Pengajaran Bahasa Arab kompeten dalam kualitas (1)

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

GGGC6693
ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN BAHASA ARAB

TUGASAN PENULISAN KUMPULAN :

Terjemahan Kitab “Turuqu Tadris al-Lughatul Arabiyyah wa I’dad Durusiha
fi Malizia”

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS

DISEDIAKAN OLEH:
MUJAHID AZMI (P82667)
ZULHILMI SUBOH (P82663)
SITI FATIMAH AHMAD FAROK (P82670)

1.0 PENDAHULUAN
Bahasa Arab merupakan bahasa ketiga terpenting di dalam bahasa komunikasi dunia. Bahasa
Arab juga merupakan bahasa yang diciptakan oleh Allah SWT terhadap makhluk yang

dinamakan manusia. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih berada di tahap yang lemah
daripada tahap yang sepatutnya sejak bahasa Arab bertapak di Malaysia. Bahasa Arab telah
sampai ke Malaysia sejak kurun ke 13 Masihi bersama dengan kedatangan Islam (al-attas, 1984)
Manusia mempelajari sesuatu bahasa untuk berkomunikasi dengan yang lain. Manakala,
orang islam pelajari bahasa arab untuk memahami isi alquran dengan itu mereka memahami
komunikasi hamba dengan penciptanya, Allah. Menjadi fardhu kifayah ke atas orang islam
mempelajari bahasa arab untuk memdalami agama mereka sendiri. Kemuncak keupayaan
berbahasa itu terletak kepada kebolehan membentuk ayat-ayat yang unggul dan sempurna
mengikut sistem nahu (Chomsky, 1965)
Walau bagaimanapun, setiap bahasa yang hendak dikuasai perlulah ada bantuan ataupun
keperluan-keperluan asas yang boleh membantu untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam
penguasaan sesuatu bahasa. Penguasaan asas-asas bahasa yang mantap amat diperlukan dalam
menguasai sesuatu bahasa dengan menguasai empat kemahiran bahasa yang penting.

2.0 10 ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB YANG PERLU
DIPELIHARA

Dr Kamal Badri telah menyusun sepuluh asas yang perlu diambilberat oleh penuntut bahasa arab
sebagai bahasa kedua sebagai ciri-ciri kaedah pembelajaran bahasa. Sebelum melangkah ke
peringkat yang lebih tinggi, amatlah perlu bagi seorang penuntut itu menguasai asas-asas yang

disusun oleh beliau.

1. Pada peringkat permulaan, guru perlu mengajar murid bagaimana untuk mendengar
kemudian barulah guru mengajar murid bagaimana untuk menulis. Kaedah ini lebih

dikenali dengan kaedah Dengar-Tutur (Al-Sam’iyat Al-Shafawiyah). Ia adalah elemen
yang terpenting berdasarkan kepentingannya berbanding dengan kaedah yang lain. Murid
diajar untuk mendengar dan bertutur sebelum kemahiran membaca dan menulis. Kaedah
ini menggunakan dialog untuk dilafazkan secara ajukan (Abdullah Hassan, 1976) &
(Mahmud Ismail Sini, 1983). Menurut Kamaruddin haji Husin 1978, bertutur berlaku di
peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru atau diajuk. Tidak wajar
menyuruh seseorang yang tidak pandai membaca untuk menulis.

2. Guru menyuruh murid menghafal beberapa potongan teks perbualan yang mengandungi
ayat-ayat mudah daripada bahasa yang dipelajari. Dimulakan dengan ayat-ayat asas dan
mudah (selapis). Ayat-ayat tersebut hendaklah dipastikan betul dan tersusun dengan betul.
Pada peringkat permulaan, dimulakan dengan ayat selapis iaitu yang mengandungi subjek
dan prediket/ mubtada’

khabar, fi’l-fail maf’ulun bihi. Seterusnya melangkah ke


peringkat tinggi dengan menggunakan ayat berlapis yang lebih kompleks.
3. Guru menerapkan perkembangan bahasa kepada murid dengan cara menjadikan ia satu
kebiasaan supaya memperolehi identiti bahasa. Perkembangan adalah corak khas bagi
bahasa. Tetapi “Ladu” berkata : sesungguhnya perkembangan bahasa tidak mencukupi
bagi murid dengan hanya mengetahui kosakata bahasa asing sahaja dan bukanlah dengan
ayat-ayat tersebut memadai bagi kesemulajadian bahasa apabila ia didahulukan tanpa ada
latihan.

4. Mengajar fonologi (cara sebutan). Guru bertutur dalam konteks ayat ataupun perbualan
kemudian meminta murid mengulangi apa yang mereka dengar. Model yang digunakan
haruslah model yang baik untuk dijadkan sebagai rujukan. Pembelajaran system sebutan
ini bagi murid adalah dilakukan dengan cara amali, bukan dengan teori. Aktiviti yang
dilakukan adalah guru menyebut dan murid mengajuk sebutan itu. Objektif yang mahu
dicapai adalah menyebut serupa dengan sebutan pemilik bahasa kedua tersebut.

5. Mengajar unsur-unsur di dalam bahasa ibunda dengan bahasa kedua. Ia adalah tunjang

bagi bahasa yang dipelajari. Atau dengan kata yang lain, unsur yang tidak mungkin
dipindah dari bahasa ibunda ke dalam bahasa kedua. Supaya murid lebih jelas dan

memahami unsur bahasa kedua yang mereka pelajari.

6. Pembelajaran sumber bahasa. Sumber bermakna kosakata-kosakata baru dalam bahasa.
Guru perlua memperkayakan pembendaharaan kata. Seorang guru tidak semestinya
menyibukkan murid dengan kosataka-kosakata yang baru dengan terlalu banyak. bahkan
lebih baik digunakannya mengikut batas kemampuan murid bagi mencapai objektif.
Terutamanya bagi pelajar di tahap awal pembelajaran, ataupun pelajar yang baru
menguasai sistem pembelajaran melalui “sistem sebutan”. Asas ini perlu dilakukan
secara berperingkat dan tidak perlu diberikan dengan banyak kerana ia perlu bergantung
pada batas pemikiran murid yang sesuai.

7. Mengajar menulis dan mengarang berpandukan pada pembelajaran lepas. Pada peringkat
awalnya, guru terlebih dahulu memperbaiki dan mengkaji kaedah bacaan dan penulisan
dengan cara yang berkesan dengan berpandukan kepada teknik penulisan yang selaras
dengan teknik bertutur secara sempurna. Perlu menulis perkara yang telah dibincangkan
pada peringkat pembacaan dan bertutur. Ia memudahkan murid untuk menulis dan
pastikan ia bermula dengan penulisan yang mudah dan betul supaya menjadi rujukan
murid di masa akan datang.

8. Mengajar secara berperingkat dalam perkembangan bahasa. Pembelajaran bahasa

haruslah secara berperingkat iaitu berdasarkan pengalaman yang lalu. Ini kerana
penguasaan bahasa hanyalah menjadikan ia satu kebiasaan. Satu kebiasaan tidak akan
memadai kecuali dengan perlahan dan sedikit-demi sedikit. Perlukan perancangan
mengajar secara berperingkat agar murid mampu belajar berdasarkan pengalaman dan ia
mampu memantapkan lagi kemahiran-kemahiran bahasa murid tersebut.

9. Perbanyakkan latihan. Guru seharusnya memenuhi waktu murid sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran bahasa asing dengan latihan-latihan. Murid memerlukan
latihan yang banyak agar kemahiran-kemahiran bahasa dapat diasah dengan baik. Ini
bertepatan dengan tuntutan psikologi pendidikan.

10. Membetulkan kesalahan murid secara spontan atau langsung. Asas ini bertujuan agar
murid tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mereka mampu mengingat apa yang
perlu mereka elakkan agar tidak berulang lagi. Membolehkan murid tahu kesilapannya
dengan segera. Maka murid tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada perkataan
atau ayat tersebut

Menurut Dr Muhammad Abdul Qadir di dalam bukunya “Teknik Mempelajari Bahasa Arab
Bagi Permulaan”. Yang dimaksudkan dengan teknik : cara yang digunakan oleh seorang guru di
dalam kelas yang berpandukan buku dalam penyampaian maklumat kedalam minda para pelajar”

Ini menunjukkan dari segi kaedah dan cara pembelajaran dalam pembelajaran bahasa
memerlukan kepada buku-buku yang sesuai iaitu membawa guru-guru dan murid-murid untuk
mencapai objektif pembelajaran
Ilmuwan bahasa berpendapat : Kaedah yang Berjaya adalah yang mencapai objektif yang
dituju pada waktu yang diperuntukkan seiring dengan usaha murid dan guru yang berkesan.
Kaedah ini juga mengambil kira pada fokus murid, bakat, respon pada nilai-nilai positif, disiplin
diri dan kerja berkumpulan dalam pembelajaran.

3.0 ASAS-ASAS PENTING DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Kaedah pengajaran adalah satu rencana (prosuder) yang menyeluruh untuk menyampaikan
sesuatu bahan, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti
(Kamarudin Haji Husin, 1978). Sebahagian daripada ulama’ bahasa telah berpendapat
bahawasanya disana terdapat kaedah yang asas perlu kita sandarkan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab terhadap penutur selain daripada orang Arab.

3.1

Kaedah asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab




Saling melengkapi antara kemahiran bahasa



Penyampaian kosa kata dengan berperingkat



Latihan pembelajaran ke atas seni bahasa Arab



Tidak menggunakan bahasa pengantara

3.1.1

Asas Pertama : Saling Melengkapi Antara Kemahiran Bahasa


Semestinya ada hubungkait antara 4 kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bercakap,
membaca dan menulis. Menurut Erida Pulungan (1983), kemahiran ini bermula dengan
keinginan melahirkan perasaan secara bebas. Peningkatan para pelajar dalam perkembangan
kemahiran menulis memerlukan bimbingan daripada guru. Kemahiran menulis tumbuh daripada
pengalaman yang lalu dalam mendengar, bertutur, dan membaca.

3.1.2

Asas Kedua : Penyampaian Kosa Kata Dengan Berperingkat

Adalah tidak boleh kita menyampaikan kosa kata dengan sekaligus ataupun dengan satu
peringkat sahaja, malahan kita perlu menyampaikannya dengan cara berperingkat melalui
kumpulan-kumpulan yang saling berkait rapat atau melalui tujuan penggunaan kosa kata
tersebut. Kita boleh mendapatkan kosa kata baru bukan semata-mata dengan menghafaz atau
mengingat sahaja, bahkan guru boleh mencuba dengan kaedah persekitaran sehinggalah
penambahan kosa kata yang baru dapat dihasilkan dengan perkongsian dalam sesi pengajaran.
Kepentingan kosa kata ini diperjelaskan lagi oleh A’rif Karkhi Abu Khudhairi (1994)
dengan merumuskan bahawa perlunya kepada teknik baharu dan moden untuk mengajar bahasa

Arab kepada penutur bukan Arab.


3.1.3

Asas Ketiga : Latihan Pengajaran Ke Atas Seni Bahasa Arab

Maka guru tidak hanya cenderung kepada perincian pentakrifan sahaja. Boleh kita lihat, bahawa
antara keperluan asas yang boleh kita gunakan juga terhadap pelajar adalah proses latihan.
Latihan dapat menguji tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut.
Menurut Mahmud Ismail Sini et.al (1983), kaedah ini berusaha meransang para pelajar
dengan pelbagai latihan dan membiasakan bertutur dengan bahasa kedua iaitu bahasa yang
sedang dipelajari.

3.1.4

Asas Keempat : Tidak Menggunakan Bahasa Pengantara

Guru-guru bahasa perlu memelihara secara khusus dan teliti melalui bentuk yang jelas.vDi
samping itu, guru bahasa boleh menggunakan media massa seperti benda yang boleh didengar
dan dilihat. Bahkan penggunaan makmal bahasa, video, radio dan sebagainya amat digalakkan
dengan cara yang tepat dalam penggunaan media massa.

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005), pemanfaatan teknologi dalam
pengajaran mampu untuk mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat
tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar.

4.0 CONTOH PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Sebelum kita membicarakan tentang cara pengajaran bahasa Arab di Malaysia, sebaiknya kita
mengenal sebahagian daripada contoh pembelajaran bahasa Arab bagi orang yang bertutur selain
daripada bahasa Arab.
Contoh pertama
Untuk orang yang belajar di peringkat permulaan, seperti berikut:

Guru mengeluarkan daftar kehadiran, lalu bertanya pelajar : ada pelajar yang tidak hadir?,
jawab pelajar : ya, ada beberapa pelajar yang tidak hadir iaitu Ahmad, ‘Adil dan Husin. Guru
bertanya lagi : kenapa mereka tidak hadir?, jawab pelajar : Ahmad pergi ke stesen untuk
menjemput ayahnya, ‘Adil telah pergi ke hospital untuk menziarahi kawannya yang sakit,
manakala Husin pula telah pergi ke lapangan kapal terbang untuk pemergian pakciknya.Maka
guru mencatat nama pelajar yang tidak hadir, kemudian berkata : Ahmad, tolong padam papan
hitam. Hari ini, kita belajar pelajaran baru.

4.1


Pengajaran Petikan Boleh Ditentukan Melalui “Bacaan”

1)

Dengar dan buku ditutup
-

Guru meminta pelajar untuk mendengar petikan sambil berkata : tutup buku kamu

semua dan dengar baik-baik !.....
2)

Guru memainkan pita video atau membaca petikan sebanyak dua kali.

Dengar dan buku dibuka
-

Guru meminta pelajar mendengar petikan sambil berkata : buka buku kamu

semua dan dengar baik-baik. Lalu pelajar turut mengikuti perkembangan isi petikan tersebut
sambil mendalami petikan dipertengahan bacaan mereka.
3)

Guru memainkan pita video atau membaca petikan sebanyak dua kali.

Bertanya dan buku ditutup
-

Guru telah meminta pelajar seorang demi seorang untuk menentukan ungkapan

berikut samada benar atau salah. Dikatakan “betul” jika jawapan mereka betul, dan “salah” jika
jawapan salah.
-

Contohnya :

1) Ahmad telah pergi ke stesen (betul)
2) Husin telah pergi ke hospital (salah)
3) Rakan ‘Adil sakit (betul)

4)

Pengulangan beramai-ramai dan buku dibuka
-

5)

Guru meminta pelajar mengulang petikan selepas dia membaca secara jumlah.

Bacaan beramai-ramai
-

Guru meminta pelajar membaca petikan daripada buku atau dipapan hitam secara

beramai-ramai.
6)

Bacaan perseorangan
-

Guru memilih dikalangan pelajar untuk membaca sebahagian daripada petika

secara individu.

5.0

KAEDAH BERSEPADU DALAM SESI PEMBELAJARAN

Bagi seorang guru, mungkin boleh menggunakan langkah-langkah pengajaran mengikut kaedah
bersepadu dalam sesi pembelajaran. Menurut Maimun Aqsha Lubis (1987), langkah-langkah
pengajaran mengikut kaedah bersepadu ini antaranya ialah :
1)

Guru menulis satu tajuk di papan tulis jika tidak ada buku yang ditetapkan.

2)

Guru membaca karangan/naskhah tersebut dan para pelajar mendengar dengan
baik.

3)

Para pelajar membaca karangan/naskhah tersebut dengan sebutan yang betul.

4)

Guru menerangkan isi karangan/naskhah.

5)

Guru dan pelajar menyimpulkan bersama apa yang terkandung dalam karangan
(pendekatan induktif).

6)

Kemudian guru memberi soalan-soalan untuk dijawab oleh murid untuk menilai

sejauh mana kefahaman murid.
5.1

Contoh yang Kedua: Bagi Peringkat Permulaan dan Pertengahan

Terdapat kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk peringkat permulaan dan peringkat
pertengahan. Mengikut pandangan Syaukani (1986). Pengajaran membahagikan pembelajaran
beberapa bahagian, antaranya mutala’ah (kefahaman bacaan),ta’bir (mengarang), muhadathah
(perbualan) dan qawaid (tatabahasa).
Bahagian-bahagian ini diajar secara berasingan pada masa dan situasi yang berbeza.
Kebaikannya, membimbing pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran dan pengetahuan bahasa
arab secara terperinci terutama pelajar di peringkat pertengahan. Kelemahannya, pelajar lemah
menggunakan bahasa dalam pelbagai kemahiran secara bersepadu dan seimbang.
Pengajaran bahasa arab yang sesuai peringkat

permulaan-kaedah al-wihdah (kaedah

persepadu)-Maimun Aqsa Lubis (1987). Menurut Syaukani (1986) karangan/rencana tajuk
tertentu meliputi seluruh kemahiran dan pengetahuan bahasa

(Mutalaah, ta’bir, nahu,

muhadathah) menjadi satu pelajaran unit.
Islam Dan Amal
Telah masuk seorang lelaki arab kepada rasulullah s.a.w dan bertanya kepada baginda sesuatu,
maka baginda bertanya kepada lelaki arab itu: adakah di rumah kamu sesuatu? jawab lelaki arab
itu: ya, mangkuk kayu yang besar kami makan padanya dan minum daripadanya dan bersuci
dengannya. Dan kami meletakkan kain alas dan duduk diatasnya dan tidur dengannya, kami jadikan
setengahnya diatas kami dan setengahnya dibawah kami, ini sahaja yang kami ada. Maka baginda
berkata: bawalah kepadaku keduanya, dia membawa keduanya kepada baginda, baginda memegang
keduanya diantara tangannya, lalu baginda berkata kepada sahabatnya: siapa yang hendak membeli
kedua-dua ini? berkata seorang lelaki : saya ingin membeli keduanya dengan satu dirham, maka
rasulullah s.a.w berkata: siapa yang hendak tambah dirham? maka berdiri seorang lelaki yang lain
dan berkata: saya membeli keduanya dengan dua dirham, lalu baginda memberi kedua –dua barang
tersebut kepada lelaki itu, dan mengambil dua dirham tersebut kemudian diberikan kepada lelaki
arab itu, dan berkata: belilah salah satu daripadanya makanan, dan pergilah membawa makanan
kepada keluarga kamu dan belilah barang lain pada masa akan datang dan bawalah kepadaku.
Maka lelaki itu telah datang kepada rasulullah kemudiannya, rasulullah s.a.w. meletakkan kembali
tangannya kepada lelaki arab itu dan baginda berkata: pergilah kumpulkan kayu api dan belilah

pakaian dan makanan, kemudian rasulullah s.a.w yang mulia berkata: bukankah ini lebih baik bagi
kamu daripada kamu meminta-minta kepada orang lain, adakah aku telah memberi kamu? atau aku
telah menolong kamu?

Daripada petikan ini bolehlah di sentuh dan di tetapkan cara yang sesuai pada pengajaran
pelajaran bahasa arab bagi peringkat pertengahan, mengikut langkah-langkah berikut:

Ustaz menyediakan pelajar setengah soalan yang berkaitan dengan petikan berikut, seperti:
1- Apa yang diminta lelaki arab yang fakir itu daripada nabi s.a.w?
2-Tidak kah nabi memberinya apa yang diminta?
3-Apakah yang diperintahkan nabi kepada lelaki arab itu setelah memberinya dua dirham?
Setelah menjawab soalan ini guru meminta pelajar berbincang apa yang berkaitan dengan
cerita nabi dan selainnya daripada kisah-kisah

Langkah yang ketiga:
Pada langkah ini guru mengajar kaedah-kaedah dan mengeluarkan fa’il-fa’il dadipada
petikan berikut.

Perbuatan yang lepas

Masuk, berkata, berdiri

Perbuatan sekarang

Kami makan, kami minum, kami
bersuci

Perbuatan perintah

Peganglah, belilah, dan bayarlah

-Selepas itu guru meminta pelajar memasukkan setiap fa’il daripada fa’il-fa’il ini dalam jumlah
yang lengkap, sekali dalam bentuk jumlah ismiah sekali dalam bentuk jumlah fi’liah.
-Guru membentuk soalan sebagaimana berikut:
Susun perkataan-perkataan berikut dalam bentuk jumlah yang lengkap.
1. kepada- rasulullah – seorang lelaki arab – telah masuk – yang miskin – s.a.w .
2. Rumah kamu – pada – adakah – sesuatu.
3. Ini – bagi kamu – lebih baik – bukan kah –

bahawa daripada – kamu meminta – orang lain

– menolong kamu – aku membantu kamu – atau.
-Kemudian guru berpindah kepada pengajaran yang berikut, seperti bawakan soalan-soalan
bagi jawapan di bawah:
-di rumahku ada mangkuk kayu yang besar kami makan padanya dan kami letakkan kain alas
dan kami duduk diatasnya.
Ya, aku tidak ada yang lain melainkan ini.
-Datangnya selepas lima belas hari.

6.0

KESIMPULAN

Ilmuwan bahasa berpendapat kaedah yang berjaya adalah yang mencapai objektif yang dituju
pada waktu yang diperuntukkan seiring dengan usaha murid dan guru yang berkesan. Kaedah ini

juga mengambil kira pada fokus murid, bakat, respon pada nilai-nilai positif, disiplin diri dan
kerja berkumpulan dalam pembelajaran.
Bahasa Arab merupakan bahasa kedua yang mempunyai nilai tersendiri terhadap siapa
yang mempelajarinya. Oleh itu, untuk mencapai tahap penguasaan tersebut seharusnya kita
mempelajarinya dengan kaedah-kaedah atau keperluan-keperluan asas yang tertentu.
Asas-asas yang penting perlulah dipelihara oleh guru terhadap murid dan diperkemaskan
sebelum melangkah ke tahap mempelajari kemahiran-kemahiran bahasa yang lebih tinggi. Asas
umpama tiang sebuah binaan, jika tidak kukuh runtuhlah bangunan tersebut. Asas-asas ini
mampu membantu murid dalam menguasai empat kemahiran bahasa dengan baik.

7.0

RUJUKAN

Ab Halim Mohamad. 2009. Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda
Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1 (1) 2009, 1-14. Universiti
Putra Malaysia, Serdang.
A Chaeadar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung : PT Remaja Rasdakatrya.
Ku Fatahiyah Ku Azizan, Awatif Abd rahman, hairun Najuwah Jamali. 2014. Tahap Kemahiran Asas
Bahasa Arab di IPT Malaysia. GSE E-Journal of Education, E-ISSSN : 2289-6880. Vol 1 No 2 2014.
Pusat Pengajian Terasm Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi.
Maimun Aqsha Lubis. 2003. Satu perbandingan kesan tiga kaedah pengajaran bahasa Arab terhadap
pencapaian kemahiran bahasa di Pusat matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Bandar Seri
Begawan. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Brunei Darus Salam.
Zamri Ahmad, Ibtisam Abdullah. 2014. Metode Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan
Empat Kemahiran. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014. Unit Bahasa Arab,
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

-