Nombor dan operasi yang empat Sukatan

Subjek Matematik UPSR terbahagi kepada 2 kertas, iaitu Matematik Kertas 1, dan Matematik Kertas 2. Pada minggu ini, kita akan berbincang kemahiran-kemahiran dalam soalan Matematik Kertas 2. Perbincangan mengenai format peperiksaan akan dibincangkan pada minggu depan. Soalan Matematik Kertas 2 UPSR yang akan dikemukakan pada tahun 2016 berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Aras soalan terdiri daripada konsep tahu hingga kepada aras menyelesaikan masalah dan mencipta. Oleh itu, penguasaan yang mendalam bagi setiap tajuk amat diperlukan. Soalan yang memperuntukkan 1 markah kebiasaannya hanya memerlukan jawapan tepat sahaja, manakala soalan yang memperuntukkan 2 markah atau 3 markah meminta calon memberikan jawapan tepat tetapi perlu menunjukkan langkah pengiraan yang jelas dan boleh diterima untuk mendapat jawapan. Semua perkara di atas adalah dalam bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia LPM. Soalan dan format yang dikemukakan oleh pihak LPM adalah sebagai panduan sahaja. Soalan Matematik Kertas 2, kerap dianggap soalan yang mudah oleh sebahagian besar calon UPSR. Namun begitu, untuk tahun 2016 situasinya sudah berubah. Setiap satu soalan mungkin terdiri daripada lebih 2 kemahiran dan mungkin juga dikaitkan dengan lebih daripada satu tajuk. Calon UPSR perlu menguasai semua Objektif Mata Pelajaran iaitu kemahiran operasi asas matematik yang melibatkan bidang nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra serta statistik dan kebarangkalian. Terdapat 9 peringkat objektif mata pelajaran Matematik di sekolah rendah. Daripada tahu dan faham sehingga dapat menjelmakan dalam kehidupan seharian. Kesemua kemahiran yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran DSKP akan disoal dalam UPSR 2016. Tajuk-tajuk baharu seperti Nisbah dan Kadaran, Koordianat, Sudut dan Kebarangkalian telah pun dimasukkan dalam DSKP. Oleh itu, murid seharusnya telah mengetahui dan memahami konsep tersebut selain daripada konsep nombor, pecahan, perpuluhan, peratus dan sukatan. Secara ringkasnya dinyatakan seperti berikut: 4 Bidang Pembelajaran Matematik Persediaan awal calon harus menguasai perkara atau kemahiran berikut:

i. Nombor dan operasi yang empat

≤ Kuasai fakta asas sifir dan konsep bahagi ii. Konsep BODMAS ≤ Biasanya melibatkan dua operasi dalam satu soalan. Sebagai contoh, apabila operasi darab dengan tolak, perlu selesaikan operasi darab terlebih dahulu. Soalan ini lebih kepada seoalan bentuk persamaan. iii. Perkaitan kemahiran pecahan, perpuluhan dan peratus ≤ Soalan yang dikemukakan melibatkan tajuk-tajuk tersebut yang paling asas kuasai konsep pecahan. Lazimnya, operasi darab dan bahagi terlibat. iv. Nilai wang ≤ Melibatkan penukaran RM dan sen, × ÷ . Tentukan tentang kadar faedah jual beli untung rugi aset liabiliti.

v. Sukatan

≤ Dalam jisim, jarak dan isi padu melibatkan penukaran unit. × ÷ 1 000 bentuk unit dalam perpuluhan dan nombor bercampur. vi. Tempoh masa ≤ Abad dekad, tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat serta melibatkan operasi yang empat, sistem jam dan usia manusia. vii. Goemetri ≤ Bentuk dan ruang, konsep perimeter, luas dan isi padu bongkah. Selain itu konsep sudut, garis selari dan serenjang. viii. Perkaitan dan algebra ≤ Konsep koordinat, kedudukan sesuatu objek, dan menentukan kemahiran nisbah dan kadaran melibatkan konsep pecahan. ix. Statistik dan kebarangkalian ≤ Lebih kepada min, perwakilan data dan kebolehjadian. Lazimnya, soalan-soalan 1 markah yang dikemukakan lebih kepada soalan aras pengetahuan yang meliputi tajuk atau kemahiran seperti berikut; a Nombor ≤ nilai tempat nilai digit bina nombor menulis angka pembundaran dan penukaran nombor b Sukatan dan masa ≤ nyatakan nilai sukatan nyatakan waktu c Pecahan perpuluhan peratus ≤ tuliskan nilai tukar nilai d Ruang 2 matra atau 3 matra ≤ menamakan bentuk ciri-ciri pada rajah sudut e Koordinat ≤ namakan kedudukan sesuatu tempat lokasi Soalan aras 2 dan 3 markah lebih kepada soalan aras kefahaman dan aplikasi. Setiap jawapan memerlukan langkah pengiraan yang betul. Tunjukkan langkah pengiraan. Soalan lazimnya lebih kepada tajuk atau kemahiran berikut; a Operasi yang empat Operasi bergabung b Sukatan Masa – menentukan pengiraan yang melibatkan sukatan penukaran unit c Pecahan Peratus Perpuluhan – konsep aplikasi dalam kemahiran d Semua tajuk boleh disoal Soalan aras 2 markah boleh diketegorikan kepada 2 jenis iaitu, soalan aras pengetahuan dan kefahaman. Kelihatan soalan mudah tetapi berkaitan antara satu soalan dengan yang lain. Soalan aras 3 markah pula lebih tertumpu kepada langkah menentukan jawapan sesuatu soalan. Calon perlu menunjukkan langkah pengiraan sekurang-kurangnya 2 langkah sebelum memberikan jawapan betul. Langkah pengiraan dinilai dari aspek boleh memberikan jawapan dengan wajar, lebih kepada aplikasi konsep matematik yang meliputi semua tajuk atau kemahiran atau sehingga konsep mencipta dan menyelesaikan masalah. Kepada calon-calon UPSR 2016, diberikan beberapa panduan untuk menjawab soalan Matematik Kertas 2. i. Pastikan tajuk atau kemahiran yang banyak disoal dalam peperiksaan telah dikuasai dengan baik. ii. Kerap membuat latihan berkaitan dengan tajuk-tajuk tersebut. iii. Pastikan setiap soalan diberikan langkah pengiraan yang tepat sebelum memberikan jawapan. iv. Buat latihan berkumpulan, bertukar pandangan dengan rakan berkaitan langkah menjawab soalan. v. Buat latihan ujian dengan tetapkan masa menjawab – setiap minggu atau sekurang- sekurangnya 2 minggu sekali vi. Buat latihan dengan berpandukan soalan tahun-tahun lepas untuk memdapatkan gambaran tepat tentang soalan-soalan yang berkaitan. vii. Semakan tajuk-tajuk yang boleh dan saling berkait, contohnya pecahan dengan wang dan sukatan. PENGENALANKERTAS Oleh M Ismail bhdidikbh.com.my Matematik Kertas 1 merupakan kertas soalan objektif yang mengandungi 40 soalan. Biasanya isi kandungan Kertas 1 merujuk kepada semua sukatan yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR mulai Tahun 1 hingga Tahun 6. Kertas 1 ini akan membincangkan secara terperinci soalan- soalan yang seiras dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR yang lepas. Ruangan Matematik Kertas 1 ini akan membincangkan kesemua 12 topik. Tajuk Nombor Bulat dan Operasi yang terdiri daripada nombor bulat, tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung, Pecahan, Peratus, Perpuluhan, Wang, Masa dan Waktu, tajuk gabungan Isi Padu Cecair, Jisim dan Panjang, Ruang, Koordinat, Nisbah dan Kadar, Pengurusan Data dan Kebolehjadian. Selain itu, turut diadakan beberapa siri latihan topikal dan ujian. Perbincangan setiap tajuk dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian 1 khas untuk soalan aras pengetahuan dan kefahaman,manakala bahagian 2 pada minggu berikutnya membincangkan soalan-soalan penyelesaian masalah. Namun demikian,bagi tajuk-tajuk yang tidak banyak isi kandungannya, kedua-dua aras akan digabungkan. Rujuk jadual yang akan disiarkan pada minggu hadapan. Bagi bahagian 1, setiap tajuk akan dimulakan dengan soalan fakta asas 5 hingga 7 soalan dan 1 contoh penyelesaian atau nota penting operasi yang dipilih. Sementara itu, bahagian 2 dimulakan dengan beberapa ayat penting dan istilah penting yang terdapat dalam sesuatu soalan penyelesaian masalah. Satu soalan contoh atau nota akan ditunjukkan. Set Ujian Percubaan akan dikemukakan pada bulan Mac dan Mei sebagai persediaan ke arah peperiksaan dan membiasakan calon dengan format terkini. Bermula pada bulan Julai hingga Ogos, akan disiarkan beberapa siri latihan sebagai ulang kaji dan latih tubi bagi menghadapi UPSR. Soalan Matematik Kertas 1 adalah unik kerana semua kemahiran dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dikemukakan. Soalan Tahap 1 biasanya daripada tajuk Ruang. Biasanya murid mempelajari tajuk ini pada hujung tahun dan ada kemungkinan murid-murid tidak sempat mempelajarinya pada akhir Tahun 1, Tahun 2 atau Tahun 3. Soalan ini melibatkan perkara asas sesuatu bentuk 2-D dan 3-D. Soalan contoh: 1 Sebuah pepejal mempunyai 6 permukaan rata dan ciri-ciri berikut: 2 satah berbentuk bulat 1 permukaan melengkung Apakah nama pepejal itu? A Silinder C Kubus B Piramid D Sfera Jawapan: A 2 Bilangan soalan pada bahagian ini biasanya 6 hingga 8 soalan dan boleh meningkat kepada 8 hingga 10 soalan kerana tajuk baharu dalam KSSR melibatkan banyak soalan baharu pada aras pengetahuan sahaja. Soalan contoh: 1 Antara nombor berikut yang manakah nombor ganjil? A 13 421 C 25 420 B 23 834 D 27 128 Jawapan: A Soalan Kertas 1 umumnya terdiri daripada 3 jenis soalan. Soalan pemahaman konsep adalah seperti latihan berikut: LATIHAN Nombor 1 475 384 dibundarkan kepada puluh ribu yang terdekat ialah A 470 000 C 480 000 B 475 000 D 485 000 Pecahan 2 Rajah 1 terdiri daripada beberapa buah segi empat sama yang sama besar. Rajah 1 Berapakah pecahan daripada seluruh rajah itu berlorek? A 3 — 1 C 4 — 3 B 3 — 2 D 6 — 5 Masa dan Waktu 3 Antara berikut, yang manakah menunjukkan sistem 12 jam dan sistem 24 jam yang sepadan? Sistem 12 jam Sistem 24 jam A 1.15 p.m. Jam 1115 B 9.00 a.m. Jam 2100 C 3.40 a.m. Jam 1540 D 6.30 p.m. Jam 1830 Peratus 4 Tukarkan 8 kepada nombor perpuluhan. A 8.0 C 0.08 B 0.8 D 0.008 Soalan jenis mengira melibatkan hampir semua tajuk. Soalan bahagian ini melibatkan beberapa istilah asas seperti jumlah, beza, selepas, sebelum, tanya kuantiti asas yang banyak dan sama banyak. Bilangan soalan biasanya antara 8 hingga 12 soalan. Nombor Bulat 5 57 105 ÷ 81 = A 75 C 7 005 B 705 D 7050 Pecahan 6 11 – 5 9 — 7 = A 6 9 — 7 C 5 9— 2 B 6 9— 2 D 5 3— 1 Isi Padu Cecair 7 Rajah 2 menunjukkan kandungan air di dalam empat buah bekas, P, Q, R dan S. 1l 80 ml 1 840 ml 2 2— 1 l 5.4 l P Q R S Rajah 2 Hitung jumlah isi padu air, dalam ml, di dalam semua bekas itu. A 11 540 C 10 440 B 10 820 D 10 080 Soalan aplikasi atau penyelesaian masalah pula melibatkan cerita yang panjang selalunya melibatkan beberapa operasi. Selalunya melebihi satu operasi. Soalan yang popular biasanya melibatkan soalan kontra atau kata berlawan . Jenis soalan ini biasanya hampir 20 soalan dan mungkin berkurang untuk UPSR 2016 disebabkan soalan aras analisis dikeluarkan. Nombor Bulat 8 Sebuah kedai menjual sejumlah 630 kuntum bunga ros merah dan ros kuning. Bilangan ros merah yang dijual ialah 124 kuntum kurang daripada bilangan ros kuning. Cari bilangan bunga ros kuning yang telah dijual? A 754 C 377 B 506 D 253 Pecahan 9 Razali membekalkan sejumlah 2 000 biji telur untuk kedai P dan kedai Q. Didapati bahawa 10 — 1 daripada telur itu pecah. Kedai P dibekalkan 5— 3 daripada telur yang tidak pecah. Berapakah bilangan telur yang tidak pecah dibekalkan ke kedai Q? A 720 C 500 B 540 D 360 Peratus 10 Jadual 1 menunjukkan bilangan murid dalam lima kumpulan yang menaiki bas atau kereta ke sekolah. Kumpulan Bilangan murid Menaiki bas Menaiki kereta Maju Tekun Rajin Jaya Cekal 40 37 31 28 24 4 6 11 19 Jadual 1 Berapakah peratus bilangan murid yang menaiki kereta daripada jumlah murid itu? A 20 C 75 B 25 D 80 Jisim 11 Rajah 3 menunjukkan berat sebuah beg. Rajah 3 Apabila empat buah buku dimasukkan ke dalam beg itu, beratnya menjadi 2.5 kg. 4 buah buku itu adalah sama berat. Berapakah jisim, dalam g, sebuah buku itu? A 0.2 C 200 B 0.8 D 800 Secara umumnya soalan Kertas 1 akan menjadi lebih mudah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana tajuk baharu KSSR hanya pada aras pengetahuan sahaja. PENGENALAN KERTAS Oleh Hamzah Salleh SKK bhdidikbh.com.my Selamat Sejahtera dan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua. A PENGENALAN Tahun 2016 merupakan pelengkap kepada pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang dimulakan kepada murid Tahun 1 pada tahun 2011. Sepanjang tiga tahun 2011 - 2013,murid telah pun belajar sains dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi DST dalam Tahun 1 hingga Tahun 3. Kesinambungannya diteruskan dalam subjek Sains Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. B STANDARD KURIKULUM Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga Tahun 6 disusun mengikut enam tema iaitu: 1. Pengenalan Kepada Sains 2. Sains Hayat 3. Sains Fizikal 4. Sains Bahan 5. Bumi dan Sains Angkasa 6. Teknologi dan Kehidupan Lestari Sungguhpun begitu, setiap tahun pembelajaran tidak semestinya merangkumi keenam-enam tema tersebut. Ringkasnya: ≤ Tahun 1, TIADA perbincangan tema Pengenalan Kepada Sains, Bumi dan Bumi Sains Angkasa. ≤ Tahun 2, TIADA perbincangan tema Pengenalan Kepada Sains, Sains Bahan dan Bumi Sains Angkasa. ≤ Tahun 3 – Tahun 5, mempelajari KESEMUA tema kajian sains sekolah rendah. Dunia Sains dan Teknologi DST yang diperkenalkan kepada murid Tahap Satu Tahun 1 – Tahun 3 menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk Teknologi RBT, dan Teknologi Maklumat Komunikasi TMK. Bagi Tahap Dua Tahun 4 – Tahun 6 subjek Sains diasingkan dengan RBT dan TMK. Oleh sebab sisipan BH DIDIK ini berfokus kepada UPSR yang terkini 2016, perbincangan dan latihan banyak merujuk kepada silibus Tahun 4 hingga Tahun 6. Murid Tahun 4 dan Tahun 5 masih boleh mengikutinya sebagai bahan tambahan dan sokongan bagi persiapan pentaksiran dan peperiksaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah PKSR dan Peperiksaan Awam UPSR 2017 dan UPSR 2018. C STANDARD KANDUNGAN D. SAINS KERTAS 1 DALAM BH DIDIK Dalam setiap keluaran, kita akan berbincang berkaitan nota-nota penting pembelajaran Tahap Dua meliputi tajuk dari silibus Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 secara bergilir-gilir serta soalan-soalan contoh objektif yang berkaitan serta set- set soalan ujian percubaan UPSR sebelum menjelang UPSR 2016. Set-set soalan ini dilihat antara set soalan tidak rasmi yang setara bagi seluruh negara kerana sisipan BH DIDIK ini boleh digunakan oleh semua murid di seluruh negara secara serentak. Ringkasnya pengisian ruangan ini meliputi; 1. Nota padat dan latihan 2. Ujian percubaan 3. Latih-tubi secara topikal dan mengikut tahun 4. Soalan-soalan seiras ≤ Rujuk jadual perbincangan Sains Kertas 1 pada keluaran akan datang. Bagi tahun 2016, ruangan ini hanya dalam bahasa Melayu sahaja bagi memberi ruang kepada perbincangan dan latihan yang lebih maksimum. Kepada sekolah-sekolah rintis Program Dwibahasa PDB atau Dual Language Programme DLP Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, sisipan BHDIDIKinimasihsesuaidigunakansebagairujukantambahan. PENGENALAN Tahun 4 1 Pengenalan Kepada Sains 1. 1.1 Kemahiran Saintifik: ≤ Memerhati ≤ Mengelas ≤ Mengukur dan Menggunakan Nombor ≤ Membuat Inferens ≤ Meramal ≤ Berkomunikasi ≤ Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa ≤ Mentafsir Data ≤ Mendefinisi Secara Operasi ≤ Mengawal Pemboleh Ubah ≤ Membuat Hipotesis ≤ Mengeksperimen 1.2 Kemahiran Manipulatif ≤ Mengendalikan Alat dan Spesimen ≤ Melakar ≤ Penyimpanan Alatan 2. Peraturan Bilik Sains 2 Sains Hayat ≤ Proses Hidup Manusia pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan ≤ Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan ≤ Perwarisan Manusia ≤ Tabiat Boleh Mengganggu Proses Hidup Manusia ≤ Proses Hidup Haiwan organ pernafasan haiwan ≤ Proses Hidup Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan ≤ Fotosintesis 3 Sains Fizikal ≤ Pengukuran panjang, luas, isi padu objek, isi padu cecair, jisim, masa dan penggunaan unit-unit 4 Sains Bahan ≤ Sumber Asas Bahan ≤ Sifat Bahan kebolehan menyerap air, kekenyalan, konduktor penebat dan sifat keapungan ≤ Mereka Cipta Objek ≤ Pengaratan Bahan 5 Bumi dan Sains Angkasa ≤ Sistem Suria ≤ Saiz dan Jarak Relatif antara Bumi, Bulan dan Matahari 6 Teknologi dan Kehidupan Lestari ≤ Kepentingan Teknologi dalam Kehidupan ≤ Perkembangan Teknologi pengangkutan, pembinaan, pertanian komunikasi dan perubatan ≤ Sumbangan Teknologi kepada Manusia Tahun 5 1 Pengenalan Kepada Sains 1 1.1 Kemahiran Saintifik: ≤ Memerhati ≤ Mengelas ≤ Mengukur dan Menggunakan Nombor ≤ Membuat Inferens ≤ Meramal ≤ Berkomunikasi ≤ Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa ≤ Mentafsir Data ≤ Mendefinisi Secara Operasi ≤ Mengawal Pemboleh Ubah ≤ Membuat Hipotesis ≤ Mengeksperimen 1.2 Kemahiran Manipulatif ≤ Mengendalikan Alat dan Spesimen ≤ Melakar ≤ Penyimpanan Alatan 2. Peraturan Bilik Sains 4 Sains Hayat ≤ Proses Hidup Haiwan perlindungan diri ≤ Mereka Cipta Model Haiwan ≤ Hubungan Makanan antara Hidupan rantai makanan dan siratan makanan ≤ Proses Hidup Tumbuhan perlindungan diri ≤ Kemandirian Spesies Tumbuhan 5 Sains Fizikal ≤ Tenaga sumber dan bentuk- bentuk tenaga ≤ Tenaga Boleh Dibaharui dan Tenaga Tidak Boleh Dibaharui ≤ Sifat-sifat Cahaya bergerak lurus, boleh dipantulkan dan boleh dibiaskan ≤ Elektrik sumber elektrik, litar elektrik lengkap, langkah- langkah keselamatan elektrik ≤ Haba suhu dan haba 6 Sains Bahan ≤ Jirim keadaan jirim, perubahan keadaan jirim ≤ Kitaran Semula Jadi Air ≤ Kepentingan Air ≤ Sifat Kimia Bahan asid, alkali dan neutral 7 Bumi dan Sains Angkasa ≤ Pergerakan Bumi ≤ Fasa-fasa Bulan 8 Teknologi dan Kehidupan Lestari ≤ Kekuatan dan Kestabilan Sesuatu Objek Binaan ≤ Pembudayaan Kehidupan Lestari Tahun 6 1 Pengenalan Kepada Sains 1. 1.1 Kemahiran Saintifik: ≤ Memerhati ≤ Mengelas ≤ Mengukur dan Menggunakan Nombor ≤ Membuat Inferens ≤ Meramal ≤ Berkomunikasi ≤ Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa ≤ Mentafsir Data ≤ Mendefinisi Secara Operasi ≤ Mengawal Pemboleh Ubah ≤ Membuat Hipotesis ≤ Mengeksperimen 1.2 Kemahiran Manipulatif ≤ Mengendalikan Alatan dan Spesimen ≤ Melakar ≤ Penyimpanan Alatan 2. Peraturan Bilik Sains 2 Sains Hayat ≤ Mikroorganisma ≤ Interaksi antara Haiwan ≤ Interaksi antara Tumbuhan ≤ Ancaman Kepupusan Hidupan 3 Sains Fizikal ≤ Daya daya, kesannya dan daya geseran ≤ Kelajuan 4 Sains Bahan ≤ Pengawetan Makanan kerosakan makanan, pengawetan ≤ Bahan Buangan 5 Bumi dan Sains Angkasa ≤ Gerhana gerhana Bulan dan gerhana Matahari ≤ Buruj 6 Teknologi dan Kehidupan Lestari ≤ Mesin mesin ringkas dan mesin kompleks ≤ Mereka bentuk model mesin Oleh M Khalimi Dalhan bhdidikbh.com.my Selamat sejahtera kepada calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2016. Semoga semua calon lebih bersedia dengan format baharu kertas ini. Untuk ruangan kali ini, cikgu akan memberi tumpuan pada Sains Kertas 2. Calon UPSR pada tahun ini merupakan perintis kepada format baharu Sains Kertas 2. Selain calon diuji mata pelajaran Sains ini pada peringkat sekolah oleh guru menerusi tahap pencapaian yang tertentu, calon juga turut diuji dalam ujian bertulis pada peringkat pusat iaitu soalan- soalan ujian bertulis daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan hasil keputusan peperiksaan nanti akan diumumkan dalam bentuk gred menerusi slip peperiksaan. Bagi keluaran DIDIK kali ini, cikgu akan memberikan gambaran awal tentang soalan-soalan ujian bertulis. Untuk keluaran yang seterusnya, kita akan membincangkan lebih mendalam tentang format soalan Sains Kertas 2. Terdapat perubahan dalam soalan Sains Kertas 2 pada tahun ini berbanding soalan Sains yang mula diperkenalkan pada tahun 1997 hinggalah pada tahun 2015 yang dikenali sebagai Sains Bahagian B. Kertas 2 ini masih lagi soalan berbentuk subjektif yang dipersembahkan dalam bentuk struktur. Cikgu akan menunjukkan perbandingan soalan Sains Bahagian B dengan soalan format baharu Kertas 2 seperti dalam jadual di bawah. Berdasarkan maklumat daripada jadual, bagi format lama kertas Sains Bahagian B cuma menguji konstruk Kemahiran Proses Sains 5 KPS, manakala bagi format baharu Sains Kertas 2 menguji 12 KPS dan ditambah konstruk soalan seperti Pengetahuan, Kefahaman dan elemen Kemahhiran Berfikir Aras Tinggi KBAT. Kertas 2 juga akan menguji topik yang telah anda pelajari dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR, anda juga telah mempelajari Sains berdasarkan tema seperti yang berikut: 1. Pengenalan kepada Sains 4. Sains Bahan 2. Sains Hayat 5. Bumi dan Sains Angkasa 3. Sains Fizikal 6. Teknologi dan Kehidupan Lestari Calon juga boleh menggunakan sumber maklumat ini daripada buku teks sebagai asas rujukan selain menambahkan pengetahuan menerusi pembacaan daripada buku rujukan dan bahan bercetak yang lain seperti majalah serta Internet untuk persediaan ketika menjawab soalan Sains Kertas 2. Untuk makluman, ada juga soalan yang agak mencabar pemikiran calon seperti soalan KBAT yang memerlukan calon menjawab soalan dengan berfikir di luar kotak. Antara 5 ciri soalan KBAT:

1. Stimulus – Menggunakan stimulus secara meluas untuk menjana kemahiran inferens dan