. MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Dengan adanya keempat-empat matlamat ini, sekaligus
matlamat tamadun Islam akan membawa dan menjalinkan
hubungan harmoni diantara
i. Manusia dengan Allah
ii. Manusia dengan Manusia
iii. Manusia dengan Alam
Dengan adanya keharmonian ini, maka seluruh manusia
dan alam akan memperolehi kesejahteraan dan
keselamatan dunia dan akhirat.
Perbincangan
Apakah langkah utama yang perlu difokuskan bagi
menjamin tercapainya segala matlamat ini ?
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

22

08. FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
Keseronokan pemimpin dengan keduniaan
Rasuah, Arak, Perzinaan, Kemewahan, Pembaziran, DLL

Kelemahan pembangunan dalaman masyarakat Islam
Cetek Ilmu Islam, Mudah Dipengaruhi, Rapuh Aqidah, DLL

Penjajahan pemikiran oleh musuh-musuh Islam
Penyebaran Budaya Seks, Hiburan, Pergaulan Bebas, DLL

Perbincangan
Bandingkan faktor-faktor ini dengan situasi masa kini
dan apakah kesannya kepada Islam pada masa akan
datang ?
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

23

Kesimpulan BAB SATU
1.Kemajuan,ketamadunan mestilah dibimbing agama. Akal
manusia tidak sempurna dan lemah kerana boleh
dipengaruhi nafsu dan syaitan. Oleh itu, akal
memerlukan agama untuk melindungi dari keduanya.
2.Akal yang dibimbing wahyu (agama) dapat menghasilkan
kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia
dan alam.
3.Allah yang mencipta manusia dan akal. Oleh itu, Allah
Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.
4.Kemajuan dan tamadun yang diiktiraf oleh Islam ialah
kemajuan yang menyeimbangkan aspek spiritual dan
material sesuai dengan kejadian manusia yang terdiri
dari unsur roh dan jasad.
koleksi ilmiah AZHAR [email protected]

24