Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Pelaja

Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Pelajar Cemerlang
Prof. Madya Dr. Rosni bin Samah
(BA. Al-Azhar, MA , PhD Kaherah)
Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM
rosni@usim.edu.my
0196234677
Pendahuluan
Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula sejak sistem pondok lagi sehinggalah ke hari ini.
Permasalahan yang selalu ditimbulkan ialah kelemahan menguasai bahasa tersebut dalam kalangan
pelajar samada daripada peringkat sekolah mahupun universiti. Permasalahan ini telah dijelaskan
oleh beberapa penyelidik seperti Zawawi Ismail et al. (2011); Hanan (2011); Nur Amirah (2011) dan
Rosni Samah (2012). Antara sebab berlaku kelemahan ini ialah mereka kurang menggunakan strategi
pembelajaran bahasa seperti dijelaskan oleh Anida (2003); Nurazan (2004); Kamarul Syukri (2009b);
Sueraya dll. (2010); Mastura & Kaseh (2012) dan Rosni Samah dll. (2016). Bagi membantu dalam
pencapaian penguasaan bahasa Arab, pandangan Ibnu Khaldun boleh diamalkan. Beliau ( 1987)
membincangkan dalam bukunya “Mukaddimah“ strategi penguasaan bahasa yang bermula dengan
pendengaran, seterusnya aktiviti dan berakhir dengan persekitaran. Pandangan beliau ini dibina
sebagai satu strategi pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar bahasa Arab di Malaysia. Ia
diperkenalkan dengan huraian berdasarkan pengalaman kejayaan yang telah dihasilkan oleh
beberapa kajian. Tujuan kertas kerja ini ialah mengutarakan amalan strategi yang selalu diamalkan
oleh pelajar cemerlang untuk dijadikan panduan kepada pelajar bahasa Arab secara amnya.

Strategi Pembelajaran Bahasa Arab
Menurut Oxford (1990) perkataan strategi berasal daripada bahasa Greek Kuno iaitu strategia. Ia
membawa maksud kemahiran seni peperangan atau kempimpinan dalam ketenteraan. Dalam
pembelajaran bahasa pula, strategi membawa maksud perancangan atau tindak tanduk atau aktiviti
yang boleh membantu dalam perolehan bahasa.
Ramai sarjana bahasa mengutarakan definisi strategi yang merangkumi makna di atas. Antara mereka
ialah Rubin (1975); Ringney (1978); Bialystok (1978); Mayer (1988); O’Malley dan Chamot (1990);
Ehrman dan Oxford (1990); Nyikos (1991); Ellies (1994); Reid (1995); Brown (1994); Amin (1996) dan
Nunan (1999) yang berpendapat bahaya strategi merupakan teknik atau perancangan khusus atau
langkah-langkah yang kerap dilakukan secara sedar bagi meningkatkan pemerolehan maklumat dan
mempertingkatkan kecekapan bahasa kedua.
Terdapat juga sarjana yang mengira strategi secara sedar sahaja dalam penggunaannya yang diambil
kira. Antara mereka ialah Stern (1992) yang berpendapat hanya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar secara sedar sahaja dikira sebagai strategi. Begitu juga MacIntyre (1994) dan Grainger (1977)
juga menyatakan tindakan yang dipilih oleh pelajar secara sedar atau sengaja untuk pemerolehan
bahasa.
Hasil daripada perbahasan yang diutarakan oleh sarjana di atas, dapat dilihat bahawa mereka lebih
cenderong melibatkan perlakuan dalam menjayakan strategi. Namun begitu terdapat juga sarjana
yang menggabungkan antara perlakuan dan mental dalam menjayakan strategi (O’Malley dan
Chamot (1990); dan Ellies (1994).


Ehrman dan Oxford (1990) telah mendefinisikan strategi dengan lebih lengkap sebagai langkah atau
tingkah laku yang biasanya digunakan oleh pelajar untuk mempercepatkan pemerolehan,
penyimpanan, pengingatan dan penggunaan maklumat.
Mengikut Kamarul Syukri (2009) definisi ini lebih menyeluruh dan menggambarkan SBP sebagai
langkah-langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh pelajar bagi menjadikan proses
pembelajaran lebih mudah, cepat, menyeronok, kendiri, efektif dan mudah disesuaikan dengan
situasi baharu.
Rosni Samah (2014) menjelaskan sasaran strategi yang dilakukan oleh pelajar adalah bagi mencapai
tiga perkara tersebut, iaitu pengumpulan, pengukuhan dan aplikasi. Perilaku tersebut hendaklah
dilakukan dalam aktiviti bahasa dan mempunyai bahan rujukan yang mencukupi. Justeru itu,
berdasarkan definisi strategi yang dikemukakan oleh sarjana barat, beliau membina startegi sendiri
dengan berpandukan pandangan Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukaddimah. Keterangannya adalah
seperti berikut:
Strategi

Pendekatan

strategi


Perilaku

sasaran

Aktiviti

dalam Kosa kata dan Aktiviti

usaha

yang Bahan-bahan

menyumbang

yang

dalam

membekalkan


pembelajaran

melaksanakan

bahasa

bahasa

pendekatan dan termasuklah

pengajaran

frasa

bahan

dan

perolehan


guru, kawan dan

bahasa

penutur

1

Mencari

2

Mencari

3

Mencatat

4


Bertanya

5

Merujuk

Sasaran

Pengukuhan

Aktiviti dan bahan
aktiviti bahasa dan pelbagai bahan.

kosa kata dan frasa

Pengumpulan

aktiviti-aktiviti interaksi dengan penutur.
aktiviti bahasa dan pelbagai bahan
aktiviti bahasa melalui guru, kawan dan penutur.

kamus

Sasaran

Aktiviti

2

Mengajuk

3

Berinteraksi

4

Mencatat semula

5


Mengulangi

6

Memperbaiki
kesalahan
Menterjemah

8

Membina ayat

Penggunaan
1

komunikasi

2

interaksi


3

pembentangan

4

Persembahan

5

Beraktiviti

6

Terjemahan

7

Penulisan


8

Bacaan

9

Pendengaran

Sasaran
Kosa kata dan frasa

7

Aktiviti dan
bahan
Pelbagai aktiviti dan bahan

Mengahafal


kosa kata dan frasa

1

Pelbagai aktiviti dan bahan

bahan

dan

Dapatan
Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibina mengikut pendangan Ibnu Khaldun dalam
pembelajaran bahasa. Pandangan tersebut dicerap melalui aktiviti pelajar-pelajar cemerlang bagi
membentuk soalan soal selidik yang mewakili tiga sub strategi. Sampel kajian pula terdiri daripada 50
orang pelajar tahun empat Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM bagi sesi 2014/2015. Mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat PNGK 3.0 ke atas. Dari sudut penggunaan strategi,
dapatan menunjukan mereka sentiasa menggunakan strategi dalam pembelajaran bahasa seperti di
bawah:

Pengumpulan
1

Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti bahasa daripada 3.820
pelbagai bahan.

2

7

Bertanya tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti bahasa 3.628
daripada guru, kawan dan penutur.

5

4

Mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi melalui aktiviti 3.526
bahasa daripada pelbagai bahan.

4

0

Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti interaksi 3.528
dengan penutur.

3

min

3

Merujuk kamus tentang kosa kata dan frasa melalui pelbagai 3.885
aktiviti bahasa.

0

Pengukuhan

min

1

Mengahafal kosa kata dan frasa melalui pelbagai aktiviti.

3.950
0

2

Mengajuk kosa kata dan frasa melalui pelbagai aktiviti.

3.760
0

3

Berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui pelbagai 3.736
aktiviti.

7

4

Mencatat semula kosa kata dan frasa melalui pelbagai aktiviti.

3.706
7

5

Mengulangi kosa kata dan frasa melalui pelbagai aktiviti.

3.701
7

6

Memperbaiki kesilapan kosa kata dan frasa melalui pelbagai 3.690
aktiviti..

0

3.683
3

7

Menterjemah kosa kata dan frasa melalui pelbagai aktiviti.

8

Membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui pelbagai 3.660
0

aktiviti.

Penggunaan

min

1

Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti berkomunikasi.

4.0200

2

Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti berinteraksi.

3.9800

3

Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti pembentangan.

3.9800

4

Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti persembahan.

3.9000

5

Mengguna kosa kata dan frasa semasa beraktiviti.

3.8400

6

Mengguna kosa kata dan frasa semasa menterjemah.

3.8200

7

Mengguna kosa kata dan frasa semasa menulis.

3.8000

8

Memahami dengan baik kosa kata dan frasa semasa mendengar.

3.6400

9

Memahami dengan baik kosa kata dan frasa semasa membaca.

3.5918

Secara keseluruhan penggunaan strategi, jadual di bawah dapat menunjukkan mereka memulakan
penggunaan strategi bermula dengan pengumpulan. Kemudian disusuli dengan pengukuhan dan
diakhiri dengan penggunaan mengikut turutan min tertinggi.
No.

Strategi

min

1

Pengumpulan

3.6361

2

Pengukuhan

3.7358

3

Penggunaan

3.8425

Keseluruhan

3.7382

Kesimpulan
Berdasarkan dapatan di atas, bolehlah dirumuskan bahawa pelajar cemerlang selalu menggunakan
strategi yang dikemukakan. Mereka menggunakan kesemua sub strategi dan juga perilaku yang
dicadangkan. Dalam bahagian pengumpulan, mereka selalu menggunakan perilaku mencari kosa kata
dan ayat melalui pelbagai aktiviti dan bahan serta sentiasa merujuk kamus. Dalam bahagian
penggukuhan pula, mereka selalu menghafal mengajuk, mencatat semula dan berinteraksi bagi
mengukuhkan lagi pemerolehan bahasa mereka. Dalam bahagian aplikasi pula, didpai mereka selalu
menggunakan bahasa dalam pelbagai aktiviti yang dicadangkan. Ini menunjukkan strategi ini jika
diamalkan oleh pelajar bahasa Arab yang lain, ia akan dapat membantu dalam pemerolehan bahasa

mereka. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya strategi ini dapat digunakan oleh pelajar bagi
mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab.
Rujukan

Anida Abd.Rahim. (2003). Strategi Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Melayu.
Tesis Sarjana. Universiti Malaya. K.Lumpur.
Bialystok, E. (1978) A theoretical model of second language learning. Leanguage Learning.
28: 68-83.
Brown, H.D. 1994. Principles of Language Learning and Teaching. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.
Ehrman, M.E. & Oxford, R.L. (1990) Adult language learning styles and strategies in
intensive training setting. Modern Language Journal. 74 (3), 311-327.
Ellis, R. (1994). The Study of Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.
Grainger, P.R. (1977). Language Learning Strategies of Puerto Rican University Students.
Dalam Kamarul Shukri Mat Teh. (2009). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab
dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ibnu Khaldun. (1987). Muqaddimah Ibnu Khaldun. Beirut: Dar Qalam.
Kamarul Shukri Mat Teh (2009). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sekolah menengah agama. Tesis Ph.D: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Shukri Mat Teh. (2009b). Korelasi Strategi Dengan Motivasi Dalam Pembelajaran
Bahasa Arab. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil. 24, 109–123.
Maclntyre, P.D. 1994. Toeard a Social Psychological Model of Strategu use. Foreign
Langguage Annals. 27 (2(: 185-195.
Mastura & Kaseh. 2012. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa
Arab: Kajian Di Pusat Asasi Uiam, Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12). Banggi: UKM.
Mayer R. 1988. Learning Strategies: a overview. In C. Weinstein, E. Goetz & P. Alexander.
(ed.). Language and Study Strategies: Issues in Assesment. Instruction and Evaluation. 11-12.
New York: Academic Press.
Muhamad Hanan. (2011). Asbab Khawf lada Talabah Jamiah Malaya fi Kulliyah Islamiyah fi
Muhadathah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of
Malaysia.
Mohamed Amin Embi (1996). Language learning strategies employed by secondary school
students learning English as a foreign language in Malaysia. Tesis Ph.D: University of Leeds.
Nur Amirah Ismail. (2011). Istiratijiyah Tanmiyah Muhadathah bi al-Lughah Arabiyah lada
Talabah Sanah Ula fi Jamiah Ulum Islamiyah Maliziyah li al-Ami al-Dirasi 2010/2011. BA
thesis. Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Nurazan M. Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab:
Kajian di KUSZA. MA dissertation. Banggi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nyikos, M. (1991). Prioritizing student learning: A guide for teachers. In L. Strasheim (Ed.).
Focus on the foreign language learner: Priorities and strategies (pp. 25-39). Lincolnwood, IL:
National Textbook.
O’ Malley, J.M & Chamot, A.U. (1990). Learning Strategies in Second Language Acquisition.
Cambridge: Cambridge University Press.
Oxford, R.L. (1990). Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New
Yourk: Newbury House/Hamper&Row.
Reid, J. M. (1995). Learning Styles in the ESL/EFL classroom. Boston: Heinle & heinle.
Ringney, J.W. (1978) Learning strategies: a theoretical perspective. In H.F. O’Neil. Jr. (ed).
Learning strategies, 164-205. New Yourk: Academic Press.
Rosni Samah, Fariza Puteh-Behak, Noor Saazai Mat Saad, Suraini Mohd Ali, Ramiaida
Darmi, Haliza Harun. (2016). Effective Methods in Learning Arabic Language as a Foreign
Language. Mediterranean Journal of Social Sciences. Vol. 7. No. 3.

Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab dalam Kalangan Lepasan Sekolah
Menengah Agama. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 555-569.
Rosni Samah. (2014). Using SILL’s Strategies among Student in Learning Arabic Language in
Malaysia. Wulfenia Journal. Vol 21, No. 1. 26-34.
Rubin, J. (1975). What the good language learner can teach us. TESOL Quarterly. 9 (1): 4151.
Stern, H.H. (1992). Issues and Options in Language Teaching. Oxford: Oxford University
Press.
Sueraya Che Haron et al.. (2010). Understanding Arabic-Speaking Skill Learning Strategies
among Selected Malay Learners: A Case-Study At The International Islamic University
Malaysia (IIUM). Contemporary Issues in Education Research; Aug 2010; ProQuest
Education Journals.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Mohd Ala-Uddin
Othman. (2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia,
GEMA Online® Journal of Language Studies, Vol. 11(2), 67-82.