Laras Bahasa Politik dalam Media Baru Ka
LARAS BAHASA POLITIK DALAM MEDIA BARU: KAJIAN KES DALAM LAMAN SOSIAL
FACEBOOK
Tuan Nordin Tuan Kechik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
Univeristi Sains Malaysia
[email protected]
Abstrak
Persoalan tentang politik merupakan antara tajuk yang paling hangat dibicarakan oleh masyarakat kini.
Pilihanraya Umum yang ke-13 merupakan kemucak pada persoalan politik yang menentukan parti yang
menjadi kerajaan yang memerintah dan parti pembangkang di Malaysia. Media massa arus perdana dan
media lokal tidak ketinggalan dalam membicarakan hal tersebut. Fenomena yang sama juga berlaku pada
media sosial yang berupa blog, tweeter dan facebook. Kecenderungan individu atau kelompok tertentu
dalam memberikan pandangan dan buah fikiran tentang mana-mana parti politik yang terlibat sama ada
sealiran atau bertentangan dengan ideologi mereka, sudah tentu menjadikan bahasa yang digunakan
memiliki ragam dan laras bahasa yang pelbagai termasuk wujudnya laras bahasa politik. Kajian ini
merupakan sebuah kajian sosiolinguistik yang akan memberikan tumpuan terhadap laras bahasa politik
dalam media baru iaitu facebook. Kajian ini bertujuan untuk: a) mendeskripsikan ragam bahasa politik
dalam media baru iaitu facebook, b) menjelaskan bentuk-bentuk kekhasan bahasa pada ragam bahasa
politik melalui facebook, dan c) menguraikan fungsi laras bahasa politik yang digunakan oleh rakanrakan facebook. Data yang diperlukan untuk menunjang analisis ini dikumpulkan daripada rakan-rakan
facebook yang memberikan status masing-masing. Data diperoleh dengan metode simak melalui teknik
rekam dan catat. Kemudian, data dianalisis dengan metode padan subjenis referensial dan translasional.
Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa laras bahasa politik dalam facebook menggunakan ragam usaha,
ragam santai, ragam akrab, ragam lisan, ragam sinis, ragam marah dan ragam tulis.
Kata Kunci: Laras bahasa, politik, media baru, laman sosial, facebook