338210546 Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum
dengan tigakaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada
kewujudan majmuk. Dengankepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus
gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan
menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaianyang dinikmati oleh negara kita hari
ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapankepada pekembangan sejarah
yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayusetelah kedatangan dan
penerimaan agama islam oleh orang Melayu.Keunggulan yang tercerna menerusi
beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsaMelayu zaman kegemilangan menjadi
rujukan primer kepada generasi kini dan akan datanguntuk membina satu bangsa
yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.Ciri-ciri ampuh
tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem
pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan
BahasaMelayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan
kedudukanistimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa
Malaysia yang progresif dan tangkas.Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan
tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada
tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjayamermetabatkan nama Melayu di
persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disinidikemukakan tiga justifikasi

mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun
Malaysia.i.Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah
Melayusebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu
atauSemenanjung Tanah Melayu

i.

ii.

Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan
dangerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
mempertahankan tanah air mereka.
.Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan

PEMBENTUKAN PANDANGANSEMESTA MELAYU
Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malkaysia dengan
berasaskan Islam.Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan
penerimaannyaolehmasyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan
semesta orang Melayu pra-Islam. Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta
Melayu mulai berubah darifahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid.

Begitu juga dengan pengaruhsistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut
memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek
seperti konsep Tuhan sebagai matlamat,manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan
khalifah Allah di muka bumi, alam sbagaitempat atau alat untuk manusia menjalankan
segala urusan untuk kemakmuran manusiamenjalan nsegala urusan untuk
kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia
1

sejagat mula difahami dan difahami dan diamalkan oleh orangMelayu.Anjakan paling
ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudahmemahami bahawa
hidup mereka.tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid ataukepercayaan yang
teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayumemahami bahawa
Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnyasebagai
tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain
sepertimanadalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.Pada asanya tamadun Melayu
Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan semesta dan prinsip tamadun
berasakan wahyu seperti berikut;
i.

ii.


iii.

iv.

v.

vi.

Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial,
alamduniadan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad
daripadakehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan
kepada Allah; alamdunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan
manusia.
ii.Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala
peraturan bagi segalagelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat
demi kejayaan hakiki mereka, oleh ituwajib dipelajari semua sebagai fardu ain
supaya terbentuk insane muslim, Mukmin danMuhsin; Islam mencakupi akidah,
ibadah, mu¶asyarat, akhlak dan ihsan.
iii.Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya

pembalasanyang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di
akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm
ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga
Allah; malapetaka /kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada
sebagai kifarah pengampunandosanya ataupun untuk meningkatkan
maqamnya.
iv.Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah
sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi,
manupulasi,keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib,
sunat, haram danmakruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan
hukum bersendikankitabAllah.
v.Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan
insanyang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling
banyakmemanfaatkan dirinyadan orang lain.
Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan
rohani;segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan
dan prasaranakehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan
diperoleh secara fardukifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim,
Mukmin dan Muhsin (Hashim,2004:38-39)Berdasarkan prinsip dan asas di atas,
tampak bahawa umat Melayu meletakkan agamaIslam sebagai sesuatu yang

amat signifikasi dalam pembinaan dan pembentukan tamadunMelayu Islam
dari era awal islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama islamlah yangtelah
meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya
dalamsatu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan
Islam itu sendiri.

PEMBUDAYAAN ILMU DANPENGUKUHAN BAHASA
2

Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal
danterpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu
masyarakat dan bangsa.
Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu
berperananmemberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang
perlu diamalkanoleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semagat Iqra¶ antara
aspek social yangmendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam
Melayu. Islam telahmengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu
sehingga menganggapnyasebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan
dan penerimaan Islam,golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar dalam
masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi oleh semua lapisan

masyarakat. Ada sebahagiandaripada mereka yang menjadi rujukan kepadapihak istan
dan sekaligus menggantikan peranan pawing dan bomoh yang sebelumnya amat
penting dalam industry pemerintahan.Kedatangan islam juga Berjaya memartabatkan
orang Melayu dari segi keilmuandan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi,
kewujudan pusat-pusat keilmuan sepertidi Acheh dan Pattani, di samping melahirkan
ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah kepada penubuhan beberapa institusi pengajian dan
pendidikan. Antara yang terpenting ialahiastan, masjid, madrasah dan pondok. Istana
misalnya, dalam sejarah keagungan Islam diAlam Melayu menjadi nadi penting dan
memain peranan yang cukup besar sebagai pusat.

perkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan bangsawan dan pembesar.
Begitu jugadengan peranan yang dimainkan oleh industry madrasah dan pondok
dalam memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah meunasah,
rangkang dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkatperingkat pendidikan yangdiamalkan (Azyumardi,2000:156).Sistem pendidikan Islam
yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawiamat relaven dengan
keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu pengatahuan dan cara
berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaandalam masyrakat.Oleh
kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam membina peradaban
manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)mengariskan
beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.Antaranya

ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mementingkan ilmu pengatahuan
ii.Berkekalanya hasil ilmiah
iii.Berterusnya usaha keilmuan
iv.Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v.Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu
bagimerealisasikan budaya keilmuan.
vi.Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.

Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati
bahawakejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam
dengan pemahamanyang sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna
dan menyeluruh dalam pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu

pengatahuan telah mengakar dansebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh
3

Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini
mahu kembali kepada Islam,nescaya kitsmsmpu menegakkan peradaban moden
seperti, pasti mkita akan mampu membangun peradapan moden seperti yang dikecapi
oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.
PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN
Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat
bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah
peradapanyang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak
dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian
besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia
memerlukankebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang
jelas mutahir ini ialahnilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat
gelombang modenisasi danglobalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita
khususnya. Ia juga dapatdiperincikan menerusi
i.

ii.


Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti
saling menghormati, salingmenolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa
manusia.
ii.Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
menjadikankekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara
manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan
sesama manusia tidak lagi bersifatsacral(Zulkiflee & Mohd Nasir,
2005:89).Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan
Melayu ini, sewajarnyaumat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa
yang telah diterap oleh umatMelayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan
sepenuhnya terhadap ajaran Islam yangsyamul yang tentunya akan
melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwadan berakhlak
mulia.

SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang
berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan
kaedaharkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara

bangsaMalaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan
Melayusebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari
beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik,
Melaka, Johor-Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001,
23-33).Hari ini,Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan
yangmengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan NegerinegeriSelat.Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau
landasanutama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun
Malaysiaialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas,
diperintaholeh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja
(skarang ini system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama
tamadun Melayu kepadatamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua
4

intitusi beraja iaitu Yangdi-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai
komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang
di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah
badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan
(legislatif) dan badan kehakiman(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59). Yang di-Pertua
Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda

berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa
atausuruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan
paksikepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja
berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda
bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub
dalamPerlembagaan persekutuan Malaysia.
SISTEM PERUNDANGAN
Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri
yang berasaskanadat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak).Antara
cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti
Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala
Berang,Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22
Februari1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang
perludilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan
danmenguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau
hukum sebatke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan
antara semua orangsama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman,
2004:90)Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah
diamalkandalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun
Pemerintahan SultanAbdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh
Undang-undangMelaka.Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak
banyak merosakkankepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi
dapat melemahkannya.Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akanmemperkenalkan Malay Union (Abdul Monir,
2005:68)
AGAMA DAN ADAT ISTIADAT
Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan
adatMelayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen
pentingkemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang
salingmelengkapi dan berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor
definitiMelayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu,
berbahasaMelayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayuini telah diletakkan ke
dalamPerlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undangundang.
Takrifan ini secara umum bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara
meluas di rantaualam Melayu.Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu.
Islam bukansahajamenjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam
PelembagaanPersekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di
5

dalam PersekutuanMalaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan initermaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam
pelbagai bidangseperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai
bidang sepertimelaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang
kuasa yangterbatas dan tertentu sahaja.Dengan termaktubnya agama Islam sebagai
agama bagi Perskutuan Malaysia,tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh
dianuti atau diamalkan oleh orang bukanMelayu atau bukan Islam. Menurut
perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam,
kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawalatau menyekat aliran atau
fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.
Dalam konteks pengamal adat dikalanaganorang Melay, Ahmad
Ibrahim(1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama
Islam, adatyang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan
ajaran Islam.
KESIMPULAN
Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang
pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu
perludiperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan
bangsaMelayu dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah membuktikan
kepadadunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilanganlantaran
berpegang teguhdan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.Islam sebagai cara hidup
yang lengkap menyediakan panduan yang sempurna bagi semuadimensi kehidupan.
Maka untuk mencapai era kegemilangan seperti mana yang dikecapi olehumat Melayu
terdahulu, sewajarnya generasi hari ini kembalimemahami dan menghayatiajaran
Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah yang dinamik dan progesi
http://www.scribd.com/doc/8173505/Peranan-Tamadun-Melayu-Dalam-MembinaTamadun-Malaysia
Tamadun Melayu Sebagai Teras Tamadun Malaysia (TITAS)
Posted by Ahmad Fikrizaman on Mar 25, 2011 in Macam-macam | 3 comments
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama
yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan
pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai
sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka
perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua
ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula
menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik
Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah
satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah
berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan
penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula
daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.
6

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan
dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan
pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu
sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orangorang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat
beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam
bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui
beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam
pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun
Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah
tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu
kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti
gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang
mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa
perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang
menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu
pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti
berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.
Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi
asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu
sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau
Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan
gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
mempertahankan tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut
Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs
that there is no separation between the spiritual and physical (or material) worlds, and
souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals ,plants, rocks,
7

natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or rivers,
or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang
oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan
selepas itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
“Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama
menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan
keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang
dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara
agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan
dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan
semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya
Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran
kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha.
Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan,
kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang
rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu
khususnya golongan bangsawan.”
(http://rujuknota.blogspot.com)
Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik
dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut
Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap
pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan
kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan
mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam
dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada
kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam
dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi
segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki
mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan
muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan
ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;
balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah,
balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka /
kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan
dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih,
benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,
keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan
8

makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan
kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan
yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak
memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;
segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana
kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu
kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,
2004:38-39).
PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA
Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam.
Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang
tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan
pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat
untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan
seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu
tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan bangsawan dan juga
golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang
dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di
akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh
dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah
menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat
tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan
budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang
di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan
tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka
sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya
kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman
kegemilangan Islam dahulu.
9

Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan
Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan,
sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai
satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan
yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari
dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang
semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah
disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia
dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia
tidak lagi bersifat kasih dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya
umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat
Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam
yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman,
bertakwa dan berakhlak mulia.
Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu
ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung
parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini
jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk
daripada Tamadun Melayu.
Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan
atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan
sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang
mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan
berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang
menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah
tamadun Melayu-Islam.

Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam
Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam
10

pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara
negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan
(eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul
Aziz, 2002:40-59).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri
urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada
sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak
untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana
Menteri atau Jemaah Menteri.
Sistem Perundangan
Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat
Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu
bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu
dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman,
2004:90)
Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam
kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan
Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang
Melaka.
Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan
kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir,
2005:68).
Agama Dan Adat Istiadat
Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi
faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di
dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini,
pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan
pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan
tertentu sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak
bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi
bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk
11

mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap
menyeleweng atau sesat.
Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316)
menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang
lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.
Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab,
bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang
dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi
diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah
meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan
cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan
penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik
(Abu Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru
dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar
baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar
dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang
telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan
yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam
juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat
Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya
mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang
terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti
Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa
mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang
penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen
penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak
penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi
politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka
tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah
ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera
dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah
memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan
mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan
biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).

12

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor
mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam
mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).
Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu,
namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat,
rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula
bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper
tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan
bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587).
Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa
Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian.
Kesimpulan
Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan
Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak
seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa
yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan
Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun
Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang
sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita
dalam Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
http://fikri.my/blog/2011/03/25/tamadun-melayu-sebagai-teras-tamadunmalaysia.html

Judul : Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat
13

Pengarang : Hashim Hj. Musa
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Esei
Mukasurat : 247 halaman
Cetakan Kedua : 2005
ISBN : 9831002288

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Kepentingan pengetahuan tentang pengajian ilmu ketamadunan di seluruh dunia, baik
di Amerika, Eropah, Asia mahupun di Afrika dilihat penting setelah pengisytiharaan
yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Satu melalui UNESCO 2001
sebagai "United Nations' Year of Dialogue Among Civilizations". Dialog di antara
peradaban dan kajian serta amalan mengenainya harus dilakukan dengan kadar yang
segera berikutan berlakunya tragedi serangan pada 11 September 2001 terhadap
World Trade Center, New York yang seolah-olah membenarkan teori Huntington, "clash
of civilizations" atau pertentangan tamadun. Kesinambungan dari perkara tersebut
telah menimbulkan pelbagai siri konflik dan keganasan berdarah di dunia antara
kumpulan budaya, pemeluk agama dan mazhab satu agama yang berbeza. Antaranya
ialah di Palestin antara penganut Islam, Kristian dan Yahudi; di Ireland, konflik
berdarah antara pemeluk agama Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan; di
Sudan dan di Indonesia antara pemeluk agama Kristian dan Islam dan sebagainya.
Pengajian tentang pelbagai tamadun manusia amat relevan pada masa ini
terutamanya dengan keadaan masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah
masyarakat majmuk dan etnik terbesarnya iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia
dapat disifatkan sebagai sebuah masyarakat majmuk yang stabil secara relatifnya dan
mempunyai kesamaan masyarakat majmuk di Kota Madinah pada era awal
kedatangan Islam dari sudut mempertahankan perpaduan, keamanan dan
kesejahteraan. Dari sudut sejarahnya, etnik Melayu merupakan kelompok masyarakat
nukleus yang boleh menjamin kesejahteraan dan kestabilan masyarakat majmuk
Malaysia secara keseluruhannya. Untuk menjaga integriti masyarakat majmuk
tersebut, cabaran-cabaran semasa perlu ditangani secara berhemah. Antara langkah
yang boleh diambil ke arah usaha murni tersebut ialah mengisi semangat
kemerdekaan dengan pengisian yang positif dan berkesan melalui penghayatan
sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.
Jurang kebudayaan dan pencapaian ekonorni yang boleh memisahkan pelbagai
etnik dalam masyarakat majmuk Malaysia juga merupakan suatu cabaran serna sa
yang perlu ditangani secara penuh kesedaran kerana ia merupakan suatu isu sensitif.
Walau bagaimanapun ia boleh diatasi dengan pembentukan kebudayaan Malaysia
sebagai teras yang boleh menyatukan semua etnik di Malaysia, tanpa menafikan
kebudayaan etnik yang bersifat individu atau berbeza di antara satu sarna lain.
Sejarah membuktikan bahawa hubungan antara kaum dalam masyarakat Malaysia
adalah penting untuk mengecapi keamanan dan kemakmuran. Penjajahan British di
Tanah Melayu secara langsung telah menyumbang kepada polarisasi kaum, iaitu
pemisahan kaum mengikut budaya dan kerjaya. Manifestasi polarisasi antara kaum
dapat dilihat pada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu selepas 13 tahun kemerdekaan
14

Malaysia. Peristiwa ini terjadi disebabkan ketegangan hubungan antara kaum Melayu
dengan Cina sehingga banyak mengorbankan nyawa pada kedua-dua belah pihak
(Ezad Azraai Jamsari et al., 2005: 220). Polarisasi kaum ini wujud disebabkan tiada
interaksi positif antara kebudayaan besar Melayu dengan Cina yang membentuk
majoriti rakyat Malaysia. Penjajah tidak mengintegrasikan kaum Cina ke dalam
masyarakat bumiputera yang sebahagian besarnya merupakan orang Melayu.
Masyarakat Cina menguasai perniagaan dan perlombongannya, manakala masyarakat
Melayu masih melakukan kerja-kerja kampung. Keadaan ini telah mencipta jurang
budaya dan ekonomi yang berterusan walaupun langkah pembaikan dilakukan
terhadap sistem pendidikan dan ekonomi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pada tahun 1970an untuk mengintegrasikan
masyarakat Cina ke dalam masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti melalui
perubahan sistem pendidikan daripada penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa
Melayu, namun usaha ini masih kurang berhasil. lni disebabkan peratusan atau jumlah
sekolah aliran Inggeris lebih banyak berbanding dengan sekolah aliran Melayu.
Malahan, sebahagian besar daripada sekolah aliran Melayu terpaksa ditutup
disebabkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi yang menggunakan
bahasa Inggeris tidak wujud untuk lulusan sekolah Melayu melainkan selepas
penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu, iaitu
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 (Zainal Abidin et aI, 1996 : 385388).
Selain dasar pendidikan, dasar ekonorni negara selepas merdeka juga tidak
membantu ke arah mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia. Dasar ekonorni
negara seperti Rancangan Malaya Pertama (1956-60) dan Rancangan Malaya Kedua
(1961-65) tidak memberi penekanan kepada perlaksanaan dasar yang boleh
menyebabkan integrasi kaum berlaku. Kerajaan tidak melibatkan diri secara berkesan
untuk mengawal ekonomi pasaran bebas, malahan negara masih bergantung pada
eksport dan import dengan negara bekas penjajah. Akibat kebergantungan tersebut,
negara tutut merasai kesan kemelesetan ekonorni dunia akibat pengurangan
permintaan getah dan bijih timah di pasaran dunia. Kesan kemelesetan ekonorni dunia
menyebabkan perubahan berlaku terhadap pembentukan dan perlaksanaan dasar
ekonomi negara. Perubahan tersebut ditujukan kepada realiti ekonomi negara yang
boleh mengimbangkan jurang ekonorni antara kaum. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang dibentuk merupakan titik tolak penting perubahan ini kerana ia bertujuan
menutup jurang ekonorni antara kaum (Abdul Shukor dan Hassan, 1982 : 310-317).
Konsep kebudayaan Malaysia perlu diasaskan kepada beberapa prinsip yang untuk
semua ras atau penganut agama. Semua agama atau kebudayaan mempunyai nilai
persamaan dan perbezaan, nilai persamaan tersebut perlu dikembangkan dan
dijadikan prinsip. Nilai semua agama dan kebudayaan boleh dilihat dari dua aspek
penting iaitu kebendaan dan kerohanian atau spiritual yang dilihat atau dihayati
secara berbeza-beza oleh semua agama dan kebudayaan. Apabila kebendaan
dipisahkan daripada nilai kerohanian atau spiritual atau apabila nilai spiritual
disamakan dengan nilai ritual, sahaja, ketegangan dan keretakan masyarakat berlaku
seperti yang dapat dilihat pada Peristiwa 13 Mei.
Secara ringkasnya beberapa pendekatan wajar diberikan perhatian dalam memastikan
pembentukan sebuah negara Malaysia yang harmoni:
(a) Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Satu hakikat yang jarang
difahami oleh kebanyakan orang bukan Islam ialah bahawasanya Islam merupakan
satu cara hidup (way of life) yang mencakupi semua bidang kehidupan. Islam bukan
setakat upacara ibadat pemujaan Tuhan di masjid dan di tempat-tempat khusus pada
masa-masa tertentu sahaja. Selain itu, penganutnya boleh melakukan segala kegiatan
15

dalam bidang ekonomi, politik, rekreasi, budaya, pentadbiran dan pemerintahan
mengikut mana-mana peraturan buatan manusia. Sebaliknya Islam mengatur segala
aspek kehidupan manusia secara individu dan kolektif.
(b) Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan
agama menerusi pandangan tamadun Islam. Perbezaan ini boleh ditangani secara
mematuhi prinsip kebebasan beragama dan mengelak tiga gejala buruk, iaitu:
i. Extremism atau pendirian melampaui batas pertengahan dan keseimbangan apabila
mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan atau hukum secara ekstrem.
ii Chauvanism atau ta'sub apabila menganggap fikiran dan cara sendiri atau kumpulan
sendiri adalah terbaik dan paling benar dan fikiran orang atau kumpulan lain tidak
benar dan mesti ditolak dan ditentang.
iii Fanaticism atau membabi buta (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan
melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempeduli
bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara orang lain.
(c) Kefahaman tentang ilmu ketamadunan boleh memberikan kefahaman yang jelas
tentang landskap budaya dan negara bangs a Malaysia yang mempunyai pluraliti
budaya, etnik dan agama hasil warisan sejarah. Ia merupakan titik mula untuk
memupuk keinsafan yang kukuh tentang keperluan membina kehidupan bersama
secara harmonis secara bersatu padu.
KESIMPULAN
Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam
membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang
mampu bertahan untuk jangka mas a yang lama namun sebaliknya terdapat juga
tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga
dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan
kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu
sendiri.
http://coretansaberi.blogspot.com/2011/01/pembinaan-tamadun-malaysia.html

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia
Dr Rahmat Ghazali
Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana
yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian
negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang
terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk
16

memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum
selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi
mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula
bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan
selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat
bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam
Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan
penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan
153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin
parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara
Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi
‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak
British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan
sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah
mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang
kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka
bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih
banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut
Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional
daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di
pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui
sempadan-sempadan persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting
dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu
menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Manamana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting
perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur
dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival,
memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam
sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan
kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari,
sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama
kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk
memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum
antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut
pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan,
melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa
minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh
Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah
monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etniketnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat
papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan
bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.
17

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju
perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem
sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi
semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah
monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa
daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh d