Kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap kebugaran

Aspek mental

Kepentingan
Pendidikan Jasmani
terhadap
perkembangan
individu

PENDAHULUAN
 Kepentingan

Pendidikan Jasmani dari
aspek mental pula ialah murid dapat
menambah pengetahuan tentang
aktiviti fizikal yang dijalankan di
sekolah.
 Melalui aktiviti fizikal murid dapat
meningkatkan pengetahuan tentang
teknik yang betul untuk menjalankan
sesuatu aktiviti.


Murid-murid juga lebih banyak berfikir
dalam mengatur strategi melalui aktiviti
fizikal yang dijalankan oleh guru
contohnya permainan kecil.
 Aktiviti ini juga akan meningkatkan
kekuatan mental murid supaya lebih
bersedia
dalam
menerima
segala
dugaan yang mendatang.
 Contohnya, pelbagai cabaran yang akan
dihadapi oleh murid ketika permainan
kecil yang dijalankan seperti pertikaian
yang dilakukan oleh pihak lawan.


 Melalui

cabaran-cabaran inilah

murid akan menggunakan mental
mereka tentang bagaimana cara
untuk mengatasi cabaran yang
dihadapi sambil dibimbing oleh
guru.
 Aspek mental juga membolehkan
mereka mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada mereka dan
juga pengetahuan yang
disampaikan oleh guru dalam
kehidupan harian mereka.

 Contohnya,

aktiviti bersenam penting
dalam kehidupan dan juga pemakanan
yang seimbang juga penting untuk
mendapatkan tubuh badan yang sihat dan
cergas.
 Jadi murid-murid akan cuba

mengaplikasikan pengetahuan tentang
senaman dan juga pemakanan seimbang
untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.