kadar pertumbuhan akaun semasa dengan ka

AKAUN

KADAR

KDNK

KADAR

TAHUN

SEMASA

PERTUMBUHAN

(RM juta)

PERTUMBUHAN

2005
2006


(RM juta)
78367
96029

AKAUN SEMASA (%)
96029−78367
×100
78367

543600
573900

EKONOMI (%)
573900−543600
×100
543600

2007

102190


= 22.54
6.42

610100

= 5.57
6.31

2008

131414

28.60

639600

4.84

2009


110727

-15.74

629600

-1.56

2010

87183

-21.26

676700

7.48

2011


102426

17.48

711800

5.19

2012

57348

-44.01

751900

5.63

5.2 Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar

pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

( Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan
Malaysia, KDNK, tahun 2005 hingga tahun 2012 )

Jadual 2 : Hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar
pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingg atahun 2012.

Graf 3 : Kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

Graf 3 menunjukkan hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa
dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.
Pada tahun 2006, kadar pertumbuhan akaun semasa mencatatkan nilai sebanyak
22.54% manakala kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan nilai 5.57%.
Pada tahun 2007, nilai kadar pertumbuhan akaun semasa menurun ke 6.42%.
Manakala pada tahun tersebut nilai kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat
ke 6.31%. Hal ini menunjukkan kadar pertumbuhan akaun semasa mempunyai
hubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2007, kadar
pertumbuhan akaun semasa menurun kerana akaun semasa pada tahun tersebut

meningkat sebanyak RM 102190 juta. Pada tahun 2007, akaun semasa
menyumbangkan sumbangan yang besar kepada imbangan pembayaran iaitu hasil
daripada pengekalan lebihan dalam akaun barangan, peralihan daripada defisit kepada
lebihan dalam akaun perkhidamatan dan pengecilan defisit dalam akaun pendapatan. (
Pencapaian dan prospek ekonomi makro 2007 ) Kadar pertumbuhan ekonomi
meningkat disebabkan beberapa faktor. Antaranya, ialah peratusan pelaburan swasta
kepada jumlah pelaburan meningkat daripada 50.1 % pada tahun 2005 kepada 53.5%

pada tahun 2007. Peratusan pelaburan swasta kepada KDNK meningkat daripada
11.3% pada tahun 2005 kepada 11.9% pada tahun 2007. Selain itu, Sektor perkilangan
terus menjadi satu sektor utama dalam ekonomi yang menyumbang sebanyak 30.3
peratus kepada KDNK pada tahun 2007. Sektor perkhidmatan menyumbang
sebahagian besar KDNK Malaysia. Pada tahun 2007, ianya dianggarkan menyumbang
sebanyak 53.2 peratus daripada KDNK dengan kadar pertumbuhan sebanyak
sembilan peratus. Gunatenaga dalam sektor perkhidmatan dianggarkan sebanyak 5.9
juta orang atau 51.4 peratus daripada jumlah gunatenaga pada tahun 2007. ( Prestasi
sektor perkilangan dan perkhidmatan 2007 )

Kadar pertumbuhan akaun semasa pada tahun 2008 menunjukkan
peningkatan daripada 6.42 % kepada 28.60% manakala kadar pertumbuhan ekonomi

pula menurun daripada 6.31% kepada 4.84 %. Ini menunjukkan kadar pertumbuhan
akaun semasa mempunyai hubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi.
Malaysia mencatatkan lebihan dagangan bagi tahun ke-11 berturut-turut bernilai RM
142 billion pada 2008. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan akaun dagangan. Pada
tahun 2008, imbangan akaun dagangan meningkat sebanyak RM 170 380 juta iaitu
sebanyak 23.22% . Peningkatan dalam akaun dagangan menyebabkan akaun semasa
meningkat ke RM131414 juta pada tahun tersebut. Menurut MITI, peningkatan
penggunaan akses keutamaan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) telah
menyumbang kepada jumlah perdagangan Malaysia pada 2008. Hal ini menyebabkan
peningkatan akaun semasa. (Bernama 2009). Prestasi ekonomi negara bagi
keseluruhan tahun 2008 mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) sebanyak 4.6 peratus iaitu jauh lebih rendah daripada anggaran awal
sekurang-kurangnya lima peratus. Kadar pertumbuhan lebih rendah itu berbanding 6.3
peratus pada tahun 2007 disebabkan oleh kemerosotan ekonomi dunia yang lebih
teruk. Keadaan tersebut mengakibatkan kejatuhan ketara dalam eksport negara
manakala pencapaian defisit fiskal bagi tahun lalu kekal seperti anggaran awal iaitu
4.8 peratus daripada KDNK. Pertumbuhan perlahan itu sebahagian besarnya
disebabkan

kesan


pertumbuhan

negatif

barangan

dan

Indeks

Pengeluaran

Perindustrian (IPI) iaitu pada kadar -15.5 peratus pada Disember 2008. (Utusan
Malaysia , 2008)

Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan akaun semasa mengalami
penurunan iaitu daripada 28.60% kepada -15.74% manakala kadar pertumbuhan
ekonomi juga menurun kepada -1.56%. Hal ini menunjukkan bahawa kadar
pertumbuhan akaun semasa dan kadar pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan

positif. Kelembapan ekonomi global telah menyebabkan ekonomi Malaysia
menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009. Sebagai sebuah ekonomi terbuka, kesan
kekayaan yang negatif berikutan krisis global ke atas permintaan dan perdagangan
dunia telah mengakibatkan kemerosotan keluaran perindustrian dan eksport
pembuatan (Unit perancangan ekonomi 2009). Kemerosotan dalam akaun dagangan
menyebabkan akaun semasa jatuh kepada RM 110 727 juta iaitu sebanyak -15.74%.
Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009, iaitu tahun ekonomi
global mengalami kemerosotan terburuk dalam sejarah moden.

Ekonomi negara merasai kesan kemelesetan ekonomi global sepenuhnya
pada suku pertama apabila ia merosot sebanyak 6.2%. Kemerosotan ini adalah
penguncupan asas tahunan yang pertama bagi KDNK benar sejak suku ketiga 2001.
Kejatuhan yang teruk dalam permintaan global dan perdagangan dunia menyebabkan
eksport dan pengeluaran perindustrian di Malaysia merosot pada kadar dua angka.
Berikutan tahap keterbukaan ekonomi yang tinggi, kemerosotan permintaan luar
negeri telah menjejaskan guna tenaga, pendapatan serta sentimen keseluruhan sektor
perniagaan dan pengguna lantas mengakibatkan aktiviti penggunaan dan pelaburan
swasta pada suku pertama 2009 merosot. Pertumbuhan pada suku tersebut juga
terjejas oleh pengeluaran inventori yang besar, terutamanya dalam sektor perkilangan
dan komoditi. ( Bank Negara Malaysia, 2009 )


Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan akaun semasa mencatatkan nilai
iaitu -21.26% lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu -15.74% pada
tahun 2009. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat pada tahun tersebut
iaitu daripada -1.56% kepada 7.48%. Ini menunjukkan pada tahun 2010, kadar

pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi mempunyai
hubungan negatif Pada suku keempat 2010, akaun semasa terus mengekalkan lebihan
RM23.9 bilion (bersamaan 11.8 peratus daripada KDNK pada harga semasa),
meningkat sebanyak RM4.0 bilion atau 20.1 peratus daripada RM19.9 bilion pada
suku tahun sebelumnya. Pertambahan ini disebabkan oleh lebihan pada akaun
barangan yang lebih tinggi sebanyak RM4.6 bilion kepada RM32.7 bilion (S3 2010:
RM28.1 bilion).

Imbangan akaun semasa pada 2010 adalah RM90.5 bilion, penurunan
yang ketara sebanyak RM21.6 bilion atau 19.3 peratus daripada RM112.1 bilion yang
direkod setahun lalu. Ini disebabkan oleh bayaran bersih pada akaun pendapatan yang
lebih tinggi sebanyak RM10.6 bilion untuk merekod RM25.2 bilion (2009: -RM14.6
bilion); lebihan pada akaun barangan yang lebih rendah iaitu RM136.6 bilion
berbanding RM141.7 bilion yang dicatat pada 2009, menyusut sebanyak RM5.2

bilion atau 3.6 peratus; terimaan bersih pada akaun perkhidmatan yang lebih rendah
sebanyak RM3.8 bilion untuk mencatat RM0.9 bilion (2009: RM4.7 bilion); dan
aliran keluar pada pindahan semasa yang lebih tinggi sebanyak RM2.1 bilion untuk
merekod RM21.7 bilion (2009: -RM19.6 bilion). ( Jabatan Perangkaan Malaysia ,
2010)

Pada tahun 2010, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak
7.2% dan pertumbuhan sederhana 4.8% pada suku akhir tahun itu. Gabenor Bank
Negara Malaysia , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, kesederhanaan pertumbuhan
antara suku keempat 2010 dan suku pertama tahun 2011 adalah berikut kemunculan
risiko luaran, di antaranya, bencana alam di Jepun, kebimbangan berterusan hutang
kerajaan Kesatuan Eropah, harga komoditi yang meningkat dan tekanan inflasi global.
( Malaysiakini news, 2011) Persekitaran ekonomi global kembali teguh pada tahun
2010 setelah mengalami krisis kewangan dan kejatuhan ekonomi pada tahun 2009.
Pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan telah dicatat di kebanyakan negara
termasuk di rantau Asia. Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan
peningkatan sebanyak 7.2% (2009: -1.6 peratus). Pertumbuhan ini dipacu oleh sektor
Perkhidmatan (6.8%) dan Pembuatan (11.4%). (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Kadar pertumbuhan akaun semasa meningkat kepada 17.48% pada tahun
2011 tetapi kadar pertumbuhan ekonomi juga mengalami penurunan iaitu dari 7.48%
kepada 5.19%. Hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar
pertumbuhan ekonomi pada tahun tersebut adalah negatif. Pada tahun 2011, akaun
semasa Malaysia telah mencapai peningkatan dari RM 87183 juta kepada RM 102426
juta iaitu sebanyak 17.48% . Pada tahun yang tersebut akaun dagangan juga
meningkat kepada RM 151565 juta iaitu sebanyak 10.83%. Dalam persekitaran luar
yang semakin mencabar, masih terdapat beberapa risiko terhadap unjuran
pertumbuhan Malaysia. Risiko ke bawah pertumbuhan adalah ketidakstabilan yang
muncul semula di kawasan Euro atau ketidakstabilan dalam pasaran kewangan,
justeru mempengaruhi potensi pertumbuhan rakan perdagangan utama Malaysia.
( Laporan Tahunan PKS 2012/2013).

Ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1
peratus pada 2011 diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor
perkhidmatan menyumbang 54.2 peratus manakala sektor pembuatan mewakili 25.1
peratus kepada KDNK pada 2011. Dari segi permintaan, pertumbuhan dipacu oleh
Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar.
( Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus bagi suku pertama 2011,
berbanding 10.1 peratus yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu, didorong
oleh permintaan tempatan yang kukuh dan permintaan luar yang meningkat.
Permintaan tempatan yang kukuh menyokong pertumbuhan. Agregat permintaan
domestik meningkat 6.6 peratus berbanding 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku
keempat tahun lepas,” katanya ketika mengumumkan keputusan suku pertama
KDNK. Harga komoditi yang lebih tinggi dan pertumbuhan mapan rantau ini juga
telah meningkatkan permintaan luaran, dengan perkembangan luas pada eksport,
didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi dan eksport bukan elektrik dan
elektronik yang berterusan. (Malaysiakini news 2011)

Seterusnya, pada tahun 2012 kadar pertumbuhan akaun semasa menjadi
perlahan iaitu menurun ke -44.01% manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat
ke 5.63%. Hal ini membuktikkan bahawa kadar pertumbuhan akaun semasa
berhubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Pada suku berakhir Jun
2012, imbangan akaun semasa menunjukkan lebihan yang lebih rendah RM9.6 bilion,
berkurang RM8.5 bilion daripada RM18.1 bilion yang dicapai pada suku lepas.
Lebihan yang lebih rendah ini dicerminkan oleh akaun barangan merekodkan lebihan
yang lebih rendah sebanyak RM6.4 bilion kepada RM29.4 bilion daripada RM35.8
bilion; dan akaun pendapatan aliran keluar bersih melebar sebanyak RM3.1 bilion
kepada RM11.7 bilion daripada RM8.6 bilion. Sementara itu, defisit pada kedua-dua
akaun perkhidmatan dan pindahan semasa masing-masing mengecil kepada RM3.6
bilion daripada RM3.8 bilion dan RM4.6 bilion daripada RM5.3 bilion. (Jabatan
Perangkaan Malaysia)

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka
berkembang antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus pada 2012 berbanding dengan 5.1
peratus pada 2011. Jangkaan itu adalah dibuat setelah mengambil kira risiko yang
disumbangkan oleh sektor luar dan sokongan ekonomi domestik, demikian menurut
Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Kementerian Kewangan berkata ekonomi Malaysia berkembang dengan lebih kukuh
pada paras 5.1 peratus dalam tempoh separuh pertama 2012 berbanding dengan 4.7
peratus pada separuh pertama 2011. Katanya permintaan domestik akan menjadi
pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang disokong oleh perbelanjaan
sektor swasta dan awam manakala pertumbuhan penggunaan swasta dijangka
disokong oleh guna tenaga dan pendapatan yang stabil serta inflasi yang lebih rendah.
( Malaysia kini news 2012)

Kadar pertumbuhan akaun semasa mempunyai kadar purata bernilai negatif
iaitu sebanyak -4.94%.

Secara keseluruhannya, kadar pertumbuhan akaun semasa menurun dari
22.54% pada tahun 2006 ke -44.01% pada tahun 2012. Manakala kadar pertumbuhan
ekonomi meningkat dari 5.57% pada tahun 2006 ke 5.63% pada tahun 2012. Hal ini
membuktikan bahawa secara keseluruhannya kadar pertumbuhan akaun semasa
mempunyai hubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi.