Persepsi Masyarakat Terhadap Rancangan R

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RANCANGAN REALITI TV
Oleh:
Salmihah Binti Che Mud
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi

Pendahuluan
Semenjak rancangan survivor disiarkan pada tahun 2000 kepada khalayak ramai, ianya telah
memberi satu pendedahan tentang format baru rancangan televisyen iaitu rancangan realiti TV.
Realiti TV yang berunsur hiburan di Malaysia sememangnya telah memberikan impak yang
besar kepada khalayak masyarakat Melayu yang boleh dikatakan Melayu itu ialah orang-orang
Islam. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), realiti memberi maksud kenyataan yang
nyata (bukan khayalan), kenyataan dan hakikat. Rancangan realiti TV juga merupakan satu
genre yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskrip,
merakamkan peristiwa sebenar dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon
professional. Oleh itu, dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan
sukan tidak dikategorikan sebagai rancangan realiti.

Di Malaysia, rancangan realiti TV yang berjaya mendapat tempat di hati penonton ialah
Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Top Host, Gadis Melayu, The Apparentice di TV3 dan
banyak lagi. Situasi ini sangat membimbangkan kerana hasil kajian menunjukkan bahawa secara
puratanya peringkat umur yang mengikuti rancangan ini adalah dalam kalangan para remaja.

Para remaja mudah terdedah kepada rancangan sebegini kerana inginkan hiburan dan
keseronokan bahkan sanggup menghabiskan masa dan duit semata-mata untuk mengundi peserta
yang diminati. Kebijaksanaan penganjur program dalam memanipulasikan emosi penonton
berjaya menarik kesetiaan penonton untuk sentiasa mengikuti dan memberi sokongan terhadap
rancangan realiti TV yang dipaparkan. Sebagai contoh, sebanyak RM 7.5 juta dikaut oleh
rancangan Akademi Fantasia musim kedua melalui 15 juta SMS yang dihantar sejak rancangan
itu disiarkan pada 12 Jun 2004 (Utusan Malaysia 2004).

Orientasi rancangan bercorak realiti TV harus ditelusuri kembali agar penonton tidak terus
dibuai fantasi yang tidak berkesudahan. Oleh kerana itu, usaha dalam menerbitkan rancangan

berunsur dakwah di televisyen harus diperhebatkan lagi bagi menyaingi rancangan realiti yang
berunsurkan hedonisme semata. Sungguhpun begitu, terdapat juga rancangan realiti TV
berunsurkan dakwah Islam yang cuba diketengahkan seperti Imam Muda dan Pencetus Ummah
di Astro, Akademi al-Quran dan Akademi Nasyid di TV9, Daie Millenia di TV3 dan lain-lain
lagi. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan sejauhmana kejayaan rancangan realiti TV Islam
ini mampu menarik penonton. Konklusinya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi
masyarakat terhadap rancangan realiti TV Islam di Malaysia.

Konsep Realiti TV Islam

Menurut Karhigesu, R (1990) televisyen adalah satu saluran yang begitu penting dalam
pembangunan negara. Ia menjadi perkara utama dalam memupuk agenda sosial di kebanyakan
negara. Di negara barat sendiri, televisyen dianggap sebagai salah satu alat komunikasi paling
berpengaruh dalam kehidupan terutamanya dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Walaupun
begitu, pengaruh televisyen juga mampu memberikan kesan yang negatif terhadap penonton
seperti menghabiskan masa dengan menonton rancangan realiti TV dan secara tidak langsung
akan menyumbangkan duit bagi mengundi peserta yang diminati oleh mereka dari disingkirkan.
Oleh itu, kemunculan rancangan realiti TV yang bercorak dakwah Islamiah penting dalam
menarik perhatian penonton untuk turut serta dalam menimba ilmu agama daripada rancangan
tersebut. Tambahan pula, dalam perspektif Islam turut mempunyai konsep berhibur dengan
tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan digalakkan
selagimana ianya tidak bercanggah dalam Islam sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah
al-A’raaf ayat 32:

      
   
      
   
    
  


“Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah
dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan)
rezeki yang baik? Katakanlah: Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang
beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat.
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.”
(al-Quran, al-A’raaf 7:32)

Konsep realiti TV Islam berkait rapat dengan konsep hiburan dalam Islam kerana
rancangan yang dimainkan dalam realiti TV ini adalah berkisar tentang seni, budaya, muzik dan
nyanyian. Menurut al-Qaradhawi (1967) dalam kitabnya “Al-Halal wal al-Haram fi Islam” iaitu
tidak semua nyanyian atau hiburan adalah lagha bahkan ia mempunyai hukum tersendiri yang
bergantung kepada niat si pelakunya. Malah, beliau berpendapat muzik yang diharuskan itu
adalah selama mana ia tidak melampau serta tidak melalaikan sehingga lupa kepada
tanggungjawab sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, hendaklah diketahui bahawa
tujuan utama yang ditentukan dalam syariat Islam adalah untuk mengawal dan mendidik manusia
agar tidak berlebih-lebihan serta keterlaluan dalam berhibur yang mana sesuai dengan fitrah
semula jadi manusia itu sendiri. Antara ciri-ciri yang harus diikuti ialah tidak memberi pengaruh
yang buruk kepada penonton, menggunakan bahasa yang sopan, tidak bercampur aduk dengan
perkara maksiat dan mengandungi galakan bagi perkara yang baik dan menjauhi yang mungkar.

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

    
  
    
  
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,
merekalah orang-orang yang beruntung.”

(al-Quran, al-Imran 3:104)

Rancangan Realiti TV Islam Di Malaysia
Terdapat pelbagai rancangan realiti TV Islam yang muncul di Malaysia. Malah, terdapat juga
rancangan yang berjaya memberi input dan pengajaran yang berguna kepada penonton. Antara
rancangan realiti TV Islam yang terawal muncul ialah rancangan realiti Akademi al-Quran iaitu
pada 27 Julai 2006. Akademi al-Quran memberikan lembaran baru kepada dunia penyiaran
Islam. Format rancangan berasaskan format asal dan bukannya diadaptasi daripada mana-mana
format luar. Rancangan ini mendedahkan kepada masyarakat tentang keindahan Islam dalam
membaca al-Quran dengan lagu dan qiraat yang tersendiri. Rancangan realiti Akademi al-Qur’an

yang mengenengahkan bakat bacaan al-Quran bertarannum telah mengekalkan prestasinya
selama lima musim berturut-turut dan baru sahaja berakhir musim kelima pada 26 Mac 2011.
Rancangan Akademi al-Quran berjaya menarik minat penonton untuk menontonnya (Anon a.
2011)

Selepas itu, diikuti dengan Akademi Nasyid terbitan TV9 pada 21 Jun 2008 bersesuaian
dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada rancangan berunsurkan Islam
serta menerapkan nilai murni kepada penonton terutamanya masyarakat Melayu. Uji bakat
pencarian peserta bermula pada 2 Mei sehingga 8 Jun 2008 pada setiap hujung minggu selama 6
minggu. Akademi Nasyid merupakan rancangan realiti muzikal nasyid yang pertama di
Malaysia. Cara pemilihan pemenang, bergantung kepada juri dan juga undian penonton melalui
sistem pesanan ringkas (SMS). Konsert pertandingan Akademi Nasyid berakhir pada 30 Ogos
2008.

Selain itu, tidak ketinggalan juga rancangan yang diterbitkan oleh JAKIM untuk kanakkanak yang berunsurkan pendidikan dan hiburan iaitu rancangan ‘Adik-adikku’ yang mana telah
disiarkan di TV1 pada tahun 2009. Pencarian bakat pendaie kecil ini bermula sejak tahun 2008
lagi. Format rancangan merangkumi tiga elemen iaitu diari, pertandingan dan penyingkiran
manakala, cara pemilihan pemenang pula bergantung sepenuhnya kepada juri profesional.
Rancangan realiti TV Adik-Adikku yang mengetengahkan bakat kanak-kanak sebagai pemidato
dan pendaie versatile merupakan rancangan pertama di Malaysia (JAKIM 2012).


Kemudian, rancangan realiti TV Islam telah mengorak langkah ke hadapan dan berjaya
menarik minat seluruh rakyat Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa dengan terbitnya
rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis pada tahun 2010 dengan kerjasama Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Rancangan ini bertujuan untuk mencari anak-anak muda
yang terbaik di Malaysia dan dapat menyampaikan dakwah dengan baik. Program realiti TV
Imam Muda ini telah mencatatkan 1.7 juta semakan carian di Google dan mengumpulkan lebih
daripada 300 ribu peminat di Facebook serta disaksikan lebih tiga juta penonton. Situasi ini
menunjukkan bahawa rancangan realiti TV Islam seperti Imam Muda ini mempunyai ramai
peminat dari dalam dan luar negara. Rancangan Imam Muda ini telah membuktikan bahawa,
masyarakat pada hari ini bukan sahaja inginkan rancangan hiburan semata-mata, tetapi programprogram TV yang berunsurkan Islam (Astro 2012).

Selain itu, kemunculan pelbagai rancangan realiti TV Islam yang lain seperti Daie
Millenia, Pencetus Ummah, Solehah, Ustazah Pilihan dan lain-lain lagi telah membuka satu
lembaran baru dalam kehidupan masyarakat. Rancangan realiti ini bukan bersifat realiti semata
bahkan memberi banyak input yang berguna kepada penonton. Isu-isu semasa yang
diketengahkan dan penyelesaiannya mengikut syariat Islam telah membuka mata penonton untuk
menonton rancangan yang dipaparkan. Tambahan pula, terdapat juga peserta yang akan dijemput
untuk memberikan pengisian yang berguna kepada masyarakat apabila tamatnya rancangan
realiti TV ini. Inilah antara kejayaan rancangan realiti TV berunsurkan Islam dalam

menyumbang sesuatu yang bermakna bukan sahaja kepada penonton bahkan kepada masyarakat
keseluruhannya.

Pengaruh Realiti TV Terhadap Masyarakat
Lambakan rancangan televisyen yang dihidangkan oleh pengusaha stesyen televisyen di
Malaysia saban tahun mampu menarik minat para penonton. Rancangan tersebut meliputi setiap
bidang seperti hiburan, keagamaan dan juga akademik. Rancangan yang berbentuk hiburan
mempunyai pilihan yang lebih meluas dengan meliputi drama, realiti TV dan banyak lagi.
Manakala rancangan yang berbentuk keagamaan lebih kepada drama yang berkisar ketuhanan,
syarahan agama, pengajian kitab dan sebagainya. Rancangan akademik pula bersifat lebih

kepada skorpus ilmu pelbagai tahap bermula daripada peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat menengah. Fokus pada kali ini tertumpu kepada rancangan hiburan iaitu realiti TV
yang mendapat ranking tertinggi dalam kalangan penonton.

Rancangan realiti TV terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rancangan game shows
(berbentuk sukan), talent shows (rancangan mengasah bakat) dan dating shows (rancangan
mencari pasangan). Adapun rancangan game shows yang terdapat di Malaysia seperti Fear
Factor Malaysia, Wakenabeb, Bang Bang Boom, Who Wants To Be A Millionair dan banyak
lagi, manakala rancangan talent shows seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasia, Imam

Muda, Pencetus Ummah, Ustazah Pilihan, Solehah dan sebagainya manakala yang terakhir ialah
rancangan mencari pasangan seperti Perfect Match dan Take Me Out.

Hasil kajian mendapati bahawa rancangan realiti TV mampu memberi pengaruh dan kesan
ke atas sikap atau tingkahlaku, emosi dan minat para penonton. Hasil kajian yang dilakukan oleh
Parents Television Council pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa hampir setiap
rancangan realiti TV memaparkan unsur-unsur yang berkaitan dengan seksual, keganasan dan
juga bahasa kasar yang boleh mempengaruhi penonton (Cynthia Frisby 2004; Anon b. 2014).

Selain daripada itu, mantan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) Profesor Datuk Hamdan Adnan menegaskan bahawa, program realiti TV mampu
menghapuskan tatasusila masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Ini kerana masyarakat di
timur terutamanya Malaysia terkenal dengan adat dan ketatasusilaan sedangkan programprogram realiti TV pada masa kini banyak memaparkan adegan yang menjerumus ke arah
budaya kuning dari barat sekaligus mampu menghapuskan budaya ketimuran masyarakat Islam
di Malaysia. Sebagai contoh, dalam mana-mana program realiti TV terdapat adegan berpelukan
dan menangis apabila rakan mereka tersingkir daripada program tersebut, manakala dalam
program Akademi Fantasia pula peserta lelaki dan peserta perempuan tinggal di sebuah rumah
dan sebagainya (Noor Hafiz Bin Abd. Jalil 2010).

Menurut Cynthia Frisby (2004) dalam penulisannya Getting Real With Reality TV

menunjukkan bahawa rancangan realiti TV mampu memberi kesan ke atas emosi penonton sama

ada gembira, sedih, marah, kecewa dan sebagainya sepertimana yang ditunjukkan dalam
rancangan Survivor yang meninggalkan perasaan gerun kepada penonton, rancangan Fear Faktor
meninggalkan perasaan takut dan marah, rancangan Akademi Fantasia meninggalkan perasaan
gembira dan banyak lagi.

Annette Hill (2005) pula dalam kajiannya Reality TV: Audience And Popular Factual
Television mendapati bahawa kebanyakan penonton rancangan realiti TV lebih cenderung kepada
jalan cerita di sebalik tabir dalam sesuatu cerita berbanding ceritanya sendiri. Hal ini akan
mempengaruhi penonton bilamana penonton mengetahui gaya hidup sebenar mereka dan
menjadikan mereka sebagai sumber idola. Sebagai contoh, dalam Malaysian Idol atau Akademi
Fantasia yang mengajar mengenai hiburan, glamour dan mengamalkan gaya hidup yang bebas
antara lelaki dan perempuan maka penonton akan berpusu-pusu mengejar sebagaimana yang
telah idola mereka kecapi dan meniru gaya hidup yang bebas sebagai mengikuti trend masa kini.
Berbeza sekiranya penonton yang menonton rancangan realiti TV yang positif dan berbentuk
keagamaan sebagai contoh, Program Solehah, Ustazah Pilihan, Imam Muda dan banyak lagi.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Amir Ismail (2012) menunjukkan penonton yang
menonton rancangan yang berbentuk postif lebih cenderung ke arah perbuatan yang positif.


Rentetan daripada itu, rancangan realiti TV memainkan peranan penting dalam menjadi
faktor yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat sama ada berubah ke arah yang positif
mahupun negatif. Kawalan dan penapisan rancangan seharusnya dilakukan secara lebih ketat dan
terperinci sama ada menerusi pihak yang berkuasa, ibu bapa atau individu agar dapat memandu
pemikiran masyarakat ke arah yang positif seterusnya melahirkan generasi Ulu al-Albab yang
terbaik dalam diri masyarakat.

Persepsi Masyarakat Terhadap Pengaruh Realiti TV
Rancangan realiti TV telah menjadi satu trend dan mengundang keseronokan yang berganda
terhadap penonton berikutan ianya memaparkan kehidupan sebenar dan idea yang bersahaja
tanpa terikat kepada skrip. Rancangan realiti TV juga terkenal dengan kehidupan sosial bukan
sahaja bersifat hiburan semata bahkan bersifat keagamaan seperti rancangan Pencetus Ummah,
Imam Muda, Ustazah pilihan dan banyak lagi. Oleh yang demikian, tidak semua rancangan

realiti TV mempunyai unsur yang negatif seperti yang didakwa, walaubagaimanapun sejauhmana
tanggapan masyarakat terhadap rancangan ini walaupun terdapat sebilangan rancangan realiti TV
yang berunsurkan kepada keagamaan.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Amir Ismail (2012) mendapati bahawa pandangan
masyarakat terhadap rancangan realiti TV ialah rancangan berbentuk ini mampu meningkatkan

pengetahuan penonton terhadap sesuatu isu sama ada isu semasa mahupun maklumat tambahan
terutamanya apabila melihat rancangan realiti TV yang mempunyai unsur-unsur keagamaan
seperti Imam Muda, Pencetus Ummah, al-Kuliyyah dan sebagainya. Ini kerana dalam program
tersebut terdapat segmen soal jawab yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda
masyarakat, oleh itu secara tidak langsung peserta yang menjawab soalan yang dikemukakan
dapat merungkai segala persoalan penonton. Tambahan pula terdapat juga rancangan Who Wants
To Be A Millionair Malaysia, Roda Impian dan banyak lagi program realiti yang berbentuk
akademik dengan mengutarakan soalan-soalan yang dapat menambah pengetahuan penonton
dalam bidang yang berlainan.

Selain itu, dengan menonton rancangan realiti TV ini turut dapat membuka ruang lingkup
pemikiran penonton agar lebih bersikap terbuka dan tidak terlalu timid terhadap sesuatu isu.
Sebagai contoh rancangan Tanyalah Ustazah, Bicara Mufti, Al-Kuliyyah dan banyak lagi yang
ditayangkan demi mengutarakan dan menjelaskan sesuatu isu kontemporari yang berkaitan
dengan agama secara lebih mudah dan terperinci. Tambahan pula, terdapat juga rancangan realiti
TV yang memaparkan hubungan kekeluargaan antara ayah dan anak seperti The Return Of
Superman, cerita ini juga mengajar bagaimana untuk mengeratkan hubungan seorang ayah dan
anak disamping mengajar ayah itu sendiri bagaimana membentuk dan mendidik anaknya.
Terdapat juga, program Survivor yang mendidik masyarakat untuk berdikari ketika berada dalam
kesusahan, program Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah dan banyak lagi yang mendidik
masyarakat mengenai kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seharian dan bersikap berani
serta proaktif dalam menangani sesuatu isu.

Oleh kerana itu, rancangan realiti TV sebenarnya tidaklah meninggalkan persepsi yang
negatif daripada masyarakat rentetan wujudnya kepentingan-kepentingan yang boleh diperolehi

melalui rancangan ini. Perkara yang seharusnya diberi penekanan ialah mengenai pemilihan
rancangan realiti TV yang tepat dan yang boleh meninggalkan implikasi yang positif terhadap
penonton.

Kesimpulan
Hasil lambakan rancangan realiti TV pada keseluruhannya bukan sahaja meninggalkan implikasi
yang negatif bahkan terdapat juga implikasi yang positif. Ini berikutan daripada munculnya
rancangan-rancangan realiti yang berbentuk ilmiah sehingga mampu membuka ruang lingkup
pemikiran penonton seperti Who Want To Be A Millionair, Roda Impian dan sebagainya. Selain
daripada itu, terbitnya rancangan realiti TV yang berbentuk keagamaan turut meninggalkan
kesan yang positif terhadap penonton.

Adapun rancangan realiti TV yang berbentuk keagamaan mempunyai ciri-ciri seperti tidak
memberi pengaruh yang buruk kepada penonton, menggunakan bahasa yang sopan, tidak
bercampur aduk dengan perkara maksiat dan mengandungi galakan bagi perkara yang baik dan
menjauhi yang mungkar. Kemunculan rancangan realiti TV yang bercorak dakwah Islamiah
dilihat penting dalam menarik perhatian penonton untuk turut serta menimba ilmu agama
daripada rancangan tersebut.

Walaubagaimanapun, kajian mendapati penghasilan rancangan realiti TV yang berunsurkan
keagamaan masih tidak dapat menyaingi realiti TV yang berunsurkan hiburan berikutan jumlah
pengeluarannya yang terlalu sedikit berbanding hiburan. Rentetan daripada itu, kawalan dan
penapisan rancangan seharusnya dilakukan secara lebih ketat dan terperinci sama ada menerusi
pihak yang berkuasa, ibu bapa atau individu agar dapat memandu pemikiran masyarakat ke arah
yang positif.

Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah bersatu menggembleng tenaga dalam
menghasilkan rancangan-rancangan yang boleh memupuk dan menjana minda penonton ke arah
kebaikan dan positif seiring dengan firman Allah (s.w.t) dalam surah al Imran:104:

    



     
 
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,
merekalah orang-orang yang beruntung.”

(al-Quran, al-Imran 3:104)

Rujukan

Al-Quran.
al-Qaradhawi, Yusof. 1967. Al-Halal wa al-Haram fi Islam. Terj. Zulkifli Mohd al-Bakri. Nilai:
Pustaka Cahaya Kasturi Sdn.Bhd.
Annette Hill. 2005. Reality TV: Audience And Popular Factual Television. Routledge Madison
Ave: New York.
Anon a. 2011 .TV9/akademi al-quran 5. http://www.TV9.com.my.html [15 November 2014].
Anon b. 2014.Violence and the Media. http://w2.parentsTV.org [12 Disember 2014].
Astro. 2012. Imam muda 3 terus dapat sambutan. http://www. Astrogempak.com my [15
November 2014].
Cynthia Frisby. 2004. Getting real with reality TV. USA Today vol. 133(2712). September 2004:
50.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
JAKIM. 2012. Adik-adikku. http://adik2ku.islam.gov.my [15 November 2014].

Karhigesu, R. 1990. Sejarah Perkembangan Televisyen di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Amir Ismail. 2012. Persepsi masyarakat muslim kuala krai terhadap rancangan realiti TV
islam. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Hafiz Bin Abd. Jalil. 2010. Program Realiti TV : Antara Kebaikan dan Keburukan.
Selangor: Kolej Mara Banting.
Utusan Malaysia. 2004. 16 Ogos.