PENGGUNAAN STRENGTHS AND DIFFICULTIES QU

PENGGUNAAN ‘STRENGTHS AND DIFFICULTIES QUESTIONNAIRE’ (SDQ) DALAM
PENGUKURAN KOMPENTENSI SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK
Jusiah Idang
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract
Social and emotional learning is a new issue in education. In the last few decades, various social and
emotional learning programs have been developed, particularly in the United State and the United
Kingdom. These programs are also supported by scientific research which highlighted the main
benefits obtained as a greater success academically and professionally, increase positive behavior,
increase admissions to academic centers, enhance learning, growth and increasing social cohesion
mental health (Weare, 2003). A meta-analysis found that children who receive social and emotional
learning to have a more positive attitude towards school and the average percent increase in
standardized achievement tests than students who did not receive such instruction (Durlak &
Weissberg, 2010; Durlak & Weissberg, 2011). The study showed that socio-emotional learning
programs are effective in both school and after-school settings whether the child has or without
behavioral and emotional problems (Durlak, Weissberg & Pachan, 2010). This research will adopt the
instruments of Strengths and Questionnaire difficulties using descriptive data analysis. There are five
scales to be viewed as follows: Scale Emotional symptoms, Conduct Problems Scale, Scale
Hyperactivity, Peer Problems Scale and Prosocial Scale. This preliminary study is to compare the
findings of social and emotional competence among students aged 11-12 years old. About 149

students in one primary private school were involved in the study.
Keywords: competence, Socio-Emotional

1. Pengenalan
Perkembangan sosio-emosi adalah merujuk pada perkembangan emosi iaitu
perkembangan

perasaan

kanak-kanak

manakala

perkembangan

sosial

ialah

perkembangan persekitaran kanak-kanak. Pelbagai kemahiran bersosial yang perlu

dipelajari oleh kanak-kanak bagi melibatkan diri dalam aktiviti sehari-harian mereka.
Kanak-kanak perlu belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan masyarakat
sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak
bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Keperluan pembelajaran sosio-emosi
perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak terutama sekali dalam bidang
pendidikan.

Program-program pembelajaran sosio-emosi telah lama bertapak di

Negara besar seperti United Kingdom dan United States.

Program-program

seumpama turut disokong dengan penyelidikan saintifik yang mengetengahkan
faedah utama yang diperolehi seperti kejayaan yang lebih besar dalam akademik
dan profesional, peningkatan tingkah laku positif, peningkatan kemasukan ke pusat-

1

pusat akademik, peningkatan pembelajaran, pertumbuhan perpaduan sosial dan

peningkatan kesihatan mental (Weare, 2003).
Satu kajian meta-analisis mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima
pembelajaran sosial dan emosi mempunyai sikap yang lebih positif terhadap
persekolahan serta meningkatkan purata peratus dalam ujian pencapaian standard
berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menerima pengajaran tersebut (Durlak
& Weissberg, 2010; Durlak & Weissberg, 2011).

Kajian tersebut menunjukkan

bahawa program pembelajaran sosio-emosi adalah berkesan dalam kedua-dua
setting sekolah dan selepas sekolah sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai
atau tanpa masalah tingkah laku dan emosi (Durlak, Weissberg & Pachan, 2010).
Dalam bilik darjah, aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu
keadaan

yang

harmonis

yang


mengalakkan

keberkesanan pengajaran

dan

pembelajaran. Aktiviti pembelajaran memerlukan pelajar berinteraksi dengan orang
lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
sosio-emosi

dalam

kalangan

kanak-kanak

ditakrifkan

sebagai


Oleh itu,

satu

proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Maka, pembelajaran sosioemosi di kalangan kanak-kanak oleh guru-guru amat perlu supaya perkembangan
kanak-kanak

secara

holistik

menurut

Falsafah

Pendidikan


Negara

dapat

direalisasikan serta mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak dan membolehkan
mereka

belajar

mengawal

emosi,

pemikiran

dan

tindakan

supaya


dapat

menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Perkembangan sosio-emosi bermula dengan
kebolehan

kanak-kanak

memahami

dan

menguruskan

emosi

sendiri

dan


membolehkan mereka memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk
membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk
yang mesra dan harmoni.
Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi
penekanan kepada kebolehan dan keyakinan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan
rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai pelbagai
budaya dan latar belakang.

Guru perlu mengurus sosio-emosi para pelajarnya

secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak
kepada pencapaian kanak-kanak.

Antara aspek akan berlaku tanpa pengurusan

sosio-emosi adalah seperti berikut: proses pengajaran dan pembelajaran akan
2

terganggu; iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk
terhadap prestasi kesuluruhan; memberi tekanan mental kepada kanak-kanak dan

guru; kanak-kanak rasa tergangggu dan tidak selesa; serta kanak-kanak sukar
memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

2. Metod
Kajian preliminari yang dijalankan ini mengunapakai soal selidik Strengths And

Difficulties Questionnaire (SDQ) (Goodman,1997) dengan analisis data secara
deskriptif. Terdapat lima skala yang hendak dilihat iaitu: Emotional Symptoms Scale,

Conduct Problems Scale, Hyperactivity Scale, Peer Problems Scale dan Prosocial
Scale. Kajian preliminari ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kompentensi
sosial dan emosi di kalangan pelajar-pelajar berumur 11-12 tahun.

Seramai 149

kanak-kanak di salah sebuah sekolah rendah swasta terlibat dalam kajian.
2.1. Sample
Seramai 149 orang pelajar iaitu 91 orang lelaki dan 58 orang perempuan di
salah sebuah sekolah rendah swasta di Kota Kinabalu, Sabah.
2.2. Instrument

The Strengths and Difficulties Questionnaire merupakan salah satu alat
screening yang ringkas bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai aspek
tingkah laku positif dan negetif di kalangan kanak-kanak dan remaja. Soal selidik ini
ditadbir oleh kanak-kanak menggunakan borang self-report serta pengisian
maklumat oleh guru-guru dan ibu bapa. Tetapi, dalam kajian awal ini Cuma selfreport kanak-kanak yang ditadbir. SDQ terbina daripada 25 items dan dipecahkan
kepada 5 skala dan setiap skala mempunyai 5 items setiap satu. Skala tersebut
adalah hyperactivity, emotional symptoms, conduct problems, peer problems and
prosocial behaviour. Terdapat tiga possible answers bagi setiap item, each of which
is assigned a value 0, 1 or 2. The score for each scale is generated by adding up
the scores on the 5 items within that scale, producing scale scores ranging from 0 to
10. A total difficulties score is derived by adding the scores of each of the scales,
except the prosocial behaviour scale, producing a total score ranging from 0 to 40.
For this analysis the SDQ total difficulties score has been dichotomised into ‘normal’
3

(0-13), ‘borderline’ (0–16) and ‘high’ (17–40), following the recommendations of its
author.
2.3. Keputusan dan Analisis Dapatan
Kajian secara preliminary menunjukkan dapatan seperti berikut:
NORMAL

TOTAL SCORE
0-13
Emotional Symptoms Score
1.2
Conduct Problems Score
1.4
Hyperactivity Score
1.9
Peer Problems Score
2.5
Prosocial Behaviour Score
3.3
Jadual 1: Dapatan bagi total score SDQ

Analisa keputusan berdasarkan item-item dalam sub skala adalah seperti
berikut:
Emotional Symptoms Score
Often complains of headaches,
stomach-aches or sickness
Many worries or often seems
worried
Often unhappy, depressed or
tearful
Nervous in new situations, easily
loses confidence
Many fears, easily scared
Jadual 2: Dapatan bagi subskala

Dapatan
Not true

Frequency
83

peratus
56

Somewhat true

52

35

Not true

88

59

Somewhat true

62

42

Somewhat true
62
Emotional Symptoms Score

42

Dalam jadual 2: Jawapan pada ‘somewhat true’ jika dilihat secara individu
kanak-kanak amatlah menunjukkan berada dalam line abnormal. Symptoms emosi
yang negetif adalah perlu untuk diberi perhatian dan bantuan supaya perkembangan
emosi kanak-kanak tidak terbantut.

Dapatan menunjukkan bahawa 35 peratus

adalah kanak-kanak yang selalu berasa risau. Manakala, seramai 62 orang kanakkanak sering berasa gelisah pada suasana baru serta senang hilang keyakinan diri.
Akhir sekali, jumlah yang sama iaitu 42 peratus mengalami banyak ketakutan dan
senang berasa takut.

4

Conduct Problems Score
Dapatan
Frequency peratus
Often has temper tantrums or hot
Somewhat
59
40
tempers
True
Generally well behaved, usually does
Somewhat
82
55
what adults request
True
Often fights with other youth or
Not True
105
70
bullies them
Often lies or cheats
Not True
72
48
Steals from home, school or
Somewhat
71
47
elsewhere
True
Jadual 3: Dapatan bagi subskala Conduct Problems Score

Dalam jadual 3: dapat dilihat bahawa dapatan subskala Conduct Problem
Score iaitu dua pernyataan negetif yang dipersetujui oleh kanak-kanak yang perlu
diambil perhatian iaitu Often has temper tantrums or hot tempers iaitu seramai 40
peratus kanak-kanak mengalaminya.

Gambaran ini menunjukkan kebanyakan

kanak-kanak di sekolah ini sering mempunyai perasaan marah.

Manakala, yang

kedua ialah perbuatan mencuri sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana iaitu
sebanyak 71 kekerapan mengakui melakukan perbuatan tersebut. Tabiat ini perlu
diambil perhatian bagi mencegah kerosakan akhlak kanak-kanak di masa hadapan.

Hyperactivity Score
Dapatan
Frequency peratus
Restless, overactive, cannot stay
Somewhat True
61
41
still for long
Constantly fidgeting or squirming
Not True
74
50
Easily distracted, concentration
Somewhat True
73
49
wanders
Thinks things out before acting
Somewhat True
71
47
Good attention span, sees work
Somewhat True
76
51
through to the end
Jadual 4: Dapatan bagi subskala Hyperactivity Score

Jadual 4: memaparkan dapatan bagi subskala Hyperactivity Score.

Item

restless, overactive, cannot stay still for long yang menunjukkan dapatan 41 peratus
serta easily distracted, concentration wanders iaitu sebanyak 49 peratus perlu
diambil perhatian supaya suasana pembelajaran kanak-kanak dibantu.

5

Peer Problems Score
Dapatan
Frequency
Would rather be alone than with
Not True
81
other children
Has at least one good friend
Certainly True
117
Generally liked by other children
Somewhat True
72
Picked on or bullied by other
Not True
101
children
Gets along better with adults than Somewhat True
65
with other children
Jadual 5: Dapatan bagi subskala Peer Problems Score

Secara keseluruhan dapatan dalam jadual 5 bagi subskala peer problems
score menunjukkan kecenderungan setiap kanak-kanak mempunyai sekurangkurang seorang rakan baik iaitu 117 orang kanak-kanak bersetuju.

Tidak suka

bermain secara berseorangan mempunyai dapatan 81 orang yang tidak bersetuju
serta

mengetahui

bahawa

rasa

disukai

serta

menyukai

kanak-kanak

lain

mewujudkan perasaan tenang dan gembira iaitu seramai 72 orang kanak-kanak
bersetuju. Seramai 65 orang kanak-kanak mengakui lebih mudah bersama dengan
orang dewasa yang boleh diinterpretasikan sebagai keperluan orang dewasa
membimbing golongan yang masih muda ini.

3. Perbincangan
Secara keseluruhan dapatan menunjukkan keputusan score adalah di tahap
normal iaitu dalam lingkup 0-13. Namun apabila, dilihat secara individu berdasarkan
kekerapan dan peratus terdapat skor berada di tahap borderline atau abnormal.
Daripada dapatan ini berdasarkan analisis setiap item dalam subskala menunjukkan
keperluan pihak sekolah untuk mengambil tindakan membantu kanak-kanak yang
cenderung pada emosi dan social yang negetif.
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanakkanak lagi. Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal
dan mental mereka. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah meliputi konsep
kendiri dan penerimaan diri; perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak
lain; perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak
di dalam kumpulan. Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang
yang paling baik.

Perasaan ini disebut penerimaan diri atau harga diri dimana
6

kanak-kanak yang merasa diri mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan
perkara-perkara yang baik mempunyai konsep penerimaan diri yang baik. Kanakkanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan
kelemahan mereka sendiri.

Pada zaman globalisasi ini, banyak program kanak-

kanak yang disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang
positif dapat di terapkan di dalam diri kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dipuji oleh
orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akan menerima pujian itu
dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerima diri mereka
sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain. Konsep
kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama penting
untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan dorongan yang sama seperti
orang dewasa.

Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan

persekitaran yang selamat untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif.
Hubungan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain terjadi apabila setelah
seorang kanak-kanak telah menerima kanak-kanak lain dalam hidupnya.

Pihak

sekolah perlu menyediakan ruang yang mampu menggalakkan kanak-kanak belajar
serta bertukar pendapat dengan pelajar lain secara harmoni.

Kanak-kanak yang

mempunyai perasaan tekanan berpotensi mengekspresikan perasaan mereka melalui
tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat membantu
mengatasi masalah mereka.

4. Penutup
Kajian secara preliminary ini di salah sebuah sekolah rendah swasta di
kawasan bandar mampu menunjukkan kepentingan untuk mengetahui tahap
kompetensi sosio-emosi kanak-kanak supaya pengurusan dan pembelajaran sosioemosi dapat dianjurkan.

kanak-kanak perlu dididik mengenai interaksi dan

mengadaptasi diri dalam masyarakat yang pelbagai budaya.

Di samping itu,

peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi
penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid dalam menggalakkan interaksi
sosial dan mengawal emosi kanak-kanak secara semula jadi.

7

References:
Durlak, J., Weissberg, R. & Pachan, M. (2010). A Meta-Analysis of After-School Programs That Seek
to Promote Personal and Social Skills in Children and Adolescents, American Journal of
Community Psychology, 45, 294-309, DOI 10.1007/s10464-010-9300-6;

Durlak, J., Weissberg, R., Dymnicki, A., Taylor, R., & Schellinger, K. (2011). The Impact of Enhancing
Students’ Social and Emotional Learning: A Meta-Analysis of School-Based Universal
Interventions. Child Development, 82 (1), 405-432.

Goodman R (1997) The Strengths and Difficulties Questionnaire: A Research Note. Journal of Child
Psychology and Psychiatry, 38, 581-586.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments
for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York.
Delmar Thomson Learning
Weare, K. & Gary, G. (2003). What works in Developing Children’s Emotional dan Social Competence
and Well Being?, DfES, Londra.

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

8