Guru 002
EDU 3108
ASAS KEPEMIMPINAN DAN
(2)
TAJUK 6
(3)
Konsep Asas Kepemimpinan
• Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pi pi .
• Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.
• Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.
• Kepimpinan membawa erti keupayaaa e i pi dan kepemimpinan pula keupayaa sebagai pemimpin, daya seseorang pe i pi (Kamus Dewan, 2002).
(4)
Konsep Asas Kepemimpinan
• Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.
• Kepemimpinan sebagai kebolehan utk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan utk mencapai sesuatu matlamat (Robbins, 2003).
• Kepemimpinan merupakan keupayaan utk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli-ahli dlm kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999).
(5)
• Menurut pendapat Konntz dan O Do el (1984), kepi pi a secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat
ersa a .
• Menurut Fulmer (1988), kepe i pi a melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat , dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka e apai ya .
• Kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang utk menginspirasikan keyakinan & sokongan dlm kalangan sekumpulan manusia yg diperlukan utk mencapai matlamat
(6)
• Menurut Hollander dalam bukunya Leadership Dynamic, (1978), kepi pi a adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut.
• Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan.
• Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama.
• Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha bekerjasama daripada
pengikut-pe gikut ya .
(7)
• Gordon (1955) memberi definisi seperti berikut: kepi pi a dapat dilihat sebagai interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya antara individu dengan seluruh ahli yang menganggotai kumpulan.
• Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza antara satu dengan lain.
• Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh , iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur .
(8)
•
“Leaders
mobilize others to get extraordinary
things
done
in
organisations.
Its about
the
practices leaders use to transform values into
actions,
visions
into
realities,
obstacles
into
innovations, separateness into solidarity, and risks
into
re ards
(Kouzes & Posner, 2002)
•
You
manage
things you
lead
people
(Grace Murray Hopper – Ret. Admiral US Navy)
(9)
• James Gribben (1972), menyatakan Kepi pi a dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.
• Harry S. Truman; A man who has the ability to get people to do what they do ’t want to do.
• Manz and Sims (1991); …………..the most appropriate leader is one who can lead others to lead the sel es .
• Warren G. Bennis; Leadership is the capacity to translate vision into reality .
• John Maxwell; Leadership is influence. Leaders must be close enough ahead to relate others, but far enough ahead to
(10)
Kepemimpinan Dalam Islam
• Hadis Rasulullah saw:“Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya”
• Konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepimpinan.
• Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara.
(11)
i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.
ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
a. menetapkan matlamat b. menyusun
c. mengarah dan menyelaras
d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
(12)
iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan.
v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.
vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
(13)
vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.
• Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai.
• Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.
• Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja.
• Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja
Rumusan Konsep Kepemimpinan
(14)
Ciri-ciri Kepemimpinan
•
Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang
disusun secara rapi dan sistematik.
•
Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan
kuasa.
•
Fungsi
kepimpinan
merangkumi
tugas-tugas
menetapkan matlamat, menyusun, mengarah serta
menyelaras usaha-usaha untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan.
•
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi kerana
tanpa pengaruh, tidak wujud konsep kepimpinan.
(15)
Ciri-ciri Kepemimpinan
•
Setiap situasi gaya kepimpinan yang tertentu sesuai
dengan situasi pada masa itu.
•
Proses kepimpinan ialah mendorong pengikut ke
arah pencapaian matlamat.
•
Kepimpinan
yang
berkesan
memberi
kepuasan
kepada pengikut.
(16)
Ciri Pemimpin Mengikut Imam Al- Ghazali (1058-1111)
• Mempunyai daya intelek tajam
• Berpengetahuan dan mampu berfungsi
• Memiliki keberanian
• Bersifat sayangkan rakyat
• Jauh pandangan
• Tegas
• Mempunyai keazaman tinggi dan benar
• Berpengetahuan mengenai keadaan negara dan sejarah
• Dapat memastikan pegawai, ketua dan wakilnya (yang dilantik) menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan.
(17)
Ciri-ciri Pemimpin Berkesan
• Kejujuran dan integriti
• Kecerdasan / kepintaran yang tinggi
• Kematangan sosial
• Stabil emosi
• Matang
• Perspektif yang luas
• Konsep kendiri yang positif
• Motivasi dalaman & dorongan pencapaian
• Hubungan kemanusiaan
• Berani mengambil risiko
• Sabar
(18)
Perbandingan Antara
Pengurus
Pemimpin
1. Mentadbir 1. Membawa inovasi
2. Mengekal „status quo‟ 2. Membawa perubahan 3. Memberi fokus kepada sistem &
struktur
3. Memberi fokus kepada individu
4. Pandangan jangka pendek 4. Perspektif jangka panjang 5. Menyoal APA & BAGAIMANA 5. Menyoal APA & MENGAPA 6. Mementingkan apa yang perlu 6. Mementingkan apa yang boleh
dicapai
7. Menjadi pengikut 7. Berpendirian sendiri
(19)
Fungsi Kepimpinan
•
Membina wawasan (vision)
•
Perancangan (planning)
•
Mendaya usaha (initiate)
•
Mengawal (controlling)
•
Menyokong (supporting)
•
Memberitahu (inform)
•
Memotivasikan orang bawahan (motivate
subordinate)
(20)
Fungsi Kepimpinan
•
Membimbing (guiding)
•
Mengukur dan meneliti (measure and assesment)
•
Menjadi model (role model)
•
Mengupayakan
orang
bawahan
(empowering
subordinate)
(21)
Tingkahlaku Dan Kemahiran
Pemimpin Berkesan
•
Menetapkan arah dan halatuju
•
Pengetahuan dalam bidang teknikal
•
Bertanya soalan-soalan yang susah dijawab
•
Menjaga standard prestasi tinggi
•
Sentiasa stabil
•
Cepat bangun semula
•
Mendukung dan meyokong
•
Sedia mengakui kesilapan
(22)
Sifat Pemimpin Mengikut Ibn Khaldun (1332 - 1406)
• Suka memaafkan kesalahan
• Suka melindungi pihak yang lemah
• Murah hati kepada tetamu
• Memelihara golongan miskin
• Sabar dalam kesusahan
• Jujur dalam kata-kata dan gerak laku
• Hormati agama, ulama, guru dan orang tua
• Tidak bersifat sombong
• Suka mendengar teguran
• Mempunyai semangat jemaah (berkumpulan)
• Menghargai dan hormati kawan
• Menempatkan orang layak pada tempat, perlu dan sesuai serta menjauhi kehidupan mewah
(23)
Sifat Pemimpin Yang Dapat
Mempengaruhi Orang Bawah
•
Cerdas
•
Bijaksana
•
Kuat ingatan
•
Fasih
•
Bermotivasi tinggi
•
Berdiplomasi
•
Berfikiran strategik
•
Merendah diri
(24)
7 Habits Of Highest Effective People ( Stephen Covey )
•
Be proactive
•
Begin with the end in mind
•
Do first thing first
•
Think win-win
•
Seek first to understand, then to be understood
•
Synergize
(25)
12 Qualities that make you a leader
Sheila Murray Bethel ( Making A Difference)
1.
A Leader has a mission that matters
2.
A Leader is a big thinker
3.
A leader has high ethics
4.
A leader is a change master
5.
A leader is sensitive
(26)
12 Qualities
7. A leader is a decision maker
8. A leader uses power wisely
9. A leader communicates effectively
10. A leader is a team builder
11. A leader is courageous
12. A leader is commited
(27)
Faktor Yang Mempengaruhi Kepimpinan
DIRI
ORANG ATASAN
ORANG BAWAHAN
TEMPAT
KERJA PERSEKI-TARAN
KEADAAN KERJA
(28)
Gaya Kepemimpinan
• Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.
• Pada dasarnya gaya/stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:
1. Kepimpinan Autokratik
2. Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis) 3. Kepimpinan Demokrasi
(29)
Gaya Kepemimpinan
Kepimpinan Autokratik:
• Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas.
• Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.
• Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
(30)
Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis):
• Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya.
• Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan.
• Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
(31)
Kepimpinan Demokrasi:
• Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.
• Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
(32)
Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan):
• Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya.
• Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya.
• Kuasa yang ada padanya tidak digunakan.
• Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
(33)
Terdapat 4 Jenis Kepemimpinan:
1. Kepemimpinan Semula Jadi 2. Kepemimpinan Berkarisma 3. Kepemimpinan Birokratik 4. Kepemimpinan Teragih
(34)
1. Kepemimpinan Semula Jadi
• Dalam sejarah manusia di mana-mana sahaja, akan terbentuk sekumpulan manusia yang pasti akan diketuai oleh seorang yang berpengaruh meskipun tidak pernah dilantik secara formal melainkan atas dasar persetujuan semata-mata.
• Seseorang akan dianggap dan dipatuhi arahannya sebagai ketua mungkin disebabkan org yg paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonal yang dikagumi dan dihormati.
(35)
• Max Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yg mampu memyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yg sepenuhnya.
• House & Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yg dimiliki oleh pemimpin berkarisma
iaitu:- Keyakinan diri yg tinggi
Berani menanggung risiko
Berorientasikan pencapaian
Berorientasikan kreativiti dan inovasi
Bertenaga & stamina diri yg tinggi
Menggunakan pengaruh terhadap pengikut
(36)
• Max Weber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yg disandang secara rasmi dlm sesebuah organisasi & bertindak menggunakan kuasa yg ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional.
• Kepemimpinan Birokratik memberi penekanan
kpd:- Organisasi yg berorientasikan matlamat
Pembahagian bidang pengkhususan
Struktur berhierarki
Mementingkan peraturan & tatatertib
Mempunyai prosedur kerja yg amat teknikal
Perjawatan berdasarkan kelayakan & kecekapan bidang.
(37)
• Packwood (1989) menyatakan dlm sesebuah organisasi yg besar & kompleks, pentadbiran secara birokrasi adalah suatu ciri yg umum.
• Ciri2 kepemimpinan birokratik dlm organisasi sekolah
adalah:- Guru Besar/Pengetua menduduki hierarki tertinggi dlm struktur organisasi sekolah.
Semua guru memiliki kepakaran dlm bidang masing-masing
Pematuhan kpd peraturan sekolah & jadual waktu akademik
Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan segala aktiviti kurikulum & kokurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan & sukatan yg tlh ditetapkan.
• Pemimpin birokratik berorientasikan tugas & memastikan segala prosedur yg diamalkan oleh organisasi dipatuhi oleh
(38)
• Kepemimpinan diagihkan dlm suatu jaringan interaktif antara pemimpin dgn semua ahli & dpt menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas.
• Dianggap sebagai jenis kepemimpinan yg paling sesuai utk organisasi sekolah kerana sebhg besar ahlinya terdiri drp golongan profesional yg mempunyai autoriti dlm bidang kepakaran masing-masing.
• Brown, Boyle & Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi & amalan rakan sekerja, mrk memperoleh manfaat drp sokongan & kepelbagaian kepakaran rakan sekerja.
• Perkongsian visi & misi merupakan asas kpd hasil keputusan bersama yg meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.
(39)
Teori Kepemimpinan
• Terdapat pelbagai kajian berkaitan dgn teori kepemimpinan.
• Persoalan: Apakah faktor utama yang membolehkan seseorang pemimpin berjaya mempengaruhi pengikutnya?
– Faktor Personaliti Pemimpin (Teori Trait)
– Faktor Tingkahlaku Pemimpin (Teori Tingkahlaku)
– Faktor Situasi (Teori Situasi)
– Faktor Pilihan/kontinjensi (Teori Kontinjensi)
– Faktor Gaya Pemimpin (Teori Kepemimpinan Moral)
(40)
Kepentingan Mengkaji Gaya Kepemimpinan
• Kesemua teori kepemimpinan bertujuan menganalisis hubungkait kepemimpinan dengan:
- Produktiviti
- Kecemerlangan - Motivasi dan
(41)
1. Teori Trait
–
Ciri Psikologi
• Thomas Carlyle (1795-1881) mengemukakan the Great Man
Theory yang menganggap pembangunan di dunia adalah hasil pencapaian orang-orang masyhur di dunia.
• Gordon Willard Allport (Nov. 11, 1897 – Oct. 9, 1967) pula adalah antara pemikir terawal yang mengutarakan Teori Trait.
• Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan kebanyakan orang.
• Sebagai contohnya, seseorang pemimpin itu mempunyai kelebihan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepat mungkin, kepekaan sosial, seorang yang bercita-cita tinggi dan besar, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi, energetik, yakin dengan dirinya sendiri, kalis daripada tekanan dan sedia memikul tanggungjawab.
(42)
• Stogdill (1974) membuat klasifikasi trait yang perlu ada pada seseorang pemimpin seperti berikut:
- Keupayaan: (Capacity: intelligence, alertness, verbal facility, originality, judgment)
- Pencapaian: (Achievement: scholarship, knowledge, athletic achievement)
- Tanggungjawab: (Responsibility: dependability, initiative, persistence, aggressiveness, self-confidence, desire to excel )
- Penglibatan: (Participation: activity, sociability, cooperation, adaptability, humor)
- Status: (Status: socioeconomic position, popularity )
(43)
• Ciri-ciri Kepemimpinan yang berjaya - Keith Davis (1972):
• Kecerdasan – ketangkasan fikiran dan mempunyai persepsi yang luas.
• Kematangan sosial – matang dan stabil dari segi emosi dan mempunyai bidang kecenderungan yang luas.
• Motivasi dalaman dan dorongan pencapaian, mempunyai kepuasan ganjaran dalaman, bukan ganjaran luar sahaja.
• Sikap hubungan manusia – mengenali dan menghargai potensi individu.
(44)
• Kelemahan Teori Trait:
• Teori trait tidak mengambil kira ciri-ciri kepemimpinan yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan.
• Teori trait terhad pada ciri-ciri individu dan tidak dapat digeneralisasikan.
• Pendekatan trait tidak memberi perhatian kepada interaksi antara individu dan kumpulan.
• Tidak wujud satu taksonomi psikologi yang jelas dan lengkap untuk ciri-ciri kepemimpinan. Ada kalanya sesuatu ciri itu kabur seperti kind but firm, forceful but cooperative dan sebagainya.
(45)
2. Teori Tingkahlaku
• Tiga kajian yang meneliti tingkahlaku kepemimpinan: i. Kajian University of Iowa
ii. Kajian Ohio State University iii. Kajian University of Michigan
(46)
1. Dapatan Kajian Universiti Iowa : Pengkaji - Kurt Lewin, Ronald Lippitt dan Robert K. White
• Terdapat tiga gaya kepemimpinan iaitu:-i. Kepemimpinan Autoritarian
Pemimpin bersifat mengarah dan penglibatan surbodinat dalam membuat keputusan adalah minimum.
ii. Kepemimpinan demokratik
Pemimpin menggalakkan perbincangan dan pembuatan keputusan bersama.
iii. Kepemimpinan laissez-faire
Pemimpin memberikan kebebasan penuh kepada surbodinat untuk membuat keputusan secara bersendirian.
(47)
• Tingkahlaku pemimpin yang berlaku demokratik lebih berkesan dalam usahanya untuk mempengaruhi pengikutnya.
• Demokratik-partisipatif - pengikut dijemput bersama menyumbang idea dalam proses membuat keputusan.
• Demokratik-konsultatif - pemimpin meminta pendapat pengikut tetapi kemudiannya beliau yang membuat keputusan.
• Jika dibandingkan dengan stail autoritarian, stail laissez-faire lebih digemari.
• Produktiviti didapati lebih sedikit di bawah pemimpin autoritarian dibandingkan dengan pemimpin demokratik.
• Pemimpin laissez-faire memperlihatkan produktiviti yang
(48)
2. Dapatan Kajian Ohio State University - Pengkaji: Ralph M. Stogdill dan Alvin E. Coons
• Menggunakan instrumen soal selidik berjudul Leader Behavior Description Questionaire (LBDQ) untuk mengkaji tingkahlaku kepemimpinan.
• Analisis dilakukan dan dua dimensi tingkah laku yang menonjol telah dikenal pasti:
(a) Initaiting Struktur (Pengdayautamaan Struktur) (b) Consideration (Pertimbangan)
• Pemimpin yang memperlihat pengutamaan struktur tinggi dan timbangrasa tinggi menghasilkan kepuasan dan prestasi tinggi
(49)
Segiempat 2: Pemimpin amat mementingkan hubungan dan kurang mementingkan struktur di tempat kerja
Segiempat 3: Pemimpin mementingkan kedua-dua hubungan bersama pekerja dan struktur di tempat kerja
Segiempat 1: Pemimpin kurang memberi
perhatian kepada hubungan bersama
pekerja dan juga kurang mementingkan struktur di tempat kerja
Segiempat 4: Pemimpin kurang memberi
perhatian kepada hubungan bersama
pekerja tetapi amat tegas dalam menerapkan
struktur di tempat kerja
2. Teori Tingkahlaku
(50)
3. Dapatan Kajian University of Michigan - Ketua Pengkaji: Rensis Likert.
• Dua gaya tingkah laku kepemimpinan yang dikenal pasti: i. Production-centered leadership (Kepemimpinan
berpusatkan hasil/output)
ii. Employee-centered leadership (Kepemimpinan berpusatkan pekerja)
– Kepemimpinan Production-centered hampir sama dengan pendayautamaan struktur.
– Kepemimpinan Employee-centered pula sama dengan yang mengorientasikan timbangrasa.
(51)
• Kajian awal menunjukkan pemimpin yang memperlihat gaya employee-centered lebih berkesan.
• Namun kajian-kajian susulan menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan didapati memperlihatkan skor yang tinggi pada kedua-dua dimensi.
• Jika dibandingkan dengan dapatan kajian Ohio, Kajian Michigan didapati kurang konsisten. Oleh itu kajian Ohio lebih digemari oleh penyelidik selepas itu.
(52)
Teori X & Teori Y
• Teori X dan Teori Y ialah teori motivasi manusia yang dicipta dan dibangunkan oleh Douglas McGregor (1960) melalui bukunya The Human Side Enterprise .
• Teori ini mengemukakan strategi kepemimpinan efektif dengan menggunakan konsep pengurusan berpenyertaan.
• Konsep ini terkenal dengan menggunakan anggapan-anggapan sifat dasar manusia.
• Pemimpin yang menyukai teori X cenderung menyukai gaya kepemimpinan melalui kuasa dan sebaliknya, seorang pemimpin yang menyukai teori Y lebih menyukai gaya kepemimpinan demokratik.
• Sebagai contoh, karyawan yang memiliki jenis teori X adalah karyawan dengan sifat yang tidak akan bekerja tanpa perintah, sebaliknya karyawan yang memiliki jenis teori Y akan bekerja dengan sendirinya tanpa perintah atau pengawasan dari atasannya.
(53)
Teori X
• Teori ini menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah makhluk pemalas yang tidak suka bekerja serta senang menghindar dari pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
• Pekerja memiliki cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan syarikat namun menginginkan balas jasa serta jaminan hidup yang tinggi.
• Sewaktu bekerja, para pekerja mesti terus diawasi, diancam serta diarahkan agar dapat bekerja sesuai dengan yang diinginkan syarikat.
(54)
Teori Y
• Teori ini memiliki anggapan bahwa kerja adalah kudrat manusia seperti halnya kegiatan sehari-hari.
• Pekerja tidak perlu terlalu diawasi dan diancam secara ketat kerana mereka memiliki pengendalian serta pengarahan diri untuk bekerja sesuai tujuan syarikat.
• Pekerja memiliki kemampuan kreatif, imaginasi, kepandaian serta memahami tanggungjawab dan prestasi atas pencapaian tujuan bekerja.
• Pekerja juga tidak harus mengerahkan segala potensi diri yang dimiliki dalam bekerja.
(55)
3. Teori Situasi
• Prof Emeritus Dr James E. Grunig (1997) adalah seorang akademis yang mula-mula membangunkan Teori Situasi (Situational Theory) berpendapat sesuatu kepemimpinan biasanya dipengaruhi oleh situasi di mana faktor-faktor tertentu daripada situasi yang khusus menentukan pemimpin yang sesuai bagi keadaan tersebut.
• Paul Hersey (1969) dalam karyanya yang berjudul Situational Leader akhirnya melahirkan sebuah gagasan kemudiannya berkembang menjadi Personal Situational Theory.
• Teori ini mengatakan bahawa situasi tidak memadai bagi melahirkan pemimpin. Seseorang pemimpin itu masih memerlukan bantuan dan sokongan bagi muncul dan
(56)
• Teori Situasi (Situational Theory) yg dikemukakan oleh Hersey & Bla hard s (1977, 1992) mengfokuskan kepada tingkat kematangan orang bawahan. Ia khususnya bagi kematangan: i. Kematangan kerja/tugas – kemahiran & pengetahuan
teknikal yang dimiliki.
ii. Kematangan psikologi – keyakinan, kebolehan & kesediaan menerima tugas yg diarahkan.
• Terdpt empat gaya kepemimpinan iaitu:-i. Memberitahu (telling)
ii. Menjual (selling)
iii. Mengambil bahagian (participating) iv. Menurunkan kuasa (delegating)
(57)
• Teori Kontinjensi masih berkait rapat dgn Teori Situasi.
• Joan Woodward (1958) melalui Contigency Theory mengatakan bahawa tahap efektif seseorang pemimpin itu berorientasikan tugasannya (task oriented) dan mungkin juga berorientasikan hubungan dengan orang bawahan yang dipimpinnya (relation oriented).
• Ianya bergantung kepada tuntutan terhadap situasi, kehendak serta keperluan semasa.
(58)
• Fiedler (1967) yg mengemukakan Teori Kontinjensi menyatakan bhw sesuatu gaya kepemimpinan mungkin berkesan bergantung kpd situasi & tertakluk kpd orientasi psikologi pemimpin & tuntutan persekitaran
iaitu:-i. Saiz organisasi
ii. Sumber & cara operasi yg berbeza
iii. Pandangan pemimpin terhadap staf & sebaliknya iv. Teknologi & peralatan yg digunakan
• Keberkesanan kepemimpinan bergantung kpd kesepadanan dua pembolehubah iaitu gaya kepemimpinan & tahap sokongan persekitaran (spt di atas).
(59)
5. Teori Kepemimpinan Moral
• Emile Durkheim (1925), mengemukakan, moral dilihat secara teori maupun praktik.
• Secara teorinya, moral merupakan sistem intrinsik ketahanan manusia dalam hubungan dengan orang lain.
• Ianya termasuk kemampuan memaksa diri untuk berperilaku dan berbuat baik, sehingga pada akhirnya menciptakan situasi yang kondusif bagi terciptanya kesatuan masyarakat.
• Secara praktis pula, moral merupakan syarat mutlak terciptanya suatu bangsa yang sihat dan survive serta membangun.
(60)
• Sergiovanni (1974, 1992) mengutarakan bahawa Kepemimpinan Moral (Moral Leadership) adalah berasaskan nilai, prinsip dan etika.
• Sergiovanni (1992) mengemukakan, kepemimpinan moral jauh lebih efektif dan efisien dibandingkan dengan kepemimpinan tradisional.
• Jika moral telah menjadi keutamaan pemimpin dalam setiap tindakan individu, seseorang itu akan melakukan yang terbaik, sama ada terdpt orang lain yang mengawasinya atau tidak.
(61)
6. Teori Transactional/Transformasional
• Teori Transaksional (Transactional Theory) yg dikemukakanoleh Burn, (1978) mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orang bawahan melalui pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Pemimpin jenis ini peka dan cakna terhadap:
i. Keinginan orang bawahan
ii. Memberikan habuan atau janji
(62)
• Teori Transformasional (Transformational Theory) yg diketengahkan oleh Burn, (1978) & Bass, (1985) menyatakan teori ini bertujuan memotivasikan orang bawahan bekerja demi mencapai sasaran organisasi dan memuaskan kehendak mereka pada tahap yang lebih tinggi.
• Antara lain ianya juga melibatkan:
i. Meningkatkan dorongan dan kesedaran bagi mencapai sasaran/target.
ii. Mendahulukan kepentingan kelopok.
iii. Meningkatkan kehendak orang bawah disebabkan tekanan yang dicipta.
(63)
Rumusan Teori
• Sebagai orang Islam kita sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada sumber Ilahiyat dalam agama kita iaitu al-Quran dan Sunnah.
• Persoalan paling penting & utama ialah siapakah calon terbaik bagi dijadikan role model, qudwah hasanah. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (Surah al-Ahzab, ayat 21)
(64)
• Nabi Muhammad saw adalah manusia yang terbaik dari segenap sudut khususnya kepemimpinan sebagaimana yang dinukilkan oleh Michael H. Hart dalam bukunya 100 Most Influential Person In The World .
• Beliau meletakkan Nabi Muhammad saw di tempat yang pertama mengalahkan 99 personaliti terkemuka dunia.
• Tidak ada manusia yang dikenang dan diperincikan segenap perkara mengenai hidupnya dan baginda mampu membina sebuah tamadun yang gemilang dengan hanya mengambil masa 23 tahun malah mampu menjadi contoh dari sudut emosi, spiritual dan keduniaan dengan begitu berjaya sekali.
(65)
• Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam.
• Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad saw pemimpin Islam; sebab bagindalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).
(66)
(67)
Kepemimpinan Sekolah
•
Bagaimanakah Pengetua / Guru Besar Berperanan
Sebagai Pemimpin dan Pengurus di Sekolah?
• Pengetua/Guru Besar merupakan ketua organisasi bagi melahirkan staf yang komited dan sebagai seorang pengurus yang dapat membimbing mereka yang patuh kepada peraturan kurikulum.
• Justeru, Pengetua/Guru Besar dilihat sebagai pengurus yang sangat penting, sangat berpengaruh, sangat bertanggungjawab, berjiwa pemimpin dan sebagai penghubung utama antara sekolah dengan komuniti.
(68)
• Apakah Peranan dan Bidang Tugas Pemimpin & Pengurus Kurikulum ? (Pengetua / Guru Besar?)
Kepemimpinan Sekolah
Pemimpin Kurikulum • Menetapkan visi dan misi
kurikulum
• Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum
• Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum
• Menentukan jenis-jenis mata pelajaran elektif
• Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran
• Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi
• Sebagai pendidik contoh meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan
Pemantau Kurikulum • Visi dan misi kurikulum
sekolah dijayakan
• Kursus pengajian dipatuhi
• Amalan pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan
Penilai Kurikulum • Mengubah suai program dan
aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi
• Menilai keberkesanan amalan P&P
• Merancang, mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan
(69)
Aspirasi Terhadap Proses Kepimpinan Sekolah
Polisi / Dasar
Bangunan
Infrastruktur
Sumber Manusia
Peruntukan
Pelajar
Lain-lain Sokongan
Perkhidmatan Cemerlang Hasil Gemilang Matlamat Tercapai BERKESAN
P
E
M
I
M
P
I
N
(70)
Petunjuk Keberkesanan Kepemimpinan Dlm
Konteks Sekolah
…
• Halatuju dlm jangkamasa tertentu jelas tercapai
• Setiap ahli memainkan peranan dgn berjaya
• Dayausaha secara bersama (TEAM)
• Komunikasi (menegak dan mendatar) jelas dan baik
• Inovasi dan daya kreatif didokong oleh semua
• Pelanggan teransang mencapai prestasi tertinggi
• Kelihatan kemas, teratur dan cantik (luar dalam)
• Pembaziran tenaga dan sumber yang minimum
• Disiplin terkawal, budaya bangsa dihayati/ diamali
• Semua kelihatan ceria dan berminat
• Dihargai masyarakat dikenangi bekas pelajar
(71)
Syarat Pemimpin Sekolah Yang Berkesan
Pemimpin Sekolah
Sikap/ Tabiat Komitmen
Gaya Kepimpinan
Orientasi
(72)
Kepintaran
(Intelligence)
Kebolehpercayaan
(Trustworthy)
Keikhlasan
(Sincerity)
Kemahiran Berkongsi
(Sharing)(73)
Keberkesanan Peranan Pemimpin Sekolah
P
LANNING
( Merancang)O
RGANISING
(Mengelola)L
ISTENING
(Mendengar)I
NSPIRING
(Memberi Galakan/Motivasi)C
OUNSELING
(Menasihat)(74)
Pengaruh Proaktif Berkekalan
Kawalan Tindakbalas
Proses Kuasa Pemimpin Sekolah
Pengaruh Tindakbalas
Adil
Hormat Takut
Berasaskan Prinsip Berasaskan
Kekerasan Berasaskan Utiliti
(75)
(76)
Tutorial
• Siapakah pemimpin yang anda sanjungi? Apakah ciri-ciri istimewa yang setiap pemimpin miliki?
• Adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat semulajadi, atau, setiap orang boleh dilatih untuk menjadi pemimpin? Beri ulasan anda.
• Layari internet dan buat rujukan buku-buku berkaitan teori-teori kepemimpinan. Banding-bezakan kelebihan & kekurangan setiap teori dalam konteks kepemimpinan sekolah.
(77)
•
Kemukakan
satu
masalah/
konflik
dalam
organisasi/ bilik darjah anda. Buat analisa dan
aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik
untuk menyelesaikannya.
(78)
Rujukan
Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007), Guru sebagai pemimpin, K. Lumpur: PTS Professional.
Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan, K. Lumpur: Kumpulan Budiman.
(79)
Abdullah, S.Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007),Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Asarudin bin Hj. Ashari (1995), Pengurusan Strategik Di peringkat Sekolah, Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, 34:22-27.
Azmi Zakaria, Wan Fatimah Mohamad & Quek Bong Cheang, Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan, Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. Jld.5 Bil. 1 Disember 1995.
Chan Yuen Fook , Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan, Khidmat, Mac/Apr. 20-25, 1999.
Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimipinan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ismail Adnan, Kepimpinan Pengetua / Guru Besar Ke Arah Pelaksanaan Kurikulum Yang Berkesan,
Jurnal Kurikulum, Jld. 1 Tahun 1998.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), Buku Panduan Profesional Sekolah Menengah , 21.
Mohd. Salleh bin Lebar (1996), Kurikulum Pendidikan Malaysia: Perkembangan dan Haluan,
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf (1997), Pengurusan Strategik : Satu Pengenalan kepada Peranan dan Amalan Konsepnya dalam Pengurusan Sekolah, Jurnal Pengurusan Pendidikan 7(1):14
(80)
David Potter dan Graham Powell (1992), Managing A Better School , Oxford: Heinemann.
Blake R. r. & Mouton, J. S. (1985), The Managerial Grid III: The Key to Leadership Excellence,
Houston: Gulf Publishing Co.
Burns, J. M. (1978), Leadership, New York: Harper Row.
Fiedler, F. E. (1967), New Approachers to Effective Leadership, New York: John Wiley.
Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press.
Harris, A. & Lambert, L. (2003), Building Leadership Capacity For School Improvement,
Buckingham: Open Univercity Press.
Hart, Michael H. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Revised and Updated for the Nineties. New York: Carol Publishing Group/Citadel Press; first published in 1978, reprinted with minor revisions (reflected above) in 1992.
Hersey, P., 1985.The situational leader. New York, NY: Warner Books.
House, Robert J., 1971. A path-goal theory of leader effe tive ess . Administrative Science Quarterly16: 321–339.
McGregor, D. (1960), The Human Side of Enterprise, New York: McGraw-Hill.
Noel M. Tichy & David O. Ulrich (1984), The Leadership Challenge – A Call For the Transformational Leader, Sloan Management Review, Fall 1984, Vol.26, No.1, Reprinted with
(81)
Siergiovanni, T. J. (1992), Moral Leadership: Getting To The Heart of School Leadership, San Francisco: Jossey-Bass.
Stogdill, R. M. (1974), Handbook of Leadership: A Survey of Theory and Research, New York: Free Press.
Yulk. G. (1989), Ma agerial Leadership: A Review of Theory and ‘esear h , Journal of Management, 15, Hal. 251 – 289.
(1)
Tutorial
•
Siapakah pemimpin yang anda sanjungi? Apakah
ciri-ciri istimewa yang setiap pemimpin miliki?
•
Adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat
semulajadi, atau, setiap orang boleh dilatih untuk
menjadi pemimpin? Beri ulasan anda.
•
Layari internet dan buat rujukan buku-buku berkaitan
teori-teori kepemimpinan. Banding-bezakan kelebihan &
kekurangan setiap teori dalam konteks kepemimpinan
sekolah.
(2)
•
Kemukakan
satu
masalah/
konflik
dalam
organisasi/ bilik darjah anda. Buat analisa dan
aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik
untuk menyelesaikannya.
Tutorial
(3)
Rujukan
Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A.
(2007),
Guru sebagai pemimpin,
K. Lumpur:
PTS
Professional.
Ibrahim, Mamat (2001),
Pengetua sekolah menangani isu
dan cabaran kepemimpinan,
K. Lumpur:
Kumpulan
Budiman.
http://yik.itgo.com/text/pengetua.html
(4)
Abdullah, S.Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007),Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Asarudin bin Hj. Ashari (1995), Pengurusan Strategik Di peringkat Sekolah, Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, 34:22-27.
Azmi Zakaria, Wan Fatimah Mohamad & Quek Bong Cheang, Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan, Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. Jld.5 Bil. 1 Disember 1995.
Chan Yuen Fook , Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan, Khidmat, Mac/Apr. 20-25, 1999.
Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimipinan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ismail Adnan, Kepimpinan Pengetua / Guru Besar Ke Arah Pelaksanaan Kurikulum Yang Berkesan,
Jurnal Kurikulum, Jld. 1 Tahun 1998.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), Buku Panduan Profesional Sekolah Menengah , 21.
Mohd. Salleh bin Lebar (1996), Kurikulum Pendidikan Malaysia: Perkembangan dan Haluan,
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf (1997), Pengurusan Strategik : Satu Pengenalan kepada Peranan dan Amalan Konsepnya dalam Pengurusan Sekolah, Jurnal Pengurusan Pendidikan 7(1):14
Ramaiah. AL (1999), Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini, Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd.
(5)
David Potter dan Graham Powell (1992), Managing A Better School , Oxford: Heinemann.
Blake R. r. & Mouton, J. S. (1985), The Managerial Grid III: The Key to Leadership Excellence,
Houston: Gulf Publishing Co.
Burns, J. M. (1978), Leadership, New York: Harper Row.
Fiedler, F. E. (1967), New Approachers to Effective Leadership, New York: John Wiley.
Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press.
Harris, A. & Lambert, L. (2003), Building Leadership Capacity For School Improvement,
Buckingham: Open Univercity Press.
Hart, Michael H. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Revised and Updated for the Nineties. New York: Carol Publishing Group/Citadel Press; first published in 1978, reprinted with minor revisions (reflected above) in 1992.
Hersey, P., 1985.The situational leader. New York, NY: Warner Books.
House, Robert J., 1971. A path-goal theory of leader effe tive ess . Administrative Science Quarterly16: 321–339.
McGregor, D. (1960), The Human Side of Enterprise, New York: McGraw-Hill.
Noel M. Tichy & David O. Ulrich (1984), The Leadership Challenge – A Call For the Transformational Leader, Sloan Management Review, Fall 1984, Vol.26, No.1, Reprinted with permisson.
(6)
Siergiovanni, T. J. (1992), Moral Leadership: Getting To The Heart of School Leadership, San Francisco: Jossey-Bass.
Stogdill, R. M. (1974), Handbook of Leadership: A Survey of Theory and Research, New York: Free Press.
Yulk. G. (1989), Ma agerial Leadership: A Review of Theory and ‘esear h , Journal of Management, 15, Hal. 251 – 289.