Keberkesanan pembelajaran berbantukan ko. doc

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini lebih tertumpu kepada makluman awal tentang kajian yang akan
merangkumi dan menghuraikan beberapa perkara seperti latar belakang kajian, permasalahan
kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian termasuklah
tentang penggunaan media/bahan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan
komputer untuk mengajar murid membaca dengan lebih mudah dan cepat.

Membaca adalah satu proses untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat dan ilmu
melalui pemahaman, pemikiran dan penglihatan. Membaca adalah satu perlakuan untuk
mendapatkan maklumat melalui lambang bertulis atau bercetak. Membaca juga bermaksud
memahami bentuk tulisan, memperoleh isi dan idea yang tertulis serta memahami kandungan
yang dibaca. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memerlukan
pelbagai teknik dan tindakan yang dilakukan. Ini dilaksanakan mengikut keperluan murid dan
sinonim dengan isi kandungan pembelajaran. Melalui membaca pelbagai konsep atau makna
ditafsirkan mengikut kefahaman dan penguasaan seseorang dalam bacaan.


1

Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira
100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M. Jumlah ini mewakili 23 peratus
keseluruhan murid Tahun Satu. Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal
berlaku pada peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak.

Ini adalah satu fenomena yang amat membimbangkan kerana pemerolehan utama
ilmu itu adalah melalui pembacaan. Ini bermaksud untuk meneruskan pembelajaran yang
menyeronokkan dan berkesan, kemahiran membaca mesti dikuasai murid terlebih dahulu.
Untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menangani masalah ini, maka Program
LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) khususnya Literasi Bahasa Melayu telah
diperkenalkan apabila Program KIA2M tidak mencapai sasaran yang diharapkan walaupun
begitu banyak dana yang diperlukan untuk melaksanakan kedua-dua program ini.

Antara faktor yang mungkin menyebabkan fenomena ini ialah kebanyakan murid
yang memasuki tahun satu belum mengenal huruf dan ada yang tidak mengikuti kelas
prasekolah atau tadika. Ini menyukarkan guru-guru Bahasa Melayu untuk memulakan

pengajaran Bahasa Melayu mengikut sukatan yang sepatutnya.

Ini bermakna guru perlu memikirkan suatu kaedah yang sesuai dan menarik untuk
mengajar kemahiran membaca. Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan satu langkah
yang perlu diambil kira sewaktu merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, penggunaan media serta bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
2

berdasarkan perisian yang terpilih difikirkan bertepatan dengan objektif kajian ini. Ini
dijangka akan membuatkan murid lebih tertarik dan menunjukkan minat untuk belajar.
Dengan demikian, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kepentingan kemahiran membaca bukan sahaja penting untuk tujuan akademik tetapi juga
untuk tujuan kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain. Marohaini Yusoff (1989) telah
merumuskan proses membaca seperti berikut:

a) Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran
membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca.
b) Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain
pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan.

Maksudnya, untuk menjadi

pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan
betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.
c) Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang
dibaca.
d) Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu
yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
i.
ii.


mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
3

iii.

menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia

iv.

ada di kepala.
mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah

v.

idea yang kengkap.
mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang
bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Melalui

pembacaan, ia dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka
melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

Selain daripada itu, membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga
melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam,
mendiskriminasi,

dan memaham.

Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi

kemajuannya dalam membaca. Ini bermakna kepentingan kemahiran membaca adalah sangat
besar.

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanakkanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan
mereka.

Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya

dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan.

Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya
kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu
dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan
bacaan.
4

memantau pencapaian murid dalam

Kemahiran membaca dalam kajian yang akan dilakukan ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid Tahun 2
Linus menggunakan pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer. Dalam
kajian-kajian terdahulu menunjukkan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
membantu meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.

1.3

Pernyataan Masalah

Kemahiran membaca adalah teras kepada penguasaan mata pelajaran yang lain. Apabila
seseorang murid tidak boleh membaca dengan lancar, selalunya mereka tidak berminat untuk

mengikuti mata pelajaran yang lain. Ini bermakna penguasaan kemahiran membaca dapat
membantu murid-murid untuk menguasai semua mata pelajaran yang dipelajari.

Kajian yang akan dijalankan adalah melibatkan enam orang murid Tahun 2 dalam
sebuah kelas di sekolah rendah. Berikut adalah masalah yang dihadapi murid-murid Tahun 2
tersebut :
a.

Murid lemah membaca suku kata terbuka.

b.

Murid sukar untuk membunyikan terus perkataan-perkataan yang telah dieja.

Masalah tidak menguasai kemahiran membaca ini juga sedikit sebanyak adalah
berpunca daripada aspek kognitif murid iaitu setiap murid berbeza dari segi keupayaan
5

berfikir, belajar, dan mengingati bacaan. Murid juga kurang berminat untuk belajar membaca
kerana faktor persekitaran seperti keluarga dan rakan sebaya yang kurang minat untuk

membaca. Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi ialah pengajaran guru yang kurang
menggunakan bahan bantu yang lebih efektif. Oleh yang demikian, diharap melalui kajian
yang akan dijalankan dapat membantu pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ini bererti
bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuaidan berkesan. Dengan itu, salah satu cara yang
difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai kemahiran asas membaca
ialah melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

1.4

Tujuan Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan
berbantukan komputer membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 LINUS di sekolah kebangsaan
Tebobon di daerah Kota Kinabalu.

1.5

Objektif Kajian


Objektif kajian ini ialah:
a.

Apakah aspek kelemahan murid-murid Tahun Dua dalam membunyikan suku kata

b.

terbuka.
Sejauh manakah penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer

6

c.

mengatasi kelemahan membaca dalam kalangan murid Tahun Dua.
Mengenal pasti kesan penggunaan media/bahan pengajaran dan pembelajaran
terancang berbantukan komputer yang boleh membantu memupuk minat membaca
murid-murid Tahun Dua di sekolah tersebut.


1.6

Soalan Kajian

Soalan kajian adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah tertentu
untuk mengajar kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 Linus. Dapatan
daripada analisis ini diharapkan dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan
berikutnya. Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang perlu diambil perhatian dalam
melaksanakan kajian ini :a.

Apakah kelemahan murid dalam kemahiran membaca?

b.

Sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer mengatasi
masalah tidak boleh membaca dalam kalangan murid Tahun Dua?

c.

Apakah media atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih itu sesuai untuk

mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca?

1.7

Kepentingan Kajian

Kemahiran membaca adalah kemahiran asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid
seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya mereka
dapat menjalankan semua proses P&P dengan berkesan. Kemahiran membaca sangat penting
7

dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul
maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting
dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktorfaktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi.
Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru
merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999)
dalam Ahmad Rizal Madan (2007), faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua
kategori besar, iaitu:
a) faktor yang ada pada diri murid atau pembaca
b) faktor yang ada pada bahan bacaan.

Beberapa kepentingan kajian diutarakan untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan-persoalan kajian. Hasil daripada kajian nanti diharap dapat membuktikan
keberkesanan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang
boleh diaplikasikan oleh guru-guru lain dalam pengajaran mereka. Di samping itu, kajian ini
juga diharap akan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar. Apabila minat
murid bertambah maka sekali gus, motivasi mereka untuk menguasai kemahiran membaca
akan turut meningkat.

Selain daripada itu, hasil kajian ini akan dapat membantu murid-murid Tahun Dua di
sekolah tersebut agar dapat membaca suku kata terbuka dalam tempoh yang ditetapkan.
8

Hasil dapatan kajian ini juga dapat menyediakan maklumat penting kepada guru-guru
khususnya guru-guru Bahasa Malaysia dan Guru Pemulihan Khas di sekolah ini dan
membantu mereka mengajar kemahiran membaca dengan lebih berkesan. Dengan maklumat
dan hasil dapatan yang diperoleh menerusi kajian ini akan membantu mereka yang terbabit
untuk menggalakkan murid-murid agar lebih suka membaca dan seterusnya membantu
mengurangkan jumlah murid LINUS di sekolah ini.

1.8

Batasan Kajian

Kajian dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kota Kinabalu iaitu Sekolah
Kebangsaan Tebobon.
Jadual 1.1 : Profil Kajian

Lokasi

Sekolah Kebangsaan

Responden

Murid-murid Tahun 2

Bilangan

6 orang ( 4 lelaki dan 2 perempuan)

Ciri-ciri

-

Tidak boleh membaca
Hanya mengenal huruf abjad

Responden

Jadual 1.1 tersebut menerangkan tentang lokasi kajian iaitu di sebuah sekolah kebangsaan,
sebuah sekolah yang terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu sekolah yang terletak di pinggir
bandar Kota Kinabalu. Responden adalah dalam kalangan Murid Tahun 2 iaitu murid yang
belum menguasai LINUS Konstruk1 - Konstruk 2 (Literasi) seramai 6 orang yang terdiri
9

daripada 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kesemua murid mempunyai masalah yang
sama iaitu masih belum boleh membaca. Murid hanya mengenal huruf besar dan huruf kecil
sahaja walaupun sudah berada dalam tahun dua.

1.9

Definisi Pemboleh ubah

1.9.1

Kaedah

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi definisi kaedah sebagai cara atau peraturan
membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud cara mengajar. Kajian ini menggunakan definisi
cara mengajar.
1.9.2

Kesan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kesan bermaksud pengaruh (pada pemikiran,
sikap, watak dan sebagainya) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau
membaca) sesuatu. Kesan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kebolehan murid
membaca selepas mengikuti pembelajaran menggunakan media/bahan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer.

1.9.3

LINUS

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu Saringan Literasi dan Numerasi merupakan satu program yang
menyasarkan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
10

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah
(Kohort Pertama). Sehingga kini program ini masih dijalankan. Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah
literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Manakala perlaksanaannya
adalah di peringkat sekolah. Kajian ini mengaitkan LINUS dengan 6 orang murid di sebuah
sekolah rendah sebagai responden yang masih lagi belum menguasai asas literasi.

1.9.4

Media

Media berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud perantara. Istilah media seringkali
dikaitkan dengan wahana penyebaran maklumat. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1979)
media ialah apa-apa juga alat atau perkakas yang biasanya digunakan untuk menyampaikan
maklumat dalam kehidupan manusia. Media juga merupakan alat yang dapat membantu guru
meningkatkan proses pengajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat
diperoleh melalui cara lain. Manakala menurut Heinich dan rakan-rakan (1981), dalam
Norasiah Abdullah dan rakan-rakan (2009), media ialah penyampai atau pembawa maklumat
antara punca dengan penerima seperti televisyen, radio, gambar, internet, risalah, foto dan
perisian komputer. Media memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima.
Mengikut Yusup Hasim (1997) pula, media diistilahkan sebagai peralatan dan bahan
perisian yang dibina dan dirancang untuk menyampaikan maklumat atau pengetahuan. Jadi,
media boleh ditakrifkan sebagai bahan yang menjadi saluran komunikasi untuk penyampaian
maklumat dan ilmu pengetahuan daripada penghantar kepada penerima yang mencakupi
perkakasan, peralatan, dan bahan. Penggunaan media menjadi keperluan yang amat penting
dalam kehidupan dunia tanpa sempadan khususnya kepada guru kerana keberkesanan

11

penyampaian maklumat kepada murid dipengaruhi rangsangan daripada media yang
digunakan.

1.9.5

Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran dan berlaku
perubahan tingkah laku (Mok Soon Sang: 2009). Pembelajaran ini merujuk kepada perubahan
positif yang akan berlaku kepada murid-murid iaitu boleh membaca dengan lancar.
Menurut Morgan dan King (1975) dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990),
pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat
pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.

1.9.6

Pengajaran

Pengajaran merupakan organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan
pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana
yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains
iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa
perubahan tingkah laku di kalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) pula menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses
kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan
sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap
12

pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran
merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

1.9.7

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Dalam Chua Siew Geok (2002), Sander (1987) telah menyatakan bahawa PPBK merupakan
suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer
melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran
tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan
pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan
pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan
komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk
membentuk perisian ini. Ini sudah tentu membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk
kepada penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi
dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.

PPBK adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PPBK
yang berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermutu.
Pelajar juga akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan kendiri. PPBK
akan dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang berkaitan dengan kemahiran
membaca dan disampaikan dengan menggunakan komputer.

13

1.9.8

Peningkatan

Peningkatan

didefinisikan

sebagai

perbuatan,

usaha

untuk

meningkatkan

atau

mempertingkatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Melalui kajian ini peningkatan
lebih menjurus kepada perbuatan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

1.9.9

Sikap

Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran).
Sikap dalam kajian ini bermaksud kecenderungan murid untuk membaca. Kecenderangan ini
seterusnya akan membawa suatu keseronokan dan penerokaan kepada pelbagai perkara
baharu. Menurut Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) sikap didefinisikan sebagai kesediaan untuk
bereaksi (disposition to react) secara positif (favorably) atau secara negatif (unfavorably)
terhadap rangsangan-rangsangan tertentu.

1.9.10 Terancang
Definisi terancang ialah sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, dan mengikut
asas-asas yang telah ditentukan (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Dalam kajian ini
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran terancang iaitu salah satu jenis modul
pelajaran berprogram yang menekankan pembelajaran secara individu berdasarkan kebolehan
masing-masing. Guru adalah sebagai pembimbing.

1.10

Rumusan

14

Kesimpulannya, bab ini berfungsi sebagai dasar atau landasan kepada pelaksanaan kajian
yang ingin dilakukan. Sebagai pengkaji, saya telah menyenaraikan elemen-elemen yang perlu
diikuti untuk menjalankan kajian ini. Semua elemen mempunyai perkaitan sebagai panduan
untuk merancang dan menyempurnakan kajian yang akan dilakukan.
Secara ringkas Bab 1 telah pun membincangkan tentang latar belakang permasalahan
berkaitan dengan tajuk kajian iaitu “Kesan Penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran
Terancang Berbantukan Komputer terhadap Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka Muridmurid Tahun 2 Linus”. Bab ini juga turut membincangkan objektif kajian dan soalan kajian
yang ingin dijawab selain membincangkan skop atau limitasi kajian yang menjelaskan
bahawa kajian ini melihat kesan pengajaran dan pengajaran terancang berbantukan Komputer
terhadap kemahiran membaca Suku Kata Terbuka murid-murid Tahun 2 LINUS sahaja.
Penggunaan istilah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini juga telah
diperjelaskan secara terperinci dalam definisi operasional supaya maksud perkara yang dikaji
mudah difahami. Bab 2 akan membincangkan tinjauan yang dijalankan berdasarkan kajian
lepas.

BAB 2
KAJIAN PUSTAKA

2.1

Pengenalan

15

Bab ini akan membincangkan beberapa aspek utama dalam kajian ini. Aspek yang terangkum
termasuklah tentang kemahiran membaca dan penggunaan media/bahan pengajaran dan
pembelajaran terancang berbantukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kajian-kajian berkaitan penggunaan prinsip-prinsip asas teori dan aplikasi teori
dalam pengajaran serta model pengajaran turut dibincangkan. Di samping itu, bab ini juga
akan menyoroti kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dalam dan luar
negara berkaitan dengan meningkatkan pencapaian pelajar menggunakan bahan pengajaran
dan pembelajaran khususnya berbantukan komputer.

2.2

Teori dan Konsep Berkaitan

Membaca ialah memerhatikan isi suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya. Membaca juga bermaksud mengucapkan apa yang
tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan sebagainya secara lisan yakni dengan kuat
(Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Terdapat beberapa jenis bacaan. Antaranya ialah
bacaan mekanis. Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan
bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan
yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan
tidak membebankan fikiran (Dr. Ali Mahmood dan Rakan-rakan: 2011). Dalam kajian ini
melibatkan jenis bacaan mekanis. Tahap kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran
membaca adalah berbeza-beza.

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-

16

teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai perkara yakni cara murid-muridnya
belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah
dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran kemahiran membaca dengan
berkesan.

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran pada masa kini diklasifikasikan kepada empat
mazhab yang utama iaitu behavioris, kognitif, sosial, dan humanis. Teori Pembelajaran
Behavioris yang berpengaruh ialah Pavlov, Thorndike, dan Skinner. Mereka berpendapat
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku
murid boleh diperhatikan, dikawal, dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan
gerak balas individu dengan rangsangan adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk
suatu tingkah laku yang baharu. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori
Rangsangan – Gerak Balas.

Berdasarkan teori tersebut, pengkaji mengaitkan penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran terancang berbantukan komputer sebagai bahan rangsangan kepada muridmurid untuk menarik minat mereka belajar membaca. Pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah yang baik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan
berkualiti. Di samping itu, pelajar akan tertarik dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran secara aktif, seterusnya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan .

17

Menurut Omar Zakaria dan Rakan-rakan (2011), Pusat Perkembangan Kurikulum
dalam usaha untuk menggalakkan perisian kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa kelebihan. Antaranya
ialah :a.

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;

b.

Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran;

c.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;

Selain itu, PPBK membolehkan pelajar :a.

Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;

b.

Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;

c.

Mengawal perjalanan perisian kursu dn memilih bahagian-bahagian yang
difikirkan perlu; dan

d.

Memberi maklum balas serta-merta terutama PPBK latih tubi atau penilaian.

Pengajaran dan pembelajaran terancang berbantukan komputer menggunakan bahan
yang diprogramkan dalam disket atau perisian. Semasa murid mengikuti pembelajaran ini,
bahan pelajaran yang disediakan ditayangkan dalam monitor komputer. Di Amerika Syarikat,
terdapat pelbagai model pengajaran terancang dibantu komputer disediakan secara komersil.
Antara model yang sering digunakan ialah Model Pressey, Model Zaman, Model Skinner, dan
Model D. Porter. Model-model pengajaran ini mengandungi bahan-bahan pelajaran dalam
bentuk latih tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah,
pengayaan, pemulihan, dan penilaian.
18

Model Pengajaran Gagne (1981) dalam Omar Zakaria dan Rakan-rakan (2011)
banyak dirujuk dalam pembangunan perisian kursus yang melibatkan Sembilan tahap
pengajaran. Berikut adalah Model Pengajaran Gagne yang akan digunakan semasa
mengajar murid menggunakan perisian yang dipilih untuk kemahiran membaca suku kata
terbuka nanti.
Tahap Pembelajaran
Mendapatkan



perhatian

Keterangan
Pengajaran mesti dimulakan dengan suatu yang dapat
menarik minat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian
kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan
dengan animasi atau grafik yang menarik.



Dalam kajian ini, pengkaji memilih perisian ‘i-Kelas’, ‘Asas
Membaca Bahasa Melayu’, serta ‘Lagu ABC, Vokal dan

Memaklumkan



objektif kepada
pelajar

Suku Kata’.
Tujuan Pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar
mereka lebih bersedia menerima perkara yang akan diajar.



Tujuan pengajaran dalam kajian ini ialah mengajar murid
agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca suku kata

Mengingat kembali



terbuka.
Pelajar digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia

pengetahuan sedia

ada. Antara cara yang dilakukan ialah mengajukan soalan

ada

ringkas kepada murid.


Murid digalakkan mengingat kembali tentang huruf kecil dan
huruf besar, nama dan bunyi huruf vokal, juga suku dengan
meminta mereka menyebut dan membunyikannya hurufhuruf berkaitan. Selain itu, dalam induksi set murid boleh
19

mendengar atau menyanyi Lagu ABC, Lagu Vokal, atau Lagu
Suku Kata KV berdasarkan perisian lagu yang dipilih agar
Menyampaikan

mereka mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.
 Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas

maklumat

serta menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai,
animasi, audio dan video. Mengehadkan bilangan isi di
dalam satu skrin yang disampaikan agar pelajar mudah
memahaminya.

Membantu



Perisian yang difikirkan sesuai, dipilih kerana merangkumi



maklumat seperti di atas.
Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh

pembelajaran

yang sesuai untuk membantu pemahaman pelajar.


Dalam perisian yang dipilih, perkataan dan ayat mudah
daripada suku kata terbuka yang akan dipelajari disokong
dengan gambar, video, audio, grafik, dan animasi yang
menarik.



Selain komputer atau komputer riba (laptop), penggunaan
media seperti projektor LCD, skrin, dan pembesar suara juga

Memberi latihan



akan digunakan mengikut keperluan murid.
Latihan yang dijalankan sesuai dengan kandungan pelajaran.



Perisian ‘i-kelas’ dan ‘Asas Membaca Bahasa Melayu’
menyediakan latihan yang sesuai dengan kemahiran yang

Memberi maklum



balas

dipelajari.
Perisian kursus PPBK mampu memberi maklum balas sertamerta kepada pelajar.



Perisian yang dipilih dalam kajian memenuhi kehendak di
atas. Murid akan segera tahu pencapaian mereka dalam
20

sesuatu masa pembelajaran.


Maklum balas dalam perisian juga berbentuk motivasi dan
peneguhan positif. Ini akan memberi semangat untuk terus

Menilai pencapaian



belajar.
Pada akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan
ujian untuk menilai pemahaman mereka terhadap apa yang
telah dipelajari.

Mengingat kembali




Perisian yang dipilih memenuhi kehendak tersebut.
Penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang
telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan
ini dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus PPBK perlu
menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan.



Perisian yang dipilih dalam kajian ini menyediakan aktiviti
tambahan seperti didik hibur (permainan, nyanyian, pantun,
animasi) dan rumusan pembelajaran.

Dalam kajian ini, PPBK yang menggabungkan perisian jenis tutorial, latih tubi dan
permainan yang berkaitan dengan kemahiran membaca suku kata terbuka akan digunakan.
Perisian juga melibatkan perisian yang menggabungkan elemen seperti video, audio, teks,
grafik, dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan dan mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang sesuai, menarik, dan berkesan. Teknik nyanyian berkaitan kemahiran
membaca suku kata juga akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Naim (2000), dalam Norasiah binti Abdullah dan Rakan-rakan (2009) juga
menegaskan bahawa media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan

21

peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan dieksploitasikan oleh
seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Menurut beliau lagi, proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan jika guru dapat menggunakan kreativiti, dan
menggabungjalinkan penggunaan media dalam pengajarannya. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan dan menyelesakan
sekiranya murid meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.

Penggunaan alat bantu mengajar juga turut diterangkan dalam model Pembelajaran
ASSURE yang diperkenalkan oleh Heinich pada tahun 1996 (Ismail Zain: 2002). Melalui
model ASSURE, penggunaan alat bantu mengajar diterangkan dalam langkah ketiga dan
keempat iaitu memilih kaedah, media, dan bahan serta menggunakan media dan bahan.
Melalui model ini, didapati kepentingan alat bantu mengajar bukan sahaja dapat membantu
pelajar memahami sesuatu mata pelajaran tetapi sekaligus membolehkan pelajar
menggunakan kemahiran yang sedia ada dan digabungkan dengan kemahiran baharu untuk
mencapi objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki.

2.3

Kajian-kajian Berkaitan

Banyak kajian yang dijalankan dalam masa 20 tahun yang lalu mendapati Computer-Based
Learning (CBL) telah menjadikan sistem pengajaran lebih berkesan dan persekitaran
pembelajaran menjadi lebih efisien (Howell, 1971; Hess & Tenezakis, 1973; Papert, 1980;
Hannafin, 1984; Menis, 1987 dan Ellington & Race, 1993). Selain itu, banyak kajian juga
telah menunjukkan bahawa komputer berpotensi dalam membantu murid memperbetulkan
kerangka alternatif dan meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran

22

sains (Lazaroqitz & Huppert, 1993; Rogers & Wild, 1996; Cracolice & Abraham, 1996 dan
Friedler et al., 1989). Begitu juga hasil kajian Okolo, Bahr & Reith (1993) juga telah
mendapati bahawa pengajaran berbantukan komputer merupakan satu alat yang berkesan
untuk pengajaran Matematik.

Kajian dari Universiti John Hopkins juga menunjukkan murid berminat dalam kelas
yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka sudi
memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan komputer. Di samping itu, murid
juga lebih bersosial, lebih berdikari dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
serta sudi berkongsi informasi dan pengetahuan (Azman, 2000).

Hasil kajian Fuchs & Alider (1993) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer
memanfaatkan murid. Murid akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada
tugasan dan kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat.

Selain itu, kajian Faridah (2001) telah membuktikan bahawa komputer mempercepat
proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
murid-murid khas. Kajian yang dijalankan oleh Phua, Ramasamy & Ang (1998) juga telah
membuktikan wujudnya perbezaan pencapaian markah di antara murid yang diajar dengan
kaedah pengajaran berbantukan komputer dengan kaedah pembelajaran tradisional.

Menurut Yusup Hashim (1992) dalam Norasiah binti Abdullah dan Rakan-rakan
(2009), media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) yang telah
dikenal pasti, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses
pengajaran dan pembelajaran.

23

Sarimah Ismail (2006) dalam kajiannya bertajuk “Penggunaan ICT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik dan Sains di UPSI dari Perspektif Pendidik” menyatakan
bahawa rata-rata responden yang dipilih bersetuju penggunaan ICT sebagai alat bantu
mengajar diterapkan dalam pendidikan di Malaysia. Ini disebabkan penggunaan alat bantu
mengajar akan membuatkan penerangan sesuatu konsep itu lebih mudah dan berkesan.
Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran
lain yang menunjukkan penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran mampu
mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik.

Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen
yang dijalankan oleh Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) ke atas 56 orang murid tahun
Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah
Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif
bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa murid yang melalui
proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik
prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara
kawalan.

Dari segi pencapaian membaca suku kata pra-ujian hingga pencapaian pasca-ujian
pula terdapat perbezaan yang signifikan antara murid-murid kumpulan Eksperimen dengan
24

murid-murid kumpulan Kawalan. Min kumpulan Eksperimen adalah 6.64 dan min kumpulan
Kawalan pula adalah 2.14 sehingga selisih min adalah 4.50, kesignifikanan dua hujung pula
adalah 0.000

Dokumen yang terkait

Pengaruh penggunaan pendekatan pembelajaran kontekstual (CTL) terhadap hasil belajar Pendidikan Agama Islam; eksperimen SMPN 2 Tangerang Selatan

0 42 122

Perbedaan prestasi siswa dalam pembelajaran pendidikan Agama Islam berdasarkan perbedaan latar belakang sekolah (studi kasus di SMA Darussalam Ciputat)

3 28 72

Peningkatan kualitas pembelajaran ketrampilan pembicara bahasa Indonesia melalui teknik bercerita : penelitian tindakan kelas pada siswa kelas V111 smpn 13 tangerang selatan tahun pelajaran 2009/2010

8 126 127

Nilai sosial dalam novel bukan pasar malam karya prammedya ananta toer; implikasinya terhadap pembelajaran satra

19 129 76

Analisis keterampilan proses sains siswa kelas XI pada pembelajaran titrasi asam basa menggunakan metode problem solving

21 184 159

Pengaruh metode sorogan dan bandongan terhadap keberhasilan pembelajaran (studi kasus Pondok Pesantren Salafiyah Sladi Kejayan Pasuruan Jawa Timur)

45 253 84

pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe rotating exchange (RTE) terhadap minat belajar matematika siswa

3 51 76

Pengaruh metode pembelajaran means-ends analysis terhadap peningkatan hasil belajar IPS di Madrasah Tsanawiyah Al Falah Jakarta

5 64 148

Pengaruh penggunaan model pembelajaran creative problem solving: CPS termodifikasi terhadap hasil belajar siswa pada konsep hukum newton tentang gravitasi

3 36 0

Aplikasi pembelajaran Bahasa Inggris dengan metode multimedia berbasis android untuk pendidikan anak usai dini (PAUD) Permata Hati Bandung

0 37 1