Penggunaan strip komik bagi meningkatkan

Pendidikan Sains

32

PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK
KITARAN AIR TAHUN 5
1

Leong Fern Nee
Amir Hamzah bin Sharaai
1
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
2
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra
Malaysia
2

: leongfernnee@hotmail.com

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi
meningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian
ini melibatkan pendekatan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5
telah dipilih sebagai sampel kajian dalam kajian tindakan ini. Kajian ini
menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpulkan data. Ujian
pra-pasca digunakan untuk mengkaji peningkatan pencapaian murid
terhadap penggunaan strip komik. Hasil dapatan perbezaan peningkatan
min bagi ujian pra dan pasca 1 adalah 32.5%, sishan piawai adalah 15.05,
Ujian –t memberi nilai (t=-4.801) dan p=0.001. Hasil dapatan telah
menunjukkan terdapat perbezaan yang siginifikan dalam min markah.
Secara ringkasnya, penggunaan strip komik dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam topik kitaran air.
Kata kunci: Strip komik, kitaran air, minat, miskonsepsi

PENGENALAN
Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna bahawa
kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Perubahan
zaman ini telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi
yang baru untuk menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, melalui

kajian ini saya ingin mencuba sesuatu keadah pengajaran yang lebih menarik minat demi
meningkatkan pemahaman murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan berbanding dengan kaedah berpusatkan guru.
Strip komik
Komik dan kartun merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongan
kanak-kanak. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka
beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan
minda anak-anak mereka.
Kartun merupakan suatu kombinasi untuk membentuk komik, ia mempunyai daya tarikan
yang kuat dan efektif kepada kanak-kanak kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

33

Selain itu, grafik dan seni lukis yang cantik, dialog yang dimuatkan dalam setiap karakter
menyeronokkan kanak-kanak untuk belajar. Menurut Yang (2003) dalam Ong & Ahmad

Nizam (2009) mendakwa bahawa kekuatan pendidikan yang 6 terkandung dalam komik
adalah dapat memotivasikan murid, komik adalah bersifat visual serta pengantaraan dan juga
sangat popular.
Komik berupaya menyampaikan mesej tersurat dan tersirat dengan lebih jelas dan mudah.
Menurut Irwan Fahmi Anuar (2003) dalam Ong & Ahmad Nizam (2009), beliau membuat
kajian berkenaan dengan penggunaan komik dapat menggalakkan kefahaman pembacaan.
Komik juga memupuk daya kreativiti kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk
belajar. Bacaan komik dapat memberikan hiburan dan humor kepada masyarakat pendidik.
Strip komik merupakan suatu bahan asli visual yang menarik dan luar biasa berbanding
dengan penggunaan kaedah konvensional seperti “chalk and talk”. Strip komik merupakan
suatu bahan bacaan yang manggabungkan lukisan bersiri dengan urutan cerita.
Fokus Kajian
Melalui kajian tindakan yang akan dilaksanakan, isu keperihatian yang ingin saya
menitikberatkan adalah pencapaian murid dalam tajuk proses Kitaran Air adalah kurang
memuaskan dan murid tidak minat terhadap tajuk Kitaran Air. Antara punca penyebabnya
adalah murid kurang memahami konsep tentang proses Kitaran Air dan kurang berupaya
untuk menjelaskan proses kitaran air serta sukar mengingati susunan peringkat proses
tersebut.
Selain itu, murid mendapati tajuk Kitaran Air merupakan tajuk yang abstrak dan sukar untuk
menghubungkaitkan prosesnya dengan kehidupan sebenar iaitu pembentukan awan dan hujan

yang berlaku dalam kitaran.
Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan ini adalah fokus kepada penggunaan strip
komik demi meningkatkan pencapaian murid terhadap tajuk Kitaran Air bagi subjek Sains
Sekolah Rendah, Tahun Lima.
OBJEKTIF KAJIAN
mengenal pasti sama ada penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian murid
terhadap topik Kitaran Air.
SOALAN KAJIAN
Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca selepas
menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?
KUMPULAN SASARAN
Pemilihan sampel kajian adalah secara systematic sampling iaitu pemilihan dilakukan secara
sistematik dan bukan secara rawak. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 10 orang
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains


34

murid (6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan) dari tahun 5. Prestasi akademik
bagi kumpulan sasaran adalah dikategori sebagai lemah.
PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan. Kajian tindakan memerlukan suatu perancangan
tindakan dan cara pelaksanaan kajian tindakan yang terancang, teratur dan sistematik.
Terlebih dahulu, saya telah memilih kumpulan sasaran seramai 10 orang dari Tahun 5.
Pemilihan kumpulan sasaran adalah merujuk kepada ujian PKSR iaitu 10 orang murid yang
mendapat pencapaian akademik yang paling rendah (julat markah kurang daripada 45
markah). Strip komik yang disediakan mempunyai dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Langkah yang pertama, saya mengajar tajuk Kitaran Air dengan menggunakan kaedah
konvesional iaitu pemusatan guru dengan chalk and talk. Rakaman video direkodkan
sepanjang proses tindakan konvensional. Ia bertujuan untuk merekod segala tingkah laku dan
ekspresi muka murid. Kemudian saya mengagihkan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran pada
hari yang sama. Kumpulan sasaran menjawab soalan ujian pra dalam tempoh masa 15 minit.
Akhirnya, saya mengutip hasil kerja rumah mereka sebagai analisis dokumen untuk meninjau
peningkatan murid dalam topik kitaran air. Kesemua data yang diperolehi telah disimpan dan
dikumpulkan sebagai rujukan.

Selepas seminggu, saya meneruskan tindakan intervensi iaitu penggunaan strip komik dalam
sesi p&p sains. Rakaman video juga telah direkodkan sepanjang proses tindakan intervensi.
Seterusnya, saya mengagihkan Ujian Pasca kepada kumpulan sasaran.
Akhirnya, setelah mengumpul kesemua dapatan data daripada pelbagai instrumen
pengumpulan data. Saya menginterpretasi dapatan data untuk mendapatkan min, peratusan
dan sisihan piawai. Dapatan data dipersembahkan dengan menggunakan grafik iaitu graf
garis dan carta palang supaya jelas kelihatan dan dilampirkan dengan jelas. Selain itu,
dapatan data seperti ujian pra dan ujian pasca diinterprestasikan dengan kaedah statistik
deskriptif. Jadual 1 menunjukkan prosedur kajian tindakan ini.

Langkah
1

2

3
(Konvensional)

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan
Cara pelaksanaan

Jenis instrumen
yang digunakan
Pemilihan kumpulan sasaran seramai Ujian Penilaian Kemajuan
10 orang dari Tahun 5.
Sekolah Rendah (PKSR)
Mengagihkan borang soal
kepada kumpulan sasaran.

selidik Borang Soal selidik
(rujuk lampiran A)

Mengajar topik Kitaran Air dengan Tindakan konvensional
menggunakan kaedah pemusatan guru
dengan chalk and talk.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains


Mengagihkan ujian pra.

35

Ujian Pra
(rujuk lampiran B1)

*Membuat rakaman video sepanjang
proses tindakan konvensional.

4

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan (sambungan)
Menjalankan sesi mengajar topik Tindakan intervensi
proses
kitaran
air
dengan
menggunakan strip komik

(Lampiran C1 & C2)
Mengagihkan ujian pasca.
Ujian Pasca
(rujuk lampiran B2)
*Membuat rakaman video sepanjang
proses tindakan konvensional.

5

Mengumpulkan data dan membuat
analisis tentang perbandingan tindakan
konvesional
dengan
tindakan
intervensi.

Membuat analisis dan
rumusan.
Tindakan
susulan/

penambahbaikan.

PERANCANGAN MENGUMPUL DATA DAN INSTRUMEN KAJIAN
Objektif kajian yang difokuskan adalah demi meningkatkan pencapaian dan minat murid
terhadap topik Kitaran Air dengan penggunaan strip komik dalam sesi p&p. Dalam kajian
tindakan ini, instrumen pengumpulan data yang terlibat adalah berunsurkan kuantitatif dan
kualititif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra
dan pasca) demi mendapat pembolehubah (pencapaian murid) yang dapat diukur. Kedua-dua
ujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan pencapaian murid
sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Instrumen ini bertujuan untuk mengkaji
pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5.
Ujian Pra Dan ujian Pasca
Instrumen ujian pra dan pasca digunakan untuk mengkaji perbezaan pencapaian murid
selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima. Kedua-dua Ujian
Pra dan Ujian Pasca 1 mengandungi sebanyak 8 soalan aneka pilihan (rujuk Jadual 2). Item
soalan kajian bagi kedua-dua ujian Pra dan Pasca 1 adalah sama tetapi Ujian Pasca hanya
diubahsuaikan dari segi susunan atur soalan item. Tempoh masa untuk menjawab soalan
ujian adalah selama 15 minit sahaja.
Jadual 2: Instrumen Pengumpulan Data Kajian Tindakan.
No. Instrumen

Indeks Soalan
Bilangan
Pemberatan
Pengumpulan
Item
(%)
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

1.
2.

Data
Ujian pra
Ujian pasca

Soalan objektif
Soalan objektif

8
8

36

100
100

ANALISIS DAN INTEPRETASI
Instrumen-instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, temu bual
dan dokumen analisis. Instrumen yang diaplikasikan adalah demi memperolehi data serta
menganalisis data bagi menguji keberkesanan strip komik terhadap pencapaian dan minat
murid dalam p&p. Data telah dianalisis dengan kaedah jadual dan graf bagi menerangkan
hasil dapatan data dengan lebih jelas.
Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Instrumen ujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan digunakan untuk menjawab persoalan
kajian yang pertama iaitu “Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan
Pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?” Analisis
deskripsi merupakan analisis yang paling mendasar untuk menggambarkan keadaan data
secara umum. Dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis dengan
menggunakan analisis frekuensi iaitu analisis gambaran frekuensi data seperti peratusan, min,
markah maksimum, markah minimum dan sisihan piawai.
Analisis Peratusan Markah Dan Gred Ujian
Ujian pra dan pasca dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif iaitu markah pencapaian
murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Daripada keseluruhan dapatan data, 10 orang sampel
kajian didapati mempunyai peningkatan dalam pencapaian markah ujian pasca berbanding
dengan ujian pra. Jurang peratusan pencapaian bagi ujian pra adalah antara 25% sehingga
50%, manakala ujian pasca adalah 62.5% sehingga 100%. Kedua-dua dapatan data
menunjukkan perbezaan yang ketara. Seterusnya, peratusan dan min digunakan untuk
mendapatkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca seperti Jadual 3.
Jadual 3: Perbezaan Peratusan Markah Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca.
Responden
Markah
Markah
Perbezaan
(N=10)
Ujian Pra
Ujian Pasca
(%)
(%)
(%)
R1
50.00
62.5
+12.5
R2
50.00
62.5
+12.5
R3
25.0
87.5
+62.5
R4
25.0
100
+75.0
R5
37.5
75.0
+37.5
R6
37.5
62.5
+25.0
R7
37.5
75.0
+37.5
R8
25.0
50.0
+25.0
R9
37.5
50.0
+12.5
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains
R10
Jumlah Markah
Min

37.5
362.5
36.25

62.5
687.5
68.75

37

+25.0
325.0
32.5

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi ujian pra adalah 36.25% dan ujian pasca adalah 68.75.
Perbezaan peratusan antara skor min bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca kitaran 1
adalah 32.5%. Perbezaan ini menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitu
penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Rajah 1
menunjukkan carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca. Carta palang menunjukkan
perbezaan markah yang ketara dan jelas.
120
100
80

Markah Ujian Pra

60
40

Markah Ujian
Pasca

20
0
R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

Rajah 1: Carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca
Seterusnya, Jadual 4 menunjukan perbezaan gred bagi markah pencapaian ujian pra dan
ujian pasca. Markah 10 orang responden dikategorikan dengan menggunakan Gred supaya
jelas iaitu terbahagi kepada Gred A, B, C dan D.

Gred
A
B
C
D

Jadual 4: Perbezaan Gred Bagi Markah Pencapaian Ujian Pra-Pasca.
Markah
Bilangan Responden
Perbezaan
(bilangan/%)
Ujian Pra
Ujian Pasca
80-100
2
+2 (20%)
60-79
6
+6 (60%)
40-59
2
2
Tiada perubahan
39 ke bawah
8
-8 (-80%)
N
10
10

Rumusan Markah Minimum, Markah Maksimum, Min Dan Sisihan Piawai
Setelah mendapatkan markah pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca iaitu
perbandingan dengan tindakan konvensional dan tindakan intervensi dalam p&p sains, ia
mempunyai markah minimum dan markah maksimum. Seterusnya, min ujian dan sisihan
piawai didapatkan melalui dapatan data pencapaian murid. Suatu rumusan bagi markah
minimum, markah maksimum, min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5: Statistik Deskriptif Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains
Domain

Bilangan,
N
10
10

Markah
Minimum
25
50
+25

Markah
Maksimum
50
100
+50

M

38

SD

Ujian Pra
36.25
8.75
Ujian Pasca
68.75
15.05
Perbezaan ujian
+32.5
+6.3
(pasca-pra)
Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa perbezaan min sebanyak +32.5 bagi kedua-dua ujian
pra dan ujian pasca. Di samping itu, markah minuman bertambah sebanyak 25 markah, dan
markah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah
8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah 15.05. Sisihan piawai merupakan
pengukuran yang biasa bagi serakan statistik untuk mengukur betapa lebarnya nilai dalam set
data. Sisihan piawai juga meningkat sebanyak +6.3 bermakna sebaran markah lebih luas
dibandingkan dengan min dalam ujian pasca.
Keputusan Ujian–t (Ujian Pra-Pasca)
Ujian–t dua kumpulan sampel bersandaran digunakan untuk membandingkan min bagi dua
set data yang diperoleh daripada kumpulan sampel yang sama. Bagi membuktikan bahawa
data analisis dari analisis deskriptif adalah benar benar mempunyai perbezaan yang signifikan,
maka ujian statistik iaitu ujian–t digunakan untuk meninjau nilai perbezaan. Analisis ujian–t
dapat dilihat dengan merujuk Jadual 6 merupakan keputusan ujian-t bagi perbezaan
pencapaian ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 6: Keputusan Ujian-t Bagi Perbezaan Pencapaian Ujian Pra-Pasca.
Paired Samples Test
Paired Differences
95%
Confidence
Interval
of
the
Std. Error Difference
Sig.
Mean
SD
Mean
Lower
Upper
t
df (2-tailed)
Pre-post -32.50000 21.40872 6.77003 -47.81488 -17.18512 -4.801 9 .001
1 test
Merujuk kepada keputusan ujian–t di atas, nilai kebarangkalian yang diperolehi daripada
program SPSS 16.0 for windows (.001) kurang daripada nilai alfa. Dapatan data ujian–t
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min
ujian pasca. Ini membuktikan bahawa penggunaan strip komik dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam ujian pasca.
DAPATAN KAJIAN
Instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menjawab
persoalan kajian yang meninjau tentang perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan
ujian pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima.
Hasil dapatan kajian telah menjawab persoalan kajian di mana melalui perbandingan min
antara ujian pra dan ujian pasca iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak +32.5 dari 36.25
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

39

bagi ujian pra dan 68.75 bagi ujian pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan peratusan
yang ketara dalam kalangan responden. Ia menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam
ujian pra dan ujian pasca setelah menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains.
Perbezaan min ini adalah menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitu
penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Murid
lebih memahami terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan berbanding dengan kaedah
pengajaran secara chalk and talk ataupun berpusatkan guru.
Dapatan data jelas menunjukkan strategi pembelajaran dengan menggunakan strip komik
sesuai digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai tajuk kitaran air.
Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang positif seperti peningkatan min dan keputusan
ujian –t juga terbukti mempunyai perbezaan pencapaian yang signifikan dalam min markah
ujian. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang dilaksanakan oleh Tuncel, G. dan Ayva, O.
(2010). Merujuk kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca, markah minuman
bertambah sebanyak 25 markah, dan markah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah.
Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah
15.05. Sisihan piawai merupakan pengukuran yang biasa bagi serakan statistik untuk
mengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Sisihan piawai meningkat sebanyak 6.3 maka
sebaran markah lebih luas dibandingkan dengan min dalam ujian pasca.
Ringkas kata, penggunaan strip komik dalam topik kitaran air adalah lebih berkesan daripada
pengajaran konvensional iaitu dengan kaedah chalk and talk. Hasil dapatan data daripada
ujian pra dan ujian pasca, ia jelas menunjukkan perbezaaan pencapaian murid iaitu
peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca, peningkatan min markah adalah +32.5 dan
perbezaan sisihan piawai adalah 6.3 maka sebaran markah adalah lebih luas dibanding
dengan min dalam ujian pasca.
Dokumen analisis juga dijadikan instrumen untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan
selepas tindakan intervensi kitaran 1 menunjukkan responden mengalami miskonsepsi.
Miskonsepsi yang dikesan adalah berdasarkan hasil lukisan responden iaitu segelintir
responden berupaya melukis rajah proses kitaran air tetapi penerangan konsep kitaran air
adalah terpesong dan penggunaan istilah yang kurang sesuai serta tidak berupaya untuk
menjelaskan proses kitaran air dengan betul. Menurut kepada Cardak, O. (2009) beliau
pernah menjalankan kajian tentang mengenalpasti miskonsepsi murid berkaitan konsep
kitaran air dengan merujuk hasil lukisan mereka.
RUMUSAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian
dan minat murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian ini melibatkan pendekatan kaedah
kuantitatif. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan pencapaian yang positif.
Respon positif murid-murid terhadap kaedah strip komik yang telah diaplikasikan dalam
topik kitaran air tahun 5. Hasil dapatan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan kerana
murid telah menguasai kaedah ini dengan sebaiknya.
Kajian ini memberikan saya suatu inspirasi bahawa setiap p&p masih mempunyai pelbagai
kaedah yang boleh terutamanya dengan menggunakan bahan autentik seperti majalah, risalah,
surat khabar, tiket bas dan sebagainya. Bahan-bahan autentik ini berupaya menarik perhatian
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

40

murid dan maklumat informasi kerana bahan-bahan seperti ini berkait rapat dengan
kehidupan seharian kita. Murid-murid lebih gemar mendapatkan ilmu pengetahuan daripada
informasi yang terdapat pada bahan autentik berbanding dengan hanya bergantung kepada
buku teks sahaja.
Justeru, guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu bahan bantu
mengajar dalam p&p. Mengibas kembali dalam sepanjang proses pelaksanaan kajian
tindakan ini, saya mendapati murid-murid lebih gemar membaca majalah ataupun komik
yang berasaskan pendidikan seperti Kuntum, Tunas Sains, Sains Adik dan sebagainya.
Akhir kata, amat berharap peninjauan hasil dapatan dari kajian yang menggunakan kaedah
strip komik ini dapat mencetuskan idea kepada para guru dalam merancang strategi
pengajaran yang bersesuaian demi manfaatnya kepada murid semasa sesi p&p yang berlaku
di bilik darjah.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan kajian lanjutan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkaji
seterusnya meneruskan penggunaan kaedah agar membantu meningkatkan mutu pelajaran
dan juga merangsangkan pemikiran murid dalam pembelajaran secara konstruktivisme.
Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkaji
keberkesanan penggunaan strip komik terhadap penguasaan murid dalam topik yang berbeza
bagi mata pelajaran Sains. Strip komik boleh dihasilkan dengan berdasarkan kesesuaian tajuk
dan tahap sampel kajian.
Seterusnya, sampel saiz kajian yang dipilih dicadangkan membahagikan dua kumpulan
sampel kajian yang berbeza iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ia bertujuan
untuk mengesani kebolehpercayaan strategi pembelajaran yang digunakan dalam
mempengaruhi keputusan yang diperolehi seperti kajian yang dilaksanakan oleh Sengul, S. &
Dereli, M. (2010) dan Akamca, G. O. et al., (2010).
Selain itu, saya ingin mencadangkan pengkaji seterusnya mengkaji keberkesanan strategi ini
dengan matapelajaran yang berlainan misalnya matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dan
sebagainya. Ia bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan kaedah strip komik ini
diaplikasikan dengan mata pelajaran yang berlainan.
Di samping itu, beberapa cadangan pengubahsuaian kaedah adalah seperti menghasilkan
mereka dialog yang lebih merangsangkan minda murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
melukis kartun yang lebih menarik dengan bilangan petak yang kurang supaya cerita dalam
strip komik tidak terlalu jemu dibaca dan ringkas.
Kesimpulannya, amat berharap kajian yang bakal dijalankan oleh pengkaji seterusnya pada
masa hadapan dapat membuka lembaran baru kepada kaedah strip komik diaplikasikan secara
meluas di dalam bilik darjah secara umum dan di dalam dunia pendidikan secara khususnya.
Di harap, pengkaji seterusnya menyambung perjuangan kajian ini untuk membuktikan
bahawa kaedah strip komik dapat membentuk suasana pembelajaran yang menyeronokkan,
selesa dan berkesan.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

41

RUJUKAN
Cardak, O. (2009) Science Students Misconceptions of the Water Cycle According to their
Drawings. Journal of Applied Sciences, 9(5), 865-873. Dimuat turun pada
September 12, 2011 dari
http://scialert.net/qredirect.php?doi=jas.2009.865.873&linkid=pdf
Ong, E. T. & Ahmad Nizam Abdullah (2009). Keberkesanan Modul Kartun dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Jurnal Sains dan Matematik,
1(2), 105-124.
Sengul, S. & Dereli, M. (2010). Does instruction of “Integers” subject with cartoons effect
students mathematics anxiety? Procedia Social and Behavioural Sciences, 2, 21762180.
Tuncel, G. & Ayva, O. (2010). The Utilization of comics in the teaching of the “human rights”
concept. Procedia Social and Behavioural Sciences, 2, 1447-1451.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012