PENDAHULUAN LATAR BELAKANG MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH.

A. PENDAHULUAN

Sebelum ketibaan pengaruh agama dari India, rata-rata masyarakat di rantau Asia Tenggara termasuk mereka yang mendiami gugusan Nusantara adalah mengamalkan kepercayaan animisme. Sejak sekian lamanya, kepercayaan tersebut terus diamalkan di dalam kehidupan mereka sehinggalah kedatangan agama Hindu-Buddha. Walaupun mereka telah menerima agama Hindu-Buddha namun pengaruh animisme terus bertapak kukuh di dalam sistem sosiobudaya masyarakatnya. Pengaruh ini terus menjadi tunjang yang mendasari sosio budaya masyarakat di rantau ini sehinggalah kedatangan agama Islam kira-kira selepas abad 14 Masehi. Sungguhpun kedatangan agama Islam berupaya menukar sebahagian besar sosiobudaya masyarakat di Nusantara, namun tidak semua bentuk kepercayaan yang telah berakar umbi dan menjadi warisan tradisi di dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum ini dapat disingkirkan. Malahan beberapa aspek di dalam amalan dan kepercayaan yang diwarisi masih diteruskan melalui asimilasi sehingga ia sebati di dalam kehidupan orang-orang Melayu.

B. LATAR BELAKANG

Nusantara merupakan sejumlah gugusan pulau di Kepulauan Melayu, khususnya Indonesia, Malaysia dan Singapura. Amnya ia dapat ditakrif sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh wilayah kependudukan manusia berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara. Ia merangkumi terutama di kawasan kepulauan yang kini menjadi unit geopolitik atau negara Indonesia, Malaysia, Filipina, selatan Thailand, kelompok etnik di Kampuchea dan Vietnam serta Taiwan. Takrif ini harus berlaku berlandaskan bahasa kerana faktor bahasa ini adalah satu- satunya tinggalan sejarah kuno yang masih kekal menjadi petanda jelas dan benar akan kewujudan kawasan petempatan pelbagai kelompok rumpun Melayu. Hampir seluruh wilayah budaya Melayu ini berada di kawasan khatulistiwa yang sekaligus ditandai oleh ekologi alam beriklim hujan lebat sepanjang tahun dalam dua musim angin dan muka bumi yang penuh diliputi oleh hutan hijau berpaya di sekitar pesisir pantainya. Di sepanjang pesisir pantai, terutama di kuala sungai yang menjadi pelabuhan kapal untuk perdagangan inilah munculnya segala kegiatan ekonomi dan pembinaan unit-unit politik kenegaraan. Ia muncul dalam bentuk kerajaan dan kesultanan yang kemudian berkembang untuk menguasai kawasan pedalaman sebagai empayar Melayu. Kedudukan di pelbagai kepulauan dan pesisir itu menyebabkan kebudayaan dan tamadun masyarakat Nusantara menjadi lebih terbuka. Ini adalah disebabkan pelbagai pengaruh luar asing yang sangat flexible memudahkan ia meresap dan diamalkan oleh masyarakat Nusantara. Coedes, D. G. Hall mencatatkan tamadun Nusantara sebagai, “its characteristics thus: i the cultivation of irrigated ricefields, ii the domestication of ox and buffalo, iii rudimentary use of metals, and iv skill in navigation; on its social 4 side i the importance of woman and of descent on the maternal line, and ii the organization resulting from irrigated cultivation; and on its religious side i animism, ii the worship of ancestors and of the god of the soil, iii the location of shrines on high places, iv burial in jars or at dolmens, and v a mythology imbued with cosmological dualism of mountain versus sea, winged being versus water being, .men of the mountain versus men of the sea-coast.” Sejak awal kurun Masihi, China telah mempunyai hubungan dengan Nusantara di wilayah ‘laut selatan’ nanhai sebagai Kun-lun dan sebagai Dvipantara orang pulau oleh India. Dalam masa yang sama, wilayah ini terkenal sebagai suvarnabhumi oleh para pendita India dan pengtahuan yang sama digunakan oleh geografis Ptolemy Yunani di Iskandariah ke2M sebagai golden khersonese semenanjung emas. Pedagang Arab yang belayar ke China melalui Selat Melaka sejak abad ke-9 mewariskan pengetahuan Nusantara dengan konsep ‘tujuh lautan’ al-Ya’qubi, k-9M, waqwaq ibn Khurradadhbih, 9M dan zabaj al-Jahiz, 9M dan kemudiannya disebut juga jawi. Identiti Malay Archipelago dan Malaysia kepulauan Melayu muncul di kalangan para penulis Eropah sejak abad 16 dengan kedatangan Portugis dan Sepanyol yang dikuti oleh Belanda dan Inggeris.

C. BUDAYA KEBENDAAN