Islam di kambija dan Vietnam

SITI AFIQAH BT SHEIKH SURATUL AKMAL D20111048443
Abstrak

Vietnam adalah sebuah negeri yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 54 427 00
juta orang yang majoriti penduduknya menganuti agama Buddha. Sebelum 1953, Vietnam berada
di bawah jajahan Perancis dan dikenali sebagai Indo-Cina. Penduduk di Vietnam terdiri daripada
pelbagai etnik seperti etnik minoriti Cina seramai 1,000,000 orang, bangsa Kampuchea iaitu
sebanyak 350,000 orang , Melayu Campa seramai 20000, orang Thai dengan jumlah 3,509 000
orang, enik Man, Meo, Muong, Nung, Lolos dan lain-lain. Walaupun majoriti masyarakat di
Vietnam menganuti agama Buddha namun terdapat juga masyarakat Muslim di Vietnam iaitu
sebanyak 420,000 orang. Islam tersebar di Vietnam bermula daripada kekalahan Kerajaan Cham
yang merupakan sebuah kerajaan Islam di bawah Raja Vietnam iaitu Nguyen dan pengambilan
wilayah pelabuhan kerajaan Campa iaitu Panduranga yang merupakan salah pelabuhan yang
menjadi medan interaksi perdagangan Kerajaan Campa dengan Nusantara sehingga Campa
menjadi sebuah kerajaan Islam sebagai wilayah Vietnam. Di Vietnam, masyarakat Muslim
Campa adalah salah satu daripada dua komuniti Islam yang terdapat di sana selain daripada
komuniti Islam pendatang yang terdiri dari kalangan pedagang dan pengusaha yang mana banyak
daripada mereka menetap di kota-kota besar seperti Ho Chi Minh, Tay Ninh dan An Giang.
Namun, masyarakat Muslim Campa adalah komuniti Muslim tertua yang tinggal di sekitar
persisiran Vietnam Tengah dan kawasan Selatan iaitu seperti di Annam lama, wilayah Thun Hai,
Phan Rang, Nha Trang Chau Doc dan Phan Thiet. Pada mulanya semasa pemerintahan komunis

1975, agama sememangnya tidak dapat di amalkan dan amat terbatas. Namun, selepas berlaku
perubahan politik yang lebih terbuka, masyarakat Islam Vietnam lebih aktif dan memiliki
hubungan interaksi dengan kelompok Cam di Kemboja dan hubungan dengan pusat-pusat Islam
Asia Tenggara serta dana Islam Arab. Malah, terdapat pejabat perwakilan daripada negara-negara
Islam yang lain di Ho Chi Minh di samping dibangunkan juga pusat pengajian dan pendidikan
Islam di sana. Di Vietnam juga, terdapat beberapa buah masjid seperti Masjid Hanoi, Masjid
Rahim, Masjid Nam Ky Khoi Nghia, Masjid Nguyen Trai 641, Masjid Muslimin, Masjid Nurul
Islam (Binh Thanh), Masjid Hayatul Islam, Masjid Mubarak dan Masjid Nurul Ihsan (Phu
Nhum). Keadaan ini menjadi bukti kepada kewujudan Islam dan masyarakat Islam di Vietnam
pada hari ini serta bagaimana mereka sudah bebas untuk mengamalkan agama Islam tanpa
sebarang gangguan dan halangan.

Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24