perbandingan Akhlak Islam dengan Moral
Akhlak Islamiah
Bahasa
Akhlak berasal daripada perkataan jama’ nya iaitu قاخلقاdan manakala perkataan
mufradnya pula yaitu خلللوقاyang memberi maksud perlakuan, perangai, tabiat, budi
pekerti dan adab. Maksud akhlak ini terkandung didalam hadis riwayat Aisyah r.anha,
ketika beliau ditanya oleh Abu Darda’ r.a berkenaan akhlak Rasulullah s.a.w, lalu
Aisyah menjawab adalah akhlaknya (Rasulullah s.a.w) adalah al Quran (HR. Muslim).
Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan diatas ialah kepercayaan, keyakinan,
pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w. yang semuanya merupakan
pelaksanaan mengikut ajaran al Quran.
Istilah
Menurut Syeikh Muhammad al Jawiyy didalam kitabnya “Murooqiyul ‘Ubudiyah”
Akhlak adalah keadaan didalam jiwa seseorang yang mendorong perlakuan tanpa
melalui pemikiran dan pertimbangan. Didalam kitab yang lain menjelaskan
bahawasanya Akhlak menurut istilah yang diungkapkan oleh para ulama’ ialah
gambaran batin seseorang manusia. Kerana pada dasarnya manusia mempunyai dua
gambaran :
1. Gambaran zahir (luaran) : iaitu bentuk penciptaan yang telah Allah s.w.t
ciptakan yakni tubuh dan anggota badan. Dan yang dikatakan gambaran zahir
itu ialah diantaranya yang ada indah dan cantik, ada yang hodoh dan buruk
dan ada pula yang berada pada pertengahan kedua-duanya atau dimaksudkan
biasa-biasa sahaja.
2. Gambaran batin (dalaman) : yaitu sesuatu yang melekat kukuh pada jiwa, yang
keluar daripadanya perbuatan-perbuatan yang baik dan terpuji mahupun yang
buruk dan terkeji yang dapat dilakukan tanpa menggunakan otak dan berfikir.
Menurut Imam al Ghazali didalam bukunya yang bertajuk Ihya’ Ulumuddin ,
mengatakan “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati manusia akan lahir
pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan
pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia”.
M. Abdullah Diroz mendefinisikan Akhlak adalah sebagai suatu kekuatan didalam
kehendak yang mantap, kekuatan yang digabung akan membawa kepada
kecenderungan pada pemilihan pihak yang betul ataupun pihak yang salah. (Fadlil
Yani Ainusysyam : 2007)
~1~
Abdul Karim Zaidan , Nilai dan sifat-sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang,
yang dengan pertimbangannya seseorang dapat menilai perbuatannya sama ada baik
atau buruk dan kemudian memilih untuk melakukannya ataupun meninggalkannya.
Menurut Muhammad bin Ali Asy Syarif al-Jurjani dalam bukunya al-Ta’rifat,
sebagaimana diambil oleh Ali Abdul Halim Mahmud (2004 : 32), mengatakan bahawa
Akhlak adalah istilah bagi sesuatu sifat yang tertanam kuat dalam diri, yang darinya
terlahir perbuatan-perbuatan dengan mudah dan ringan, tanpa perlu berpikir dan
merenung.
Adapun menurut Muhammad bin Ali al-Faruqi at-Tahanawi sebagaimana diambil
oleh Ali Abdul Halim Mahmud (2004 : 34), mengatakan bahawa Akhlak adalah
keseluruhannya kebiasaan, bersifat alami, keagamaan dan harga diri.
Berkata Jabir r.a bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya
orang yang sangat saya kasihi dan dekat denganku pada hari kiamat nanti adalah
orang yang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh
daripadaku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bercakap, sombong
dalam percakapannya, dan berlagak menunjukkan kepandaiannya.”
(HR. al Tirmizi)
Moral dan Etika
Bahasa
Etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Ethic yang bermaksud tingkah laku
manusia yang bersumberkan falsafah semata mata bukannya bersumberkan wahyu,
Etika didalam bahasa Greek pula iaitu Ethos yang bermaksud nilai-nilai atau perkara
yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesebuah bangsa. Etika
biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah daripada
bahasa Latin iaitu Mos dan dalam bentuk jamak’nya Mores yang bererti adat kebiasaan
atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindari
daripada perkara-perkara dan tindakan yang buruk. Etika dan Moral dari segi
pengertiannya lebih kurang sama, tetapi dalam kegiatan sehari-sehari terdapat
perbezaannya, iaitu Moral atau Moralis adalah untuk penilaian keatas sesuatu
perbuatan yang dilakukan, sedangkan Etika pula adalah ilmu untuk mengkaji sistem
nilai-nilai murni .
Istilah
Moral menurut istilah ialah digunakan untuk menentukan batas daripada sifat,
perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan dari pandangannya sama ada boleh
dikatakan baik atau buruk, benar atau salah sesuatu perkara. Manakala Etika pula
dapat difahami bahawa ianya ialah suatu ilmu yang membahas perbuatan yang baik
~2~
dan buruk manusia sejauh mana yang dapat dipahami oleh pemikiran manusia itu
sendiri.
Pengertian Moral menurut pandangan ahli falsafah Moral :
1. Prof Dr. Magnis Susino , mengatakan bahawa Moral selalu menunjuk kepada
baik buruknya perbuatan dan kelakuan manusia sebagai manusia, sehingga
bidang Moral menjadi bidang dalam kehidupan manusia dan dilihat dari segi
kebaikan terhadap manusia itu sendiri. (Franz Magnis-Suseno, I. Wibowo, B.
Herry-Priyono : 2006)
2. Roger , Moral adalah aspek keperibadian yang diperlukan seseorang didalam
kaitannya dengan kehidupannya yang umum secara harmoni, seimbang dan
adil. Perlakuan Moral ini diperlukan demi untuk mewujudkan kehidupan yang
teratur, sejahtera dan berkeperibadian yang elok. (Immanuel Kant's Moral
Theory :1989)
3. W.J.S Poerdarminta , menyatakan bahawa Moral merupakan ajaran tentang
baik atau buruknya sesuatu perbuatan dan kelakuan.
4. Hurlock, Moral adalah tata cara, kebiasaan dan adat peraturan sosial atau
berkait dengan hukum atau adat kebiasaan yang mengatur tingkah laku
manusia.
Pengertian Etika menurut pandangan ahli falsafah Etika :
1. Drs. H. Burhanudin Salam, Etika adalah cabang falsafah yang menbicarakan
tentang nilai dan norma moral yang menentukan perlakuan manusia didalam
kehidupannya.
2. K. Bertens, Etika adalah nilai-nilai dan norma-norma Moral yang menjadi
pegangan bagi individu atau suatu kelompok dan bangsa dalam mengatur
tingkah lakunya. (Etika K. Bertens : 2007)
3. Ahmad Amin, mengatakankan bahawa Etika memiliki erti ilmu pengetahuan
yang menjelaskan erti baik atau buruk, menerangkan apa yang seharusnya
dilakukan oleh manusia, menyatakan tujuan yang harus dicapai oleh manusia
dalam perbuatan dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang
seharusnya diperbuat oleh manusia. (Etika ,ilmu Akhlak :1993)
~3~
4. H. A. Mustafa, Etika adalah ilmu yang menyelidiki sesuatu perkara untuk
mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk dengan memerhatikan
perbuatan manusia mengikut sejauh yang dapat diketahui oleh akal pikiran.
Akhlak Islamiah
1. Kepentingan Akhlak.
a.
Akhlak mencorakkan tingkah laku.
Setiap tingkah laku yang lahir daripada diri manusia sebenarnya adalah
hasil daripada apa yang tersemat didalam dirinya. Akhlak memainkan peranan
yang amat penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan
seseorang. Sebagaimana menurut Imam al Ghazali didalam kitabnya yang
bertajuk Ihya ‘Ulumuddin, mengatakan “setiap yang ada yang ada didalam hati
akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap
pergerakkannya adalah berlandaskann kepadanya” .(Imam al Ghazali : 2014).
b. Sikap dan Akhlak mempengaruhi pertimbangan.
Akhlak adalah perlakuan dan perbuatan seseorang didalam
mengendalikan urusan kehidupan yang fitrah. Akhlak yang baik bermaksud,
dikendalikan oleh anggota badan dengan baik, sama ada kepada dirinya atau
orang lain untuk memenuhi keperluan yang asasi seperti makan, minum,
bercakap dan berhubung. Akhlak yang baik bererti, setiap tingkah laku dibuat
dengan penuh berhati-hati sehingga menyenangkan orang yang melihat dan
orang yang berada di sekitarnya.
c.
Akhlak mencerminkan keimanan.
Akhlak adalah merupakan asas kepada kesempurnaan iman seseorang
hamba sebagaimana sabda Nabi s.a.w “Orang mukmin yang paling sempurna
imannya ialah yang terbaik akhlaknya”. (HR al Tirmizi, dari Abu Hurairah r.a,
diriwayatkan juga oleh Ahmad). Dari Abdillah bin Amr bin al ‘Ash r.anhuma
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik
kalian ialah yang terbaik akhlaknya”.
d. Akhlak sebagai simbol sesebuah tamadun.
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan Akhlak akan
mengagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai
persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini.
Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah
Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah
~4~
disebabkan keruntuhan nilai akhlak dikalangan pemerintah dan tenteratenteranya.
e. Akhlak sebagai tonggak permulaan kepada perubahan.
Bermula asas pembinaan tamadun Islam, setiap individu dan
masyarakat umum adalah sangat dituntut supaya mengiltizamkan diri dengan
budi pekerti yang luhur, kemudian barulah merealisasikan kepada individu
yang lain supaya mampu untuk membentuk generasi yang akan datang
dengan asas kekuatan ummah.
2. Ilmu Akhlak Islam.
Ilmu Akhlak Islam adalah ilmu yang membahas berkenaan Akhlak yang baik
dan Akhlak yang buruk serta sifat yang terpuji dan tercela, ilmu Akhlak Islam
mengajar manusia untuk berbuat baik dan bagaimana untuk melakukannya, dan
juga agar manusia dapat menghindari daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu Akhlak
Islam membahaskan tentang sifat-sifat yang harus diamalkan ataupun yang harus
ditinggalkan seperti sifat pemurah dan kedekut, berani dan pengecut, pemaaf dan
pemarah dan sebagainya. Secara ringkasnya adalah Ilmu Akhlak Islam adalah
sebagai pengenalan terhadap kemuliaan Akhlak dan kecelaannya.
3. Prinsip Akhlak Islam.
a. Menghambakan diri kepada Allah s.wt.
Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya :
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
apabila Allah s.w.t dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah
s.w.t dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas nyata.
(al Ahzab : 36)
~5~
b. Beriman dengan al Quran dan al Sunnah.
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesarbesar kejayaan.
(al Ahzab : 71)
c. Beriman dengan hari kiamat.
Firman Allah s.w.t :
َ سا َع ِة
ُ ُ ( َي ۡو َم َت َر ۡو َن َها َت ۡذ َهل١) ش ۡى ٌء َعظِ ي ۬ ٌم
ڪل ّ ُم ۡرضِ َع ٍة َع ّما
ّ اس ٱ ّتقُو ْا َر ّبڪُمۡۚ إِنّ َز ۡل َزلَ َة ٱل
ُ َي ٰـٓأ َ ّي َها ٱل ّن
ُ ض ُع
ِ ڪل ّ َذا
ٱل
ِ ّ اب
َ س َك ٰـ َر ٰى َولَ ٰـكِنّ َع َذ
ُ س َك ٰـ َر ٰى َو َما هُم ِب
ُ اس
َ ت َح ۡم ٍل َح ۡملَ َها َو َت َرى ٱل ّن
َ ض َع ۡت َو َت
َ أَ ۡر
َ
(٢) شدِي ۬ ٌد
Maksudnya :
Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya
gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat
(peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu menyusu akan
melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang
mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan
melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,tetapi azab
Allah s.w.t amatlah berat (mengerikan)
(al Hajj : 1-2)
d. Niat yang baik.
Akhlak didalam Islam tidak hanya untuk menumpukan kepada
kebendaan dan duniawi semata-mata sepertimana aliran-aliran Moral yang
lain, tetapi Akhlak didalam Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih
besar yaitu untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t dan mendisiplinkan diri dan
menyediakan untuk keselesaan dan kemakmuran kehidupan insan di dunia
dan di akhirat kelak.
~6~
e. Mengambil berat perkara yang halal dan haram.
من أخذ شياا من اررض بغير حقه خسف- صلى ه عليه وسلم- قال النبي: عن ابن عمر قال
به يوم القيامة إلى سبع أرضين
Maksudnya :
Sayyidina Abdullah bin Umar r.anhuma berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang mengambil sedikit tanah tanpa hak maka pada hari kiamat dia
akan ditimbuskan kedalam tanah itu sehingga ke lapisan bumi yang ketujuh.
(HR. Bukhari)
4. Dasar-dasar Akhlak Islam.
Apabila disebutkan perkataan Akhlak ia sudah tentu saling berkait dengan
Islam, maka sudah tentu panduannya bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
pengamal yang pertama dan utama adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri
dan diikuti pula oleh para-para sahabat Nabi s.a.w, para-para tabiin, para-para alim
ulama’ dan mereka yang mengikuti jejak langkah sejak daripada peringkat awal
sehinggalah akhir zaman. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan dari
Anas bin Malik, bersabda Nabi s.a.w “Telah aku tinggalkan atas kamu sekalian dua
perkara bila mana kamu berpegang pada keduanya maka kamu tidak akan
tersesat, yaitu al Quran dan Sunnahku.
(HR. Muslim)
5. Matlamat Akhlak Islamiah.
a. Mensucikan jiwa.
Hati ataupun jiwa adalah sebuah alat yang menentukan dan
menggerakkan tubuh badan untuk melakukan perbuatan-perbuatan sama
ada baik ataupun buruk, jika hati individu tersebut bersih maka baiklah
seluruh anggota tubuhnya dan seluruh anggotanya akan tergerak untuk
melakukan perkara yang baik-baik, adapun jika hatinya kotor (buruk) dan kita
tahu apa yang ada pada hati kita itu sebenarnya adalah perkara yang dibenci
oleh Allah s.w.t, maka tentunya ia akan menjadikan anggota tersebut lebih
cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang buruk. Hati adalah
perkara yang utama untuk memperbaiki Akhlak seseorang manusia, jika
seseorang hendak memperbaiki Akhlak dirinya maka hendaklah ia
memperbaiki hatinya terlebih dahulu.
~7~
b. Berkelakuan baik.
Pendidikan tentang Akhlak adalah salah satu cara untu mencorak
manusia menjadi seseorang yang benar-benar beriman. Iman adalah asas
kepada Akhlak Islam. Tidak akan sempurna Akhlak seseorang jika tidak
disertakan dengan Akhlak yang baik. Sebagai contohnya tujuan kita
melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala
larangannya adalah bertujuan untuk membersihkan diri sama ada zahir atau
batin dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.
c. Untuk menguatkan lagi tauhid seseorang muslim.
Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah pernah ditanya tentang
keimanan, apakah ianya boleh berkurang dan bertambah?, maka beliau
menjawab “bahawa iman boleh bertambah sampai kepuncak langit yang ketujuh
dan boleh berkurang hingga sampai kepada kerak bumi yang ketujuh.” beliau
juga menyatakan bahawa, “Iman itu terdiri diatas percakapan dan amalan, ianya
boleh bertambah dan berkurang, apabila engkau mengamalkan amal kebajikan
(Akhlak mulia), maka iman akan bertambah dan apabila engkau mensiasiakannya maka iman pun akan berkurang.”
d. Menjauhkan diri daripada perkara yang menyesatkan.
Sesungguhnya ajaran Islam itu sempurna dan menyeluruh, dan orang
yang paling benar akidahnya maka terpujilah Akhlaknya, dan apabila rosak
akidah seseorang itu maka rosaklah akidahnya. Dan apabila sempurnanya
iman dan Akhlak seseorang itu maka ia akan merasakan manisnya iman yang
ada di hatinya, sehingga ia akan menghiasikan dirinya dengan hakikat-hakikat
keimanan dan anggota badannya dengan perkara-perkara yang bermanfaat
(yakni Akhlak yang terpuji).
6. Kedudukan Akhlak Islamiah.
a. Sebagai sebab diturunkannya risalah.
Sabda Nabi s.a.w didalam hadis Nabawi :
أمكق ا بعثتق للتأممق المكارمق الخألقاsl
Maksudnya :
Sesungguhnya tidaklah Aku (Nabi s.a.w) diutus adalah untuk
menyempurnakan Akhlak yang mulia. (HR. Ahmad, al Hakim dan al Baihaqi,
daripada Abu Hurairah).
~8~
b. Diantara penyebab dimasukkan kedalam syurga.
Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat, “apakah perkara yang
menyebabkan manusia masuk kedalam syurga? Rasulullah s.a.w bersabda,
Akhlak yang baik. Rasulullah s.a.w ditanya lagi, apakah perkara yang paling
banyak menyebabkan manusia masuk kedalam neraka? Rasulullah s.a.w
bersabda, mulut dan kemaluan.”
(H.R Tirmizi)
c.
Allah s.w.t mensifatkan Nabi s.a.w dengan gelaran Husnul Khuluk.
Sesungguhnya kemuliaan Akhlak adalah merupakan salah satu daripada
sifat-sifat para Nabi, dengan sifat ini Allah s.w.t meninggikan darjat para-para
Nabi. Sepertimana firman Allah s.w.t yang mensifatkan Nabi Muhammad s.a.w
dengan Akhlak yang mulia. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti
yang agung.
(al Qalam : 4).
d. Diantara salah satu asas kepada agama Islam.
Asal Islam itu bertunjangkan kepada tiga perkara :
1. Aqidah : Membicarakan soal hubungan hamba dengan tuhannya yakni
Allah s.w.t.
2. Syariah : Membicarakan soal hubungan
masyarakat umum (yakni manusia sekeliling).
diantara
individu
dan
3. Akhlak : Membicarakan tentang sesuatu sifat yang tertanam kuat dalam
diri, yang darinya terlahir perbuatan-perbuatan dengan mudah dan
ringan, tanpa perlu berpikir dan merenung.
~9~
e. Diantara perkara yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w :
ّ صلّى
ّ َرضِ َي، ه
ْ إِنّ مِن: سلّ َم
ِ ّ ُ سول
ِ ّ اب ِر ْب ِن َع ْب ِد
َ هُ َعلَ ْي ِه َو
َ ه
ُ َقال َ َر: َ َقال، هُ َع ْن ُه
ِ َعنْ َج
س ُن ُك ْم أَ ْخق ًقا
َ أَ َح ّب ُك ْم إِلَ ّي َوأَ ْق َر ِب ُك ْم ِم ّني َم ْجل ًِسا َي ْو َم ا ْلقِ َيا َم ِة أَ ْح.
Sayyidina Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang
yang paling aku kasihi dan paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah
orang-orang yang paling baik Akhlaknya”.
(HR. Tirmizi)
7. Ciri-ciri Akhlak Islamiah.
a. Bersifat mutlak dan menyeluruh.
Akhlak Islam adalah bersifat mutlak dan menyeluruh, ianya tidak boleh
ditukar ataupun diubah oleh sesiapa sahaja mengikut akal fikiran sematamata, perlaksanaan adalah bersifat menyeluruh terhadap setiap individu, tidak
mengira darjat keturunan, bangsa, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.
b. Lengkap dan sempurna dalam tuntutan.
Jika kita lihat dari sudut kejadian manusia itu sendiri, ianya dibekalkan
dengan pelbagai naluri insani, seperti naluri menyayangi diri, naluri
mempertahankan keturunan dan juga naluri takut. Akhlak Islam adalah
merangkumi semua aspek kemanusiaan, sama ada dari segi rohani, jasmani
dan a’kliah (akal), ia sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha untuk
menjaga insan dari melakukan sifat-sifat yang tercela. Dan ianya untuk
kesempurnaan setiap insan dan bukan untuk menghalang kebebasan peribadi
seseorang.
c. Bersifat sederhana dan seimbang.
Didalam Akhlak Islam itu sendiri mempunyai tuntutan, dan tuntutan
Akhlak didalam Islam adalah bersifat sederhana, ianya tidak membebankan
individu sehingga menjadi bebanan atas individu tersebut dan ia pula tidak
membiarkan individu bebas tanpa kawalan hingga menimbulkan bahaya dan
kerosakan terhadap diri individu itu sendiri ataupun terhadap orang lain.
~ 10 ~
d. Menyeluruhi sama ada dari segi suruhan ataupun larangan.
Pada pandangan Akhlak Islamiah, diantara suruhan dan larangan
kedua-duanya adalah amat penting, segala perkara yang disuruh untuk
dilakukan oleh agama itu ada hikmah disebaliknya dan segala perkara yang
dilarang oleh agama pun ada keburukannya jika dilakukan. Oleh sebab itulah,
Akhlak Islam meliputi segala aspek sama ada dari segi suruhan ataupun
larangan dan tidak mengutamakan dan mengabaikan mana-mana aspek.
e. Bersih didalam perlaksanaannya.
Walaupun didalam Akhlak didalam Islam adalah bertujuan untuk
mencapai kebaikan sama ada di dunia dan di akhirat, Akhlak Islam juga
menyuruh supaya cara dan perlakuan didalam perlaksanaan tersebut
hendaklah dengan cara yang baik dan mengikut jalan yang betul yang telah
ditetapkan oleh nilai-nilai Akhlak Islam, didalam erti kata lain, demi untuk
mencapai sesebuah matlamat hendaklah cara perlaksanaannya mengikut tata
cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
~ 11 ~
Tinjauan terhadap aliran-aliran Moral
1. Aliran Moral Kemasyarakatan Positif
Pengenalan
Moral Kemasyarakatan adalah sebuah aliran yang menetapkan hukum Moral
mereka bersumberkan kemasyarakatan. Ianya sebuah aliran yang cenderung kepada
mementingkan kepentingan umum yang berkait rapat dengan peraturan masyarakat
yang terdiri daripada hukum, tatasusila ataupun tatatertib sesebuah masyarakat. aliran
ini juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi perintah
daripada sesebuah masyarakat, ia juga mementingkan kepentingan dan faedah
terhadap masyarakat dan bukan kepentingan untuk individu sahaja. Peraturan bagi
Moral Masyarakat kebiasaanya merangkumi tradisi, nilai-nilai murni, kebiasaan atau
adab, etika dan pantang larang, ia adalah bertujuan untuk menjaga kerukunan sosial
(umum). Menurut aliran ini, wujudnya nilai moral didalam diri setiap individu itu adalah
kerana seseorang itu hidup didalam lingkungan kemasyarakatan ataupun sesebuah
kumpulan. Menurut aliran ini lagi, bahawa kebaikan yang dilakukan oleh setiap individu
itulah adalah hasil daripada sesuatu perkara yang disuruh oleh akal kemasyarakatan,
manakala kejahatan pula adalah hasil daripada perkara yang dilarang oleh akal
kemasyarakatan (Akhlak Islamiah, ILHAM : 1996).
Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Kemasyarakatan.
Levy Bruhl (1857 - 1939) ahli falsafah Perancis, pendokong aliran ini
berpendapat bahawa Moral mempunyai tiga kefahaman :
1.
Perkataan moral ini merujuk kepada asas-asas pemikiran, hukum-hukum,
persepsi dan kebiasaan yang saling berhubungkait dengan hak-hak dan
kewajipan manusia antara satu sama lain yang telah diakui dan diamalkan oleh
individu-individu secara menyeluruh pada sesuatu masa tertentu ataupun
didalam sesebuah tamadun tertentu.
2.
Moral juga merujuk kepada ilmu yang mengkaji tentang perkara (asas,
pemikiran, hukum-hukum, persepsi dan kebiasaan yang saling berhubungkait
dengan hak-hak dan kewajipan manusia antara satu sama lain), sebagaimana
ilmu tabi’i (kebiasaan) yang mana mengkaji tentang fenomena tentang alam itu
sendiri. Ilmu Moral ini berbeza sepertimana ilmu tabi’i kerana ianya berlainan dari
segi bidang kajiannya, sedangkan ilmu Moral adalah ilmu yang menunjukkan
ilmu itu sendiri dan juga bidang kajiannya.
3.
Moral adalah yang dimaksudkan itu juga adalah kepada pelaksanaan ilmu
itu sendiri.
~ 12 ~
Emile Durkheim (1858 – 1917) , sifat-sifat atau ciri-ciri terpenting bagi Moral
adalah kewajipan dan kebaikan, iaitu jika kita lihat dari segi kewajipan ia merupakan
suatu peraturan dan kaedah bagi sesebuah masyarakat, dan dari segi kebaikannya ia
juga meletakkan matlamat yang baik bagi tingkah laku manusia dan mendorong
kehendak manusia untuk melakukan kebaikan.
2. Aliran Naturalism.
Pengenalan.
Naturalism adalah sebuah pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam
keadaannya yang sebenar. Manusia adalah secara tabi’i dan semulajadi rasional
berbanding dengan haiwan, manusia jauh berbeza jauh berbeza kerana manusia
mempunyai keupayaan sendiri untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan
menggunakan akal berbanding binatang yang tidak mempunyai akal tapi hanya
mempunyai otak semata-mata. Walaupun begitu, jikalau kita lihat didalam hidup
manusia ini terdapat persamaan dari segi perasaan diantara masyarakat umum dan
haiwan. Setiap individu tidak mahu disakiti sama ada dari segi batin ataupun zahirnya,
sama ada manusia ataupun binatang sekalipun tidak suka disakiti. Tapi bagi individu
yang mempunyai Moral didalam dirinya, ia akan merasakan bahawa perbuatan
menyakiti orang adalah tidak menjadi sebarang kesalahan. Jikalau binatang sendiri
tidak suka disakiti, apatah lagi manusia yang mempunyai perasaan dan akal yang
sempurna.
Menurut aliran ini, rasa Moral yang timbul dalam diri seseorang itu adalah oleh
kerana kecenderungan semulajadi untuk merasa simpati terhadap orang lain yang
dibina atas perasaan dan kehendak yang sama-sama wujud didalam diri setiap individu.
Menurut aliran ini lagi, kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan
yang sebenar dapat dikatakan berfikiran “naturalis”. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai “falsafah naturalistik” iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya
menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga
dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada
zaman moden.
Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Naturalism.
Shaftesbury berpendapat, dalam diri manusia ini terdapat kecenderungan
terhadap kemasyarakatan secara tabi’i (semulajadi) dan wujudnya perasaan kasih
sayang yang murni diantara sesama manusia yang dapat dirasai oleh umum ketika
memerhatikan sifat-sifat yang baik disamping wujudnya rasa kasihan belas dan
cintakan kebaikan terhadap individu yang lain. (Akhlak Islamiah, ILHAM : 1996).
~ 13 ~
Adam Smith (1723 – 1790), ahli ekonomi dan falsafah moral berbangsa scot ini
berpendapat bahawa dalam diri manusia ini wujud perasaan kasihan belas terhadap
orang lain, bagi beliau, naluri tersebut ialah merupakan sumber bagi moral manusia.
Voltaire (1694 – 1778), falsafah Perancis yang dianggap sebagai salah seorang
tokoh pemikir abad yang ke 18, ia menggangap undang-undang Moral itu adalah
merujuk kepada tabiat manusia itu sendiri. Kata beliau undang-undang tabi’i ini adalah
undang-undang Moral yang teah dikurniakan oleh Allah s.w.t kedalam naluri setiap
insan yang bernama manusia. Seterusnya beliau mengatakan, manusia adalah bersifat
menyayangi, terikat dengannya dan ingin menjaganya.
3. Aliran Utilitarism.
Pengenalan.
Utilitarism berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna”
ataupun “kegunaan” yang diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748 – 1832) dan John
Stuart Mill (1806 – 1873). Utility juga berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud
manfaat. Perkataan utilitarism ini boleh juga kita samakan dengan istilah Melayu iaitu
Manfaatism. Utilitarism adalah aliran Moral yang berkaitan dengan tindakan seseorang
yang berasaskan tujuan untuk memaksimumkan kebahagian dan keseronokkan kepada
kebanyakkan semata-mata. Aliran ini bepegang kepada prinsip bahawa seseorang itu
sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang banyak
kepada setiap orang atau kebahagiaan yang banyak kepada sejumlah insan yang
paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan disini ialah keseronokkan dan ianya
bukan sesuatu yang bersifat Moral. Menurut aliran ini lagi, utilitarism adalah satu aliran
yang menilai dan melihat baik buruknya sesuatu perbuatan atau tindakan manusia itu
dilihat dari segi sedikit atau banyak manfaat yang diperolehi apabila melakukan perkara
tersebut. Pada pandangan ahli falsafah mereka utilitarism ini terbahagi kepada dua
bahagian :
a. Utilitarisme Tindakan : setiap individu patut melakukan tindakan yang akan
membawa kebaikan yang maksimum kepada umum yang dipengaruhi oleh
tindakan tersebut. Peraturan tidak diperlukan untuk sesebuah tindakan kerana
setiap situasi dan individu adalah berlainan.
b. Utilitarisme Peraturan : setiap individu wajib membentuk dan mengikut satu
peraturan atau undang-undang yang membawa kepada kebaikan yamh
maksimum bagi setiap individu yang telibat. Pendokong teori ini percaya
bahawa terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang sama bertujuan untuk
membetulkan pembentukkan peraturan yang akan digunakan kepada setiap
individu dalam apa jua jenis situasi. Sebagai contohnya, tindakan membunuh
~ 14 ~
adalah akan membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi
pihak majoriti umum dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan adalah
tidak harus dilakukan sama sekali kecuali individu tersebut didalam situasi dan
keadaan yang tertentu yang memboleh ia membunuh dengan sebab untuk
mempertahankan diri.
Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Utilitarisme.
Hobbes (1588 – 1679), mengikut pendapatnya, tabiat semulajadi manusia
adalah tabiat keegoaan yang bertindak hanya unutk kepentingan diri sendiri. Moral
itulah yang menampilkan yang menampilkan suatu peranataraan untuk mencapai
manfaat dan bukan tabiat didalam diri.
Aristippus (435 – 356) murid kepada Socrates (470 – 400) yang menafsirkan
Moral sebagai satu kebahagiaan, yang dikatakan oleh Socrates itu sebagai kelazatan.
Seterusnya dia menyeru kepada kelazatan yang zahir ataupun lahiriah individu yang
tersebut. Beliau menyatakan, seseorang itu hendaklah menyegerakan perlaksanaan
terhadap sesuatu perkara kerana jika melengah-lengahkannya akan timbul didalam diri
seseorang perasaan yang menderita, rasa celaka, dan rasa tertekan. Tingkah laku yang
keluar daripada rasa kebahagiaan itulah yang dinamakan Moral. Bagi beliau prinsipprinsip Moral yang dibentuk daripada keadaan yang tersebut itu adalah merupakan
prinsip-prinsip Moral itu sendiri.
J.S Mill, menurutnya, aliran Moral utiitarisme ini dapat mendorong seseorang
untuk mencapai keadaan-keadaan yang bermutu tinggi dan cemerlang, bagi golongan
ini, yang menjadi ukuran dalam sesuatu perbuatan dan tindakan ialah memberi
kebahagiaan dan rasa kesenangan kepada orang lain sebanyak yang mungkin. Ini
boleh menolong individu tersebut berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh
yang demikian, jika terdapat dua keadaan diantara kesenangan persendirian dan
kesenangan masyarakat umum, maka kesenangan masyarakat umumlah yang harus
didahulukan kerana pengorbanan adalah merupakan perbuatan yang amat baik untuk
tujuan Moral utilitarisme itu sendiri.
4. Aliran Moral Idealism.
Pengenalan
Idealism adalah suatu aliran ilmu filsafat yang mengagungkan jiwa (Plato : 427 –
374). Menurut aliran ini lagi, aliran idealisme ini mendasari semua perkara yang ada,
yang nyata ini hanyalah idea, dunia idea merupakan lapangan rohani dan bentuknya
tidak sama dengan alam nyata seperti yang dilihat dan tergambar. Tegasnya aliran ini
lagi, bahawa Idealisme adalah ilmu filsafat yang menganggap pikiran dan cita-cita
sebagai satu-satunya perkara yang benar yang dapat dikenal dan difahami. (Kamus
~ 15 ~
Besar Bahasa Indonesia, 2007 : 416). Falsafah didalam aliran ini berteraskan kepada
kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenal pasti
perkara yang benar dan perkara yang salah. Logik adalah alat untuk menentukan
apakah perkara yang harus dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta
dalam semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil dan sukar untuk diubah. Ia
juga kurang berminat terhadap inovasi, seperti mana fesyen pakaian yang sentiasa
berubah-ubah. Sebagai contoh, orang yang berbuat baik, menolong orang yang susah
umpamanya, tujuan beliau berbuat demikian bukanlah kerana ingin dipuji dan bukanlah
juga kerana inginkan sesuatu balasan atau penghormatan, akan tetapi semata-mata
atas kemahuan dirinya sendiri dan rasa tanggungjawab dan kewajipannya terhadap
individu yang lain.
Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Idealisme.
J. G. Fichthe (1762-1914 M), Johann Gottlieb Fichte adalah ahli filsafat Jerman
Menurutnya, filsafatnya disebut “Wissenschaftslehre” (ajaran ilmu pengetahuan).
Dengan melalui metode education, fichte cuba untuk menerangkan hubungan aku
(Ego) dengan adanya benda-benda (non-Ego). Karena Ego adalah pemikiran,
mengiakan diri maka terlahirlah non-Ego (benda-benda). Fichter menganjurkan supaya
individu hendaklah memenuhi segala tugas yang diberikan kerana tugaslah yang
menjadi pendorong kepada moral. Isi hukum moral ialah membuat sesuatu perkara
menurut kata hati. Bagi seorang idealisme, hukum moral ialah setiap tindakan harus
berupa langkah menuju kesempurnaan spiritual.
G. W. F. Hegel (1770-1031), beliau adalah merupakan salah seorang filsafah
barat yang terkenal semasa zamannya. Inti filsafat Hegel adalah konsep Geists ( yakni
roh ataupun spirit), ia berusaha menghubungkan diantara yang mutlak dengan yang
tidak mutlak, yang dikatakan mutlak itu adalah roh (jiwa), menjelma pada alam dan
dengan sebab demikian itu tahulah ia akan dirinya yang sebenar.
Socrates berpendapat , bahawa didalam diri manusia itu terdapat roh berakal
yang menguasai pancaindera. Bagi beliau, matlamat manusia adalah bersifat akliah
dan ruhiah, matlamat ini akan dapat dicapai oleh individu tersebut di alam yang lain,
yakni alam akhirat apabila roh individu tersebut telah terpisah daripada jasadnya. Oleh
kerana itu, kewajipan bagi jiwa adalah bersiap sedia untuk menghadapi alam akhirat
dengan mengamalkan sifat-sifat yang baik.
~ 16 ~
Perbezaan dan persamaan diantara Akhlak Islamiah, Moral dan Etika
Akhlak Islamiah
Akhlak adalah perbahasan mengenai perbuatan-perbuatan manusia, kemudian
menetapkannya sama ada perbuatan tersebut termasuk didalam perbuatan yang baik
ataupun perbuatan yang buruk dan pengisian pembahasan dalam Akhlak berupaya
mengenal tingkahlaku manusia, kemudian memberikan hukum kepada perbuatan
tersebut sama ada perbuatan tersebut tergolong perbuatan yang baik atau buruk.
Didalam perbuatan Akhlak terdapat lima ciri asasnya iaitu :
1. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam diri
seseorang individu, sehingga telah menjadi keperibadiannya.
2. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan mudah dengan
menggunakan anggota tanpa pemikiran.
3. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang
mengerjakannya, tanpa ada paksaan atau tekanan dari luar (atas dasar dan
keinginan diri sendiri) tanpa paksaan.
4. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang di lakukan dengan bersesungguhsungguh bukan kerana bermain-main atau kerana suka-suka.
5. Perbuatan akhlak (khususnya anak yang baik) adalah perbuatan yang dilakukan
kerana ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t, bukan kerana ingin di puji orang
atau kerana ingin mendapat pujian semata-mata.
Moral
Moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari
kehendak, pendapat atau perbuatan yang dapat diputuskan sama ada betul atau salah
baik atau buruk sesuatu perkara.
Jika pengertian Etika dan Moral tersebut dihubungkan satu dengan yang lainnya
kita dapat mengatakan bahwa antara Etika dan Moral memiliki objek yang sama iaitu
sama-sama membahaskan tentang perbuatan manusia untuk di tentukan keadaannya
sama ada baik ataupun buruk.
~ 17 ~
Etika
Etika adalah merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya
yang menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk,
dengan kata lain aturan atau sistem tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia.
Dengan adanya Etika, pergaulan dalam sesebuah masyarakat akan terlihat baik dan
buruknya, etika bersifat “relative” yakni dengan makna dapat berubah-ubah sesuai
dengan tuntutan zaman.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah Moral dan Etika ini dapatlah disamakan
dengan istilah akhlak daripada segi bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah
laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti. Islam adalah sebagai agama yang syumul,
komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi
dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu akhlak didalam berusaha untk membina dan memupuk rohaniah manusia,
membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan membawa individu ke arah kebaikan
dan ketinggian di samping menjauhi daripada bahaya keburukan dan kejahatan supaya
setiap individu berusaha menjauhkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang bersifat
negatif.
Perbezaan diantara sumber Akhlak Islamiah dan sumber Moral dan
Etika.
Sumber Akhlak Islamiah
Akhlak dalam Islam mempunyai sumber yang lebih tinggi daripada pemikiran
manusia iaitu wahyu daripada Allah s.w.t yang disampaikan oleh Rasulnya berupa kitab
suci al-Quran. Selain itu hadis yang disampaikan oleh rasul-Nya juga menjadi sumber
akhlak yang tertinggi selepas al-Quran berdasarkan firman Allah s.w.t didalam al Quran:
Maksudnya :
Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan
dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya
dia
telah
berjaya
mencapai
sebesar-besar
kejayaan.
(al Ahzab : 71)
Dapat kita lihat disini, Akhlak Islam adalah bertujuan supaya mentaati Allah
s.w.t dan Rasul Nya dengan memperlihatkan ketaatan kepada Rasul merupakan
ketaatan kepada Allah s.w.t juga. Ketetapan akhlak yang terkandung dalam al Quran
~ 18 ~
dan hadis adalah muktamad sehingga akhir zaman dengan perutusan Nabi yang
terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran dan al Hadis turut menjadi sumber dalam
menerangkan akhlak-akhlak Nabi Muhammad yang mulia kepada seluruh umat
manusia. Walau bagaimanapun terdapat juga ketetapan umum yang membuka ruang
ijtihad oleh akal fikiran manusia (yakni ulama’) dalam lingkungan dan garis panduan
yang ditetapkan oleh al-Quran dan al Sunnah.
Akhlak Islam yakni yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t tidak melihat akhlak
yang diterapkan dan diamalkan hanya bagi menjaga keharmonian hidup sesama
manusia di dunia sahaja, ianya menekankan konsep pembalasan yang mengandungi
unsur peribadatan kepada Allah s.w.t yang mencipta setiap makhluknya serta elemen
dosa dan pahala yang akan menentukan bentuk pembalasan di akhirat yang boleh
memandu manusia supaya berkelakuan baik dan sepatutnya sebagaimana yang
ditetapkan oleh agama Islam.
Sumber Moral dan Etika
Moral dan Etika melibatkan sumber yang terhad iaitu berasaskan pemikiran
manusia semata-mata. Namun moral ini mempunyai elemennya yang tersendiri seperti
adat, budaya dan pandangan hidup (worldview) yang diamalkan oleh sesetengah
kelompok-kelompok masyarakat yang kebiasaanya diwarisi oleh turun-temurun.
Elemen-elemen ini jelas menjadikan sistem Moral yang diamalkan berbeza antara satu
sama lain, kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perbezaan ini bukan
sahaja dipengaruhi oleh faktor agama dan perbezaan kaum, malah latar tempat dan
masa yang berbeza turut mempengaruhi perbezaan ini. Manakala Etika pula untuk
menentukan nilai perbuatan seseorang manusia sama ada baik ataupun buruk
perlakuan individu tersebut adalah dengan menggunakan tolak ukur akal pikiran atau
rasional, sedangkan dalam Moral ia mempunyai elemennya yang tersendiri seperti
adat, budaya dan pandangan dunia (worldview) yang diamalkan oleh sesetengah
kelompok-kelompok masyarakat yang kebiasaanya diwarisi turun-temurun, dan
manakala dalam Akhlak Islam pula menggunakan ukuran al Qur’an dan al Hadis untuk
menentukan baik atau buruknya sesuatu perkara.
Etika dan Moral dapat kita jelaskan bahawa tujuannya hanyalah bersifat duniawi
dan menekankan hubungan antara manusia dengan manusia dan melibatkan soal
hukuman yang ringan jika individu melanggarnya sekalipun. Pada pandangan mereka
tiada pembalasan pada hari kiamat kelak, yang ada hanyalah hukuman didunia sahaja.
Ianya sangat berbeza sepertimana akhlak Islam bila mana seseorang yang melakukan
kesalahan, individu tersebut akan dijatuhkan hukuman didunia, dan apabila ia terlepas
daripada hukuman dunia maka hukuman diakhirat kelak dia akan mendapat
pembalasannya.
~ 19 ~
Perbezaan diantara Akhlak Islamiah dan Moral dapatlah disimpulkan seperti rajah
dibawah, :
Akhlak Islamiah
Moral
Akhlak bersumberkan daripada al Quran
dan al Sunnah yakni daripada Allah s.w.t
Berdasarkan pengalaman,sikap dan
tingkah laku manusia (ciptaan manusia)
Bersifat tetap dan tidak berubah-ubah
mengikut masa dan tempat ( bersifat
mutlak )
Bersifat tidak tetap dan berubah-ubah
mengikut tempat , masa dan keadaan
( bersifat relatif )
Bertujuan untuk mendapat keredhaan
Allah s.w.t
Bertujuan untuk mendapat keredhaan
manusia sahaja.
Bersifat universal dan boleh diterima oleh
umum
Bersifat khusus dan hanya boleh diterima
oleh masyarakat setempat sahaja.
Persamaan diantara manfaat Akhlak Islamiah, manfaat Moral dan
Etika
Apabila disebutkan Akhlak, Moral dan Etika, pasti ianya mempunyai
persamaannya dan perbezaannya. Adapun persamaannya ialah dari segi
perlakuannya, apabila individu yang bukan muslim melakukan sesuatu kebaikan ianya
dipanggil Moral, dan apabila individu muslim melakukan sesuatu kebaikan, maka ia
dipanggil Akhlak Islam, walaupun dari sudut panggilannya berlainan tetapi dari segi
perbuatannya adalah tetap sama. Dari segi fungsinya pula, ia sama-sama dalam
menentukan hukum dan nilai-nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia
untuk dinilai sama ada perkara tersebut baik ataupun buruk. Manakala dari segi
tujuannya pula, ia sama-sama menghendaki terciptanya sebuah masyarakat yang baik,
berdisiplin, aman, damai dan tenteram tidak kira sama ada dari segi zahir ataupun batin
masyarakat tersebut.
Kesimpulan.
~ 20 ~
Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam didalam jiwa manusia
menimbulkan
perbuatan-perbuatan
yang
dengan
senang
dan
mudah
yang
tanpa
memerlukan pertimbangan dan pemikiran. Sedangkan Etika adalah ilmu yang
membahaskan soal perkara
kebaikan dan keburukan di dalam hidup manusia
keseluruhannya, terutamanya mengenai pemikiran dan perasaan yang merupakan
pertimbangan dan pilihan individu untuk memilih sesuatu perkara. Dan Moral pula,
adalah sebuah tindakan dan perbuatan yang sesuai dengan ukuran tindakan yang
dapat diterima oleh masyarakat umumnya. Dari perbincangan diatas dapat kita fahami
bahawa,
bermula
daripada
pengertian
sehinggalah
kepada
perbezaan
dan
persamannya kita dapat mengambil kesimpulan bahawa didalam perlakuan dan
perbuatan manusia perlunya adanya Akhlak, Moral ataupun Etika, dan didalam
kehidupan sehari-hari, kita juga perlulah juga mengetahui tata cara, prinsip, dasar,
kepentingan didalam berakhlak, beretika dan bermoral. Setiap perkara tersebut
mempunyai
nilai-nilai
dan
aturan-aturannya
yang
tersendiri.
Walaupun
ianya
mempunyai banyak perbezaan dari persamaan, tetapi ia tetap sama-sama mempunyai
tujuan menghendaki terciptanya sebuah masyarakat yang baik, berdisiplin, aman,
damai dan tenteram tidak kira sama ada dari segi zahir ataupun batin sesebuah
masyarakat sehingga kehidupan dalam bermasyarakat tersebut dapat berjalan dengan
lancar tanpa ada sebarang gangguan.
Bibliografi
~ 21 ~
i.
al Tanzil, Terjemahan al Quran al Karim (Rasm Uthmani dalam bahasa melayu) :
2012, Al hidayah House of Quran SDN BHD.
ii.
Al Syeikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi Ad Dimasqi, Mutiara Ihya
Ulumuddin (Imam al Ghazali) : 2014, PT Mizan Pustaka.
iii.
Ainusysyam, Fadlil Yani, Pendidikan Akhlak : 2007, Ilmu dan Aplikasi Pendidikan
Bagian III: Pendidikan Disiplin Ilmu. Tanpa Kota: PT. Imtima.
iv.
Ahmad amin, Farid ma’rif, Bulan Bintang, Jakarta, 1993.
v.
Ali Abdul Halim Mahmud, Karakteristik Umat Terbaik : 2004, Gema Insani.
vi.
Alwi Hasan, dkk : 2003, Kamus Besar Bahasa Indonesia, Jakarta, Balai Pustaka.
vii.
Syeikh Muhammad Yusuf Kandlawi, Muntakhab Ahadis (hadis-hadis pilihan) :
2012, Maktabah Ilmiah.
viii.
Franz Magnis-Suseno, I. Wibowo, B. Herry-Priyono, Franz Magnis-Suseno, I.
Wibowo, B. Herry-Priyono : 2006, Kanisius.
ix.
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM), Akhlak Islamiah :
1996, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan.
x.
Roger J. Sullivan, Immanuel Kant's Moral Theory, : 1989, Cambridge University
Press.
xi.
K Bertens, Etika K. Bertens, Gramedia Pustaka Utama.
~ 22 ~