Apakah itu ruang terbuka sosialisasi

1.PROSES SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU BASI
MENANGANI MASALAH SOSIAL

Apakah itu sosialisasi ?
Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,
sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri
untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa
sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan
kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya
dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk
mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang
menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara
langsung, cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah,
tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga
akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatanperbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak
dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau
sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah
seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat
dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Proses sosialisasi bertujian untuk :-


MM ee nn ygg eaan bjj amrr akusannt uk- ae sm a h ir a n kak ees phm nirdeauhmspir-uaa hnns ipdypiaraenlrsgaimn a n mp eanrsatiy anarg d ksaaolt .mia l.m a s y a r k a t .

M e n a n a m k a nM a es np Migra ejsni-rg aa sjp irr -ua sni mt u akksemyha eirdn uke pm at .un hdiaple Mmr a em na ay se- ypb aarr kkaant .k es om a hl.ir a n - k e m a h ir a n y a n g p e n ti n g d a l m m a s y a r k a t .

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Antaranya adalah seperti berikut :-



SOSIALISASI PRIMER



SOSIALISASI SEKUNDER



SOSIALISASI SEMUALA

Sosialisasi Primer iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak

mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya.
Sosialisasi Sekunder iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanakremaja dan dewasa. Pada
peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku
perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media
massa dan masyarakat.
Sosialisasi Semula ialah proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang.
Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau
terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi,
peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep
kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat.
Agen-agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi untuk menangani masalah social
adalah seperti berikut.
 Keluarga
 Sekolah
 Rakan Sebaya
 Agama
 Media Massa
KELUARGA
Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan


apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap,
norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.
Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak
itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada
keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam
sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan
keluarganya.
Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik,
anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang
berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak
serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan
membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang
lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua.
Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka,
melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak
dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya
membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih
aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal
lahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).
Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan

personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat.
Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk
pintu biliknya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu
pemanggil bahawa dia tiada di rumah.
Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang
kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah
salah.
Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik
beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas

perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masingmasing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap
yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.
SEKOLAH
Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah
luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya,
ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang
memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi
secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum
tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur
mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam

aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting
kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam
perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti
dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh
terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.

RAKAN SEBAYA
Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka
cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanakkanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi
melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak
sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya
mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan
bermain kanak-kanak, satu geng, ’. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela,
ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Dalam
kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu
bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma

kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh
kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli
kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma

kumpulannya. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai subbudaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma
kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau
bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai
dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang
diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya
masing-masing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting
dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.
AGAMA
Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat
agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak
yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri
kelas agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk
dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana
orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi
dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka.
Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan
nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan
agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada
cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan
seperti yang terkandung di dalam agama Islam.

MEDIA MASSA
Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama
kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat
khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan
positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak

melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada
mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik
seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat
menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanakkanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa
dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik
kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan
yang baik dan sesuai untuk mereka.
Kesimpulan Manusia dilahirkan dalam kondisi tak berdaya. Ia akan tergantung pada
orang tua dan orang-orang yang berada di lingkungannya sampai waktu tertentu. Seiring dengan
perkembangan waktu, seorang anak perlahan-lahan akan melepaskan diri dari ketergantungannya
pada orang tua atau orang lain di sekitarnya untuk belajar mandiri. Sebagai proses awal
pembelajarannya adalah bersosialisasi dengan lingkungan sekitarnya. Mereka yang mulai
beranjak remaja, terlebih dalam pencarian identitas diri, akan mengalaminya, kerana hal ini
merupakan proses alamiah. Proses sosialisasi dapat dimaksudkan sebagai proses belajar

seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai
masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk berprilaku
sesuai dengan perilaku masyarakatnya. Sosialisasi dimulai dari keluarga kemudian sekolah,
rakan sebaya, sekolah, agama dan media massa.Perluasaslah pelajaran ilmu tentang Sosialisasi
kerana sangat berguna bagi kita semua. Seretusnya semua orang perlu melalui proses sosialisasi
yang sempurna agar mereka menjadi insane yang bermoral.

2. KEPENTINGAN DAN PERANAN IBUBAPA DALAM MEMBENTUK MORAL
DAN PERIBADI REMAJA.

ERANIBUPMDK CONTHKEPAD MEBRIDKANG MELUANGKST

MAKNBERSDG

BERKONGSIMALH

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan
anak mereka.Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana
anak menjadikan ibu bapa contoh teladan mereka pula.Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan
teladan yang baik bolah mempengaruhi sikap anak mereka pula nanti.Kerapatan ibu bapa dengan

anaklah yang menjadi peranan mendidik itu penting dilaksanakan dengan baik.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya.Mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak
terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada
gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka
dan institusi keluarga.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa
dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk
Berjaya. Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.
Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan

beriadah bersama-sama.Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Mereka harus sentiasa berada di sisi
anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang
setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.
Kesimpulanya ,ibu bapa memang berperanan penting dalam didikan kerana mereka
umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk memastikan kehidupanan berjalan dengan
lancar.Kerjasama anak juga penting supaya semua masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan lebih mudah dan pantas.


3. IMPLIKASI KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TERHADAP
PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU DAN MASYARAKAT

P

E

K

E

K

E

S

O


R

S

S

E

I

K

B

I

U

U

S

L

O

I

K

R

I

S

A

A

A

E

H

N

N

K

N

I

G

O

A

N

F

B

A

U

N

O

B

D

M

H

A

I

I

A

P

D

Y

M

I

A

A

A

K

Y

A

N

N

A

N

G

T

N

A

E

R

G

D

S

A

M

A

A

S

N

P

P

I

I

Y

E

B

I

N

U

K

B

A

M

G

P

E

H

A

A

N

Y

(

G

A

E

T

A

P

J

E

A

N

N

C

R

E

K

A

G

E

A

R

M

A

I

E

M

A

W

N

)

A

H

A

N

A

T

Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya
bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu
bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat
dengan gejala sosial.
Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup
berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan.Perselisihan faham yang berlaku akan
menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini
menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri,
seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn
masalah penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara
tersendiri.
Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa
yang asyik mengejar kemewahan tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi
dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka

menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang perlu dididik
dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan
anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan
menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan.
Anak –anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan
perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat
kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri
anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka
sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih
banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.
Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan
dan penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah
keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan
goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang tidak
berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda. Anak – anak
yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif
seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik menghayati agama sejak kecil lagi
seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia
remaja, mereka sukar menerima nasihat dan melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat
keputusan tanpa memikirkan kesan dan tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada
itu, mereka mungkin akan terjebak dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan
sebagainya. Oleh itu,kekurangan didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi
kekeluargaan.
Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi yang
sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi
memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap
atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk keluarga
mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak –anak mencari jalan pintas untuk mendapatkan
segala keinginan mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya. Pada usia remaja, mereka

sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk mendapatkan apa yang
mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Namun demikian, seorang
anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya dengan meminta lebih daripada apa
yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyimpan untuk kegunaan
pada masa kecemasan atau untuk menyediakan kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu
sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang sempit boleh menyebabkan anak anak remaja
bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Kesimpulanya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh
membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan koreksi
diri. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi
keluarga akan terkesan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara
dan mereka perlu didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna.

4. PERANAN

DAN INDAKAN PIHAK WAJIB MENCARI PENYELESAIAN KE
ATAS PERMASALAHAN MORAL YANG BERLAKU

T
IPNIDHIAVKIDU
YANG
WAJIB
MENCARI
PENYELE
SAIAN

KELUARGA

SEKOLAH

MASYARAKAT

Pada masa sekarang ini, pengaruh keluarga mulai melemah kerana terjadi perubahan sosial,
politik, dan budaya. Keadaan ini memiliki yang besar terhadap terbebasnya anak dari kekuasaan
orang tua dan kini keluarga telah kehilangan fungsinya dalam pendidikan.
INDIVIDU
Mendekatkan diri kepada Tuhan.Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.
Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah
disiplin. Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.Melakukan aktivitiaktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

KELUARGA

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yang
baik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjauhi
kancah sosial yang negatif. Dalam usaha mengejar kekayaan dan kejayaan materialistik, ibu bapa
tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa
perlu memberikan didikan agama dan asuhan moral yang secukupnya kepada anak-anak sedari
kecil. Didikan agama dan asuhan moral merupakan benteng yang dapat menghalang pengaruh
negatif terhadap anak-anak. Bak kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan."
SEKOLAH
Sekolah juga memainkan peranan penting untuk menyelesaikan permasalahan moral. Hal ini
memandangkan anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah, yang juga
merupakan rumah kedua bagi mereka. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang
dikenal pasti terlibat dalam aktiviti negatif yang antimoral.

MASYARAKAT
Mengadakan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah
diadakan contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong.Apabila aktiviti berfaedah
seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak berasa
bersalah untuk melakukan perkara yang negative.
Orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh anakanak.Orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anakanak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul - sebagai contoh,
orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri
menghisap rokok.
Kesimpulanya Pendidikan moral adalah suatu kesepakatan tentang apa yang seharusnya
dilakukan oleh manusia dengan tujuan untuk mengarahkan generasi muda atas nilai-nilai dan
kebajikan yang akan membentuknya menjadi manusia yang baik .

PENGHARGAAN

Salam Satu Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarEncik.Jazmi Md Isa

yang memberi tugasan ini

kepada saya. Tugasan ini sangat menguntungkan saya dari segi ilmu pengetahuan.
Tugasan ini juga memberi saya penjelasan yang teliti tentang isu-isu moral dan cabaran
penghayatan nilai-nilai murni..
Saya

mengucapkan

ribuan

terima

kasih

kepada

pihak

yang

banyak

menghulurkan bantuan kepada saya untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna.
Terima kasih khususnya kepada pensyarah yang memberi tugasan ini kerana telah
banyak memberi panduan dan bimbingan serta nasihat sepanjang tugasan ini.
“Sekian, terima kasih”

 https://www.google.com/webhp?
source=search_app#q=peranan+keluarga+dalam+pendidikan+moral
 http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/09/tajukisu-keruntuhan-akhlak-dan-moral-di.html

 stazhassanbasri.blogspot.com/2008/12/faktor-faktor-keruntuhan-moral-di.html
 http://drabdshatar.blogspot.com/2013/09/peranan-agen-moral-dalam-proses.html

INSITITUT PERGURUAN KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI. KEDAH DARUL AMAN

----------------------------------------------------------

NAMA

: SHEELA A/P GANESAN

NO K/P

: 781116-02-5758

KUMPULAN

: PPG / MATEMATIK 6 O

KOD & KURSUS

: MTE 3111 – MENGAJAR GEOMETRI
,PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

NAMA PENSYARAH : PN.NOR ASILAH OSMAN
TARIKH HANTAR

: 19 APRIL 2014