33415396 relevankah mahasiswa berpolitik. doc

1

1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan bagi membuka mata terutamanya mahasiswa yang sering kali
memandang mudah tentang politik di kampus. Hal ini disebabkan mereka berpendapat politik
kampus hanya membuang masa, wang dan tenaga. Perbahasan kepada pilihanraya kampus
(PRK) bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng, kerana ianya bakal memberikan
imej dan mesej daripada umum terhadap apa yang berlaku kepada politik tanah air. Di
Malaysia, terdapat sejarah yang begitu besar terhadap peranan mahasiswa membentuk politik
negara. Namun demikian, menarik untuk melihat kepada fenomona hari ini. Secara tuntasnya,
bermula pasca 1975, di mana ketika inilah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
seperti mana adanya sekarang dipinda dan dilaksanakan kepada mahasiswa dan
universiti.Pindaan AUKU ini memberi ruang dan kebebasan kepada mahasiswa untuk aktif
dalam arena politik. Justeru itu, timbullah persoalan adakah sesuai untuk mahasiswa
berpolitik dan bukannya semata-mata belajar seperti mana yang diharapkan.
2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesesuaian mahasiswa dalam arena politik
kampus. Skop kajian akan meliputi aspek politik kampus, peranan mahasiswa dan isu-isu
melibatkan politik kampus. Kajian juga akan melihat secara mendalam diantara gerakan
mahasiswa dan politik kampus. Aspek ini dipilih kerana masih ramai mahasiswa yang
memandang enteng dan tidak menyedari kepentingan politik kampus kerana merekalah

penentu hala tuju pembangunan sesebuah institut pengajian tinggi.
3.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian hanya menggunakan sumber daripada resensi perpustakaan sahaja. Ianya tidak
melibatkan proses menemuramah dan pengedaran soal selidik kepada responden luar..
Kajian ini hanya akan melihat kepada mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi.
Hal ini kerana politik kampus hanya melibatkan kelompok ini. Kelompok ini menjadi fokus
utama kerana politik kampus memang berkait rapat dengan penglibatan mereka.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Sumber daripada resensi perpustakan digunakan kerana terdapat banyak pandangan pakar
yang tercatat di dalam buku kajian mereka. Hal ini membolehkan kajian ini dilakukan dengan
menilai dan mengambil pandangan pakar terhadap topik kajian ini. Hal ini juga disebabkan

2

kesuntukan masa untuk melakukan proses menemuramah dan pengedaran soal selidik kepada
responden serta untuk menganalisis data yang diperoleh daripada sumber primer iaitu soal
selidik Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana
penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada
dalam bentuk data serta bahan sekunder. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal,
mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk yang

dibincangkan..
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang
membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar
mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian
yang terlibat. Terdapat pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih
wakil pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri
sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap
menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan
golongan oportunis menonjol diri dan membina nama. Hal ini merupakan satu kesilapan
besar malah merugikan diri mereka sendiri. Tetapi yang menjadi persoalan, relevankah
mahasiswa bergiat aktif dalam arena politik kampus sehingga menjadi taksub dengan
pegangan parti mereka atau sekadar mengambil pengalaman untuk mematangkan diri
sekaligus memberi kesan yang positif kepada diri mereka untuk menempuh masa hadapan
kelak?

3

5.2 Dapatan kajian daripada resensi perpustakaan

5.2.1 Definisi
5.2.1.1 Mustaffa Kamil Ayub, 1991
Secara jelasnya tiada perkataan yang sesuai untuk mendefinisikan secara tepat politik
kampus. Pilihanraya kampus(PRK) sebenarnya merupakan medan politik kampus yang
membolehkan mahasiswa menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih pimpinan kampus.
Selain itu, pilihanraya kampus juga dikatakan medan terbaik untuk menggilap bakal
pemimpin negara pada masa hadapan. Melaluinya,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dapat
dibentuk semula selepas pembubaran yang diwartakan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar
(HEP) .
5.3 Politik kampus
5.3.1 Pro-aspirasi vs pro-mahasiswa
Pro-mahasiswa adalah golongan mahasiswa yang terlalu taksub memperjuangkan hak-hak
mahasiswa sehingga tidak menghiraukan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pro-mahasiswa adalah didasarkan
kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. Pro-mahasiswa bermaksud sebuah
jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli dan
bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok
mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak
pentadbiran universiti. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan
haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan (Shamran

Sarahan,2010).
Sebaliknya pro-aspirasi pula ialah golongan mahasiswa yang menjalankan sesuatu dengan
mengikut `guideline` yang digariskan pihak universiti. Mereka ialah mahasiswa yang
memperjuangkan hak-hak mahasiswa di dalam kampus. Mereka cintakan perpaduan di
kalangan mahasiswa dan berusaha menjadi warga kampus yang berfikiran positif, dinamik
dan berketerampilan. Mahasiswa aspirasi amat jelas lebih suka berbincang dengan pihak
universiti dan kerajaan jika terdapat isu yang berlaku yang perlu ditangani segera. Mahasiswa
aspirasi menjadikan program kebajikan menjadi fokus utama ( Shamran Sarahan,2010).

4

Jadi, secara umumnya kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada kelompok mahasiswa yang
memperjuangkan hak-hak mahasiswa di dalam kampus. Tetapi idea,perjuangan dan pegangan
mereka dalam parti adalah berbeza dan secara jelasnya adalah berlawanan sama sekali.
Walaupun pro-aspirasi dan pro-mahasiswa berlainan pandangan dalam aspek politik kampus,
tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk bertanggungjawab membawa
suara mahasiswa, memperjuangkan kebebasan bersuara , mengangkat demokrasi di dalam
kampus dan memastikan budaya politik di menara gading bergerak di atas landasan yang
sihat.
5.3.2 Mahasiswa tidak boleh berpolitik di kampus?

Tatkala keterbukaan kerajaan dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU)
1971 sememangnya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak, yang mana selama ini menilai
pelaksanaannya sebagai tidak menghormati semangat demokrasi. Malah, kebanyakan
mahasiswa juga telah melepasi taraf umur yang melayakkan mereka untuk mengundi ,justeru
pengaruh politik di sebalik tembok universiti sedikit sebanyak akan menyusup masuk dan
mempengaruhi penilaian undi mereka. Di sinilah perlunya untuk AUKU dipinda supaya lebih
diberi kebebasan kepada mahasiswa dan kuasa autonomi kepada universiti selain kelonggaran
menganjurkan perdebatan yang melibatkan pihak luar (Mohd Shuhaimi Al Maniri,1995).
Sebagai contoh mengambil

pilihan raya kampus, mahasiswa sewajarnya menggunakan

kesempatan tersebut untuk membina semangat politik yang betul dengan mengangkat
demokrasi sebagai cara hidup masyarakat bertamadun. Anuar Ahmad, pensyarah di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menyatakan `politik dan pelajaran
bagi mahasiswa adalah salah satu komponen yang selari yang harus dibangunkan untuk
menjadi pelajar dan modal insan yang cemerlang` (Utusan Malaysia, 2007). Tambahan,
beliau tidak menafikan semangat berpolitik yang menebal dalam diri mahasiswa merupakan
mekanisme yang baik ke arah demokrasi dan ciri-ciri kepimpinan yang cuba ditonjolkan itu
bagaimanapun sewajarnya disalurkan menerusi medium yang betul. Di samping itu,

kesedaran politik di kalangan mahasiswa amat diperlukan untuk menggerakkan gerakan
mahasiswa supaya aktif dan peka dengan persekitaran mereka.
Namun, di sebalik kebebasan itu, mahasiswa seharusnya menyedari batas-batas berpolitik
selayaknya sebagai seorang pelajar agar tidak mengganggu prestasi pelajaran mereka yang
menjadi matlamat utama mereka berada di universiti (Zaini Ujang,1993). Selain itu, melalui
politik di kampus dapat mendidik mahasiswa mengenai hak-hak mereka dan bersuara

5

mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Dilihat sebagai ruang yang adil kepada
kelompok mahasiswa untuk memahami dengan jelas konsep demokrasi, pindaan AUKU
tersebut juga secara jangka masa panjang dapat melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti
yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian,
kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mahasiswa haruslah dihormati oleh semua pihak
tanpa ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terutamanya campur tangan
politik luar.
5.4 Peranan mahasiswa
5.4.1 Berpolitik vs belajar
Negara ini diakui mempunyai kepelbagaian kaum yang cukup berbeza dengan diakui
keunikan dan keindahan kerana kekuatan perpaduan masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai latar belakang, kaum, pegangan agama, kebudayaan dan lain-lain yang menjadikan
antara negara unik di dunia ini. Dalam sedar ataupun tidak, golongan belia (mahasiswa) kini
merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat di Malaysia dan ia informasi baik
untuk masa depan negara kerana mempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang
akan meneruskan agenda pembangunan negara (Shamran Sarahan,2010).
Namun, sejak akhir-akhir ini sering kedengaran seruan agar mahasiswa tidak terlibat dengan
politik. Tujuan datang ke universiti ialah untuk belajar bukannya berpolitik. Dalam
perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat
berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana
kehidupan yang lebih baik dan sempurna (Zaini Ujang,1993). Justeru generasi mahasiswa
tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi
meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu
tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam
mengenainya.
Tetapi, kenapakah negara memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan
setiap perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai
pengimbang dalam memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai
dengan pemahaman tidak mungkin akan dapat

diperolehi sesuatu perubahan dan


pembaharuan yang lebih baik dan sempurna. Oleh yang demikian, universiti berperanan
sebagai suatu `kafetaria ilmu` ataupun `kilang mencetak ijazah` dan berperanan suatu pusat

6

penyelidikan (Zaini Ujang,1993). Mahasiswa dicorak dan diwarnakan oleh suasana universiti
yang didokongi oleh ahli-ahli akademik. Jika murni dan betul suasana yang dicorakkan itu,
maka baiklah mahasiswa yang dihasilkan dan begitulah sebaliknya.
Tambahan pula, apabila merenung kembali persoalan yang perlu dijawab bersama, mengapa
ingin menjadi mahasiswa? Persoalan ini mungkin pernah ditanya ketika di bangku sekolah
lagi. Tetapi pernahkah soalan ditanya apabila sudah bergelar mahasiswa? Apabila soalan ini
dilontarkan, ramai yang menjawab dengan spontan, kerana ingin menjadi orang yang berjaya.
Apabila disingkap kewujudan mahasiswa di Malaysia, apakah tujuan Malaysia melahirkan
begitu ramai graduan universiti adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan
seramainya tenaga mahir dalam sektor-sektor pekerjaan, baik dari segi kakitangan awam
mahupun swasta. Akhirnya, secara tidak langsung, telah terbina dalam minda mahasiswa dan
dalam jiwa-jiwa mereka berhala-hala besar, yang apabila, menjadi mahasiswa, yang
memenuhi mereka ialah gaji besar, rumah besar, kereta besar serta kehidupan yang mewah
(Zaini Ujang,1993).

Jadi untuk bergelar sebagai seseorang yang berjaya, mahasiswa perlulah belajar kerana itulah
tujuan mereka menjejakkan kaki di menara gading.Tambahan pula, tujuan belajar ialah untuk
mengeluarkan diri dari keadaan jahil, bodoh atau tidak tahu. Maka, di mana sahaja apabila
mendengar, melihat, memamahi, mahupun mempelajari, kalau ia baru dan kita baru
mengetahuinya, maka itulah ertinya belajar. Ia juga berkaitan dengan pembudayaan ilmu dan
sangat penting. Cintakan ilmu bermakna sentiasa dan berkeinginan untuk belajar, belajar dan
belajar. Jika boleh dan berkemampuan, setiap ruang waktu yang ada akan diisikan dengan
aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, mahasiswa cintakan ilmu sahaja tidak mencukupi
kerana setiap ilmu yang diperolehi, perlu diamalkan,diajarkan dan disebarkan.Maka barulah
keberkatan pada ilmu itu akan diperolehi. Perlu diingatkan ilmu tidak akan berkurangan
apabila dicurahkan kepada orang lain, sebaliknya ia semakin bertambah dan terus bertambah.
Pada hakikatnya, persoalan adakah istilah `belajar` itu kepada mahasiswa hanyalah tertumpu
kepada nota-nota kuliah sahaja? Tentu jawapan kepada persoalan di atas ialah tidak sama
sekali. Ilmu tidak akan berkembang baik dan luas jika hanya didapati dalam bilik-bilik kuliah
atau seminar-seminar sahaja. Sebaliknya penglibatan dalam dunia yang lebih luas akan
meluaskan ufuk pemikiran dan mengembangkan horizon kecerdikan mahasiswa. Sebagai
contoh, mahasiswa janganlah dihadkan skop terhadap istilah belajar itu sendiri kerana belajar
itu boleh dimana-mana sahaja.Tetapi sesuaikah politik didalam kampus itu dijadikan medium

7


untuk mahasiswa menimba ilmu dan pengalaman? Tatkala menjawab persoalan sebegini,
mesti ramai yang berlainan pendapat, tentu sahaja terdapat golongan yang mengatakan sesuai
dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Tapi yang menjadi kepastian mahasiswa perlu
melibatkan dalam politik sekurang-kurangnya untuk mengetahui politik semasa dan mereka
sebenarnya tidak terlepas kerana pilihanraya kampus yang diadakan di institut pengajian
tinggi turut melibatkan mereka sama ada secara langsung atau tidak.
Sehubungan dengan itu, menurut Muhammad Ilyas Zambri, Timbalan Yang DiPertua Majlis
Perwakilan Pelajar

Universiti Malaya (MPPUM), politik kampus bukan semata-mata

percaturan dan pergolakan mengenai aspek kepemimpinan serta kuasa siswa di peringkat
universiti (Harian Metro,2010). Hal ini kerana beliau berpendapat pengalaman menyertai
pilihanraya kampus sungguh bermakna. Walaupun hanya dalam skop yang kecil, setidaktidaknya ia memberi pendedahan yang baik untuk mengetahui dunia politik. Tambah beliau
lagi, walaupun meminati bidang politik tetapi pelajaran tetap menjadi keutamaan. Oleh yang
demikian, adalah tidak salah untuk mahasiswa terlibat dalam arena politik di kampus, tetapi
mestilah pandai dalam pembahagian masa diantara belajar dan berpolitik. Lagipun
pilihananraya kampus diantara secara berkala. Jadi tumpuan untuk berpolitik juga adalah
berkala dan bukannya sepanjang masa (Shamran Sarahan,2010). Malah dalam kebanyakkan

masa, mahasiswa perlu menumpukan perhatian kepada pengajian mereka yang mana
berperanan sebagai penentu masa hadapan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya atau
arena politik.
Tetapi memang tidak dinafikan bahawa dengan berjinak-jinak dalam bidang politik seawal
mungkin adalah satu pendedahan yang baik. Mahasiswa yang masih lagi baru dan boleh
dilentur perlu dididik dalam dunia politik dalam keadaan terpandu supaya pimpinan masa
depan bukannya pimpinan yang kaku dan kelu serta tidak berani. Mahasiswa wajar
menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang mereka inginkan. Mahasiswa mempunyai
pilihan untuk berbuat demikian. Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini
akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara.
Namun begitu, segala ruang dan peluang seperti pilihanraya kampus yang ada untuk
menyampaikan pandangan perlulah digunakan sebaiknya oleh semua pihak demi kebaikan
bersama. Janganlah diperjudikan masa dan peluang mahasiswa untuk tujuan politik
sementara. Binalah di atas semangat mahu melihat masa depan Malaysia yang lebih baik
daripada apa yang ada pada masa kini. Dalam satu kata-kata Almarhum Mohammad Natsir),

8

bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di
kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan
seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat” (Utusan Malaysia, 2007).
5.5 Isu-isu politik kampus
5.5.1 Budaya label-melabel
Persoalannya, adakah hujah PRK sebagai medan mencungkil pewaris pemimpin pada masa
akan datang masih lagi relevan? Bermula sesi 2001/2002 lagi, penyeragaman dalam PRK
telah dilaksanakan bagi memastikan budaya politik di menara gading bergerak atas landasan
yang sihat (Saifuddin Abdullah, 2006). Dikatakan juga proses PRK yang diseragamkan ini
selari dengan konsep demokrasi kampus terpimpin. Tradisi demam PRK di universitiuniversiti tua seperti Universiti Malaya (UM) juga tidak semeriah dahulu (Saifuddin
Abdullah,2006). Hanya sebahagian kecil pelajar yang celik politik telah dan akan mengambil
peranan dalam proses demokrasi di kampus sama ada sebagai calon, wakil calon dan tentunya
pengundi. Pada masa sama, budaya label-melabel begitu ketara dan sukar dikikis walaupun
penyeragaman PRK telah menjangkau lebih lima tahun pelaksanaannya.
Hal ini bertepatan dengan tanggapan popular ialah dengan wujudnya apa yang dikatakan
golongan proaspirasi kerajaan dan propembangkang. Contoh mudah bagi membuktikan
budaya suka melabel ini masih wujud dapat dilihat daripada beberapa tindakan kebanyakan
kolej-kolej kediaman di universiti semasa musim PRK. Secara tiba-tiba sahaja ‘kawalan
keselamatan’ di kawasan kolej kediaman diperketat untuk dua atau tiga minggu sebelum dan
semasa PRK (Saifuddin Abdullah,2006). Persoalannya, adakah benar campur tangan politik
luar masih wujud dan tidak dapat dielakkan walaupun calon yang bertanding adalah atas tiket
individu bukannya parti?
Rentetan itu, adakah tumpuan kepada budaya label-melabel dalam PRK ini menunjukkan
sebahagian besar warga universiti sendiri telah terperangkap dalam budaya politik yang
ekstrem? Fenomena berfikiran sempit ini menyebabkan proses demokrasi di universiti
terbantut dan lari daripada matlamat sebenar untuk memilih pemimpin yang benar-benar
dapat memimpin (Saifuddin Abdullah,2006). Tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini, PRK
tidak lebih sekadar memenuhi takwim universiti sahaja. Tan Sri Nordin Kardi, Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia (UUM) ada menyatakan pendapatnya bahawa betapa penting

9

institusi universiti dihormati (Utusan Malaysia, 2007). Sepatutnya warga universiti
dibenarkan bebas menyampaikan idea. Oleh sebab sesuatu idea itu bersifat kebenaran yang
tentatif maka ruang untuk perbincangan selanjutnya perlu dibenarkan bukannya terus sahaja
dipersetujui tanpa dibuka ruang perdebatan terlebih dahulu.
Menurut beliau lagi, institusi Dewan Senat perlu dihormati dengan tidak terlalu banyak
campur tangan daripada pihak ‘luar’. Ini termasuklah kuasa autonomi universiti yang perlu
diperluas bukannya disempitkan. Kenyataan Tan Sri Nordin ini tentunya relevan apabila
memperkatakan tentang PRK. Pihak universiti tidak perlu bimbang tidak bertempat terhadap
ideologi atau gerakan mahasiswa yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Tambahan
pula, kebebasan bersuara jelas adalah hak semua yang termaktub dalam Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan (Saifuddin Abdullah,2006).
Hakikatnya, budaya politik turut serta hanya akan wujud apabila berlakunya penglibatan aktif
seluruh pelajar dalam politik kampus. Namun, tentunya keadaan yang ideal tersebut sukar
dicapai sekiranya pelajar sendiri masih cetek tentang keseluruhan sistem dan proses politik
kampus. Keadaan ini diburukkan lagi dengan terhadnya pemahaman mereka terhadap
perkembangan isu-isu semasa yang menyentuh perspektif politik, ekonomi dan sosial dalam
negara apatah lagi luar negara. Pendapat-pendapat yang sehala sahaja tidak banyak
memajukan idealisme pelajar apatah lagi mencabar kemampuan intelektual pelajar (Shamran
Sarahan,2010). Pandangan dan suara yang kritis kesan daripada pengamatan yang
menyeluruh dari pelbagai sudut amatlah digalakkan.
Dalam hal ini, apa gunanya lagi PRK jika pilihan raya yang dibuat tidak mencerminkan
semangat demokrasi sebenar? Keterbukaan pentadbir universiti membuktikan sikap yang
tidak takut akan bayang-bayang sendiri. Sudah tidak relevan rasanya untuk bersikap terlalu
kaku dan ketat serta dalam beberapa keadaan bersifat mengongkong gerakan mahasiswa.
Kepercayaan yang diberi tentunya akan dimanfaatkan oleh pelajar memandangkan mereka
adalah kelompok yang sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana sebaliknya.
Hal ini selaras dengan matlamat pelan strategik bagi transformasi pengajian tinggi yang mahu
melahirkan modal insan berdaya saing di peringkat antarabangsa (Saifuddin Abdullah,2006).
Oleh sebab itu, budaya politik kampus yang matang, rasional dan berfikiran terbuka sesuai
dengan status universiti sebagai institusi yang menjana idealisme perjuangan demi
kepentingan bersama bukannya dieksploitasi demi kepentingan diri semata-mata, mestilah
dipupuk secara berterusan (Zaini Ujang,1993). Politik kampus hanya akan dilihat sebagai

10

medan demokrasi yang benar-benar telus jika tiada atau paling minimum campur tangan
daripada pihak luar.
5.5.2 Kampus politik patut elak kebencian
Pada pilihan raya kampus sesi 2000/2001, dikatakan ada mahasiswa dibantu pihak luar
menggunakan taktik berkempen dikatakan tidak sihat. Frasa ‘dikatakan’ digunakan kerana
premis keputusan itu tidak dibincangkan dengan mendalam. Antaranya siapa pihak luar
dimaksudkan itu? Bagi yang memahami politik kampus, lazimnya pihak luar itu ditujukan
kepada pembangkang. Bagaimana jika pihak luar itu turut membabitkan orang kerajaan?
Serentak dengan penyeragaman tarikh itu, beberapa peraturan pilihan raya mula dilaksanakan
(Saifuddin Abdullah,2006).
Tetapi, peraturan itu tidak pula seragam bagi semua universiti. Namun, persoalannya tetap
sama ada paradoks dalam pendekatan, konsep dan kandungan sebahagian daripada peraturan
itu.Pilihan raya kampus memerlukan peraturan. Tetapi, peraturan tidak perlulah terlalu
banyak. Kini, peraturan begitu banyak hingga satu-satunya peraturan yang belum
dilaksanakan seperti calon dikehendaki memakai pakaian seragam. Jika peraturan ini
diadakan, maka lengkaplah percubaan pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa saling
tidak tumpah seperti pelajar sekolah menengah. Semua ingin melihat mahasiswa dewasa,
tetapi secara tidak langsung memperbudakkan mereka . Semua mahu mahasiswa berfikir di
luar kotak, tetapi memperkotakkan mereka dengan peraturan-peraturan yang terlampau
banyak. Pihak universiti ingin meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam pilihan raya
kampus, tetapi mengenakan syarat supaya calon mesti mempunyai Purata Gred Kumulatif
Terkumpul (CGPA) yang tinggi. Syarat mempunyai CGPA tertentu adalah wajar kerana
mahasiswa gagal peperiksaan atau lulus dengan markah rendah tidak sesuai menjadi
pemimpin, kerana pemimpin adalah model (Saifuddin Abdullah,2006). Soal calon lemah
akademik akan menanggung risiko jika menang MPP mungkin tidak timbul.
Hal ini bertepatan kerana jika mahu menjadi pemimpin perlu berani menanggung risiko.
Malah, calon yang tinggi CGPA pun belum tentu tidak menanggung risiko. Tetapi, tidak
perlulah syarat CGPA terlalu tinggi. Pilihan raya kampus bukannya latihan akademik. Ia
latihan kokurikulum, latihan kepemimpinan. Terdapat mahasiswa CGPAnya tidak tinggi,
tetapi bakat kepemimpinannya tinggi. Usahlah menafikan peluangnya cemerlang dalam
bidang difikirkan mampu boleh cemerlang. Terdapat sesetengah mahasiswa yang CGPA
mereka tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya rendah. Usahlah memaksanya berbuat perkara

11

yang tidak diminatinya. Ada kalanya tidak ada premis kukuh dalam membuat penilaian dalam
hubungan antara prestasi akademik dan kokurikulum.
Tidak syak lagi bahawa kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan
keputusan akademik mahasiswa. Sebaliknya ia jelas meningkatkan sikap mereka. Jika
mahasiswa tidak seronok dengan pelajarannya, adalah menjadi tanggungjawab universiti
memperbaikinya, bukan dengan cara mengehadkan kehidupan kokurikulumnya (Saifuddin
Abdullah,2006). Menyekat perkara diminati mahasiswa bukanlah cara untuk membuat
mereka lebih meminati perkara lain. Yang menjadi persoalan ialah pihak universiti ingin
mahasiswa bersuara, tetapi dihadkan pula tempoh masa berkempen. Mengehadkannya kepada
seminggu adalah wajar kerana kampus dan jumlah pemilih tidak terlalu besar. Tetapi
mengehadkannya kepada tiga hari adalah keterlaluan. Semua ingin mahasiswa kreatif, tetapi
ada universiti mengehadkan poster pilihan raya kepada warna hitam dan putih. Alasannya
bimbang digunakan warna tertentu yang dianggap meniru warna parti politik tertentu
(Saifuddin Abdullah,2006). Usahlah sampai alergik dengan warna tertentu. Ada ketikanya
pihak bertanggungjawab tidak adil dalam membuat peraturan. Contohnya, mahasiswa
kampus tempatan tidak boleh didekati parti politik. Tetapi, mereka memahami politik
kampus, termasuk pilihan raya kampus tahu apa sebenarnya berlaku. Malah, mereka menyoal
mengapa mahasiswa di luar negara digalakkan menyertai parti politik tertentu dan diundang
berucap pada mesyuarat agung tahunan parti tersebut (Mustaffa Kamil Ayub,1991).
Sebahagian peraturan dikenakan ini membayangkan seolah-olah ada pihak tertentu yang
seperti takut berhadapan dengan pilihan raya kampus. Adakah kerana takut ada mahasiswa
propembangkang?
Hakikatnya ialah tidak mungkin semua mahasiswa menyokong kerajaan. Jika ada tidak
menyokong kerajaan, ini tidak semestinya bermakna menyokong pembangkang. Kalau ada
menyokong pembangkang, ini adat politik (Mustaffa Kamil Ayub,1991). Inikan pula politik
kampus. Ramai mahasiswa menyokong pembangkang apabila meninggalkan kampus dan
ramai juga menyokong kerajaan. Terdapat ahli parlimen parti pemerintah hari ini yang tidak
menyokong kerajaan ketika di kampus dulu. Malah, terdapat sebelum ini pernah menjadi
menteri, kemudian menjadi pembangkang, tetapi menjadi menteri semula (Saifuddin
Abdullah,2006). Pada masa sama, adakah jaminan bahawa semua dilabelkan proaspirasi itu
benar-benar proaspirasi? Apakah tidak mungkin ada yang menyamar? Atau universiti tertentu
mengatakan sebahagiannya proaspirasi semata-mata untuk mengelakkan banyak sangat
soalan daripada pihak tertentu? Sekiranya ingin memancing sokongan mahasiswa, mesti

12

bijaksana berdepan dengan mereka. Mesti rajin mendampingi mereka dengan ikhlas dan
tulen. Mesti berbahas dengan artikulatif dan persuasif. Kebimbangan mungkin wujud jika
terlalu mengongkong, ada mahasiswa mengambil keputusan untuk aktif di kampus, tetapi
menerusi persatuan lain dan bukannya MPP. Apabila ini berlaku, yang rugi ialah kita semua.
Pilihan raya kampus adalah gelanggang latihan kepemimpinan. Berilah mereka ruang untuk
menyuarakan idealisme mahasiswa. Sekiranya ada melampaui batas, ambil tindakan
perundangan berasaskan kebenaran dan keadilan. Tetapi, sebelum kesalahan berlaku, berilah
kebebasan.Yang penting bukan keputusan pilihan raya kampus, sebaliknya memastikan
pilihan raya dan politik kampus berperanan secara efektif dalam mencapai salah satu cabaran
Wawasan 2020 iaitu mempunyai demokrasi matang. Pilihan raya dan politik kampus adalah
proses pendidikan demokrasi.
6.0 RUMUSAN
Secara tuntasnya, berdasarkan kajian ini dapatlah dilihat kesesuaian mahasiswa untuk terlibat
dalam arena politik sebenarnya terletak pada tangan mereka sendiri. Hal ini kerana mereka
lebih tahu yang mana lebih baik untuk diri mereka. Kajian ini juga telah meliputi aspek
politik kampus itu sendiri, peranan mahasiswa dan isu-isu yang melibatkan politik kampus.
Memang tidak dinafikan peranan mahasiswa ialah untuk belajar dan bukannya berpolitik.
Tetapi ini tidak bermakna mahasiswa dan politik dapat dipisahkan kerana masa depan politik
negara dicorakkan oleh golongan ini. Apatah lagi ketika politik negara ini banyak dikaitkan
dengan perubahan selera generasi muda, menyekat kebebasan mahasiswa untuk menilai
perkembangan politik semasa dari kaca mata mereka boleh memberikan tanggapan negatif
yang berterusan kepada kerajaan.
Namun, di sebalik itu mahasiswa perlulah bijak dalam menggunakan kebebasan yang telah
diberikan. Janganlah nikmat yang diberikan oleh kerajaan ini disalahguna. Sebagai contoh,
mahasiswa perlulah menyedari batas-batas untuk berpolitik selayaknya sebagai pelajar dan
menggunakan medium yang sesuai untuk menyatakan suara mereka. Sekiranya terdapat
mahasiswa yang terlibat dengan politik kampus misalannya, jadikanlah pengalaman itu untuk
mematangkan diri dan bukannya sebagai bekalan untuk menghentam pentadbiran universiti
dan kerajaan. Selain itu, mahasiswa perlulah menjauhkan diri dengan pengaruh politik luar
kerana bakal mengundang pelbagai kesan negatif. Hal ini kerana tidak salah untuk mahasiswa
mengambil tahu isu politik nasional, tetapi untuk terbabit secara langsung adalah tindakan

13

yang tidak wajar kerana boleh mengganggu pelajaran mereka Jadikanlah politik kampus itu
sebagai proses pendidikan untuk mengangkat demokrasi di dalam kampus.
Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesesuaian untuk mahasiswa berpolitik terutamanya
di kampus ialah langkah yang bijak untuk menggilap bakal pemimpin negara pada masa
hadapan, tetapi pelajaran yang menjadi tunjang utama perlulah diutamakan agar tidak
disisihkan.
7.0 PENUTUP
Sebagai penutup, penyelidikan yang telah dijalankan daripada resensi perpustakaan mencapai
matlamat dan tujuan kajian ini dijalankan. Hal ini kerana melalui kajian ini dapat disimpulkan
bahawa mahasiswa dan politik kampus sebenarnya berkait dan tidak mungkin dapat
dipisahkan. Jadi persoalan, adakah relevan mahasiswa berpolitik sebenarnya tidak sepatutnya
dibahaskan selagi mana akademik masih menjadi keutamaan mereka. Hal ini kerana
mahasiswa mempunyai hak untuk menyatakan suara mereka dan mengetahui isu-isu politik
semasa. Di samping itu, melalui penulisan ini diharapkan mahasiswa dapat membuka mata
mereka agar tidak melihat politik kampus sebagai sesuatu yang enteng kerana ianya memberi
imej yang besar kepada arus politik tanah air pada masa hadapan.
Dalam konteks ini, peranan mahasiswa pada masa sekarang sangat penting dalam membina
mesej kepada umum tentang politik tanah air bermulanya dari peranan meraka dalam politik
di kampus. Jadi, bermulanya pasca 1975 tatkala AUKU dipinda dan dilaksanakan kepada
mahasiswa dan universiti, kebebasan yang diberikan kepada mahasiswa oleh pihak kerajaan
untuk bergiat aktif dalam arena politik seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk
mengangkat demokrasi dan sebagai medium untuk menyuarakan pendapat dan suara mereka.
Selain itu, diharapkan mahasiswa dapat meluaskan horizon kecerdikan mereka dengan tidak
hanya menumpukan kepada nota-nota kuliah sahaja, tetapi perlulah mengambil langkah yang
bijak dengan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum sebagai contoh mengambil bahagian
dalam politik kampus. Hal ini kerana penglibatan dalam politik sedikit sebanyak dapat
mematangkan diri dan menimba pengalaman serta mengetahui isu-isu politik semasa. Di
samping itu, ianya dapat menyiapkan diri mahasiswa dengan pengalaman dan kepimpinan
untuk memimpin negara kelak.

14

8.0 RUJUKAN
Mohd Shuhaimi Al Maniri. 1995. Politik kampus di Sebalik Tabir:Pustaka Generasi.
Mustaffa Kamil Ayub. 1991.Gerakan Pelajar-Mahasiswa,Misi dan Visi. Petaling
Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Saifuddin Abdullah. 2006. Kampus patut elak politik kebencian.Berita Harian, 22 September.
Shamran Sarahan. 2010. Politik kampus matangkan Ilyas.Harian Metro,14 Februari.
Utusan Malaysia. 2007. 18 September.
Zaini Ujang. 1993.Universiti:Mendukung Tradisi Intelektual.Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar.

Dokumen yang terkait

analisis sikap mahasiswa terhadap layanan jas PT.pos indonesia(persero) di jember

0 6 86

Analisis pengaruh atribut produk handphone nokia dan bauran promosi terhadap minat beli: studi kasus pada mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah Jakarta yang menggunakan handphone nokia

0 7 152

Analisis pengaruh pilihan merek, kualitas produk dan kepuasan pelanggan terhadap keputusan pembelian serta dampaknya pada loyalitas pelanggan : studi kasus pada mahasiswa UIN pengguna produk kosmetik sari ayu

3 16 139

Pengaruh self-efficacy, locus of control dan faktor demografis terhadap kematangan karir mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah Jakarta

9 58 104

Pentingnya pendidikan pemakai bagi mahasiswa dalam penelusuran informasi melalui katalog Online (OPAC) : studi kasus pada Perpustakaan Utama Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah

0 18 85

Hubungan tipe kepribadian lima faktor dengan motivasi berwirausaha pada mahasiswa minang

1 17 150

Hubungan orientasi masa depan dengan pengambilan keputusan dalam memilih program studi pada mahasiswa

2 41 95

Pengaruh religiusitas terhadap perilaku prososial: studi kasus mahasiswa Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Mukhlisin (STAIM) Ciseeng Bogor.

3 52 83

Pengaruh pemahaman fiqh muamalat mahasiswa terhadap keputusan membeli produk fashion palsu (study pada mahasiswa angkatan 2011 & 2012 prodi muamalat fakultas syariah dan hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

0 22 0

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145