Persepsi Pelajar Dan Guru Sekolah Meneng
Persepsi Pelajar Dan Guru Sekolah Menengah Terhadap Isu Pemakaian Pakaian Sukan
Semasa Kelas Pendidikan Jasmani
Haslindah Nursan, Diyana Zulaika Abdul Ghani, Mohad Anizu Md Nor, Halijah Ibrahim,
Zainal Abidin Zainuddin, Syahrul Ridhwan Morazuki
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Malaysia
Abstrak
Isu pelajar tidak memakai pakaian sukan dengan lengkap semasa kelas Pendidikan
Jasmani dijalankan masih berlarutan sehingga kini. Sekalipun terdapat garis panduan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah mengenai isu ini, namun pemakaian pakaian sukan dalam
kalangan pelajar semasa kelas Pendidikan Jasmani masih tidak berlaku seperti yang
disarankan. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar dan guru terhadap
isu pakaian sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani serta mengkaji punca dan kaedah
mengatasi masalah tersebut. Kajian ini dijalankan secara soal selidik terhadap 374 orang
pelajar dan 270 orang guru sekolah menengah di sekitar kawasan Johor Bahru Tengah, Johor.
Berdasarkan dapatan kajian, respon pelajar dan guru menunjukkan bahawa faktor minat pelajar
dalam melibatkan diri semasa Pendidikan Jasmani bukan penyumbang kepada punca
kebanyakan pelajar tidak berpakaian sukan semasa kelas dijalankan. Namun, kira-kira 77.4%
guru berpendapat sikap malas pelajar merupakan punca utama situasi ini berlaku. Sebaliknya,
78.3% pelajar berpendapat bahawa sikap malas bukan punca pelajar tidak berpakaian sukan
seperti yang ditetapkan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa di antara punca-punca lain
yang menyumbang kepada pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani
ialah kekangan masa, ketetapan dua waktu pengajaran bagi bagi Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang berasingan serta ketiadaan kemudahan bilik persalinan pakaian sukan. Bagi
mengatasi masalah ini, majoriti pelajar dan guru berpendapat bahawa pihak sekolah perlu
menyediakan bilik persalinan yang dilengkapi dengan rak persendirian bagi memudahkan
pelajar menukar pakaian dan menyimpan barangan peribadi dengan selamat. Selain itu, kesan
faktor kekangan masa Pendidikan Jasmani terhadap isu pemakaian pakaian sukan juga dapat
dikurangkan jika pihak sekolah dibenarkan untuk menetapkan pelaksanaan kelas Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan secara dua waktu berturut-turut.
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan salah satu matapelajaran wajib
yang ditawarkan di setiap sekolah di Malaysia. Secara dasarnya, pelaksanaan PJK ini sejajar
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan di ia merangkumi beberapa komponen diri
dan modal insan seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Umumnya, Pendidikan Jasmani (PJ) dijalankan di padang sekolah memandangkan
pelaksanaannya melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal manakala Pendidikan Kesihatan (PK)
dilaksanakan di kelas. Menurut Vasudevan T. Arasoo (1998), Pendidikan Jasmani merupakan
suatu penyampaian pendidikan daripada dan melalui kegiatan fizikal. Pendidikan Jasmani juga
dikaitkan dengan program pendidikan yang menyeluruh menerusi pengalaman-pengalaman
pergerakan (Oberteutter, 1970; Pangrazi dan Dauer, 1992) yang bermatlamat untuk
mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial
(Jenny, 1961). Bagi Pendidikan Kesihatan pula, ia merupakan suatu proses mengembang dan
membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang menerusi pemberian
maklumat bagi mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh dan Ezell, 1995).
Bagi Pendidikan Jasmani khususnya di Malaysia, pelaksanaannya jika dilihat dalam
konteks menyeluruh masih lagi di tahap kurang memuaskan. Realitinya, terdapat sekolahsekolah yang menggantikan masa Pendidikan Jasmani dengan matapelajaran lain khususnya
jika sesi persekolahan menghampiri fasa peperiksaan. Terdapat beberapa isu yang
berkemungkinan menjadi faktor kepada situasi ini seperti jangkamasa pembelajaran Pendidikan
Jasmani, sikap pelajar, kesan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum dan
selepas Pendidikan Jasmani, prasarana atau kemudahan fizikal dan penekanan atau
kecenderungan sesebuah sekolah terhadap aktiviti ko-kurikulum. Namun, pada pandangan
penyelidik, kajian mengenai tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani ini masih terbatas.
Selain faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi pelaksaan Pendidikan Jasmani seperti
yang telah dinyatakan, isu pemakaian pakaian sukan ketika kelas Pendidikan Jasmani juga
perlu diambil perhatian. Ini kerana seringkali didapati pelajar-pelajar tidak memakai pakaian
sukan lengkap atau bersesuaian semasa kelas Pendidikan Jasmani diadakan sekalipun garis
panduan pakaian sukan telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Memandangkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani menerapkan nilai-nilai disiplin dan sahsiah kepada pelajar,
pemakaian pakaian sukan ketika beraktiviti juga menyumbang kepada pembentukan disiplin
dan sahsiah pelajar tersebut. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar
dan guru terhadap isu pemakaian pakaian sukan dan mengkaji punca serta cadangan
penyelesaian kepada isu ini.
RESPONDEN KAJIAN
Seramai 374 orang pelajar tingkatan empat dan 270 orang guru sekolah menengah di
sekitar daerah Johor Bahru (Tengah), Johor Darul Takzim.
Daripada keseluruhan 374 orang pelajar, 43.9% (164 orang) pelajar adalah lelaki
manakala selebihnya adalah pelajar perempuan (56.1; 210 orang). Berdasarkan bangsa
responden, 43.1% (161 orang) adalah berbangsa Melayu, diikuti dengan responden berbangsa
Cina (34.5%;129 orang), India (21.0%; 79 orang) dan hanya 5 orang pelajar (1.4%)
dikategorikan sebagai lain-lain bangsa.
Bagi responden guru pula, 33.3% (90 orang) responden adalah lelaki manakala 66.7%
(180 orang) adalah guru wanita. Majoriti responden adalah daripada bangsa Melayu iaitu
seramai 219 orang (81.1%), diikuti dengan guru berbangsa Cina seramai 35 orang (13.0%) dan
selebihnya adalah guru berbangsa India dan lain-lain masing-masing dengan 5.9% dan 1.2%.
Selain itu, 89.0% responden adalah guru opsyen PJK manakala selebihnya adalah guru dari
opsyen yang lain.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara soal selidik di mana dua set soal selidik dibina masingmasing bagi mengkaji persepsi pelajar dan guru terhadap isu pemakaian pakaian sukan ketika
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Terlebih dahulu, kajian yang dijalankan ini telah mendapat
kelulusan daripada Bahagian Pembnagunan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (BPPDP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan terhadap
30 orang pelajar tingkatan empat dan 30 orang guru sekolah menengah. Analisis nilai
kebolehpercayaan soal selidik yang diperolehi bagi pelajar dan guru masing-masing adalah
0.74 dan 0.85.
DAPATAN KAJIAN
Persepsi Pelajar Terhadap Isu Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Pendidikan Jasmani
Berdasarkan sikap pelajar, dapatan kajian mendapati bahawa 78.3% responden
berpendapat bahawa sikap malas bukan punca pelajar tidak menukar pakaian seragam sekolah
kepada pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani. Malah, 49.0% responden menyatakan ia
bukan disebabkan pengaruh rakan kelas. Selain itu, hanya 27.8% pelajar menyatakan bahawa
mereka tidak mahu membawa pakaian ke sekolah untuk kelas Pendidikan Jasmani. Bagi
persepsi sama ada membawa pakaian sukan ke sekolah adalah suatu bebanan, 47.3%
responden menyatakan tidak bersetuju, manakala 25.7% dan 27% menyatakan kurang setuju
dan setuju. Tambahan lagi, majoriti responden (64.7%) juga bersetuju bahawa memakai
pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani adalah satu kewajipan.
Berkenaan dengan tanggungjawab guru dalam memastikan pelajar memakai pakaian
sukan ketika Pendidikan Jasmani, 66.8% responden tidak bersetuju bahawa guru tidak
menggalakkan pelajar untuk memakai pakaian sukan. Kira-kira 65.2% responden turut tidak
bersetuju bahawa guru tidak menegur pelajar sekiranya tidak memakai pakaian sukan. Bagi
item yang berkaitan dendaan terhadap pelajar yang tidak membawa pakaian sukan, 39.5%
responden bersetuju pelajar patut didenda manakala 19.3% kurang setuju dan 41.2% tidak
bersetuju.
Bagi mengatasi dan/atau meningkatkan bilangan pelajar yang memakai pakaian sukan
semasa Pendidikan Jasmani, 76.2% responden berpendapat pelajar patut dibenarkan hadir ke
sekolah dengan berpakaian sukan pada pembelajaran yang melibatkan Pendidikan Jasmani.
Majoriti responden (64.1%) juga berpendapat mereka tidak perlu menukar pakaian sukan
kepada pakaian seragam sekolah selepas sesi Pendidikan Jasmani tamat. Di samping itu,
89.5% responden bersetuju bahawa pihak sekolah perlu menyediakan bilik persalinan untuk
memudahkan pelajar menukar pakaian sukan. Tambahan lagi, majoriti responden (87.4%)
menyatakan bahawa bilik persalinan tersebut perlu dilengkapi dengan rak penyimpanan
barangan peribadi. Selain itu, 88.0% responden turut bersetuju bahawa penyediaan bilik
persalinan dan rak penyimpanan barangan peribadi ini meyakinkan pelajar bahawa pakaian dan
barangan peribadi mereka tersimpan secara teratur dan selamat.
Persepsi Guru Terhadap Isu Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian mendapati bahawa 67.0% guru berpendapat bahawa majoriti pelajar
tidak mahu memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani. Berdasarkan maklumbalas
daripada guru, sikap malas dipercayai merupakan salah satu punca mengapa pelajar tidak
memakai pakaian sukan (77.4%). Selain itu, 60.7% responden menyatakan bahawa pelajar
tidak membawa pakaian sukan kerana dipengaruhi oleh rakan kelas. Kira-kira 72.2% responden
turut bersetuju bahawa pelajar mengikut rakan lain sekiranya tidak mahu memakai pakaian
sukan. Selain itu, 32.9% responden bersetuju bahawa pakaian sukan yang perlu dibawa oleh
pelajar adalah membebankan, manakala 46.0% kurang setuju dan 21.1% tidak bersetuju.
Tambahan lagi, 80.4% responden menyatakan bahawa pelajar sering memberi alasan tidak
munasabah jika tidak membawa pakaian sukan.
Dari aspek tangungjawab guru dalam memastikan pelajar memakai pakaian sukan
semasa Pendidikan Jasmani, 94.5% responden menyatakan bahawa pelajar sering digalakkan
untuk memakai pakaian sukan manakala 88.9% responden menyatakan pelajar diwajibkan
untuk memakai pakaian sukan. Kira-kira 42.0% responden tidak bersetuju bahawa guru tidak
mementingkan pemakaian pakaian sukan, 37.0% kurang bersetuju dan 21.0% bersetuju. Selain
itu, majoriti responden (66.6%) juga menyatakan bahawa guru mengambil tindakan tatatertib
atau mendenda pelajar yang tidak memakai pakaian sukan.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa 75.6% responden bersetuju bahawa pertukaran
pakaian sebelum dan selepas sesi Pendidikan Jasmani banyak merugikan masa pembelajaran.
Sehubungan itu, 67.1% responden bersetuju bahawa pelajar patut dibenarkan hadir ke sekolah
dengan pakaian sukan pada hari pembelajaran yang melibatkan Pendidikan Jasmani. Namun,
majoriti responden (69.7%) juga bersetuju pelajar perlu menukar pakaian sukan kepada
pakaian seragam sekolah selepas kelas Pendidikan Jasmani.
Bagi mengatasi masalah pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa Pendidikan
Jasmani, 99.4% responden berpendapat pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan bilik
persalinan bagi memudahkan pelajar menukar pakaian. Responden turut bersetuju bahawa bilik
persalinan tersebut perlu dilengkapi dengan kemudahan rak bagi menyimpan barangan
persendirian pelajar. Kira-kira 97.4% responden bersetuju bahawa penyediaan bilik persalinan
dan kemudahan rak simpanan barangan persendirian dapat mengurangkan risiko kehilangan
barangan peribadi pelajar.
Berdasarkan maklumbalas soalan terbuka, sebilangan guru menyatakan bahawa pelajar
tidak menukar pakaian sukan kerana kekangan masa pengajaran Pendidikan Jasmani.
Terdapat sebilangan guru juga menyatakan bahawa pelajar kurang berminat menyertai kelas
Pendidikan Jasmani kerana matapelajaran ini bukan merupakan matapelajaran yang perlu
diduduki pada peperiksaan utama.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, sikap malas pelajar dan pengaruh rakan kelas bukan
antara faktor utama mengapa pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa Pendidikan
Jasmani kerana perseprsi pelajar dan guru berkenaan kedua-dua perkara tersebut adalah
saling bertentangan. Kajian juga mendapati bahawa keperluan pelajar membawa pakaian
sukan ke sekolah adalah tidak membebankan memandangkan majoriti pelajar berpendapat
sedemikian dan pelajar menyedari bahawa pemakaian pakaian sukan merupakan satu
kewajipan ketika Pendidikan Jasmani.
Selain itu, kajian mendapati majoriti guru sentiasa berusaha memastikan pelajar
memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani dijalankan. Langkah-langkah seperti
teguran serta tindakan tatatertib turut diambil terhadap pelajar yang tidak membawa pakaian
sukan.
Bagi mengatasi dan/atau menggalakkan pelajar memakai pakaian sukan semasa
Pendidikan Jasmani, pelajar dan guru bersependapat bahawa pelajar patut dibenarkan hadir
ke sekolah dengan pakaian sukan pada hari pembelajaran yang melibatkan Pendidikan
Jasmani. Namun, majoriti responden guru tidak bersetuju jika pelajar tidak perlu menukar
pakaian sukan kepada pakaian seragam sekolah selepas sesi Pendidikan Jasmani tamat
sekalipun kira-kira 75% guru bersetuju bahawa pertukaran pakaian sebelum dan selepas sesi
Pendidikan Jasmani banyak merugikan masa pembelajaran.
Di samping itu, majoriti responden dari pelajar dan guru menyatakan bahawa pihak
sekolah perlu menyediakan bilik persalinan yang dilengkapi dengan rak untuk menyimpan
barangan persendirian. Penyediaan kemudahan ini sekaligus boleh memanfaatkan pelajar
khususnya menjamin keselamatan barangan peribadi pelajar termasuk pakaian seragam
sekolah ketika kelas Pendidikan Jasmani dijalankan.
Kekangan masa juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah
pemakaian pakaian sukan. Dalam seminggu, waktu pembelajaran yang diperuntukkan bagi
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah 2 masa. Bagi sekolah yang
menetapkan jadual pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan secara
berasingan masa, ketetapan ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar hanya dapat
terlibat dalam aktiviti fizikal untuk satu masa sahaja seminggu. Umumnya, satu masa
pembelajaran biasanya adalah di antara 35 minit hingga 40 minit. Sekalipun pada pengetahuan
penyelidik tiada kajian tentang jumlah masa pergerakan pelajar dari kelas ke padang untuk
Pendidikan Jasmani dan sebaliknya dijalankan, secara realitinya, pergerakan pelajar dari kelas
ke padang termasuk dengan penukaran pakaian sukan adalah kira-kira 10 minit. Jika kelas
Pendidikan Jasmani perlu ditamatkan 10 minit lebih awal bagi memberi masa kepada pelajar
untuk menukar pakaian dan kembali ke kelas, maka jangkamasa pelaksanaan Pendidikan
Jasmani adalah di antara 15 minit hingga 20 minit sahaja. Maka, penyelidik berpendapat adalah
wajar pihak sekolah menetapkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan
secara dua masa berturut-turut bagi memberi masa yang memadai bagi pergerakan pelajar dan
penukaran pakaian sukan.
RUJUKAN
Anspaugh, D.J. dan Ezell, G. (1995). Teaching today’s health. 4 th ed. Massachusetts: Allyn &
Bacon
Jenny (1961). Dalam Wee Eng Hoe (2009). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Edisi
kedua. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Oberteutter, D. (1970). Physical education, a textbook of principles for professional students. 4th
ed. New York: Harper & Row.
Pangrazi, R.P. dan Dauer, V.P. (1992). Dynamic physical education for elementary school
children. 10th ed. N.Y: Macmillan.
Vasudevan T. Arasoo (1988). Asas pendidikan jasmani: peringkat menengah dan tinggi.
Cetakan ketiga. Fajar Bakti Sdn. Bhd.