104471714 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA
Oleh
Nazri Bin Abu Bakar
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
”Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan
proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya
di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.
Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan
impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam
sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah
melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya
manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea
ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang
lebih menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang
pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya
bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.
Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada
faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor
pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari
aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan
secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif,

seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang
harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana

yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru
menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru
bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer
dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di
sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan
yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat
gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di
dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran
yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik
bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan
modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat
membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.
Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini
demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan
lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta
pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan
penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).

Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam
sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi
dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para
pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan
tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran
bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti
elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal
sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication).
Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan
komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini
seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk
bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru
dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara
pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan
teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan
animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat
merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang
tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian,

teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan,
sepertiperniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang

ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web
yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan
talian komputer.
Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran
pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif
perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk
pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan
komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka
menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya
suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi
pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.
1.2 Apakah itu Komputer?
1.2.1 Konsep Asas dan Istilah
Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu
alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan
kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada
penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang

digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan
komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada
satu kod yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua
simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk
mengendalikan data yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer
analog, dan banyak digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.
1.3 Sejarah dan Perkembangan Komputer.
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan
belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajarpelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak
belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajarpelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses
pengajaran pembelajaran.
Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya
dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan
mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan
percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan
terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan
media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan
terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan

e-pembelajaran (e-learning).

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap
dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat
memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru,
perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah
mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih
berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.
Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu
senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan
teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan
sesebuah institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak mungkin
terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran.
Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang
lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage
by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan
pengajaran secara lebih berkesan.
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam
proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran
guru yang bersifat gpembimbingan di sisih harus mempunyai ciri-ciri yang boleh

menjana pemikiran pelajar ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan
pelbagai pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari
ilmu. Ia perlu menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala
tindakan.
Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi
jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang
harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan
penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.
Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak berfikir
dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber yang
mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai
hasil pembelajaran.
2.0 KOMPUTER DAN PENDIDIKAN
2.1 Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai ependidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia
menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi g... a wide set of applications and
processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and

digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet

(LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...h
(http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).
Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai
media dan teknologi mutakhir.
2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing
permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.
i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan
peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.
Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang
tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar
ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan
seperti berada di negara berbahasa Melayu.
ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru

bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:
(a) Kebebasan belajar
œ Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
œ Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini.
œ Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
œ Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan
pengeditan kandungan/maklumat kursus).
œ Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini
boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun esecara langsungf.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.

œ Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
œ Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.
Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.

(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk.
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/ makan
tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan
meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus
terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata
kuliah) . proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh
dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain.
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.
Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana
kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka
terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari.
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke
setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran
bahan dan maklumat melalui teknologi internet.
2.2 Kekangannya?
Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada
beberapa perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya. Antaranya

termasuklah:
(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi.
Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian dan capaian
kepada Internet. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih relatif tinggi. Keadaan ini
tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju tetapi menjadi hambatan besar bagi
negara-negara dunia ketiga.(Walau bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan
berpatutan jika dilihat dalam jangka masa yang panjang).
(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.
œ Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang berdisiplin,
dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu melayari laman Web ini.

œ Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran itu, hanya
pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui e-pendidikan.
(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.
Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaran-pembelajaran
bahasa. berbanding dengan bidang-bidang lain, perisian untuk pelajaran bahasa masih
amat terhad (Jones 1987).
(d) Kursus yang ditawarkan terhad.
Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam, kerana
kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya kemudahan telepersidangan atau video-persidangan dan ini akan meningkatkan kos pengajaran dan
pembelajaran.
(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.
Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu, teknologi yang
mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan. Akan tetapi, tiada teknologi
yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah teknikal.
(f) Kemahiran komputeran.
Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan perisian
komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan.
(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah
Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pengetahuan bahasa
yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang fasilitator e-pendidikan
bahasa Melayu. Guru yang mahir berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis
masalah berupaya membantu, menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi
pelajar.
2.3 Produk yang Diperlukan
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini,
beberapa produk asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus
yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses
pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan jayanya.Selain itu, laman Web tersebut
perlulah menarik, canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk
suatu jangka waktu tertentu.
Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan
dengan mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan
sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan
sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan istilah.

Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam
situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati
suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti contoh laman e-pendidikan
berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini, memang ketara kuantiti dan kualitinya
masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama
dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).
Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih
lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun, adanya (biarpun jumlahnya kecil) lamanlaman Web yang direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi
semangat dan harapan untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar
yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada
masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar
dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah
dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.
3.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER
3.1 Teori Asas Pembelajaran Bahasa
Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian
elektronik telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Faktor-faktor
masa kini dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran
dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek reka bentuk pengajaran, dan juga
menjadi komponen penting dalam latihan industri. Pendidikan dan industri latihan tidak
boleh abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi pengedaran
lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran
terhadap maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas
pandangan peningkatan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka
adalah aset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan modal aset itu melalui
pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada pengalaman pelajar.
Komputer,telekomunikasi, dan maklumat adalah sangga tuas dalam mempercepatkan
sistem penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar.
Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian, strategi pembelajaran
dan pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih kompleks dan
membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu, bersinkroni atau
taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi makluman atau perbualan. Dalam bidang
sidang video terdapat subset seperti telesidang, dan telekuliah. Jaringan dan hipermedia
adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang diuruskan komputer. Paradigma
penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan pelbagai kemungkinan hingga
ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan. Ketidakpuasan dengan hasil
menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai
persepektif. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan strategi pengajaran, dan
lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran, lebih mungkin kita akan menyingkirkan
instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.

3.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK)
Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat
berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam
Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran
bahasa kedua (B2), beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran
(learning) dengan pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh
pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan
ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau
tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran
atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen
berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin
(1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas
antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa
secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh
beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.
Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan
dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dengan kata lain, sekiranya
sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah, kaya dengan
input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan
penulisan, maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar
tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang
menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana
kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah
ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan
pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis
atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2.
Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang
digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor afektif seperti sikap,
motivasi, dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri.
Dengan kata lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme
monitor yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Pelajar yang
runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya
atau dipelajarinya itu mudah difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan
atau penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah,
menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain, dan apa-apa jua perasaan negatif
yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk
memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis
dalam bahasa kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan
supaya guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu
kondusif, memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.
Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input
bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses

pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran
bahasa berbantukan komputer. Komputer ialah suatu alat yang tidak mempunyai perasaan
dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau takut sekiranya membuat kesilapan
dalam proses interaksi pemelajaran bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya
kepada pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan
kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Hal ini mendorong
pelajar untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini.
Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar
yang mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak sepertimana
alat bantu mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat diprogramkan
mengikut tahap tertentu. Pelajar dapat memilih tahap ini untuk berinteraksi dengan
komputer. Dalam proses interaksi ini, pelajar akan dapat menilai kelemahan dan
kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat memberikan
maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Manakala buku latihan perlu
disemak oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama
ada jawapan yang diberikan tepat atau sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer
memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses
pembelajaran bahasa.
Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini, iaitu pendekatan
kognitif. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini
menuntut pelajar untuk memproses arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan
kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi, dan kemudian
menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas
seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai negotiation process (Long 1996) bagi
memahami apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau
menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari.
Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan
dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Penggunaan komputer
dalam teknologi maklumat merujuk kepada pengumpulan dan penyebaran maklumat atau
data. Dengan hanya menekan kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum,
pengguna akan dapat mengumpulkan atau menyebarkan maklumat dengan cara yang
meluas. Dari sudut teori psikologi pendidikan, pendekatan ini dapat dikategorikan
sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang diberikan.
Interaksinya agak minimum. Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak
dapat memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan baik
dan berkesan atau tidak.
3.3 Penjelasan tentang Maklumat, Pengetahuan dan Pembelajaran
Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama
ratakan kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal daripada kajian
intensif terhadap pengaruh media pada masyarakat khasnya berhubungan dengan
komunikasi massa. Pembelajaran berfokus kepada perubahan tingkah laku atau
kebolehan membuat sesuatu (iaitu prestasi) hasil rangsangan persekitaran (media).
Berbanding dengan fahaman behavioris, konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran

menegaskan pembelajaran adalah aktif, konstruktif, dan berhaluan gol. Media adalah
unsur penting persekitaran untuk membekal maklumat yang mengubahsuai pengetahuan
sedia ada pelajar melalui”penambah”, ”talaan”, dan ”penstrukturan semual” atau ”ciptaan
schemata” (Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai pelajar pasif atau
penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an. Yang penting bagi pendekatan
kognitif ialah pelajar aktif secara mental mengurus dan memproses maklumat.
Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada
struktur skematik yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan yang
diantarakan [mediated] manusia dan bukan manusia, keperluan pelajar untuk peroleh
maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental bagaimana tanggap dan mengambil
bahagian persembahan skema-relevan untuk dipautkan dengan dasar pengetahuan sedia
ada (ingatan jangka masa panjang). Inilah titik permulaan kognisi tertabur. Media dan
sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk
capaian, tawanan, terbaru sebagai sumber maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan
adalah hasil penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah
pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee, 1997).
Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan
pelajar, dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi
melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan
prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan
mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan kemudiannya prestasi. Pengajaran
berasaskan web, yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan
menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan dicapai
dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita
mereka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua
strategi yang selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan konstruktivis.
3.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris, Kongitivis dan
Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Daripada perspektif Behavioris, model reka bentuk pengajaran Skinner (1953,
1954, & 1958) adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah
kecil yang menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c) pengukuhan respons yang
tepat. Ini telah membawa ke pengajaran berasaskan komputer lelurus atau bercabang
(Crowder, 1960). Teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat
terhadap reka bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar sebagai asas
reka bentuk dan perkembangan, serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan
penilaian formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan
pandangan kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan
aktif apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan
individu.
Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon,
Perkins, & Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi
metakognitif untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang
pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai

mencipta maksud daripada pengalaman. Pelajar membina takwilan peribadi dunia
berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang berbeza pendapat dalam mazhab
konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada individu
ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada
individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi, perbincangan
tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan tertabur merupakan manifestasi
kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud melalui pencapaian (Pea, 1993).
Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya
pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan
pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan
perbezaannya dibincang dengan teliti oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda
(1997). Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang
terlibat. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi. Contohnya,
pendekatan behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am (gmengetahui apa?).
Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di mana
satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh digunakan untuk
penjanaan penyelesaian yang kreatif. Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang
berjaya mempunyai ciri yang disokong ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu
pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada konteks. Aplikasi multimedia dan
komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik membekalkan
adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan
menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson dan
Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu atau
kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran.
4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted
Language Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK
berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau ComputerAssisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK mula
diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic
Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat.
PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga
menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau
perkembangan kemajuan pelajar, dan memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah
untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan
kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer
peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini
dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi
maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas
kepada PBBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya
popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah

didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBBK masih
baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam internet,
penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di
negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu
pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab
komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan
perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan.
Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK
di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak
swasta, kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya
dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan
pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum.
Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBBK
merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru
(Supyan Hussin 1996).
4.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK)
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan
kira-kira 125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima
tahun akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat
melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era
teknologi maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995:
360) menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat
yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan
ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."
Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran
lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan
perkataan (contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase, Access), paparan
elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint).
Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user atau consumer) semata-mata,
tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)
perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Pembangunan dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang
berterusan di kalangan pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih
diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam
pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk
mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di
pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya
dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan
cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian
pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian
Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh
konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi
memperbaik kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian
sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan oleh
konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan.
Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan berkesan
sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin masingmasing dan memperbaik serta memantapkan perisian tersebut dari masa ke masa. Sekali
gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan
budaya dan pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan),
kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan cita rasa pendidik
yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di sekolah akan dapat diatasi.
Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia
kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar
dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware)
bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik
algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja
memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang
perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang
(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan
kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke
University, North Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA), Real
English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools (Teleste Open, Norway),
para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan lebih
mudah dan cepat.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di
universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil
masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi
ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam
jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat
dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara pemelajaran berbantukan komputer
bersama pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di
makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran
kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan
terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban
kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi
berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
4.3 Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan
masih terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa
pemelajaran bahasa berbantukan komputer:

·
·
·
·
·
·

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980, Kulik
dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat 1995, Zubaidah
Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen
1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),
meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers 1980,
Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen
1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),
berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam mata
pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974, Fisher 1983,
Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),
berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985,
Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline Mahmood 1998).
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita
percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan
produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan
multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk
mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan
pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak
terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang
lebih bersifat satu hala atau unidirectional.
Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu
memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap
kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih
berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video,
dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari
dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa
pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30%
daripada apa-apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh
sebab perisian PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di
dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pemelajaran bahasa.
Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multimedia,
seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang diberikan,
mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara, dan melihat
gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap melalui klip video. Ringkasnya,
dengan adanya perisian PBBK multimedia, pelajar dapat mempelajari suatu bahasa
dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa
yang kaya, tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata,
deria telinga, dan deria sentuhan) secara aktif.
Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula pada tahun 1991 apabila
diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan TESL (Teaching of
English as a Second Language) melalui kursus Educational Technology in TESL.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan ("know-what" and
"know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam menggunakan alat bantu mengajar
audio-visual termasuklah penggunaan komputer multimedia dalam pengajaran dan
pemelajaran bahasa. Bakal guru ini kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan
komputer dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka.
Format kursus Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua bahagian:
teori dan reka bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti teori pembelajaran,
teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA (second language acquisition), rasional
penggunaan media tertentu dalam pengajaran, dan pelbagai pendekatan pengajaran
bahasa dibincangkan pada peringkat pertama permulaan kursus. Kemudian pelajar akan
didedahkan kepada peringkat reka bentuk, pada peringkat ini mereka mempelajari prinsip
reka bentuk arahan (instructional design) sebelum memulakan projek perisian komputer.
Pelajar diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan mereka mengenai teori
pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang dihasilkan haruslah
mencerminkan trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Pelajar digalakkan menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai budaya, cara
pemikiran, serta latar belakang tempatan agar perisian tersebut dapat memenuhi
keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan produk multimedia PBBK, pelajar
akan mempelajari cara menilai keberkesanan bahan PBBK multimedia yang digunakan
untuk tujuan pembelajaran. Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada inovasi
teknologi terkini, termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia supercorridor), internet, e-mel, sidang audio, sidang video, dan komunikasi satelit dalam
pendidikan.
Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang
kemahiran pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk
mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring systems) dan
bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages) kepada mereka. Sistem
pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet pelajaran yang telah
disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan,
sistem pengarangan tidak memerlukan guru itu mengingati sintak arahan atau mahir
dalam logik algoritma bagi mengaturalir program. Sebaliknya, guru dapat memilih
bentuk pelajaran sama ada penerokaan pemelajaran (exploratory), penilaian kendiri (selfassessment), atau sekadar peninjauan (browsing). Guru dapat memilih sama ada untuk
menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan pendek, isi-tempatkosong, atau dikotomous. Selain itu, guru dapat juga menentukan bentuk maklum balas
yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Kebanyakan sistem pengarangan
yang terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik, gambar, animasi, video,
dan bunyi ke dalam teks yang akan menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih
menarik dan bermakna kepada pelajar.
Pada awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem pengarangan
berasaskan DOS, seperti Pinpoint, Vocab, Wordstore, Storyboard, Gapmaster,
Choicemaster, dan Testmaster yang dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Britain,
walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti CoMIL, Dasher, and Gapkit. Lebih
daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara tahun 1991-1993

yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS (Supyan Hussin, Afendi Hamat,
dan Norizan Razak 1998). Kandungan perisian yang dibangunkan merangkum sukatan
pelajaran bahasa Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dan kursus kemahiran bahasa
Inggeris yang ditawarkan di UKM. Sebahagian daripada program tersebut telah diperbaik
dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus,
seperti Curriculum Design and Material Development dan Testing. Ada pelajar TESL
yang menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir di UKM.
Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di sekolah
tempat mereka menjalankan latihan mengajar.
Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi mulltimedia menjadi makin
popular dalam pendidikan, sistem pengarangan multimedia semakin bertambah di
pasaran. LIBRA, WinCALIS, CoMIL, RealEnglish, Course Builder, dan Teleste Partner
Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. Setelah meneliti program
pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus Educational Technology in
TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan bersepadu, di
samping pelbagai kemudahan pengarangan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan
dengan sistem pengarangan yang lain. Dari segi pedagogi, WinCALIS lebih sesuai untuk
pembangunan perisian bahasa kerana menawarkan pelbagai te