BIG SAYANGI SEKOLAH-UNTUK RAKAN2.

(1)

1. Isi Kandungan 1

2. Pengenalan 2

3. Nama Program 3

4. Matlamat 3

5. Objektif 3

6. Jawatankuasa Program 4

7. Butiran Program 5

8. Sasaran Penyertaan 5

9. Bayaran Penyertaan 5

10.Anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan 6 11.Senarai Nama Peserta Program 9 - 10

12.Penutup 11

13.Laporan Bertulis 10 – 14 14.Maklum Balas Pelajar 15 – 16 15.Laporan Bergambar 17 - 25


(2)

1. PENGENALAN

Program ini merupakan aktiviti Pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dan Mac 2012 untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 yang disertai oleh murid - murid tahun 5 seramai 48 orang .

Selain itu, aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

Di samping menimba pengalaman melalui aktiviti berebtuk gotong royong dalam melahirkan perasaan sayang akan sekolah. Aktiviti ini juga diharap dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama murid dan juga guru.

2. NAMA PROGRAM

Program Sayangi Sekolah Anda Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau

3. MATLAMAT

Antara Matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan dan guru – guru.

ii. Mengaplikasi ilmu yang telah dipelajari di sekolah bersama-sama ketika pdp di dalam kelas.

iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.


(3)

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Merasai pengalaman dalam menyertai melakukan aktiiviti luar yang sangat menyeronokkan.

ii. Berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. iii. Bersikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

5. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi :Tuan Haji Samsuri bin Zakaria Guru Besar SK Lubok Merbau

Timbalan Pengerusi :En. Jalaluddin bin Shafie ( PK. Pentadbiran ) Naib Pengerusi 1 : En. Md Isa bin Ramli ( PK. HEM )

Setiausaha : Ahmad Muslim Bin Mahmood Bendahari : Raziah bt Bahadun

Ahli Jawatankuasa :

Peralatan : Azmari bin Ahmad Makanan : Fauziah bt Ahmad

Kebajikan : Mohamad bin Abdul Rahman Aktiviti : Ahmad Muslim bin Mahmood

Azmari bin Ahmad Brosure : Mat Nor bin Man

Dokumentasi: Siti Azura bt Muhammad

Hadiah : Mohd Firdaus bin Abd Rahman Kerohanian : Qalbun Salim bin Ab Rahim


(4)

6. BUTIRAN PROGRAM

Program Sayangi Sekolah Anda akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Hari : Ahad

ii. Tarikh : 01 Jun 2014 ( Ahad ) iii. Bil Peserta : 48 orang Tahun 5

iv. Tempat : Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau

7. SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kepada 48 orang murid tahun 5 SK. Lubok Merbau pembahagian setiap adalah seramai 6 orang.

8. BAYARAN PENYERTAAN

Setiap peserta tidak dikenakan bayaran kerana segala kos perkhemahan ditanggung oleh guru PPG yang terlibat dalam perkhemahan ini.


(5)

9. ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

PENERIMAAN

1. Sumbangan PIBG sekolah RM 8.00 X 48 RM 348.00 2. Sumbangan Pelajar PPG RM 143.00 RM 143.00

JUMLAH RM 527.00

PEMBAYARAN

1.Aktiviti Sayangi sekolah RM 25 x 3 aktiviti RM 75.00 2. Makan dan Minum RM 6.00 x 48 orang RM 288.00

JUMLAH RM 527.00

10. MENU MAKANAN DAN MINUMAN

01 Jun 2014 ( Ahad ) MENU

Minum Pagi Bihun goreng , air teh

Makan Tengahari Nasi putih, ayam masak merah, sayur goreng, air sirap


(6)

11. TENTATIF PROGRAM

HARI AHAD 01 JUN 2014

MASA AKTIVITI GURU BERTUGAS

07.45 pg – 08.30 pg

Pendaftaran peserta Siti Azura bt Muhammad 01.00 tgh – 02.30

ptg Solat Zohor, Tazkirah Qalbun Salim bin Ab Rahim 02.30 ptg – 04 30

ptg LDK 1 – Pelan keceriaan / bentang Ahmad Muslim bin Mahmood 04.30 ptg – 05 00

ptg Solat Asar Qalbun Salim bin Ab Rahim

05 00 ptg – 05.30

ptg Minum petang Fauziah bt Ahmad

05.30 ptg – 06.30

ptg Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Mat Nor bin Man

12. BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA 1. Seluar panjang/track bottom

2. T-shirt putih/T-shirt PJ 3. Kasut sukan dan selipar

4. Perkakas mandi – sabun, kain basahan.

5. Peralatan sembahyang – sejadah, telekung, songkok, kain pelikat/batik 6. Alat tulis dan buku catatan.


(7)

13. PERATURAN PROGRAM

1. Semua peserta perkhemahan mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti masa program, aktiviti yang dijalankan dan sebagainya.

2. Peserta program mesti berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan aktiviti dan sebagainya.

3. Peserta hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan. 4. Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi setiap aktiviti.


(8)

14. PENUTUP

Dengan berakhirnya program ini nanti, segala bahan dan pengalaman serta bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan serterusnya merancang dan mengelola program seumpama ini dengan lebih baik lagi. Pihak sekolah. Akhir kata, semoga segala matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

... ... ( AZMARI BIN AHMAD ) (SAMSURI BIN ZAKARIA )

Setiausaha, Pengerusi,

Program Sayangi Sekolah Anda Program Sayangi Sekolah Anda BIG PPG Ambilan Jun 2011 dan


(9)

LAPORAN REFLEKTIF ( PROGRAM )

Program Bina insan Guru ( BIG ) merupakan satu program yang dikhususkan kepada para pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) . Setelah mendapat taklimat daripada Unit Kokurikulum IPGM Kampus Darulaman pada 22 Mac 2014 yang lalu, kami seramai 3 orang telah membuat satu perjumpaan dan perbincangan di Sk. Lubok Merbau, Kedah. Perjumpaan yang merupakan mesyuarat perbincangan dan penyelarasan pelaksanaan program perkhemahan ini. Mesyuarat tersebut telah dihadiri semua pelajar PPG . Dalam mesyuarat tersebut, semua yang hadir telah bersetuju untuk mengadakan Program “ Sayangi Sekolah Anda “ tersebut pada 01 Jun 2014 ( Ahad ) . Program ini bermula pukul 7.45 pagi hingga 6.30 petang. Semua kata putus telah dibuat dan tercatat dalam kertas kerja program.

Selesai sahaja aktiviti Malaysia Cergas, para peserta diberi kawasan – kawasan untuk laksanakan aktiviti kumpulan. Penerangan telah diberikan oleh Encik Ahmad Muslim bin Mahmood. Para peserta menjalankan pelbagai aktiviti dalam gotong royong tersebut seperti mengutip sampah, merumput, t dan sebagainya. . Ketika aktiviti dijalankan, semua pelajar PPG telah memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada kumpulan – kumpulan yang menghadapi masalah. Selesai sahaja aktiviti gotong royong, semua peserta dan pelajar PPG berhenti rehat dan minum pagi. Menu yang


(10)

angkat. Pesrta di bahagikan kepada 6 kumpulan . Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :

1. Kumpulan 1 : Taman Sains 2. Kumpulan 2 : Padang Sekolah 3. Kumpulan 3 : Blok Bilik Mesyuarat 4. Kumpulan 4 : Kawasan Surau

5. Kumpulan 5 : Taman Permainan Prasekolah 6. Kumpulan 6 : Kawasan kantin sekolah.

Kawasan angkat ini bermaksud, para peserta diberi kawasan yang perlu dinaik tarafkan dari segi kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan tersebut. Pihak sekolah menyediakan beberapa peralatan dan bahan yang boleh digunakan seperti cat, berus, baja, tanah dan sebagainya, Aktiviti menanam pokok – pokok bunga dan hiasan turut diadakan. Aktiviti yang dijalankan telah berjalan lancer dan mendapat kerjasama baik daripada semua peserta yang terlibat. Aktiviti ini selesai pada jam12.30 tengahari. Semua peserta berkumpul di kantin untuk menikmati makan tengahari. Selesai sahaja makan, semua peserta membuat pengurusan diri untuk bersolat di surau. Solat dan tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Qolbun Salim bin Ab Rahim. Ustaz memberi penekanan tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa. Semua peserta member tumpuan terhadap tazkirah yang telah disampaikan.

Selesai sahaja solat Asar, semua peserta berkumpul di dewan untuk minum petang. Pada jam 5.30 petang , majlis penutupan dijalankan di dewan sekolah. Majlis ini juga diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta. Encik Ahmad Muslim telah menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan tersebut. Hadiah kepada para pemenang dalam aktiviti yang dijalankan turut diadakan.


(11)

berjaya diselesaikan. Semua yang terlibat terutamanya para peserta gembira kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Berdasarkan program perkhemahan ini, disertakan sedikit anilisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Kekuatan

1. Pelaksana program yang ramai iaitu berjumlah 3 orang.

2. Keadaan cuaca yang sangat baik. Pada waktu tengahari, cuaca tidak terlalu panas dan berangin.

3. Kawasan sekolah yang selamat dan sangat sesuai.

4. Kemudahan / prasarana yang lengkap seperti tandas, surau, bilik rawatan, dewan dan sebagainya.

5. Dikendalikan oleh guru –guru yang berpengalaman ( pengalaman bekerja antara 15 hingga 22 tahun )

6. Jumlah peserta yang sesuai dan mudah dikawal. 7. Disiplin yang ditunjukkan murid sangat baik.

Kelemahan


(12)

semester.

Peluang

1. Para peserta mendapat peluang untuk berdikari melalui aktiviti yang dijalankan. 2. Dapat bersikap toleransi dan bertanggungjawab dengan alam sekitar.

Ancaman

1. Pengurusan yang agak sukar kerana kedudukan guru yang berbeza tempat tinggal dan lokasi bertugas.


(13)

REFLEKSI PELAJAR ( KENDIRI )

Program Bina Insan ini merupakan satu program yang sangat berguna kepada para pelajar PPG dan juga para peserta perkhemahan. Bagi pelajar PPG, program ini telah membuka satu ruang dan peluang kepada mereka untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program. Melalui program ini, para pelajar PPG telah merancang aktiviti melalui satu perjumpaan sebagai langkah penyelarasan. Perjumpaan ini telah diadakan perbincangan dan agihan jawatankuasa mengikut aktiviti yang dijalankan. Di sini dapat dilihat sikap toleransi dalam kalangan pelajar bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Perkara kedua, pemantauan oleh pihak IPGM. Pemantauan ini sangat penting bagi memastikan program ini benar – benar dilaksanakan. Apabila tidak ada pemantauan, tidak mustahil program ini hanya dibuat di atas kertas sahaja. Tentang rakaman bukan satu masalah kerana rata – rata sekolah ada merakamkan aktiviti ini kerana aktiviti ini merupakan aktiviti sekolah. Apabila ada pemantauan, pasti para pelajar PPG akan benar – benar melaksanakan program ini seperti kehendak IPGM. Saya penuh yakin, disediakan oleh Azmari bin Ahmad . apabila ada pemantauan , program ini akan benar – benar menjadi program yang sangat menarik dan yang pasti para pelajar PPG benar – benar menjadi perancang dan pelaksana program ini.


(14)

membina nilai dan sikap positif dalam kalangan murid – murid terhadap sekolah. Perkara yang sangat penting, perancangan dan pelaksanaan perlu dibuat dengan teliti dan sempurna.

Jangan lupa buat penambahan dalam penulisan. Gambar aktiviti perlu ada pada lampiran yang dibuat.


(1)

LAPORAN REFLEKTIF ( PROGRAM )

Program Bina insan Guru ( BIG ) merupakan satu program yang dikhususkan kepada para pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) . Setelah mendapat taklimat daripada Unit Kokurikulum IPGM Kampus Darulaman pada 22 Mac 2014 yang lalu, kami seramai 3 orang telah membuat satu perjumpaan dan perbincangan di Sk. Lubok Merbau, Kedah. Perjumpaan yang merupakan mesyuarat perbincangan dan penyelarasan pelaksanaan program perkhemahan ini. Mesyuarat tersebut telah dihadiri semua pelajar PPG . Dalam mesyuarat tersebut, semua yang hadir telah bersetuju untuk mengadakan Program “ Sayangi Sekolah Anda “ tersebut pada 01 Jun 2014 ( Ahad ) . Program ini bermula pukul 7.45 pagi hingga 6.30 petang. Semua kata putus telah dibuat dan tercatat dalam kertas kerja program.

Selesai sahaja aktiviti Malaysia Cergas, para peserta diberi kawasan – kawasan untuk laksanakan aktiviti kumpulan. Penerangan telah diberikan oleh Encik Ahmad Muslim bin Mahmood. Para peserta menjalankan pelbagai aktiviti dalam gotong royong tersebut seperti mengutip sampah, merumput, t dan sebagainya. . Ketika aktiviti dijalankan, semua pelajar PPG telah memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada kumpulan – kumpulan yang menghadapi masalah. Selesai sahaja aktiviti gotong royong, semua peserta dan pelajar PPG berhenti rehat dan minum pagi. Menu yang


(2)

Pada jam 11.00 pagi, Pn. Raziah bt Bahadun mengendalikan aktiviti kawasan angkat. Pesrta di bahagikan kepada 6 kumpulan . Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :

1. Kumpulan 1 : Taman Sains 2. Kumpulan 2 : Padang Sekolah 3. Kumpulan 3 : Blok Bilik Mesyuarat 4. Kumpulan 4 : Kawasan Surau

5. Kumpulan 5 : Taman Permainan Prasekolah 6. Kumpulan 6 : Kawasan kantin sekolah.

Kawasan angkat ini bermaksud, para peserta diberi kawasan yang perlu dinaik tarafkan dari segi kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan tersebut. Pihak sekolah menyediakan beberapa peralatan dan bahan yang boleh digunakan seperti cat, berus, baja, tanah dan sebagainya, Aktiviti menanam pokok – pokok bunga dan hiasan turut diadakan. Aktiviti yang dijalankan telah berjalan lancer dan mendapat kerjasama baik daripada semua peserta yang terlibat. Aktiviti ini selesai pada jam12.30 tengahari.

Semua peserta berkumpul di kantin untuk menikmati makan tengahari. Selesai sahaja makan, semua peserta membuat pengurusan diri untuk bersolat di surau. Solat dan tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Qolbun Salim bin Ab Rahim. Ustaz memberi penekanan tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa. Semua peserta member tumpuan terhadap tazkirah yang telah disampaikan.

Selesai sahaja solat Asar, semua peserta berkumpul di dewan untuk minum petang. Pada jam 5.30 petang , majlis penutupan dijalankan di dewan sekolah. Majlis ini juga diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta. Encik Ahmad Muslim telah menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan tersebut. Hadiah kepada para pemenang dalam aktiviti yang dijalankan turut diadakan.

Suatu perkara yang sangat penting dalam melaksanakan sesuatu ialah perancangan dan kerjasama. Hal ini dapat dilihat dalam melaksanakan perkhemahan ini. Jika tiada perancangan rapi melalui mesyuarat dan kerjasama para pelajar PPG, saya yakin program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Alhamdulillah, semuanya telah


(3)

berjaya diselesaikan. Semua yang terlibat terutamanya para peserta gembira kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Berdasarkan program perkhemahan ini, disertakan sedikit anilisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Kekuatan

1. Pelaksana program yang ramai iaitu berjumlah 3 orang.

2. Keadaan cuaca yang sangat baik. Pada waktu tengahari, cuaca tidak terlalu panas dan berangin.

3. Kawasan sekolah yang selamat dan sangat sesuai.

4. Kemudahan / prasarana yang lengkap seperti tandas, surau, bilik rawatan, dewan dan sebagainya.

5. Dikendalikan oleh guru –guru yang berpengalaman ( pengalaman bekerja antara 15 hingga 22 tahun )

6. Jumlah peserta yang sesuai dan mudah dikawal. 7. Disiplin yang ditunjukkan murid sangat baik.

Kelemahan


(4)

2. Aktiviti diadakan pada hari Ahad sedikit terganggu kerana mood cuti pertengahan semester.

Peluang

1. Para peserta mendapat peluang untuk berdikari melalui aktiviti yang dijalankan. 2. Dapat bersikap toleransi dan bertanggungjawab dengan alam sekitar.

Ancaman

1. Pengurusan yang agak sukar kerana kedudukan guru yang berbeza tempat tinggal dan lokasi bertugas.


(5)

REFLEKSI PELAJAR ( KENDIRI )

Program Bina Insan ini merupakan satu program yang sangat berguna kepada para pelajar PPG dan juga para peserta perkhemahan. Bagi pelajar PPG, program ini telah membuka satu ruang dan peluang kepada mereka untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program. Melalui program ini, para pelajar PPG telah merancang aktiviti melalui satu perjumpaan sebagai langkah penyelarasan. Perjumpaan ini telah diadakan perbincangan dan agihan jawatankuasa mengikut aktiviti yang dijalankan. Di sini dapat dilihat sikap toleransi dalam kalangan pelajar bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Perkara kedua, pemantauan oleh pihak IPGM. Pemantauan ini sangat penting bagi memastikan program ini benar – benar dilaksanakan. Apabila tidak ada pemantauan, tidak mustahil program ini hanya dibuat di atas kertas sahaja. Tentang rakaman bukan satu masalah kerana rata – rata sekolah ada merakamkan aktiviti ini kerana aktiviti ini merupakan aktiviti sekolah. Apabila ada pemantauan, pasti para pelajar PPG akan benar – benar melaksanakan program ini seperti kehendak IPGM. Saya penuh yakin, disediakan oleh Azmari bin Ahmad . apabila ada pemantauan , program ini akan benar – benar menjadi program yang sangat menarik dan yang pasti para pelajar PPG benar – benar menjadi perancang dan pelaksana program ini.


(6)

Kesimpulannya, program ini merupakan satu program yang mampu membantu membina nilai dan sikap positif dalam kalangan murid – murid terhadap sekolah. Perkara yang sangat penting, perancangan dan pelaksanaan perlu dibuat dengan teliti dan sempurna.

Jangan lupa buat penambahan dalam penulisan. Gambar aktiviti perlu ada pada lampiran yang dibuat.