CINTA NASI LEMAK NASI LEMAK

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

CINTA NASI LEMAK
Oleh Nizam Zakaria

http://www.nizamzakaria.com

1

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 1
Julia benci memandu di Kuala Lumpur. Banyak kali dia diberitahu bahawa pemandupemandu di Kuala Lumpur adalah di antara pemandu-pemandu yang paling kurang ajar di
Malaysia (selain dari Pulau Pinang. Tetapi Julia tidak pernah memandu di sana, jadi dia
tidak boleh mengesahkan hal ini). Setiap kali dia memandu, ada sahaja kereta yang akan
membunyikan hon kepadanya ataupun memarahi kerana memandu di bawah had laju
yang ditetapkan.
Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepat

masuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit.
Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya.
Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratus
buah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atau
seperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak dua
tahun yang lepas.
Julia menggigit bibirnya. Dia menjengahkan lehernya untuk melihat wajahnya di
muka cermin di hadapannya. Dia memandang ke arah bibirnya. Kemudian dia cepat-cepat
mengeluarkan gincunya dari dalam beg tangannya lalu mengenakan gincunya. Belum
sempat dia dapat mengenakan gincunya, dia dapat mendengar bunyi hon di belakang
keretanya. Julia mengeluh. Dia menggerakkan keretanya ke hadapan.
Julia adalah satu-satunya anak kepada Dr. Shahri, seorang duda beranak satu yang telah
berpisah dengan bekas isterinya sejak tujuh tahun yang lepas. Doktor Sahri mempunyai
kliniknya sendiri di Subang Jaya dan kini menetap bersama anaknya Julia yang masih lagi
berusia 20 tahun di sebuah banglo di Bandar Kinrara. Sejak berpisah dengan isterinya
Wati, Shahri menjaga Julia seperti menatang minyak yang penuh. Apa-apa sahaja
permintaan Julia akan diturutinya. Shahri tidak pernah meragui cabaran serta dugaan
menjaga seorang anak perempuan. Tetapi dia tetap mencuba sedaya upaya untuk menjaga
Julia dengan sebaik-baiknya. Dia mahu membuktikan kepada Wati bahawa dia juga
mampu menjaga Julia dan mendidiknya untuk menjadi seorang manusia yang terpuji

kelakuannya. Bukan sepertinya, yang dianggapnya seorang wanita jalang yang tidak
bermaruah kerana telah curang kepadanya satu ketika dahulu...
Julia tercungap-cungap masuk ke dalam kelas tutorialnya. Dia memandang ke arah jam
tangannya. Dia tidak terlambat. Dia melepaskan nafasnya apabila dia mendapati
pensyarahnya baru sahaja masuk ke dalam kelas tutorial dengan kertas peperiksaan.
Julia memandang ke arah Daniel Tan yang sedang duduk di barisan paling
hadapan yang sedang menoleh ke arahnya. Daniel menjeling. Julia membeliakkan
matanya untuk memintanya agar jangan menoleh ke arahnya lagi.
Julia menarik nafasnya. Dia memandang ke arah Ariffin, yang sedang duduk di
hadapannya. Dia mendapati Ariffin hanya memandang ke arah hujung pensilnya.
Kemudian dia menggigit hujung pensilnya itu. Sandra, gadis kelahiran Jakarta yang
sedang duduk di sebelah kiri Ariffin sedang termenung memandang ke arahnya. Sandra
http://www.nizamzakaria.com

2

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
sedang termenung memikirkan jika Samuel Rizal tidak dapat berlakon di dalam

sambungan filem Eiffel I’m in Love, mungkin Ariffin dapat mengambil alih untuk
melakonkan wataknya itu. Wajah Ariffin yang nakal itu cukup sesuai untuk watak
tersebut, fikirnya.
Julia tahu Sandra dan entah berapa puluh lagi gadis seuniversitinya yang telah
jatuh hati kepada Ariffin. Tetapi Ariffin tidak pernah mahu ambil tahu tentang itu semua.
Dia pastinya tidak mahu mengambil tahu jika terdapat tulisan “Ariffin is so cute!” di
dalam tandas perempuan tingkat 3 di universitinya...
Ariffin mempunyai wajah yang manis. Dia mempunyai ketinggian mencecah
enam kaki dengan susuk tubuh yang tegap dengan kulit sawo matang yang nampak bersih
dan terjaga. Apa yang membuat beberapa gadis di universitinya tertarik kepadanya adalah
matanya yang tajam bak burung helang dan senyumannya yang mampu membuatkan hati
dan jiwa mereka cair. Untuk seorang anak muda yang baru mencecah usia 20 tahun,
Ariffin mempunyai wajah yang matang seperti seorang pemuda berusia pertengahan umur
20-an. Sifat pendiam Ariffin membuat mereka lebih tertarik kepadanya...
Julia kerisauan. Dia tidak tahu jika Ariffin akan menepati janjinya. Puan Tan yang
menjadi tenaga mengajar untuk kelas Business Law itu mula membahagi-bahagikan
kertas soalan peperiksaan kepada pelajar-pelajarnya. Sebaik sahaja Julia mendapatkan
kerja soalannya, dia terus melihat soalan-soalan objektif yang ada. Dia rasa mahu pitam.
Dia tidak dapat memahami apa yang disoal, inikan pula menjawabnya. Sekali lagi dia
memandang ke arah Ariffin. Dia mendapati Ariffin terus membongkok untuk menjawab

soalan-soalan yang diterimanya.
Julia mengeluh. Dia dapat merasakan dia akan gagal lagi. Dia mungkin tidak akan
mampu menghadapi bapanya jika dia gagal dalam peperiksaannya kali ini...
*
Dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester
Julia melihat papan tanda di sebelah kelas tutorialnya. Nama pelajar dan keputusan ujian
subjek Business Law ada dipaparkan di sana. Beberapa orang pelajar mengerumuni papan
tanda tersebut. Ada yang tersenyum dan ada pula yang nampak sedih. Julia dengan takuttakut untuk melihat sendiri keputusan ujiannya. Tetapi dia tetap memberanikan dirinya
untuk mengetahui keputusannya. Wajah Julia pucat. Dia dapat melihat namanya berada di
dalam senarai tercorot untuk ujian tersebut.
Julia berdiri kaku buat seketika. Dia dapat merasakan dirinya sukar untuk
bernafas. Dia mahu menangis. Ini merupakan kali kedua dia mengambil subjek yang
sama kerana pada semester lepas dia pernah gagal dalam subjek ini. Julia tidak mahu
gagal kerana dia dia tidak mahu mengecewakan bapanya.
Julia sekali lagi memeriksa senarai tersebut untuk memastikan dia tidak
bermimpi. Tetapi di dapatinya bahawa sememangnya dia gagal dalam ujiannya yang lalu.
http://www.nizamzakaria.com

3


www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Apabila dia memandang ke senarai yang 5 pelajar teratas, dia mendapati hanya terdapat
satu nama Melayu sahaja di situ. Ariffin bin Nordin. Kalau tidak salah, Daniel kenal rapat
dengan Ariffin. Daniel pernah sekelas dengan Ariffin di dalam semester-semesternya
yang lepas. Julia mencari-cari kelibat Daniel...
“Julia! I was looking for you all over the place!” kata Hadi di belakang Julia. Julia
mengalihkan pandangannya ke belakang. Hadi berdiri tercegat di belakangnya sambil
berpeluk tubuh.
“Dah tu kenapa?” tanya Julia kembali.
“Takdelah... I ingat kita boleh minum-minum ke sebelum you masuk kelas.”
“Hadi... Berapa kali I kena beritahu kat you? I bukan girlfriend you lagi. I takde
masa nak layan you macam dulu. Dah sebulan kita break... So it’s over between us! Ada
faham tak?” Julia berwajah serius. Dia mahu Hadi berhenti mengganggunya.
Hadi yang bertubuh rendah dan gempal itu terus tersengih. Di dalam seumur
hidupnya, segala permintaannya tidak pernah dikecewakan oleh kedua ibu dan bapanya.
Malah, dia tidak pernah mengenal erti tidak. Maka, dia langsung tidak dapat menerima
hakikat apabila Julia, di antara gadis yang tercantik dan yang paling popular di kolejnya
itu menidakkan dirinya.

“Haiyoh Julia! Handbag baru ke? Gucci lagi. Very der Paris Hilton, one!” sebut
Daniel yang bertubuh kurus tinggi itu kepadanya. Daniel sempat memandang kepada
pakaian dan seluar jeans yang dipakai Julia yang nampak ranggi.
“Ya... I pergi shopping dengan mama I semalam. Dia yang belikan.” Julia
menjawab. Dia langsung tidak mengendahkan Hadi lantas masuk ke dalam kelas
tutorialnya bersama Daniel. Hadi menggaru-garu dagunya sebelum dia cepat-cepat
berjalan ke arah dewan kuliahnya B.
“Thanks again for saving me from that creep!” ujar Julia kepada Daniel.
“That’s what friends are for, yang...” sambut Daniel sebelum dia meminta Julia
menunjukkan beg tangan yang baru dibelinya itu kepadanya. Daniel memeriksa kemasan
beg tangan itu.
“You girls are so lucky boleh beli benda ni semua, kan?” getus Daniel dengan
nada cemburu.
“Eh, nyonya! Kalau you nak pakai handbag macam ni pun boleh jugak. Tapi masa
tu I kena panggil you Danielle pulak lah kan?” Julia berseloroh. Daniel menjeling sambil
tersenyum. Puan Tan masuk ke dalam kelas. Julia cepat-cepat beralih tempat duduk ke
belakang.

http://www.nizamzakaria.com


4

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Sepuluh minit selepas kelas tutorial dimulakan, Julia mendapati Ariffin yang
sedang duduk di hadapannya tertidur dengan kepalanya dibaringkan ke atas meja. Julia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hairan bagaimana Ariffin boleh mendapat
keputusan yang agak cemerlang untuk ujian-ujian yang dihadapinya sedangkan setiap kali
dia datang ke kelas tutorial (itu pun jika dia tidak ponteng), dia akan tertidur atau
termenung dan mengelamun seorang diri. Julia tidak pernah melihatnya menumpukan
perhatiannya kepada pelajarannya ataupun mengambil nota.
Setengah jam kemudian, Puan Tan mengumumkan mereka akan berehat selama
15 minit sebelum kelas dimulakan semua. Beberapa orang pelajar terus bergegas keluar.
Kini hanya tinggal lima orang sahaja di dalam kelas tutorial yang selalunya akan dipenuhi
oleh lima belas orang pelajar itu.
Julia berjalan menuju ke arah tempat duduk Daniel. Dia mengajak Daniel supaya
keluar dari kelas bersamanya. Daniel bersetuju, walaupun selalunya dia lebih suka duduk
di dalam kelas sambil berbual-bual kosong dengan Puan Tan.
Di luar Julia membawa Daniel ke arah sebuah sudut yang tidak terdapat ramai

pelajar mundar-mandir di sana.
“Kenapa ni, Julia?” tanya Danial sambil melentokkan kepalanya ke tepi.
“I fail ujian I yang lepas—“
“I know. I saw your name on the list just now.”
“Mati lah I macam ni!”
“It’s not the end of the world, lah.”
“It is to me!”
“Dah tu you nak apa dari I?”
“I nak tanya dari you... Since you know him well and all that—“
“Who are you talking about?”
“Ariffin...”
Daniel memegang pipinya yang lembut dan halus itu sambil meraba-rabanya. Dia
memikirkan kembali bagaimana dia mula-mula mengenali Ariffin dahulu. Ketika itu dia
baru sahaja memasuki universiti Monash sebagai pelajar barunya. Keadaan dirinya yang
lembut sering menjadikan dia bahan gurau senda serta ejekan beberapa orang pelajar
nakal yang sejurusan dengannya.
Pada satu hari, dia telah diganggu di dalam tandas lelaki oleh pelajar-pelajar nakal
tersebut. Daniel cuba melawan, tetapi semakin dia melawan, semakin teruk dia diganggu.
http://www.nizamzakaria.com


5

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

Seorang dari pelajar nakal yang mengganggunya mula memegang kolar bajunya
lalu menolaknya ke dinding. Mereka memanggilnya dengan pelbagai nama, seperti
“faggot, ah-kua dan cock-sucker” untuk tujuan menghinanya - semata-mata kerana Daniel
seorang pelajar lelaki yang lembut perwatakannya. Ketika Daniel hampir-hampir mahu
dipukul, Ariffin pula kebetulan masuk ke dalam tandas untuk tujuan merokok di situ.
Ariffin menghidupkan puntung rokoknya sambil memandang kepada beberapa orang
pelajar sekuliahnya yang sedang mengerumuni Daniel. Mereka memandang kepada
Ariffin sekali sebelum mereka kembali menganggu Daniel dengan menampar-nampar
mukanya.
Ariffin meminta mereka berhenti, tetapi mereka tidak mahu mendengar
permintaannya, malah salah seorang dari mereka telah menumbuk perut Daniel apabila
Daniel meludah ke arah mukanya. Ariffin kemudian memukul pelajar seramai empat
orang itu satu persatu. Daniel tidak pasti apa yang berlaku, tetapi apabila dia kembali
membuka matanya, dia dapat melihat pelajar-pelajar yang membulinya itu setiap satu

sedang berdiri di satu sudut di dalam tandas tersebut dengan wajah ketakutan. Salah
seorang dari mereka cepat-cepat meminta maaf. Ariffin memberitahu kepada mereka
bahawa dia tidak mahu melihat mereka mengganggu Daniel lagi. Mereka cepat-cepat
mengangguk. Takut. Ariffin terus keluar dari tandas tanpa berkata apa-apa.
Sejak dari hari itu tidak ada sesiapa lagi yang berani mengganggu Daniel lagi.
Setahu Daniel, Ariffin tidak mempunyai ramai kawan rapat. Ariffin selalu sahaja
menyendiri. Dia boleh memilih untuk menjadi salah seorang pelajar lelaki yang paling
popular di universitinya, tetapi itu bukan pilihannya. Dia bukan seperti Julia dan rakanrakannya yang selalu kelihatan bersama dengan kumpulan mereka yang popular. Sebaik
sahaja kuliah selesai, Ariffin akan terus menaiki skuternya lalu menghilang dari kawasan
universiti.
Daniel mengambil masa yang agak lama sebelum dia dapat merapati Ariffin dan
sebelum mereka akhirnya berkawan. Itu pun, hubungan mereka tidaklah serapat mana...
“Haven’t you learnt anything this past two years? I’m not THAT close to him.”
Daniel bercekak pinggang.
“Bukannya apa... I dengar dia ada tolong si Kumar tu tiru paper dia semester
lepas.”
“Siapa cakap?”
“I thought you yang beritahu I benda ni!”
“Oh ya... Me and my big mouth.”
“Jadi betullah ni?” tanya Julia meminta kepastian.


http://www.nizamzakaria.com

6

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
“Ya. Jadi kenapa ni?”
“Daniel... Can you do me a favor?”
“Apa dia?”
“Boleh tanya dia kalau dia boleh tolong I?”
“Wah... I jadi mak ayam you lah ni?”
“Boleh lah!”
“Are you that desperate?”
“Frankly I am! I need to pass this exam. Or else I’ll die!”
“Okay... Nanti I tanya dia.”
“Thank you Daniel!!! I love you!” Julia menepuk tangan kesukaan. Dia tidak tahu
apa yang akan Daniel lakukan selepas ini dan dia tidak mahu tahu. Apa yang dia tahu, dia
akan melakukan apa sahaja untuk lulus dalam peperiksaannya.
Sebelum kelas dimulakan, Julia dapat melihat Daniel pergi ke tempat duduk Ariffin lalu
mengejutkannya dari lamunannya. Ariffin menggosok-gosok matanya sebelum dia
bertanyakan kepada Daniel apa yang dia mahu. Daniel membisikkan sesuatu ke dalam
telinga Ariffin. Kemudian mereka berdua keluar sebentar sebelum mereka masuk semula
ke dalam kelas. Ariffin memandang ke arah Julia sekali sebelum dia memberitahu kepada
Julia supaya menelefonnya pada malam dan dia boleh mendapatkan nombor telefon
bimbitnya dari Daniel. Kemudian dia terus memandang ke hadapan. Puan Tan mahu
memulakan kelasnya.
*
Sejurus selepas makan malam bersama bapanya, Julia terus meminta dirinya untuk naik
ke dalam biliknya. Dia mahu membuat kerja rumahnya, katanya. Bapanya mengangguk
lalu duduk di hadapan kaca TV untuk menonton rancangan berita di TV3. Julia berjalan
masuk ke dalam biliknya lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia mengambil sekeping
kertas yang terkandung nombor telefon Ariffin yang telah diserahkan oleh Daniel
kepadanya. Dia menekan nombor telefon Ariffin:
+ Hello... Ariffin ke ni?
- Ya. Siapa ni?
+ Julia. Kita sekelas... Saya duduk di belakang awak.
- Tahu. Siapa tak kenal awak.
+ That is suppose to be a compliment, right?
- Hemm... Awak popular. Berkawan pun dengan budak-budak popular—

http://www.nizamzakaria.com

7

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
+ You know what, I don’t want to be rude, but I am calling you right now to talk about
you helping me with my exams, not about me being popular and all that.
- Okay...
+ Jadi betullah awak tolong Kumar tiru paper awak semester lepas?
- Awak ni polis ke apa? Ni mesti si Daniel beritahu awak kan?
+ Ya.
- Apa lagi dia beritahu awak fasal saya?
+ Tak ada apa-apa. Trust me. I’m not like the other girls who are drooling all over you.
- ...
+ Okay... Apa-apa pun, I hope this will be just between the both of us. Orang lain tak
perlu tahu.
- Ya. Saya tahu. Kalau silap sikit jer kita boleh dikenakan tindakan disiplin. Mungkin
dibuang universiti...
+ Hemm...
- Jadi awak berani ke nak buat kerja ni?
+ Saya tak ada pilihan lain untuk selain dari lulus. Jika saya tak dapat B, markah purata
saya tak cukup untuk mendapatkan kelulusan minimum. I don’t want to take this class for
the third time!
- Jadi kenapa tak belajar je?
+ Saya dah belajar! Tapi entahlah...
- Apa yang entah?
+ I’m not as smart as you okay? Datang kelas tidur sepanjang masa pun masih boleh
dapat A.
- Okay... Tak payah nak kutuk-kutuklah...
+ Now, that is suppose to be a compliment!
- ...
+ Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak, tapi cuma hari ini jer kita dapat berbual
macam ini.
- Awak tak pernah nak tegur saya... Fasal tu lah agaknya.
+ Ye lah, awak tidur jer dalam kelas. Tak pun termenung... Saya nak tegur macam mana?
Dah tu, saya tak pernah nampak awak kat parti-parti yang budak-budak batch kita buat.
- Tak ada masa ah, nak parti-parti tu semua...
+ Tu lah sebab kita tak bertegur.
- ...
+ Awak berasal dari mana?
- Yan, Kedah...
+ Yan? That’s a funny name.
- Kampung Sungai Udang, Yan.
+ Oh, budak kampung lah ni?
- Ya.
+ For a budak kampung, you are quite smart, kan?
- Apa awak merepek ni?
+ Sorry. I’m just being silly.
- ...
+ So... Awak kat mana ni?
- Dalam bilik.
+ Daniel kata awak duduk kat kondo sebelah universiti kita... Betul ke?
http://www.nizamzakaria.com

8

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
- Ya. Susah betul nak duduk kat hostel. Semua dah penuh. Sewa bilik kat sana lagi
murah. Dah tu sekarang terpaksa duduk kat sini.
+ Betul ke bulan lepas ada student dari Russia yang mati terjatuh dari kondo tu?
- Ya. Dia mabuk agaknya masa tu.
+ So it was not a suicide, lah?
- Bukan...
+ Awak kenal budak tu, tak?
- Tak...
+ Saya ingat awak kenal budak tu... Ye lah, awak dengan dia stay satu kondo kan?
- Julia... Saya sebenarnya tak ada masa nak berbual kosong dengan awak ni. Sekejap lagi
saya nak keluar.
+ Buat apa? Jumpa awek ke?
- Isk... Tak lah!
+ So you’re single lah ni?
- ...jadi awak nak tiru jawapan saya?
+ Ya. Boleh tak?
- Boleh, tapi ada syarat.
+ Apa syaratnya?
- Belikan saya buku teks untuk kelas yang bakal saya ambil untuk semester depan.
+ Hah? Biar betul!
- Kenapa?
+ Is that it?
- Ya...
+ Maybe we should take the same class next semester and—
- Julia... Jadi awak setuju atau tidak?
+ Oh... Setuju.
- Okay.
+ Jadi macam mana?
- Awak tak perlu bimbang. Nanti saya akan bantu awak. Saya dah janji nak bantu awak
kan?
+ Okay.
- Okay bye. Saya perlu pergi ni. Bye!
+ Bye!
Julia menarik nafasnya panjang-panjang selepas dia meletakkan telefon bimbitnya ke
tepi. Entah mengapa, dia dapat merasakan degupan nadinya bergerak pantas. Suara
Ariffin yang dalam dan keras itu membuatkan dia seolah-olah mahu bercakap dengan
lebih lama dengannya – mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang dirinya yang
penuh misteri itu...
*
Tangan Julia terasa sejuk. Dia memegang lehernya sendiri. Dia dapat merasakan Ariffin
mungkin telah terlupa atau langsung tidak mahu membantunya sama sekali. Pada malam
semalam, dia cuba menelefon Ariffin berkali-kali untuk bertanyakannya tentang
kedudukannya mahu membantunya meniru jawapannya tetapi Ariffin telah mematikan
telefon bimbitnya.
http://www.nizamzakaria.com

9

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

Kini hanya tinggal 30 minit sahaja lagi sebelum tamat waktu yang diberi untuk
menjawab soalan-soalan objektif yang diberikan. Julia hanya dapat menjawab 30% sahaja
soalan-soalan yang diberikan. Itu pun dia tidak tahu jika jawapan-jawapan yang telah
dijawabnya itu betul.
Tiba-tiba dia dapat melihat Ariffin berdiri dari kerusinya. Kemudian dengan
bersahaja dia mencampakkan sekeping kertas yang berlipat ke arah kaki Julia. Cepatcepat Julia menggunakan kakinya untuk memijak kertas tersebut. Ariffin berjalan ke
hadapan lalu meletakkan kertas jawapannya ke atas meja Puan Tan. Tanpa menoleh ke
kiri dan ke kanan dia terus berjalan keluar dari kelas.
Selepas Julia dapat melihat murid-murid lain kembali tekun untuk menjawab
soalan-soalan peperiksaan, Julia tunduk untuk mengambil kertas yang diberikan
kepadanya. Dengan berhati-hati dia telah membuka lipatan kertas tersebut dan dia dapat
melihat lima puluh jawapan objektif yang diberikan kepadanya.
Julia mengingatkan kepada dirinya bahawa dia tidak seharusnya meniru jawapan
yang diberikan kepadanya seratus-peratus. Jika tidak, pasti dia akan disyaki meniru
Ariffin bulat-bulat. Jadi dia hanya menggunakan jawapan yang diberikan oleh Ariffin
untuk menjawab soalan-soalan yang tidak terjawab olehnya...
Setelah Julia menghantar kertas jawapan peperiksaannya, dia terus keluar dari kelas. Dia
menunggu sehingga Daniel keluar dari kelas untuk menemuinya.
“So how?” tanya Daniel dengan perlahan kepada Julia.
“Okaylah. Dia ada bagi jawapan dia kat I.” Jawab Julia sambil menunjukkan
sekeping kertas yang dikeluarkan dari seluar jeansnya. Dia mengoyakkan kertas itu kecilkecil lalu membuangkannya ke dalam tong sampah yang terdekat.
“I hope this time around you boleh pass dengan cemerlang.”
“Yeah, I hoped so too!” ujar Julia dengan nada lega.
“So... what did he asked you to do in return?”
“Something weird...”
“Apa dia?”
“Dia suruh I beli satu buku teks untuk semester depan.”
“Oh... I helped him by buying one week worth of groceries bila dia tolong I
siapkan my 12-page assignment untuk kelas Macro Econs bulan lepas.”
“You did?”
http://www.nizamzakaria.com

10

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

“I’ve got an A for for that assignment. So it was worth all the penny.”
“Dia ni sengkek sangat ke?” tanya Julia seperti tidak percaya.
“Sort of...” Jawab Daniel, kemudian dia berharap Julia tidak akan bertanya lagi
kepadanya tentang Ariffin.
“So is he for sale?” tanya Julia berseloroh.
“You tanya dia sendiri lah! Tanya I buat apa?” Daniel menjeling sambil memeluk
failnya yang terkandung gambar Prince William di hadapannya.
“Eh, Sabtu ni temankan I pergi ke parti si Sinta—“
“Sinta budak Medan tu ke?”
“Ya... Dia nak buat parti sebelum dia balik bercuti ke Medan Isnin depan.”
“Okay boleh.”
“So... Boleh you ajak Ariffin sekali ke?”
“Hemm... No wonder lah you nak ajak I kan? You nak I bawa dia sekali!”
“Bawa dia sekali lah, pleeeaaseeeee!”
“But why?”
“I think Hadi is going to that party. So, kalau Ariffin ada—“
“Okay. No need to explain. I faham.”
“So... Saturday ini jadi, ya?”
“Nanti I cakap dengan dia lah. Lagipun dia duduk satu tempat dengan Sinta, kan?
So I think it’ll be alright with him.”
Julia senyum meleret. Sekarang dia sedang memikirkan tentang pakaian yang
harus dipakainya ke parti Sinta itu nanti. Kalau begitu, petang nanti dia harus ke KLCC
atau ke Mid Valley untuk mencari pakaian baru yang boleh dibelinya di toko Zara,
Topshop, MNG ataupun Miss Selfridge...

http://www.nizamzakaria.com

11

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 2
Zul berlari di atas mesin threadmill sambil meneguk air di dalam botol kecilnya. Dia telah
berlari selama lebih setengah jam di sana. Dia merenung ke arah kaca TV di hadapannya.
Muzik latar belakang di dalam gym Fitness First yang terletak ni Menara Maxis itu
dimainkan kuat. Dia hampir-hampir tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh
pembaca berita dari saluran berita CNN yang sedang disaksikan pada waktu itu. Tapi dari
apa yang dia dapat amati, pemberita sedang mengulas tentang peperangan di Iraq yang
sedang berlanjutan sehingga ke hari ini.
Mesin threadmillnya kini berhenti. Zul mengesat peluhnya. Zul sedar bahawa di
dalam usianya yang semakin meningkat dan mencecah umur pertengahan 30-an dia perlu
selalu bersenam untuk memastikan agar dia dapat terus kelihatan menarik. Dia tidak
mahu kelihatan seperti rakan-rakan seusianya yang kini kebanyakannya telah berkahwin
dan mempunyai beberapa orang anak tetapi mempunyai perut yang kelihatan seperti
wanita yang sedang bunting enam bulan.
Zul seorang lelaki yang segak dan pandai bergaya. Setiap hari sebelum dia
berangkat ke tempat kerja dia akan memilih pakaian dan tali leher yang mahu dipakainya.
Semunya perlu ada koordinasi yang serasi. Pada pagi ini dia telah mengambil masa
selama lima minit semata-mata untuk memilih pakaian yang akan dipakainya ke pejabat seluar Ermenegildo Zegna berwarna kelabu gelap akan dipadankan dengan baju Hugo
Boss berwarna biru lalu dilengkapkan dengan tali leher Armani berwarna merah dan
diakhiri dengan sepasang kasut kulit berwarna hitam dari Kenneth Cole. Wajah Zul
cukup manis dipandang mata. Berkulit hitam manis dan mempunyai tokoh seorang
profesional muda yang telah pun berjaya mencapai segala apa yang diingini di dalam
hidupnya.
Seorang pemuda berbangsa Cina yang sedang berlari di sebelahnya memerhatinya
sambil tersenyum. Zul sekadar membalas senyumannya itu lalu berjalan ke tempat tukar
pakaian. Dia memandang ke arah jam tangannya sambil meraba-raba janggut pendek di
dagunya yang telah dijaga rapi itu. Dia tak mahu lambat untuk menemui tunangnya Aida
untuk makan malam bersamanya di Rain Nudle House.
Sejurus selepas dia bersiap sedia memakai pakaiannya, dia terus keluar dari gym
Fitness First. Dia berjalan ke KLCC lalu terus menaiki ke tingkat 4 dengan menggunakan
lif di tengah-tengah Suria KLCC. Dia tidak mahu lambat. Dia tahu Aida tidak suka jika
dia lambat.
Zul telah mengenali Aida sejak enam tahun yang lalu apabila Aida masih bergelar
seorang pelajar tahun akhir jurusan perundangan di UK dan Zul pula bekerja sebagai
seorang peguam korporat di sana. Setahun selepas mereka berkenalan, mereka bertunang,
lantas Zul terus meninggalkan pekerjaannya di UK dan mengambil keputusan untuk
pulang untuk bekerja di Malaysia.
Zulkefli Ismail berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam
jurusan Undang-Undang dari London School of Economics dan kemudian beliau
http://www.nizamzakaria.com

12

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
menyertai The Honourable Society of Middle Temple sebelum beliau mempraktikkan
perundangan di Freshfields Bruckhaus Deringer yang beribu pejabat di Fleet Street
London. Ketika bekerja di sanalah dia mula mengenali Aida. Ketika itu Zul telah diminta
untuk menguruskan urusan perjanjian kerja bersama sebuah syarikat petroleum dari
Brunei dengan sebuah syarikat cari gali dari Belanda. Bapa Aida, Pengiran Malik
Pengiran Omar merupakan orang kuat dari syarikat petroleum tersebut yang telah datang
sendiri ke London untuk menguruskan hal ini bagi pihak syarikatnya. Pada masa itulah
Zul telah diperkenalkan kepada Aida, seorang gadis jelita yang telah dibesarkan di Kuala
Lumpur kerana dia mempunyai seorang ibu yang berasal dari sana. Aida cepat rapat
dengan Zul kerana Aida pernah belajar di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin,
Negeri Sembilan. Kebetulan pula Zul berasal dari Mantin dan berterus terang dengan
Aida sejak dari awal lagi bahawa bapanya merupakan pekebun di sekolah asrama penuh
yang eksklusif itu.
“Dah lama you tunggu I” tanya Zul kepada Aida yang sedang duduk di meja
makan di Rain Nudle House sambil menongkat dagunya.
“Tak. I baru jer sampai.” Jawab Aida dengan wajah kebosanan.
“So... You shopping lagi?”
“Ya...”
“Beli apa?”
“Kasut baru di Gucci...”
“Again?”
“Yes... Again!”
“Nak buat apa you beli kasut banyak-banyak ni? Bukannya you pergi kerja?”
tanya Zul kehairanan. “Kalau you kerja lain lah, nak tukar-tukar kasut macam Carrie
Bradshaw dalam Sex and the City tu...”
“Eh... I kerja lah!” Aida menjawab manja. “Lagipun lelaki macam you mana
faham?”
“Kerja apa you buat?” Zul bertanya kerana ingin tahu, walaupun dia sudah boleh
mengagak jawapan yang akan diberikan kepadanya nanti. Zul tahu Aida merupakan
seorang lulusan jurusan perundangan, tetapi sehingga kini dia masih berkeras tidak mahu
mempraktikkan apa yang dipelajarinya selama ini.
“You tahu... Sepanjang hari I bekerja. Pagi pergi ke gym. Tengah hari pergi
manicure atau ke spa dan petang pula bershopping. That’s hard work, okay. Nak jadi
cantik macam I kena kerja lebih sikit. You nak tunang you ni cantik, kan?” Aida yang
berusia tujuh tahun lebih muda dari Zul itu menjawab bersungguh-sungguh.
http://www.nizamzakaria.com

13

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

Zul menjeling lalu mengambil menu dari pelayan yang sedang melayan mereka.
Dia kemudian mengambil sedikit masa untuk memesan makanannya. Zul memang
cerewet orangnya. Jika dia mahu membeli penyangkut baju sekalipun dia akan
mengambil lebih 5 minit memilih penyangkut baju yang disukainya.
“Esok tengah hari you free tak?” tanya Aida selepas pelayan mengambil pesanan
makan malam mereka.
“Kenapa?”
“My dad is right here in KL. Esok malam dia mahu kami sekeluarga makan
malam bersama. You just have to make yourself free!”
“Esok... I memang free.”
“So it’s set then. Kita akan makan malam di JW Marriott. Jangan lambat pula
nanti!” Aida mengingatkan sambil memegang tangan Zul. Zul mengangguk perlahan.
“Esok tengah hari you free tak?”
“Kenapa?”
“Bapak I kata dia nak belikan I kereta baru. Jadi I nak survey kereta mana yang
sesuai dengan I.” Zul meraba-raba hujung jari jemari Aida yang halus itu dengan mesra.
“Kereta apa pulak ni? You kan dah ada kereta?”
“I tak suka lah pakai kereta Volvo bapak I tu lah. It’s too big for me!” Aida
merungut. Zul cepat-cepat menggeleng.
“Tapi bukan kereta tu, kereta baru ke?”
“Like I said... It’s too big. I tak suka bawak kereta besar-besar ni.”
“Pakai je lah kereta tu... Nak habiskan duit bapak you tu aja buat apa?” tanya Zul.
Tapi dia juga sedar bapa Aida mampu untuk menghadiahkan apa sahaja untuk anaknya
ini.
“Dia tak kisah lah!” Aida menegaskan. “So you free tak?”
“Tak boleh... I ada lunch dengan client... Sebuah syarikat telekomunikasi dari
Belgium yang mahu bertapak di sini. They want to initiate a partnership with one of our
telco giants. So, I kena uruskan benda tu semua.”
“You and your mergers and acquisitions... Tak boring ke?”
“Dah kerja I.”
http://www.nizamzakaria.com

14

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

“Well... As long as you make a lot of money as a corporate lawyer. Itu sahaja yang
penting!” ujar Aida dengan suara menyanyi-nyanyi. “Senang sikit you nak support I bila
kita kahwin nanti.”
“Itu je lah yang you tahu—“
“Eh, bukan ke itu kerja lelaki?” tanya Aida dengan nakal walaupun Zul tahu dia
serius. Aida, seperti ibunya hanya tahu bahawa tugas seorang suami adalah untuk
menjaga isterinya dan tugas seorang isteri pula adalah untuk mencantikkan dirinya untuk
suaminya. “With your current position as a high-flying corporate lawyer you can support
two or three of my kinds. Bukan begitu? Ye lah, bukan ke lelaki macam you boleh
berkahwin lebih dari satu?”
Zul tidak menjawab pertanyaan Aida tadi. Dia hanya tahu bahawa apa yang
dilakukan adalah kerjanya. Sesuatu yang tidak dapat dielakkannya. Dia bekerja siang dan
malam tanpa henti. Kadangkala dia hanya akan pulang ke rumah pada lewat malam.
Tetapi dia tidak kisah akan itu semua. Kerana dia mempunyai minat yang mendalam
terhadap apa yang dilakukannya sekarang.
“I ingat nak beli kereta Mini Cooper. Cute kan kereta macam tu?” Aida kembali
bercerita tentang kemahuannya bertukar kereta.
“Ya. Sesuai untuk you.” Jawab Zul dengan suara malas.
“I nak beli yang merah...”
“Your favourite colour, kan?”
“Ya...” Aida tersenyum manja. Zul termenung ke luar restoran ke arah kedai buku
Kinokuniya. Dia memandang ke arah beberapa orang pengunjung toko buku besar itu
yang sedang berjalan keluar masuk. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia
mengingatkan dirinya agar membeli edisi terbaru majalah Men’s Health dan Architectural
Digest apabila dia selesai makan malam bersama Aida nanti.
*
Zul memandu kereta BMW hitamnya ke arah Jalan Raja Laut. Keretanya kini bergerak
perlahan untuk membelok ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman melalui sebuah jalan kecil
di sebelah bangunan MARA. Kemudian keretanya maju ke hadapan sebelum membelok
ke arah sebuah jalan kecil di sebelah bangunan Pernas Sogo. Keretanya kini membelok ke
arah kiri ke sebuah lorong gelap yang menuju ke arah bangunan KWSP.
Zul membawa keretanya dengan perlahan di sini. Dia memerhatikan keadaan di
sekelilingnya. Terdapat beberapa buah kereta yang berhenti di sini. Pemandunya ada yang
masih berada di dalam kereta dan ada pula keluar dari kereta untuk berbual dengan
pengunjung-pengunjung yang lain. Kawasan ini gelap. Agak sukar untuk Zul
http://www.nizamzakaria.com

15

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
memerhatikan wajah pengunjung-pengunjung di sini yang kesemuanya diketahuinya
lelaki.
Zul terus memandu keretanya dengan perlahan. Dia memerhatikan wajah-wajah manusiamanusia yang ada di sini walaupun wajah mereka terlalu gelap untuk dilihatnya. Zul
kemudian memandang ke arah satu sudut yang gelap di mana dia dapat memerhatikan
lembaga dua orang lelaki sedang melakukan sesuatu di dalam gelap. Zul terus memandu
sambil berpaling ke arah mereka untuk memerhatikan mereka dengan jelas lagi.
Kemudian tanpa disedarinya dia telah melanggar sebuah motor RXZ berwarna merah
yang telah diletakkan di tepi jalan yang gelap itu. Motor itu terjatuh dan Zul dapat
merasakan tayar belakangnya menghenyak bahagian tayar motor tersebut.
Pemuda yang diperhatikannya di dalam gelap tadi terus mendapatkan motor yang telah
terjatuh tadi. Dalam keadaan samar-samar Zul dapat melihat pemuda tersebut yang
sedang memakai jaket denim itu mengetuk-ngetuk cermin tingkapnya dengan kuat sambil
memandang tajam ke arahnya.
Zul tidak mahu membuka tingkapnya inikan pula memberhentikan keretanya. Dia terus
memandu pergi dengan laju. Dari cermin keretanya dia dapat mendengar pemuda
bertubuh tinggi dan tegap itu memaki hamunnya di dalam gelap.
Zul menarik nafas lega. Dia tidak pernah memberhentikan keretanya di kawasan yang
lebih dikenali sebagai Jurassic Park ini dan mungkin dia tidak akan memberhentikan
keretanya di sini sampai bila-bila...
*
Zul membuka butang bajunya yang teratas lalu dia bersandar di atas sofanya. Dia
menggunakan alat kawalan jauhnya untuk menonton rancangan CNN yang terpampang di
kaca TV plasma 42 incinya itu. Zul mengeluh. Kepalanya pening. Semakin berdenyutdenyut rasanya apabila dia memikirkan tentang calar-calar kecil di bahagian hadapan
keretanya kerana telah berlanggar dengan motosikal RXZ tadi.
Zul memandang ke arah siling rumah banglonya itu. Dia termenung kosong. Kemalangan
kecil tadi terus membawanya mengingati satu kemalangan yang pernah dia saksikan
sendiri yang terus menghantuinya sehingga kini. Kadangkala, di dalam malam-malamnya
yang sunyi seperti ini dia akan mengingati pengalaman ngeri ini seolah-olah ia baru
sahaja berlaku semalam.
Zul cuba menutup matanya. Tetapi dia masih tidak dapat melupuskan peristiwa ngeri ini.
Dia masih dapat mendengar jeritan seorang wanita yang sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat dan telah meminta agar dia menolong anak-anak serta suaminya yang
tidak sedarkan diri. Zul dapat melihat tubuh-tubuh mereka yang telah kaku, kecuali satu.
Tubuhnya tersepit. Wajahnya berlumuran dengan darah. Mulutnya terkumat-kamit
memanggil ibunya.

http://www.nizamzakaria.com

16

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul menumbuk-numbuk kepalanya sendiri. Dia cuba melupakan peristiwa berdarah ini.
Wajahnya berkerut seribu. Dia merapatkan dirinya lalu memeluk pehanya sendiri.
Tubuhnya berpeluh. Nafasnya turun naik dengan cepat. Kemudian dengan perlahan dia
mengucapkan kalimah-kalimah yang pernah disebutkan oleh Heraclitus: “How can you
hide from what never goes away?”

http://www.nizamzakaria.com

17

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 3
Sinta membuka pintu kondonya lalu membenarkan Julia masuk bersama Daniel dan
Ariffin. Sinta dan Julia berlaga-laga pipi. Sinta, seorang pelajar berbangsa Cina Indonesia
itu mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana sudi datang ke partinya ini. Kemudian
dia menjeling sekali ke arah Daniel dan Ariffin sebelum dia memegang tangan Julia lalu
memperkenalkannya kepada rakan-rakannya yang lain.
Julia masuk ke dalam kondo pelajar yang disewa oleh Sinta bersama dua orang
pelajar perempuan yang lain. Kondo mereka nampak cantik. Hampir kesemua hiasan
dalaman di dalam kondo ini dihias dengan perabot-perabot yang dibeli dari Ikea.
Beberapa orang anak-anak muda sudah mula memenuhi rumah Sinta ini. Julia
memandang ke belakang. Dia dapat melihat Ariffin dan Daniel sedang berdiri di hadapan
meja makanan untuk memilih makanan yang ada.
“Okay don’t tell me that you actually invited Hadi to your party?” tanya Julia
kepada Sinta ketika mereka berdua berdiri di balkoni.
“Yes I actually did.” Sinta tersenyum tetapi wajahnya jelas serba salah.
“Tapi kenapa?”
“Sebab dia jemput I ke party dia dulu.”
“Bukan dia yang jemput you lah, I yang jemput you!”
“But you were together masa tu. Sama lah tu! I rasa bersalah pula kalau tak
jemput dia sekali.”
Julia memeluk tubuhnya. Mukanya monyok.
“Relak Julia. Kalau dia datang I’ll make sure he won’t come near to you.”
“Boleh ke? Kondo you ni kecik!”
“I’ll try my best, lah!” Sinta bersungguh-sungguh mahu menyenangkan hati Julia.
“Okay!” Julia tersenyum ke arah seorang pemuda Cina yang tidak dikenalinya
yang sedang merenung ke arahnya.
“Julia, I don’t want to sound so dramatic... But why lah? I mean, bringing Daniel
here is one thing, but Ariffin?” tanya Sinta dengan suara berbisik.
“Kenapa pulak dengan Ariffin? What do you have against him?”
“Well, Ariffin itu emang keren dan ganteng! Tapi—“

http://www.nizamzakaria.com

18

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
“Tapi apa-apaan sich?” Julia sengaja mengajuk dengan bercakap dengan loghat
Indonesia.
“You tahu dia tinggal di kondominium hostel ini juga, kan?
“Ya I tahu... Tadi I dengan Daniel berjumpa dia di bawah sebelum kami ke parti
you ni. Jadi kenapa?” tanya Julia dengan bersahaja.
“You tahu dia kawan si Boris tu?”
“Boris?”
“Boris that Russian student from Sunway College yang mati terjatuh dari
kondominium ini...”
“So?”
“You know what? Boris wasn’t exactly an angel...”
“Dahlinggg... We’re not angels too!”
“Julia... Ariffin is a troublemaker, lah.”
“Macam mana tu?”
“He’s an asshole.”
“Ye lah, macam mana?”
“Suka cari gaduh... Dia suka buli budak-budak junior yang tinggal sini. He’s rude.
And you do know that he sleeps around with the girls here, don’t you?”
“Eh, mana you tahu cerita ni semua?”
“I know someone who knows someone who have slept with him. Like, I even
heard that he’s popular with the Aussie girls.”
“And what else have you heard about him?”
Sinta menggigit bibirnya sebelum dia merapatkan dirinya ke arah Julia untuk
membisikkan sesuatu ke dalam telinganya.
Julia ketawa kecil mendengarkan penjelasan Sinta tentang diri Ariffin. Katanya:
“No wonder lah budak-budak mat saleh tu nak sangat dengan dia... If the story
about him is true lah. You tahu lah... I bukan suka sangat nak percaya dengan cakapcakap orang...”
http://www.nizamzakaria.com

19

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

“Ye lah, you have to see it for yourself before you can believe it, kan?” perli Sinta.
Julia bercekak pinggang sebelum dia mencubit bahu Sinta.
Julia memeluk tubuhnya. Dia memandang ke arah Ariffin dari jauh. Dia sukar
untuk mempercayai cerita-cerita dari Sinta tadi. Lebih-lebih lagi desas-desus yang
mengatakan Ariffin bersikap biadap. Mungkin kerana selama ini, tidak terdapat banyak
perkara tentang diri Ariffin yang diketahuinya. Atau mungkin kerana dia sendiri tidak
mahu tahu. Tetapi sekarang, dia seolah-olah mahu tahu segala-galanya tentang latarbelakang Ariffin.
Setengah jam berlalu dengan sekelip mata. Julia mendapati dia langsung tidak berpeluang
berbual dengan Ariffin memandangkan dia terpaksa melayan beberapa orang rakanrakannya yang mahu berbual-bual kosong dengannya. Beberapa kali pada malam itu Julia
akan mencuri-curi pandang ke arah Ariffin. Dia dapat melihat Ariffin kini sedang berdiri
di hadapan Kumar dan Daniel. Dia akan mendengar perbualan mereka berdua dengan
tekun sebelum mereka bertiga akan ketawa berdekah-dekah.
“Eh, Julia! Dah lama sampai ke?” tanya Aliya sambil berlaga-laga pipi
dengannya.
“Dah lama.” Jawab Julia sambil memandang ke arah Hadi yang telah dibawa
bersamanya. Julia menjeling benci.
“You datang dengan siapa?” tanya Aliya, pelajar dari Kolej Damansara Utama itu
kepadanya. Julia telah mengenali Aliya melalui Hadi. Pada satu ketika dahulu Aliya
pernah belajar di Sayfol International School bersama Hadi.
“With that guy over there...” Julia menjuihkan bibirnya ke arah Ariffin.
“You mean that tall cute guy, ke?”
“Ya.” Julia menjeling ke arah Hadi. Dia dapat melihat wajah Hadi berubah.
Cemburu.
Pada waktu itu Sinta dapat melihat Julia sedang memeluk tubuhnya sendiri dan
Hadi pula sedang berdiri di sebelah Aliya. Sinta cepat-cepat bergerak mendapatkan Hadi.
Dia memegang lengan Hadi sambil menariknya pergi jauh dari Julia sambil berkata:
“Can I borrow him for a while? I nak perkenalkan Hadi kepada kawan-kawan I
dari HELP Institute.”
Aliya tersenyum seolah membenarkan.
“So... You all bercouple ke sekarang?” Julia sekadar bertanya kepada Aliya,
bukan kerana dia cemburu.

http://www.nizamzakaria.com

20

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
“Of course not! Kita kawan je lah. Lagipun dia beritahu kat I dia sayang you lagi!”
tegas Aliya. Julia pula merasa tekaknya loya serta-merta.
“Eh, I tak nak dengar lah! Geli tau!”
“You boleh beritahu kat I tak, kenapa you all breakup bulan lepas? I want to hear
your side of the story.” Pinta Aliya. Julia terpaksa mendekatkan dirinya kepada Aliya agar
dia dapat mendengar suaranya dengan lebih jelas lagi, kerana lagu terbaru dari Ashlee
Simpson dimainkan dengan kuat di system stereo yang terdapat di rumah Sinta.
“I don’t want to talk about this lah...” Julia mengeluh. Matanya memandang ke
atas. “And what about my side of the story? Apa yang dia beritahu kat you fasal I?”
“Dia kata dia breakup dengan you sebab you materialistik... You nak jadi
boyfriend dia sebab... He lives in a big house, drives a cool car and that because his dad
owns a successful shipping company—“
“Apa? That fat bastard told you that?” wajah Julia merona merah. Dia jelas
marah.
“Okay... Why don’t you tell me what actually went on between the two of you?”
tanya Aliya dengan penuh kesungguhan. “I janji tak akan beritahu sesiapa.”
“Kalau you nak tahu sangat, si gemuk tu cuba nak raba I dalam kereta. Bila I
tolak, he kept on insisting. I hate it okay! I never felt so violated!”
“Oh...” Aliya mengetapkan bibirnya. Dia tertunduk dengan wajah penuh bersalah.
Julia pula membawa dirinya ke balkoni. Di sana tidak ada orang. Dia mahu bersendirian
sebentar untuk menarik nafas segar.
*
“So... Awak ni memang suka sorang-sorang macam ini ke?” tanya Ariffin kepada
Julia dengan suaranya yang masih pekat dengan loghat Kedah. Dia dapat melihat Julia
cepat-cepat mengesat air matanya. Julia tidak menjawab soalan Ariffin tadi. Dia sekadar
mengangguk lemah dan terus memandang ke hadapan.
“Awak menangis ke ni?” tanya Ariffin dengan wajah yang risau.
“Takde apa-apa. Mata saya masuk habuk. Kat sini berangin sangat.”
“Betul ke ni?”
“Betul...”
“Jadi, macam mana dengan janji awak dengan saya?”

http://www.nizamzakaria.com

21

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
“Janji?”
“Janji nak belikan buku teks. Semester depan saya bercadang nak enroll ke kelas
Investments and Portfolio Management—“
“Lagi kelas apa yang mahu awak ambil?”
“Business Data Modelling dan International Trade Law.”
“Okay... Saya nak ambil kelas tu semua.”
“Tapi kenapa?”
“Senang sikit kalau awak ada. Awak boleh tolong saya...”
“Mmm.” Ariffin mengeluh kecil. “Bukan ke lebih baik kalau awak belajar
sahaja.”
“Susah lah. Otak saya ni lembap sikit.”
“Awat jadi lagu tu?”
“Entahlah. Susah nak masuk apa yang saya belajar dalam kuliah. Saya rasa otak
saya ni macam dah beku jer.”
“Awak nak kalau kita sama-sama belajar? Kita buat study group. Saya, awak,
Kumar dan Daniel. Nak tak?”
“Bagus juga macam tu!” mata Julia bersinar-sinar. Dia memandang tepat ke arah
Ariffin. Dia mula sedar kening kiri Ariffin yang tebal itu terbelah dua pada bahagian
hujungnya lantas seolah mengukuhkan lagi imej budak nakalnya.
“Kalau dah memang awak perlu ditolong lagi, nanti saya bagi awak tiru jawapan
saya.” Ariffin berjanji.
“Thanks! Kalau you ada senang sikit... I just want to pass my exams, graduate and
move on with my life.” Julia terus berhenti dari bersedih.
Ariffin tersenyum. Kemudian dia ketawa sendiri. Julia kehairanan.
“Kenapa awak ketawa sorang-sorang ni?”
“Takde apa... Kelakar rasanya.”
“Apa yang kelakar? Beritahulah!”

http://www.nizamzakaria.com

22

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin termenung dengan agak lama sebelum dia mengeluarkan kotak rokoknya
lalu menghidupkan puntung rokoknya. Dia menghisap rokoknya dalam-dalam sebelum
dia berkata:
“Sebenarnya saya enroll ke kelas Business Law sebab awak...”
“Apa?”
“Saya minta Daniel tanya kelas apa yang akan masuk semester ini, jadi Daniel
beritahu. Saya mahu ambil subjek yang sama dengan awak.” Ariffin memeluk tubuhnya
sebelum menyambung lagi. “Dari awal lagi saya cari tempat duduk yang dekat dengan
awak, saya ingat nak duduk belakang awak, tapi awak duduk di tempat yang paling
belakang. Jadi saya terpaksa duduk di depan awak.”
“Eh betul ke ni?” Julia mengusap-usap hujung rambutnya. “Tapi kenapa sampai
jadi macam ini sekali?”
“Saya minat kat awak, tapi tak berani nak dekat.”
“Kenapa?”
“Masa tu saya tahu awak ada balak. Jadi saya tak nak kacau. Saya perhatikan
awak dari jauh sahaja.”
“Saya dah break—“
“Saya tahu. Daniel yang beritahu.”
“Tapi kenapa selama ini awak tak beritahu saya?”
“Beritahu fasal apa?”
“Yang awak minat dengan saya?”
“Alah, awak tu siapa, saya ni siapa?”
“Apa maksud awak?”
“Kita kan dari dunia yang berbeza. Saya budak kampung, awak tu pula anak
lord... Tak kan awak tak tahu?”
“Eh, apa yang awak merepek ni? Sekarang ni bukan zaman P. Ramlee lagi lah!”
“Tapi ini kan memang kenyataan!”
Telefon bimbit Ariffin berdering. Dia melihat kepada skrin LCD telefon
bimbitnya untuk melihat siapa yang telah menelefonnya tadi.
http://www.nizamzakaria.com

23

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

“Sorry... Nanti kita sambung lagi.” Katanya kepada Julia sebelum dia mengambil
panggilannya itu. Ariffin terus berjalan keluar dari rumah Sinta.
Julia tersenyum seorang diri. Dia memandang ke arah suasana malam dari balkoni
Sunway Condominium Hostel itu. Dia tidak pernah menyangka pula Ariffin meminatinya
selama ini...
“Julia!” dia dapat mendengar namanya dipanggil oleh suara yang dikenalinya.
Julia tak mahu menoleh ke arah suara tersebut.
“Nak apa?” tanya Julia dengan suara terganggu.
“I tak nak you kawan dengan budak Ariffin tu.”
“Eh apa pulak ni? Apa dah kena dengan you?” Julia memandang ke arah Hadi
yang kini berdiri di sebelahnya di balkoni.
“He’s bad news. And he’s not like us.”
“What do you mean he’s not like us?”
“Tak kan you tak faham?”
“ Tak faham apa ni?”
“You tahu ke latar belakang keluarga dia macam mana? You kenal ke dia tu
siapa?”
“Eh... I nak kawan dengan dia ke, nak kawan dengan pak guard ke, apa you
pedulik?”
“I peduli sebab I sayang dengan you—“
“Nonsense lah!” bentak Julia. “Lepas tu apa you dah cakap kat orang fasal I? No
wonder lah orang tengok I lain macam jer sekarang ni. Rupa-rupanya all these while
you’ve been telling people that you had dumped me sebab I ni kaki kikis? Hello, lain lah
kalau I ni bohsia! Do you have any idea how much my dad makes in a year? I nak kikis
you buat apa? Pikirlah sikit! Gunalah otak tu kalau nak fitnah orang kalau ya pun!” Julia
bercekak pinggang. Beberapa orang pengunjung parti Sinta memandang ke arah mereka.
“Dah lah tu Julia. Orang dah start pandang kat sini. Nanti apa pula orang cakap.”
“Pedulik apa orang nak cakap. Biar diorang tahu apa you cuba buat kat I!”
Hadi memegang tangan Julia lalu menariknya pergi. “Dah... I nak hantar you
balik. I tak nak you malukan diri you lagi kat sini.”
http://www.nizamzakaria.com

24

www.rajaebookgratis.com

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

“Eh, apa ni?” Julia meninggikan suaranya dan cuba menarik tangannya kembali.
“Kenapa ni?” tanya Ariffin yang tiba-tiba tercegat di hadapan mereka berdua.
“Hadi ganggu saya.” Adu Julia. Hadi melepaskan tangannya. Julia memegang
pergelangan tangannya.
“Kau jangan masuk campurlah!” herdik Hadi. Wajah Ariffin tidak menunjukkan
apa-apa perubahan. Dia terus berdiri di tempatnya.
Hadi kembali memegang tangan Julia. Kemudian dengan cepat Ariffin menolak
tubuh Hadi yang jauh lebih rendah dari dirinya itu. Hadi ditolak sehingga ke balkoni,
kemudian Ariffin memegang hujung baju-T Hadi. Dia terus menolak Hadi sehingga ke
hujung balkoni. Mereka yang datang ke parti Sinta tersentak melihat pergaduhan ini,
tetapi mereka tidak mahu masuk campur.
“Kalau aku nak tolak kau sampai jatuh, bila-bila saja beb. Kalau kau jatuh pun, ini
bukan pertama kali aku lihat orang jatuh dari bangunan ni!” kata Ariffin dekat kepada
muka Hadi. Hadi terkial-kial memegang palang besi di balkoni tersebut. Dia dapat
mencium bau alkohol yang datangnya dari mulut Ariffin.
“Lepaskan aku!” kata Hadi perlahan sambil memandang ke belakang. “Aku janji
tak akan kacau dia lagi.”
Ariffin melepaskannya lalu berjalan mendapatkan Julia. Suasana di dalam parti
yang tadi gegak-gempita kini menjadi tegang. Senyap.
“Saya nak balik.” Ujar Julia kepada Ar