KESEJAHTERAAN SOSIAL INDIVIDU MELALUI PE

KESEJAHTERAAN SOSIAL INDIVIDU MELALUI PENGLIBATAN AKTIVITI
MASA SENGGANG PELAJAR
Muhammad Naqib Zakwan Bin Ahmad Shokhaily
Anuar bin Ahmad
ABSTRAK
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan yang wujud antara penglibatan pelajar
sekolah menengah dalam aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu.
Penglibatan aktiviti masa senggang yang dilihat adalah jenis aktiviti masa senggang aktif
dan pasif. Manakala kesejahteraan sosial individu yang ditinjau hanya melibatkan aspek
komunikasi, tanggungjawab dan sumbangan. Selain itu, perkara yang ditinjau adaah faktor
pendorong kepada penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang. Kajian ini juga
melihat jenis aktiviti masa senggang yang sering pelajar libatkan diri mereka sendiri. Kajian
ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrument soal selidik bagi mendapatkan
maklumat mengenai penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial
individu pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 200 orang responden yang terdiri
daripada pelajar tingkatan empat sekolah menengah di sekitar Daerah Kapit, Sarawak. Soal
selidik dibina berdasarkan adaptasi dari kajian-kajian lepas. Hasil kajian rintis
menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap
kebolehpercayaan iaitu 0.645. Dapatan data diperolehi dengan menggunakan SPSS 21.
Analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala analisis

inferens menggunakan kolerasi pekali Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih
melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang pasif dengan kekerapan dan peratus yang
lebih tinggi berbanding aktiviti masa senggang aktif. Selain itu, faktor pendorong
penglibatan aktiviti masa senggang pelajar adalah faktor minat diikuti faktor ibu bapa,
faktor rakan serta faktor kemudahan. Kolerasi pekali Pearson pula menunjukkan wujudnya
hubungan yang signifikan antara penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan
sosial individu. Implikasi kajian menunjukkan penglibatan aktiviti masa senggang pelajar
perlu dititikberat oleh semua pihak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial individu pelajar
yang holistik.
Kata kunci: aktiviti masa senggang, kesejahteraan sosial individu

PENGENALAN
Setiap manusia memerlukan masa untuk merehatkan diri dengan kesibukan menjalankan
aktiviti harian. Masa untuk merehatkan diri dan diisi dengan aktiviti-aktiviti dikenali dengan
masa lapang atau dalam bidang sosiologi disebut sebagai masa senggang. Dari aspek
sosiologi, masa senggang ialah kajian bagaimana manusia mengisi dan menganjurkan masa
lapang mereka (Mahzan dan Razaq 2013). Kesenggangan boleh didefinisikan juga dengan
masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan
memberikan kepuasan kepada individu tersebut. Ini kerana masa lapang adalah masa yang
bebas yang merupakan masa perhentian manusia daripada sebarang rutin kerja atau yang

digunakan untuk membuat aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain muzik, bersukan,
memancing, berhibur dan lain-lain. Tiap-tiap manusia perlu untuk mempunyai masa yang
terluang selain daripada bekerja, belajar atau sibuk dengan urusan orang lain tanpa memberi
masa yang sesuai kepada diri sendiri. Menurut Rusimah dan Zakiyah (2002) waktu senggang
merupakan sebahagian daripada masa di dalam kehidupan setiap manusia. Ini menunjukkan
bahawa setiap manusia perlu ada masa untuk melakukan aktiviti mengikut kepada minat serta
kesempatan masa dan juga peluang untuk melapangkan fikiran serta merehatkan diri sendiri.
Menurut Rusimah Sayuti dan Zakiyah Jamaluddin (2002) waktu lapang atau senggang adalah
salah satu indikator di dalam penggunaan masa. Manusia wajib mempunyai masa lapang
untuk diri sendiri kerana masa senggang adalah hak tiap insan untuk pengurusan masa dalam
rutin harian atau kehidupan mereka.
Aktiviti-aktiviti masa senggang yang disertai oleh para pelajar selalunya melibatkan
hobi serta waktu di luar sesi persekolahan. Penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang
ini adalah bebas kepada minat dan keupayaan pelajar itu sendiri tidak kira tempat aktiviti
tersebut dilakukan. Selalunya, aktiviti masa senggang yang melibatkan aktiviti luar dapat
mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan
kesejahteraan (Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013). Apabila pelajar memilih dan
melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang yang bersesuaian, ini dapat membantu mereka
untuk menjadi seorang manusia yang lebih proaktif, kreatif dan agresif di dalam bidang
mereka sendiri pada masa akan datang. Pemilihan aktiviti-aktiviti masa senggang oleh para

pelajar memberi impak serta kesan samada positif dan negatif kepada diri mereka. Ini kerana
jenis-jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan amat penting untuk memastikan
pembangunan belia yang positif dan berkualiti (Indeks Belia Malaysia 2011).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti masa
senggang terhadap kesejahteraan sosial individu pelajar sekolah menengah di Kapit.
Objektif kajian ini adalah untuk:
i.
ii.

iii.

Mengenalpasti jenis aktiviti-aktiviti masa senggang pelajar sekolah menengah di
Kapit
Mengenalpasti faktor-faktor penglibatan aktiviti masa senggang dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di Kapit.
Mengenalpasti hubungan aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan sosial
individu pelajar sekolah menengah di Kapit.

PERSOALAN KAJIAN


Akibat daripada hubungan aktiviti melepak terhadap tingkah laku anti sosial pelajar di
sekolah menengah, maka kajian ini dilakukan adalah untuk melihat:
1. Apakah jenis-jenis aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar sekolah menengah
di Kapit?
2. Apakah faktor penglibatan aktiviti masa senggang pelajar sekolah menengah di
Kapit?
3. Adakah wujud hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang terhadap
kesejahteraan sosial individu pelajar sekolah menengah di Kapit.
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian
Ciri Demografi
Penglibatan Aktiviti
 Jantina
Masa Senggang
 Jenis Aktiviti
 Umur
Masa Senggang
 Tempat Tinggal
 Faktor
 Pekerjaan ibu

penglibatan
bapa
aktiviti masa
senggang

Kesejahteraan Sosial
Individu
 Komunikasi
 Tanggungjawab
 Sumbangan Bakat
dan Tenaga

KEPENTINGAN KAJIAN
Warisan negara kita pada hari ini adalah remaja pada masa kini. Merekalah yang akan
memacu arah negara kita samada ke arah yang lebih baik atau tidak baik. Remaja yang
terlibat adalah remaja di peringkat awalan atau belia awal dalam lingkungan 13-18 tahun
yang meupakan pelajar sekolah menengnah di Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah banyak dilakukan remaja pada masa kini. Pemilihan dan penglibatan aktiviti masa
senggang yang negatif semakin membimbangkan menjadi barah dalam kalangan remaja di
Malaysia. Ini mengakibatkan pengaruh yang besar kepada kesejahteraan sosial para remaja.

Oleh yang demikian, mengenal pasti perhubungan antara penglibatan dan pemilihan aktiviti
masa senggang yang dilakukan oleh remaja dengan kesejahteraan sosial individu remaja
sangat penting untuk memahami remaja. Ini kerana adalah untuk memastikan masyarakat
dapat bertindak dengan prihatin dan jitu untuk membanteras dan membendung gejala yang
tidak sihat dalam kalangan remaja masa kini. Jadi, keadaan ini menarik perhatian untuk
membuat kajian berkenaan hubungan penglibatan aktiviti masa senggang dengan
kesejahteraan sosial individu remaja di daerah yang terpilih. Dengan membuat kajian
terhadap hubungan penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu
remaja memberi kepentingan yang diharapkan dapat membantu beberapa pihak dari segi:
i.
ii.

iii.

Memberi sumbangan kepada institusi pendidikan untuk mengetahui tentang
penglibatan dan pemilihan jenis aktiviti masa senggang yang sesuai dengan
pelajar seterusnya memberi impak positif kepada kesejahteraan sosial individu.
Membuka mata dan memberi kesedaran kepada pemimpin-pemimpin tempatan di
daerah Kapit untuk lebih serius dalam menangani jenis aktiviti masa senggang
yang tidak elok yang menjerumus kepada kesejahteraan sosial individu yang tidak

baik.
Memberi maklumat dan bahan rujukan yang berguna kepada bidang sosiologi
dalam mengkaji aspek sosial persekitaran budaya serta iklim yang berbeza dengan

iv.
v.

faktor remaja melakukan aktiviti masa senggang seterusnya mempengaruhi
keperibadian sosial mereka.
Dapat membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti masa senggang yang
negatif yang semakin berleluasa di daerah Kapit.
Menyalurkan maklumat kepada ibu bapa atau penjaga untuk sentiasa memantau
dan memastikan para remaja tidak pergi keluar melakukan aktiviti masa senggang
negatif dan memberi perhatian untuk memenuhi keinginan remaja dari segi aspek
yang positif.

Masa senggang dapat dikaitkan dengan perubahan kesejahteraan sosial individu
pelajar sekolah menengah. Penglibatan masa senggang dengan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian membantu untuk membentuk kesejahteraan sosial individu remaja yang baik
seterusnya memberi kesan positif dalam masyarakat. Jika remaja memilih untuk

mengfokuskan aktiviti masa senggang yang menyeronokkan semata-mata tanpa mengambil
kira kepada faktor masalah sosial, ini akan menyebabkan ketidaksejahteraan sosial yang
negatif wujud dalam kalangan remaja. Dengan kajian yang dijalankan ini diharap dapat
membantu banyak pihak dalam memantau aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh
remaja pada masa akan datang. Bimbingan dan tunjuk ajar dalam pengisian aktiviti masa
senggang remaja sedikit sebanyak diharapkan juga dapat membantu untuk mengurangkan
kadar masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini dan masa akan datang.
KAJIAN LITERATUR
Jenis Aktiviti Masa Senggang
Masa senggang yang disebut di dalam bahasa Inggeris adalah Leisure. Perkataan ini
sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu licere yang bermaksud “bebas”. Dalam
bahasa Perancis pula, perkataan yang dikaitkan adalah loisir yang membawa maksud
“diizinkan”. Dalam konteks Malaysia, konsep masa senggang merujuk kepada masa lapang.
Jadi, aktiviti yang dilakukan ketika masa senggang adalah aktiviti masa lapang yang tidak
berkaitan dengan kerja. Setiap individu dan manusia berhak untuk bebas memilih aktiviti
yang ingin dilakukan ketika masa lapang. Menurut satu konsep kesenggangan yang telah
dibuat oleh tokoh falsafah, Aristotle terdapat 7 konsep iaitu:
i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.
vii.

Senggang sebagai keseronokan
Senggang sebagai kerja
Senggang sebagai aktiviti
Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
Keseronokan dan kepuasan
Kesukarelaan
Konstruktif

Berdasarkan 7 konsep di atas, masa senggang dapat dihubungkaitkan dengan kesejahteraan
sosial individu. Dalam kajian ini, konsep masa senggang yang dikaji adalah senggang sebagai
aktiviti dan keseronokan, senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri, senggang
sebagai kepuasan dan kesukarelaan. Konsep ini akan dinilai dan dihubungkait dengan konsep
kesejahteraan sosial individu. Selain itu, aktiviti masa senggang dibahagikan kepada dua jenis
iaitu masa senggang aktif dan masa senggang pasif. Menurut Mohd Salleh Aman (2005),
masa senggang boleh berbentuk riadah iaitu secara aktif atau santai iaitu pasif. Jadi, aktiviti

masa senggang yang berbentuk aktif contohnya melakukan aktiviti bersukan dan rekreasi
yang melibatkan pergerakan fizikal dan mengeluarkan peluh seperti bermain bola sepak, bola

tampar untuk aktiviti sukan manakala rekreasi seperti berjalan-jalan, berkelah bersama
keluarga atau rakan. Bagi aktiviti masa senggang yang pasif adalah seperti bermain
permainan video, menontot televisyen atau filem, melayari internet dan media sosial seperti
facebook, instagram, twitter, wechat dan whatsapp.
Konsep kesejateraan sosial yang dibincangkan di dalam bab I adalah merujuk kepada satu
sistem yang terorganisasi daripada layanan oleh ahli-ahli sosial untuk membantu
perseorangan atau individu serta kelompok masyarakat dalam mencapai taraf kehidupan dan
kesihatan yang memuaskan serta hubungan sosial dan keperibadian yang memungkinkan
mereka untuk mengembangkan kemampuan sepenuhnya dan meningkatkan kesejahteraan
mereka, seiring dengan keperluan hidup mereka. Sistem yang terorganisasi yang
dimaksudkan merujuk kepada tanggungjawab kerajaan sebagai memastikan rakyat berada
dalam keadaan sosial yang baik dan sejahtera. Menurut Syah Nawab (1981), konsep
kesejahteraan sosial dapat difahami sebagai fungsi, sistem dan kegiatan yang terorganisasi
iaitu kerajaan dari pelbagai perkhidmatan sosial untuk meningkatkan keadaan yang sejahtera
secara sosial melalui pemberian bantuan kepada orang untuk memenuhi keperluan asas hidup
manusia.
Tambahan pula, terdapat dua istilah konsep kesejahteraan sosial yang dikenalpasti. Pertama

adalah menurut Friedlander (1974) dan Pusic(1965) yang menyatakan bahawa konsep
kesejahteraan sosial pada awal perkembangannya difahami dalam kaitannya dengan masalah
sosial dalam masyarakat industri seperti kemiskinan, penyakit dan organisasi sosial. Jadi,
untuk mengatasi masalah sosial berdasarkan konsep yang pertama ini, perlu ada wujudnya
usaha atau kegiatan kesejahteraan sosial sebagai satu sistem undang-undang, program dan
perkhidmatan untuk memperkuat dan mengadakan pemenuhan keperluan sosial sebagai asas
kesejahteraan penduduk dan untuk berfungsi sebagai sosial manusia. Dalam istilah konsep
kedua pula menurut Skidmore (1967) dan Midgley (1995), kesejahteraan sosial sering dilihat
dan digunakan dalam pengertian untuk menunjukkan satu keadaan sosial yang baik. Keadaan
baik ini merangkumi kepada tiga unsur iaitu bagaimana menguruskan masalah sosial,
memenuhi keperluan hidup dan menyediakan peluang untuk terus maju ke hadapan.
Dalam kajian ini, konsep kesejateraan sosial individu dikaji berdasarkan kepada penglibatan
pelajar dalam aktiviti masa senggang yang mampu untuk mengatasi dan mengurus masalah
sosial pelajar yang dapat memenuhi keperluan sosial sebagai asas kesejahteraan sosial
individu pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang juga dapat
memenuhi keperluan hidup dari segi pengisian masa senggang dan sosial pelajar seterusnya
menyediakan peluang dalam meningkatkan aspek sosial individu pelajar. Aspek kesejahteraan
sosial pelajar dikaji berdasarkan kepada tiga aspek iaitu komunikasi, tanggungjawab serta
sumbangan bakat dan tenaga pelajar kepada masyarakat.
Teori Ekologi
Penglibatan dalam aktiviti masa senggang boleh dilihat melalui Teori Ekologi. Di dalam teori
ini kita dapat mengaitkan hubungan yang wujud antara penglibatan dalam aktiviti masa
senggang dengan kesejahteraan sosial individu. Teori Ekologi diperkenalkan oleh Urie
Bronfenbrenner (1978,1989,1998, 2005) menjelaskan teori ini dapat membantu untuk
memahami bagaimana individu berkembang di dalam berbagai lapisan dalam konteks
keunikan lingkungan atau ekologi. Teori ini juga membantu dalam memahami bagaimana
budaya serta pengalaman sosialisasi membentuk perkembangan individu. Di dalam teori ini
juga, jaringan persekitaran diambil kira dalam kehidupan individu. Setiap manusia terikat
dengan setiap konteks yang dilabelkan oleh Brofenbrenner sebagai system mikro iaitu

merujuk kepada pengalaman dan hubungan seharian manusia dalam konteks asas keluarga
dan persekolahan, system ekso iaitu setiap individu dan institusi persekitaran yang
mempengaruhi individu walaupun tidak terlibat secara langsung dan system meso iaitu
hubungan antara system ekso dengan mikro yang mempengaruhi kehidupan indibidu.
Lingkaran yang paling luas merangkumi semua system dikenali sebagai system makro yang
melibatkan nilai, amalan dan unsur-unsur kebudayaan sesebuah masyarakat yang
menyumbang kepada amalan dalam setiap system yang melingkari perkembangan individu
pelajar.
Perspektif Fungsionalisme
Perspektif fungsionalisme dalam bidang sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte
Emile Durkheim dan Herbert Spencer (Mohd Salleh Lebar 1998). Dalam perspektif ini,
komuniti dalam masyarakat semakin berkembang dan bertambah stabil apabila mengikut
kepada peraturan sosial dan perubahan semasa yang berlaku. Di dalam masyarakat,
perubahan yang berlaku adalah secara beransur-ansur. Perkataan fungsi di dalam perspektif
ini merujuk kepada peranan yang wujud di dalam organisasi masyarakat. Setiap ahli di dalam
masyarakat mempunyai peranan-peranan tertentu. Jadi, setiap ahli di dalam masyarakat
tersebut, mereka faham dengan peranan dan fungsi mereka yang tersendiri dan memahami
serta menghargai sumbangan masing-masing kepada masyarakat. Oleh yang demikian, maka
wujudlah satu bentuk kefahaman di dalam masyarakat. Di dalam hubungan antara
penglibatan pelajar di dalam aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu,
pelajar mengetahui peranan mereka di dalam masyarakat dengan memilih aktiviti masa
senggang yang dapat memberikan sumbangan dan tenaga kepada masyarakat akhirnya.
Dengan ini, akan dapat mewujudkan interaksi dan komunikasi yang baik antara ahli
masyarakat.
Teori Minat
Di dalam bidang pendidikan, untuk mengenal pasti minat pelajar, terdapat satu teori yang
sangat sesuai digunakan iaitu teori minat atau The Theory of Interest. Teori ini merupakan
satu teori yang menekankan kepada konsep motivasi (Renniger et al. 1998). Menurut Krapp
(2002), teori ini adalah mencadangkan kepada pengkaji atau pendidik bahawa pelajar dapat
diketahui pendekatan minat terhadap sesuatu objek melalui teori ini. Oleh yang demikian,
pengkaji atau pendidik dapat mengenal pasti minat dan dapat diterangkan minat pelajar
melalui teoritikal dan secara kajian emperikal. Jadi, menurut Deci & Ryan (1985) untuk
menilai minat pelajar terhadap sesuatu perkara, dua komponen penting dapat menerangkan
bentuk minat tersebut. Komponen pertama adalah sifat batin pelajar yang dapat dinilai
melalui timbulnya kecekapan dan pengalaman perasaan yang lebih spesifik. Komponen
kedua adalah berkaitan dengan nilai yang memberikan sikap positif. Faktor penglibatan
pelajar dengan aktiviti masa senggang dapat dikenal pasti melalui kajian terhadap sifat batin
pelajar yang cenderung kepada pengalaman perasaan dan juga nilai sikap positif yang
ditunjukkan kepada jawapan soal selidik yang diedarkan kepada mereka.
Kajian Berkaitan Masa Senggang
Masa senggang merupakan satu masa lapang yang perlu untuk setiap manusia wujudkan
dalam kehidupan seharian mereka. Masa yang lapang ini adalah satu masa yang membawa
pengertian waktu berhenti daripada sebarang kerja dan bebas melakukan sebarang aktiviti
untuk kepentingan diri sendiri. Perkara ini disokong oleh Nor Hidayatun et. Al (2009) yang
membuat kajian tentang masa senggang menyatakan bahawa penggunaan masa senggang

adalah tertakluk kepada seseorang individu mengikut keinginannya sendiri samada untuk
berehat, menghiburkan diri sendiri dengan menambah pengetahuan, meluaskan pengalaman,
meningkatkan jati diri di dalam suasana persekitaran sosial iaitu di rumah, sekolah mahupun
masyarakat sekeliling. Ini menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dengan aktiviti masa
senggang memberikan banyak manfaat yang berfaedah jika memilih aktiviti yang sesuai dan
betul seterusnya membawa kepada kesejahteraan sosial individu. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa konsep kesejahteraan sosial individu yang ingin dilihat mempunyai
hubungkait dengan penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan impak dari segi
peningkatan jati diri dalam suasana persekitaran sosial. Merujuk kepada konsep kesejahteraan
yang pengkaji ini lihat, aspek komunikasi serta sumbangan tenaga oleh pelajar kepada
masyarakat dapat dikenal pasti.
Kajian Berkaitan Kesejahteraan Sosial
Konsep kesejateraan sosial dalam kajian ini adalah untuk melihat hubungan yang wujud
antara penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejateraan sosial individu pelajar
itu sendiri. Jenis dan faktor kepada penglibatan aktiviti masa senggang ini akan dikaji untuk
mendapatkan hubungan yang wujud dan impak kepada kesejateraan sosial individu yang
melibatkan 3 komponen yang dikaji iaitu komunikasi, tanggungjawab dan sumbangan bakat
serta tenaga pelajar kepada masyarakat. Menurut Haris Abd. Wahab (2005) menyatakan
bahawa kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu,
keluarga dan juga komuniti. Oleh itu, konsep ini adalah penting dalam menentukan tahap
pembangunan sesebuah komuniti yang menjadi elemen utama mengukur keadaan sosial
masyarakat setempat. Tambahan beliau lagi, konsep kesejahteraan sosial menjelaskan strategi
merubah sesebuah komuniti berdasarkan pendekatan yang berkaitan dengan aspek
pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan penyediaan peluang mobility
sosial dalam komuniti. Jadi, dalam kajian ini menekankan kepada penglibatan pelajar dengan
aktiviti masa senggang yang membantu berkaitan dengan pengurusan masalah sosial
seterusnya memenuhi keperluan hidup pelajar dan menyediakan mobility sosial yang baik
kepada pelajar. Keadaan ini adalah selari dengan teori Ekologi yang melibatkan persekitaran
individu yang mempengaruhi individu itu sendiri. Tambahan pula, hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud “tiada anak yang dilahirkan kecuali dengan) kecenderungan alamiahnya)
fitrah. Maka orang tuanyalah yang membuat anak manusia itu menjadi yahudi, nasrani atau
majusi (Sahih al-Bukhari, Juzuk 1 bab 91).
METODOLOGI
Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk
tinjauan untuk menilai sejauh mana hubung kait penglibatan aktiviti masa senggang dengan
kesejahteraan sosial individu bagi pelajar sekolah menengah di kawasan Pejabat Pendidikan
Daerah Kapit, Sarawak. Pemilihan kaedah ini adalah paling sesuai kerana untuk
mengumpulkan data tentang populasi berdasarkan sampel yang dipilih, kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik adalah paling sesuai. Tujuan kajian tinjauan juga adalah untuk
menghuraikan ciri-ciri sesebuah populasi agar kajian dapat dilaksanakan. Tambahan pula,
maksud tinjauan adalah memperihalkan satu kaedah pengumpulan makluamt daripada sampel
individu. Apabila instrument soal selidik diedarkan, secara individu pelajar dapat menjawab
soalan tersebut hanya berdasarkan pendapat individu mereka sendiri. Teknik tinjauan ini juga
adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah iaitu faktor penglibatan pelajar
dalam aktiviti masa senggang dengan pelajar itu sendiri yang dapat memberi kesan kepada
kesejahteraan sosial individu. Kajian tinjauan juga hanya mengumpulkan maklumat daripada
sebahagian populasi yang dikaji bukannya melibatkan keseluruhan populasi dalam kajian.

Oleh yang demikian, kajian ini mampu untuk dilaksanakan dengan kaedah kajian tinjauan
dengan usaha mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang ditimbulkan.
Populasi terdiri daripada 1000 orang pelajar tingkatan sekolah menengah daerah Kapit
manakala 200 orang pelajar sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah
berdasarkan persampelan rawak mudah untuk memilih 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang
pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat merangkumi kaum Iban yang dominan, kaum
Melayu, kaum Cina, kaum Bidayuh, kaum Melanau dan kaum Kenyah. Mereka semua dari
pelbagai latar belakang yang berbeza iaitu daripada pelbagai status ekonomi keluarga.
Kumpulan individu seperti pelajar adalah perlu untuk ditetapkan ciri-ciri populasi yang ingin
dikaji. Pengkaji perlu menetapkan ciri-ciri kumpulan pelajar yang ingin dijadikan populasi
seterusnya menjawab kepada persoalan kajian dengan betul. Menurut Fraenkel dan Wallen
(2006), populasi terbahagi kepada populasi sasaran dan populasi capaian. Populasi sasaran
adalah populasi yang ingin dikaji oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat
generalisasi. Manakala populasi capaian adalah hanya kebanyakan sampel atau responden
yang mampu diperolehi oleh pengkaji. Ini menunjukkan bahawa populasi sasaran adalah
semua pelajar sekolah menengah dalam daerah Kapit manakala populasi capaian adalah
empat sekolah menengah daerah Kapit yang mewakili populasi semua pelajar sekolah
menengah daerah Kapit. Boleh dikatakan bahawa populasi sasaran adalah pilihan yang ideal
tetapi populasi capaian adalah pilihan yang realistik.
Data dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diubah suai daripada
soal selidik yang digunakan oleh Mahzan Mian (2003), Irwan Fariza (2012), Azizi Yahaya
dan Raja Roslan telah diubahsuai mengikut keperluan kajian. Bagi menentukan aras
kebolehpercayaan instrument soal selidik yang diubah suai satu kajian rintis terhadap 30
orang pelajar sekolah menengah di dalam daerah Kapit, Sarawak. Kelebihan kajian rintis
adalah dapat membantu pengkaji untuk memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang
digunakan dalam kajian sama ada item-item tersebut boleh digunakan dalam kajian sebenar.
Ianya juga boleh membantu pengkaji mengenal pasti setiap kekurangan dalam instrument
kajian dan seterusnya memperbaikinya. (Chua Yan Piaw, 2006). Dapatan analisis
menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk kesemua item di dalam soal selidik ialah (α
= 0.64525 ). Ini bermakna bahawa nilai kebolehpercayaan bagi instrument adalah tinggi lebih
daripada 0.6 dan sesuai untuk digunakan bagi tujuan kajian ini. Oleh yang demikian, skor ini
telah dapat memenuhi piawai bahawa alat ukuran ini dapat digunakan untuk mengukur
penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang dan hubungannya dengan kesejahteraan
sosial individu.
Satu set soal selidik telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada kerangka
konseptual kajian dan set soal selidik pengkaji-pengkaji lepas. Kontruk bagi membentuk set
soalan instrument adalah berdasarkan rujukan kajian literature bagi tujuan kajian ini
dilakukan serta berdasarkan kerangka konseptual tersebut. Soal selidik terdiri daripada dua
bahagian dengan lima konstruk iaitu bahagian A, B, C, D dan E.
I.
Bahagian A: Latar Belakang Pelajar
II.
Bahagian B: Penggunaan Aktiviti Masa Senggang Aktif
III.
Bahagian C: Penggunaan Aktiviti Masa Senggang Pasif
IV.
Bahagian D: Faktor Pendorong Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Masa
Senggang
V.
Bahagian E: Kesejahteraan Sosial Individu Pelajar

Bahagian A mempunyai 4 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan responden iaitu jantina, kaum, tempat tinggal dan pekerjaan ibu bapa.
Bahagian B pula terdapat 44 item yang terbahagi kepada empat konstruk untuk melihat
penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang di Kapit. Empat konstruk yang akan disoal
iaitu penglibatan aktiviti masa senggang aktifi, penglibatan aktiviti masa senggang pasif,
faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang dan penglibatan aktiviti masa senggang
mensejahterakan sosial individu pelajar. Asas dalam membina item-item ini berdasarkan
kepada hasil rujukan yang dibuat terhadap kajian-kajian lepas seperti yang telah dinyatakan.
Responden akan menandakan pilihan mengikut skala berdasarkan penilaian yang telah
ditetapkan di dalam instrument soal selidik. Semua soal selidik menggunakan dua jenis skala
Likert 4 pilihan seperti di dalam jadual 3.1 dan 3.2.
Jadual 3.1 Skor Item Soal Selidik
Skal
Pandangan responden
a
1
Tidak Kerap
2
Kurang kerap
3
Kerap
4
Sangat Kerap

Skal
a
1
2
3
4

Jadual 3.2 Skor Item Soal Selidik
Pandangan responden
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

Soal selidik ditadbir dengan bantuan rakan-rakan guru di sekolah-sekolah tersebut
bagi memudahkan urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Proses pengedaran
dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah untuk tempoh 2 minggu.
Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS)
Version 21 digunakan untuk menganalisis boring soal selidik yang diisi dengan lengkap oleh
responden. Data yang telah dikumpul dengan dikodkan berdasarkan pemilihan sistem Likert.
Jadual 4.5 Interprestasi nilai tahap min
Tahap
Min (µ)
1
Sangat rendah
1.00-1.80
2
Rendah
1.81-2.60
3
Sederhana
2.61-3.40
4
Tinggi
3.41-4.20
5
Sangat tinggi
4.21-5.00
(Sumber : Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999)
Tambahan pula, pengkaji menggunakan ujian t untuk menguji perbezaan yang signifikan
antara min dan pekali kolerasi Pearson ‘r’ untuk menentukan hipotesis hubungan penglibatan
pelajar dalam masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu. Dan akhir sekali statistik

parametik digunakan untuk menguji aras kesignifikan dalam melihat hubungan antara
pembolehubah yang ada di dalam kajian ini.
DAPATAN
Kajian ini melibatkan seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 sekolah menengah dari Daerah
Kapit, Sarawak. Bilangan responden telah dibahagikan mengikut jantina seperti dalam jadual
4.1.
Jadual 4.1 Profil Responden Kajian
Jantina

Profil
Lelaki
Perempuan

Jumlah

Kekerapan(n)
100
100
200

Peratus(%)
50.0
50.0
100

Berdasarkan jadual 4.1 di atas telah menunjukkan bahawa jumlah responden mengikut jantina
iaitu responden pelajar lelaki adalah seramai 100 orang dengan 50% manakala responden
pelajar perempuan adalah seramai 100 orang dengan 50%. Kesemua responden ini
merupakan pelajar tingkatan 4 sekolah menengah.
Jadual 4.2 Profil Responden Kajian mengikut Tempat Tinggal
Tempat tinggal

Profil
Pekan Kapit
Luar Pekan Kapit

Jumlah

Kekerapan(n)
120
80
200

Peratus(%)
60.0
40.0
100

Jadual 4.2 menunjukkan profil responden mengikut jenis tempat tinggal iaitu di pekan Kapit
dan di luar pekan Kapit. Seramai 120 orang responden iaitu 60% pelajar tinggal di pekan
Kapit manakala 80 orang responden iaitu 40% pelajar tinggal di kawasan luar pekan Kapit.
Jadual 4.3 Profil Responden Kajian mengikut jenis Pekerjaan Ibu Bapa
Profil
Pekerjaan

Jumlah

Kerajaan
Swasta
Bekerja Sendiri
Tidak bekerja

Bapa
Kekerapan(n)
Peratus(%)
24
62
97
17
200

12
31
48.5
8.5
100

Ibu
Kekerapan(n Peratus(%)
)
13
6.5
5
2.5
52
26
130
65
200
100

Jadual 4.3 menunjukkan profil responden mengikut jenis pekerjaan Ibu Bapa responden iaitu
bekerja dengan kerajaan, swasta, bekerja sendiri dan tidak bekerja. Seramai 24 orang
responden iaitu 12% pelajar yang menunjukkan bapa mereka bekerja dengan kerajaan.
Manakala hanya seramai 17 responden mewakili 8.5% pelajar sahaja yang bapa mereka tidak
bekerja. 62 orang responden pula iaitu 31% bapa pelajar bekerja dengan swasta dan paling
ramai sekali adalah seramai 97 orang responden iaitu 48.5% pelajar yang bapa mereka
bekerja secara sendiri.

Bagi pekerjaan ibu responden pula, 5 responden sahaja iaitu 2.5% pelajar yang ibu
mereka bekerja dengan swasta. Manakala seramai 13 orang responden mewakili 6.5% pelajar
yang ibu mereka bekerja dengan kerajaan. Selain itu, 52 orang responden yang mewakili 26%
ibu pelajar yang bekerja sendiri. Paling ramai ibu responden tidak bekerja dengan seramai
130 orang mewakili 65% pelajar.
Jadual 4.4 Profil Responden Kajian mengikut Kaum
Kaum

Profil
Iban
Melayu
Cina
Melanau
Bidayuh
Kenyah

Kekerapan(n)
180
4
4
3
2
7
200

Jumlah

Peratus(%)
90
2
2
1.5
1
3.5
100

Berdasarkan jadual 4.4 di atas menunjukkan profil responden kajian mengikut kaum yang
terdiri daripada enam kaum iaitu Iban mewakili paling ramai responden iaitu 90% pelajar
dengan seramai 180 responden. Manakala kaum Kenyah seramai 7 orang responden dengan
mewakili 3.5% pelajar. Kaum Melayu dan Cina sama banyak dengan hanya 4 orang
responden tiap kaum mewakili 2% sahaja. Kaum Melanau juga termasuk di dalam responden
ini dengan seramai 3 orang responden mewakili 1.5% pelajar dan akhir sekali kaum Bidayuh
dengan hanya 2 orang responden sahaja mewakili 1% pelajar sahaja.
Jadual 4.10

Skor min dan sisihan piawai penglibatan aktiviti masa senggang aktif

Bersukan
Berenang
Bersenam
Berekreasi
Melancong
Berjoging
Berzumba
Berjalan-jalan
Valid N (listwise)
Min keseluruhan

N

Min

200
200
200
200
200
200
200
200
200

2.61
3.12
3.08
3.11
2.68
2.64
3.42
3.25
3.4437

Sisihan
Piawai
.856
.868
.899
.895
.977
.914
.893
.880

Interpretasi
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Tinggi
Sederhana
Tinggi

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.10 menunjukkan bahawa nilai skor min penglibatan
aktiviti masa senggang aktif yang telah dilakukan oleh pelajar tingkatan empat berada pada
tahap min yang tinggi secara keseluruhannya. Min keseluruhan adalah (µ=3.4437)
menunjukkan interpretasi yang tinggi. Min yang tertinggi bagi aktiviti masa senggang aktif
adalah berzumba. Namun begitu, interpretasi tinggi (µ=3.42) bagi berzumba adalah
menunjukkan responden tidak kerap dan tidak pernah melakukan zumba. Ini dapat dilihat
berdasarkan peratusan dan kekerapan responden yang majoriti pada skala tidak pernah dan
tidak kerap. Dari segi skala kerap dan sangat kerap pula, aktiviti berjalan-jalan di pasar
menunjukkan min (µ=3.25) yang paling tinggi untuk skala 4 dan 5. Ini menunjukkan
responden lebih banyak melakukan aktiviti berjalan-jalan di pasar. Selain itu, min yang

terendah adalah item bersukan dengan min (µ=2.61). Ini menunjukkan aktiviti bersukan
sukan juga dilakukan oleh responden. Min penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang
aktif menunjukkan bahawa pelajar kerap melakukan aktiviti masa senggang aktif.

Jadual 4.11

Skor min dan sisihan piawai penglibatan aktiviti masa senggang Pasif

Menonton tv & filem
Membaca
Bermain video game
Melayari media sosial
Mendengar muzik
Melukis dan menulis
Bermain alat muzik
Valid N (listwise)
Min keseluruhan

N

Min

200
200
200
200
200
200
200
200

2.79
2.66
2.63
2.86
3.61
2.34
2.20

Sisihan
Piawai
.893
.916
.973
1.011
.700
.858
1.066

2.7272

Interpretasi
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Tinggi
Rendah
Rendah
Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.11 menunjukkan bahawa nilai skor min penglibatan
aktiviti masa senggang pasif yang telah dilakukan oleh pelajar tingkatan empat berada pada
tahap min yang sederhana secara keseluruhannya. Min keseluruhan adalah (µ=2.7272)
menunjukkan interpretasi yang sederhana. Min yang tertinggi bagi aktiviti masa senggang
pasif adalah mendengar muzik. Aktiviti mendengar muzik menunjukkan min (µ=3.61) yang
paling tinggi untuk skala 4 dan 5. Ini menunjukkan responden lebih gemar untuk mendengar
muzik ketika masa lapang mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Responden
juga gemar menonton televisyen dan filem dengan min (µ=2.79). Ini menunjukkan bahawa
responden juga merehatkan diri mereka dengan menonton televisyen dan filem yang ada.
Pelajar juga gemar membaca buku ketika masa lapang. Dengan min (µ=2.66) menunjukkan
interpretasi yang sederhana di mana pelajar juga mengisi masa mereka dengan membaca
sebarang bahan bacaan. Selain aktiviti menonton televisyen dan membaca, aktiviti yang
mendapat min yang lebih tinggi daripada dua aktiviti yang disebut namun masih dalam
inteprestasi sederhana dengan min (µ=2.86) adalah melayari media sosial. Ini menunjukkan
bahawa pelajar gemar melayari media sosial ketika masa senggang. Selain itu, min yang
terendah adalah item bermain alat muzik serta melukis dan menulis dengan min (µ=2.34) dan
(µ=2.20). Ini menunjukkan aktiviti melukis dan menulis serta bermain alat muzik tidak gemar
dilakukan oleh responden dengan interprestasi yang rendah bagi kedua-dua aktiviti tersebut.
Jadual 4.14

Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai mengikut faktor pendorong

Faktor Minat
Faktor Ibu bapa
Faktor rakan
Faktor kemudahan
Valid N (listwise)
Min keseluruhan

N

Min

Sisihan
Piawai

Interpretasi

200
200
200
200
200

2.77
2.71
2.67
2.48

Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah

2.6843

Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.14, skor min yang menjadi faktor pendorong kepada
responden untuk melakukan aktiviti masa senggang adalah faktor minat dengan min (µ=2.77)
berinterprestasikan tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor pendorong kepada
pelajar untuk melakukan aktiviti masa senggang adalah atas minat mereka sendiri untuk
melakukan aktiviti tersebut tanpa paksaan. Selain itu, faktor ibu bapa merupakan faktor
pendorong kedua kepada responden untuk melakukan aktiviti masa senggang dengan min
(µ=2.71) pada tahap inteprstasi juga sederhana. Faktor yang ketiga adalah faktor daripada
rakan mereka dengan min (µ=2.67) manakala min yang terendah adalah faktor kemudahan
yang disediakan di kawasan tersebut untuk pelajar melakukan aktiviti masa senggang mereka
sendiri dengan min (µ=2.48) dengan interpretasi yang rendah.
Jadual 4.15

Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai mengikut Kesejahteraan
Sosial Individu

Komunikasi
Tanggungjawab
Sumbangan
Valid N (listwise)
Min keseluruhan

N

Min

200
200
200
200

3.07
2.99
2.94

Sisihan
Piawai

Interpretasi
Sederhana
Sederhana
Sederhana

3.025

Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.15 nilai skor min paling tinggi kepada aspek
kesejahteraan sosial individu pelajar adalah aspek kemunikasi dengan min (µ=3.07)
berinterprestasikan tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa aspek komunikasi merupakan
aspek yang tinggi antara aspek kesejahteraan sosial individu yang lain. Selain itu,
tanggungjawab merupakan aspek kedua kepada responden dari segi taggungjawab dengan
min (µ=2.99) pada tahap inteprstasi juga sederhana. Nilai min yang terendah adalah aspek
sumbangan dengan min (µ=2.94) dengan interpretasi yang rendah. Secara keseluruhannya,
nilai min kesejahteraan sosial individu berada pada tahap interpretasi yang sederhana iaitu
(µ=3.025)
Jadual 4.16

Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai

Konstruk
Penglibatan aktiviti masa senggang
aktif

Nilai Min
3.4437

Sisihan Piawai
0.89775

Tahap
Tinggi

Penglibatan aktiviti masa senggang
pasif

2.7272

0.91671

Sederhana

Faktor pendorong penglibatan
aktiviti masa senggang

2.6843

0.9032

Sederhana

Kesejahteraan sosial individu
pelajar

3.025

0.7845

Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.16 skor yang berada pada tahap tinggi adalah
penglibatan aktiviti masa senggang aktif pelajar iaitu nilai min (µ=3.4437) dengan sisihan

piawai 0.89775. Bagi penglibatan aktiviti masa senggang pasif iaitu nilai min 2.7272 dengan
sisihan piawai 0.91671 dan tahap yang sederhana. Manakala aspek faktor pendorong
penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang pelajar adalah nilai min 2.6843 dengan
sisihan piawai 0.9032 pada tahap yang juga sederhana. Aspek kesejahteraan sosial individu
pelajar pada tahap sederhana dengan nilai min 3.025 dan sisihan piawai 0.7845. Secara
keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa tahap penglibatan aktiviti masa senggang aktif
dan pasif, faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang serta kesejahteraan sosial
individu pelajar berapa pada tahap sederhana berdasarkan nilai min masing-masing 2.68433.4437. Ini menunjukkan bahawa penglibatan aktiviti masa senggang aktif berada pada tahap
yang tinggi. Manakala aktiviti masa senggang pasif, faktor pendorong penglibatan aktiviti
masa senggang pelajar serta kesejahteraan sosial pelajar berada pada tahap yang sederhana.
ANALISIS STATISTIK INFERENSI
Ujian Untuk Dua Kumpulan Sampel Tidak Bersandar
Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan
jenis penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan tempat tinggal pelajar, maka ujian-t
telah digunakan.
Jadual 4.17

Group Statistics aktiviti masa senggang berdasarkan jantina.

Jenis aktiviti masa
senggang

Jantina

N

Min

Lelaki

100

2.3953

Sisihan Std. Error
Piawai
Mean
.39278
.03928

Perempuan

100

2.4987

.35346

.03535

*Signifikan pada aras 0.05
Berdasarkan analisis jadual 4.17 di atas menunjukkan bahawa min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh 100 pelajar lelaki ialah 2.3953 dengan sisihan piawai .39278.
Di samping itu juga, min jenis aktiviti masa senggang yang digemari bagi 100 pelajar
perempuan ialah 2.4987 dengan sisihan piawai .35346. Ralat piawai bagi min jenis aktiviti
masa senggang yang digemari pelajar lelaki iaitu .03928 di hitung dengan membahagikan
sisihan piawai bagi populasi (dianggarkan melalui sisihan piawai bagi sampel) dengan punca
kuasa dua bagi saiz sampel (.39278 / √ 100 = .03928). Dengan cara yang sama, ralat
piawai bagi min aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 100 pelajar perempuan (.35346 /
√ 100 = .03535). Justeru, jika nilai sisihan piawai bagi aktiviti masa senggang yang
dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel diketahui, kebarangkalian untuk
memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki
dan perempuan (-.10333) jika perbezaan min jenis aktiviti masa senggang dalam populasi
sebenar ialah 0.
Jadual
4.18

Independent Samples Test aktiviti masa senggang yang dilakukan
oleh pelajar berdasarkan jantina.
Levene’s
Test for
Equality of
Variances
F
Sig

t-test for Equality of Means

t

Df

Sig
(2 tailed)

Mean
Difference

Std.Error
Difference

95% Confidence
Interval of the

Difference

Min Jenis
Aktiviti
Equal
varience
assumed
Equel
varience not
assumed

.244

.622

Lower

Upper

-1.956

198

.052

-.10333

0.5284

-.20754

.00087

-1.956

195.838

.052

-.10333

.05284

-.20754

.00088

Jadual 4.18 menunjukkan dua bahagian dalam jadual ‘Independent Samples Test’ iaitu
Levene untuk kesamaan varians (Levene’s test for equality variances) dan ujian-t untuk
kesamaan min (t-test for equality means). Jadual ‘Independent Samples Test’ melaporkan
bahawa nilai F = .244 dengan nilai p = .622 (> .05). Ini bermakna hipotesis nol yang
menyatakan bahawa varians bagi pelajar lelaki adalah sama dengan varians bagi pelajar
perempuan (Ho: σ1² = σ2²) adalah diterima. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam varians bagi jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan pelajar
perempuan.
Bagi (t-test for equality of means) menunjukkan bahawa nilai t=-1.956 dengan darhaj
kebebasan (df) = 198. Kebarangkalian memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh pelajar (-.10333) ialah .052. selang keyakinan 95% bagi
perbezaan min tersebut ialah (-.20754 , .00087). Dalam hal ini menunjukkan bahawa nilai t (1.956 diperolehi dengan membahagikan perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang
dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan (2.3953 – 2.4987 = -.10333) dengan ralat piawai
bagi perbezaan min (.05284). nilai ralat piawai bagi perbezaan min dianggarkan dengan
menggunakan maklumat mengenai varians dan saiz sampel kedua-dua kumpulan sampel
yang tidak bersandar tersebut. Darjah kebebasan diperolehi dengan formula, (saiz smapel
pelajar lelaki + saiz sampel pelajar perempuan -2 ) iaitu (100+100-2=198). Sempadan bawah
selang keyakinan 95% dan sempadan atas selang keyakinan 95% bagi perbezaan min
(-.20754 , .00087) dengan darjah kebesaran df = 198
Jika hipotesis nol yang dikemukakan (Ho: µ1 - µ2 = .052) adalah benar, maka
perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan iaitu tidak terdapat perbezaan. Selang keyakinan 95% bagi perbezaan min
(-.20754 , .00087) yang dihasilkan tidak merangkumi sifar, ini bermakna hipotesis nol yang
di nyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Ini menunjukkan
bahawa antara pelajar lelaki dan perempuan melakukan jenis aktiviti masa senggang yang
hampir sama.
Jadual 4.19

Group Statistics aktiviti masa senggang berdasarkan tempat tinggal.

Jenis aktiviti masa senggang

Jantina

N

Min

Pekan

120

2.4361

Sisihan Std. Error
Piawai
Mean
.37741
.03445

Luar Pekan

80

2.4633

.37636

.04208

Berdasarkan analisis jadual 4.18 di atas menunjukkan bahawa min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh 120 pelajar yang tinggal di pekan ialah 2.4362 dengan sisihan
piawai .37741. Di samping itu juga, min jenis aktiviti masa senggang yang digemari bagi 80
pelajar yang tinggal di luar Pekan Kapit ialah 2.4633 dengan sisihan piawai .37636. Ralat
piawai bagi min jenis aktiviti masa senggang pelajar yang tinggal di Pekan iaitu .03445 di
hitung dengan membahagikan sisihan piawai bagi populasi (dianggarkan melalui sisihan
piawai bagi sampel) dengan punca kuasa dua bagi saiz sampel (.37741 / √ 120 = .03445).
Dengan cara yang sama, ralat piawai bagi min aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 80
pelajar yang tinggal di luar pekan (..37636/ √ 80 = .04200). Justeru, jika nilai sisihan
piawai bagi aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di luar Kapit dan
di pekan Kapit dalam sampel diketahui, kebarangkalian untuk memperolehi perbezaan min
jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di luar Kapit dan pekan
Kapit (-.10333) jika perbezaan min jenis aktiviti masa senggang dalam populasi sebenar ialah
0.
Jadual
4.20

Independent Samples Test aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh
pelajar berdasarkan tempat tinggal.
Levene’s
Test for
Equality of
Variances
F
Sig

t-test for Equality of Means

t

Df

Sig
(2
tailed)

Mean
Difference

Std.Error
Difference

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower

Min Jenis
Aktiviti
Equal varience
assumed
Equel varience
not assumed

.004

.950

Upper

-.500

198

.617

-.02722

0.5441

-.13453

.08008

-.500

169.773

.617

-.02722

.05438

-.13458

.08013

Jadual 4.18 menunjukkan dua bahagian dalam jadual ‘Independent Samples Test’ iaitu
Levene untuk kesamaan varians (Levene’s test for equality variances) dan ujian-t untuk
kesamaan min (t-test for equality means). Jadual ‘Independent Samples Test’ melaporkan
bahawa nilai F = .004 dengan nilai p = .950 (> .05). Ini bermakna hipotesis nol yang
menyatakan bahawa varians bagi pelajar yang tinggal di Pekan adalah sama dengan varians
bagi pelajar yang tinggal di luar pekan (Ho: σ1² = σ2²) adalah diterima. Maka, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam varians bagi jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan
oleh pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar pekan.
Bagi (t-test for equality of means) menunjukkan bahawa nilai t=-.500 dengan darjah
kebebasan (df) = 198. Kebarangkalian memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh pelajar (-.02722) ialah .617. Selang keyakinan 95% bagi
perbezaan min tersebut ialah (-.13453 , .08008). Dalam hal ini menunjukkan bahawa nilai t
(-.500 diperolehi dengan membahagikan perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang
dilakukan oleh pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar pekan (2.4361 –
2.4633 = -.02722) dengan ralat piawai bagi perbezaan min (.05441). Nilai ralat piawai bagi
perbezaan min dianggarkan dengan menggunakan maklumat mengenai varians dan saiz
sampel kedua-dua kumpulan sampel yang tidak bersandar tersebut. Darjah kebebasan
diperolehi dengan formula, (saiz sampel pelajar yang tinggal di Pekan + saiz sampel pelajar

yang tinggal di luar pekan -2 ) iaitu (120+80-2=198). Sempadan bawah selang keyakinan
95% dan sempadan atas selang keyakinan 95% bagi perbezaan min (-.13458, .08013) dengan
darjah kebesaran df = 198
Jika hipotesis nol yang dikemukakan (Ho: µ1 - µ2 = .617) adalah benar, maka
perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan iaitu tidak terdapat perbezaan. Selang keyakinan 95% bagi perbezaan min
(-.13458 , .08013) yang dihasilkan tidak merangkumi sifar, ini bermakna hipotesis nol yang
di nyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min jenis aktiviti masa
senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar
pekan. Ini menunjukkan bahawa antara pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal
di luar pekan melakukan jenis aktiviti masa senggang yang hampir sama.
4.4.2

Pekali Kolerasi Pearson

Jadual 4.20

Hubungan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial
individu

Pembolehubah
Aktiviti masa senggang
Kesejahteraan sosial individu
**signifikan pada aras 0.01 (1 hujung)

Nilai Kolerasi (r)
.358**

Jadual 4.20 menunjukkan nilai koefisien korelasi Pearson antara hubungan aktiviti masa
senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial individu adalah .358 (r =.358) dan nilai
kebarangkalian adalah .000 yang diuji pada aras keyakinan .05. Ini bermakna bahawa
terdapat hubungan linear positif yang lemah antara hubungan aktiviti masa senggang pelajar
dengan kesejahteraan sosial individu. Oleh itu, hipotesis ini ditolak iaitu terdapat hubungan
yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang dengan
kesejahteraan sosial individu. [r(150) = .358, p> .05].
PERBINCANGAN
Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah di sekitar Daerah
Kapit, Sarawak. Responden lelaki seramai 100 orang mewakili 50% reponden manakala
responden perempuan seramai 100 orang mewakili 50% juga. Jumlah sampel di setiap
sekolah adalah tidak sama. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis
aktiviti masa senggang yang pelajar libatkan diri semasa masa senggang. Kajian ini juga ini
mengenal pasti faktor-faktor penglibatan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar.
selain itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan yang signifikan penglibatan pelajar
dalam jenis aktiviti masa senggang dengan tempat tinggal pelajar. Akhir sekali, kajian ini
turut mengenal pasti hubungan yang wujud antara penglibatan pelajar dalam jenis aktiviti
masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu mereka.
Dapatan kajian ini telah menjawab semua persoalan yang dikemukakan dan dirumuskan
adalah seperti berikut:

i
Jenis aktiviti masa senggang yang paling dominan serta kerap disertai oleh pelajar
adalah aktiviti masa senggang pasif seperti mendengar radio, melayari media sosial dan
internet. Selain itu, pelajar juga kerap melakukan aktiviti masa senggang aktif iaitu berjalanjalan di pasar samada bersama keluarga atau rakan. Hasil dapatan mendapati aktiviti masa
senggang pasif berada pada tahap sederhana.
ii.
Faktor pendorong penglibatan pelajar melakukan aktiviti masa senggang adalah faktor
minat yang dominan. Pembentukan minat ini perlu apabila faktor ibu bapa juga memainkan
peranan yang sangat penting untuk memilih jenis aktiviti yang berfaedah serta sesuai dengan
para pelajar. selain itu faktor rakan-rakan juga memberikan keseronokan pelajar untuk
melakukan sesuatu aktiviti masa senggang. Dan akhir sekali adalah faktor kemudahan
prasara