CIRI CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKES

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA
PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN
Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
ABSTRAK
Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait
dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri
daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat
dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai
peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas
mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang
dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi
video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan
supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.
PENGENALAN
Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu
guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan
sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan
dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah

berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya
telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa
kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah
lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.
Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan
video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep
kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar
bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan
kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran

menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap
mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan
kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video
merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan
pengalaman pelajar.
PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu
pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat
membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau
peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.

Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada
atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada
pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja
stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar
secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau
menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang
memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah
berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.
Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar.
Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika
dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar
mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada
mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu
pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet
mereka.
ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah
menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen

mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam
pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan
pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan
pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan
melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat
dibawa masuk ke dalam kelas.
Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu
isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi
kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi
salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam
mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga
menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

ciri-ciri video pembelajaran yang
berkesan dan peranannya dalam
pendidikan

Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk
memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah
dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan
selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan
murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau
perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan.

Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau
perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama
murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas

tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping
mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan
terhadap butiran-butiran yang penting.
CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat
membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti
yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara
sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan
sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap
beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan
pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman
pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu,
interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan
pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan

iaitu:
i. Matlamat/ Objektif

Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis.
Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan
teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran.
Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan
teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu
sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan
mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka
latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.
ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses
pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan
animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses
pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi
dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan.
Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat
untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik
melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan
penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana
perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan.
Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran
Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999),
penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang
lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.
iii. Kandungan

Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan
seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif
yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM
mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar.

Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan
seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan
kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini.
Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah
disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang
sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan
dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah
berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang
bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar.