Perkahwinan Dan Hukum Dalam Masyaraka

Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya
1)Pengertian Perkahwinan

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup
bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam
erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang
mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan
perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan
tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuantujuan disyariatkannya

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka
nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu
takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu
miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku
sewenang-wenangnya.”


Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah
Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara
berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika
bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari
satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan
lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya
tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah
sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:
Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin
hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan
memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa
sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang
mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan
tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu
dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah
Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin
hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga,
keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan
hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran
kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib
mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin
kebahagiaan antaranya ialah :

1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri
perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin
itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.

Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang
baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al
Maaruf.
4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak
nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya,
sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

2)Hikmah Perkahwinan

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan
hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang
mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya
kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur
dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup
semati.
2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan
ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi
Allah yang luas ini.
5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula
dalam masyarakat dan negara.
6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab
seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada
cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan
syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang
amat dilarang oleh agama.
Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan
seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna.
Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut
lemah dan sengsara akhirnya.

3) Hukum-Hukum Perkahwinan


Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan
boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan
seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-

1. Perkahwinan yang wajib.

Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin,
sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk
berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan
yang terlarang.
3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk
berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan
terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau
mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai

kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia
dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia
tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga
pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.
Rukun Nikah
1.
2.
3.
4.
5.

Calon isteri. (perempuan)
Calon suami. (lelaki)
Wali.
Dua orang saksi.
Akad ijab dan qabul.

Syarat-Syarat Calon Isteri

1. Bukan mahram dengan bakal suami.
2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa
berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak
perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada
anak-anaknya itu.
3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis
maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Caalon Suami
1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua
orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah
seorang daripada kamu berdua.”
4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Syarat-Syarat Wali

1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau
saksi.Firman Allah:
Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan
orang Nasrani untuk menjadi wali.
(Surah Al-Maidah : Ayat 51)
2.
3.
4.
5.

Baligh
Berakal
Merdeka
Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak
perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan
yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

6. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

7. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh
mengkahwinkan orang lain.
(Riwayat Muslim)
8. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
9. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana
bodoh atau terlalu boros.

4) Syarat- Ijab Dan Qabul

a.Syarat-syarat ijab :
1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan
itu terbatas waktnya.
3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah
dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil
wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang
telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima

ratus ringgit tanai / bertangguh”.
4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan
anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

b.Syarat-syarat Qabul :
1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di
antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh
sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau
diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan
mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya
seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu
bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu
terbatas waktunya.
5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon
suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.


5) Syarat-Syarat Saksi
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
Lelaki
Berakal
Baligh
Merdeka
Adil (tidak fasiq).
Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang
tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan
sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain
untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam
perkahwinan tersebut.

6) Susunan Wali
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas
3. Saudara seibu sebapa
4. Saudara sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan
seperti Kadhi atau naib Kadhi.
Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan
digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab
kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan
begitulah seterusnya.

7) Wali Hakim
Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu
perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :
1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah
Salallahu Aalihi Wassallam :
Ertinya :
Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

2. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau
datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika
keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya
berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang
baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan
seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk
mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian
tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih
matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan
untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
3. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang
mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan
tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat
perempuan yang akan dikahwinkan itu.
4. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat
yang tidak di dalam ihram.
5. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa
saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana
beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada
wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang
menjadi wali.
6. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah
baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang
mujbar (bapa atau datuk).
7. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
8. Wali bersembunyi.
9. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

8) WALI MUJBIR
Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut
terdapat dua golongan iaitu :

10. Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa
sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan
yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis
tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan
kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta
keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan
dia oleh bapanya.

11. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara
atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau
datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa
meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan
mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)
Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan
sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

9) Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa
Keizinannya
1.
2.
3.
4.
5.

Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya
perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
2. Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk
hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka
perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

Perempuan Yang Haram Dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :
1. Haram buat selama-lamanya.
2. Haram buat sementara waktu.
1) Sebab-Sebab Haram Dikahwini
1. Haram dengan sebab keturunan
2. Haram dengan sebab susuan
3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

2)Haram Dengan Sebab Keturunan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.

Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :
Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara
sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara
dari saudara perempuan kamu.
(Surah An-Nisa : ayat 23)
Perhatian :
Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana
anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah
kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina
mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah
(mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak
zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu
juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

3) Haram Dengan Sebab PEnyusuan
1. Ibu yang menyusukan.
2. Saudara perempuan yang sepersusuan.
Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudarasaudara kamu sepersusuan.

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan
orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi
SAW :
Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan
1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW :
Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.
(Riwayat Al-Dar Qatni)
3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali
menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :
Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu
yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali
susu sahaja.
(al-Hadith)
4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut
kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW:
Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang
sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak
yang menyusu itu belum berumur dua tahun.
(Riwayat : At-Tarmidzi)
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram
berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan
seterusnya.
4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)
1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.

2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi
kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu
samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempatempat orang ini berdasarkan firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam
pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu
belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan
begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.
(Surah An-Nisa:ayat 23
Dan firman Allah :
Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini
oleh bapa kamu (ibu tiri).
(Surah An-Nisa : ayat 22)
5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan
Sebab Menghimpunkannya
1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara
kecuali apa yang telah lalu.
2.
3.
4.
5.

Anak saudara isteri sebelah bapa.
Anak saudara isteri sebelah ibu.
Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan
dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara
sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh
dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu
begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari
saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil
dengan yang besar.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Maskawin

1)Pengertian Maskawin(Al-Mahar)
Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab
perkahwinan.Sebagaimana firman Allah:
Ertinya :Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:
Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada
besi.
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja,
asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang
bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada
memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki
itu
"adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada
mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan
bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki
itu.
Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.Jadi untuk menentukan banyak
atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin
dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak
syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi
pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.
Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya
tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah
bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.

2)Bahagian Mahar
1. Mahar Misil
Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara
perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai
sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti
kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan
perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan
sebagainya.

2. Mahar Musamma
Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai
maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3)

HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD
1.

Sunat

Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari
menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di
masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga
dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang
perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti
akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
2.

Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

1.
1.
Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh,
sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang
sepatutnya (mahar misil).
2.
2.
Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri
sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak
menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
3.
3.
Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya
sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat
persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar
yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang
dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu
dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar
Misil).

4)

WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad,
Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang
berikut :

1.
Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh)
dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang
suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin
yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan
tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya
sehingga dijelaskan maskahwin itu.
2.
Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak
suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua
belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya
maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3.
Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang
seimbang dengan taraf isteri tersebut.

5)

GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh
maskahwin, firman Allah :

Ertinya :
Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya,
sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah
dari apa yang kamu tentukan itu.

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami
menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan
sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami
menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri,
maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6)

MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak
warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika
maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar
misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku
persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith

jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah
S.A.W. :

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan
seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan
maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal
tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat
pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi
menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte
Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

7)

AL-MUT’AAH

Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.
Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak
suami, bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau
keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan keduaduanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman
Allah:

Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka
dengan cara yang baik.
(Al-Ahzab : ayat 49)
Bab : WALIMATUL URUS
1)

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat
dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau
berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor
kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput
kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan
sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin
hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3)

SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG

1.
Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2.
Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3.
Yang dijemput itu juga beragama Islam.
4.
Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5.
Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah
menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi
dekat tempatnya.
6.
Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti
mengadakan minuman keras dan sebagainya.