Persoalan babi antara yang hangat pernah

Persoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan ulama dalam
mazhab-mazhab Islam sekitar penggunaan barangan yang diperbuat
daripada babi.
Pertama: Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi
badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya samalah dengan
beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau,
gajah dan sebagainya.
Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram
dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. Imam Nawawi
daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan
babi itu najis.
Perkataan najis (kotor/najis/jijik) dalam surah al-Anam: ayat 145 yang
merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan jelas najis itu
bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi, kerana najis
boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti najis kafir
musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya
orang kafir musyrikin itu najis (al-Taubah: ayat 28).
Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai
najis `aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi atau najis i'tiqad
(kepercayaan) sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai
hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan.

Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci, tidak timbul lagi
hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing, malah jarak
antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh.
Dalam beberapa hal pula, saya berpendapat mazhab Malik ini memberi
nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat pekerjaannya terpaksa
bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor haiwan dan
pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor haiwan.
Kedua: Ulama memutuskan, apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih,
hukumnya najis kerana ia bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh
disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan babi menurut
kebanyakan ulama termasuk Syafie.
Bagaimanapun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat, kulit-kulit
anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak, kerana hadis riwayat
Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak (Muslim,
bilangan 366).
Hadis ini menurutnya umum kepada semua kulit termasuk anjing dan
babi. Merujuk kepada pendapat dua imam di atas, nyata segala barangan
yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi yang disamak boleh
dipakai.
Ulama menyatakan lagi, bulu dan kuku yang dicabut atau dipotong

daripada bangkai adalah bangkai, hukumnya turut najis seperti bangkai
juga. Bagaimana pula jika bulu dipotong daripada haiwan yang masih
hidup?

Jawabnya, suci jika haiwan itu suci dan najis jika haiwan itu najis. Ini
bermakna, bulu babi yang dipotong daripada babi yang masih hidup
adalah suci di sisi Imam Malik.
Ini bermakna, penyapu yang diperbuat daripada bulu babi yang dipotong
ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai. Sesetengah ulama
pula berpendapat, bulu yang dipotong daripada haiwan yang masih hidup
juga najis kerana dikira bangkai juga. Sehubungan ini sebuah hadis
riwayat al-Hakim yang bermaksud: Juzuk yang dipotong daripada haiwan
yang hidup dianggap bangkai (Tirmiz, bilangan 1480).
Ketiga: Merujuk kepada hukum babi yang diambil sebagai ubat-ubatan.
Ulama sepakat memutuskan bangkai semua haiwan adalah najis kalaupun
menurut Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri kulit bangkai termasuk bangkai
babi boleh disucikan dengan samak, tetapi juzuk-juzuk babi yang bukan
kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak.
Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan
ubat-ubatan yang dimasukkan bahan babi padanya, kerana benda-benda

najis tidak boleh dijadikan ubat, kecuali dalam keadaan darurat yang
memaksakan.
Syed Atiyyah Saqr pula lebih cenderung kepada pendapat mengharuskan
kegunaan ubat-ubatan itu, jika ia merupakan suntikan dalam badan dan
ternyata keberkesanannya kepada pesakit. Kita ikuti pendapat beliau,
katanya: Jika ubat-ubatan itu berupa suntikan dalam badan, maka
diharuskan, kerana dalam badan memang berkumpul najis-najis kencing
dan tahi, ini tidak pernah ditimbulkan bagi maksud kesahihan solat dan
ibadat. Lain halnya jika diguna pada bahagian luaran, tentunya najis itu
menghalang kesahihan solat.
Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh pengharaman
babi dalam beberapa ayat al-Quran hanya untuk dimakan. Suntikan ubat
ke dalam badan tidak dikatakan makan, lagipun penggunaan barangan
yang diperbuat daripada kulit babi, tidak disepakati ulama pada
pengharamannya.
Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh dimasukkan
dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan ibadat solat dan
sebagainya.
Najis ini jika dibiar berkekalan dalam badan menjadikan seseorang itu
terhalang daripada solat selama-lamanya.

Alasan ini telah dijawab oleh Syeikh Atiyyah Saqr seperti yang disebut
sebelum ini, iaitu najis yang menghalang solat hanya najis di luar badan.
Adapun najis dalam badan tidak menghalang seseorang daripada solat
dan ibadat, ini kerana dalam perut manusia dipenuhi najis darah, tahi dan
kencing, sedang dia pada ketika itu bersolat, bertawaf dan beribadat.
Tiada siapa pun mempertikaikan kesahihan ibadatnya.
Keempat: Ulama memutuskan, makanan yang dimasuki bahan-bahan
najis haram dimakan. Gelatin atau jeli yang biasanya diproses di negara-

negara bukan Islam, jika asalnya diperbuat daripada haiwan yang tidak
disembelih atau babi, maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan.
Namun difahamkan bukan semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada
babi.
Kalau begitu halnya, perlulah dipastikan terlebih dahulu, sama ada ia
benar diperbuat daripada babi atau haiwan yang disembelih dan haiwan
yang harus dimakan.
Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah dilihat pada
pertukaran rupa dan benda, seperti arak yang kemudiannya bertukar
rupanya menjadi cuka.
Menurut mazhab Syafie pertukaran rupa tidak mengubahkan hukum najis

sesuatu benda, kecuali arak yang berubah menjadi cuka. Cuka ini bersih,
sekalipun asalnya arak yang najis.
Imam Malik berpendapat, benda-benda najis yang bertukar kepada suatu
rupa yang lain adalah suci, seperti najis babi yang dibakar kemudian
bertukar menjadi debu hukumnya suci, sekalipun pertukaran itu dengan
sendiri atau setelah diusahakan. Atas dasar ini, ramai berpendapat,
gelatin itu suci dan boleh digunakan, sekalipun ditakdirkan asalnya babi
atau bangkai yang tidak disembelih, kerana najis itu telah bertukar
rupanya kepada rupa yang lain. Kedudukannya samalah dengan tulang
bangkai yang dibakar menjadi debu. Tulang bangkai adalah bangkai,
tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi membawa hukum asalnya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat ini, kerana hukum halal haram
ditentukan mengikut namanya. Apabila tiada nama, maka tiada lagi
hukum asalnya, tahi adalah tahi dan hukumnya adalah najis, tetapi
apabila tahi menjadi tanah, maka hukumnya adalah tanah.
Dalam apa hal sekalipun, setiap makanan yang sampai kepada kita perlu
diselidik halal haramnya terlebih dahulu, jika diragui kebersihannya,
maka wajib ditinggalkan sahaja. Itulah pilihan yang terbaik.
Baginda bersabda: Sesiapa memelihara dirinya daripada perkara yang
meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan

kehormatan dirinya. - (Muslim, bilangan 1599) Wabillah al-Hidayah Wa alTawfiq.

Dokumen yang terkait

Analisis korelasi antara lama penggunaan pil KB kombinasi dan tingkat keparahan gingivitas pada wanita pengguna PIL KB kombinasi di wilayah kerja Puskesmas Sumbersari Jember

11 241 64

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Analisis komposisi asam amino gelatin sapi dan gelatin babi pada marshmallow menggunakan teknik kombinasi HPLC dan PCA

10 132 71

Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan manajemen mutu terpadu pada Galih Bakery,Ciledug,Tangerang,Banten

6 163 90

Efek ekstrak biji jintan hitam (nigella sativa) terhadap jumlah spermatozoa mencit yang diinduksi gentamisin

2 59 75

Komunikasi antarpribadi antara guru dan murid dalam memotivasi belajar di Sekolah Dasar Annajah Jakarta

17 110 92

Pengaruh Rasio Kecukupan Modal dan Dana Pihak Ketiga Terhadap Penyaluran Kredit (Studi Kasus pada BUSN Non Devisa Konvensional yang Terdaftar di OJK 2011-2014)

9 104 46

Pengaruh Etika Profesi dan Pengalaman Auditor Terhadap Audit Judgment (Penelitian pada Kantor Akuntan Publik di Wilayah Bandung yang Terdaftar di BPK RI)

24 152 62