Ayat -ayat tasbih keutamaan dalam al-Quran

Ayat-ayat tasbih yang mempunyai keutamaan di dalam al-Quran
Ayat-ayat tasbih adalah ayat di dalam al Quran ( ada sekitar 169) yang mana
pembaca harus berhenti dan membaca tasbih (puji-pujian kepada Allah s.w.t)
selepas ayat tersebut. Namun ada 9 ayat-ayat yang mempunyai keutamaan
kerana 9 ayat ini bersamaan dengan bilangan wajah roh . Rahsia kelebihan dan
bagaimana membawanya dalam solat merupakan rahsia para-para waliyullah.
Ayat –ayat tersebut adalah seperti di bawah:

1. An Nahl 16 :1 (subhanahu .....yushrikun)

2. Al Isra’ 17 :1 (subhanallazi asra bi abdihi)

3. A Hadid 57:1 ( sabbahalillah....wal ard)

4. Al Hasyr 59:1 (sabbahalillah...fil ard)

5. Al Saff 61:1 ( sabbahalillah....fil ard)

6. Al Jumuah 62:1 (yusabbihu...fil ard)

7. At Tagabun 64:1 ( yusabbihulillahi.....fil ard)


8. Al Mulk 67:1 ( tabarakallazi biyadihil mulk)

9. Al-A’la 87:1 ( seluruh ayat 1)

Terdapat juga tiga ayat sejadah yang mengandungi ayat tasbih ini iaitu:
Al-A’raf 7:206 (wayusabbihunahu)

As Sajdah 32:15 (wasabbahu bihamdirobbihim)

Al Fussilat 41:38 (yusabbihuna lahu)

Begitu juga terdapat dua surah yang mengandungi 7 ayat-ayat tasbih
masing-masing iaitu Al Mukminun 23( pada 23:84,86,88,91,92 dan 116) dan
An Naml 27 ( iaitu 27:8,59,60,61,62,63 dan 64). Nota: Al Misbahu FilMisbah
22 April 2013