juga mudah turut serta menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. Dengan demikian, pendekatan ini memperluas batas ras dan agama. Ketiga, produk dan perkhidmatan
perbankan dan kewangan Islam dalam sistem dwi-perbankan lebih sofistikated dan terkehadapan.
Berkait dengan aspek syariah, memandangkan ABI 1983 dan juga Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 tidak memberi peruntukan yang jelas
mengenai definisi „bank Islam‟, maka analisis dan pentafsiran secara umumnya pada institusi perbankan Islam
boleh melaksanakan apa sahaja perniagaan berlandaskan undang-undang syariah memandangkan tiadanya undang-undang khusus
muamalat
Islam di Malaysia.
54
6.2.3 Akta Bank Negara 2009
Akta Bank Negara Malaysia 2009 Akta BNM telah memansuhkan Akta Bank Negara 1958 yang menubuhkan BNM pada 26 Januari 1959. BNM bukan sahaja bertindak selaku
badan yang menyelia dan mengawasi perbankan konvensional di Malaysia tetapi ia turut meliputi perbankan Islam. Sebarang permohonan untuk penubuhan perbankan Islam di
Malaysia mestilah dibawa kepada BNM dan ia akan menyemak permohonan tersebut sebelum ia disokong atau tidak. Malah lesen bagi perbankan Islam yang sedang berkuat
kuasa juga boleh dibatalkan oleh BNM.
55
Beberapa perkara penting yang membezakan antara Akta Bank Negara 1958 kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009 dapat
difahamkan daripada Jadual 6.1 di bawah:
54
Abdul Jalil Borham, Industri Perbankan dan Kewangan Islam, Penerbit Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, Kuantan, 2009, hlm 4. Lihat juga Zulkifli Hasan, Perlaksanaan Sistem
Perbankan Islam di Malaysia: Perspektif Undang-undang , Tanpa Tahun, hlm 4-5.
55
Mei Pheng, Lee Ivan Jeron, Detta, Islamic Banking and Finance Law, Kuala Lumpur : Pearson Longman, 2007, hlm 138; Sudin Haron, Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Kuala Lumpur: Berita
Publishing, 1996, hlm 174.
Jadual 6.1 Pembaharuan pada akta BNM 2009 berbanding 1958
Akta Peruntukan
Akta Bank Negara 1958
Akta Bank Negara 2009 Memperuntukkan penubuhan Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara
Malaysia. MPS merupakan kuasa akhir dalam menentukan undang-undang Islam,
yang terpakai untuk perniagaan perbankan Islam dan sebarang perniagaan lain yang berlandaskan prinsip shariah dan dikawalselia oleh BNM.
Ahli MPS tidak boleh menjadi ahli badan Shariah atau perunding lain dan penasihat shariah kepada mana-mana institusi perbankan wang dilesenkan
di bawah BNM. Sebarang prosiding mahkamah atau timbang tara yang melibatkan isu
shariah boleh dirujuk kepada arahan BNM atau MPS untuk menetapkan keputusan.
Keputusan MPS boleh diambil kira oleh mahkamah dan mengikat penimbang tara.
Menganggap semua keputusan MPS yang lepas adalah sah. Definisi “perniagaan Kewangan Islam” ditakrifkan dengan apa-apa
perniagaan kewangan dalam ringgit atau mata wang yang lain yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan
selaras dengan shariah.
56
Sistem kewangan di Malaysia perlu terdiri daripada sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam.
57
Kuasa kepada BNM menubuhkan suatu Majlis Penasihat Shariah bagi menentukan undang-undang Islam bagi tujuan urusan kewangan Islam.
58
Perlantikan ahli MPS adalah dibuat oleh Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Menteri dan konsultasi dengan BNM.
59
Sebarang institusi kewangan Islam boleh merujuk kepada MPS untuk mendapatkan keputusan Shariah atau merujuk kepada MPS untuk
mendapatkan nasihat.
60
Sekiranya di dalam sebarang prosiding yang melibatkan urusan kewangan Islam di mahkamah atau dalam prosiding timbang tara, terdapatnya
persoalan Shariah, maka mahkamah atau penimbang tara hendaklah: a mengambil kira sebarang keputusan-keputusan MPS yang telah
56
Seksyen 2 Akta BNM 2009.
57
Seksyen 27 Akta BNM 2009.
58
Seksyen 511 Akta BNM 2009.
59
Seksyen 53 1 Akta BNM 2009.
60
Seksyen 55 2 Akta BNM 2009.
diterbitkan; b merujuk persoalan tersebut kepada MPS untuk mendapatkan keputusan.
61
Segala keputusan yang dibuat oleh MPS setelah rujukan dibuat di bawah seksyen 56 akan mengikat mahkamah
dan timbang tara.
62
Jika berlaku perbezaan keputusan di antara MPS dan badan atau jawatankuasa Shariah yang dibentuk di Malaysia oleh sesuatu institusi
kewangan Islam, keputusan MPS hendaklah dipakai.
63
Dalam konteks kuasa MPS dalam mengawal perbankan Islam agar tetap selari dengan prinsip syarak, Akta BNM 2009 memberikan kedudukan kukuh sehingga
mewajibkan mahkamah dan institusi timbang tara merujuk pada keputusan MPS. Selain itu, pindaan ini juga mempertegas kedudukan MPS bagi Badan Penasihat Syariah atau
Jawatankuasa Syariah pada setiap perbankan Islam. Berkaitan dengan kewujudannya yang mempunyai peranan besar terhadap perkembangan perbankan Islam di Malaysia,
Majlis Penasihat Syariah mempunyai fungsi utama bagi memastikan segala operasi perbankan Islam tidak bercanggah dengan prinsip syariah.
64
Beberapa pakar memperincikan fungsi MPS sebagai berikut
65
: 1
Memastikan perkhidmatan dan kemudahan perbankan yang ditawarkan kepada pelanggan sejajar dengan hukum syarak.
2 Memastikan sebarang pelaburan yang dilakukan oleh bank halal menurut hukum
syarak. 3
Memastikan bank menguruskan perniagaan Islam menurut batasan syarak.
61
Seksyen 56 1 Akta BNM 2009.
62
Seksyen 57 Akta BNM 2009.
63
Seksyen 58 Akta BNM 2009.
64
Mohamed Syafiqe bin Abdul Rahim, Ke Arah Kerangka Perundangan Perbankan Islam Yang Komprehensif Di Malaysia : Isu, Cabaran dan Penyelesaiannya, Research in Islamic Studies: Addressing
Contemporary Challenges And Future Prospects , Kuala Lumpur, 2008, hlm 65.
65
Sudin Haron, Islamic Banking: Rules Regulations, Petaling Jaya:Pelanduk Publications, 1997, hlm 103.
Berkenaan dengan institusi yang menjalankan fungsi pengawalan terhadap perbankan Islam, isu berkaitan Badan Penasihat Syariah berkait dengan peruntukan di
dalam seksyen 35b Akta Bank Negara Malaysia. Seksyen ini menyatakan bahawa Bank Negara mahupun Menteri tidak akan memberi sebarang lesen melainkan mereka
berpuas hati bahawa terdapat peruntukan untuk penubuhan badan penasihat Syariah untuk menasihati bank tentang operasinya bagi memastikan aktiviti perbankan tersebut
tidak ada elemen yang bercanggah dengan Islam. Punca daripada wujudnya isu berkait dengan perkara ini adalah sama dengan keluasan takrifan Akta-akta utama perbankan
Islam di Malaysia tentang „bank Islam‟. Namun demikian, memandangkan perkara yang di atas dalam syeksen ini merujuk kepada Badan Penasihat Syariah, maka muncul isu
tentang apakah keputusan yang dibuat oleh Badan Penasihat Syariah bertepatan dengan hukum syarak dan muktamad dan tidak boleh dipertikaikan di mahkamah jika berlaku
pertelingkahan. Isu tersebut muncul disebabkan peranan terbesar kewujudan Badan Penasihat Syariah ini hanya sekadar menetapkan prinsip-prinsip yang terpakai dalam
sesuatu transaksi perbankan Islam agar tidak bercanggah dengan syariah. Namun pihak- pihak yang terlibat dalam pertikaian perlu mengemukakan hujah-hujah mereka sendiri
ketika membicarakan sesuatu kes di mahkamah sivil dan bukannya di Mahkamah Syariah.
66
Dalam konteks penyelesaian pertikaian perbankan Islam di Malaysia, terdapat tiga Akta utama iaitu Akta Bank Islam 1985, Akta Bank dan Institusi Kewangan Syariah
1989 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Ketiga-tiga perundangan tersebut pada asasnya mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan dalam menyokong industri
perbankan yang mengguna pakai sistem kewangan Islam. Secara kronologis dikuatkuasakannya kerangka perundangan tersebut, sehingga sebelum Akta BNM 2009,
Rustam Mohd Idris
67
mengelompokkan tiga fasa sebagaimana terdapat pada Jadual 6.2 seperti berikut:
66
Asmah Hakimah Abd Halim, Penyelesaian Pertikaian Dalam Perbankan Islam: Satu Analisis Akta Bank Islam 1983, Thesis Sarjana Fakulti Undang-Undang UKM tidak diterbitkan, 2006, hlm 53.
67
Penggunaan istilah fasa ini sebagaimana ditulis oleh Rustam Mohd. Idris, Perkembangan Sistem Kewangan Islam di Malaysia, dalam Ekonomi Islam dan Pelaksanaanya di Malaysia , hlm 316-326.
Jadual 6.2 Pengelompokan fasa struktur undang-undang perbankan Islam
Fasa Perundangan
Perkara Utama
I Akta Bank Islam 1983 ABI;
Akta Pelaburan Kerajaan 1983 APK;
Penubuhan Bank Islam pertama. Kerajaan menerbitkan Sijil Pelaburan Kerajaan selepas
ini disebut SPK berdasarkan prinsip Islam.
II Akta
Bank dan
Institusi Kewangan 1989
Sistem dwi-perbankan dalam sistem kewangan negara. Skim Perbankan Tanpa Faedah kini dikenali sebagai
Skim Perbankan Islam.
68
III Pelan Induk Sektor Kewangan
yang dilancarkan oleh BNM Pembangunan perbankan dan kewangan Islam di
Malaysia akan memperkukuhkan kapasiti institusi dalaman dan menjadikan Malaysia sebagai pusat
kewangan Islam terulung di rantau.
Satu bab khusus untuk pelan induk sektor perbankan Islam dan takaful untuk tempoh 10 tahun akan datang.
69
Dari keseluruhan perbahasan, beberapa institusi yang berperanan penting terhadap perbankan Islam di Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia, Badan Penasihat Syariah
Perbankan di setiap bank Islam dan Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia sebagaimana Rajah 6.1.
68
Institusi perbankan konvensional dibenarkan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di premis dan cawangan bank berkenaan.
69
Rustam Mohd. Idris, Perkembangan Sistem P erbankan dan kewangan Islam di Malaysia , dalam Ekonomi Islam dan pelaksanaannya di Malaysia
, hlm 325.
Rajah 6.1 Struktur undang-undang dan institusi berkait dengan penyelesaian pertikaian perbankan Islam
6.3 INSTITUSI